Monday, October 20, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 10


BAB 10

            Mangkuk yang berisi sambal ikan bilik diletakkan dihadapan Raja Khalida.  Menu sarapan pagi hari ini ialah nasi lemak. Tuti menuang air coffee ke dalam cawan Raja Khalida dan Raja Khatijah.

            “Tuti! Pukul 9.00 nanti gerak Adi bangun. Hari ini dia main golf dengan Tan Sri Borhan. Dia ada pesan kat saya hari tu.” Beritahu Raja Khalida.  Dia masak dengan perangai Raja Awwadi. Hujung minggu  memang susah  nak bangun. Maklumlah, bila malam saja asyik clubbing hingga ke subuh. Tahu berhibur dengan kawan-kawan yang tak berjenis.  Setiap kali balik, mesti mabuk. Lepas tu muntah sana sini. Cakap aku jangan haraplah nak dengar.



            “Tapi Puan Sri ….Tuan Adi dah bangun. ”

            “Dah bangun.” Raja Khalida meninggikan suara dan melihat ke arah Raja Khatijah.

            Raja Khatijah melihat ke arah jam dinding. “Kak Long, baru pukul 7.45 pagi. Selalunya hujung minggu macam ni, jangan haraplah nak bangun awal.  Pelik …..Memang pelik. Dia dah breakfast ke, Tuti?”

            “Dah.”

            “Mana dia sekarang ni? Dalam bilik ke?” soal Raja Khalida.

            “Tadi saya nampak Tuan Adi di kereta Cik Villa.”

            “Apa!”

            Raja Khatijah ketawa kecil. “Kak Long, Tijah rasa Adi tu dah falling in love dengan Villa.  Kahwinkan saja mereka berdua tu. Habis cerita.”

            “Hish, jangan nak mengarut. “ Dahi Raja Khalida sedikit berkerut. Kalau suka, baguslah.  Tapi, Adi ni lain sedikit. Ego tu terlebih tinggi. Takut pulak kalau dia ada niat tak baik kat Villa.

            Tiba-tiba telefon bimbit Raja Khalida berbunyi. “Waalaikumussalam …..Tak mengapa. Pasal kereta tu, saya tak kisah. Villa settle dulu hal keluarga Villa. Ya …..It’s okey. Waalaikumussalam.”

            “Villa ke?” Raja Khatijah bersuara.

            “Ya.” Lemah jawapan dari mulut Raja Khalida.

            “Kenapa dia call Kak Long?” soal Raja Khatijah lagi. Dia ingin tahu.

            “Dia tak dapat datang hari ni. Ada emergency. Hal keluarga katanya.”  Beritahu Raja Khalida.
            “Nenek! Mana pekerja kesayangan nenek tu? Dah pukul berapa sekarang ni? Pekerja yang lain dah datang tapi dia …….batang hidung pun tak nampak lagi.  Itulah nenek suka sangat percaya kat orang.  Dengan senang jer, nenek bagi bunga kertas tu pinjam kereta. Kita tak tahu apa dia buat dengan kereta tu. Entah-entah dia dah jual . Orang zaman sekarang ni tak boleh percaya. Muka nampak innocent tapi hati tu penuh denga niat tak baik. Busuk”  Raja Awwadi bersuara sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang makan.  Hatinya panas apabila dibiarkan tertunggu seperti itu.  Hampir 30 minit dia terpacak di sebelah kereta Perodua Kancil . Kelibat Villa masih lagi belun kelihatan.

            “Adi, dah banyak kali nenek tegur. Tak baik prasangka buruk kat orang lain. Villa dah call nenek tadi. Dia ada hal.  Dia off hari ni.”

            “Alah ….semua tu alasan saja. Nenek percaya ke?”

            “Hal keluarga. Emergency katanya. “

            “Inilah perempuan, menipu saja kerjanya. Gunakan hal keluarga sebagai alasan.” Sinis suara Raja Awwadi.

