Thursday, August 21, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 7

BAB 7

            “Kak Fatimah, ada getah rambut tak? Villa punya dah putus la.” Villa menunjukkan getah yang terputus dua di tangannya.

            “Getah rambut tak ada, Villa.”

            “Ya ke? Macam mana ni?” Villa membiarkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia resah. Rimas jika rambut tak diikat.

            “Tapi rubber band ada la.” Suzie mencelah seraya menunjukkan rubber band di tangannya.

            “Rubber band pun dah kira okey.  Thank you, Suzie. You save my life. “ Villa tersenyum. Dia terus memeluk Villa. Pelukan dileraikan. “Hujung bulan ni, Kak Villa belanja semua makan seafood,okey.” Dengan pantas Villa mengikat rambutnya menjadi satu.

            “Hish, rubber band jer. Takkanlah sampai nak kena belanja makan.” Suzie menggeleng kepala. Dia selesa bekerja bersama Villa. Seorang yang pemurah dan tak pernah berkira dengan pekerja. Semuanya dilayan sama rata. TIada yang istimewa.

            “Alah ….belanja makan seafood saja bukannya belanja makan di hotel 5 stars.”

            “ Suzie, orang dah nak belanja. Kita makan saja.” Fatimah berseloroh.

            “Tepat sekali.” Villa ketawa.

            “Lama ke kerja di rumah Puan Sri tu?’ soal Fatimah.

            “Rasanya hampir sebulan kot. Sekejap saja. Kalau ada apa-apa masalah, call Villa okey. Oh ya, Abang Halim datang lambat sikit hari ni, nak bawa anak ke klinik. Katanya Yuni demam.”  Beritahu Villa. Baru sekejap tadi Abang Halima da call aku.

            “Baiklah. Pergilah cepat. Tentang urusan di kedai ni , akak akan uruskan.”

            “Ok.” Villa tersengih. Dia mencapai sling beg di kaunter dan melambai tangan ke arah mereka sebelum keluar dari kedai bunga miliknya.


                                                            ******************

            Raja Khatijah menghampiri Raja Khalida yang sedang berdiri di balkoni sejak dari tadi. Dah hampir 10 minit, Kak Long berdiri di situ. Ada perkara yang menarik ke? Dahinya sedikit berlipat.  “Kenapa Kak Long tiba-tiba berminat dengan budak perempuan tu?” soal Raja Khatijah.
            “Nama dia. Lain dari yang lain.” Matanya masih memerhati gerak-geri wanita yang sedang mengangkat pasu bunga.

            “Of course. Lain dari yang lain. Sejak Kak Long tahu nama penuh Villa, perangai Kak Long berubah. Is there anything that I need to know? ”

            “Actually Kak Long dah upah PI siasat background Villa.”

            “Kenapa?” Raja Khatijah terkejut.

            “ I need a confirmation about her.”

            “Kenapa? Dia ada niat tak baik ke?”

            “Tak. Kak Long akan ceritakan segala-galanya selepas Kak Long dapat full report dari PI.  Be patient, okey!“ tegas Raja Khalida.  Dia perlukan kepastian dahulu.  Sekarang hanya ada gerak hati saja tetapi gerak hatinya kuat mengatakan tekaannya tepat.

            Raja Khatijah mencebek bibirnya.  Pandanganya turut sama dilemparkan ke arah Villa yang sedang membantu salah seorang pekerja mengangkat pasu besar.

            “Good morning, ladies!” tegur Raja Awwadi. Dia terus memeluk Raja Khalida dari belakang. Satu ciuman hinggap di pipi Raja Khalida. Dia hanya memakai singlet putih dan seluar pandek.

            Raja Khalida tersenyum. “Awal Adi bangun hari ni?”

            Raja Awwadi meleraikan pelukannya. “Salah ke kalau Adi bangun awal?” soal Raja Awwadi semula.

            “Selalunya cuti Am macam ni, Adi bangun bila matahari dah terbit tinggi. Lepas kami lunch, baru nampak Adi.” Raja Khatijah mencelah. Mereka berdua sudah masak dengan perangai Raja Awwadi setiap kali cuti.

