BAB 9
Langkah diatur dengan
berhati-hati. Hish ….mana dapur ni? Besar betul istana ni. Dari tadi aku cari,
tak jumpa lagi. Rumah besar tapi penghuni hanya beberapa orang saja. Tak rasa
sunyi ke? Tak rasa rugi ke buat rumah besar macam ni. Kalaulah aku tinggal di
sini, boleh jadi orang gila. Iyelah, nak kemas rumah mesti ambil masa sebulan.
Nak sapu lagi, boleh patah pinggang aku. Nasib baiklah rumah aku kecil saja.
Biar kecil tapi hati senang.
“Cik
Villa.” Tegur Tuti. Tiba-tiba ada di belakang Villa.
“Tuti!
Terkejut saya.” Villa tersenyum melihat Tuti. Dia menarik nafas lega.
“Cik Villa
cari apa?” soal Tuti.
“Ada tali
raffia tak? Saya ada bawa tapi tak cukup. “
“Ada. “
Tuti bergerak ke dapur diekori oleh Villa. Kakinya kaku sebaik sahaja melangkah
masuk di dapur. Besarnya. Lebih besar dari dapur aku. Agaknya 4 kali ganda
lebih besar. Dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan dapur. Peti sejuk pun ada tiga. Wah, memang
besar giler. Bersih dan teratur. Atau lebih tepat lagi …. Mewah dan elegan.
Kabinet yang menggunakan material kaca 4Gpula dipasang dari atas hingga bawah.
Konsep dapur moden memang sesuai dengan struktur rumah ini. Dengan adanya
simbahan down light di sekeliling dapur nampak lebih menarik lagi. Villa masih
lagi terpegun.
“Cik Villa.
Ini tali rafia.”
Villa
terkejut. “Terima kasih. Nanti saya ganti balik. Tuti, panggil Kak Villa saja,
Tak payah nak cik-cik dengan saya. “
Tuti hanya
tersenyum.
“Tuti,
takkanlah awak seorang saja bekerja di sini?” soal Villa. Sejak dia datang
sini, dia tak nampak orang gaji lain selain Tuti. Pelik.
“Sebenarnya
ada 3 orang tapi dah berhenti. Bulan depan, baru orang gaji baru datang.”
“Berhenti.
Saya tahu, ini mesti sebab tak tahan dengan perangai putera raja tu, betul tak?
Demand lebih. Siapa nak tahan? Mulut tu bila buka saja, boleh bernanah telinga
kita ni. Asyik nak cari salah orang saja. Kalau saya, saya pun tak tahan.
Sehari kerja, esok terus packing baju.” Sempat lagi Villa mengata. Bukannya aku
sengaja reka cerita tetapi memang hakikat.
Tuti ketawa
kecil. Kata-kata Villa mencuit hati.
“Saya
respect kat awak, Tuti. Masih lagi kerja di sini . Dah lama kerja di sini?”
“Dah 6
tahun.” Jawab Tuti.
“Lama tu.
Patutlah cara Tuti cakap dah macam orang sini.”
“Tuti!” Raja Awwadi muncul secara tiba-tiba di dapur.
Dia terkejut melihat Villa ada di situ.
“Ya, Tuan.”
“Nenek I
panggil. Di bilik tidur. Cepat.” Beritahu Raja Awwadi dengan nada tegas.
Bergegas
Tuti meninggalkan mereka berdua.
Villa
menelan air liur. Kelat! Rasa seram sejuk bila mamat Audi ni ada. Dia tak pergi kerja ke? Hish …..tunggu apa
lagi, baik aku blah. Baru setapak melangkah.
“You buat
apa di sini?” soal Raja Awwadi dengan kasar. Matanya tak lepas merenung Villa.
“Aaaa….I
pinjam tali rafia.” Villa menunjukkan tali rafia yang ada di tangan sebagai
bukti.
“Betul ke?
Atau you sibuk gossip dengan Tuti. Maklumlah, perempuan bila jumpa hanya tahu
gossip saja. Nak tahu itu ini. Mulalah nak mengumpat. Tahu tambah dosa saja.”
Perli Raja Awwadi.
