Tuesday, January 6, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 13

BAB 13

            Fatimah mendekati Suzie yang sedang mengubah bunga. “Suzie, akak nak tengok.”

            “Tengok apa?” Suzie hairan. Dia memotong batang ros agar senang digubah.

            “Ala ….Akak teringin nak tengok gambar Raja Awwadi.”

            “Kak Fatimah google aje. Takkan tak tahu kot. Sekarang ni zaman IT. Nak tahu berita terkini ….berita sensasi, bila-bila masa boleh. Kak Fatimah guna smart phone kan! Taip ajer nama Raja Awwadi, terus keluar gambar dia. Budak darjah satu sekarang ni pun dah pandai guna smartphone.“ beritahu Suzie.

            “Ya. Memang akak ada smart phone tapi akak tak tahu nak guna.” Terang Fatimah.

            “Apa!” Suzie menoleh ke arah Fatimah yang berdiri di sebelahnya. “Abis tu, selama ni Kak Fatimah tak pernah guna phone yang Abang Latif beri hari tu.”

            “Gunalah. Setakat nak call tu, akak tahulah. Nak main internet ni, akak tak reti.” Fatimah tersengih. Smart phone tersebut merupakan pemberian suaminya sempena hari jadinya tahun lepas.

            Suzie mengeleng beberapa kali. “Meh sini, Suzie ajar. Mana telefon tu?”

            “Tengah cas. Alah … guna telefon Suzie jelah. Akak nak tengok orangnya saja. Nak tahu siapa yang berjaya buat Villa naik angin.”

            “Yelah. Selama ni Kak Villa cool tapi hari tu masa dia cakap dengan Kak Liza, lain macam muka Kak Villa.” Suzie mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.

            “Cepat sikit.”

            “Sekejap. Hish, Kak Fatimah ni! Gelojoh.”  Suzie menaip nama Raja Awwadi. Beberapa gambar Raja Awwadi terpapar di skrin telefon.

            “Mak Oiii…..handsomenya.” Terkebil-kebil mata Fatimah melihat gambar Raja Awwadi.

            Dahi Suzie sedikit berkerut. Berfikir. Rasa macam pernah nampak sebelum ni. Di mana? Otaknya ligat berfikir.

            “Kalau dia senyum, mesti handsome. Kenapa Villa tak suka pulak? Handsome! Kaya! Kerabat diraja pulak tu. Pakej lengkap. Sejuk mata memandang.  Kalaulah Villa dan Raja Awwadi, memang sepadan. Betul tak?” Fatimah tersenyum lebar.

            “Suzie rasa macam pernah nampak Raja Awwadi sebelum ni.” Beritahu Suzie. Dia masih cuba ingat.

            “Hish ….jangan mengarutlah. Jumpa kat mana? Market? Taman permainan? Shopping Kompleks?” perli Fatimah seraya ketawa. Merepek la. Dalam mimpi boleh la.

            Tiba-tiba mata Suzie menjadi bulat, dia menepuk bahu Fatimah beberapa kali. “Suzie dah ingat.”

            “Sakit la.” Fatimah menggosok bahunya.

            “Kat sini. Dia pernah datang sini. Cuba Kak Fatimah ingat, ari tu ada customer lelaki datang. Dia nak bunga orkid. Alah ….selalunya customer lelaki datang mereka nak bunga rose kan , tapi dia lain. Dia nak orkid. Hish ….Kak Fatimah, takkanlah dah tak ingat.” Suzie geram.

            Fatimah melihat gambar itu sekali lagi. “Ooo….Akak dah ingat. Kita terlupa nak buat order dia kan sebab time tu kelam kabut. Betul tak?”

            “Ya. Dialah Raja Awwadi.”   

            “Kecil betul dunia ni kan!” kata Suzie.

            Loceng pintu kedai berbunyi. “Welcome!” serentak Suzie dan Fatimah bersuara. Air muka mereka berdua berubah serta-merta.

