BAB 1
Usai menunaikan solat Subuh, Villa terus membuka kain telekung yang
membaluti tubuhnya. Kemudian kain telekung dilipat dan diletakkan di dalam
almari. Sekilas ekor mata melihat jam dinding yang tergantung di dalam
biliknya. “Alamak dah pukul 6.30 pagi.” Kata Villa bergegas keluar dari
biliknya dan menghampiri bilik yang mempunyai bunga kalung berwarna pink.
“Ina, bangun! Dah pukul 6.30 pagi.
Bangun solat subuh!” Pintu bilik Zarina diketuk beberapa kali. “Ina! Bangun
cepat! Hari ini Ina ada kelas pukul 8.00 pagi kan!” Villa meninggikan suaranya.
Dia masih tidak putus asa memanggil anak saudaranya Zarina. Dia tak mahu Zarina
meninggalkan tanggungjawab sebagai orang islam.
Pintu bilik Zarina dibuka dan
matanya masih tertutup rapat. Rambut berserabut. “Mak Su, Ina cuti hari ni. Ina dah beritahu Mak Su semalam kan!” Beritahu Zarina dan terus menutup pintu
bilik. Dia tak suka jika tidurnya terganggu.
Villa menggaru kepala yang tak
gatal. ‘Ops terlupa pulak’. Langkah diatur ke bilik yang bersebelahan dengan Zarina.
Dia terkejut apabila Zakri terlebih dahulu membuka pintu. Zakri tersenyum.
“Zack dah solat tadi. Mak Su turunlah dulu. Tentang adik-adik biar Zack
uruskan.” Itulah tugas Mak Su selama 8 tahun. Selepas kematian mama dan papa,
tugas itu dipikul oleh Mak Su.
Villa tersenyum lebar. Antara Zarina
dan Zakri, Zakri lebih matang lagi. Sentiasa mengambil berat tentang
adik-adiknya. Jika nak harapkan Zarina, Zubir dan Zain dibiarkan sahaja. Nasib
baik ada Zakri. “Baiklah! Mak Su turun dulu. Selepas Mak Su siapkan breakfast
Mak Su naik semula, hari ini hari Isnin .....Zack ada assembly di sekolah hari
ni kan!”
Zakri hanya mengganggukkan kepala.
Villa menuruni anak tangga sehingga
ke tingkat bawah. Dia berjalan menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka. Dengan pantas
Villa menggeluarkan bahan-bahan untuk masak bihun goreng, segala-galanya sudah
siap dipotong. Api dapur dibuka. Bahan-bahan masakan dimasukkan ke dalam kuali.
Beberapa minit kemudian, bihun goreng sudah siap dimasak. Minuman telah siapkan
terhidang di atas meja di ruang dapur.
Villa menaiki anak tangga dan
berjalan menuju ke bilik Zubir dan Zain. Simbol pintu dipulas. “Wah! Handsome
baby boy Mak Su hari ni.” Villa
tersenyum melihat Zain yang sedang menyikat rambutnya sendiri di cermin.
“Mak Su, Zain bukan baby boy lagi.
Zain dah 8 tahun.” Zain mencebik bibik. Tanda merajuk.
“Kenapa? Dulu Zain tak kisah pun
....kalau Mak Su panggil baby boy.” Villa hairan.
“Itu dulu, Mak Su! Sekarang ni, baby
boy Mak Su dah ada girlfriend.” Beritahu Zubir sambil ketawa. Tangannya ligat
memeriksa buku-buku di dalam beg sekolahnya. Dia takut tertinggal buku pula.
Zain tertunduk malu. Wajahnya merah.
“Girlfriend!” Villa terperanjat. Terkebil-kebil
Villa melihat anak saudara kesayangannya yang dijaga sejak berumur satu tahun. Biar
betul! Alahai, baru darjah dua dah ada girlfriend. Budak-budak sekarang ni
terlebih maju. Aku yang dah berumur 30 tahun pun, tak ada boyfriend lagi.
