BAB 6
Mazlina
sedang menikmati minum petang seorang diri di taman yang berkonsepkan moden
tropika. Suasana tropika membuatkan jiwa Mazlina berasa tenang dan
persekitarannya begitu mendamaikan Dia
berasa seolah-olah berada di resort mewah dengan adanya kolam renang membiru di
hadapannya. Deretan Pinanga patula disepanjang kolam renang mendamaikan lagi
suasana yang menghijau.
“Auntie!” Mazlina mengetap bibir dan membuat mimic
muka. Dia sedar siapa pemilik suara itu. Kedamaian dan ketenangan yang sedang
dinikmati tadi hilang begitu saja.
Bella
berdiri di hadapan Mazlina dengan wajah muram. “Auntie! Plan Bella tak menjadi.
Lepas tu, dia kata dia akan sue Bella jika Bella keluarkan artikel palsu
tentang hubungan kami berdua.” Bella melabuhkan punggung di kerusi besi dengan
kasar. Dia geram.
“Auntie dah
cakap dari awal lagi kan, Bella yang tak nak dengar . Orang macam Adi tu takkan
mudah untuk diperangkap. Dia 10 kali ganda lebih cerdik dari Bella, tahu tak. “
“Ala,
auntie! Please, tolonglah.” Bella merayu.
“Bella,
carilah orang lain. Lupakan saja Adi tu. Dia tu kuda liar yang susah nak
dijinakkan. Buang masa saja.” Pujuk Mazlina. Sebenarnya dia malas nak masuk
campur terutamanya hal yang berkaitan dengan anak tirinya.
“Auntie
kena tolong Bella. Auntie dah lupa janji auntie dan arwah mama Bella ke? “
Mazlina
mengeluh kuat. Ya, memang aku ada janji dengan arwah kakak aku untuk menolong
Bella mencapai impiannya. Tetapi bukan impian yang ada kaitan dengan Adi.
Argh…malas betul.
“Auntie!”
panggil Bella. Hairan melihat Mazlina yang termenung seketika.
“Baiklah.”
Jawab Mazlina dengan lemah. Nak ke tak nak, aku kena buat jugak. “Tetapi ini
last auntie tolong Bella, ingat tu!” tegas Mazlina. Dia malas nak campur urusan
cinta antara Bella dan Adi. Jika ikutkan hati, dia tak suka Bella berkahwin
dengan Adi. Baginya Bella tak sesuai dengan Adi.
Dahi Bella
sedikit berkerut. “Ya tapi plan auntie mesti menjadi. Kalau tak, Bella tak nak
cakap dengan auntie lagi di sini.” ugut Bella seperti kanak-kanak kecil.
“Ikut suka
hati, Bella. Biar auntie fikir dulu. Bagi masa kat auntie.”
“Baiklah.
Tetapi auntie kena pastikan plan auntie perfect dan menjadi. Yang pasti, tahun
ni Bella berkahwin dengan Abang Adi.” Suara Bella berbunyi riang. Dia sudah
mula mengimpikan bagaimana kehidupan mereka selepas berkahwin. Pasti bahagia.
Yang pasti, ramai orang akan cemburu dengan perkahwinan aku. Bella ketawa kecil
pula.
Mazlina
menggelengkan kepala. “Sempat lagi budak
ni berangan. Tak menjadi, baru padan muka.” Kata Mazlina dengan suara perlahan.
Tak pasal-pasal aku pulak yang kena! Mazlina mencebek mulut.
*************************
“Kak Long,
Tijah tengok mereka berdua tu lain macam saja seolah-olah sedang merancang
sesuatu.” Raja Khatijah bersuara sebaik
sahaja duduk di sebelah kakaknya yang sedang membaca majalah wanita. Semasa dia keluar dari ruang dapur, kebetulan
dia melalui taman moden tropika yang merupakan tempat kesukaan Mazlina. Dia ada dengar Bella menyebut nama Adi tetapi
sayang dia tak dapat dengar perbualan mereka berdua.
“Plan apa?
Biarlah.”
“Tapi Kak
Long ….mereka ada sebut nama Adi, entah-entah mereka sedang plan sesuatu kat
Adi. Mereka tu kan licik. Kak Long nak ke Si Bella tu jadi isteri Adi?“ Raja
Khatijah runsing.