            “Hmmm….Villa ada tak?” soal Syed Malik.

            “Tak ada. Dia cuti.”

            “Berapa lama dia cuti?” soal Syed Malik. Patutlah setiap kali aku call dia tak angkat. Rupa-rupanya sedang bercuti.

            “Tak tahu. “ jawab Suzie. DIa kurang senang dengan kedatangan lelaki ini.

            “Takkanlah dia tak beritahu you bila dia nak balik.” Soal Syed Malik lagi. Masih tak berpuas hati.

            “Tak. “ ringkas jawapan dari Suzie.

            “Baiklah.” Jawab Syed Malik. Dia sedar kedatangan dia tak disenangi oleh pekerja Villa. Dia terus keluar.

            “Akak kena call Villa. Beritahu dia, Syed Malik datang ke sini lagi.”

            “Guna phone Suzie. Aduh, apa pulak nak jadi selepas ni. Kalau isteri dia datang, masak kita.” Suzie mengeluh. Dia memberi telefon bimbitnya. Setiap hari lelaki tu datang ke kedai mencari Villa. Entah apa dia nak lagi. Kak Villa ada cerita tentang kisahnya dengan lelaki yang bernama Syed Malik pada mereka berdua. Sedih jugak mendengarnya. Kasihan Kak Villa.

                                                ***********************

            Villa menggaru kepala yang tak gatal. Dia baru saja habis bercakap dengan Kak Fatimah. “Kenapa kau masih ganggu hidup aku lagi, Malik. Kenapa?” Villa mengeluh dengan kuat. Dia menarik langsir perlahan-lahan. Dia tersenyum melihat lautan biru yang terbentang luas di hadapannya. Pintu sliding door ditolak perlahan-lahan. Hembusan angin laut menerjah masuk ke bilik. Semakin lebar senyuman Villa. Buat seketika, Villa terlupa masalah antara dia dan Syed Malik. Villa melangkah keluar. Bunyi alunan ombak di persisiran pantai membuatkan sesiapa yang mendengarnya berasa tenang. Pemilihan aku memang tepat. Dia memilih bilik suite yang dekat dengan tepi pantai. Senang mereka nak berjalan di situ nanti. Yang pasti aktiviti malam ni ialah BBQ. Mesti seronok. “Kalau mereka dah bangun, bolehlah lepak di tepi pantai. Mesti letih. Round Langkawi sampai malam.”



            “Good morning.”

            Villa berpaling. Dia terkejut melihat Raja Awwadi yang berdiri tidak jauh dari sini. “Apa you buat di sini?” Air muka Villa berubah. Villa resah. Kalaulah anak-anak saudara aku nampak, apa aku nak jawab nanti.

            Raja Awwadi ketawa. “Ini resort I. So kenapa? Tak boleh ke I ada di sini. Lagipun I tinggal di sebelah bilik you.” 

            “Apa!” Villa menoleh ke bilik sebelah. Bibir gigit rapat. Geram. Kenapa? Kenapa? Aku datang sini nak bercuti. Releks! Tapi kenapa mamat ni ada di sini? Arghh…menyampah.  Villa memandang lelaki yang memakai t-shirt putih dan seluar pandek. Tanpa membuang masa Villa menghampiri Raja Awwadi. “ Apa you nak dari I lagi? I dah berhenti. So boleh tak you jangan kacau I lagi? Anggap saja kita tak pernah kenal.” Wajah Villa serius. Kalau boleh, aku tak mahu jumpa lelaki ni lagi sampai bila-bila.

            Tiba-tiba Raja Awwadi tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Lucu melihat gelagat Villa. Pelik pulak bila Villa serius seperti ini. Dah tak ada senyuman lagi. “ Come on, bunga kertas. Releks. Kenapa tiba-tiba emo ni? Datang bulan ke?”

            Lidah Villa menjadi kelu. Terkejut melihat Raja Awwadi tersenyum. First time melihat Raja Awwadi tersenyum. Ada lesung pipit pulak tu. Tahu jugak mamat Audi ni senyum. Handsome juga tapi ….bila buka mulut saja, menikam jiwa dibuatnya.

