Saturday, February 21, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 16


BAB 16

           
            Fairuz menelan air liur sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, keadaan sekarang kelihatan tegang. Suara Raja Awwadi begitu lantang memarahi seseorang melalui talian telefon. Wajah serius dan tak ubah seperti singa. Tunggu masa nak terkam mangsa saja. Patut ke, aku beritahu hal ni? Nanti tak pasal-pasal pulak bos aku ni bertukar  jadi T-Rex. Fairuz gelisah.




            “You dengar sini baik-baik, I nak you dapatkan hotel tu dengan apa cara sekalipun. I tak kisah cara apa you nak guna. Yang penting, I nakkan hotel tu. Suka atau tak, dia kena jual hotel tu. Ugut nak bunuh diri! Hey, I peduli apa? Dia nak mati awal, lantak dialah. I tak nak dengar apa-apa alasan lagi.  You kena ingat, I bayar gaji you untuk settle hal ni. Kalau you gagal handle hal ini, I akan pastikan you mengganggur seumur hidup dan tak satu company pun yang akan ambil you bekerja. Yang pasti, I akan pastikan you dan family you merempat. Do you understand?” ugut Raja Awwadi. Dia meletakkan gangang telefon dengan kasar. Matanya tepat merenung Fairuz yang berdiri di hadapannya. “What do you want, Fairuz?” soal Raja Awwadi dengan kasar. Angin marahnya sebentar tadi masih belum reda.

            “Boss…..” Tiba-tiba Fairuz menjadi gagap. Kecut perut bila mendengar suara Raja Awwadi.

            “Nak cakap apa, cepatlah cakap! Kalau tak, get out!” marah Raja Awwadi seraya bangun dari kerusi.

            “Bos! Ada orang nak jumpa bos.” Fairuz memberanikan diri.

            Raja Awwadi melirik anak matanya ke arah jam dinding yang tergantung di bilik pejabatnya.  Pukul 3.30 petang! Setahu aku, aku tak ada appointment dengan sesiapa pun time ni.  “Kalau dia nak jumpa I, suruh dia buat appointment dulu.”

            “Tapi bos, dia tetap berkeras nak jumpa bos. Dia kata kalau bos tahu nama dia, bos mesti nak jumpa dia.”

            “Siapa?” soal Raja Awwadi dengan kasar. Hatinya tiba-tiba panas. Siapa berani cakap macam tu dengan aku, hah? Dia ingat dia siapa?

            “Nama… Nama dia ….. Nama dia …..” Fairuz masih teragak-agak untuk beritahu. Wajahnya pucat lesi.

            “Fairuz!” jerkah Raja Awwadi.

            “Zaharah, bos.” AKhirnya nama itu tercetus keluar dari bibir Raja Awwadi.

            Wajah Raja Awwadi berubah. Nama itu seolah-olah seperti halilintar menerjah masuk ke dalam tubuh badannya.  Tubuh Raja Awwadi kaku secara tiba-tiba.

            Reaksi Raja Awwadi membuatkan Fairuz tertanya-tanya. Tiba-tiba saja mendiamkan diri, Fairuz mula rasa pelik. “Bos! Bos” panggil Fairuz. Keadaan masih sama. “Bos” jerkah Fairuz.

            Raja Awwadi terkejut.  Dia melihat Fairuz yang sedang memandang tepat ke arahnya. “What!”

            “Sorry, bos! So ….boss nak saya buat apa?”

            “I don’t want to see her. “ tegas Raja Awwadi. Wajahnya serius. Berani betul dia datang ke sini! Bibirnya diketap rapat.

            “Baik, bos! Saya keluar dulu.” Fairuz akur dan berlalu meninggalkan Raja Awwadi.  Dia dapat rasakan bahang di bilik tu. Sebelum aku jadi mangsa keadaan, baik aku selamatkan diri dulu. Angin bos confirm tak elok sepanjang hari ni. Perempuan tu, berani betul tunjuk muka di sini. Ooo….bila dah cerai, baru nak cari bos aku. Eee…geramnya! Fairuz membuat mimic muka seraya melangkah ke mejanya.