“Oh please,
perempuan macam Bella tu tak layak bergelar isteri Adi. Kak Long lebih relakan
kahwinkan Adi dengan tukang kebun, tahu tak” Raja Khalida menutup majalah yang
dibacanya dengan kasar. Perasaan marah
membuak-buak di dada apabila mendengar nama Bella.
“Nenek nak
kahwinkan Adi dengan tukang kebun, biar betul?” Raja Awwadi ketawa. Kebetulan
hari ini dia balik awal semata-mata untuk celebrate birthday nenek
kesayangannya. Dia menyorok sejambak
bunga orkid di belakang badannya. Kononnya nak surprise nenek.
Raja
Khalida membuat mimic muka sebagai tanda merajuk. Pandangan dialih ke arah
lain. Dia sedih kerana satu-satunya cucu tunggal terlupa ucapkan selamat hari
lahir padanya.
“Nenek!”
Raja Awwadi mendekati Raja Khalida.
Tiba-tiba
Raja Khatijah menampar belakang badan Raja Awwadi. “Budak bertuah ni, birthday
nenek sendiri boleh lupa. Itulah orang muda sekarang, pentingkan kerjaya dari
keluarga sendiri.” Kata Raja Khatijah seraya senyuman terukir di bibir sebaik
sahaja melihat sejambak bunga orkid di belakang badan Raja Awwadi.
“Aduh,
bisanya. “ Raja Awwadi menggosok belakang badan.
“Pujuk
nenek Adi cepat.”
“Baiklah..”
Raja Awwadi melutut secara tiba-tiba di hadapan Raja Khalida yang sedang duduk.
Raja
Khalida tercengang.
“Happy
Birthday, nenek!” Raja Awwadi menghulurkan sejambak bunga kegemaran neneknya.
“Ambillah! Nenek, Adi tak lupa birthday nenek. Pagi tadi ada hal di office.
Tengok, sekarang ni baru pukul 3.00 petang. Adi balik awal semata-mata kerana
nak celebrate birthday nenek. For your info, Adi cancel semua appointment
petang ni. Especially because of you, nenek. Look, bunga ni Adi sendiri pergi
ke kedai dan pilih untuk nenek. Sebelum ni, Fairuz yang order tetapi hari ini
Adi buat sendiri. Malam ni, kita bertiga dinner di GB Hotel. Adi dah suruh chef
kegemaran nenek masakkan semua lauk kegemaraan nenek termasuklah gulai lemak
ikan patin.” Bersungguh-sungguh Raja Awwadi memujuk buah hatinya. Nenek ni, kalau dah merajuk susah betul nak
pujuk. Umpan aku jangan haraplah nak
mengena. “Nenek!” Raja Awwadi memanggil dengan nada suara manja. Masih juga
tiada reaksi.
Raja
Khalida masih kaku mendiamkan diri. Wajahnya masam. Wajah Raja Awwadi tidak
dipandangnya.
Pandangan
Raja Awwadi beralih. “Nenek Tijah, say something.” Dia cuba meraih simpati dari
nenek saudaranya.
“Sorry, ini
bukan masalah Nenek Tijah ye.”
Wajah Raja
Khalida dan Raja Khatijah dipandang.
Pasti mereka berdua dah berpakat nak kenakan aku. Argh …terpaksalah aku
pujuk guna taktik lain pulak. “Ok! Nenek, Adi minta maaf. Hmm…beginilah, Adi
akan beri satu wish untuk nenek. Wish tu nenek boleh minta apa saja dari Adi,
Adi akan tunaikan.”
“Apa saja!
Tak kisah apa-apa pun.” Akhirnya Raja Khalida bersuara. Anak matanya yang tadi
suram, bercahaya secara tiba-tiba.
Raja Awwadi
tersenyum lebar. Yes, berjaya. “Ya.”
“Satu saja
ke?” Wajah Raja Khalida menjadi masam semula. Dia memandang ke arah lain sekali
lagi.
Dahi Raja
Awwadi sedikit berkerut. Dah bagi betis, nak peha pulak. Nasib baiklah nenek
sendiri. Nak bagi ke tak? Kalau bagi lebih, entah benda pelik apa pula yang
nenek minta. Argh….tak kisah la. Hari ni birthday nenek, anggap saja hadiah aku
untuk nenek. “Baiklah. Dua saja. Tak boleh lebih nenek. Tak ada sesi
tawar-menawar selepas ni lagi.” Tegas Raja Awwadi.