            “Uncle! Good morning.” tegur Zakri .

            “Morning, Zack.” Raja Awwadi tersenyum.

            Villa terkejut. Macam mana Zack boleh kenal dengan mamat Audi ni? Terkebil-kebil Villa memerhati gelagat mereka berdua.

            Zakri mendekati mereka dan bersalam dengan Raja Awwadi. “Uncle dah breakfast ke?” soal Zakri.

            “Dah. Mana Zubir dan Zain?”

            “Ada. Kat dalam tu.” Jawab Zakri.

            “Uncle Adi!” Giliran Zubir pula menyapa seraya mengunyah roti bakar.

            “Morning, Zubir.” Raja Awwadi tersenyum. Dia perasaan perubahan wajah Villa yang kelihatan blur. Mungkin terkejut lihat anak saudara dia kenal aku?

            “Pak Su!” jerit Zain secara tiba-tiba. Dia berlari mendapatkan Raja Awwadi.

            “Zain! Kenapa rambut macam ni? Baru bangun ke?” Raja Awwadi membetulkan rambut Zain yang kusut.

            “Pak Su!” Tiba-tiba Villa meninggikan suaranya. Hampir tercabut jantungnya mendengar Zain memanggil Raja Awwadi dengan gelaran Pak Su .

            “Opsss….” Zain menutup mulutnya. Dia terlupa. Dia dah berjanji panggil Pak Su jika Mak Su tiada.

            “Why? Salah ke Zain panggil Pak Su? I ada langgar undang-undang ke?” Raja Awwadi meletakkan tangan di bahu Zain. Kelihatan mereka akrab.

            Villa masih tercengang. Dia tak tahu nak menjawabnya. “Memang tak salah tapi you bukan bapa saudara Zain.” Villa berpura-pura tersenyum. Cuba kawal keadaan. Kalau tak ada anak-anak saudara aku, dah teruk mamat Audi ni aku kerjakan. Perangai dia 100% berubah. Cis, berlagak baik konon. Pandai betul kau berlakon ye!

            “Zain yang nak panggil I, Pak Su! I tak kisah pun. Betul tak , Zain?”

            “Betul. Lagipun, Zain tak ada Pak Su.” Jawab Zain seraya tersengih.

            Villa tergamam seketika.

            “Kan senang, kalau Uncle dan Mak Su kahwin aje. Habis cerita.” Zubir menyampuk. Zakri hanya tersenyum mendengarnya.

            “Zubir!” tegur Villa. Ada ke patut Zubir cakap macam tu? Dia tak tengok perangai lelaki ni yang sebenarnya. Kalau aku kahwin dengan dia, merana jiwa aku. Eeeee…….Tak nak! Tak nak! Aku lebih rela jadi andartu.

            “Zubir melawak jelah. Kenapa dengan you ni? Atau memang betul you nak kahwin dengan I?” usik Raja Awwadi.

            Villa menjegil matanya ke arah Raja Awwadi. Tanda amaran. Pertanyaan Raja Awwadi tak dijawab. Jika dijawab semakin menjadi-jadi. Buat tak  tahu jelah. “Zack, Zubir! Zain! Jom masuk. Breakfast.” Ajak Villa.

            “Pak Su, jom breakfast sekali.” Ajak Zain seraya memegang tangan Raja Awwadi.

            “Uncle dah breakfast. Uncle ada yacht di Telaga Habour. Uncle nak round Pulau Langkawi. Zain nak ikut tak?” tanya Raja Awwadi.



            “Nak! Nak!” Zain bersorak gembira.

            “Zack! Zubir! Jomlah, ikut sekali.” Ajak Raja Awwadi.

            “Betul ke, Uncle?” Akhirnya Zakri bersuara. Kelihatan berminat.

            “Ya.”