            “Itu penat namanya. Okeylah, Adi nak pergi gim. Nak exercise. Nak bina badan supaya lebih mantap lagi.” Raja Awwadi menunjukkan tangannya yang berotot-otot. Dia mengenyitkan pada ke arah mereka berdua.

            “Baguslah tetapi sayang tiada isteri nak tengok badan Adi yang berotot tu. Hanya perhiasan saja.” Peril Raja Khalida.

            Raja Khatijah ketawa kuat.

            “Hish, nenek ni! Ke situ pulak. “ Wajah Raja Awwadi berona merah. Dia mengorak langkah meninggalkan mereka berdua. Jika dilayan, semakin menjadi-jadi nenek menyakat aku.

            “Malulah tu.” Raja Khatijah masih ketawa.

            Raja Khalida  tersenyum simpul.

                                    *****************************

            Villa membuka cap dan meninggalkan cermin matanya. Tuala di tangan digunakan untuk mengesat peluh yang membasahi wajahnya. Panas betul hari ni. Villa memakai semula cermin matanya. Hampir 2 jam mereka mengangkat pasu besar yang menghiasi taman yang berkonsepkan Bali ini.  Sekarang ni mereka sedang berehat sebentar.  Pandangannya beralih ke arah 5 orang pekerja yang sedang berehat tidak jauh darinya

            “Kak Villa, ini airnya.” Raub menghulurkan botol air mineral.

            “Terima kasih, Raub.” Villa mengambil botol itu sambil tersenyum. “Hari ni nak makan apa? Nasi ayam? Nasi campur? Nasi tomato? Aaaa….Nasi kerabu ke? Yang mana satu? ” soal Villa.

            “Kami tak kisah. Apa-apa pun boleh asalkan perut ni kenyang.” Raub tersengih.

            “Hmm….Nasi ayam. Okey tak?”

            “Okey. ” Jawab Raub sebelum meninggalkan Villa

            Penutup botol dibuka.Terasa dahaga. Villa minum dengan perlahan-lahan. Hilang terus dahaga. Anak mata tiba-tiba terhenti di tingkat 1. Yang pasti tempat tu adalah gym. Dinding yang hanya dibina berdasarkan kaca menampakkan peralatan-peralatan gym yang sedia ada di situ. Anak mata Villa membulat bila melihat lelaki itu membuka singlet yang dipakainya. Hanya ada seluar pandek yang membaluti tubuh. Villa tahu siapa lelaki itu. Jelas lagi terang. Badan Villa menjadi kaku secara tiba-tiba. Matanya masih tidak berkelip. Jantungnya berdegup kencang melihat Raja Awwadi mengelap tubuh yang tegap dibasahi dengan peluh. Tanpa disedari, anak matanya menjelajah disegenap susuk tubuh tegap milik Raja Awwadi.

            Villa terkejut apabila Raja Awwadi melihat ke arahnya. Dengan pantas Villa menundukkan kepala dan cap ditarik menutupi wajahnya. Wajah Villa bertukar merah. “Alamak, dia perasaan ke? Malunya.” Villa meraup wajahnya beberapa kali. “Astagfiruallahalazim …..Villa, kenapa dengan kau ni? Dah kemaruk sangat nak berlaki ke?” Villa mengetap bibir.Dengan pantas Villa bangun dan menundukkan kepala. Dia malu dengan sikapnya. Langkah diatur pantas menuju ke tandas.

                                    ***************************************

            Raja Awwadi berjalan sambil bersiul. Hatinya berasa senang apabila mendapat tahu Bella dan ibu saudaranya telah bertolak ke New York semalam selama dua minggu. Amanlah hidup aku selama dua minggu ni! Tak payahlah aku kena kunci pintu bilik aku setiap kali nak tidur. Ini semua disebabkan oleh Bella. Beberapa bulan yang lalu, dia terkejut dengan kehadiran Bella di dalam bilik tidurnya. Bella begitu berani memasuki bilik semasa dia sedang mandi.  Selepas kejadian hari itu, dia sudah mula berhati-hati. Jaket motorbike yang dipakai dibetulkan agar nampak lebih bergaya.