            Setelah Fairuz berlalu keluar, Raja Awwadi bergerak menuju ke bilik air. Sebaik saja pintu bilik air ditutup, tangan kanan terus menumbuk pintu itu. Tanda lepaskan geram. ‘Kau memang perempuan tak guna, Zaharah. Aku takkan lupa apa kau dah buat kat aku. Kau buat aku macam sampah. Bila kau tak nak, kau campak keluar. “ Raja  Awwadi bersuara. Anak matanya mula merah menahan marah.  Walau sedetik pun, aku takkan lupa.

Sepuluh tahun yang lalu …..


            Raja Awwadi memegang tangan Zaharah dengan kuat. Dia terkejut dengan apa yang baru saja dilafazkan oleh Zaharah sebentar tadi . “Apa maksud you, Ara?” soal Raja Awwadi. Dia masih tercengang. Pegangannya semakin erat.

            “ I don’t love you anymore, Adi!” Zaharah kelihatan begitu tenang.

            “Why?” nada suaranya bergetar. Kata-kata Zaharah menguris perasaannya. Kenapa tiba-tiba Ara cakap seperti ni? Setahu aku, aku tak pernah sakiti hati Ara. Apa saja Ara nak, aku turuti saja? Apa silap aku?

            “I’m so sorry, Adi. I tak dapat teruskan lagi hubungan kita.” Zaharah cuba menarik tangannya tapi gagal.

            “Tapi kenapa, Ara? Kenapa tiba-tiba saja you cakap macam ni? I ada sakiti hati you ke?  Kalau ada, I’m sorry.  Please, Ara! Jangan buat I macam ni. Kita dah lama couple kan! You tahu, I tak ada sesiapa selain you. You cahaya hidup I, Ara! ” Raja Awwadi merayu. Selepas pemergian ibu, dunianya gelap gelita. Dia hidup dalam dimensinya sendiri. Sentiasa murung. Suka bersendirian. Dia suka ponteng kelas dan masanya dihabiskan di perpustakaan. Dia tenang di situ. Sunyi! Tak ada suara yang akan ganggu fikirannya. Dia tak dapat lupakan pertama kali berjumpa Zaharah. Ketika dia duduk bersendirian di perpustakaan, tiba-tiba ada tangan hulurkan sebiji gula-gula padanya. Dia menoleh. Seorang budak perempuan tersenyum di sebelahnya. Baginya senyuman Zaharah begitu ikhlas dan suci. Zaharah adalah cinta pertama dan sinar dalam hidupnya. Tanpa Zaharah, tak mungkin aku berdiri di sini. Zaharah orang yang paling penting dalam hidupnya.  Tak mungkin, aku akan akan kehilangan Ara.

            “Come on, Adi! You bukan budak kecil lagi. You tak perlukan I dalam hidup you. You dah 24 tahun! Be a man! Jangan merengek macam budak kecil. I rimas, tahu tak?” nada suara Zaharah berubah. Dia merenung Raja Awwadi. Kali ini, dia menarik tangannya dengan kasar.

            “Ara!” Raja Awwadi tergamam. Terkebil-kebil mata melihat Zaharah yang berdiri di hadapannya. Inilah pertama kali Zaharah bercakap kasar.

            Zaharah mendengus dengan kasar. Dia tak tahan dengan perangai manja Raja Awwadi. “ I don’t like you! And I don’t love you! You tak faham lagi ke? You nak I cakap bahasa melayu ke? I dah tahan dengan perangai you, Adi.  I rasa jalan terbaik, baik kita putus saja.Kita ikut haluan masing-masing. Dah tiba masanya I follow impian I.”