Villa
tersenyum. Aku dah agak. Mamat Audi ni dah mula start nak smash aku. Nampak aku saja, ada saja tak kena. Tahu-tahu
saja, aku mengata dia tadi. Mamat ni telinga lintah ke? Meremang bulu roma aku.
Villa teringat pesanan Kak Liza. Jangan cari pasal dengan Raja Awwadi. Buat tak
tahu saja.
“Yang you
tersengih, kenapa?”
“No
comment.” Jawab Villa masih tersenyum.
Raja Awwadi
mengetap bibir. Rasa mendidih darah
dengar jawapan dari Villa. Last-last aku juga yang sakit hati.
“I have to
go. “ kata Villa. Kalau aku duduk lama di sini,
lebih teruk aku kena smack down.
“Nak ke
mana?”
“Sambung
kerja.” Jawab Villa hairan.
“I nak you
buat coffee untuk I.” kata Raja Awwadi. Dalam hati, dia tersenyum.
“Me! Why?”
Villa masih terpinga-pinga. Dia nak aku buat air? Aku ni orang gaji dia ke?
suka hati dia nak arah orang.
“You nampak
ada orang lain di sini ke? So you kena buat air untuk I. Cepat. ” Raja Awwadi
memberi arahan. Dia menarik kerusi dan terus duduk.
“Tuti ada.
Tunggulah sekejap. “
“I dah lewat,
you tahu tak. Cepat buat. I tak ada masa nak tunggu.” Tiba-tiba Raja Awwadi menghentak meja dengan
tangannya. Matanya bulat memandang Villa.
Villa
terkejut. Hampir saja jantungnya tersentap keluar . Villa, kau buat jerlah. Kau
kena ingat pesanan Kak Liza. Sabar! Walauapapun kena sabar, 3 minggu jer. Lepas
ni kau tak payah jumpa mamat Audi ni lagi. Sabar Villa, sabar itu separuh dari
iman. Ingat tu. Tanpa banyak soal, Villa
mengambil mug. Satu persatu laci di dapur dibuka. “Aaa….You tahu tak, mana gula?”
soal Villa.
“I owner
rumah ni bukannya orang gaji. You ada mata kan. Cari sajalah. Sepatutnya orang
perempuan tahu mana barang-barang dapur disimpan. You tak pernah masuk dapur
ke?” Dia masih memerhati gelagat Villa.
Villa
mengetap bibir. Ewah….Ewah….jawapan mamat ni boleh berasap telinga aku. Ini
first time aku jejakkan kaki di sini. Manalah aku tahu mana Tuti simpan gula.
Argh ….geramnya. Sabar Villa! Sabar! Akhirnya Villa jumpa balang gula, dengan
segera Villa membancuh.
“Ini coffee
you. ” Villa meletakkan mug di hadapan Raja Awwadi. “Kalau tak ada apa-apa
lagi, I gerak dulu.”
“Wait. I
nak rasa dulu.” Raja Awwadi terus minum. Air mukanya berubah. “Hey bunga
kertas, you nak I kena kencing manis ke? Berapa sudu gula you letak, hah? Buat
sekali lagi.” Marah Raja Awwadi.
Villa
terkejut. “Manis! Saya letak gula sikit saja. Tadi saya rasa okey saja.” Jawab
Villa hairan. Sikit saja aku letak gula tapi macam mana boleh manis pulak.
“Atau you
yang ada penyakit kencing manis. Buat sekali lagi. Cepat.”
Villa
membetulkan cermin mata berbingkai hitam miliknya. Sekali lagi, dia buat air
coffee untuk Raja Awwadi.
“Kenapa tak
rasa apa-apa? You tak letak gula ke? You nak I minum pahit macam ni ke? Buat
sekali lagi.” Tegas Raja Awwadi. Dia merenung Villa seolah-olah ingin ditelan
hidup-hidup. Mug diletak dengan kasar.
Air muka
Villa berubah. Bibir diketap rapat.