            Langkahnya tiba-tiba terhenti, kereta kancil yang dipakir disebelah van menjadi perhatian. Raja Awwadi mendekati kereta kancil dan mengelilingi beberapa kali. “Ini kereta perempuan tu.  Apa dia buat kat sini? Hantar bunga ke?” Raja Awwadi melihat di sekeliling. Tiada sesiapa pun. Memang betul ini kereta dia? Kereta buruk macam ni takkan aku lupa. Raja Awwadi mengetap bibir. Telefon bimbit iphone dikeluarkan. No telefon Fairuz ditekan.

            “Hello. I tak jadi nak jumpa you hari ini. Ada hal sikit. Ok.”  Terus menamatkan perbualan. Raja Awwadi mengubah haluannya. Aku mesti cari perempuan tu. Berani dia datang sini.  Kebetulan Raja Awwadi terserempak dengan Tuti. Raja Awwadi tersenyum apabila mendengar cerita dari Tuti. Langkah diatur pantas menuju ke Taman Bali.

            Dia tersenyum lebar apabila melihat kelibat Villa yang sedang mengutip batu kerikil hitam dan putih. “ Well ….It is a small world.” Raja Awwadi berdiri di belakang Villa.

            Air muka Villa berubah. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Macam mana dia tahu? Aduh, hari pertama pun aku boleh terserempak dengan dia ke.  Kalau boleh aku tak mahu jumpa dengan mamat ni sehingga habis projek ni. Minta simpang!Nampak gayanya terpaksalah aku hadap perangai mamat ni. Entah-entah dia nampak aku intai dia tadi. Eeee…malunya. Mana aku nak letak muka aku ni? Villa resah. Tapi kalau dia nampak aku tadi, awal-awal lagi dia dah cari aku di sini. Rasanya dia tak nampak. Villa menarik nafas lega.

            “I tak sangka jumpa you di rumah I. Hey, macam mana you tahu ini rumah I? Hey, I cakap dengan you sekarang ni. You pekak ke?” Raja Awwadi geram. Villa masih membelakangi dirinya seolah-olah dirinya tak wujud. Dia tak kisah dengan pandangan pekerja di situ.

            Villa menarik nafas dan menghembus perlahan-lahan. Di dalam hati dia berdoa agar urusan di sini dipermudahkan. Kalau boleh, dia tak mahu masalah timbul.  Villa berpaling dan tersenyum. Cermin mata berbingkai hitam dibetulkan. “Assalammualaikum ….. I pun tak sangka jumpa you di sini, Encik Audi. “

            Raja Awwadi terkejut apabila Villa memberi salam. Dia hanya menjawab dengan perlahan. “Apa you buat di sini, hah? Ekori I?”

            Villa masih tersenyum. Perasaan betul mamat ni! Ekori you? You ingat I tak ada kerja lain ke? Ada banyak kerja lagi aku nak buat. Sabarlah, Villa. Dia tu cucu client kau. Buat tak tahu saja. Jangan nak cari pasal. “Beginilah, Encik Audi. Saya datang sini sebab nak bekerja.Cari rezeki. Saya tak ada niat lain. Kalau I ada tersinggung perasaan you hari tu, I minta maaf. “

            “Minta maaf! I datang sini bukannya nak dengar maaf dari you. I pelik. Macam mana tiba-tiba saja you kerja dengan Puan Haliza? Setahu I, you kerja di kedai bunga. Kenapa? You dah kena pecat ke?” Hujung suara berbunyi sinis.

