Wednesday, January 21, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 14


Bab 14

            Fairuz meletakkan secawan air kopi di meja kecil yang terletak di balkoni.  Kemudian melabuhkan punggung di sebelah Raja Awwadi yang sedang duduk menikmati keindahan laut pada waktu malam.

            “Macam mana boss? Sedap tak makanan kat situ?” soal Fairuz. Zakri ada menjemputnya tetapi dia tak dapat pergi kerana ada hal yang perlu diuruskan.

            “Huh…. Sedap? Ada ke patut dia bagi ayam ikan yang hangus terbakar. Hitam giler. Dah tak nampak rupa sebenar. Mesti dia bengang bila anak-anak saudara invite I datang.” Cerita Raja Awwadi dengan penuh perasaan.

            Fairuz ketawa. “Itulah bos, suka sangat kacau Cik Villa. Lepas Cik Villa berhenti, bos masih kacau dia lagi. Manalah Cik Villa tak naik angin.”

            “I tak kacau dialah. Anak-anak saudara dia yang sukakan I, itu pun salah ke? I sukakan Zack, Zubir dan Zain. Macam ada keserasian, you tahu tak?”

            Fairuz hanya mampu menggeleng. “Jangan tersangkut dengan mak su mereka sudahlah, bos.” Sinis sindiran Fairuz. Mulut cakap tak suka, tapi hati kata suka. Macam-macam boleh jadi kalau dah jodoh.

            “Hish….”

            “Oh ya, bos! Esok saya dah kena balik. Nak kena jumpa Miss Gina, discuss tentang majlis pembukaan GB Mall di Alor Setar.” Beritahu Fairuz. “Bos!”

            “Apa lagi?” Dahi Raja Awwadi berkerut.  Raja Awwadi menoleh.  Apa lagi Fairuz nak, aku nak berangan sikit pun tak boleh.

            “Tak apa ke bos tinggal seorang di sini?” Rasa risau pulak bila tinggalkan boss seorang diri.

            “Fairuz, I bukan budak kecil lagi. “ tegas Raja Awwadi.

            “Saya tahu boss tapi perangai bos tu macam budak-budak. Itu yang buat saya risau.”

            “Fairuz!” Raja Awwadi meninggikan suara. Matanya tepat merenung Fairuz.  Sukanya dia bila mengata kat aku.

            “Sorry, boss!”

            Raja Awwadi mengeluh dengan kuat. Dia berpaling. Langsir jelas terbuka. Kelihatan Villa bersama anak saudaranya sedang menonton televisyen bersama. Gelak ketawa mereka jelas kedengaran. Terbit perasaan cemburu di hati Raja Awwadi.

            “Bos!”

            “Apa lagi, Fairuz?” Raja Awwadi menoleh. Wajahnya masam mencuka.

            Fairuz rasa serba salah. Nak beritahu atau tak? Tapi bos mesti tahu, mungkin ini berita yang bos tunggu selama ini. “Ada sesuatu yang bos perlu tahu …. Tentang ex-girlfriend bos, dia dah bercerai, “ beritahu Fairuz sambil memerhati reaksi Raja Awwadu

            Air muka Raja Awwadi berubah. Dia terdiam.Suasana menjadi sunyi sepi.


                                                *************************

            Villa tersenyum lebar. Dia membiarkan rambutnya yang panjang ditiup angin. Dibiarkan wajanya ditutupi rambut. Villa menarik nafas dan dihembus perlahan-lahan. Rasa fresh. Kan best kalau ada rumah di tepi pantai. Tiap-tiap hari macam ni, bahagianya. Tapi sayang, esok dah nak balik. Hari ni aku nak enjoy puas-puas. Villa mengeliat di balkoni. Dia baru saja selesai tunaikan solat Subuh. Villa membetulkan rambut dan kemudian diikat menjadi satu.

            Villa mendekati pasu bunga  dan tersenyum. Dia duduk mencangkung sambil tangannya membuang daun pokok yang rosak. 

            “Dah tak ada benda lain ke nak buat? Asyik hadap pokok 24 jam. You ni normal ke tak?”

