Tuesday, September 16, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 8

BAB 8


            Fairuz meletakkan fail laporan kewangan GB hotel cawangan negeri Johor di atas meja Raja Awwadi. Sedikit dahinya berkerut. Kenapa dengan bos aku ni? Dah dua hari asyik termenung saja. Ada masalah ke? Jarang bos aku termenung macam ni. Entah-entah bos aku dah ada girlfriend. Yalah, dah dua hari bos aku balik awal. Selalunya selagi tak terbenam matahari, jangan harap nak balik rumah. Pelik tu! “Bos! Bos!” Masih tiada reaksi. Fairuz menggaru kepala yang tak gatal. “Bos! “ Fairuz meninggikan suara sehingga menyebabkan Raja Awwadi terkejut.

            “Fairuz, I belum pekak lagi. Apa halnya?” Raja Awwadi merenung Fairuz dengan wajah serius.

            “Sorry, bos. Dah banyak kali saya panggil bos tadi. Bos ada masalah ke?”

            “Hmmm….bukan masalah. Fairuz, you ingat tak dengan budak lelaki yang I selamatkan di GB Mall hari tu?”

            “Zain ke?” Fairuz masih ingat nama budak lelaki itu.

            “Ya. Mak Cik dia pekerja Puan Haliza.” Beritahu Raja Awwadi. Dah dua hari, dia tak jumpa perempuan tu. Kata pekerja dia, dia balik awal sebab ada hal. Takkanlah tiap-tiap hari balik awal. Aku tahu dia nak elakkan diri dari aku.

            “Pekerja Kak Liza. Wah …kecil betul KL ni, bos. Siapa nama dia? Dah lama ke dia bekerja dengan Kak Liza?”

            “Fairuz, you ingat I berminat nak tahu semua tu ke? “ Raja Awwadi naik angin.

            “Maaf, bos!”

            “Perempuan macam tu tak boleh percaya.I nak tahu kenapa dia kerja dengan Puan Haliza? Dia ada kedai bunga sendiri, kenapa mesti dia kerja dengan orang lagi? I yakin dia sedang rancang sesuatu. Dia mesti ada niat tak baik kat nenek I. Apa yang berlaku sebelum ini, mesti dia yang rancang. Dia pura-pura langgar kereta I lepas tu dia upah lelaki tu berlakon …pura-pura nak pukul anak saudara dia sendiri.  Dia mesti tahu I nak datang ke GB Mall hari tu.Wah, hebat betul lakonan perempuan tu. Sekarang ni, dia bekerja dengan Puan Haliza pula. I mesti siasat tujuan dia yang sebenarnya.” Tekad Raja Awwadi.

            Dahi Fairuz sedikit berkerut seraya memerhati gelagat majikannya. Bukan ke tadi kata tak berminat nak tahu tentang Mak Cik Zain tetapi macam mana boleh tahu yang Mak Cik Zain ada kedai bunga. Sekarang ni pulak, syak Mak Cik Zain ada niat tak baik kat nenek bos. Hish …suka sangat prasangka buruk kat orang lain terutamanya kaum hawa. Bagi bos, semua wanita di dunia ni ada niat jahat terhadap dia. Kerana nila setitik habis susu sebelanga, ini semua gara-gara Zaharah, bekas girlfriend bos. Kerana terluka,hati bos dah tertutup untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya. Di mata bos, semua wanita jahat.

            “Fairuz, I balik rumah time lunch nanti. I nak jumpa perempuan tu. I nak tahu niat dia yang sebenarnya.” Tegas Raja Awwadi. Dia takkan biarkan perempuan itu terlepas lagi.

            Fairuz memandang dengan pandangan yang pelik. Agaknya penyakit anti perempuan bos aku ni dah teruk. Kasihan bos.

                                    *************************************

            “Ni nasi tambah.  Ayam masak merah pun akak ada ambil lebih beberapa ketul. Habiskan. Jangan malu-malu” Beritahu Villa kepada beberapa orang pekerjanya.

            “Terima kasih, Kak Villa.” Raub tersengih. Dia mengambil seketul ayam lagi. Hampir meleleh air liur  lihat ayam masak merah. Dia dah tak sabar nak makan.

            “Raub, baca doa makan dulu.” Villa bersuara.