Raja Khalida
kembali tersenyum mendengar persetujuan dari Raja Awwadi. “Baiklah. Hmmm…Wish
nenek yang pertama, nenek nak renovate Taman Bali ni bertukar menjadi Taman
Malaysia. Nenek nak Adi sponsor semua kosnya. Boleh?”
“Renovate
lagi?” Raja Awwadi menggaru kepala yang tak gatal. Rambutnya menjadi sedikit
kusut. Matanya menjelajah di setiap sudut di situ.
“Kak Long,
dua tahun lepas kan dah renovate taman ni. Membazir!” Raja Khatijah bersuara.
Masih elok dan cantik lagi taman ni.
“Kali ni,
Kak Long mahu tentukan apa yang Kak Long nak untuk Taman Malaysia. Hanya
tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Malaysia saja yang boleh menghiasi Taman
Malaysia. Taman yang lain dari konsep taman yang sedia ada. Different and
unique.” Raja Khalida dah mula terbayang konsep Taman Malaysia. Tiba-tiba saja
dia dapat idea.
“Kalau
macam tu, nenek suruhlah mereka tanam sekali pokok durian. “ perli Raja Awwadi.
Taman Malaysia! Dari mana pulak datangnya konsep taman seperti itu. Selalunya
konsep taman yang aku dengar seperti taman bali, taman inggeris dan taman
jepun. Inilah akibatnya jika selalu menonton tv.
“Bagus
idea, Adi tu. Hmmm…Selain pokok durian, nenek akan suruh mereka tanam pokok
manggis, pokok manga dan macam-macam lagi pokok buah-buahan. And ……nenek suruh
mereka bina pondok sekali. Baru perfect. Kita letak pondok tu di tengah-tengah.
Mesti best kalau musim durian, boleh kita tidur di pondok tu tunggu durian
luruh. Wah, mesti best.” Raja Khalida tersenyum melihat raut wajah cucunya yang
dah berubah pucat.
Terkebil-kebil
mata Raja Awwadi melihat gelagat neneknya. Biar betul nenek ni! Itu bukan taman
, dah jadi dusun kalau macam tu. Nenek bergurau kot? Kalau betul, teruklah.
“Nenek, bergurau kan.”
“Kak Long ,
dah! Lebih-lebih pulak ….” Raja Khatijah mencelah. Dia tahu kakaknya bergurau
dengan Raja Awwadi. Ada ke patut nak tanam pokok durian di sini?
Raja
Khalida ketawa. Dia puas kerana dapat kenakan cucunya.
“Hish
…nenek ni, suka sangat kenakan Adi.”
“Kalau
nenek nak tanam pokok durian, lebih baik nenek beli tanah jadikan dusun. Nenek
saja nak test Adi. Nenek acah sikit saja, Adi dah cuak” Dia mengambil sejambak
bunga orkid dari tangan Raja Awwadi. “Thank you.”
“You’re
welcome, my lovely nenek. So ada satu
lagi kupon yang nenek tak guna. Next time, nenek beritahu. Oklah, esok Adi
suruh Fairuz call Puan Haliza dan jumpa nenek esok. Nenek bincanglah konsep apa
yang nenek nak. Tak kisah lah…..Taman Malaysia ke? Taman Melayu Tropika ke?
Taman Asia Tenggara ke? Tapi budget mesti kurang dari RM70 ribu.” Beritahu Raja
Awwadi lagi.
“Itu mesti
perli nenek, kan!” Raja Khalida membuat mimic muka.
“Ya ke?”
Tiba-tiba anak mata Raja Awwadi membesar.
“Oklah, nenek. Adi nak masuk berehat. Selepas solat maghrib, kita
keluar. Nenek Tijah pun sama. Kena siap on time, okey! ” Anak mata dikenyitkan
sebelum melangkah masuk ke dalam mahligai mewah. Tali leher dilonggarkan.
Setelah
kelibat Raja Awwadi hilang dari pandangan, Bella datang menghampiri mereka yang
sedang berbual. “Abang Adi dah balik ke?” soal Bella. Dia melihat di sekeliling.
Memang betullah, tadi aku dengar suara
Abang Adi. Tetapi mana dia? Sekejap saja dah hilang.
Raja
Khalida dan Raja Khatijah masih berbual. Mereka berpura-pura tak mendengar
soalan. Semakin rancak mereka berbual seolah-olah Bella tiada di situ.