            “En Audi, asalkan kerja tu halal. Di mana-mana saja I boleh bekerja. Aaaa…I minta maaf, I kena sambung kerja I semula. I takut Puan Sri marah. I tak nak Puan Sri tuduh I curi tulang. Banyak lagi batu kelikar yang I nak kena kutip. Minta maaf yer…“ Villa menyambung semula kerjanya. Dia tahu Raja Awwadi masih berdiri di situ. Beberapa saat kemudian Raja Awwadi berlalu pergi. Villa mengeluh kuat. AKhirnya mamat tu blah jugak. Apa masalah mamat ni sebenarnya? Suka sangat cari pasal dengan aku. Kalau boleh aku nak kerja dengan aman, tak naklah ada isu-isu yang tak sedap didengar. Tak pasal-pasal pulak Puan Sri tuduh aku nak mengorat cucu dia. Eeee….tak naklah. Simpang malaikat 44. Minta dijauhkan semua itu. Beberapa batu kelikir berwarna hitam diambil dan dimasukkan ke dalam guni

                                    ************************************

            Setiap gerak geri Villa diperhatikan. Hampir 20 minit, Raja Awwadi berdiri di situ. Tempat yang sama neneknya berdiri pagi tadi. Kejadian yang berlaku beberapa hari yang lalu masih segar di ingatan.Dia tak sangka Villa bekerja di situ. Walaupun dia tak tahu apa yang berlaku,  yang pasti tindakkan perempuan itu baling pasu pada Villa tidak disukainya. “Dah kena pecat ke? Takkanlah bos dia pecat dia sebab hal hari tu?” Sedikit dahinya berlipat.

            “Tak manis tengok anak dara orang macam tu, Adi. Kalau dah suka, pikat saja.” Usik Raja Khalida yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Dia terkejut apabila tangannya ditarik oleh adiknya. Kata Tijah, ada sesuatu yang aku kena tengok. Dia terkejut melihat Raja Awwadi sedang berbual dengan Villa. Seolah-olah mereka pernah jumpa sebelum ini.

            “Anak dara siapa ?” soal Raja Awwadi.

            “Bougainvillea.”

            “Siapa Bougainvillea?” soal Raja Awwadi  sekali lagi.

            Raja Khalida tercengang dan memandang ke arah Raja Khatijah.

            “Eh, bukan ke tadi Adi cakap dengan Bougainvillea?” Raja Khatijah menuding jari ke arah Villa yang sedang mengutip batu kerlikir.

            “Florist tu ke? Setahu Adi nama dia Villa, kenapa nenek panggil dia Bougainvillea?” tanya Raja Awwadi.

            “Nama penuh dia ….Bougainvillea.”
            “What! Seriously! Her real name ….Bougainvillea!” Raja Awwadi ketawa dengan kuat.

            “Hish …budak ni!” tegur Raja Khalida. Peliknya! Macam mana Adi tak tahu nama penuh Villa?

            “Bunga kertas! Nama dia bunga kertas. Kelakarnya. Bapak dia tak reti nak letak nama lain ke? Mesti bapak dia mat bunga.  Bougainvillea!” ketawa Raja Awwadi semakin kuat. Tiba-tiba Raja Awwadi teringat sesuatu, jika nama dia ….Bougainvillea …..maksudnya Bougainvillea Florist yang aku pergi hari tu, kedai bunga tu milik dia. Wajah Raja Awwadi berubah dan berhenti ketawa. Terfikir sesuatu.

            “Amboi …sukanya dia. Tak baik mengata orang.” Tegur Raja Khatijah. Seronoknya dia.

            Wajah Raja Awwadi serius. “Kenapa dia bekerja dengan Puan Haliza? Maksud Adi, dia dah ada business sendiri. Kedai bunga! Adi tak faham”

            “Dia ada kedai bunga. Hmmmm……Setahu nenek, Villa hanya pekerja part time saja. Eh, sebelum tu nenek nak tahu ….macam  mana Adi boleh jumpa dengan Villa?  Adi suka Villa ke?” Perasaan ingin tahunya berkobar-kobar.

            “Me! Like her! Nenek tak ada kerja lain ke? Suka sangat buat gossip murahan.  Tak mungkin Adi suka perempuan comot  plus selekeh pulak tu.  Not my taste. Lagipun, nak bawa pergi event buat malu jer. Kalau buat orang gaji, boleh la.” Raja Awwadi ketawa.

