Monday, February 2, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 15

BAB 15


            Bella meletakkan gelas yang diminum dengan kasar. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang berlaku malam tadi.  “Ini semua salah, auntie! Kalau auntie tak sakit perut nak pergi toilet, dah tentu sekarang ni Abang Adi dah ada dalam genggaman Bella. This is your fault, auntie!” Bella meninggikan suaranya.  Dia terkejut apabila Raja Awwadi tiada dalam bilik. Puas mencari tapi tak jumpa. Ke mana dia pergi? Yang pasti dia minum jus oren yang aku letak pil khayal.

            “Dah sakit perut! Nak buat macam mana? Auntie suruh Bella pergi dulu, Bella tak nak! Nak tunggu auntie jugak.” Mazlina mencebik bibirnya.

            “Auntie, dah lupa ke? Kalau auntie tak ada, siapa nak ambil gambar kami berdua. Semua ni salah auntie!” Bella meraup wajah dengan kasar.

            “Sekarang nak salahkan auntie pulak! Auntie bukan kambing hitam, okey?  Auntie dah kata, plan ni takkan menjadi. Kan bagus kalau kita stay lama di Milan, auntie boleh shopping. Banyak baju cantik-cantik di sana.”



            “Auntie! Nak pergi Milan, bila-bila masa boleh. Tapi peluang ni hanya sekali dalam seumur hidup.  Peluang untuk menjadi queen GB Group hanya datang sekali.  Auntie pernah rasa title tu, berilah chance kat Bella pulak.”

            Air muka Mazlina berubah. “So, Bella nak kahwin dengan Adi semata-mata kerana GB Group. Bukan ke Bell cintakan Adi selama ini? Kalau GB Group muflis, Bella tetap setia di sisi Adi ke?”

            Bella ketawa. Rasa lucu dengan pertanyaan ibu saudaranya. “Ya, memang Bella cintakan Adi. Tapi siapa nak hidup susah, betul tak? Don’t worry, auntie! GB Group takkan muflis.  Harta mereka banyak. Boleh tampung 3 keturunan lagi. Kalau perempuan tua tu dah tak ada, semua harta mesti jatuh ke tangan Abang Adi. Bella boleh tumpang sama. Duit suami, duit isteri jugak.“ Bella tersenyum. Dia sudah pasang angan-angan.

            “Bella, auntie serious!” tegas Mazlina. Dia mahu Bella jawab soalannya dengan jujur.

            “Kenapa dengan auntie ni? Tiba-tiba emo.” Bella terkejut.

            “Kalau Bella sukakan Adi disebabkan GB Group, matikan saja hasrat tu. Auntie takkan setuju. Cepat siap, kita dah nak balik. Kalau Adi dapat tahu siapa dalang malam tadi, teruk kita dikerjakan. ” Mazlina terus bangun meninggalkan Bella yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.



                                    ***********************************

            Villa menyilang kedua-dua tangan di dadanya. Dia melihat Raja Awwadi yang sedang enak dibuai mimpi. “Amboi! Amboi! Lenanya tidur. Dia ingat ini bilik dia ke?” Villa menyelak sedikit lengan t’shirt. Dia melihat jam pandek tepat menunjukkan pukul 9.00 pagi. Sepatutnya kami dah bertolak ke jeti. Villa mengetap bibir. Sampai bila mamat ni nak tidur? Tak reti nak bangun ke? Villa bergerak ke tingkap dan menarik langsir. Cahaya matahari menerjah ke arah Raja Awwadi.



            Raja Awwadi bergerak memusing badan ke arah lain.

            “Matahari dah terpacak atas kepala, you nak tidur sampai pukul berapa?” akhirnya Villa bersuara. Matanya tepat ke arah Raja Awwadi.

            Raja Awwadi membuka matanya secara tiba-tiba.  Macam pernah dengar saja suara tu. Dia memusing badannya semula. Dia terkejut melihat kehadiran Villa di situ lantas  bangun dan turun dari katil. Wajahnya pucat lesi. “You! You …. What are you doing here?”  Dia memandang Villa yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

            “You tak ingat ke apa yang berlaku semalam? “ soal Villa. Dia hairan melihat Raja Awwadi yang kelihatan keliru.