Villa merenung air coffee yang ada dihadapanya. Rasanya dah 10 kali aku
buat air kat mamat ni. Ada saja tak kena. Terlebih letak coffee la, air sejuk
la, air terlebih panas ler, creamer kena bubuh banyak, air letak sedikit saja
la. Banyak cekadak betul mamat ni. Aku tahu dia sengaja nak kenakan aku.
Sabarlah Villa, kalau kau lawan …..teruk akibatnya.
“Ini
airnya.” Villa tersenyum.
Raja Awwadi
minum air coffee dan reaksi Raja Awwadi masih sama seperti tadi. “You buat air
apa ni? Kenapa rasa lain? Betul ke ini coffee …. You tahu ke tak buat coffee?”
Marah Raja Awwadi. Hatinya gembira melihat Villa kena marah. Baru dia tahu
siapa aku sebenarnya.
Villa masih
kaku berdiri di situ. Memang confirm aku kena buat sekali lagi. Walau beribu
kali aku buat, mesti ada tak kena. Hish…pening kepala aku. Bila dia nak blah?Dia
tak pergi kerja ke? Tadi cakap dah lewat nak pergi kerja, tapi sekarang ni releks
saja. Villa mengambil mug itu.
“Adi,
kenapa Adi suruh Villa buat air untuk Adi? Villa bukan orang gaji. Kalau nak
apa-apa, minta saja kat Tuti.” Tegur Raja Khalida. Kebetulan dia melangkah
masuk ke dapur diekori oleh Raja Khatijah dan Tuti. Dari jauh, dia sudah dengar
suara cucu tunggalnya.
Raja Awwadi
terdiam.
“Villa beri
mug tu kat Tuti. Pergi sambung kerja sekarang.” Raja Khalida memberi arahan.
Villa
senyum meleret. Kalau ikutkan hati, mahu aku lompat . Nasib baik Puan Sri ada,
nasib aku terbela jugak. “Terima kasih, Puan Sri. You’re the best.” Kata Villa
dengan suara riang. Dia melangkah laju meninggalkan dapur sebelum itu dia
sempat mengenyitkan mata pada Raja Awwadi. Mesti mamat ni kena marah! Sukanya
…..
Raja Awwadi
mengetap bibir. Geram. Sekarang ni, bolehlah kau lari. Mustahil aku akan
lepaskan kau.
“Kenapa Adi
buat Villa macam tu? Takkanlah disebabkan Villa terlanggar kereta Adi hari tu,
Adi dendam dengan Villa. Kos repair …..Villa dah bayar. Kenapa Adi masih tak
puas hati?” Kisah antara Raja Awwadi dan Villa , dia tahu.
“Nenek,
jangan terpedaya dengan tipu helah perempuan tu. Dia berlakon saja. Pura-pura
baik di depan kita tetapi dia ada niat lain sebenarnya. Adi akan buktikan pada
nenek, instinct Adi selalu tepat. “
“Sudah-sudahlah
dengan instinct Adi tu. Nenek tengok Villa tak kacau Adi pun. Dari pagi hingga
petang, dia buat kerja dia saja. Nenek tengok Adi yang kacau dia.” Raja Khalida
menggeleng kepala. Semakin menjadi-jadi perangai Adi. Teruk Villa dibuli.
“Entah-entah
…..dalam diam, Adi suka Villa ….betul tak? Sebab tu, Adi suka kacau dia.” Raja
Khatijah mencelah. Dia tersengih.
“Me! Like
her? You must be joking, right. Nenek
Tijah tengok penampilan dia kan! Selekeh. Kami macam langit dan bumi. Layak ke
dia berdiri di sebelah Adi? Dia tu siapa? Hanya kerja florist plus tukang
kebun. “
“Penampilan
boleh diubah, Adi.” Tegur Raja Khatijah.
“Adi, tak
baik buruk sangka dengan orang. Boleh timbul fitnah, tahu tak?” masihat Raja
Khalida. Dia sudah mati akal melayan kerenah Raja Awwadi. Tak habis-habis
prasangka buruk dengan perempuan.
“Nenek, Adi
dah lewat. Ada meeting sekejap lagi.” Raja Awwadi mengubah topic. Dia terus
bersalam dengan Raja Khalida dan Raja Khatijah sebelum melangkah pergi.