            “Please, Ara! I merayu. Jangan buat I macam ni! I tahu I dah banyak menyusahkan you. I sanggup berubah demi you. You cakap saja, I akan berubah. Pleasa, Ara! Jangan tinggalkan I. You tak kasihan kat I ke, Ara? I love you, Ara. You dah janji dengan I, kita akan kahwin selepas kita gradute nanti. I dah rancang semuanya. Selepas kahwin, I akan beli rumah besar untuk you. Kereta! You minta saja kereta apa, I akan beli untuk you.  Apa saja you minta I akan belikan, believe me!“  Raja Awwadi masih lagi merayu. Tiba-tiba saja Raja Awwadi melutut. Kerana wanita ini, dia sanggup lakukan apa saja. Dia sudah kehilangan ibunya dan dia tak sanggup kehilangan Zaharah pula.
           
            Zaharah ketawa. Dia tersenyum sinis. “You nak beli dengan apa? You dah lupa ke, company you dah nak bankrupt.”

            “Ara!  I boleh kerja.  I tak berminat nak tahu tentang GB Group. You tahu kan, I tak nak ada kaitan langsung dengan syarikat abah I.”

            “Kerja! Kerja apa? Siapa yang nak ambil you kerja? Nobody! Sebab perangai you , tiada siapa nak ambil you kerja. Manja! Ego! One more thing, I tak faham kenapa you tak nak ambil tahu GB Group sedangkan you satu-satunya pewaris GB Group. Semuanya akan jadi milik you. Disebabkan dendam you, you tolak semua tu. You lebih suka hidup susah dari senang. Tapi sekarang ni GB Group hampir muflis, puaslah hati you kan! Kalau you nak sangat hidup susah, go ahead! Tapi I tak sanggup nak hidup susah dengan you lagi. Hubungan kita setakat ni saja. This is the end! Jangan cari I lagi. I tak nak jumpa you selepas ni. ” tegas Zaharah sebelum melangkah meninggalkan Raja Awwadi tanpa berpaling ke belakang. Dia sudah tekad.

            “Ara! Ara!”  laung Raja Awwadi yang masih lagi melutut. Badannya kaku. Kakinya lemah untuk bangun. Pandangan masih ke arah kelibat Zaharah yang semakin hilang.  Hatinya sebak. Dia tak sangka Zaharah sanggup meninggalkannya. Puas dia merayu tetapi Zaharah tidak mempedulikannya. Yang lebih menyakitkan hati apabila dia mendapat tahu yang cinta Zaharah dah beralih arah pada anak jutawan Dubai. Patutlah Ara beriyaa-iya ingin berpisah dengan aku, rupa-rupanya dia dah ada orang lain. Lelaki yang lebih kaya dari aku. Aku tak sangka Ara mata duitan. Tujuan Ara kawan dengan aku, hanya kerana aku bakal mewarisi GB Group. Selepas Ara tahu GB Group hampir muflis, Ara mula tunjuk belangnya. Begitu pandai Ara berpura-pura dan mempebodohkan aku selama ini. Aku ingat cintanya ikhlas tapi palsu. Sejak itu, aku bertekad. Aku akan lupakan Zaharah selama-lamanya. Semua wanita sama seperti Zaharah, kejarkan nama dan harta. Aku benci mereka semua. Focus aku hanya satu, GB Group! Aku akan bangunkan GB Group dan kembangkan sayapnya semula  sehingga menjadi syarikat pertama yang monopoli industri pelancongan di Malaysia. Aku akan buat kau menyesal, Ara.

            Raja Awwadi menggengam erat jari-jemarinya. “Aku takkan lupa, Ara! Tak mungkin aku lupa.”

            “Bos! Bos!” Fairuz mengetuk pintu tandas beberapa kali.

            Raja Awwadi terkejut. Dia terus buka pintu. “What!” jerkah Raja Awwadi.