            “Adi! Dan’t forget,  nenek pun seorang perempuan. “ Raja Khalida meninggikan suaranya.

            Raja Awwadi terdiam.

            “Setiap orang ada masalah sendiri. Begitu juga dengan Adi, betul tak? Entah-entah ada ahli keluarga dia yang sakit ke? Meninggal dunia ke? Kita tak tahu.” Nasihat Raja Khatijah.

            “Now, nenek nak Adi jawab soalan nenek. Apa yang Adi nak dari Villa sebenarnya? I want you to be honest. “ Anak matanya tepat merenung cucu tunggalnya.

            “I want her quit.”

            Raja Khalida mengetap bibir. Mendidih darah apabila mendengarnya. Umur dah 34 tahun tapi masih seperti budak-budak lagi. Tak matang.

            ‘Adi! Tahu tak, permintaan Adi ni menutup periuk nasi orang lain. “ Raja Khatijah bersuara.

            “I don’t care, Nenek Tijah. I just want her to quit. I don’t want to see her face again. Period.” Tegas Raja Awwadi terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

            “Falling in love, Tijah. Macam ni ke? Ini bukan falling in love tapi pendendam namanya.” Raja Khalida melepaskan keluhan dengan kuat. Dia sudah mati akal dengan sikap Raja Awwadi.

            “Sabarlah, Kak Long. Itu saja yang kita mampu buat.” Pujuk Raja Khatijah. Dia mengusap belakang badan kakaknya perlahan-lahan.

           
                                                *****************************

            Villa melangkah masuk sebaik sahaja pintu Hospital Sri Jaya di Bangsar terbuka. Matanya meliar di segenap sudut mencari Zarina. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Zarina. Suaranya seperti sedang menangis. Bila ditanya apa yang berlaku, semakin kuat tangisan Zarina. Villa mengeluarkan telefon bimbit dari jaket jeans yang dipakainya.  “Kenapa dengan dia ni? Tak faham bahasa ke?” Villa mengetap bibir. Dia rimas setiap kali dapat panggilan dari Syed Malik. Katanya nak jumpa lagi. Buat apa? Dah tiada apa yang nak bincangkan lagi. Dia tak mahu dilabel sebagai orang ketiga. Jika boleh dia nak elakkan. Sekarang ni yang lebih penting adalah Zarina. Dia bimbang.  Villa terus off telefon bimbitnya. Langkahnya terhenti melihat Zarina yang sedang duduk di bangku panjang yang terletak di lobby hospital. Dengan segera Villa menghampiri anak saudaranya.



            “Ina.” Villa terus duduk di sebelah Zarina.

            Zarina menoleh. “Mak Su.” Kata Zarina sebelum memeluk Villa. Tangisan Zarina semakin kuat.

            Villa mengusap belakang Zarina perlahan-lahan. “Kenapa, Ina? Cuba cerita kat Mak Su.” Terbit perasaan risau di wajah Villa. Dia tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

            Zarina meleraikan pelukannya. Dia memandang Villa seraya mengesat air matanya. “Ina tak tahu, Mak Su. Ina betul-betul tak tahu.”

            Dahi Villa sedikit berkerut. “Tak tahu apa, Ina. Mak Su tak faham. Cuba cerita.”

            “Tunang Henri , Aniza.…….Tiba-tiba saja dia datang serang kami. Kebetulan kami nak pergi lunch. Dia ….Dia kata dia mengandung anak Henri.  Tapi Henri tak mengaku. Henri kata bukan anak dia. Terus Aniza naik angin lepas tu …..lepas tu …..dia …“ Tangan Zarina menggeletar. Apa yang terjadi tadi masih segar dalam fikirannya.

            Villa melihat terdapat darah di baju kemeja yang dipakai  Zarina. Villa memegang tangan Zarina.  Sejuk malah wajahnya pucat lesi “  Dia buat apa lepas tu, Ina?”