            Air muka Raja Awwadi bertambah pucat. Bibirnya sedikit bergerak. Apa yang berlaku semalam? Raja Awwadi terkejut melihat baju pajama yang dipakainya. Dia membelek baju itu. Ini bukan baju aku. Habis tu ini baju siapa. Entah-entah semalam bunga kertas tu …….“Apa you dah buat kat I, hah? You …..You rogol I ke?” Nada suara Raja Awwadi sedikit gagap. Setapak langkah diundur ke belakang.

            Villa tercengang. Anak matanya membulat besar. “Excuse me!” Nada suara Villa meninggi.

            “Uncle dah bangun!” tegur Zakri yang baru melangkah masuk ke dalam bilik.

            “Zack!” Raja Awwadi terkejut. Dia melihat sekeliling. Ini bukan bilik aku. Raja Awwadi baru sedar. Apa yang berlaku sebenarnya.

            “Baguslah, Zack datang. Explain to him everything. Biar dia faham apa yang berlaku.” Villa menjeling ke arah Raja Awwadi. Villa mengalih pandangannya semula pada Zakri. “Mak Su check out dulu. Mak Su tunggu di lobby.” Beritahu Villa sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua. Villa memulas tombol pintu bilik dan melangkah keluar dari bilik suite.  Sebaik saja pintu tertutup rapat, Villa masih tercegat di situ. “Apa! Aku nak rogol dia. Oh please, aku ni masih waras lagi  Lelaki macam tu jangan harap aku nak pandang. Orang bagi free pun, aku tak nak.  Kita dah tolong dia lepas tu tuduh orang yang bukan-bukan. Tak reti nak terima kasih langsung. Huh, geramnya. “ Villa bercakap seorang diri seiringan melangkah ke lobby.

                                    *****************************************

            “Boss, ini salinan CCTV semalam.” Fairuz meletakkan laptop Toshiba di hadapan Raja Awwadi.  Dia terkejut mendapat panggilan dari Raja Awwadi. Kebetulan dia sedang mesyuarat dengan Miss Gina. Dia bergegas balik semula ke Pulau Langkawi selepas dengar cerita Raja Awwadi. “Memang betul, bos! Puan Mazlina dan Cik Bella menginap di sini tetapi mereka gunakan nama lain semasa check in di sini. Mereka check in dua hari yang lalu.” Beritahu Fairuz.

            Raja Awwadi mengetap bibir. Matanya tepat merenung dua orang wanita yang berkaca mata hitam yang sedang duduk di lobby.  Dia menggengam erat tangannya. ‘Aku dah agak. Ini mesti kerja Bella. Hanya dia sorang saja yang desperate nak kahwin aku. Tak sangka dia gunakan cara kotor ni.’ Getus hati Raja Awwadi.

            “Mereka dah check out awal pagi tadi. Mungkin mereka takut bos. Iyelah, plan mereka tak menjadi. Fuh, nasib baik Zack dan Zubir sempat selamatkan bos. Kalau tak, sekarang ni mesti bos dah kahwin dengan Cik Bella.”
           
            “Fairuz! You ingat , I akan setuju macam tu saja. Tak mungkin I kahwin dengan perempuan macam Bella tu. I akan fight habis-habisan.” Tegas Raja Awwadi.

            “Bagus bos. Saya sokong. So bos nak saya buat sesuatu ke?” soal Fairuz. Dia kenal sangat dengan perangai majikannya. Tak mungkin dia akan lepaskan Bella begitu saja.

            “You buat apa yang patut. I nak bulan ni dia tak ada satu pun job.” Raja Awwadi tersenyum sinis.

            “Roger bos.” Fairuz turut sama tersenyum.

            Senyuman Raja Awwadi semakin lebar. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, Zakri telah ceritakan segala-galanya tetapi ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Mustahil perempuan tu nak tolong aku. Sedikit demi sedikit senyuman hilang. Dahinya berkerut berfikir.


                                    *********************************

            Langkah diatur kemas mendekati Mazlina yang sedang beristirehat di tepi kolam renang.  Sebaik saja tiba di KLIA, dia terus balik ke rumah. Dia harus bersemuka dengan perempuan yang paling dibencinya. Wanita yang memusnahkan kebahagian keluarga aku! Wanita yang merampas papa dari mama! Malah disebabkan dia, mama meninggal dunia.  Aku benci dia. “Apa niat you sebenarnya? “ Raja Awwadi merenung Mazlina di sebalik cermin mata hitam.

