Wednesday, November 5, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 11

Bab 11

            Raja Awwadi membuka kot baju yang dipakainya. Tali leher dilonggarkan agar rasa selesa. Dia baru saja pulang dari Indonesia.  Ada urusan business di sana. Dia berjalan dengan cepat. Dia mahu bersemuka dengan Villa. Disebabkan dia, aku kena marah dengan nenek. Berani dia beritahu nenek. Dasar perempuan mulut tempayan. Tak pasal-pasal hampir sejam aku dengar syarahan dari nenek . Nasib baik waktu tu, aku ada di Bali. Kalau tak, bertambah panjang lagi. Kedengaran suara kanak-kanak ketawa. Dahi sedikit berkerut.  Semakin kuat suara kanak-kanak ketawa. Raja Awwadi mencari. Dia rasa pelik. Setahu aku, rumah ni tak ada kanak-kanak pun. Mana datangnya suara ni? Langkahnya terhenti melihat seorang kanak-kanak yang sedang ketawa melihat kartun Upin dan Ipin  di ruang tamu.  Perlahan-lahan dia mendekati.



            “Zain!”

            Zain berpaling apabila namanya dipanggil. Dia bangun dan terus menghulurkan tangan kecilnya untul bersalam. “Uncle!” Zain tersengih.



            “Zain, buat apa di sini?” soal Raja Awwadi hairan.

            “Zain ikut Mak Su. Hari ini sekolah Zain cuti. Uncle, Nak jumpa nenek Khalida ke?” terkebil-kebil matanya melihat Raja Awwadi.

            “Ini rumah Uncle.” Jawab Raja Awwadi. Dia memimpin tangan kecil Zain agar duduk semula di atas sofa.

            “Ooooo…….rumah Uncle. Uncle , cucu nenek Khalida ke nenek Tijah?” soal Zain lagi.

            Raja Awwadi ketawa kecil. Petah betul budak ni bercakap. Sebijik macam Mak Su dia. “Nenek Khalida nenek Uncle. Zain dah jumpa nenek Uncle?” soal Raja Awwadi. Cara Zain bercakap mencuit hatinya.

            “Dah. Dua-dua nenek baik. Zain suka. Zain tak pernah ada nenek. Zain hanya ada Mak Su, Kak Long, Abang Ngah dan Abang Zubir aje.”

            Dahi Raja Awwadi sedikit berkerut. Siapa mereka yang Zain sebutkan tadi? Raja Awwadi ingin tahu. “Hmmm…. Siapa Kak Long, Abang Ngah dan Abang Zubir?”

            “Ooooo…. Kak Long kakak Zain. Abang Ngah dan Abang Zubir abang Zain. Zain yang bongsu sekali.” Zain masih tersengih.

            Raja Awwadi terkejut. So selama ni, bunga kertas tu jaga mereka empat beradik. Biar betul.

            “Mak ayah Zain dah tak ada. Kata Abang Zubir, mak ayah accident. Mak Su yang jaga kami. Mak Su berhenti sekolah sebab nak jaga kami.” Beritahu Zain lagi. Matanya masih memandang wajah Raja Awwadi. Tiba-tiba Zain memegang tangan Raja Awwadi. “Zain suka Uncle.”

            Raja Awwadi tergamam dengan pengakuan Zain.

            “Boleh tak Zain panggil Uncle ….. Pak Su?”

            Raja Awwadi menggaru kepala yang tak gatal. “Kenapa Zain nak panggil Uncle, Pak Su?”

            “Sebab Zain tak ada Pak Su. Boleh kan? Pak Su.” Zain mula merengek dan membuat mimic muka kasihan.

            Raja Awwadi ketawa dengan kuat. Begitu mudah jawapan budak kecil ni. Geli hatinya. Senyuman jelas di wajah. Rambut Zain digosok sehingga sedikit serabut. Kalaulah Mak Su kau dengar, confirm pengsan. Raja Awwadi ketawa kecil di dalam hati.

