Wednesday, July 9, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 3

BAB 3

            Langkah Raja Khalida terhenti apabila melintasi bilik cucu tunggalnya. Lampu bilik itu bercahaya. Sekilas anak mata melirik ke arah jam dinding yang berhadapan dengan bilik Raja Awwadi.  Jarum jam tepat menunjukkan pukul 3.00 pagi.  Kebetulan dia terjaga dari tidur kerana haus. Dia ingin ke dapur tetapi dia mematikan hasratnya apabila mendengar suara Raja Awwadi. Pintu bilik yang tidak ditutup rapat ditolak perlahan-lahan.

            “Fairuz, good job! Tan Sri Yahya suka dengan perempuan yang I suruh you cari. Tan Sri Yahya janji akan tolong kita dapatkan projek tu.You memang pekerja harapan I. Boleh diharap.” Raja Awwadi ketawa.
           
            “Boss, jangan cakap kuat. Kalau Nenek boss terjaga, boss jugak yang akan susah.”  Fairuz hanya mampu menggelengkan kepala. Dia cuba membantu Raja Awwadi berjalan ke katil tetapi tangannya ditempis dengan kasar.

            “I tak mabuk. I boleh jalan sendiri. You boleh balik, Fairuz. Disebabkan kita akan dapat membeli tanah di Arau, I beri you cuti sehari. I nak you berehat.” Raja Awwadi menepuk bahu Fairuz.

            Fairuz menggaru kepala yang tak gatal.  Bagi aku cuti esok? Sah, bos aku ni dah terlebih mabuk. Bercakap macam orang tak betul. Apa nak jadi dengan bos aku ni? Terlalu kejarkan kemewahan dan kekayaan.

            “Raja Awwadi Mukriz B. Raja Azhar Roslan.”

            Serentak Raja Awwadi dan Fairuz berpaling apabila mendengar suara yang lantang itu. Fairuz menelan air liur. Wajah berubah pucat lesi. ‘Alamak, Nenek bos dah bangun.’

            “Nenek!” jerit Raja Awwadi secara tiba-tiba. Senyuman tercalit di wajahnya.Dia segera memeluk nenek kesayangannya.

            Raja Khalida terkejut dengan tindakkan cucunya.

            “Nenek tahu kan, Adi sayang nenek. I love you, nenek.”  Raja Awwadi mencium pipi Raja Khalida.

            Raja Khalida mengetap bibir. Dia menahan nafas. Bau busuk itu datangnya dari Raja Awwadi. Badan Raja Awwadi yang sasa itu ditolak dengan kasar sehingga Raja Awwadi terjatuh di atas katil. “Nenek!” Raja Awwadi bangun. Dia tidak dapat berdiri dengan tegak.

Wajah Raja Khalid merah padam. Dia terus menampar belakang badan Raja Awwadi beberapa kali. “ Kenapa Adi tak nak dengar cakap nenek, hah? Kenapa Adi masih sentuh air haram ni? Mana ilmu agama yang Adi pelajari selama ni, hah? Disebabkan seorang perempuan, Adi sanggup musnahkan diri sendiri. Nenek kecewa dengan sikap Adi ” Nada suaranya tinggi. Hatinya sebak menahan sendiri.

            “Nenek! Sakit!” Raja Awwadi menggosok belakang badannya yang berasa pedih. “Adi pergi pub bukan untuk berseronok. Adi pergi sebab urusan ada urusan kerja. Ini semua demi syarikat kita.” Raja Awwadi duduk dibirai katil. Matanya dipejam. Tiba-tiba saja kepalanya terasa berat dan terus membaringkan diri di atas katil.

            Fairuz masih tercegat di situ. Dia hanya mendiamkan diri. Dia tak berani bersuara. Mendiamkan diri adalah tindakkan yang bijak lebih-lebih lagi apabila berada di dalam situasi seperti ini

            “Adi! Nenek tak habis cakap lagi.” Marah Raja Khalida Sakit hatinya melihat perangai Raja Awwadi. Raja Khalid menampar bahu Raja Awwadi namun tiada reaksi.  Dah tidur ke? Eeee..sakitnya hati aku ni.

            “Kak Long! Boleh tak slow suara tu? Sekarang ni dah pukul 3 pagi.” Tegur Raja Khatijah. Dia mendekati kakaknya. “Busuknya!” Raja Khatijah memicit hidungnya. “Mabuk lagi ke?”