“Hetty namanya, Mak Su. Cantik!”
“Bila nak bawa Hetty jumpa Mak Su?”
“Tak boleh, Mak Su. Hetty malu nak jumpa Mak Su.”
“Malu!” Dahi Villa berkerut.
“Mak Su, sudah. Tak payah nak layan adik
lebih-lebih. Cinta monyet saja. Takkan bertahan lama pun. Esok lusa ....putus
la.” Zubir mencelah.
“Cinta monyet tu apa, Mak Su?” soal Zain.
Terkebil-kebil melihat Villa.
Villa mengalih pandangannya perlahan-lahan pada
Zubir. “Mak Su rasa Abang Zubir lebih tahu.” Villa tersenyum lebar.
Pandangan Zain dialihkan pada Zubir. “Abang Zubir!”
Zubir membuat mimic muka. ‘Alamak, mampus aku kali
ini. Jika aku terangkan pada adik, pasti ada soalan akan menyusul kemudian.’
Setiap jawapan yang diberi, akan diakhiri dengan pertanyaan. Sebab itu kami
akan sentiasa elakkan diri dari bercakap menggunakan perkataan baru. Argh
....aku terlepas cakap pula. Zubir menggaru kepala yang tak gatal.
“Mak Su!” Zakri berdiri di muka pintu. Zakri sudah
siap berpakaian seragam sekolah.
“Jom, breakfast! Nanti lambat pula pergi sekolah.”
Dengan pantas Zubir meloloskan diri keluar dari biliknya. Beg sekolah dicapai. ‘Nasib
baik Abang Zack datang, kalau tak sampai esok aku menjawab soalan adik.
Villa hanya mampu menggelengkan kepala.
Zain memegang tangan Villa dengan lembut. “Abang
Zubir tak jawab pun, Mak Su.” Zain membuat muka sedih. Selagi pertanyaan dia
tak dijawab, selagi itulah dia akan bertanya. “Mak Su, beritahulah.” Zain
membuat muka sedih.
Zakri hanya tersengih.
Giliran Villa pula menggaru kepala yang tak gatal.
‘Zubir! Zubir! Patutlah IQ 120, pandai betul kalau bab elak. Tak pasal-pasal
pulak, aku nak kena jawab.’ Villa hanya mampul tersenyum. Rambut Zain diusap
lembut.
“Adik! Hari adik ada ujian kan! Nanti Abang Zubir
beritahu adik selepas balik sekolah. Boleh?” kata Zakri dengan lembut.
Zain masih mencebik mulut. Dia berfikir. “Boleh!”
jawab Zain dengan nada suara perlahan. Hampa!
“Jom! Kita turun bawah. Hari ni Mak Su masak
sedap.” pujuk Zakri. Tangan Zain dicapai lembut. Zakri tersenyum pada Villa.
Villa menggunakan gerakkan mulut agar Zain tidak
mendengarnya. “Thank You.”
Zakri membalas dengan mengangguk kepala. Dia masih
lagi memegang tangan Zain dan berjalan seiringan keluar dari bilik.
Villa tersenyum melihat gelagat Zakri dan Zain. Tak
sangka begitu cepat masa berlalu. Tahun ini genaplah 8 tahun pemergian arwah
kakak dan Abang Zaidi akibat nahas jalan raya. Ketika itu mereka sedang dalam
perjalanan pulang dari kerja, sebuah lori dari arah bertentangan hilang kawalan
dan melanggar kereta mereka. Arwah kakak dan Abang Zaidi meninggal di tempat
kejadian. Masa itu, Zarina, Zakri, Zubir dan Zain masih kecil lagi terutamanya
Zain yang hanya berusia 9 bulan. Zain membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa.