            Raub terkejut. Tangannya sedang memegang peha ayam.

            “Nampak peha ayam saja terus lupa nak baca doa makan. Hish ….mengalahkan Upin dan Ipin.” Villa mengeleng kepala. Beberapa pekerja yang ada di situ ketawa.

            “Sorry, Kak Villa. Tak sengaja.” Raub tersengih. Selepas doa makan dibaca, mereka makan nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar timun nenas. Di bibir mereka  asyik memuji nasi tomato yang dibeli oleh Villa.

            Villa tersenyum melihat gelagat mereka makan. Bekas nasi tomato dibuka.  Bau saja dah mengugat jiwa. Nasi tomato Kak Zainab memang power. Sedap! Makan sekali, berkali-kali nak makan lagi.

            “Excuse me, I need to talk to you, Miss Bougainvillea.” Raja Awwadi berdiri di belakang Villa.

            Air muka Villa berubah. Matanya masih merenung nasi tamato di hadapannya. Mamat Audi ni, apa lagi dia nak dari aku? Sekarang ni time lunch, dah la aku lapar. Kacau daun betul.  Nasi tomato aku …… Sesuap aku tak rasa lagi

            “Miss Bougainvillea.” Raja Awwadi meninggikan suara.

            Mereka yang ada situ terdiam dan pandang ke arah Villa. Villa berpaling. “Boleh tak kita cakap selepas I makan? Nasi ….kalau dah sejuk, tak sedap makan. ” soal Villa.

            “Right now.” Semakin tinggi tone suara Raja Awwadi.

            “Fine!” Villa bingkas bangun. Dia mengekori Raja Awwadi yang terlebih dahulu berjalan menuju ke ruang tamu di sayap kiri kediaman itu.

            “Ok. Cakap cepat. I tak boleh lama di sini. Ada apa-apa yang I boleh bantu?”  Villa merenung lelaki yang berdiri di hadapannya.

            “I nak tahu motif you.”

            “Motif? Motif apa?” Villa tercengang. Matanya terkebil-kebil.

            “Jangan nak berlakon di depan I, bunga kertas. I tahu you ada motif datang ke sini. “

            “I datang sini nak kerja. Motif apa yang you cakapkan ni. I tak faham dan tak tahu. Cuba you terangkan. Tak payah nak berkias dengan I. Stright to the point, kan senang.” Dia memegang perut. Lapar!

            “Baiklah. Bougainvillea Florist milik you, betul tak?”

            Villa sedikit terkejut. Eh, macam mana dia tahu? Mamat ni siasat background aku ke? “Ya.”

            “You dah ada kedai, tetapi kenapa you nak kerja dengan Puan Haliza?” soal Raja Awwadi.

            “I rasa tak ada apa-apa masalah pun. Memang I ada kedai sendiri. Tak salah kalau I nak cari pengalaman dalam bidang ni kan. I nak belajar dan cari pengalaman. Tak salah rasanya.”

            “Ya, memang tak salah tetapi you ada niat tak baik dengan keluarga I. Plan you ada dalam genggaman I. I dah tahu semuanya. Hari tu you sengaja langgar kereta I. Selepas tu, you suruh anak saudara you berlakon di depan I. Sekarang ni you bekerja dengan Puan Haliza pula. Sejak mula lagi, you tahu siapa I sebenarnya kan. Semua ni bukan kebetulan, betul tak?” Anak mata tepat merenung Villa yang masih tergamam. Dalam hati, Raja Awwadi  tersenyum. Mesti kau terkejut kan! Pecah tembelang kau. “Now tell me, apa sebenarnya you nak dari family? Duit? Tanah? Cakap cepat.” Jerkah Raja Awwadi.

            Perlahan-lahan Villa mengeleng kepalanya. Tinggi betul imaginasi mamat Audi ni. Melampau-lampau imaginasi dia. Ini mesti kes tengok drama terlebih.  Tak pasal-pasal aku jugak yang jadi pelakonnya. Tiba-tiba Villa tersenyum “Wah, hebat betul plot cerita you. Kalau bikin drama pasti hit. Meletop! You ada bakat jadi script writer.”

            “You ingat I buat lawak ke?” marah Raja Awwadi. Dia geram melihat reaksi Villa.