            “Ya.” Jawab Raja Khalida. Sekali lagi Raja Khalida menampar lengan cucunya agar  bangun.

            “Kak Long! Adi tak kan bangun. Esok sajalah Kak Long bebel kat Adi. Biar dia tidur dulu. “ Raja Khatijah hanya mampu menggelengkan kepala. Pandangannya beralih ke arah Fairuz. “Fairuz, tidur di bilik tetamu ye. Kalau nak balik dah lewat.”

            “Aaaa….saya kena balik sebab esok ada kerja yang nak diselesaikan di office.”  Jawab Fairuz.

            “Tidur sajalah. Lagipun esok boss Fairuz bagi cuti kan, cuti saja.” Raja Khalida mencelah. Dia melihat lelaki yang tinggi lampai dan kulit sawo matang itu. Kasihan Fairuz dapat boss macam cucu aku ni. Eee..apa aku nak buat dengan cucu aku ni?

            “Boss cakap saja bukannya betul pun. Lagipun time tu bos tengah …….” Otaknya ligat berfikir ayat yang sesuai. Takkanlah aku nak cakap bos tengah mabuk, nak cari nahas.

            “Cakap saja mabuk. Kan senang!” Raja Khalida mencelah.

            Fairuz tersengih.

            “Jangan risau. Nenek jadi saksi. Dia sendiri cakap nak beri cuti kan. Esok Fairuz cuti saja. Ini arahan dari nenek. “

            “Baiklah.” Jawab Fairuz.

            “Pergilah tidur di bilik tidur tetamu. Pasti Fairuz letih melayan kerenah bos Fairuz kan.” Raja Khatijah tersenyum.

            “Saya minta diri dulu.” Kata Fairuz sebelum menglangkah keluar.

            “Tijah, kenapa Adi jadi macam ni? Kenapa perubahan Adi begitu drastic sekali?” Dahi Raja Khalida berkerut seraya tangannya mengusap rambut Adi perlahan-lahan.

            “Bersabarlah, Kak Long. Mungkin satu hari Adi akan berubah. Kita doakan sama-sama ye.” Raja Khatijah cuba menyenangkan hati kakaknya.


                                    ******************************

            “Ina!” tegas suara Villa sebaik sahaja Zarina melangkah masuk ke dalam rumah. Puas semalaman dia menunggu Zarina pulang. “We have to talk right now.”

            “Ina penat. Kita cakap lain kali saja.” Kata Zarina tanpa memandang wajah Villa yang sedang duduk di sofa di ruang tamu. Dia sangka tiada sesiapa di rumah pada waktu ini. Selalunya Mak Su ada di kedai lagipun kereta kancil milik Mak Su tak ada garaj sebelum aku masuk tadi.

            “Mak Su kata sekarang!” Villa meninggikan suaranya.

            Zarina tersentak apabila Villa meninggikan suara. Inilah pertama kali Mak Su tinggikan suara.Zarina membuat mimic muka tanda protes. Dia duduk di sofa dengan kasar.  Dia memandang ke arah lain.

            “Ke mana Ina pergi semalam? Puas Mak Su call, kenapa Ina tak jawab call Mak Su? Susah sangat ke nak jawab.” Soal Villa.

            “Battery habis.”

            “Jawapan tu dah basi.”

            “Whatever!”

            Villa merenung wajah bujur sirih milik Zarina. Dia tak tahu kenapa Zarina bersikap dingin dengannya sedangkan dahulu Zarina adalah anak saudara yang paling rapat dengannya sebelum dia menyambung pelajaran di US. Sikap Zarina berubah sejak pemergian arwah Abang Long dan Kak Long. Entah di mana silapnya, dia pun tak tahu. Dia pernah bertanya tetapi Zarina buat tak tahu sahaja. “Cuba Ina beritahu dengan siapa Ina keluar semalam?”

            “Kawan.” Ringkas jawapan Zarina.

            “Kawan … Maksud Ina, Henri! Betul tak?”

            Zarina terkejut dan melihat ke arah ibu saudaranya. Macam mana Mak Su boleh tahu tentang Henri? Aku tak pernah beritahu nama Henri pun.