            Villa mengetap bibir. Senyuman dia mati. Kenapa? Kenapa dia suka rosakkan mood aku pagi-pagi ni? Kalau beginilah tiap-tiap hari, kedutan di muka aku mesti bertambah. Bertenang Villa!Releks! Buat tak tahu saja. Nanti dia blah sendiri. Jangan dilayan. Villa berpura-pura tak dengar dan meneruskan kerjanya.

            Anak mata dikecilkan. Raja Awwadi mendengus dengan kuat. ‘kau buat tak tahu saja! Kau ingat aku ni tunggul ke?’ getus hati Raja Awwadi. Langkah diatur kemas mendekati Villa. Dia lengkap berpakaian sukan untuk jogging di tepi pantai. “You tahu tak penyakit you ni dah serius? Kena buat medical check up sekarang. Oh ya, I terlupa . Hospital di sini tak ada kepakaran untuk handle kes macam you. Kalau you nak, you boleh gunakan bot laju I. Cepat sampai! Aahhh….Hospital Bahagia dekat Perak kan! Kalau tak silap I, di Ulu Kinta. Betul tak? Rasanya elok you terus pergi sana. Kat sana nanti, you suruh mereka check up otak you. Yang penting kena scan,  mungkin ada wayar yang terputus. You tak tahu kan.” Matanya masih tak bergerak memandang Villa yang masih membelek pokok.

            Sedikit demi sedikit dahi Villa berkerut. Kata-kata Raja Awwadi jelas menerjah ke gegendang telinganya. Sedapnya, dia mengata aku. Bila aku diam, panjang menjela dia kutuk aku. Sakit telinga aku! Ditambah pula dengan sakit hati. Dengan serta merta, Villa bangun dan menghadap Raja Awwadi. “You yang sepatutnya terima rawatan di Hospital Bahagia bukan I. Yang jelas, bukan wayar you saja yang putus, soket otak you jugak rosak.” Villa meninggikan suaranya. Lantaklah nak jadi apa-apa pun sekarang.

            Air muka Raja Awwadi berubah. “Maksud you, I ni yang gila?”

            “Ya. Memang you gila. Asyik nak sakitkan hati orang saja. Suka hatilah I nak buat apa-apa pun. I  ada kacau you ke? Tak ada kan! Lagipun I bayar bilik ni. I nak buat apa-apa pun, you tak ada hak nak kata kat I. Mind your own business. “

            “I owner hotel ni. “ tegas Raja Awwadi. Matanya membuat memandang Villa yang sedang berdiri.

            “I bayar bilik ni. “ tegas Villa. Aku takkan kalah kali ni. Jika dibiarkan makin melampau-lampau.

            “Boleh tak jangan bertekak pagi-pagi buta ni? “ tiba-tiba ada suara mencelah. Zarina merenung mereka berdua. Rambutnya kusut. Dia berdiri di muka pintu sliding door sambil menyilang tangannya. Jam baru saja menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi. Suara mereka berdua bertengkar mengganggu waktu tidurnya. Dia  dah tak tahan lagi.

            Serentak Raja Awwadi dan Villa berpaling. Mereka terkejut dengan kehadiran Zarina ketika itu. Yang jelas, wajah Zarina masam mencuka.

            “Mak Su! Uncle! Apa masalah sebenarnya ni? Perangai dah macam budak-budak. Tahu nak bergaduh saja. Tak malu ke?” bebel Zarina di awal pagi. Awal-awal lagi dah memekak.

            Raja Awwadi dan Villa terdiam.

            “Uncle! Kan lebih baik Uncle berterus-terang saja, kalau dah suka cakaplah suka. Tak payah nak guna cara macam ni. Dah lapok. Cakap saja I love you kat Mak Su, kan senang. Arghhh…itu pun nak kena ajar. Ina nak sambung tidur balik, kalau bertengkar lagi ….tahulah apa Ina nak buat.” Zarina terus masuk tanpa mempedulikan Raja Awwadi dan Villa.

            Villa tergamam. Apa yang Ina merepek ni? Eh, pandai-pandai buat cerita. Villa menoleh ke arah Raja Awwadi yang turut sama terkejut dengan kata-kata Zarina. Villa terus mengekori Zarina. Dia perlu jelaskan keadaan sebenar dekat Zarina. Tak mahu perkara ini berlanjutan. Salah faham saja.

            Raja Awwadi masih kaku berdiri di situ. Dia speechless.