            Villa masih tersenyum lagi. “Beginilah …..I tahu you takkan percaya cakap I walau beribu kali I explain kat you .Selagi mindset you kat I tak berubah, selagi itulah you akan kata I ada niat tak baik kat nenek you, betul tak? Sekarang ni, I tak kisah you nak tuduh I apa-apa pun. Yang pasti hanya I dan Dia saja yang tahu niat I yang sebenarnya.  I tak sekaya you, Raja Awwadi. Di mata you, duit tak ubah seperti air……mengalir tak berhenti-henti. Tak hairanlah jika you pandang rendah terhadap orang miskin seperti I.  Tulang empat kerat inilah yang bantu I cari rezeki. Bagi I duit takkan jatuh bergolak di depan I tanpa bekerja.  I hanya jalankan amanah yang diberi oleh Kak Liza.  Selepas 3 minggu, Taman Malaysia akan siap. Selepas tu, you takkan jumpa I  lagi. Sebab tu I nak minta jasa baik you, dalam tempoh 3 minggu , I harap tiada masalah yang timbul antara kita. Anggap saja kita tak pernah jumpa. Boleh kan?“ kata Villa dengan panjang lebar.

            Raja Awwadi masih kaku mendiamkan diri.

            “Orang tua-tua kata, diam tu tanya setuju. I anggap you setuju ye. Oklah, I minta diri dulu.  Assalammualaikum …..” Dengan laju, Villa mengatur langkah meninggalkan Raja Awwadi yang masih terpinga-pinga. Di fikirannya hanya nasi tomato dan ayam masak merah. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Aduh, laparnya. Villa menggosok perut beberapa kali.

            “Eh, bila masa aku setuju.  Ikut suka hati dia saja. Eeee…perempuan bunga kertas ni.” Akhirnya Raja Awwadi bersuara selepas Villa pergi. Dia mengetap bibir. Cepat betul kau lari, aku tak habis cakap lagi dengan kau. Bukan ke dia yang sepatutnya dengar apa yang aku nak cakap? Liciknya macam belut. Tapi tadi, kenapa aku ada perasaan simpati kat perempuan tu. Hish….apa kena dengan aku ni? Mukanya digosok kasar beberapa kali. “Argh …..malas aku nak fikir.” Jerit Raja Awwadi terus melangkah keluar. Tanpa disedari, percakapan mereka berdua tadi didengari oleh Raja Khalida dan Raja Khatijah yang berada di tingkat 1.

            “Sejak kebelakangan ni, perangai Adi semakin pelik. Betul tak, Kak Long?” Raja Khatijah bersuara.

            Raja Khalida hanya mendiamkan diri. Dia hanya memerhati sejak dari tadi. Yang pasti, sekarang ni Adi dah mula tunjukkan minat terhadap kaum wanita terutamanya wanita yang bernama Bougainvillea. Inilah wanita yang aku tunggu selama ini. Wanita yang mampu cairkan hati Adi yang beku itu. Segaris senyuman di bibir Raja Khalida.


                                                *********************

            Fatimah dan Suzie terkejut melihat Villa yang sedang menyapu sampah.

            “Villa tak kerja ke hari ni?” soal Fatimah hairan.

            “Kami off hari ni. Nak start kerja tak boleh lagi sebab ada stok pokok yang tak sampai lagi. Esok kami kerja seperti biasa. Dah lama tak jenguk sini, yang penting sekarang ni ….I miss you guys.” Villa tersengih.

            “Kalau macam tu, apa kata Kak Villa berehat saja. Bab menyapu ni biar Suzie yang handle.” Suzie mengambil penyapu dari tangan Villa.

            “Hish ….. sikit saja lagi.”

            “Tak apa, Kak Villa kena releks. Orang dah bagi cuti kan! Kak Villa tengok saja kami buat kerja.”

            “Bosanlah kalau macam tu. “ Villa membuat mimic muka. Dia tak reti duduk diam. Ada saja kerja dia kena buat kalau tak dia cepat bosan.

            “You’re the boss, remember!” Suzie tersengih.

            “Iyelah memanglah akak boss tapi tak bermakna kena goyang kaki. Kerja kena buat jugak.”

            “Biarlah Suzie tu buat kerja sekurang-kurangnya boleh turun berat badan dia. Dah chubby sekarang ni.”