            “ Dia marah bila Henri tak mengaku. Dia ugut yang dia akan buat Henri menyesal. Ina suruh Aniza bertenang tetapi dia tak dengar cakap Ina. Tiba-tiba dia lari ke jalan raya, Mak Su. Kami tak sempat nak buat apa-apa. Motor besar tu tak sempat nak elak dan terlanggar Aniza. Kepala dia berdarah, Mak Su. Ina panggil dia banyak kali tapi tak ada response apa-apa. “ cerita Zarina. Dia terus berlari ke arah Aniza dan menjerit meminta tolong. Dia panic ketika itu.

            “Henri?”

            “Henri! Lelaki tak guna tu ,Dia tinggalkan kami macam tu saja. Langsung pun dia tak tolong Aniza bila tengok Aniza terbaring di atas jalan raya. Lelaki pengecut.”  Zarina mengetap bibir bila ingatkan sikap Henri. Dia bengang.

            “Sekarang ni, Aniza di mana?”

            “Wad kecemasan. Ina dah call parents Aniza. Mak Su, kalau apa-apa terjadi pada Aniza dan kandungannya ……..”

            “Think positive , Ina. Yang penting kita mesti berdoa yang Aniza dan anaknya selamat. Insya Allah.”

            “Mak Su teman Ina. Ina nak tunggu sehingga Aniza sedar. Boleh kan, Mak Su?” Zarina memegang erat ibu saudaranya.

            “Boleh. Mak Su teman Ina. Dah, jangan menangis lagi.” Villa membetulkan  rambut Zarina yang kusut. Dia mengesat sisa-sisa air mata di wajah Zarina.  Tangan Zarina diggengam erat semula. Sekarang ni, Ina perlukan teman dan sokongan. Zarina pasti terkejut dengan apa yang terjadi hari ini.

                                    *****************************************

            “Macam mana Kak Long, Mak Su?” soal Zakri sebaik sahaja Villa keluar dari bilik Zarina. Dia risau melihat keadaan Zarina. Selepas balik dari hospital, wajah kakaknya sugul. Terus saja masuk ke dalam balik dan tak keluar selepas tu.

            “Kak Long dah okey ke?” soal Zubir pula. Walaupun dia selalu bergaduh dengan kakak, tidak bermakna dia membenci Zarina. Selaku adik, dia masih ambil berat tentang kakaknya. Wajah risau terpancar di wajah Zubir.

            “Baru jer tidur. Jangan bimbang.” Villa tersenyum. Dia memandang wajah Zakri dan Zubir.

            “Kak Long dah makan?” soal Zakri. 
           
            “Dia kata dia tak ada selera. Tapi dia dah minum susu sedikit. Biarlah dia tidur dulu. Mungkin dia masih terkejut lagi.”

            “Mak Su, tunang lelaki tu macam mana? Dah sedar ke?” soal Zubir.  Sedikit sebanyak dia tahu apa yang berlaku.

            “Alhamdulilah. Dah sedar.” Beritahu Villa. Hampir 3 jam, Aniza berada di dalam bilik pembedahan. Aniza dan kandungannya selamat. Ahli keluarganya terkejut apabila mendapat tahu Aniza mengandung. Rupa-rupanya kandungannya dah mencecah 4 bulan. Manakala Henri dah hilang entah ke mana.  “Dah! Zack bawa Zubir dan Zain tidur. Dah lewat ni.”

            “ Baik, Mak Su. “

            “Good night, Mak Su.”  Ucap Zubir.

            “Good night.” Balas Villa. Masih lagi tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbit Villa berbunyi.  Villa merenung skrin telefon bimbitnya. Sepanjang hari ini, telefon bimbitnya tak berhenti-henti berbunyi. Dah kenapa dengan Malik ni? Apa dia nak lagi? Villa malas nak menjawab. Villa menukar ring tone ke mode silent. Lantaklah. Aku dah malas nak peduli. Villa menggeleng kepala.