            “Ala bos ….cakap saja I love you, kan senang.” Usik Fairuz yang turut sama ada di situ . Dia melihat segala-galanya yang berlaku sejak dari mula lagi. Awal-awal pagi lagi boss keluar dari bilik. Pelik betul. Bila diintai, rupa-rupanya bos sedang tunggu Cik Villa. Nampak saja Cik Villa, ada saja nak gaduh. Dia bau macam ada sesuatu yang tak kena dengan bos kebelakangan ini. Bau cinta nak berputik kot! Yang pasti, kata-kata yang keluar dari mulut anak saudara Cik Villa terkena di batang hidung bos sendiri. Padan muka. Fairuz tersengih.

            Raja Awwadi mengetap bibir rapat. Jelingan maut dihadiahkan tepat pada Fairuz yang sedang mengusiknya. Kata-kata masih jelas di telinganya. I love you! Eeee….gross! Raja Awwadi membuat mimic muka geli.

                                    *************************************

            Villa mengeluarkan satu persatu jenis coklat yang dibeli di HIG atau lebih dikenali Hj. Ismail Group yang terletak di pekan Kuah. Atau lebih tepat lagi syurga coklat. Bermacam-macam jenis coklat dijual di situ. Semua jenis coklat yang aku nak semua ada. Aku ni kan hantu coklat. Dah ada depan mata, dah tentu aku rembat semua. Ikutkan hati, apa yang ada sekarang ni tak cukup lagi. Nak ambil lagi tapi ditegah oleh Zarina.  Bertimbun pek coklat di atas meja makan. “Mak Su rasa tak cukup ni.”

            “Banyak ni pun tak cukup lagi. Macam-macam jenis coklat Mak Su beli. Coklat Kinder Bueno! coklat Daim! coklat Snickers! Coklat Hersheys! Coklat Ferrero Rocher. Ini tak cukup lagi!” Zarina meninggikan suaranya seraya menunjukkan setiap pek jenis coklat yang dibeli. Berlambak ni pun, Mak Su kata tak cukup lagi. Biar betul! Kalaulah aku tak ada,  habis semua coklat diborong Mak Su. Adik-adik aku pun sama jugak, penuhkan troli dengan coklat. Eloklah.

            “Iyelah, nak bagi kat orang lagi. Untuk kita nak makan kena beli jugak. Takkanlah kita nak balik dengan tangan kosong, kena bawa balik buah tangan sikit. Souvenir dari Langkawi mesti wajib kena bawa balik terutamanya coklat. Mak Su nak bagi kat Kak Fatimah, Suzie,  Sumaiyah,Kak Liza, Abang Halim , Raub and the geng. Lepas tu jiran sebelah pun nak kena bagi. Aaaa….kena bagi jugak kat kawan-kawan Ina, Zack,Zubir dan Zain. Tak cukup ni.” Otaknya ligat mengira.

            “Betul-betul tu, Mak Su. Semua kawan Zain tahu  Zain bercuti di Langkawi.Kawan Zain mesti nak rasa coklat Langkawi. Beli banyak-banyak pun tak apa, boleh simpan. Betul tak, Mak Su? .” Zain bersuara. Tanda menyokong.

            Zarina menjeling ke arah Zain. Tangan kecil Zain menekup mulut dengan pantas. Faham maksud disebalik jelingan kakaknya.

            “Habis tu, barang-barang yang ada dalam kereta tu untuk siapa? Set cawan! Set pinggan mangkuk! T-Shirt Langkawi! Fridge magnet! Key chain! Tadi masa kita kat Kilang Gamat, macam-macam jenis minyak gamat Mak Su beli. Bukannya sikit, banyak pulak tu. Tak cukup lagi ke?” Bebel Zarina. Bonet kereta dah penuh dengan barang-barang, Bab shopping, Mak Su memang champion. Barang yang dia suka , terus aje dia ambil. Tak payah nak fikir dua kali. Terus saja bayar. Mudah kan! Itulah Mak Su.