            “Kak Fatimah!” Suzie menarik muka masam apabila diusik oleh Fatimah.

            Villa ketawa. “Orang ada buat hati tentulah hati senang selalu.” Giliran Villa pula mengusik.

            “Dua orang sama saja. Suka usik Suzie. Aaa ….Oh ya, hari tu ada orang nak jumpa Kak Villa. Dah dua kali dia datang . Bila Suzie tanya, siapa dia …..dia tak jawab pun. Dia kata dia akan datang lagi. ” Tiba-tiba Suzie teringat.

            “Siapa? Lelaki ke perempuan?” soal Villa hairan

             “Lelaki tapi handsome giler. Macam model.”

            “Itu jer perkataan yang dia tahu. Sempat lagi nak menggatal.” Fatimah mencelah.

            Villa hanya tersenyum. “Dia tak tinggalkan pesanan ke?”

            “Tak. Mungkin hari ini datang lagi. Maybe kawan lama Villa kot.” Jawab Fatimah. Dia pun tak pernah jumpa lelaki tu. Siapa?

            “Maybe ex-boyfriend, Kak Villa kot.”  Kata Suzie.

            “Hish…ke situ pulak. Dah, buat kerja sekarang. Hari ni kita ada 5 tempahan kan. “ kata Villa. Dia mendekati kaunter dan melihat senarai tempahan untuk pagi ini. Suzie mengekori Villa.
            Loceng pintu kedai berbunyi. Seorang lelaki memasuki kedai itu.  Pandangannya tepat ke arah Villa yang berada di kaunter.

            “Welcome …..” Lidah Villa menjadi kelu secara tiba-tiba. Dia terkejut dengan kedatangan lelaki itu. Tak pernah terlintas di fikiran yang satu hari nanti mereka akan berjumpa lagi.

            “Kak Villa! Lelaki ni yang nak jumpa Kak Villa hari tu.” Bisik Suzie.

            Mata Villa tak berkelip merenung lelaki itu. Lelaki itu masih berdiri mendiamkan diri. Suasana menjadi sunyi seketika. Suzie dan Fatimah hanya memandang antara satu sama lain.

                                                ************************

            Villa mengeluarkan pot kosong yang baru dibelinya dan diatur  sebaris. Keluhan dilepaskan tanpa disedari. Peristiwa tadi masih segar di ingatan. Dia tak pernah menyangka akan berjumpa semula dengan bekas kekasihnya, Syed Malik.

            “ I tak sangka dapat jumpa you di sini. Dah lama kita tak jumpa kan. Rasanya dah 8 tahun. Kata Izat, you dah menetap di Switzerland bersama isteri you.  You sihat? Isteri dan anak-anak you sihat ke? Anak dah berapa orang?” Villa mula bersuara. Cuba memecah kesunyian antara mereka berdua. Dia rasa kaget. Dia dapat rasakan ada jurang yang dalam antara mereka. Selepas apa yang terjadi antara mereka, Villa harap mereka boleh menjadi kawan tetapi nampaknya tidak.

            Syed Malik masih mendiamkan diri dan memerhati Villa disebalik cermin mata hitam. Wajah serius.

            Air muka Villa berubah. Senyumannya hilang. Tiada jawapan dari bibir Syed Malik membuatkan Villa rasa kurang selesa. Kata nak jumpa, sekarang ni buat tak tahu saja. Apa yang dia nak dari aku? Villa memandang keadaan di sekeliling. Orang ramai mula memenuhi restoran nasi kandar. Pelayan di situ mula sibuk mengambil order. Pandangan Villa dihala semula ke arah Syed Malik.
“Tell me! What do you want from me, Malik?”

            “You look miserable, Villa!” Akhirnya Syed Malik bersuara seraya tersenyum sinis.  Dia memandang Villa dari atas hingga ke bawah. Yang hanya memakai t-shirt berwarna kelabu dan seluar jeans lusuh.

            Villa terkejut.