Frame photo yang terletak di atas almari diambil. Wajah kakaknya diusap
perlahan-lahan. “Kakak, Villa janji selagi Villa masih hidup, Villa akan jaga
anak-anak kakak dengan baik. “ Villa mengesat air matanya yang mengalir tanpa
disedari.
*************************************
Zakri
hanya mampu menggelengkan kepala. Langkah diatur kemas mendekati ibu
saudaranya. “Mak Su, jomlah kita makan sekali. Tak payahlah buat bekal untuk
kami. Kami boleh makan di kantin sekolah saja.” Kata Zakri.
“Tak
susah pun. Sekejap saja. Makanan di kantin tu kurang khasiat. Lagipun menu
bekal makanan Zakri hari ni ialah nasi goreang special. Mak Su masak special
untuk nephew Mak Su. Confirm sedap. ” Tangan Villa ligat meletakkan nasi goreng
yang siap dimasaknya ke dalam tupperware milik Zakri, Zubir dan Zain.
Senyuman
jelas kelihatan di wajah Zakri. Zakri membantu Villa menutup bekas tupperware.
“Hish
…..pergilah makan. Nanti terlewat pulak. Tak payah nak tolong Mak Su. Cepat
makan.”
“Tapi Mak Su tak makan lagi.”
“Dah
siap pun. Zakri pergi makan dengan adik-adik. Mak Su nak kemas dulu dapur ni,
sekejap saja. Makan dulu.” Tegas Villa.Villa menolak Zakri dengan lembut agar
meninggalkan dirinya sendirian di dapur.
“Ok!”
Zakri berlalu meninggalkan Villa.
Beberapa
minit kemudian Villa makan bersama anak-anak saudaranya. Semasa makan mata
Villa sempat lagi menjeling ke arah jam dinding yang tergantung di ruang makan.
Ada masa lagi. Villa tersenyum melihat gelagat mereka bertiga.
“Mak
Su, boleh tak malam ni …..Mak Su masak chicken chop. Zain nak makan. Hari tu
ibu Yazid masak chicken chop, Yazid bagi Zain makan. Sedap!”
“Chicken
chop! Senang saja. Malam ni Mak Su masak.”
Villa mengusap rambut Zain perlahan-lahan.
“Inilah
salah satu sebab kenapa anak saudara kesayangan Mak Su ni chubby. Adik minta
nak makan apa saja mesti Mak Su turutkan. Dah tiba masanya adik kena diet. Hari
ni nak makan Chicken Chop. Esok nak makan spagetti pulak. Lusa nak makan burger
pulak. Apa nak jadi? Sekarang ni adik dah macam teletubbies.” Zubir sempat
menyampuk. Zubir menjelirkan lidah pada Zain. Dia suka mengusik adiknya.
“Mak
Su …..” Wajah Zain mula berubah ingin menangis.
“Zubir!”
tegur Villa. Jelingan maut sempat dihadiahkan kepada Zubir. Suka sangat
mengusik. Kalau Zain menangis, aku jugaklah nak kena pujuk. “Jangan dengar
cakap Abang Zubir tu. Makan! Ada udang lagi. Mak Su letak udang dalam bihun
goreng ni.” Villa cuba memujuk Zain.
Zubir
ingin mengatakan sesuatu tetapi Zakri sempat menghalang. “Makan. Nanti terlewat
nak pergi sekolah.”
“Morning!”
Zarina terus menarik kerusi dan duduk. Bihun goreng diletakkan ke dalam pinggan
kosong yang disediakan. Zarina makan tanpa mempedulikan kehadiran mereka.
“Ada
juga manusia macam ni. Celik mata terus makan saja.” Kata Zubir seraya melihat
gelagat kakaknya.
“Mulut
kau ni memang tak ada insurans. Suka sangat menyibuk hal orang. Ada aku kacau
kau ke?” Zarina mengetap bibir. Umur baru 14 tahun, tapi bila bercakap
mengalahkan orang tua. Suka sangat sakitkan hati aku.