            “Nak pergi Telaga Habour tu, naik Hummer H4 ke?” soal Zubir. Dia dah lama ingin menaiki kereta idamannya itu. Kalau aku cerita kat Muiz, mesti dia jealous. Zubir tersengih.

            “Ya.”

            “Kalau macam tu Zubir nak ikut, Pak Su.” Zubir sengaja memanggil gelaran tersebut. Dia sempat melirik mata kepada Villa.

            Raja Awwadi tersengih. “Kalau begitu, cepatlah siap. Uncle tunggu di lobby.”

            “Baik, Uncle.” Jawab Zakri. “Zain ! Zubir! Cepat.”

            “Yeay ….Yeay ….Naik kapal.”  Zain bersorak gembira. Mereka bertiga terus masuk ke dalam tanpa mempedulikan kehadiran Villa di situ.

            “Na…Nanti, Mak Su tak setuju pun. Zack! Zubir! Zain!” Villa bersuara. Dia mengetap bibir menahan geram. Aku terpacak kat sini, macam tak ada saja. Aku tak bagi kebenaran pun. Geramnya aku.

            “Kenapa? Sakit! Itulah yang aku rasa setiap kali nenek sebelahi you.” Raja Awwadi bersuara. Wajahnya serius. Tiada lagi senyuman.

            “I tak benarkan you bawa anak-anak saudara I keluar. Faham tak? I tahu you tak suka I tapi jangan babitkan anak-anak saudara I dalam hal kita.” Villa memberi amaran.

            “Ya, memang I tak suka you tapi I sukakan anak-anak saudara you.”

            Buat seketika, Villa terkejut dengan pengakuan Raja Awwadi. Sukakan anak saudara aku, boleh percaya ke? “I tak faham dengan perangai you, Raja Awwadi. I dah bayar kos repair kereta you. I pun dah minta maaf kat you. You suruh I berhenti, I berhenti. So apa lagi you tak puas hati dengan I? Cuba you beritahu I sekarang? I nak dengar. I nak kita settle hal ni sekarang jugak. ” Villa sudah mati akal memikirkan perangai cucu tunggal Raja Khalida. Aku dah analisa dari A hingga ke Z. Aku rasa aku dah tak hutang apa-apa lagi dengan mamat Audi ni.

            “Boleh! Tapi hari ni I ada plan. You tahu plan I kan! Pasal anak-anak saudara you tu, you jangan bimbang. I nak bawa mereka jalan-jalan saja. I akan jaga mereka dengan baik. Takkanlah you tergamak nak hampakan perasaan mereka. Lagipun mereka excited sangat nak naik yacht I. “ Matanya sempat memandang Villa yang tiba-tiba mendiamkan diri. “Nak harapkan you, you ada yacht ke?  Sorrylah, I tak ajak you. Lagipun kalau I bawa you buat menyemak saja. Lebih baik you duduk saja di sini.” Sinis kata-kata yang keluar dari mulut Raja Awwadi. “ I gerak dulu.” Raja Awwadi memakai cermin mata hitam sebelum meninggalkan Villa. Dia bersiul. Yes, hari ni aku dapat 1 point.  Padan muka kau. Dia gembira hari ini. Dia berjaya membuat Villa kaku dari berkata-kata.
           
            Villa menanggalkan cermin mata berbingkai hitam. Dia memerhati kelibat Raja Awwadi yang sudah jauh. Villa mencekak pinggang. Wajahnya berona merah menahan marah. Tanggan digenggam erat “Setiap kali aku cakap dengan mamat ni, boleh jadi gila! Gila! Selalu buat darah aku mendidih. Nasib baik aku tak ada darah tinggi. Argh ….” Tiba-tiba Villa memegang lehernya. Tegang. “Aaaa….sakit! Tiba-tiba urut leher aku tegang pulak. Ini semua salah mamat Audi tu. Selalu bagi pressure kat aku. Nasib baik aku bawa plaster tiger bam. “ Villa masuk ke dalam sambil memegang lehernya. Apalah nasib aku hari ni?