            Mazlina terkejut dengan kehadiran Raja Awwadi di situ.   Dengan pantas, Mazlina bangun. Mesti Adi dah tahu. Mustahil Adi tak tahu. Hakikat sebenarnya, aku sendiri tak tahu plan Bella. Tiba-tiba saja Bella mengajak aku balik ke Malaysia. Katanya , ada photoshot di Pulau Langkawi dan minta aku temankan. Bila aku nampak Adi di resort pagi kelmarin, aku dah mula susah hati.   Tetapi Yang paling membuatkan aku terkejut bila lihat Adi ketawa. Itulah pertama kali melihat Adi ketawa. Ketawa yang selama ini hilang dari kamus hidup Adi disebabkan aku dan Abang Azlan. Perasaan bersalah menghantui diri aku sehingga kini.  Aku tahu apa yang aku buat tak mungkin dapat menggantikan sesuatu telah hilang dalam hidup Adi.

            “Betul ke you tolong I semalam?” suara Raja Awwadi serius. Matanya masih tak bergerak merenung.

            Mazlina masih mendiamkan diri.

            “Perempuan macam you nak tolong I? You ingat I percaya. Mati hidup balik pun I tak percaya. Apa you buat kat family I, tak mungkin I lupa. Kalau you perempuan baik, you takkan musnahkan kebahagiaan family I. You takkan rampas papa dari mama I.  Disebabkan you, mama meninggal dunia. Disebabkan you jugak I jadi anak yatim piatu. I takkan lupa apa you dan papa dah buat kat mama. Sampai mati I ingat.” Marah Raja Awwadi.  

Dia merenung wajah perempuan yang sangat dibencinya. Wanita yang memusnahkan kegembiraan keluarganya dalam sekelip mata. Disebabkan perempuan ni, mama tinggalkan aku seorang diri. Mama patah hati bila dapat tahu papa kahwin seorang lagi malah yang lebih menyakitkan bila perempuan tu sedang mengandungkan anak papa. Mama kecewa dan rasa dirinya dikhanati suaminya sendiri.  Selepas lahirkan aku, mama tak dapat mengandung lagi. Rahim mama ada masalah.  Dulu papa tak kisah tetapi kenapa papa berubah. Dengan sekelip mata, papa hancurkan hati mama. Sejak hari tu, mama berubah.  mama sentiasa muram dan termenung seorang diri sehinggalah ke nafas terakhir. Beberapa bulan selepas tu, mama meninggal dunia kerana penyakit yang dihadapinya. Rupa-rupanya mama menghidap penyakit barah. Dia rahsiakan dari semua orang. Mama menderita selama ini. Segala-galanya ditanggung seorang diri. Sebagai seorang suami, papa perlu adil. Papa lebih utamakan perempuan tu dari mama. Alasannya perempuan tu pregnant, perlukan lebih perhatian. Habis tu mama tu apa? Tunggul kayu!  Aku tak dapat bayangkan perasaan mama ketika itu. Sebab itu aku benci papa dan perempuan ni. Disebabkan merekalah zaman kanak-kanak aku tak seperti kanak-kanan lain. Aku membesar dengan perasaan benci  dan dendam.  “Dengar sini baik-baik, ini last warning dari I! Kalau you dan Bella sekali lagi cuba rancang sesuatu ,tahulah apa I nak buat nanti.”

“Adi …. Auntie ….” Kelopak mata Mazlina mula berair. Dia tahu Raja Awwadi sangat membenci dirinya. Dia mengaku segala-galanya berpunca darinya. Jika aku boleh putarkan masa kembali, ini semua tak mungkin berlaku. Mereka bertiga pasti bahagia.

“Hey! I tak suka you sebut nama I. Jijik! Tahu tak?” tengking Raja Awwadi. Setiap kali melihat perempuan ini, darahnya pasti mendidih.  Jika aku tak dapat kawal kemarahan aku, entah apa aku dah buat kat perempuan ni. Nasib baik, aku masih waras lagi.