            “Alah ….Ina, semua barang tak sama …betul tak? Mak Su kenalah bagi sorang satu maklumlah bukan senang nak dapat barang macam ni di KL. Harga macam ni takkan dapat di KL. Lagipun, coklat-coklat ni boleh simpan lama. Letak aje dalam fridge. Sapa nak makan, ambil ajerlah. Tahun depan pun boleh makan lagi. Nak simpan raya tahun depan pun boleh. Malas nak buat buat kuih raya, Mak Su letak jer coklat ni. Betul tak, Zain?” Sempat lagi Villa kenyit mata pada Zain yang duduk terdiam memerhati.

            “Betul, Mak Su!” Dengan pantas Zain mengiyakan pertanyaan Villa sambil tersengih.

            “Mak Su! Ina serius.” Zarina meninggikan suara. Dia merenung mereka berdua. Geram

            Villa dan Zain ketawa terbahak-bahak.

Ketukan cermin di pintu sliding door mengejutkan mereka bertiga, serentak mereka berpaling. Zubir memberi isyarat agar pintu sliding door dibuka. Villa segera membuka pintu. Zakri sedang memapah Raja Awwadi masuk ke dalam dan diletakkan di atas sofa. Zubir terus menutup dan mengunci pintu sliding door. Langsir ditutup rapat. 

“Kenapa ni? Kenapa bawa balik dia ke sini? Bilik dia di sebelah.” Soal Villa. Tadi Zakri dan Zubir keluar nak pergi ambil barang yang tertinggal dalam kereta tetapi kenapa pulak bawa balik mamat Audi ni? Zarina berdiri di sebelah Villa.

“Pak Su!” Zain terus mendekati Raja Awwadi. Tangan Raja Awwadi dipegang. Raja Awwadi masih tersandar di sofa. Kelopak mata terbuka sedikit.

Raja Awwadi tersenyum. Tiba-tiba saja Raja Awwadi ketawa. Muka Zain dipegang. “Zain!” Wajah Zain dibelek. “Oooo.. Zain rupanya! My cute Zain.”  Raja Awwadi mencubit pipi Zain dengan lembut.

“Mabuk ke?” Zarina bersuara. Dia membuat mimic muka. Kurang senang dengan kehadiran lelaki itu. Lain macam saja aku tengok. Terhoyang-hayang ke sana sini.

“Mabuk tu apa?” tanya Zain.

Villa tergamam mendengar pertanyaan Zain. Di usia muda seperti Zain tak sepatutnya terdedah dalam situasi seperti ini.  Jika aku terangkan, Zain mesti tak faham. Arghh…geramnya aku! Perangai tak elok macan ni dia nak tunjuk! Selepas ni jangan harap aku benarkan mereka berjumpa lagi. Dengan pantas, Villa menarik Zain agar jauh dari Raja Awwadi.  “come here, Zain!” tegas Villa.  Wajah serius.

“Mak Su, mabuk tu apa?” tanya Zain sekali lagi. Anak matanya tak lepas memandang Raja Awwadi

“Zubir , bawa Zain ke dalam bilik.”  arah Zarina.

Zubir akur dan menarik Zain supaya masuk ke dalam bilik. “Jom, Zain!” ajak Zubir.

“Tapi Pak Su …..” Matanya masih memandang Raja Awwadi. Rasa sedih. Kenapa Pak Su macam tu?  Pak Su tak sihat ke?

“Biar Mak Su uruskan, ini hal orang dewasa. Kita tak boleh masuk campur. Masuk cepat.”  Sekali lagi Zubir menarik Zain agar mengekorinya masuk.  Pintu bilik ditutup rapat.

“Mabuk ke?” Dahi Villa sedikit berlipat empat. Dia mendekati Raja Awwadi yang kelihatan seperti berkhayal seolah-olah berada di dunia sendiri.  Kalau mabuk mesti busuk! Tak bau apa-apa pun.

“Uncle tak mabuk, Mak Su! Ada orang cuba aniaya Uncle. Entah ubat apa mereka letak dalam minuman Uncle. Kebetulan tadi kami dengar perbualan mereka berdua, terus saja kami ke bilik Uncle tapi kami terlambat. Uncle dah minum air tu.” Zakri mendekati Raja Awwadi.

“Apa!” Zarina menoleh ke arah Villa.

Villa melepaskan keluhan dengan kuat. “Siapa?” soal Villa.