“Stop
it. Depan rezeki tak elok bergaduh. “ tegur Zakri. Jika dibiarkan semakin
menjadi-jadi. Zakri melihat ke arah Villa. Pasti Mak Su risau dengan perangai
mereka berdua ni. Dua-dua tak nak mengalah.
“Oh
ya! Ada berita baik Ina nak beritahu semua.” Zarina meletakkan garpu dengan
kasar di dalam pinggan. “Ina dah buat keputusan nak kahwin. Kami merancang nak
kahwin bulan depan.”
“Apa!”
Villa terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Zarina.
Zakri
dan Zubir tercengang. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
******************************************
Pintu
rumah ditutup dengan kasar sebaik sahaja Zakri melangkah masuk. Satu persatu anak tangga didaki. Disebabkan
berita yang umumkan oleh Zarina pagi tadi, Zakri tidak dapat menumpukan
perhatian di kelas. Kelas tambahan hari ini terpaksa diponteng. Dia perlu
bersemuka dengan Zarina hari ini juga.
Simbol
pintu dipulas dengan kasar sebaik sahaja Zakri berada di depan pintu bilik
Zarina.
Zarina
terkejut. “Dah tak reti ketuk pintu ke?” marah Zarina dengan kasar.
“Kahwin!
Really? Cukuplah, Kak Long. Kenapa Kak Long suka bawa masalah pada Mak Su? Apa
masalah Kak Long sebenarnya, hah? Apa yang Kak Long tak puas hati dengan Mak
Su? Cuba Kak Long cakap. Zakri nak dengar.” Matanya masih tidak berganjak dari
merenung Zarina. Zakri hairan dengan sikap Zarina. Sejak kematian ibu dan abah,
perangai Kak Long dah banyak berubah. Kak Long lebih suka menyendiri. Hubungan
mereka adik-beradik rengang sejak hari itu malah Kak Long bersikap dengan Mak
Su sedangkan dahulu mereka berdua sangat rapat.
“About
what?”
“The
truth!” tegas Zakri.
“Kenapa?
Kak Long tak boleh nak kahwin ke? Mak Su tak benarkan Kak Long kahwin ke? Atau
Mak Su mahu Kak Long tak kahwin macam Mak Su”
“Kak
Long, Mak Su tak cakap apa-apa pun. What’s wrong with you? Kenapa Kak Long
bencikan Mak Su? Kak Long dah lupa ke, siapa yang besarkan kita selepas
pemergian arwah ibu dan abah. Kalau tak kerana Mak Su, kita adik beradik
membesar di rumah anak-anak yatim. Mak Su dah banyak berkorban untuk kita.”
Dahi Zakri sedikit berkerut.
“Ya,
memang betul! Mak Su dah banyak berkorban kerana kita. Mak Su dah korbankan segala-galanya
kerana kita termasuklah cinta Mak Su. Masa depan Mak Su musnah kerana kita.
Kita berempat ni bebanan untuk Mak Su. Can you see it?” Zarina meninggikan
suaranya. Kelopak mata Zarina mula berkaca-kaca.
“Kak
Long!”
“Sekurang-kurangnya
bila Kak Long kahwin, ringan sikit bebanan Mak Su. Mak Su tak perlu lagi fikir
tentang Kak Long.” Zarina terus masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup rapat.
Zakri
melepaskan keluhan dengan kuat. Tangannya meraup mukanya beberapa kali. Matanya
dihalakan ke arah bilik air. Tangisan Zarina jelas kedengaran. Bebanan?
Rupa-rupanya inilah sebab sebenar kenapa Kak Long menjauhkan diri dari kami
semua. Ya, kenyataan Kak Long memang betul pun.
Kerana kami, Mak Su sanggup korbankan masa depannya. Dan kerana kami
juga Mak Su berpisah dengan teman lelakinya.
Segala-galanya berpunca dari kami. Kami hanyalah satu bebanan berat
dalam hidup Mak SU. Zakri terduduk di katil Zarina.