Butiran jernih mula membasahi pipi Mazlina. Kata-kata Raja Awwadi mengores hatinya. Dah 24 tahun berlalu,  perasaan benci Raja Awwadi terhadap aku tak pernah pudar. Semakin hari semakin tebal.

“Adi!” tegur Raja Khalida.  Dia mendekati Raja Awwadi dan Mazlina. Walaupun aku tak suka Mazlina tetapi aku tak pernah ajar Adi bercakap kurang ajar dengan orang tua. Semakin teruk perangai Adi sekarang ni.

Mazlina menyeka air matanya dengan pantas dan segera meninggalkan mereka berdua.

“Nenek tahu Adi tak suka dia. Tetapi jangan kurang ajar.  Dia tetap stepmother Adi. Adi kena ingat tu!” nasihat Raja Khalida.

            Raja Awwadi hanya mendiamkan diri. Dia malas nak menjawab. Kalau jawab, panjang pulak cerita. “Nenek, Adi naik dulu. Nak mandi sekejap.” Itulah caranya nak larikan diri. Raja Awwadi terus meminta diri dan berjalan menuju ke biliknya.

            Raja Khalida melepaskan keluhan dengan kuat. “apa aku nak buat dengan Adi ni? Bila Adi nak berubah?” Wajah risau jelas di wajahnya.

                                    *************************************

            
            Villa mendekati Suzie yang terhendap-hendap melihat sesuatu di luar kedai.  Suzie tak sedar kehadiran Villa di sebelahnya. Apa yang menarik di luar tu? Aku tengok Suzie dah macam stalker. Tak ada apa-apa yang menarik pun. “Ada lelaki handsome kat luar sana ke?” Villa bersuara.


            Suzie terkejut dan mengurut dadanya perlahan-lahan. “Aduh, nasib baik tak ada sakit jantung.  Kak Villa, lain kali beri salam dulu. “

            Villa ketawa melihat reaksi Suzie. “Sorry!”

            “Kak Villa, tengok sana. Berhadapan dengan kedai kita. Ada kedai baru nak buka.” Suzie menunjukkan kedai yang sedang renovate yang terletak di seberang jalan. Dulunya kedai runcit tapi kini diambil alih oleh orang lain.

            “Baguslah. Bertambahlah orang datang ke sini nanti.”

            Suzie melepaskan keluhan dengan kuat.“Kak Villa tahu tak, kedai tu buka kedai bunga. Sama seperti kita. Eh, tak ada tempat lain ke nak buka kedai. Banyak lagi tempat. Kenapa pilih kawasaan ni. Dah terang-terang, ada kedai bunga di sini, kenapa nak buka kat sini jugak. Dari situ dah nampak niat tu tak elok. Itulah orang sekarang ni, bila nampak orang senang sikit mulalah nak berhasad dengki.  Kak Villa, kita kena buat sesuatu. Kita dah ada competitor sekarang ni. Suzie takut mereka rampas client kita. “ Suzie risau.

            “Biarlah. Setiap orang tu rezeki tak sama. Yang penting, kita mesti maintain service kita.  Quality pun penting. Asalkan kita pandai jaga hati  client kita. Insya Allah, mereka tak lari. Jangan risau.” Villa tersengih. Matanya turut sama memerhati kedai itu. Anak matanya membesar secara tiba-tiba.

            “Betul jugak.” Suzie mengangguk kepala tanda setuju. Pandangannya dialih semula ke arah kedai itu. Dahinya sedikit berkerut. “Bukan ke lelaki yang keluar dari kedai tu …..Ex-boyfriend Kak Villa.”  Suzie berpaling.


            Air muka Villa berubah pucat. Dia terdiam. Villa mula rasa tak sedap hati. Villa menggengam erat tangannya. Kata-kata Syed Malik masih segar di ingatannya. Villa mula gelisah.


5 comments:

eija said...

abis lah villa.. bila antra villa n adi nk jtuh cinta..

cik baba said...

best3x...

baby mio said...

best 3x.

Diana Ismail said...

Best sngatttt. Nk lg sis.

elvythia said...

hi plz update next episode.... Im waiting... saya dah ada ketigax2 novel awak... you are such a sweet writer.. plz keep on writing

Post a Comment