“Apa nak
jadi dengan Adi ni? Semakin menjadi-jadi. Kalau kita tak datang tadi, entah apa
dia buat kat Villa tu.” Raja Khalida mengeleng kepala beberapa kali.
Raja
Khatijah hanya mampu melepaskan keluhan. Dia sudah tak tahu nak kata apa-apa
lagi.
*******************************************
Langkah
Villa terhenti. Matanya terkebil-kebil melihat kereta perodua kancil yang
diblok dengan beberapa buah kereta. Villa menggenggam erat tangannya. Macam
mana aku nak balik ni? Mamat Audi ni dah melampau. Ada ke patut dia blok kereta
aku. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku. Argh …tension aku dengan mamat
ni!
Raub dan
kawan-kawannya cuba menolak kereta Range Rover Evoque tetapi gagal.
“Kak Villa,
dia tarik hand brek. Kalau dia tak tarik, boleh kami tolak. Rasanya kita kena minta
kunci dari Tuti? Mungkin dia ada spare key.” Kata Raub. Dia menggaru kepala
yang tak gatal. Bukan saja belakang kena blok. Kiri dan kanan kena blok jugak.
“Biar saya
pergi minta kat Tuti.” Kata Aiman.
“Thank you,
Aiman.” Villa tersenyum.
“Kak Villa,
saya tanya sikit boleh tak?”
“Tanya
apa?”
“Apa
masalah Kak Villa dengan cucu Puan Sri? Kami semua nampak cara dia cakap dengan
Kak Villa. Macam nak cari gaduh saja. Tengok sekarang ni, dia sengaja blok
kereta Kak Villa. Kak Villa memang kenal
dengan Raja Awwadi tu ke?”
“Taklah
kena sangat. Hari tu akak terlanggar kereta dia. Mungkin dia masih marah dengan
akak kot. Akak dah bayar kos repair.
Minta maaf pun dah. Akak tak tahu apa dia nak lagi dari akak.”
Tuti dan
Aiman mengatur langkah mendekati mereka.
“Aiman ada
tak?” soal Raub.
“Tak ada,
Raub. Kunci kereta Mazda CX-5 dan Volkswagen Golf pun tak ada.” Beritahu Aiman.
“Rasanya
Tuan Adi bawa sekali dengan dia. Nak saya call Tuan Adi ke?” Tuti mencelah.
Villa
melepaskan keluhan dengan kuat. “Tak payah, Tuti. Mustahil dia akan bagi kunci
kereta tu. Saya balik naik teksi sajalah.” Villa masih lagi tersenyum. Anggap
saja dugaan hidup.
“Kami boleh
hantar Kak Villa. Van tu masih boleh muat seorang lagi.” Kata Raub. Kasihan
pulak dengan Kak Villa. Takkanlah nak biarkan Kak Villa balik naik teksi
seorang diri.
“It’s okey,
Raub. Akak boleh balik sendiri. Lagipun rumah akak tu jauh tambah pulak dengan
traffic jam, entah pukul berapa nak sampai.”
“Tapi Kak
Villa ….”
“No need.
Akak boleh balik dengan teksi saja.” Tegah Villa. Dia tak nak susahkan mereka
semua.
“Villa, ini
kunci kereta. Villa boleh balik guna kereta ni.”
Serentak
mereka berpaling dan terkejut dengan kehadiran Raja Khalida dan Raja Khatijah.
“Kereta!
Tak apa, Puan Sri. Saya boleh naik teksi saja.”
“Ambilah,
Villa. Lagipun, semua ni berpunca dari
Adi kan.” Pujuk Raja Khatijah.
“Tak apa,
Datin. Hal kecil saja. “ Villa masih menolak pertolongan mereka berdua.
“Ini arahan
dari saya, Villa. Ambil kunci ni.” Raja Khalida menarik tangan Villa dan
meletakkan kunci kereta BMW M4 dalam genggaman Villa. “Take it and go home.” Tegas Raja Khalida. Wajahnya serius.