                        *************************************************

            Raja Khalida dan Raja Khatijah duduk menunggu kedatangan tetamu di ruang tamu.

            “Puan Sri! Datin! Tuan Basir dah datang.” Beritahu Tuti. Ada seorang lelaki di belakang Tuti. .

            “Duduk, Basir.” Pelawa Raja Khalida. Akhirnya hari yang ditunggu selama ini telah tiba.
           
            “So you dah check background Villa?” soal Raja Khalida sebaik sahaja penyiasat persendirian itu duduk.

            “Dah, Puan Sri.”

            Raja Khatijah hanya diam memerhati. Sampai sekarang aku masih tak tahu motif sebenar Kak Long menyiasat latar belakang Villa. Siapa Villa sebenarnya sehingga Kak Long berminat ingin tahu.

            “My instinct about her ……”

            “Memang betul, Puan Sri. Cik Bougainvillea adalah salah seorang pemegang saham GB Group.”

            Raja Khalida tersenyum. Aku dah agak dah. Tekaan aku memang tepat. Villa bukan calang-calang orang.

            “Apa! Pemegang saham GB Group! Biar betul. Villa yang kerja dengan Puan Haliza ke?” Soal Raja Khatijah lagi. Dia masih tak percaya dan memerlukan kepastian.

            “Ya. Walaupun dia hanya pemegang saham minor tapi 10% dah kira banyak jugak.” Beritahu Raja Khalida.

            “Sebab itulah masa Puan Haliza beritahu nama penuh Villa, Kak Long terkejut.”

            “Ya. Nama penuh dia memang Kak Long ingat. Kak Long tak pernah jumpa dia selama ini. Setiap kali ada mesyuarat lembaga pengarah, hanya wakil dia yang datang.” Jawab Raja Khalida. Dia masih ingat kehadiran wanita yang bernama Siti Sumaiyah yang merangkap peguam Villa.

            “Jadi, Adi tahu?”

            “Rasanya Adi tak tahu. Hal begini dia tak pernah ambil peduli langsung. Yang dia tahu, hanya nak tingkatkan keuntungan syarikat setiap tahun. Di mata hanya nampak duit saja.” Raja Khalida masak benar dengan sikap Raja Awwadi. Terlebih workaholic.

            “Kalaulah Adi tahu, mesti terkejut besar. Iyelah, suka sangat kenakan Si Villa tu. Kadang-kadang tu kasihan Tijah tengok Villa.”

            “Jangan! Kita rahsiakan hal ni. Biar Adi tahu sendiri.”tegas Raja Khalida.

            “Kenapa Kak Long?”

            “Kak Long nak Adi malu dengan dirinya sendiri.” Jawab Raja Khalida.

            Raja Khatijah mengangguk kepala tanda faham.

            “Basir, I nak tahu background dia.” Raja Khalida melihat semula kepada Basir.
            “Berusia 30 tahun. Berasal dari Taiping , Perak. Anak bongsu dari dua beradik. Mempunyai seorang kakak yang 20 tahun lebih tua dari dia. Ibu bapa meninggal sejak kecil lagi. Bapanya hanya bekerja sebagai peniaga kecil di pasar malam. Ibu dia pula  hanya surirumahtangga. Ketika berumur 7 tahun, dia dijaga oleh kakaknya yang bernama Chempaka. Seorang pensyarah  USM Pulau Pinang. Berkahwin dengan Zaidi yang juga seorang pensyarah USM Pulau Pinang. Mereka mempunyai 4 orang anak. Lapan tahun yang lalu, mereka berdua maut dalam kemalangan jalan raya.  Sekarang ni, Cik Villa yang menjaga mereka berempat.” Beritahu Basir.

            “Kasihannya.” Tiba-tiba Raja Khatijah rasa sedih.

            “Disebabkan itulah, Cik Villa berhenti belajar dan pulang ke Malaysia.”

            “Dia study di mana sebelum ni?” soal Raja Khalida.