“Tak kenal tapi perempuan. Yang pelik tu, salah seorang perempuan tu seolah-olah sengaja sebut nama penuh Uncle. Tone suara tinggi pulak tu. Jelas kami dengar.” Zakri berfikir. Apa niat dia?

“Motif?” soal Zarina pulak.

“Hmmm ……supaya Uncle kahwin dengan dia.” Jawab Zakri.

“Kahwin! Lelaki macam ni nak buat suami, baik tak payah. Merana jiwa! Merana badan. Ditambah pulak dengan sakit hati.” Sempat lagi Villa mengutuk. Entah otak perempuan tu betul atau tak? Entah-entah otak mereng! Memang sesuai! Tetapi kalau disebabkan kekayaan mamat Audi, dah tentu ramai nak. Itu aku tak hairanlah.

“Hey, bunga kertas!” jerkah Raja Awwadi secara tiba-tiba. Wajah Villa kelihatan samar-samar. Kepala digeleng beberapa kali.

Villa terkejut. Dada diusap beberapa kali. Nasib baik tak gugur jantung aku. Raja Awwadi sedang menunding jari ke arah Villa. Bergoyang ke kiri dan kanan. Villa mengetap bibir. “Ada apa?”

“I tak suka you, you tahu tak? I kenal jenis perempuan macam you! Mata duitan! Pisau cukur!” marah Raja Awwadi. Dia cuba bangun tapi duduk semula kerana tidak dapat mengimbangi badannya.

“Uncle!” Zakri memegang tangan Raja Awwadi. Dia cuba membantu.
Zarina memandang mereka berdua. Pelik! Apa masalah mereka berdua sebenarnya?

Villa membuat mimic muka. Sedikit bibirnya bergerak. Eh, aku pun tak suka kau! Mata duitan! Pisau cukur! Oh please, bila pulak aku kikis duit kau. Main tuduh pulak. Ini yang tak sedap dengar. Aku tak ingin satu sen pun duit kau. Aku pun ada duit sendiri. Dalam bank, bertimbun duit aku. Kau jer yang tak tahu.

“Macam mana, Mak Su? Nak biar macam ni jer ke?” soal Zarina.

“Zack! Bawa Raja Awwadi masuk ke dalam bilik mandi, bagi mandi. Biar dia segar sedikit. “ arah Villa.

“Baik, Mak Su!” Zakri akur. Dia memimpin Raja Awwadi berjalan menuju ke bilik air. “Uncle, jalan perlahan-lahan!”

“Zack! Memang budak baik. Good boy! Sebab tu Uncle suka Zack” Kata Raja Awwadi sambil tersenyum. Langkah diatur tanpa haluan. Dia mengikut rentak Zakri menuju ke bilik air.

“Rasa-rasanya pil apa, Mak Su?” tanya Zarina.

“Entahlah.” Villa menggaru leher yang tak gatal beberapa kali. “Ina pergi tengokkan Zubir dan Zain. Lepas tu pergi tidur, esok kita nak balik awal. Biar Mak Su handle hal ni.” Matanya sempat melirik ke arah jam dinding yang tergantung di situ. Hampir 10.30 malam.

“Mak Su boleh handle seorang ke? Esok Mak Su nak drive jauh lagi.”

“Don’t worry about me! Lagipun Zack ada. Pergi cepat.”

“Ok, Mak Su! Esok kalau Mak Su tak larat, biar  Ina drive. Okey?”

“Ya.”

Zarina tersenyum. “Good night, Mak Su!” kata Zarina sebelum melangkah pergi.

Sebaik sahaja kelibat Zarina masuk ke dalam bilik, keluhan dilepaskan dengan kuat. “Apalah nasib aku kali ni? Rosak plan aku! Apa aku rancang semua tak jadi. Ingatkan aku boleh tidur awal malam ni. Releks … Tapi …Eeee….Mamat Audi!” Bibir diketap rapat. Geram bercampur marah!


                        ********************************************

Villa mendekati Zakri yang sedang membetulkan selimut yang meliputi tubuh Raja Awwadi. “Dah tidur ke?”

“Dah”

“Zack pergilah sembahyang, dah lewat ni. Biar Mak Su tengokkan.” Villa memegang lembut bahu Zakri.

“Baiklah. Zack pergi sembanyang dulu. Mak Su tolong sikatkan rambutkan Uncle. Zack tak sempat nak sikat. Mak Su tak kisah kan!”