“Nenek!”
jerit Bella. Geram dan sakit hati. Aku ni macam tak wujud saja. Bella mengetap
bibir. Semakin hari semakin menyampah aku tengok dua orang tua ni. Tanpa
membuang masa, Bella terus mengangkat kaki meninggalkan Raja Khalida dan Raja
Khatijah.
“Nenek! Aku
bukan nenek kau. Ikut suka hati dia, panggil aku nenek.” Raja Khalida bersuara.
Dia memandang ke arah Bella yang sudah jauh meninggalkan mereka. Wajah Raja
Khalida masam mencuka.
“Muka
tembok! Spesis tak tahu malu.” Raja Khatijah menyampuk. Dia pun tak suka dengan
perangai Bella. “Kak Long, Tijah rasa Kak Long kena kahwinkan Adi tu
cepat-cepat. Perempuan tu dah macam
desperate sangat nak kahwin dengan Adi. Tijah takut kalau mereka tu rancang nak
perangkap Adi” Kebimbangan yang selama ini akhirnya diluahkan.
“Kak Long
tahu. Nanti kita fikirkan caranya.” Hakikatnya kebelakangan ni, dia rasa tak
sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang akan menimpa keluarganya.
******************************
Langsir
sliding door ditarik sedikit ke tepi. Zakri memerhati gelagat ibu saudaranya
dari jauh. Pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Mak Su. Itu rutin
Mak Su jika ada masalah. Dia terkejut melihat dahi Mak Su yang ditampal. Kata
Mak Su, dia terjatuh. Tetapi aku tak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh
Mak Su. Gerak hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang telah terjadi hari ini.
Zakri mengeluarkan telefon bimbit jenama Lenovo miliknya. “Aku nak telefon
siapa? Kak Fatimah ke? No …No….Kak Fatimah tu takkan beritahu aku apa yang
terjadi. Suzie …..Oh ya, Suzie! Suzie
mesti tahu.” Zakri tersenyum. Nasib baik dia ada simpan no telefon pekerja baru
yang berketurunan Baba Nyonya yang baru saja 5 bulan bekerja di situ.
Zakri
tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Suzie. Pada mulanya Suzie enggan
menceritakan hal sebenarnya tetapi akhirnya Suzie mengalah dan menceritakan
segala-gala yang berlaku. Zakri terkejut mendengarnya dan berterima kasih pada
Suzie. Sebelum mereka mengakhiri perbualan mereka, Zakri berpesan supaya jangan
beritahu sesiapa yang dia tahu tentang hal ini. Ini rahsia antara mereka
berdua.
“Kali ni,
aku takkan biarkan Kak Long buat sesuka hati.” Zakri memegang erat telefon
bimbitnya. Sekilas matanya melihat jarum pandek yang menunjukkan pukul 11.30
malam.
*****************************************
Zarina
membuka pintu dan menekas suis lampu biliknya. Dia terkejut melihat Zakri yang sedang duduk di
birai katil. Zarina mengusap dadanya.
Hampir tersentap jantung Zarina melihat adiknya.
“Apa kau
buat di dalam bilik aku ni? Bilik kau ada kan!” marah Zarina. Sling beg
berjenama Bonia diletakkan dengan kasar di atas meja solek.
“Zack
tunggu Kak Long. Kak Long tahu tak sekarang ni pukul berapa?” soal Zakri. Jarum jam tepat menunjukkan pukul
1.00 pagi. Zakri tahu kakaknya sengaja balik lewat kerana mahu elakkan diri
dari Mak Su.
“Hey, kau
ni dah jadi Mak Su ke? Suka hatilah aku nak balik pukul berapa pun. Aku tak
menyusahkan kau. lebih baik kau masuk ke bilik kau dan tidur. Esok kau sekolah
kan.”
“Kenapa Kak
Long jadi macam ni? Kak Long dah banyak berubah. Sekarang ni semakin degil,
selfish dan kurang ajar.” Zakri meninggikan suaranya.
“Zack”
jerkah Zarina. Dia terkejut .
“Kalaulah
arwah mama dan papa masih hidup, mereka pasti kecewa dengan sikap Kak Long
sekarang ni.”
“Kau tu
adik aku, aku kakak kau. Siapa kau nak tegur aku?” Anak matanya bulat merenung
Zakri. Berasap telinga mendengar
kata-kata Zakri.