            Villa tersenyum. Akhirnya dia berjaya menarik perhatian Zarina. “Datin Yusni datang jumpa Mak Su di kedai kelmarin. Ina tahu siapa Datin Yusni kan! Betul ke? Henri dah bertunang.”

            “ Ya. So what? Apa masalahnya? Mereka hanya bertunang bukannya dah berkahwin. “ jawab Zarina tanpa menunjukkan rasa bersalah.

            “Astaghfirullahalazim. Kenapa Ina cakap macam tu? Ina sedar tak? Henri tu dah ada tunang. Mereka akan kahwin bulan depan. Kenapa Ina nak kacau kebahagiaan mereka? Mak Su tak pernah ajar Ina menjadi perosak kebahagian orang lain. Banyak lagi lelaki bujang yang boleh Ina jadikan boyfriend. Kenapa mesti Ina rampas hak orang lain? Plus, Ina masih muda lagi.  Ina dah lupa ke, bulan depan ni Ina akan study degree di UK. Perjalanan hidup Ina masih jauh lagi. Lagipun ada banyak benda yang sedang menanti Ina.” Villa cuba memujuk Zarina. Dia berharap Zarina akan mengubah keputasannya.

            “Ini hidup Ina. Mak Su tak perlu nak masuk campur. Ina berhak tentukan arah tuju hidup Ina sendiri. Kalau Ina nak kahwin dengan Abang Henri sekalipun, Mak Su tak boleh halang Ina. Kami berdua saling mencintai antara satu lain. Yang penting sekali, Abang Henri cintakan Ina. Tiada siapa boleh pisahkan kami termasuklah Mak Su dan Datin Yusni. Cinta kami tulus.” Tegas Zarina. Tiada sesiapa yang boleh musnahkan cinta mereka berdua. Nak jadi apa pun, jadilah.

            “Ina!” Bulat anak mata Villa. Pengakuan berani dari Zarina menyebabkan Villa sedar yang Zarina sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan cintanya. Memang betul cinta itu buta.

            “Ina tak kisah kalau Mak Su nak buang Ina dari keluarga ni. Ina tak perlukan restu Mak Su. Ina akan bahagia dengan Abang Henri. Hanya Abang Henri yang Ina perlukan dalam hidup Ina.  Sekarang ni Mak Su dah dengar kan! Dah jelas kan. So, Mak Su jangan sesekali cuba halang hubungan kami.  Kalau tak, kami akan berdua akan lari ke Thailand dan bernikah di sana. Mak Su tak akan jumpa Ina lagi.“ tegas Zarina sekali lagi. Dia terus bangun dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

            Villa terduduk di sofa. Dia binggung seketika. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Kerana cinta Ina sanggup buang keluarganya sendiri seolah-olah aku dan adik-adiknya tiada apa-apa makna dalam hidupnya. Adakah kami ni orang luar bagi Ina? Villa melepaskan keluhan dengan kuat. “Apa aku nak buat ni? Apa aku nak jawab dengan Datin Yusni? “ tiba-tiba Villa teringat permintaan Datin Yusni.  Kepala yang tak gatal digaru beberapa kali.

                                    ********************************

            Raja Awwadi mendekati dua orang wanita yang sedang berbual rancak di ruang makan.  Kolar t-shirt berjenama Polo dibetulkan.  “Good morning, ladies!” tegur Raja Awwadi. Dia terus mencium pipi Raja Khalida dan Raja Khatijah. Kerusi ditarik dan duduk. Dia tersenyum melihat kuih keria yang terhidang di atas meja. Itulah kuih kegemarannya.

            “Adi! Bila Adi nak berubah? Cuba beritahu nenek. Hari tu Adi dah janji dengan nenek, Adi tak akan minum air haram tu lagi tetapi Adi tetap buat jugak. “

            Wajah Raja Khalida ditatap dengan senyuman. Kuih keria dimakan dengan perlahan-lahan. Dah agak dah, aku mesti kena fire dengan nenek.

            “Hish…Kak Long ni, biarlah Adi makan dulu. Kita cakap kemudian.” Raja Khatijah mencelah.

            “Tijah, jangan kau manjakan cucu aku ni. Kau tak kenal lagi perangai cucu Kak Long seorang ni. Kalau Kak Long biarkan, tup tup dia dah lesap. Entah ke mana dia pergi.  Esok pagi baru Kak Long boleh jumpa dia. “ beritahu Raja Khalida. Wajah adik perempuannya direnung. 