            Giliran Fairuz pulak terkejut. Dia mengurut dadanya. ‘Mak Oii….boss aku ni, dah kenapa? Makan cili ke?Garang nak mampus.’ Getus hati Fairuz. Dia melihat Raja Awwadi yang masih merenung. “Bos! Helicopter dah ready. Bos ada appointment dengan Dato’ Muzzafar hari ni, pukul 4.30 petang.” Beritahu Fairuz.

            Raja Awwadi hanya mendiamkan diri dan bergerak meninggalkan Fairuz.

            “Bilalah bos aku nak berubah?” Fairuz menggelengkan kepala sebelum bergerak mengekori jejak Raja Awwadi.


                                    **************************************

            Villa mengekori Puan Haliza. Matanya meliar melihat keadaan di sekelilingnya.  “Kak Liza, ini penthouse kan! Client terbaru kita siapa?” soal Villa. Sekarang ni mereka berada di tingkat 15. Kata Kak Liza, ini projek terbaru yang aku akan handle. Yang pelik tu, Kak Liza tak beritahu aku apa-apa pun. Rahsia katanya.


            “Nanti Villa tahulah.” Puan Haliza tersenyum.

            “Hish…..Lain macam saja! Entah-entah Kak Liza nak jual Villa kat bapak ayam.” Villa berseloroh.

            “Hish, budak ni! Mengarut ke situ pulak.” Puan Haliza cuba menampar badan Villa tapi terlebih dahulu Villa mengelak.  Dia tahu Villa suka melawak.
           
            Villa ketawa dengan kuat.

            Sebaik sahaja mereka berdua tiba di pintu, pintu terbuka secara tiba-tiba. Villa terkejut melihat wanita yang sedang berdiri di muka pintu. Villa menoleh ke arah Puna Haliza. Inginkan kepastian.

            Puan Haliza hanya tersenyum.

            “Jemputlah masuk.” Pelawa Raja Khatijah sambil tersenyum menyambut tetamu yang ditunggu-tunggu. Dia sedar air muka Villa berubah. Pasti Villa terkejut.

            Villa masih tercegat di situ. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Puan Haliza menarik tangan Villa agar mengekorinya masuk.

            “Duduklah dulu.Saya panggil kakak saya sekejap.” Kata Raja Khatijah sebelum kelibatnya hilang.

            Puan Haliza menarik Villa agar duduk di atas sofa.

            “What is going here? Don’t tell me, this project ….” Belum sempat Villa menghabiskan ayatnya terlebih dahulu Puan Haliza mencelah.

            “Kak Liza minta maaf, Villa. Puan Sri minta Kak Liza rahsiakan dari Villa. Dia takut Villa tak setuju terima projek ni.”

            Villa melepaskan keluhan dengan kuat. Dia mengaru kepalanya yang tak gatal beberapa kali. “Kak Liza!”Sekali lagi dia menggaru kepala. Ikutkan hati nak saja aku lari. Kalau boleh, aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan mamat Audi tu.

            “Villa, jangan salahkan Liza. Saya yang tak benarkan Liza beritahu Villa.” Tiba-tiba Raja Khalida mencelah. Dia berjalan mendekati mereka berdua dan terus melabuhkan punggug di atas sofa yang terletak berhadapan dengan Puan Haliza dan Villa.

            “Puan Sri, saya betul-betul minta maaf. Saya tak boleh terima projek ni. Kalau cucu Puan Sri tahu, teruk saya nanti.” Villa terus berterus-terang.

            Raja Khalida tersenyum. Dia tak sangka wanita yang kelihatan seperti orang biasa adalah seorang jutawan yang humble. Melihat gaya pemakaian Villa, tiada siapa dapat menyangka wanita ini memiliki kekayaan yang bernilai RM300 juta. Dengan hanya bermodalkan duit hasil jualan tanah pusaka keluarganya, Villa berjaya mengembangkan duit tersebut . Dia bijak menguruskannya. “Tentang Adi, don’t worry about him! Penthouse ni milik saya. Dia jarang datang sini.  Selepas apa yang Adi dah buat, saya rasa bersalah. Disebabkan Adi, Villa tarik diri. Saya rasa tak sedap hati. Sebab tu, saya mahu Villa terima projek ni.“


            “Puan Sri, terima kasih banyak-banyak. Niat baik Puan Sri, saya hargai tapi saya tak boleh terima. Saya ada alasan saya sendiri. “ jelas Villa. Walaupun mamat Audi tu jarang datang ke sini tetapi kebarangkalian tu tetap ada. Tup…Tup…mamat Audi tu datang sini,aku nak jawab apa. Lebih baik mencegah dari terkena. Kena ingat tu.