“Kakak!
Oooo….sekarang ni baru nak mengaku
kakak tetapi selama ini ada ke Kak Long
jalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak? Ada ke? Selama ni Kak Long hanya
tahu pentingkan diri sendiri saja. Kebajikan kami langsung Kak Long tak
peduli. Ada hati mengaku diri tu kakak,
layak ke?” sindir Zakri. Selama ini aku pendam segala-galanya, dah tiba masanya
aku luahkan. Biar Kak Long tahu dan sedar. Kalau Kak Long tak mahu bercakap
dengan aku lagi, aku tak kisah. Lantaklah!
Zarina
tercengang. Dia terkejut apabila disindir oleh Zakri. “Zack tahu kenapa Kak
Long ……..”
“Jangan
jadikan Mak Su sebagai alasan, Kak Long.” Tengking Zakri.
Wajahnya serius merenung Zakri.
Zarina
kaku. Pertama kali, Zakri menengking dirinya.
“Ya, memang
Mak Su korbankan segala-galanya kerana kita. Memang itu hakikatnya. Sepatutnya
kita hargai pengorbanan Mak Su bukannya menyusahkan hidup Mak Su. Zack dah muak
dengan perangai Kak Long. Tak habis-habis datangkan masalah pada Mak Su. Kalau
Kak Long rasa lelaki itu lebih penting daripada kami, go ahead …Marry him. I don’t care. Zack dah malas nak ambil berat
tentang hal Kak Long. Kak Long dah besar kan! Masa depan Kak Long biarkan Kak
Long tentukan sendiri tetapi kalau tersalah langkah jangan nak salahkan kami
pula. Itu masalah Kak Long sendiri. Kak Long yang cari kan! Walaupun bunyinya macam tak ikhlas ….. but i hope you will be happy with him.”
Kata Zakri dengan panjang lebar.
Renungannya masih tak berganjak. “One more thing, jangan babitkan Mak Su
dalam masalah Kak Long. Cukuplah dengan
apa yang terjadi hari ni. Kak Long sampaikan pesanan Zack pada lelaki itu, jaga tunang tu baik-baik ….jangan biar dia
datang lagi ke kedai Mak Su buat kecoh. Kalau dia nak baling pasu pun, cari
orang yang sepatutnya …. bukannya Mak Su. Nasib baik luka sikit jer. Kalau tak,
Zack tak akan lepaskan Kak Long dan lelaki itu.
Pandai buat masalah tanggunglah sendiri. Tahu menyusahkan orang saja.”
Tegas Zakri. Lantas bangun dan berlalu keluar dari bilik Zarina.
Zarina
masih kaku berdiri. Wajahnya diraup beberapa kali. Aniza serang Mak Su di kedai
ke? Tetapi macam mana dia tahu tentang Mak Su …..Zarina mengambil telefon
bimbit dan mendail no telefon Henri.
*******************************
Mata Villa
tak berkelip-kelip melihat pintu pagar yang tersergam megah di hadapannya. Dari jauh sebuah mahligai yang seumpama
istana berdiri gah tidak jauh dari pintu pagar. Sebelum memasuki kediaman itu,
mereka perlu mendapat kebenaran dari guard dahulu. Beberapa minit kemudian
mereka berdua dibenarkan masuk. Kereta Toyota vios milik Puan Haliza bergerak menyusuri jalan yang
dihiasi dengan pohon ru di sepanjang perjalanan. Mulut Villa membentuk
perkataan O tanpa disedari.
“Besarnya
buka mulut tu….” Tegur Puan Haliza. Nak tergelak pun ada melihat reaksi Villa.
“Kak Liza
……rumah siapa ni? Besarnya …….Ini kalau buat airport pun boleh. Luasnya ” Dia
kagum melihat landskap kediaman itu.
“Hish ….ke
situ pulak. Ini rumah Puan Sri Raja Khalida. Important client. Dah 5 tahun,
Puan Sri guna khidmat akak. Setakat ni, dia puas hati dengan kerja akak. Sebab
tu, dia nak guna khidmat akak lagi.”
“Alhamdulilah
…….rezeki Kak Liza melimpah-limpah lagi kali ni. Terima kasih sebab call Villa, boleh juga
Villa dapat income lebih sikit. “ Villa tersengih. Sebenarnya dia bekerja part
time di syarikat lanskap milik Haliza.