            “Semalam, Adi minum sikit saja. Adi janji selepas ni Adi tak minum lagi.” Raja Awwadi mengangkat sebelah tangannya.

            “Janji Adi tu satu sen pun nenek tak percaya. Hanya janji kosong.” Raja Khalida mengecil matanya. Langsung tak percaya.  “Oh ya, tentang Mary Lee. Nenek tak benarkan Mary Lee diberhentikan. Mary Lee dah lama bekerja dengan company kita.”  Tegas Raja Khalid. Dia terkejut apabila mendapat tahu Mary Lee dipecat oleh cucunya.  Jika dibiarkan hampir semua pekerja wanita di syarikatnya diberhentikan oleh Raja Awwadi. Disebabkan seorang wanita, Raja Awwadi menganggap semua wanita di muka bumi ini adalah musuhnya. Jika ada pekerja wanita yang melakukan kesilapan, terus saja dipecat walaupun hanya kesilapan kecil saja.Hampir 60 peratus pekerja di Gemilang Bersatu dimonopoli oleh kaum lelaki.

            “Tapi disebabkan dia tender tu jatuh di tangan orang lain.”

            “Adi, nobody perfect. Mungkin bukan rezeki kita. Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Cubalah belajar bersyukur dengan apa yang Adi ada. Jangan terlalu tamak.“ nasihat Raja Khalida. Wajah cucu tunggalnya ditatap lembut. Dah banyak kali aku nasihatkan dia, satu pun tak dipedulikan. Aduh, aku dah mati akal nak nasihatkan cucu aku ni. Hati dia dah keras.

            “But …..” Raja Awwadi masih tak berpuas hati.  

            “Nenek tak nak dengar lagi. Keputusan nenek muktamad. Don’t forget , Adi! Nenek masih lagi chairman Gemilang Bersatu.” Tegas Raja Khalida. Suaranya ditinggikan. Dia tidak akan beri muka lagi.

            Raja Awwadi terdiam.

            Raja Khatijah hanya diam membisu. Kalau aku masuk campur nanti, tak pasal-pasal aku kena sembur dengan Kak Long. Lebih baik aku diam.

            “Good Morning!” Bella tersenyum. Langkah diatur dengan penuh bergaya. Maklumlah model antarabangsa. Berjalan mesti ada style. Kerusi di sebelah ditarik tanpa dipelawa. Senyuman meleret di wajah Bella.

            Raja Awwadi mencebek. Kehadiran wanita yang berbaju gaun hitam menyebabkan selera makannya hilang. Matanya menjeling ke arah wanita yang mengikuti Bella. Wanita yang menjadi punca rumahtangga ibu bapanya musnah. Dia benci dengan wanita ni. Disebabkan wanita ini juga ibu meninggal dunia kerana kecewa. Dia tak akan memaafkan perempuan ni dan arwah abah. Raja Awwadi bangun. “Adi, dah kenyang. Tiba-tiba rasa tak boleh nafas pulak.”

            “Sayang, you nak pergi mana? I tak makan lagi. Duduklah. Temankan I makan.” Bella memegang tangan Raja Awwadi secara tiba-tiba. Dia merengek seperti budak kecil. Wajah Raja Awwadi direnung. Dia tak benarkan pujaan hatinya itu pergi begitu saja. Dah seminggu aku tak jumpa dia. Disebabkan dia ada show di Milan dia terpaksa berjauhan dengan kekasih hatinya.

            “Bella! I dah beri amaran pada you.  Don’t call me sayang.  I tak suka.” Tangan Bella ditempis dengan kasar. Dia tak suka perempuan menyentuh anggota badannya sesuka hati. Rasa jijik. “Hey, Bella! You tak ada rumah sendiri ke? This is my house. Bukan rumah ibu saudara you. Dia pun menumpang saja. Kalau you tak nak I suruh security heret you keluar, jaga sikit tingkah laku you tu. Don’t come near me anymore. Understand! Nenek, Adi nak keluar. Terasa panas pulak.” Raja Awwadi meninggikan suara sebelum meninggalkan mereka di ruang makan.