            “Villa!” nada suara Raja Khalida sedikit hampa. Dia tak sangka begitu mudah Villa menolak permintaannya. Dia berharap Villa menerima.

            “Villa! Terima saja. Kasihan kakak I. Selepas you tarik diri dari projek hari tu, kakak I rasa bersalah. Susah hati.Buat apa semua tak kena. Semua ni disebabkan Adi. So please, terima projek ni. Sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa bersalah kami.” Kata Raja Khatijah. Dia cuba memujuk.

            Dahi Villa sedikit berkerut. Dia melihat wajah Raja Khalida yang sedang mengharap. Villa mula serba salah. Rasa kasihan pun ada. Otaknya masih ligat berfikir. Nak terima ke tak? Argh, parah macam ni. Kata arwah mak, tak baik kecikkan hati orang tua. “Aaaaa…. Betul ke cucu Puan Sri tak datang sini?” soal Villa sekali lagi untuk kepastian.

            “Betul!” jawab Raja Khalida dan Raja Khatijah serentak.

            “Okey! Villa terima.” Villa tersenyum.  Kasihan pulak, kalau aku tak terima.

            “Terima kasih, Villa.” Ucap Raja Khalida. Selepas apa yang terjadi, dia tak tahu bagaimana nak berdepan dengan Villa. Ini semua gara-gara Raja Awwadi.  Bertindak ikut hati. Dia perlu lakukan sesuatu untuk mengambil hati Villa semula. Hati investor kena jaga. Lagipun aku suka dengan Villa. Dia lain dari wanita zaman sekarang ni.

            Puan Haliza turut sama tersenyum. Dia tahu Villa akan terima.  Hatinya lembut.


                                    *************************************

            Langkah Raja Khalida dan Raja Khatijah pantas menuju ke ruang tamu. Mereka berdua baru saja balik dari berjumpa Villa dan Puan Haliza. Berita yang baru disampaikan oleh Tuti tentang kehadiran tetamu bernama Zaharah mengejutkan mereka berdua. Langkah mereka terhenti melihat Zaharah yang sedang duduk di ruang tamu.

            “Nenek! Nenek Tijah!” Zaharah bangun dan terus bersalaman dengan mereka berdua.

            Raja Khalida masih tergamam.

            Terkebil-kebil mata Raja Khatijah melihat gelagat Zaharah yang berlagak seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

            “Dah lama tak jumpa kan! Sihat?” Zaharah masih tersenyum.

            “You nak apa lagi, Ara? Selepas apa yang terjadi, berani you jejakkan kaki di sini lagi.” Tiba-tiba Raja Khatijah bersuara.  Badannya tiba-tiba rasa panas.
           
            Raja Khalida masih merenung Zaharah. Raja Khalida mendekati Zaharah dan menampar Zaharah secara tiba-tiba.

            “Kak Long!” Raja Khatijah terkejut dengan tindakan Raja Khalida.

            Zaharah memegang pipinya. Pedih. “Nenek!” Zaharah turut sama terkejut.

            “Get out!” jerkah Raja Khalida. Matanya merah menyala merenung Zaharah.

            “Nenek! Kenapa nenek tampar Ara?”