Hanya sekadar untuk menambah pengetahuan. Hampir setahun, dia bekerja dengan
Kak Liza.Sebaik saja mendapat call dari Kak Liza, dia terus terima.
Sekurang-kurangnya, dia dapat melupakan masalahnya untuk seketika. Cap hitam
diperbetulkan agar menutupi kesan lupa di dahinya. “Kak Liza, Puan Sri Raja
Khalida ni jutawan ke? Yalah, rumah sebesar ni hanya jutawan saja yang mampu.
Business apa?” soal Villa ingin tahu. Dia memandang wanita yang berusia hampir
40 an itu.
“Global
Bersatu Corp Berhad milik Puan Sri tetapi sekarang ni empayer syarikatnya
diuruskan oleh cucu tunggalnya, Raja Awwadi. Alah …shopping complex yang Villa selalu pergi
tu di Bangsar salah satu dari cawangan milik mereka. Mereka juga ada rangkaian
hotel yang bertaraf 5 bintang di Malaysia. Oversea pun ada. “ beritahu Puan
Haliza.
Sedikit
demi sedikit wajah Villa berubah. Bibir dirapatkan. Masalah besar ni! Aduh,
kenapa mesti aku jumpa lagi dengan mamat Audi tu? Tak ada orang lain ke aku nak jumpa? Kuat
betul jodoh aku dengan dia ….Jodoh, hish! Apa yang aku mengarut ni? Aku dan dia
bagai langit dan bumi. Oh please! Takkanlah aku nak hadap muka mamat Audi tu
lagi. Confirm dia tak suka aku selepas aku tegur dia tempoh hari. Takkanlah aku
ni tarik diri dari projek ni, kasihan pulak kat Kak Liza.
“Villa,
kenapa senyap saja ni?” tanya Puan Haliza. Hairan.
“Tak
adalah. Aaaa…cucu Puan Sri tinggal sekali ke?” soal Villa.
“Dah tentu
tinggal sekali. Kenapa? Villa nak try Raja Awwadi ke? Kalau Villa nak mengorat
Raja Awwadi, simpan saja hasrat Villa tu. Cari saja lelaki lain. Memanglah dia
handsome dan kaya tapi perangai dia lain sikit. Dia tak suka perempuan. Akak ni
dah banyak kali kena marah, nasib baik Puan Sri ada backup akak. Hal kecil pun
nak diperbesarkan” cerita Puan Haliza. Dia menekan brek kereta setelah tiba di
mahligai mewah itu.
“Villa
tahu.”
“Eh, macam
mana Villa boleh tahu? Villa kenal Raja Awwadi ke?” soal Puan Haliza terkejut.
“Bulan
lepas, Villa terlanggar kereta dia.” Beritahu Villa seraya tersenyum.
“Apa!” Puan
Haliza tercengang.
“Nanti
Villa cerita kat Kak Liza. Mesti Puan Sri tengah tunggu kita.”
“Ok. Lepas
urusan kita settle, Villa mesti cerita kat akak dari A to Z. Jangan ada tinggal
satu pun.” Wajah Villa ditatap.
“Roger,
madam.” Villa ketawa kecil. Pintu kereta dibuka. Mereka berdua berjalan
seiringan memasuki kediaman itu. Kedatangan mereka disambut oleh pembantu rumah
Raja Khalida. Mereka berdua dibawa menuju ke ruang tamu yang terletak di sayap
sebelah kiri kediaman itu. Dia kagum dengan interior design kediman itu. Konsep
moden kontemporari memang sesuai dengan kediaman ini. Yang pasti material yang
digunakan adalah berkualiti. Perabot ditempah khas mengikut tema dan rona bagi
setiap ruang. Nampak mewah! Nak sentuh pun takut.
Langkahnya
terhenti melihat dua orang wanita sedang menanti kedatangan mereka berdua.
Senyuman dihadiahkan ke arah mereka.
“Puan Sri,
saya kenalkan Villa. Dia assistant saya, dia akan tolong saya dalam projek ni.
Kalau Puan Sri ada apa-apa kemusykilan, Puan Sri boleh tanya Villa. Bab-bab
penjagaan pokok, dia lebih arif. “ Puan Haliza bersuara selepas mereka
bersalaman.