            “Penampilan you tak ubah seperti pengemis. Rupanya ini life you pilih . “ perli Syed Malik. Cermin mata ditanggalkan. Wajah wanita yang pernah dicintai  selama 5 tahun sejak  dibangku sekolah lagi.  Demi dia, aku sanggup lakukan apa saja.  Kerana dia juga, aku sanggup menjadi anak derhaka . Aku putuskan hubungan aku dengan papa dan mama kerana mereka tak suka Villa yang hanya orang biasa. Tak setaraf dengan kami. Tapi apa aku dapat? Pengorbanan aku hanya sia-sia malah tidak dihargai.  Villa tak pilih aku. Katanya anak saudaranya lebih memerlukan dirinya. Hati aku benar-benar sakit. Hancur berderai mahligai yang aku ingin bina bersama Villa. Dia takkan lupa apa yang Villa telah lakukan. Hingga kini, dia berdendam.

            “Dah 8 tahun, Malik. You masih marahkan I lagi ke? I tak salahkan you kalau you benci I. Itu hak you, Malik. Tetapi I harap satu hari nanti, you dapat maafkan I.  I hope we can be friend again. Someday!”

            Syed Malik ketawa kecil.  Wajahnya tiba-tiba serius.“Friend! Senang betul you bercakap, Villa.  You dah hancurkan hati I, tahu tak? Atau lebih tepat sekali, you hancurkan hidup I. I dah banyak berkorban demi you, Villa. I pilih you dari mama dan papa I sendiri. I buang keluarga I sendiri. You tahu tak?” Syed Malik meninggikan suaranya. Dia tidak dapat mengawal perasaannya lagi.

            Villa memandang di sekeliling.  Suara Syed Malik menarik perhatian orang di situ. “I tahu, Malik. I minta maaf. I tahu keputusan I hari tu telah lukakan hati you.  Mungkin kita tiada jodoh. Jodoh you sebenarnya adalah Zehra, wife you. You dah ada family sendiri, Malik. You should be happy! Lupakan saja kisah kita yang dulu. Semua tu hanya kenangan. Perpisahan  salah satu dari lumrah kehidupan. Di sebalik yang berlaku ada hikmahnya.  “ kata Villa. Apa yang terjadi antara dia dan Malik, dia reda. Tiada jodoh antara mereka berdua. Dia sayangkan Malik. Tetapi apabila Malik suruh buat pilihan, dia pilih anak saudaranya. Mereka lebih memerlukannya lebih-lebih lagi Zain. Walaupun perit, dia harus telan juga. Malik adalah cinta pertamanya. Banyak memori manis antara mereka. Villa tahu Malik pasti kecewa dengan keputusannya tetapi Malik yang memaksanya membuat pilihan ketika itu. Malik menentang keras keputusan aku nak jaga Zarina, Zakri, ZUbir dan Zain. Puas aku pujuk tapi Malik tetap dengan keputusannya.  Mustahil aku akan biarkan darah daging aku dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Kata-kata terakhir arwah Kak Long tak mungkin aku lupa. Hati aku sakit semasa buat pilihan. Hanya Dia tahu perasaan aku ketika itu. Aku takkan lupa air muka Malik selepas dengar keputusan aku. Aku tahu dia marah dan kecewa. Tetapi semua itu dah lama berlalu.

            “You dah lupa ke? You yang putuskan hubungan kita.  Hidup I merana kerana you. Hikmah, mana hikmahnya?”Bulat anak mata  Syed Malik merenung Villa yang masih tenang duduk di hadapannya.

            “So you nak apa dari I, Malik?”

            “I nak  dengar dari mulut you sendiri, yang you menyesal dengan pilihan you .  You tak gembira dengan life you sekarang ni.  Anak-anak saudara you hanya menyusahkan you. I adalah pilihan yang tepat. Itu yang I nak dengar.” Kata Syed Malik. Hampir 8 tahun, dia tunggu tetapi Villa masih tak muncul. Dia berharap Villa akan menyesal dan kembali ke pangkuannya. Ternyata tafsirannya silap. Dia tak sanggup tunggu lagi.  Sebab itulah, dia buat keputusan balik ke Malaysia.

            Villa tergamam. Permintaan Syed Malik di luar jangkaan. “You should accept the truth, Malik.  I  happy.  I tak pernah menyesal dengan pilihan I. Mereka permata dalam hidup I. I sayang mereka, Malik. Jika I diberi pilihan sekali lagi, I tetap akan pilih mereka.  You kena terima. Lupakan I, Malik. Baliklah ke pangkuan family you. Kisah kita dah lama tamat.” Nasihat Villa.