**************************************************************
Enjin
kereta Perodua Kancil dihidupkan. Villa membaca senarai tempahan bunga yang
perlu dihantarnya. Tinggal lagi dua tempat. Villa meletakkan tangannya di
streng kereta. Terus sahaja insiden pagi tadi bermain-main di fikiran. Kahwin?
Biar betul ! Zarina baru umur 20 tahun! Masak nasi pun tak reti, inikan pula
nak jadi seorang isteri. Huru-hara rumahtangga mereka nanti. Tetapi Zarina nak
kahwin dengan siapa? Setahu aku, dia tiada boyfried. Mana pulak datangnya
lelaki yang nak jadi suami Zarina? Villa menggaru kepalanya yang tak gatal.
Keluhan kuat dilepaskan. “Argh …aku kena siapkan kerja aku dulu lepas dah siap
baru aku fikir hal Zarina.” Handbrek kereta diturunkan. Perlahan-lahan kereta
Perodua Kancil undur keluar dari tapak parking. Villa menekan brek secara
tiba-tiba selepas mendengar bunyi kuat.
“Astagfirullahalazim……”
Kelam kabut Villa keluar dari perut kereta. Bulat anak matanya selepas melihat
belakang keretanya yang kemek. Bibir Villa bergetar. “Aku baru saja repair
kereta aku bulan lepas, sekarang ni tempat yang sama jugak yang kemek. Kenapa
nasib aku malang sejak kebelakangan ni. Melayanglah duit aku bulan ni.” Villa menghela
nafas berat.
Secara
tiba-tiba mata Villa melirik ke arah kereta Audi R8 yang dilanggarnya tadi, dia
terus mendekati kereta itu. “Fuh, nasib baik calar saja. Kalau tak duit aku melayang lagi, itulah
kalau keluar tak lihat kiri kanan dulu ….inilah padahnya. Nasib baik kereta
import, kalaulah kereta lain dah tentu dah kemek. Memang ini salah kau, Villa.”
Villa membebel seorang diri.
Pintu
kereta Audi terbuka, seorang lelaki keluar dari perut kereta mewah itu. Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Pandangannya
tepat ke arah keretanya.
Villa
tergamam melihat lelaki itu.Villa memandang lelaki itu dari atas hingga ke
bawah. Jantungnya seolah-olah berhenti berdengup seketika. ‘Kacaknya …..Wajah
dia persis pelakon Thailand, Aum Atichart. Handsome! Kalaulah aku dapat
boyfriend macam ni, terus saja aku bawa jumpa tok kadi. Terus saja nikah.
Eeee…Villa, kau ni gatal jugak. Tapi aku rasa macam pernah jumpa lelaki ni
…..Siapa ye?” Dahi Villa sedikit berkerut berfikir.
“Hey,
you tak reti bawa kereta ke? Macam mana you boleh dapat lesen kereta, hah?”
marah lelaki itu secara tiba-tiba.
Villa
terkejut. Wajah lelaki itu serius. Renungannya begitu menakutkan. Villa menelan
air liurnya. Rasa kelat. Garangnya lelaki ni! Takut aku! Cancel! Lelaki macam
ni tak boleh buat suami. Merana jiwa! “I minta maaf. I tahu salah I. I minta maaf.
Saya akan bayar ganti rugi. Encik cakap saja berapa, saya akan bayar.”
Lelaki
itu tiba-tiba ketawa sebaik sahaja melihat ke arah kereta kancil milik Villa.
Ada sticker yang tertera Florist Bougainvillea di kereta kancil Villa. “Florist
Bougainvillea! Pekerja kedai bunga macam you boleh bayar ganti rugi kereta I
ke? Duit you cukup ke? Entah-entah gaji you setiap bulan sama harga dengan
tayar kereta I.”