            “Michigan University, Civil & Environmental Engineering. Best student setiap semester. Dia hanya ada 2 semester lagi nak habis.”

            “What! Sayangnya.” Raja Khatijah mencelah.

            “Kenapa dia tak teruskan saja study? Tak ada saudara mara yang lain ke nak jaga anak saudara dia?” Raja Khalida hairan. Sia-sia saja  belajar jika tak pulang dengan segulung ijazah.

            “Tak ada, Puan Sri. Ibu bapa Cik Villa anak yatim piatu. Mereka tiada saudara mara yang lain.”

            “Habis tu, dia yang jaga semua anak saudara dia?” Raja Khatijah terkejut. Di usia yang muda, Villa memikul tanggungjawab yang berat. Nak jaga seorang anak pun susah, inikan pula empat orang. Tanggungjawab besar tu.

            Basir hanya mengangguk. “Puan Sri! Ada sesuatu yang Puan Sri perlu tahu tentang Cik Villa.” Basir melihat ke arah Raja Khalida. “Cik Villa mempunyai aset  bernilai RM300 juta.”

            “Apa! RM300 juta.” Kata Raja Khalida dan Raja Khatijah serentak. Membulat mata mereka berdua kerana terkejut. Berita yang di luar jangkaan.

                                                            *****************

             Villa melirik anak matanya ke arah meja. Melihat keakraban Raja Awwadi dengan anak-anak saudaranya membuatkan hati Villa bertambah geram. Ayam yang sudah siap dipanggang diletak kasar di dalam piring nipis. Sakit hati pun ada. Asalnya aku buat BBQ ni untuk kami sekeluarga spend time bersama tapi Zain beriya-iya nak ajak Raja Awwadi . Terpaksa aku setuju. Tension aku! Villa membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Sekali lagi Villa menoleh, kelihatan mereka masih rancak berbual. Entah apa yang mereka borakkan aku tak tahu. Terdetik perasaan cemburu di hatinya lebih-lebih lagi bila melihat Zain yang petah berceloteh dengan Raja Awwadi. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Villa. ‘Kenapa aku mesti cemburu? Biarlah mereka berborak puas-puas. Selepas ni, mereka tak akan jumpa lagi.’ Getus hati Villa. Dalam hati dia ketawa. Bunyi daging yang dipanggang menarik perhatian Villa. Baunya saja dah cukup mengoncang perutnya yang sedang lapar. Villa mengigit jari, tak sabar menunggu daging itu masak. “Aaaa…. Daging tu bakar lebih sikit. Tambah lagi daging tu.” Beritahu Villa pada pekerja hotel itu sambil tersengih.



            “Hish …Mak su, tutuplah sikit mulut tu. Masuk lalat nanti padan muka.” Tegur Zarina yang berdiri di sebelah. Dia ketawa kecil.

            Dengan serta merta Villa menutup mulut. “Ina, daging ni kalau cecah dengan air asam tomato mesti sedap. Mesti terangkat.”

            “Ada-ada jerlah, Mak Su ni. Hmmm…Ina tengok Mak Su dengan Uncle macam tak rapat saja.” Tanya Zarina. Gerak geri mereka berdua diperhati sejak tadi. Bercakap sepatah pun tidak. Masing-masing buat hal sendiri. Seperti ada kisah antara mereka berdua.

            “Rapat?” Geli hati Villa mendengarnya. “Mak Su pekerja biasa saja. Dia anak client Mak Su. Mustahillah Mak Su nak rapat dengan golongan high class macam tu.”  Matanya masih merenung daging bakar  yang di masak.

            “Mak Su!”

            Villa menoleh. “Ya, Zain, nak apa?” Villa tersenyum.  Dia gembira bila melihat Zain datang menghampiri dirinya.

            “Mak Su, Pak Su nak ayam bakar dan ikan bakar. Nanti Mak Su bawakan yer.” Beritahu Zain sebelum berlari meninggalkan Villa dan Zarina.