            Kata-kata membuatkan hati Syed Malik bertambah panas. Dia menumbuk meja dengan tangan kanannya secara tiba-tiba.

            Villa terkejut.

            “I takkan lupa apa yang you dah buat pada I, Villa. Sampai mati, I
 tak lupa.” Tegas Syed Malik terus bangun meninggalkan Villa.

            Tanpa disedari, air mata Villa mengalir membasahi pipi. Dia cuba menahan. Semakin ditahan, semakin laju air matanya mengalir. Dia tak sangka begitu dalam dendam Malik terhadap dirinya.

            “Mak Su! Mak Su!” panggil Zakri. Dia hairan melihat Villa. “Mak Su!” sekali lagi Zakri memanggil.

            “Zack!” Villa terkejut. Dengan pantas, dia menyeka air matanya. Bimbang jika Zakri melihatnya.

            “Are you okey, Mak Su?” soal Zakri.

            “Tak ada apa-apa.” Jawab Villa.

            “Betul ke?” Zakri dapat merasakkan ada sesuatu yang telah berlaku. Ada kaitan dengan Kak Long ke?

            “Betul. Zubir dah tidur ke? Zain pulak?” soal Villa.

            “Mereka dah tidur. Sekarang ni dah pukul 12.30 tengahmalam, Mak Su. Banyak lagi ke pokok yang nak kena semai?” soal Zakri.

            “Tinggal sikit saja lagi. Zack masuklah dulu. Pergi tidur dah lewat ni.” Suruh Villa.

            “Biar Zack tolong Mak Su, esok hari Sabtu  ….tak sekolah. Ini pokok apa, Mak Su?”
             
            “Turnera Subulata.”

            “Apa tu? Susahnya nak sebut.” Dahi Zakri sedikit berkerut. Panjangnya nama.

            Villa ketawa. “Atau nama lainnya, bunga Pukul Delapan Putih. Orang Jawa panggil lidah kucing. Daun dan akar boleh buat ubat. Untuk lancarkan aliran darah. Tapi rasanya pahit.” Villa memberi penerangan pada Zakri.

            Zakri tersengih. Itulah Mak Su. Semua jenis pokok dia tahu. Siap sekali dengan khiasatnya, Mak Su tahu. Terlalu obsess dengan pokok. “Mak Su mesti tunggu Kak Long, betul tak?”  Zakri memasukkan anak pokok ke dalam pot.

            “Mak Su sayang semua anak saudara Mak Su. Mak Su hanya nak yang terbaik untuk anak saudara Mak Su. Mak Su tak nak Ina tersalah langkah. Mak Su tak akan berputus asa. “ Villa tersenyum.

            “Zack tahu, Mak Su. Zack akan tolong Mak Su. Kita sama-sama nasihatkan Kak Long.” Zakri tersenyum menampakkan barisan gigi putih teratur. Selaku adik aku tak patut putus asa. Sepatutnya aku contohi sikap Mak Su tak putus-putus nasihatkan Kak Long. Ini tanggungjawab aku juga.


            “Terima kasih, Zack.” Villa tersenyum. Sejuk hatinya melihat Zakri.  Antara Zakri dan Zarina, Zakri lebih mature. Pandai menguruskan dirinya sendiri. Tak banyak kerenah. Sekilas Villa melihat jam tangannya. Mana Zarina ni? Takkanlah tak nak balik lagi. Tak elok anak dara balik lewat malam begini. Villa bimbang.


4 comments:

Azimah Lily said...

Assalammualaikum ....Sorry terlambat post. Akak tengah bertungkus lumus siapkan Namaku Bougainvillea. Akak bertekad nak siapkan karya ni sebelum hujung tahun ni. He he he....Terima kasih sebab komen di blog akak. Akak suka bila tengok komen yang ada di sini. Jadi pembakar semangat untuk terus menulis. He he he ....Enjoy ye ...

eija said...

ohh ptut lah lambat up n3..
cian kt villa sgup dia lepaskn cinta demi anak2 saudara nya.. zarina cian kt moksu awk.. cuba lah jgn buat prgai.. raja awwadi nie pun 1 agak2 lah nk mnuduh igat villa 2 kemaruk sgt dgn arta awk..

wanee said...

bila buku 123 nak keluar?????

Unknown said...

Best sgt,next n3 please :D

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...