            “Tak baik Adi cakap macam tu.” Tegur Raja Khalida.

            “Kenyataan, nenek! “ Masih ada sisa ketawa di penghujung suara. Pandangannya beralih semula ke arah Taman Bali. Dia terkejut melihat Villa yang sudah tiada di situ begitu juga dengan pekerjanya.  Mana bunga kertas ni pergi? Sekejap saja hilang. Hish …… Raja Awwadi gelabah. Matanya meliar ke pelbagai sudut mencari Villa. Ke mana pulak bunga kertas ni pergi? Ini mesti ambil kesempatan. Kerja sikit dah nak rehat.

            Raja Khalida tersenyum sedikit. Dia nampak apa yang berlaku tadi. Air muka Raja Awwadi berubah bila sedar Villa dah tiada. Sebelum ni, Adi tak pernah berminat dengan mana-mana perempuan pun. Selalunya, Adi buat tak tahu saja tetapi kali ni lain pula.  Seolah-olah ada sesuatu antara mereka berdua.

           
            “Kak Long nampak kan?” bisik Raja Khatijah ke telinga kanan Raja Khalida. Dia juga nampak apa yang berlaku tadi.  Raja Khalida masih tersenyum.  Jika Adi suka Villa, aku tak akan halang. Hakikatnya aku suka Villa walaupun pada mulanya aku tegas terhadap Villa.  Seorang yang ceria dan suka tersenyum. Murah dengan senyuman. Berlawanan dengan cucu aku, Adi. Seorang yang serius dan jarang tersenyum.

           
                                    *************************************

           
            Villa membuka pintu surau. Dia baru selesai menunaikan solat Zuhur. Dia terkejut apabila Raja Awwadi berdiri di muka pintu dan menghalang perjalanannya nak keluar.

            “Encik nak sembahyang ke? Maaflah, I tahu.” Kata Villa. Selepas selesai sembahyang, dia berehat sekejap. Time rehat masih ada. Lagipun jam baru pukul 1.45 petang. Ada chance nak rehat sebentar. Tak sangka pulak mamat ni tunggu turn nak sembahyang. Tapi bilik dia ada, kenapa nak sembahyang di surau kecil yang dikhaskan untuk tetamu. Villa hairan.

            “You perli ke?” Raja Awwadi meninggikan suaranya. Hampir 20 minit, dia terpacak di sini. Lepas tu pulak, ada hati nak tegur aku.

            “Perli you? I tak perli you pun.  Kita kan orang Islam. Memang dah wajib kita tunaikan sembahyang lima waktu.  You tahu tak, hikmah di sebalik kita sembahyang. Ada banyak hikmatnya.Pertama, secara tak langsung kita dekatkan diri kita dengan Allah S.W.T. Kedua, sembahyang ni dapat kuatkan keimanan kita.  Ketiga, mendidik kita supaya sentiasa mengingati Allah S.W.T.   Apa saja yang kita nak buat, tak kiralah …baik ke? buruk ke? Kita kena ingat yang Allah sentiasa memerhati gerak geri kita. Keempat, kita …..”

            “Hey, bunga kertas! I tak nak dengar tazkirah you. Tak payah nak jadi ustazah di depan I.” Raja Awwadi mencelah. Sedikit demi sedikit air muka berubah. Panjang lebar perempuan ni beri syarahan kat aku. Segaris senyuman di bibir apabila melihat Villa terdiam. “You mesti terkejut bila I panggil you bunga kertas kan! Bunga kertas a.k.a Bougainvillea. Wow, so sweet nama you tu. Ayah you memang pandai beri nama pada anak-anak dia. Creative.” Perli Raja Awwadi. Hatinya berasa puas. Sekarang giliran aku pulak.

             
            Kata-kata Raja Awwadi dibalas dengan senyuman. Macam mana dia tahu nama penuh aku, Bougainvillea?  Siapa yang beritahu? Dia dah tahu ke? Mustahil dia tahu.  Senyuman masih kekal di wajah.