“Staff baru
you ke? Sebelum ni, I tak nampak pun.” Soal Raja Khalida. Dia memandang wanita
yang memakai seluar jeans lusuh dan t-shirt putih. Dia memandang wanita itu
dari atas hingga ke bawah.
“Dah
setahun, Villa kerja dengan saya. Sebelum ni, dia tolong saya handle projek
lain. Puan Sri, jangan bimbang. Villa banyak pengalaman.”
“Puan Sri,
walaupun saya macam ni. Bab kerja saya tip top. Saya gerenti taman Puan Sri
akan menjadi taman yang paling cantik dan lain dari yang lain. Kawan-kawan Puan
Sri pasti jealous bila tengok taman ni nanti. Satu dalam sejuta. Dan yang
pasti, taman ni nanti akan dipilih menghiasi majalah LAMAN. Taman Puan Sri
pasti terkenal. Tup ..tup …Puan Sri pun boleh tumpang terkenal juga. Saya dan
Kak Liza pun boleh tumpang glamour jugak.” Kata Villa bersungguh-sungguh sambil
tersengih. Dia faham maksud di sebalik pandangan wanita high so yang sedang
berdiri di hadapannya. Dia sedar penampilannya pasti mengundang keraguaan. Yang
pasti, Villa selesa dengan penampilannya. Simple.
Raja
Khatijah menutup mulut menahan ketawa.
Wajah Raja
Khalida berubah. Dahinya berkerut. Anak mata dikecilkan. Air mukanya lebih
serius. Budak ni betul ke tak?
“Maafkan
saya, Puan Sri. Villa memang macam ni. Terlebih ramah. “ Puan Haliza memegang
tangan Villa. “Aaaa….Villa pergi ambil gambar taman yang nak renovate tu. Lepas
tu datang sini balik.” Puan Haliza memberi arahan. Dia sedar perubahan wajah
Raja Khalida. Dia tahu Raja Khalida susah nak percaya dengan orang luar.
“Baiklah.
Tapi Kak Liza, ini baru first time Villa datang sini. Istana ni besar, Villa
tak tahu taman tu di mana. Kalau Kak Liza suruh Villa cari, belum tentu Villa
jumpa.” Terkebil-kebil matanya melihat Puan Haliza.
“Betul
cakap Villa tu, Liza. Aaaa….sekejap. Tuti …..Tuti…..” Raja Khatijah memanggil
pembantu rumahnya. “Tuti, tolong bawa Villa ke Taman Bali.” Beritahu Raja
Khatijah apabila pembantu rumah datang menghampiri mereka.
“Baik,
Datin. Cik, boleh ikut saya.” Kata Tuti.
“Terima
kasih, Datin.” Ucap Villa sebelum berlalu pergi mengekori Tuti. “Awak dah lama
ke kerja di sini, Tuti. Mesti gaji awak banyak kan” Soal Villa seraya berjalan
seiringan dengan Tuti. Walapun baru kenal, Villa begitu ramah berborak dengan
Tuti.
“Maaf, Puan
Sri. Dia memang terlebih ramah. Orang tak kenal pun, dia boleh berbual macam
dah lama kenal. Mulut memang bising sikit tapi hati dia baik. Bab kerja dia
memang serius.” Puan Haliza menggaru kepala yang tak gatal.
“It’s okey!
I tak kisah tetapi I nak dia tahu buat kerja. Jangan tahu cakap saja.” Tegas
Raja Khalida.
“Don’t
worry, Puan Sri. I berani jamin, Puan Sri akan berpuas hati dengan kerja
Villa.” Puan Haliza cuba yakinkan Raja Khalida.
“By the
way, boleh I tahu nama penuh dia? Nama dia pelik. Villa? First time I dengar
nama seperti itu.” Raja Khatijah mencelah. Tiba-tiba dia berminat dengan
wanita bernama Villa.
“Oooo….Nama
penuh dia lain dari yang lain sikit.”
“Maksud
you, Vanilla ke?” teka Raja Khatijah.
“Bukan,
Datin. Nama penuh dia …..Bougainvillea.” Puan Haliza cuba tersenyum.
“What?”
Anak mata Raja Khalida membesar. Aku tersalah dengar ke?
“Bougainvillea.
You must be kidding, right! Takkanlah nama dia bunga kertas kot. “ Raja
Khatijah tak percaya. Pandai betul, Liza buat kelakar kat aku.