            Dari jauh, Raja Khatijah melihat telatah Zain dan Raja Awwadi. Di tangannya masih memegang segelas air ribena yang nak diberi pada Zain.

            “Kenapa tercegat kat sini lagi? “ tegur Raja Khalida. Dia hairan melihat adiknya yang berdiri di pintu masuk ruang tamu ke-tiga. Dia membawa pinggan yang berisi biscuit yang baru dimasak di dapur. Dia mahu Zain rasa. Pastu Zain suka. Kehadiran Zain menjadi pengubat kesunyian mereka berdua. Celoteh Zain membuatkan mereka berdua terhibur.

            “Kak Long, tengok tu. Dah lama kita tak dengar Adi ketawa. Tijah ingatkan kita tak dapat tengok diri Adi yang dulu lagi.” Raja Khatijah tersenyum. Sejak putus cinta beberapa tahun yang lalu, Adi dah banyak berubah. Istilah ketawa dan senyuman sudah hilang dalam hidupnya.

            Raja Khalida turut sama tersenyum. Terukir senyuman di bibir. Dia bersyukur. Akhirnya doanya termakbul juga. Inilah diri Adi yang aku inginkan selama ini. Dia tak mahu Adi berdendam dengan semua orang di dunia ini. Dia mahu Adi belajar terima suratan takdir. 

                                    ****************************************

            Langkah diatur mencari anak saudaranya. Wajah Villa resah. Dia terkejut melihat Zain tiada. Dia dah pesan pada Zain, jangan ke mana-mana. Tak pernah dengar cakap orang. Entah ke mana  Zain pergi. Puas aku cari. Kalaulah rumah ni kecil, dari awal lagi  aku dah jumpa. Villa membabel seorang diri.

            “Kak Villa.” Tegur Tuti.

            “Tuti, ada nampak Zain tak?” soal Villa.

            “Tadi Zain ada dengan Tuan Adi.” Beritahu Tuti.

            “Ra…Ja…..Raja Awwadi.” Tiba-tiba Villa menjadi gagap. Dia terkejut. Dia dah balik ke? Bukan ke dia ada urusan di Bali selama 4 hari. Cepatnya dia balik. Tapi macam mana pulak, Zain boleh bersama dengan mamat Audi? Zain pun satu, tak nak dengar cakap aku. Tak reti nak duduk diam. “Hmmm….mereka pergi mana?”

            “Rasanya di bilik Tuan Adi. Kak Villa, Tuti nak minta tolong sikit. Tuti tengah goreng ikan di dapur. Kak Villa, tolong beri kemeja ni pada Tuan Adi. Pukul 2, Tuan Adi ada meeting” Villa terus memberi kemeja berwarna biru air yang siap disterika pada Villa. “Kak Villa naik tangga ni. Tingkat dua sebelah kiri. Terima kasih, Kak Villa. Tuti tak boleh lama-lama, takut hangus ikan di dapur. “ Tuti berlalu pergi meninggalkan Villa.

            Villa tercengang. “Aku tak setuju pun. Takkanlah aku nak pergi bilik mamat Audi seorang diri, nak cari nahas.” Villa mengetap bibir. Kemeja itu diangkat. “Orang dah minta tolong, buat ajelah. Lagipun, Zain ada. Tak payah nak takut.” Villa memulakan langkah dan mendaki anak tangga sehingga tingkat tiga.  


            Villa berdiri di pintu bilik Raja Awwadi. Jantungnya berdegup kencang. Takut pun ada. Rasa macam nak masuk dalam kandung harimau. Memang betul pun, mamat tu kan garang macam harimau. Asyik nak terkam orang ajer. Villa menarik nafas perlahan-lahan. “Bismillahirrahmanirrahim.” Ucap Villa. Pintu diketuk. Tiada jawapan. Sekali lagi pintu bilik diketuk. Masih juga tiada jawapan. “Tak ada orang ke?” Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Pintu dibuka.  