            “You pekak ke? I cakap dengan you.” Marah Raja Awwadi. Aku pulak yang geram bila kata-kata aku tak dapat apa-apa feedback. Boleh pulak dia senyum. Sakitnya hati.

            “I dengar. Jelas. Terima kasih sebab puji arwah ayah I. Nama kakak I, Chempaka. Nama bunga jugak. Mungkin disebabkan ibu bapa I suka nama ni sebab itu mereka berdua namakan kami nama bunga.  Chempaka! Bougainvillea. Sedap kan.”  Villa memuji dirinya sendiri. Dia tahu  agenda sebenar lelaki ini.

            “You tak malu ke”

            “Malu, kenapa I nak malu? I tak kisah malah I bangga dengan nama I. Kalaulah nama I beg sampah ke? Besi buruk ke? I terima malah I bersyukur. Sekurang-kurang nama I diberi oleh arwah ayah dan ibu I.  Tanda kasih sayang mereka terhadap I.” Anak matanya tepat menatap wajah Raja Awwadi yang terdiam. Aku tahu kau nak sakitkan hati aku tetapi kau bukan lawan aku, Raja Awwadi. Sekali kau nak sakitkan hati aku, 10 kali ganda hati kau yang akan sakit. Dalam hati, Villa ketawa. “Maaf yer, I tak boleh cakap lama-lama dengan you. Banyak kerja I yang belum siap lagi. Maklumlah I hanya makan gaji saja. Tumpang lalu.” 

            Raja Awwadi bergerak sedikit ke tepi .

            “Terima kasih.” Villa melangkah meninggalkan Raja Awwadi. Langkah diatur pantas. Minta-mintalah esok mamat ni pergi kerja, kalau ada pun asyik nak susahkan hidup aku .

            Raja Awwadi mengecilkan anak mata. “She’s not ordinary woman.”Raja Awwadi bersuara sebaik kelibat Villa hilang.


                                                *********************

            Sebaik sahaja jarum pandek tepat menunjukkan pukul 5.00 petang. Villa bergegas menuju ke kereta.  Enjin kereta dihidupkan. Kereta Perodua Kancil 850 bergerak laju meninggalkan kediaman Raja Khalida. Villa menarik nafas lega. “Baru boleh bernafas. Kalau begini setiap hari, tak pasal-pasal aku dapat penyakit lelah. Apa mamat tu nak lagi? Aku dah bayar kos repair kereta. Minta maaf pun dah. Apa lagi, hah? Weird guy! Nasib baiklah esok mamat tu dah kerja, senang aku nak bekerja. Tak perlu lagi aku nak bertikam lidah dengan mamat. Aman tenteram jiwa aku.” Villa bercakap seorang diri di dalam kereta meluahkan rasa tak puas hati terhadap cucu Raja Khalida. Dia sedar dirinya diperhatikan. Villa rasa tak selesa.

            Villa menekan brek kereta. Kereta Perodua Kancil 850 dipakir di dalam garaj rumah. Pintu dibuka. Villa keluar dari perut kereta malah kepulangannya disambut oleh anak-anak saudaranya. Villa tersenyum lebar.

            “Mak Su!” jerit Zain. Dia bersorak gembira melihat Villa.

            “Awal Mak Su balik hari ni?” tanya Zubir. Selalunya pukul 6.00 petang baru Mak Su balik.

            “Kerja Mak Su dah siap. Mak Su balik awal sebab nak masak makan malam special malam ni.”

            “Special! Mak Su nak masak apa? Chicken chop ke? Zain suka chicken chop” Bulat anak mata Zain mendengar perkataan special. Dia tersengih.


“Chicken chop lagi! Minggu lepas Mak Su dah masak chicken chop. Dah jemu. Tekak Zubir  ni dah tak boleh terima lagi. Mak Su, Zubir nak makan  tom yam.”

“Chicken chop!”

“Tom Yam.”

“Zain nak chicken chop!” Zain meninggikan suaranya. Matanya mula berkaca. Dia sedih.