“Ok. Thank
you, Puan Sri. Esok saya pulangkan balik.” Villa tersenyum. Mampuslah aku
selepas ni. Kalau Puan Sri tahu, pasti mamat Audi tu kena marah nanti. Lepas tu
makin bertambah dendam mamat Audi tu kat aku, bertambah lagi masalah aku
selepas ni. Entah apa mamat Audi tu nak buat kat aku.Rasa macam nak nangis
saja. Dia masih berlagak seperti biasa. Di dalam hatinya, perasaan gelisah mula
menguasa jiwanya.Villa masih cuba tersenyum.
*******************************
Raja Awwadi
melangkah keluar dari High Club yang merupakan kelab kegemarannya. Sekilas mata
melirik ke jam tangan. Baru pukul 12.30 tengahmalam. Selalunya selagi jam tak
pukul 4.00 pagi, jangan haraplah dia nak balik. Setiap malam dia akan berhibur
di sini. Cara yang terbaik lepaskan tension. Tetapi malam ni, dia tak mood
untuk berhibur dengan rakan-rakannya. Raja Awwadi melihat sekeliling. Masih ada
kereta yang lalu lalang di situ. Dia mendongak ke langit. Gelap. Tiba-tiba
senyuman lebar menghiasi wajah Raja Awwadi. Macam mana kau balik tadi, bunga
kertas? Padan muka!Dia sengaja blok kereta Villa. Kunci kereta diambilnya
supaya mereka tak dapat ubah kereta. Biar dia tahu, akibatnya kalau nak lawan
dengan aku. Ini Raja Awwadi.
“Bos,
kenapa hari ni bos asyik senyum saja? Pelik saya tengok.” Fairuz hairan dengan
sikap Raja Awwadi. Selalunya setiap kali datang sini, beberapa gelas minum keras
diminumnya sehingga terpaksa aku tegah tetapi hari ni pelik betul perangai bos
aku. Sebiji gelas tak disentuhnya. Sejak dari tadi, dia hanya tersenyum seorang
diri. Lepas tu, tiba-tiba nak balik. Kalau tak, jangan haraplah. Tapi, aku
hairan.
“Salah ke?”
soal RajaAwwadi. Dia merenung Fairuz.
“Memang tak
salah bos tapi you look different. Mesti ada perkara menarik yang berlaku hari
ni, betul tak bos.” Teka Fairuz.
“Ya. Tapi I
tak boleh beritahu you sekarang, nanti I cerita. Hari ni I nak balik awal. See you on Monday, Fairuz.” Raja Awwadi tersenyum . Dia membuka pintu
kereta Lamborghini Huracan berwarna biru miliknya. Enjin kereta mewah itu
dihidupkan. Kereta Lamborghini Huracan bergerak laju meninggalkan kelab.
Fairuz
menggaru kepala yang tak gatal beberapa kali. “Pelik! Memang pelik!” Matanya
masih memerhati kereta mewah Raja Awwadi hilang dari penglihatannya.
************************
Kereta
Lamborghini Huracan bergerak perlahan dan berhenti . Cermin kereta diturunkan.
Raja Awwadi tersenyum melihat kereta Perodua Kancil yang masih ada di
situ. Dia gembira. Kemenangan berpihak
dengannya hari ini.
Raja Awwadi
mempakirkan kereta di dalam garaj. Dia bersiul seraya berjalan masuk ke dalam
rumah.
“Raja
Awwadi Mukriz.”
Langkah Raja
Awwadi terhenti. Dia berpaling. Air muka
berubah. Selalunya kalau nenek panggil aku dengan nama penuh itu tandanya nenek
tengah marah kat aku. Apa halnya? Aku balik awal hari ini. Mabuk pun tak.
Raja Awwadi mendekati Raja Khalida dan Raja Khatijah yang sedang duduk di ruang tamu. “Adi tak
mabuk hari ni, nenek.” Beritahu Raja Awwadi.
“Nenek
tahu. Sekarang ni nenek nak tahu, kenapa Adi blok kereta Villa?” Tepat anak
matanya merenung Raja Awwadi.
Raja Awwadi
terkejut. Macam mana nenek boleh tahu? Ini mesti kerja perempuan tu. Berani dia beritahu nenek. Raja Awwadi
mengetap bibir.