            Villa mengetap bibir. Makin mendidih darah Villa. Muka merah menahan geram. Pandangannya tertumpu ke arah Raja Awwadi yang turut sama memandang ke arahnya. Pandangan sinis dilempar ke arahnya. ‘Amboi sekarang ni kau pandai arahkan Zain. Tak apa! Tak apa. Kau isytiharkan perang dengan aku kan! Ok, aku terima.’ Villa cuba mengawal perasaannya.

            Zarina memerhati gelagat Villa dan Raja Awwadi

            “Cik nak ayam bakar berapa ketul?” soal pekerja hotel tersebut.

            Tiba-tiba Villa tersenyum comel. “3 ketul. Ikan bakar tu saya nak 2 ekor. Tapi saya nak awak bakar lama lagi. Lagi lama lagi sedap. Kalau hangus terus pun tak apa. Bekas bos saya tu suka makan benda hangus”

            “Mak Su.” Tegur Zarina. Dia mula gelabah. Apa Mak Su nak buat ni?

            Tak sampai 10 minit, Villa mendekati Raja Awwadi. Dia tersenyum sambil membawa pesanan yang diminta Raja Awwadi. “Jemput makan.” Villa meletakkan pinggan di hadapan Raja Awwadi dan terus melabuhkan punggung di kerusi yang bersebelahan dengan Zarina.

            Raja Awwadi terkejut. Terkebil-kebil matanya melihat ayam dan ikan yang hitam hangus terbakar. ‘Biar betul! Dia nak aku mati cepat ke? Macam mana aku nak makan? Ini mesti kes nak kenakan aku balik.’ Lirikan matanya ke arah Villa yang begitu selera menjamah makanan. Raja Awwadi ingin bersuara tetapi dicelah Zubir.

            “Mak Su, macam mana Pak Su nak makan?Hangit.” Zubir bersuara. Zakri dan Zain turut sama terkejut.

            “Kalau tak nak makanan hangit, ambil sendiri. Jangan nak suruh orang lain ambilkan. Kaki tangan kan ada. ” Tiba-tiba Zarina bersuara lantang.. Wajahnya serius merenung Zubir.

            Zubir terdiam. Tak berani bersuara.

            Raja Awwadi melihat wanita yang berambut pandek separas bahu. Wajahnya ada iras-iras Nur Fazura .Dia sedar kata-kata tersebut dilempar ke arahnya. Zain pernah beritahu yang kakaknya sangat garang. Dia dapat rasakan Zarina tidak menyukai kehadiran dia di sini.

            “Aaaa….Biar Zack yang pergi ambil yang lain.”  Zakri terus bangun. Dia tak mahu panjangkan cerita. Suasana tegang.

            “Betul kan cakap Zain! Kak Long garang.” Bisik Zain pada Raja Awwadi.

            Raja Awwadi hanya mengangguk tanda setuju. Dia sempat mengerling ke arah Villa yang makan ayam bakar dengan penuh selera. Langsung tak peduli.


           

           


           


            

5 comments:

Diana Ismail said...

Wahhh. Dh keluar entry baru. Lama tunggu.. thanks sis

Farah Ryfa said...

Waaa akak,nmpaknye makin best ni,hehe😁 x sngka Villa ni pelajar engineer di luar negara,pemilik saham Gb group & ade aset 300 juta,wahhh,thu dkat Raja Awwadi ni msti pengsan dye,hahahaa😁😁 Gud job writer btw next n3 please...😁😄😄😃😁

baby mio said...

BEST 3X.

eija said...

kak btul2 mdera perasaan.. lama btul tgu n3 akak.. mmg terbaik lah kak..

300juta aset villa peh gila byk.. tp mcm mna villa ada duit sebnyak 2.. sedagkn kuarga villa anya org biasa2 jer.. hmm

salmi fasliena said...

pergh! terdera jiwa tunggu sambungan citer ni...sambung lg...makin best...

Post a Comment