                                                *****************************

            Villa mempakir kereta BMW M4 yang dipinjam di garaj. Langkah diatur laju menuju ke kereta kesayangannya. Villa memeluk kereta perodua Kancil yang menjadi temannya selama 8 tahun. “Do you miss me? I miss you too.” Kata Villa. Dia mencium keretanya beberapa kali. Kemudiana dia mengeliling kereta untuk pastikan tiada apa-apa yang berlaku. Takut jugak kalau ada tayar hilang ke? Side mirror hilang ke? Atau ada yang tercalar ke? Nasib baik tak ada. Villa menarik nafas lega. Senyuman meleret di wajah Villa.

            Sebaik sahaja Villa menapak masuk ke ruang tamu, langkah Villa tiba-tiba terhenti. Syed Awwadi berdiri di hadapannya. Dah kenapa dengan mamat ni? Awal pulak dia bangun. Hari ni kan hari Ahad. Sepatutnya time ni tidur , buat apa bangun lagi. Muka tu asyik ketat saja, tak tahu nak senyum ke? Nampak macam bad mood saja. Macam singa kelaparaan pun ada jugak. “Assalammualaikum.”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Syed Awwadi tanpa senyuman. “seronok?”

            “Seronok?” soal Villa pula.

            Bibir diketap rapat. Pandai betul kau berlakon. Buat macam tak tahu pulak. “Seronok ke bercuti ? Atau pun seronok ke naik kereta mewah? Maklumlah orang macam you hanya mampu tengok saja kereta macam tu. Kalau nak beli, kena ukur baju di badan sendiri dulu.” Sinis suara Raja Awwadi.

            Villa masih tersenyum. Awalnya mamat ni start enjin. Tak warm up dulu ke? Sekarang ni baru gear satu.  “Cuti! Ya, memang kelmarin I cuti. Ada hal sikit. Pasal kereta tu, terima kasih sebab pinjamkan untuk I. Oh ya, ini kuncinya. I beri balik kat you. Anyway, thanks. “  Villa memberi kunci kereta BMW M4 tetapi Raja Awwadi hanya memerhati. Villa faham dengan response Raja Awwadi.  “Nanti I beri kat Tuti.”

            “Kenapa you nak bagi balik? Guna sajalah. Tak selalu you dapat drive kereta macam ni. Kalau you nak, I boleh beri kat I.” Sinis sindiran dari Raja Awwadi.

            “No, thank you. Actually kereta BMW ni bukan taste I. Kalau lebih tepat lagi, tak kena dengan jiwa I. Rasa tak selesa.  I tak tahu macam mana nak describe perasaan I. Rasa panas pun ada. Bila drive , rasa berat pun ada .Kalau I bawa kereta I sendiri, I rasa selesa. Rasa sejuk. Bila drive ringan saja, mungkin tak banyak dosa kot. “ Villa tergelak kuat. Dia sedar wajah Raja Awwadi berubah. Biarlah. Suka sangat cari pasal dengan aku. Apa faedah yang dia dapat pun, aku tak tahu? Best kot bergaduh dengan aku.

            Semakin bulat mata Raja Awwadi merenung Villa. Ewah…Ewah ….bukan main sedap kau perli aku. Maksud kau, kereta aku berat sebab banyak dosa. Perempuan ni memang nak kena dengan aku. Tiba-tiba Raja Awwadi memegang tangan kanan Villa. Genggaman semakin erat. “Cuba you terangkan. I tak faham.”

            Villa terkejut. Air mukanya berubah. Genggaman semakin kuat. Alamak, mamat Audi ni dah naik hantu! Apa aku nak buat ni?. Villa mula gelabah. Jantung berdegup kencang.

            Raja Awwadi menarik Villa agar dekat dengannya. “I still waiting.” Ada senyuman sinis di wajahnya. Dia masih tidak melepaskan tangan Villa. Dengan senang, dia menarik tubuh Villa yang kurus itu. Anak mata mereka berdua bertaut.