“Apa
masalah Adi sebenarnya? Kenapa Adi buli Villa?” soal Raja Khalida. Dia tak suka
Raja Awwadi kacau Villa.
“Nenek! Adi
ni cucu nenek. Kenapa nenek backing sangat bunga kertas tu?” Raja Awwadi tak
puas hati.
“Sebab Adi
yang salah kali ni. Nenek beri last warning, jangan kacau Villa. Faham tak? “
“Nenek!”
Raja Awwadi tercengang. Kenapa dengan nenek ni? Tiba-tiba backing bunga kertas
tu. Apa bunga kertas tu dah buat sampai nenek backing dia dari aku? Aku cucu nenek.
“Last
warning, Adi! Remember! Sekarang, Nenek nak Adi alihkan kereta Adi. Kalau tak, nenek akan beri kereta
kesayangan Adi tu kat Villa. “ ugut Raja Khalida.
Raja
Khatijah hanya mendiamkan diri.
“What! Itu
kereta Adi. Nenek tak boleh bagi kat orang sesuka hati. That’s my car.”
Membulat anak mata Raja Awwadi. Kereta Ferarri F12 adalah kereta kesayangannya.
Tiada siapa yang boleh sentuh selain aku.
“Tapi nenek
yang beri sempena birthday Adi kan. So nenek berhak ambil balik. Itu duit nenek.” Tegas Raja Khalida. Dia sengaja menggunakan
kelemahan cucunya.
“Nenek tahu
tak, itu buruk siku namanya.”
“Itu hanya
simpulan bahasa saja. I don’t care. Sekarang
ni Adi nak dengar cakap nenek atau tak?”
Nada suara Raja Khalida tinggi. Wajahnya serius. Dia sedang menanti
jawapan dari Raja Awwadi.
Beberapa
saat, Raja Awwadi berfikir. “Ok, Fine!” jawab Raja Awwadi. Takkanlah aku nak
biarkan bunga kertas tu dapat kereta aku. Argh, jangan haraplah. Dari pakai
kereta buruk tu tiba-tiba pakai kereta Ferrari , nanti bertambah lemak bunga
kertas tu. Baiklah, aku mengalah demi kereta kesayangan aku.
“Good! Itu
jawapan yang nenek nak dengar. Sekarang, alihkan kereta Adi.”
“Ya.” Raja
Awwadi membuat mimic muka. Masih tak puas hati.
Walaupun berat untuk melangkah tetapi dia terpaksa. Jika ikutkan hati,
tak ingin aku nak alihkan kereta aku. Biar reput kereta buruk tu di situ. Jadi
besi buruk. Tak apa,tunggulah nasib kau esok. Tahulah aku ajar kau esok. Tak
sabar aku nak tunggu esok.
“Kak Long,
Tijah rasa Adi takkan biarkan Villa begitu saja. Entah apa dia nak kenakan
Villa esok. ” Raja Khatijah bersuara selepas Raja Awwadi meninggalkan mereka
berdua sendirian.
“Kak Long
tahu. “ jawab Raja Khalida. Dia kenal perangai cucunya. Dari kecil, dia jaga Adi. Sudah tentu dia
tahu sikap cucu kesayangannya.Pendendam!
*************************
Villa
mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik Zubir dan Zain. Senyuman terukir di
bibirnya.
“Mak Su.”
Zubir menoleh. Buku latihan Matematik ditutup. Dia baru saja siapkan kerja
sekolah.
Zain terus
turun dari kerusi seraya memegang buku cerita kanak-kanak . “Mak Su.” Zain
mendekati Villa.
“Tak tidur
lagi?” soal Villa. Kebetulan dia ternampak cahaya lampu di bilik Zubir dan Zain.
“Siapkan
homework, Mak Su. Zain pulak, tengah baca buku cerita.” Jawab Zubir. Walaupun
esok hujung minggu, dia lebih suka siapkan kerja sekolah awal. Taklah kelam
kabut nanti.
“Zain baca
buku apa?” tanya Villa.