Bulat
mata Villa mendengar kata-kata lelaki itu. ‘Amboi, sedapnya mengata orang! Apa
masalahnya kalau aku kerja di kedai bunga. Aku ada kacau kau ke? Yang pasti,
kerja aku tu halal. Sabar, Villa. Dalam hal ni, kau yang salah. Kau pekakkan
saja telinga kau tu.’ Villa cuba tersenyum. Dia membetulkan cap lusuh berwarna
biru yang dipakainya di kepala. “Encik jangan bimbang, I mampu bayar. Encik
bawa kereta Encik ke kedai, saya akan bayar. Ini kad saya! No telefon saya dan
no kedai pun ada. Encik call saja saya.” Villa menghulurkan kad nama miliknya.
Lelaki
itu membuat mimik muka sebaik sahaja membaca kad nama itu. “Boleh percaya ke?
Sekarang ada banyak cara untuk menipu orang. Entah-entah ini kad nama orang
lain. Saya tak percaya kad nama ni” Terus sahaja kad nama Villa dibuang.
Villa
menggengam erat tangannya. ‘Ada juga manusia macam ni! Aku cakap aku nak bayar,
susah ke nak percaya’
Tiba-tiba
lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mengambil gambar Villa
melalui telefon bimbitnya.
Villa
terkejut dengan tindakkan lelaki itu.
“I
dah ada gambar you sebagai bukti. Now, I nak ic you pulak.”
Villa
merenung lelaki itu. Lelaki ni memang sah ada masalah mentah. Entah skru mana
yang tercabut, aku tak tahulah. “Excuse me, apa masalah you sebenarnya? I cakap
I nak bayar kan! Susah sangat nak percaya ke? Ya, memang zaman sekarang ni ada
bermacam-macam cara nak tipu orang tetapi I tak termasuk dalam golongan tu. Ada
banyak lagi kerja halal yang I boleh buat. Entah-entah you salah orang daripada
golongan itu. Setakat pakai suit jenama Emporio Armani, pinjam pun boleh.
Kereta Audi R8 ni pun boleh disewa. Oooo..I dah faham.You nampak kereta I nak
keluar dari parking lot lepas tu you sengaja bagi I langgar kereta you. Wah,
memang hebat plan you kan! Ada juga orang nak cari duit gunakan cara ni. You
tak payahlah nak ambil gambar I.Kalau you nak duit sangat, nah ambillah …”
Villa meletakkan beberapa keping wang RM50 ringgit di atas kereta Audi R8. “Nasib
baik you jumpa orang baik macam I, kalau tak dah tentu I dah bawa you ke balai
polis. Oh ya ….Bakinya you simpan.
Sedekah. Anggap saja I buat amal jariah.” Villa tersenyum sinis dan
terus masuk ke dalam perut kereta Perodua Kancil miliknya.
Lelaki
itu tercengang dan masih berdiri kaku di situ. Bunyi hon dari kereta Perodua
kancil itu membuatkan lelaki itu terkejut.
Villa
sengaja menekan bunyi hon kereta beberapa kali. Dia melihat melalui side
mirror. Lelaki itu masih berdiri. Dia tak kisah jika bunyi hon itu menarik
perhatian orang yang lalu lalang di kawasaan itu.
Sebelum
masuk ke dalam perut kereta mewah itu, lelaki itu sempat menjeling ke arah
Villa. Sebaik sahaja melihat kereta Audi R8 berundur, Villa mengundurkan
keretanya dan memecut laju meninggalkan tempat itu. ‘Jangan harap aku nak jumpa
kau lagi. Minta simpang.’
4 comments:
sound interesting story.... :)
Terima kasih ....Mesti komen selalu ye .... He He ...Minggu ni akak update lagi ....:)
padan muke mamat tue.. bajet bagus je...
best la.. update lg yer
Can you see it? - boleh kau nampak?
Can't you see it? - takkan kau tak nampak?
Masalah mentah - mesti nak tulis masalah mental kan :)
Post a Comment