            “Adi.”

            Raja Awwadi menoleh. Raja Khatijah sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua.  Dia berjalan mendekati mereka berdua

            Dengan pantas, Villa menarik tangan dari genggam Raja Awwadi. Inilah peluang aku. Kalau aku tunggu, pasti teruk aku kena dengan mamat Audi ni. Berani betul pegang tangan aku. Baik aku blah. Nasib baik, Datin ada. Terselamat aku.  Langkah Villa diatur laju meninggalkan Raja Awwadi seraya memegang tangan kanannya yang berbekas merah.

            Raja Awwadi terkejut. Dia cuba nak kejar tetapi dihalang oleh Raja Khatijah. “Adi,  nenek Adi nak jumpa. Di bilik.”

            “Tapi …..” Raja Awwadi mengetap bibir. Geram melihat Villa terlepas dari genggamannya. Kalau tak disebabkan Nenek Tijah …..

            “Sekarang, Adi! ” Tegas Raja Khatijah.

            “Okey, Adi pergi.” Raja Awwadi mengorak langkah menuju ke bilik.

            “Kalau aku tak datang tadi, entah apa dia nak buat kat Villa. Tak abis-abis nak ganggu Villa. Aku pelik. Suka ke benci? Hish ….aku tak faham dengan cucu Kak Long. “ Raja Khatijah menggeleng kepala perlahan-lahan.

                        ************************************************

            Pelan lanskap dibentangkan di atas meja. Sebelum kerja dimulakan, Villa perlu terangkan konsep lanskap pada Raja Khalida. Dia takut jika ada perubahan.  Jika ada nak ubah atau tambahan, masih sempat lagi. “Puan Sri, ini pelan konsep untuk Taman Malaysia.  Puan Sri mahukan taman yang hijau, segar dan tenang. So, 100% tumbuh-tumbuhan di taman ni hidup di Malaysia. “ terang Villa.

            “About my request …”
           
            “Puan Sri, don’t worry. Tentang bunga raya tu, kami ada. Banyak variasi bunga raya kami ada. Ada macam-macam bentuk dan warna.Contohnya Brilliant. Warna merah. Jenis ni Puan Sri selalu tengok. Banyak orang tanam. Aaaa….Jenis Fire, warnanya orange tapi ditengah ada warna merah sikit.  Cantik juga. Tapi Puan Sri, yang paling cantik ialah Apricot Brandy. Kalau Puan Sri tengok, mesti Puan Sri jatuh hati. Memang cantik. Kelopak bunga yang ……“ Villa mencelah. Dia tahu tentang permintaan Raja Khalida. Dia mahu 50% taman itu dihiasi dengan bunga kebangsaan Malaysia.



            “Villa, next!” Raja Khalida mencelah. Panjang lebar budak ni bercakap. Macam nak promote barang pulak.

            “Opsss….Sorry, Puan Sri. Terlajak pulak.” Villa tersengih.

            “Ini sudut santai yang Puan Sri mahukan. Pergola with transparent roof. Tempat ni akan menjadi tempat santai favourite Puan Sri. Puan Sri boleh releks bersama Datin. Plus, kolam ikan akan dibina di bahagian tepi. Akan jadi salah satu elemen penarik taman Puan Sri. Hati Puan Sri pasti tenang bila tengok aksi ikan berenang. Kata orang, cara ni salah satu terapi minda yang terbaik. Kalau Puan Sri stress, ini tempat yang sesuai hilangkan stress. Saya tahu Puan Sri mesti stress dengan perangai cu…….” Tiba-tiba Villa berhenti. Dia sedar renungan Raja Khalida tepat padanya.  Alamak aku terlajak lagi. Nak baik sempat brek lagi. Mulut aku ni nyaris-nyaris nak kutuk cucu dia. “Maksud saya , stress dengan perangai orang zaman sekarang ni.” Villa tersengih.