            Mata Villa meliar mencari Zain. “Zain! Zain!” panggil Villa dengan nada perlahan. Bimbang jika kehadirannya dihidu Raja Awwadi. Niatnya hanya  mencari zain. Gelagat Villa tak ubah seperti pencuri. Terhendap-hendap. Anak mata Villa membesar sebaik sahaja melangkah masuk, Dia tergamam. “Betul ke ini bilik mamat tu. Luasnya. Duduk seorang tapi bilik sebesar ni.  Agaknya ini cara orang kaya habiskan duit mereka. Tema warna putih menjadi warna bilik ini. Susun atur dan gaya seperti hotel bertaraf lima bintang. Nampak mewah. “Ini hanya kekayaan di dunia sahaja. Akhirat nanti belum tentu lagi.” Villa membuat mimic muka. Dahi Villa sedikit berkerut. “Mana pulak anak saudara kesayangan aku ni? Main sorok-sorok dengan aku ke?”



Villa masuk ke ruang wardrobe.  Sekali lagi Villa tergamam. Ruang itu dilengkapi dengan almari dan rak bina. Dipenuhi dengan pakaian dan barangan berjenama. Baju disusun kemas mengikut warna. Kasut pula disusun mengikut jenama. Villa mendekati almari cermin yang mempamerkan pelbagai jenis jam tangan berjenama. “Pasti harga beribu-ribu. Kalau aku gadai semua jam ni, rasa-rasanya aku boleh beli kereta baru.  Beli jam mahal-mahal  membazir saja. Tup ..Tup jadi perhiasan . Jam tangan aku ni ….walaupun harga RM10, bertahan hingga sekarang. Jimat. Semua pakaian di sini, dia pakai ke? Lelaki metroseksual. Memang sesuai dengan mamat Audi ni. Tahu bergaya saja. Daripada habiskan duit beli barang-barang berjenama ni, kan lebih baik kalau buat amal jariah. Tolong orang yang memerlukan. Tolong orang miskin. Tolong anak-anak yatim .Dapat pahala jugak.“ Villa membuat mimic muka. Villa mengangkat hanger yang dipegangnya. “Mana aku nak letak kemeja ni. Letak aje di sini. Baik aku blah cepat. Rasa-rasanya Zain tak ada di sini. Hish…..ke mana pulak budak ni merayap.” Villa mengetap bibir. Dia memusingkan badannya  dan terkejut. Raja Awwadi sedang berdiri di muka pintu ruang wardrobe. Wajahnya serius.  Lemah lutut Villa terkena renungan maut dari Raja Awwadi

“Siapa benarkan you masuk, hah?” jerkah Raja Awwadi. Dia baru selesai mandi. Dia terkejut melihat Villa ada di dalam biliknya. Dah ceroboh masuk bilik aku lepas tu siap kutuk aku lagi.  Berani betul perempuan kertas ni.  Raja Awwadi masih merenung Villa. Hanya sehelai tuala membaluti tubuhnya.

Villa tergamam beberapa saat. Wajahnya merona merah. Dengan pantas, Villa memandang ke arah lain. Hish ….mamat ni tak segan ke? Aku ni perempuan.  Tahulah badan tu berotot-otot. Ada six pack pulak tu. Tak payah ler nak tayang kat aku.Boleh tergugat naluri kewanitan aku. Villa rasa tak senang hati. “Aaaa….Tuti sibuk di dapur so Tuti suruh I tolong hantarkan kemeja you. Ini dia.” Villa mengambil semula kemeja dan tunjukkan pada Raja Awwadi sebagai bukti. Dia tak berani memandang Raja Awwadi. “Saya ….Saya letak di sini.” Villa ingin letakkan semula kemeja tu. Tak elok aku lama-lama di sini.  Berdua. Boleh timbulkan fitnah.

“Wait. You pegang kemeja tu sekejap.” Arah Raja Awwadi. Aku belum habis cakap, kau dah nak lari. Jangan haraplah. Dia berjalan ke bahagian almari seluar.