“I’m
serius, Datin. Nama penuh dia memang Bougainvillea Bt. Yahya. Pada mulanya,
saya pun tak percaya tapi bila tengok IC dia. Memang betul nama penuh dia. Nama
scientific untuk bunga kertas.”
“Wow …..”
Raja Khatijah ketawa kecil. Ada juga ibu bapa beri nama anak sempana nama
scientific bunga. Kalau Melur ke? Melati ke? Orang boleh terima lagi. Tetapi
Bougainvillea, memang satu dalam sejuta.
“Are you
sure her name is Bougainvillea Bt. Yahya?” soal Raja Khalida. DIa seolah-olah
terkejut. Raja Khatijah menoleh. Dia berasa pelik dengan soalan kakaknya.
“Ya, Puan
Sri! Kenapa?” soal Puan Haliza hairan.
“Tak ada
apa-apa. Boleh kita start sekarang?” Dia mengubah topic lain. Dia tak mahu
Haliza syak sesuatu. Nama wanita itu telah menarik perhatiannya. Dia ingin tahu
latar belakang wanita ini dengan lebih terperinci.
“Boleh.”
Jawab Puan Haliza. Dia segera mengeluarkan buku dan pen. Dia perlu tahu konsep
taman yang Raja Khalida inginkan dengan lebih terperinci.
*****************************************
Villa
mengeluarkan kamera berjenama Nikon dari perut beg galas. Dia memerhati di
sekeliling. Villa memegang batang pokok palma yang ada di situ. “Sayangnya
kalau nak buang pokok-pokok ni.”Bibir Villa dimuncung ke depan.
Villa mula
mengambil gambar taman itu dari pelbagai sudut. Dah macam jurugambar
professional. Sesekali dia melihat gambar diambilnya. Jika dia tak puas hati,
dia akan delete. Lensa camera dihalakan pula ke arah arca berbentuk batu karang
di sudut kiri. Badan Villa menjadi kaku secara tiba-tiba. Seorang lelaki sedang
berjalan ke arah taman itu. Dengan serta merta, Villa menyorok di sebalik
deretan rimbunan pokok buluh yang ada di situ. “Hish, awalnya mamat Audi ni
balik. Bukan ke dia sepatutnya ada di ofis. “ bebel Villa. Aku ni dah macam
pencuri saja. Macam aku pulak yang ada buat kesalahan besar. Tetapi tak
apalah, daripada aku bergaduh dengan
mamat Audi tu lebih baik aku elakkan diri dari jumpa. Rumah ni kan besar. Mesti
tak jumpa ….lagipun taman ni akan siap dalam masa 3 minggu saja. Tiba-tiba Villa menadah tangan . “Ya Allah,
Ya Tuhanku! Janganlah biarkan kami berdua berjumpa. Amin.” Villa berdoa. Anak matanya masih lagi memerhati gerak-gerak
Raja Awwadi. Kelihatan Raja Awwadi menaiki anak tangga yang berada tidak jauh
dari situ. Mungkin bilik dia di atas kot. Mulai minggu depan aku kena
berhati-hati. Ya, Villa. Kau kena berhati-hati.
“Cik Villa,
kenapa Cik Villa sembunyi di situ?” Mata Tuti tak berkelip melihat Villa yang
sedang menyorok di sebalik deretan pokok buluh. Di tangannya ada segelas air
oren.
“Aaaaa……Saya
nak check kekuatan pokok buluh ni
sebenarnya.” Villa memegang pokok buluh itu dan digoncang beberapa kali seraya
tersengih. “Rasanya pokok ni baru berusia 2 tahun. Muda lagi.” Villa terus
keluar dan mendekati Tuti.
“Ini
airnya.Jemput minum, Cik Villa.” Gelas diletakkan di meja batu yang berbentuk
empat segi
“Thank You,
Tuti.” Villa tersengih macam kerang busuk. Eee…Malunya. Mesti Tuti ingat aku ni
tak betul.
5 comments:
fuhyoo kak lama nya nk tgu n3..
mmg bjodoh sguh villa dgn adi nie..kak pjgkn part adi ngn villa..
Haha,best ! Kuat betul j6d0h di0rang kan...btw next n3 pleseee... :D
Sambung lg please. ..suka giler novel ni...semua karya akak memang best la...
At last..keluar jugak.puas tunfgu
BEST 3X.
.
Post a Comment