            Raja Khatijah menutup mulut menahan ketawa. Nak gelak tapi takut Kak Long terasa pulak.

            “Kak Villa ini air.” Beritahu Tuti. Segelas air orange diletak di hadapan Villa.

            “Thank you. Tahu-tahu aje, Kak Villa dahaga. Mesti sedap air ni” Villa terus minum. Wajahnya berubah secara tiba-tiba. Dahi berkerut. Mak Oiiii…..masin giler air orange ni. Pipi Villa kembung. Nak tersembur pun ada, tapi ditahan. Apa kata Puan Sri nanti! Matanya meliar ke kiri dan kanan. Kalau aku tiba-tiba saja bangun, mesti mereka ingat aku ni kurang ajar. Aduh, apa aku nak buat ni?



            “Villa, what’s wrong?” tanya Raja Khalida. Dia hairan melihat Villa tiba-tiba diam. Selalunya asyik berceloteh saja tak henti-henti. Macam ada sesuatu tak kena aje.

            Villa terkejut.  Telan sajalah, Villa. Bukan racun pun. Kalau kau tak jawab, Puan Sri mesti syak sesuatu. Villa telan air masin itu. Masinnya ……..Rasa kembang tekaknya. Villa menelan air liur. Masin. Confirm aku kena kumur mulut aku. “Nothing. Air ni sedap. Pandai Tuti buat.” Villa berlagak seperti biasa.

            Villa tergamam apabila Raja Khalida mengambil gelas  yang diminum Villa sebentar tadi. “Puan Sri …Jangan.” Tegas Villa tapi terlambat.

             Air muka Raja Khalida berubah. Tisu diambil beberapa helai dan diletakkan di mulut. “Villa! Macam mana boleh minum air masin ni?” Dahi Raja Khalida berkerut. Dia hairan apabila Villa menelan air itu.

            “Masin sikit aje. It’s okey. I’m fine.” Villa tersenyum. Itu saja aku mampu buat. Sejak aku kerja di sini, dah banyak kali aku terkena. Aku berani potong jari aku, ini mesti kerja cucu Raja Khalida. Tak abis-abis nak kenakan aku.

            “Air masin!” Raja Khatijah berpaling ke arah Tuti yang turut sama terkejut.

            “Sebelum saya buatkan air untuk Tuan Adi, saya dah rasa. Tak masin pun.” Tuti menggaru kepala yang tak gatal.

            “Adi ada di dapur!” nada suara Raja Khatijah separuh tinggi. 

            “Ya. Tuan Adi suruh buatkan air coffee.”

            “Budak bertuah ni. Memang dah nak kena.” Raja Khalida mengetap bibir. Ini mesti kerja dia. Suka sangat kenakan orang. Raja Khalida melihat Villa. Rasa kasihan pulak dekat Villa.

            “It’s okey, Puan Sri. Masin ke? Manis ke? Semua orang pernah rasa.” Senyuman tak lekang dibibirnya. Dia tak mahu perkara ini berlarutan. Tempiasnya pasti kena kat aku jugak. Tiga minggu aje, Villa. Kau mesti kuat dan bertahan. Dah seminggu lebih, kau kerja. Kau kena focus dan siapkan taman ini. Kalau dah siap, aku tak payah hadap perangai mamat Audi lagi. Aman dunia aku. Sabar. Senjata yang paling kuat. Kau boleh buat, Villa. Bersungguh Villa memberi semangat terhadap dirinya sendiri.

                                    ***************************************

            Villa menerangkan pada pekerjanya tentang tugas yang perlu mereka lakukan. Pelan lanskap dibentang. Villa serius apabila memberi penerangan. Dia tak mahu ada kesilapan. Yang penting, taman mesti siap dalam tempoh yang ditetapkan.

            “Ada soalan?” tanya Villa.

            “Tak ada.” Jawab mereka serentak.