Villa mula resah. Jantungnya berdegup kencang. Terasa bahang. Hish…. Kenapa mamat ni suruh aku tunggu pulak? Dia buat apa? Villa mencuri pandang ke arah Raja Awwadi. Villa terkejut melihat Raja Awwadi mengambil seluar yang disangkut. Dengan pantas Villa menoleh ke arah lain. Air mukanya bertambah merah. Biar betul nak pakai seluar , dah lupa ke aku masih tercegat di sini. Villa menurun sedikit cap yang dipakai agar menutupi matanya.  Tiba-tiba Villa teringat ceramah Ustaz Halim tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Dia selalu hadiri  ceramah Ustaz Halim di masjid berdekatan rumah setiap pagi Ahad. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” –Riwayat Bukhari.  Kesimpulannya , Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai. Keadaan ini boleh mendatangkan syak wasangka dan fitnah. Villa bertambah gelisah. Otaknya ligat mencari alasan.“I tak boleh lama di sini. I kena cari Zain.” Kata Villa sebelum memulakan langkah.

Villa terkejut apabila tangannya dipegang kasar. “Lepaslah! Kenapa dengan you ni? Sakitlah “ Villa mengetap bibir seraya meronta. Dia tak suka diperlakukan seperti ini. Bila masa mamat ni ada di sebelah aku? Aku tak sedar pun. Villa menarik nafas lega melihat Raja Awwadi lengkap pakai singlet dan seluar.


Raja Awwadi berdiri di sebelahnya. Semakin erat genggaman Raja Awwadi setiap kali Villa meronta. “You tak dengar cakap I ke?  I suruh tunggu. Tak faham ke?” tengking Raja Awwadi. Dia paling tak suka jika orang tak dengar arahannya.

“Ok! You nak cakap apa? Lepaslah. Tak payah nak pegang tangan I. I tak suka.” Nada suara ditinggikan. Villa masih meronta.

Raja Awwadi melepaskan tangan Villa dengan kasar.  Dia terkejut. Rupa-rupanya garang jugak bunga kertas ni. “You ingat I suka pegang tangan you ke? Dah ler kasar macam kertas pasir . Ini tangan perempuan ke tangan lelaki! You tak pakai lotion ke? Oh ya, I lupa you pakai lotion jenis baja pokok. Betul tak? Sebab tu kasar.” Perli Raja Awwadi.

“Terima kasih. Pujian you tu amat I hargai.  So, cakaplah cepat.” Sinis kata-kata dari Villa. Aku betul-betul tak faham dengan mamat ni. Apa yang dia nak dari aku sebenarnya. Tak habis-habis nak naikkan darah aku.

“Dah berapa lama you bekerja di sini?” soal Raja Awwadi secara tiba-tiba.

Sedikit dahi berkerut. Rasa pelik dengan soalan Raja Awwadi. Tiba-tiba aje tanya soalan ni, kenapa? Argh ….jawab aje. Tak jawab, naik hantu pulak. “Almost 2 weeks. Why?”

“Yeah! You betul-betul lupa atau sengaja buat-buat lupa, bunga kertas.” Raja Awwadi mendekati Villa.

Villa mengundur langkahnya beberapa tapak. Semakin pucat wajah Villa. Dia mula panic. Ya Allah, apa mamat ni nak buat kat aku? Tubuhnya seram sejuk. Setapak Raja Awwadi melangkah mendekati Villa, setapak juga Villa mengundurkan langkah.  “Aaaaa….Apa yang you nak dari I?” Villa mula gagap.  Villa sedar dirinya sudah hampir dengan dinding. Renungan lelaki itu sangat seram. Jantung Villa berdegup kencang.

“Ok! Kalau you dah lupa, biar I ingatkan sekali lagi.  Listen, I nak you dengar baik-baik. Buka telinga you luas-luas. I takkan ulang banyak kali. I tak suka you bekerja di sini.  Sejak awal I dah warning you. Tapi you degil, you tetap kerja di sini. “ Raja Awwadi menghentak  kedua-dua tangan di dinding.