            Wanita yang berbaju gaun merah hanya membuat muka selamba. Dia terus duduk untuk bersarapan. Dia tidak mempedulikan kehadiran mereka bertiga di situ.

            “Sayang!” panggil Bella. Dia ingin mengejar Raja Awwadi tetapi dihalang oleh Raja Khatijah. Dia merenung wanita yang berusia 65 tahun yang sedang berdiri di hadapannya.

            “Tepilah.” Bella mengetap bibir.

            “Mazlina, aku dah banyak kali beritahu kau supaya jaga kelakuan anak saudara kau ni. Kau tak reti ajar dia ke?” Mata Tengku Khalida beralih ke arah Mazlina. Dia tak berkenan langsung dengan perangai Bella. Asyik terkejar-kejarkan Adi. Eeee…aku tak nak perempuan macam ni jadi isteri Adi.

            “Mama, Bella tu bukan anak Maz. Dia hanya anak saudara Maz. Kalau Maz nasihat pun, dia tak akan dengar. Kalau mama nak nasihatkan Bella, silakan. Maz tak kisah pun, itupun kalau Bella nak dengar cakap mama.  Tetapi Maz rasa mama perlu ajar cucu mama dulu sebelum mama nasihatkan Bella.” Jawab Mazlina seraya menuang air kopi di dalam cawan.  Bella hanya tersenyum sinis

            Raja Khalida meletakkan cawannya dengan kasar. Eee….perempuan ni memang kurang ajar. “ Kalau tak disebabkan wasiatkan arwah anak aku, dah lama aku halau kau keluar.” Terus bangun dan merenung isteri kedua anaknya. Raja Khatijah mendekati kakaknya.

            “Nak halau Maz, silakan. Maz tak kisah. Tetapi mama jangan lupa wasiat arwah anak mama.” Mazlina tersenyum sinis. Perempuan tua ni tak akan berani halau aku, kalau dia halau aku ….tanah seluas 800 hektar di Pahang akan diwakafkan. Aku dengar tanah tu sangat penting bagi Adi.  Mustahil mereka akan halau aku.

            Raja Khalida ingin berkata sesuatu tetapi ditegah oleh adiknya. “Kak Long, perempuan macam ni jangan dilayan.  Jom, kita breakfast di luar. “ ajak Raja Khatijah. Dia tak mahu kakaknya diserang sakit jantung sekali lagi.

            Raja Khalida hanya mampu melepaskan keluhan dengan kuat. Betul juga kata adik aku. Tak pasal-pasal hati aku jugak yang sakit. Langkah mereka berdua diatur meninggalkan ruang makan.

            Bella terus mendekati ibu saudaranya. “Nice, auntie! Padan muka orang tua tu.  Suka sangat menyibuk hal orang.”

            “Bella! Auntie hairan, kenapa Bella sukakan Adi tu? Tak ada lelaki lain ke selain Adi. Kat luar sana tu, ada banyak lelaki kaya yang boleh dibuat suami.  Lelaki sedingin musim sejuk tu yang Bella nak. “

            “Kat luar sana memang banyak lelaki kaya tetapi mereka semua tu dah nak expired.  Eeee….tak naklah.  Bella ni supermodel, Auntie. Bella nak husband Bella setaraf dengan Bella.  Kaya dan handsome.  Perfect couple. Macam David Beckham dan Victoria. ”

            “Terpulanglah. Auntie tak nak masuk campur. “ Mazlina mengeleng. Nasi goreang disuap ke dalam mulut.


            Bella tersenyum lebar. Dia sudah mula berangan-angan. Yang pasti angan-angan pasti jadi kenyataan. Aku mesti kena kahwin dengan Adi hujung tahun ni jugak. Itu matlamat hidup aku.

2 comments:

eija said...

lambatnya msk n3 br kak.. ari2 sy jeguk..

msig2 ada kesusahan.. villa dgn anak2 saudara nya.. adi dengan sejarah.. nenek pulak dgn maz.. ish2.. mcm mna agaknya adi jtuh cinta dgn villa nti..

Azaren said...

"Adi, nobody perfect. Mungkin bukan rezeki kita. ->> nobody's perfect.
Typo - Nasi goreang disuap ke mulut. Bab 1 juga ada typo yg sama ketika Mak Su menyiapkan bekal.

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...