            “Bagus. Mulakan sekarang. “ kata Villa. Dia mengulung pelan lanskap. Dia terkejut apabila Raja Awwadi merampas pelan darinya.

            Raja Awwadi membuka dan melihat pelan itu. “Ini ke pelan landskap taman nenek I? Macam ni jer! You nak tipu I ke? Total cost RM65 000 tapi begini lanskap taman nenek I.  Simple! Terlalu simple.” Matanya tepat ke arah Villa.

            Villa tersenyum. Aku ingat mamat Audi ni dah pergi kerja. Hish ….Awal-awal pagi, tahu nak gaduh dengan orang. Mungkin hobi dia kot. Lebih suka tambah dosa dari tambah pahala. Mesti ada saja yang tak kena di mata dia. Biarlah. “Ini pelan konsep. Kalau you nak lihat yang lebih terperinci, I boleh tunjukkan pelan awal lanskap. Sekejap I ambil untuk you.” Kata Villa.

            “Tak payah. Sama saja. I don’t like it. I nak you tukar. Terlalu simple. You kena ingat , siapa kami! Taman macam ni tak sesuai dengan kediaman kami. Taman ni sesuai untuk orang biasa. Tak ada class. Change it. Sepatutnya you kena jaga resputasi kami. Taman I nak mesti unik dan nampak mahal, tahu tak.” Tegas Raja Awwadi.

            Anak mata Villa dikecilkan. Semakin kecil mamat ni aku tengok. Ikutkan hati aku dah lama aku pijak. Biar lumat. Banyak songeh pulak tu. Suka buat kerja giler. Kalau aku ikutkan permintaan mamat ni, boleh terbalik dunia ni dibuatnya.“Tapi Puan Sri dah setuju dengan pelan lanskap ni. You tak boleh ubah sesuka hati. Puan Sri, client kami. I hanya ikut kata Puan Sri ,not you” Tegas Villa sambil tersenyum.. Dia takkan mengalah kali ini. Jika pelan bertukar, sia-sia saja kerja mereka selama ini. Kolam ikan dah hampir siap.

            Raja Awwadi tersenyum. Akhirnya perempuan ni tunjuk tocang kat aku. Selama ni, bukan main baik lagi depan nenek aku. Maklumlah alim-alim kucing. “ I think you forget about something. I yang bayar semua ni. So, I’m your boss. You kena dengar cakap I. Faham?” Raja Awwadi tersengih. Akhirnya aku menang. Dia kena tahu siapa boss sekarang ni.  Dia nampak perubahan wajah Villa yang tiba-tiba keruh. “So you tahu apa nak buat kan! You nak duit, betul tak?” ujarnya. Pelan lanskap dikoyak menjadi cebisan kecil dan dilempar ke arah Villa sebelum berlalu meninggalkan. Hatinya benar-benar puas. Dia berjaya sakitkan hati Villa.

            Villa menggengam erat kedua-dua tangan. “Eeee….sakitnya hati aku.”

            “Macam mana ni, Kak Villa? Semua barang dah beli.” Raub bersuara sebaik sahaja mendekati Villa yang masih tercegat di situ. Dia dengar segala-galanya.

            “Abaikan saja. Kuasa veto bukan di tangan dia. Sambung kerja balik. Tahulah Kak Villla handle hal ni.” Kata Villa. Dia mengutip cebisan kertas yang bertaburan di tanah. Di dalam hati, tak henti-henti menyumpah mamat Audi tu.

           


            

5 comments:

baby mio said...

best nak lagi.

eija said...

lamanya kakkk.. huhuhu

salmi fasliena said...

Urgh! Takkan satu bab je...tak cukup...huhu...

wanee said...

cpt la update

cik baba said...

Sakit hati betul dengan perangai Adi. Kenapalah Villa sabra sangat dengan dia? Kak Lily ajar sikit Adi tu...Best sangat2...tak sabar nak tunggu next n3.

Post a Comment