Villa terperangkap.  Dia tak dapat melarikan diri lagi. Raja Awwadi berdiri dekat dengannya. “I menyampah tengok muka you. Berlagak baik. I sakit hati bila nenek  sebelahkan you. Nenek Tijah pun sama. I hairan. Kenapa mereka sukakan you? Entah ubat guna-guna apa you bagi mereka. Bomoh mana you cari? Jawa? Siam?” tuduh Raja Awwadi.

Villa masih menundukkan kepala. Nasib baik ada cap, sekurang-kurangnya kami tak face to face. “Encik Audi, I masih ada agama. Perkara syirik macam tu, I tak buat. Baik buruk …. Halal haram ….semua itu I tahu bezakan. Jangan nak tuduh I. I tak tahu kenapa you selalu cakap yang nenek you sebelahkan I sedangkan kami tak rapat pun. Kalau jumpa, kami hanya bincangkan pasal kerja saja. That’s all.  Tugas I hanya incharge projek ini saja. Kalau you tak suka I, I tak rugi apa-apa pun. Hanya tinggal seminggu lagi, lepas tu you tak kan nampak muka I lagi. As long as you tak kacau kerja I, taman Puan Sri boleh siap awal.  I pun tak ingin nak tengok muka you“ jawab Villa. Ayat terakhir sengaja diperlahankan. Sakit hati jugak bila dituduh macam tu. Nak sihir orang ni, bukan bidang aku. Mamat ni memang mulut laser. Muka handsome tapi mulut  …. Eeee, rasa macam ni cili saja mulut mamat Audi ni.

“What! You cakap apa? Part last tadi I tak dengar.” Tiba-tiba Raja Awwadi memegang wajah Villa dengan kasar agar memandang ke arahnya. “You kutuk I tadi, betul tak?” Anak matanya bertaut dengan anak mata  milik Villa. Seketika dia terpegun dengan kecantikan Villa. Selama ini dia tak pernah amati wajah Villa dari jarak dekat. Cap dan cermin mata besar berbingkai hitam menutupi kecantikan Villa yang tersembunyi. Wajah bujur sirih dan mata besar ditambah pula dengan hidung mancung menambahkan lagi kecantikan Villa. Renungan matanya terhenti di bibir mungil milik Villa. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

Villa terkejut. Mukanya sakit bila dipegang seperti itu. Dia tak suka dirinya disentuh sesuka hati. Memang pantang tok nenek aku, orang buat aku macam ni. Kau ingat kau sorang ada angin, aku pun ada angin jugak. Angin aku lebih dahsyat dari kau. Api kemarahannya membuak-buak. Villa memijak kaki kiri Raja Awwadi dengan kuat.

Raja Awwadi terkejut seraya memegang kakinya yang sakit.

“Hey, I pun tak ingin nak tengok muka you. I tak suka perangai you terutamanya cara you berfikir. I tak suka. Dah jelas kan! Dah dengar kan. So mulai hari ini, I quit. I quit. “ marah Villa Matanya bulat menjegil Raja Awwadi. Dia terus berlalu pergi seraya mulutnya terkumit-kumit menyumpah Raja Awwadi.

Raja Awwadi masih dalam terkejut. Mulutnya terkunci. Terkebil-kebil matanya. Mak Oii….macam mak harimau aku tengok. Akhirnya tunjuk taring jugak. Tapi betul ke dia nak berhenti? Tercalit perasaan sedih di hati. Eh, bukan ke itu yang aku nak? Bagus. Aman sikit dunia aku. Tak payah aku nak hadap muka bunga kertas tu. Raja Awwadi tersenyum lebar.


                                    **************************

“Berhenti!” tiba-tiba Puan Haliza meninggikan suara. Dia melihat Villa yang kelihatan tenang duduk di hadapannya.

Fatimah dan Suzie turut sama terkejut dengan suara Puan Haliza. Pandangan mereka tertumpu di sudut tempat menunggu yang dikhaskan untuk pelanggan.