            “Sikat jer. Kerja kacang tu. Biar Mak Su buat. “ Villa mengambil sikat dari tangan Zakri. “Pergi cepat.” Villa menarik Zakri bangun.

            Zakri hanya tersenyum. Dia berjalan dan meninggalkan mereka berdua.

            Pandangan Villa beralih ke arah Raja Awwadi yang begitu enak tidur. Selepas mandi, Raja Awwadi dah tak meracau yang bukan-bukan lagi. Kasihan pula bila tengok mamat ni. Tiba-tiba timbul perasaan simpati di hati Villa.Villa membetulkan selimut. Takut pulak kalau sejuk nanti. Dia menyikat rambut Raja Awwadi perlahan-lahan. Wajah Raja Awwadi ditenung lembut. Rambut sudah siap disikat kemas.“Handsome jugak mamat ni. Kening tebal. Mata bulat. Hidung mancung. Bibir merah pulak tu. Dagu V line. Semua pakej lengkap” Villa mengambil kesempatan ini untuk memeriksa segenap sudut wajah Raja Awwadi.  Villa tersenyum. “Tapi sayang, mulut you tu ….argh, puaka. Kuat mengata orang. Kalah mami jarum, tahu tak” Bibir dicebik muncung ke depan. Bila ingatkan cara Raja Awwadi kenakan aku selama ini, memanglah menyakitkan hati. Tapi aku bukanlah seorang pendendam, marah aku sekejap saja.

            “Please! Don’t leave me! I love you. You satu-satunya wanita dalam hati I. I merayu. Jangan tinggalkan I. Zaharah, please!”  Tiba-tiba saja Raja Awwadi meracau.  Air mukanya sedih. Tanpa disedari air mata Raja Awwadi mengalir. Raja Awwadi memegang tangan Villa. Dipegang erat.

            Villa terkejut.

            “I dah tak ada sesiapa lagi. I hanya ada you, Zaharah. Kenapa you buat I begini? You tak cintakan I lagi ke? Zaharah ……” sayu suara Raja Awwadi merayu. Tangannya masih memegang tangan Villa.  Beberapa saat kemudian, Raja Awwadi kembali tenang. Perlahan-lahan Villa menarik tangannya.

            “Siapa Zaharah? Girlfriend dia ke? Atau ex-girfriend? Hish…kenapa pulak aku nak tahu? Sibuk jer.Tak ada kena mengena dengan aku pun. Tapi kasihan…..” Villa mengeleng kepala. Villa mengambil tisu dan mengelap sisa-sisa air mata Raja Awwadi.  Setiap orang ada sejarah hidup tersendiri. Itukan dah lumrah kehidupan. Rasa gembira! rasa sedih! rasa marah! rasa sakit! Setiap orang pernah alami semua itu. Yang penting sekali, bagaimana kita harungi semua ni? Ke arah positive atau ke arah negative? Kita yang tentukan semua itu. Yang pasti, kita mesti reda. Sebagai orang islam, kita mesti reda. Itulah senjata yang kita perlukan untuk harungi kehidupan yang penuh liku ini.

            “Mak Su!” tegur Zakri.
            Villa menoleh seraya tersenyum. “Dah lewat ni, tidurlah. Mak Su pun nak masuk tidur. Kalau ada apa-apa, gerak Mak Su. Okey?”

            “Okey, Mak Su!” Zakri membalas senyuman Villa.


            Villa bergerak meninggalkan Zakri dan melangkah menuju ke bilik tidur yang lain.  Villa menutup mulut bila menguap. Kelopak mata dah mula berat. Villa terus baring di atas katil sebelah Zarina yang begitu enak dibuai mimpi.  Sebaik sahaja letak kepala di bantal, Villa terus terlena.


6 comments:

wanee said...

nak smbgan die lg.....♥

Diana Ismail said...

wahh.. makin menarik. next entry lagi sis.. heheheh

eija said...

cian kt raja awwadi..agak2 bila lah raja awwadi nie sedar dia sbnarnya sukakn villa..

Farah Ryfa said...

Haih akak,mkin best ni,next n3 pleaseee...😁

baby mio said...

best.

salmi fasliena said...

best...sambung lagi kak...

Post a Comment