“Tentang
nabi, Mak Su. Tadi Zain baca cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Nabi
Sulaiman ni boleh cakap dengan haiwan. Apa-apa jenis haiwan pun, dia boleh
cakap, Mak Su” Beritahu Zain.
“Zain dah
habis baca ke?” soal Villa lagi.
“Belum.
Hmmm……..Ada lagi 3 nak habis.” Zain
membelek buku cerita yang dibaca tadi.
“Esoklah
sambung. Dah lewat ni. Esok Zain baca lepas tu citer kat Mak Su. Mak Su nak dengar. Boleh?”
“Boleh. “
Semakin lebar senyuman Zain.
“Dah.
Tidur. Biar Mak Su simpan buku ni.” Villa meletakkan buku di atas meja. “Zubir,
esoklah buat homework tu. Esok kan cuti.” Villa menoleh ke Zubir yang sedang
menyusun buku di atas meja tulis.
“Dah siap
pun. Sekejap Zubir nak masukkan buku dalam beg.” Dengan pantas Zubir memasukkan buku ke dalam
beg sekolahnya.
Villa
menarik selimut Zain agar menutupi tubuh Zain. “Mak Su! Esok Mak Su nak masak
apa?” soal Zain. Dia mengambil patung Doremon
yang menjadi peneman tidurnya selama ini. Dipeluk erat.
“Hmmm…Sandwich
telur. Favourite Zain kan. “
“Sandwich
jer ke?” Zain mencebek mulut.
“Mmmmm…..pancake.
Mak Su masak pancake , boleh. Sandwich telur dan pancake, okey?”
“Okey!” Zain
tersengih.
“Nak tidur
pun, fikir nak makan lagi. Badan tu dah
penuh dengan lemak sana sini. Tak lama lagi badan tu dah jadi macam Doraemon.
Bulat! Kembang dari atas hingga bawah. ”
Zubir menyampuk seraya menarik selimut menutupi tubuhnya. Gelak tawanya
semakin kuat. Dia suka menyakat adiknya
“Mak Su,
tengok Abang Zubir tu.” Air muka Zain mula redup.
“Biarlah.
Abang Zubir tu jelous kat Zain. Mak Su
masak untuk Zain seorang saja. Abang Zubir tak payah makan.” Villa memujuk
Zain. Dia memberi isyarat pada Zubir agar tidak menyakat Zain lagi. “Tapi
sebelum tidur, kena ……..”
“Baca doa tidur.”
Jawab Zain.
“Baca doa
tidur sekarang. Mak Su nak dengar.” Kata Villa.Zain menadah tangan dan membaca
doa tidur.
“Ok. Dah
boleh tidur. Good night.” Villa tersenyum.
Villa mendekati katil Zubir dan membetulkan selimut Zubir.
“Good
night, Mak Su.” Ucap Zubir.
“Good
night.” Balas Villa. Dia menekan suis lampu sebelum keluar dari bilik. Langkah
diatur kemas menuju ke bilik Zarina. Villa memulas symbol pintu. Berkunci.
Villa mengeluh dengan kuat. Setiap hari Zarina semakin jauh darinya. Balik saja
dari kelas, Zarina terus masuk balik. Dia lebih suka mengurung diri di dalam
balik. Setiap kali aku nak cakap, Zarina terus saja elakkan diri dari aku.
Fikiran Villa buntu lebih-lebih lagi apabila Datin Yusni sering menelefon. Aku
dah tak tahu nak jawab apa lagi. Setiap kali selepas sembahyang, dia sentiasa
berdoa agar Zarina berubah dan membetulkan kesalahannya. Dia tak putus-putus berdoa pada Nya. Dia berharap Zarina berubah. Perlahan-lahan
Villa meletakkan tangan kanan di muka pintu bilik Zarina.
5 comments:
Lama dh tunggu. At last publish jugak. Nice story line, can't wait till next entry. Cepat2 ye sis
best 3x.
assalam...writer nak lagi...x puas laa baca...apa pun best macam biasa bab ni :)...
amboi kak lily lama sguh nk tgu n3..hihi
cian kt villa adi nie suka sgt buli villa.. kak gmbr2 dlm n3 nie semua gempak2..
akak update sbln skali je ke?????
Post a Comment