“Kenapa?”

“Kak Liza tahu kan kenapa. Villa dah tak tahan. Semakin hari semakin menyakitkan hati. Nasib baik Villa tak ada darah tinggi, kalau tak dah lama Villla masuk ward.  Kak Liza pernah deal dengan cucu Puan Sri kan, so Kak Liza mesti masak dengan perangai mamat gerek tu.”

“Ala ….Villa, tinggal seminggu lebih lagi. Sabarlah. Lepas projek ni siap, Villa takkan jumpa Raja Awwadi. Begini, Kak Liza naikkan gaji Villa bulan ni. Okey tak?” pujuk Puan Haliza.

“Ini bukan soal gaji, Kak Liza. Villa betul-betul tak tahan. Sepanjang Villa bekerja, dialah lelaki yang paling teruk yang Villa pernah jumpa. Kak Liza tahu tak apa dia buat kat Villa. Dia sorokkan sebelah kasut Villa semasa Villa ada di suarau, lepas tu dia sabotaj minuman Villa. Side mirror kereta hilang. Lepas tu lagi, dia koyak plan lanskap yang Villa nak refer. Itu Villa boleh tahan tetapi bila dia cabut semua rumput tiruan yang kami taman ……itu memang dah melampau.Kalau Kak Liza nak, Villa boleh tulis list. “ Villa melepaskan keluhan dengan kuat. “Kalau dulu, Villa target dia tetapi sekarang ni target dia, Raub dan kawan-kawan. Kalau boleh Villa tak nak disebabkan Villa, Raub dan kawan-kawan terlibat sama. I’m so sorry, Kak Liza.”

“Kak Liza faham. Tetapi Puan Sri tak benarkan Villa berhenti. Awal-awal lagi Puan Sri dah warning Kak Liza. Puan Sri mahu Villa incharge projek ni.” Terang Puan Haliza.

“Tapi kenapa, Kak Liza?” Villa hairan.

“Kak Liza, tak tahu.” Jawab Puan Haliza. Dia ada tanya tetapi Puan Sri hanya tersenyum.

“Villa dah tekad, Kak Liza. Villa tak dapat teruskan projek ni. Bulan ni Kak liza tak payah bayar gaji Villa.  Villa minta maaf banyak-banyak, Kak Liza. Villa tak nak tengok muka cucu Puan Sri lagi. Hari tu nyaris-nyaris …..” Tiba-tiba Villa berhenti dari meneruskan kata-katanya. Nasib baik sempat emergency brek, kalau tak bertambah lagi masalah aku. Villa tersengih.

“Nyaris apa?” soal Puan Haliza. Dahi sedikit berlipat.

“Hari tu Villa nyaris-nyaris nak tarik rambut mamat tu. Nak aje Villa tarik rambut sampai botak. Mulut dia macam nak ganyang dengan cili. Geram!”  Hanya jawapan itu keluar di bibir Villa. Harap-harap Puan Haliza percaya.

“Kak Liza pun pernah terfikir macam tu jugak. Tak ada siapa boleh tahan.” Sokong Puan Haliza seraya ketawa kecil. “Hmmm…beginilah, Kak Liza bagi Villa cuti 3 hari. Berehat. Minggu depan kan cuti sekolah. Bawa anak-anak saudara  pergi jalan. Biar Kak Liza masa untuk pujuk Puan Sri. Kalau dia setuju, Kak Liza  akan call Villa. Tapi Kak Villa tak berani nak jamin, semuanya terletak di tangan Puan Sri. Okey tak?”  ujarnya. Dia akan menolong selagi yang mampu. Dia tak mahu paksa Villa.

“Terima kasih, Kak Liza.” Semakin mekar senyuman di bibir Villa. Akhirnya aku akan bebas juga. Yahoo….. Ikut hati aku nak aje aku melompat.