“Abang Zubir nak tom yam. Minggu lepas Zain dah makan kan. Hari ni turn Abang Zubir pulak. Kenalah adil. Nak orang ikut cakap dia saja.” Zubir tak mahu mengalah.

Villa hanya tersenyum dan memerhati gelagat mereka dua beradik.

“Mak Su, Zain nak makan chicken chop. Zain tak nak tom yam.” Zain merengek. Air mata mula merembes keluar.

“Itulah taktik dia. Tahu nak menangis saja. Nak kita ikut cakap dialah.” Zubir membuat mimic muka.

“Oklah. Mak Su masak dua-dua sekali. Chicken chop dan tom yam. The end. Jangan nak gaduh lagi.” Villa mengusap rambut Zain. Dia mengesat sisa air mata Zain.

“Mak Su!” Zubir rasa tak puas hati.

Zain menjelir lidah ke arah abangnya.

“Alah ….senang saja. Semua bahan dah ada, cuma nak masak saja.” Villa tersenyum. “Kak Long tak balik lagi ke?” soal Villa apabila sedar kereta Perodua Myvi milik Zarina tiada di garaj. Dah 2 hari, dia tak jumpa Zarina. Bila call, tak dijawab. Dia tahu Zarina elakkan diri darinya.

“Belum. Biasalah. Orang tengah hangat bercinta, bau kentut pun wangi.” Zubir kurang senang dengan sikap Zarina. Dia ada ke, tak ada ke? Sama saja.

“Zubir!” tegur Villa. Dia tak suka melihat mereka berempat bermasam muka.

“Abang Zubir, siapa kata kentut tu wangi. Busuklah.” Zain mencelah.

Villa ketawa kecil. Geli hati mendengar kata-kata Zain.

“Hish….susah betul kalau cakap dengan budak darjah dua.  Dari melayan perangai Zain, lebih baik Zubir masuk dalam siapkan kerja sekolah. Ada faedah.” Zubir terus meninggalkan mereka berdua sendirian.

Villa masih lagi ketawa. Kerenah Zubir dan Zain mencuit hati.

“sikit-sikit nak marah. Mak Su, memang betul kan! Kentut tu bau busuk.” Kata Zain lagi.

“Ya, Zain. Jomlah masuk. Mak Su nak mandi lepas tu sembahyang. Zain dah sembahyang Asar ke?” soal Villa.

“Dah. Zain sembahyang dengan Abang Ngah dan Abang Zubir.” Jawab Zain.
“Good boy.” Puji Villa seraya mengusap rambut Zain. Zain hanya tersengih memandang Villa



            

9 comments:

Azimah Lily said...

Eija, Farah Ryfa,Salmi Fasliena, Rusydiah Wadhihah & Baby Mio .....Terima kasih sbb baca karya akak ni. Setiap komen beri akak semangat nak menulis lagi.....Thanks .. :) .

hmrisya said...

Is the best novel ever read then other three you have.its a very unik novel keep it up I cant wait for you next chapter all the best

Unknown said...

Cite akak semuanya best.selama ni jadi silent reader je..novel akak semuanya mantop..

Diana Ismail said...

cerita makin menarik la... xsabar nk baca entry seterusnya.. cepat2 ye kak :D

Unknown said...

Wah,dah smakin menarik,apepun karya akak mmg best :D Next N3 please

eija said...

haha pening kpla dpt anak saudara mcm zain nie semua nya dia tye.. lps nie haru biru lah khdupan villa.. msti adi akan cr mslh jer..

tq kak lily utk n3 nie.. sbug cpt2 ek..

Unknown said...

Kak lily...nak lagi. ..suka sgt ngan karya akak ni...akak sambung lg please. ..cepat2 tau. ..tak cukup la ngan satu bab je...

Unknown said...

Thumbs up, sis lily! Teruskan berkarya lagi! Seriously, can't wait for ur next entry. May ALLAH ease everything for u! Tak sabar nak tunggu novel "Namaku Bougainvillea publish nanti! :)

wanee said...

bla nak smbg lg...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...