Loceng pintu kedai berbunga.  Villa menoleh dan terkejut dengan kehadiran lelaki bernama Syed Malik. Air muka Villa berubah serta merta. Bibir diketap rapat. Tak habis-habis satu persatu masalah datang. Satu masalah selesai, datang pula masalah lain.

                                                *******************

“Abang  Ngah, kita mimpi ke?” soal Zubir. Dia masih tidak percaya.

Dahi Zakri sedikit berkerut. Melihat Zarina yang sedang masak di dapur membuatkan Zakri bingung.

“Abang Ngah, Kak Long masak.” Beritahu Zain. Terkebil-kebil matanya. Dia melihat ke arah mereka berdua yang menyorok di sebalik pintu dapur. Hanya kepala yang terjenggol keluar.

Zubir menarik Zain mendekati mereka. Bimbang jika kehadiran mereka diketahui oleh kakak mereka. “Volume suara tu slow sikit.” Tegur Zubir dengan perlahan.

“Kenapa nak slow?” soal Zain.

Zubir mengetap bibir. Ada saja soalan yang nak ditanya. Pening kepala aku. “Tengok jelah.”

“Sepanjang 8 tahun, tak pernah kita nampak Kak Long masak. Betul tak? Masak nasi pun tak pernah. Inikan pulak nak masak makan malam untuk kita.” Kata Zubir lagi.

Zakri menggaru kepala yang tak gatal. Dia musykil. Sejak kejadian hari tu, Kak Long banyak berubah. Aku nampak perubahan tu. Kak Long dah jarang keluar rumah. Kebanyakkan masa dihabiskan  di rumah. Aku gembira dengan perubahan Kak Long. Zakri tersenyum.

“Terhendap-hendap macam percuri, kenapa?” tegur Villa. Kebetulan dia baru saja balik dari kedai bunga. Dia hairan melihat gelagat anak saudaranya.

“Mak Su!” kata Zakri dan Zubir serentak. Tiba-tiba sahaja Villa berada di belakang mereka berdua.

“Mak Su dah balik.” Zain tersengih.

“Baguslah, Mak Su  dah balik. Jom makan. Ina masak nasi goreng malam ni.” Zarina melihat semua ahli keluarganya ada. Dia membawa mangkuk besar nasi goreng yang dimasaknya tadi ke ruang tamu. Semua sudah siap dihidangkan. Ikan bilis goreng dan telur goreng telah siap digoreng. Dia tahu adik-adiknya suka makan nasi goreng bersama ikan bilis goreng dan telur goreng. Itulah yang selalu dimasak oleh arwah ibu semasa kami kecil.

“Ina masak.” Anak mata Villa bulat seolah-olah tak percaya. Mulut sedikit ternganga. Dia melirik matanya ke arah Zakri, Zubir dan Zain. Ina reti ke masak? Selama ni tak pernah pun Ina tolong aku di dapur. Pelik ni.

“Tengok, Mak Su pun tak percaya.”Zubir bersuara.

“Mak Su! Zack! Zubir! Zain! Kalau  sejuk tak sedap, cepatlah makan.” Jerit Zarina dari ruang makan.

“Ya. Kami datang.” Jawab Villa. Dia gembira dengan perubahan Zarina. Dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan. Zarina dah mula rapat dengan adik-adiknya. “Jom, cepat. Bukan selalu nak rasa masakan Ina.” Villa mengenyit sebelah matanya. Tangan kecil Zain dipegang lembut.







6 comments:

baby mio said...

best 3x.

Diana Ismail said...

Wahhh.. makin menarik la cerita nie sis. Xsabar tunggu entry yg baru. Cepat2 yer sis

Omenida Resources said...

Makin menarik...i alwz folo..

eija said...

wah bgus lah ina dh brubah..snag ati moksu..
raja awwadi nie kn tak sdh prajudis sgt.. cian kt villa jd mgsa..

akak tq 4 n3.. up cpt ckit yek kak.. tak sbo nk bca n3 strusnya

cik baba said...

best3x...and tak sabar nak tunggu next n3.

norr solihin said...

mana entry baru......

Post a Comment