            “Sepatutnya dari dulu nenek tampar Ara. Mana janji Ari yang dulu, hah? Yang kononnya akan sentiasa berada di sisi Adi tak kira susah atau senang. Mana janji tu? Semua tu Janji kosong saja. Dan sekarang berani Ara jejakkan kaki di rumah nenek, Ara dah lupa ke apa yang Ara dah buat kat Adi! Dah lupa? Sekarang, baik Ara keluar dari rumah nenek sebelum nenek panggil security. Keluar!”  Semakin tinggi suara Raja Khalida. Jika aku tak sabar, dah aku kerjakan budak ni. Berani … Memang berani betul! Kau buat hidup Adi sengsara dan sekarang kau muncul semula. Raja Khalida mula susah hati bila teringatkan cucu tunggalnya.  Bimbang luka yang baru sembuh akan berdarah lagi.

            “Come one, nenek! Benda tu dah lama berlalu. Kenapa nak ungkit lagi? Niat Ara hanya nak jumpa nenek dan nenek Tijah saja. That’s all.”

            “Last warning, Ara! I don’t want to see you again. And listen here carefully, kalau nenek dapat tahu Ara jumpa Adi …. Tahulah nenek nak ajar Ara nanti.” Ugut Raja Khalida.

            “Is it a threat?” Wajah Zaharah serius.

            “Yes.” Tegas Raja Khalida.

            Tiba-tiba Zaharah ketawa dan tersenyum sinis ke arah Raja Khalida dan Raja Khatijah. Dia terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

            “Kenapa dia ketawa? Apa maksud dia, Kak Long?” Raja Khatijah mula rasa tak sedap hati. Lain macam saja, seolah-olah ada maksud tersirat.

            Raja Khalida diam membisu. Dia turut sama risau. Selepas 10 tahun, kenapa dia tiba-tiba muncul dalam hidup Adi? Bukan ke dia dah kahwin? Apa dia nak dari Adi sebenarnya? Fikirannya penuh dengan soalan. “Tijah, call Fairuz. Kak Long nak cakap.”  Kata Raja Khalida.  Aku mesti tanya Fairuz, dia mesti tahu. Entah-entah dia dah jumpa Adi. Aku nak tahu.

            “Baik, Kak Long.” Dengan pantas, Raja Khatijah mendail no telefon Fairuz.


                                    ******************************

            Langkah Bella terhenti. Dia terkejut melihat wanita yang sedang berjalan ke arahnya. Dengan pantas, Bella menanggalkan cermin mata hitam jenama Guess . Sedikit bibir Bella bergetar.

            “Bella, kan?” tegur Zaharah sambil tersenyum.

            “You! Apa you buat kat sini? “ Bella meninggikan suara. Walaupun dah 12 tahun, tak mungkin aku lupa musuh ketat aku a.k.a musuh cinta aku sejak bangku sekolah lagi. “Berani you tunjuk muka you kat sini? Hey, you tak malu ke?” marah Bella.

            “I datang sini nak visit nenek dan nenek Tijah. Salah ke?” Zaharah masih tersenyum. Sejak dari dulu lagi, mereka berlumba untuk mendapatkan cinta Raja Awwadi. Akhirnya aku yang berjaya. Bella tewas di tangan aku. Cinta Raja Awwadi hanya untuk aku. Ya, sekarang pun tetap milik aku. Selepas bercerai dengan Nassef, aku terus pulang ke Malaysia. Dia terkejut melihat Raja Awwadi menjadi cover majalah Lelaki.  Yang lebih mengejutkan lagi , GB Group yang hampir muflis kini berdiri gah bersama syarikat-syarikat korparat gergasi di Malaysia. Yang pasti, pemilik  GB Group dah tentu Raja Awwadi. Hatinya berbunga sebaik sahaja mendapat tahu yang Raja Awwadi masih belum berkahwin.

            “You ingat I nak percaya ke? Hey, taktik you tu dah basi. Mereka berdua bencikan you.  You dah lupa ke apa you dah buat? You campak Abang Adi macam tu saja lepas tu you kahwin dengan anak jutawan Dubai. You tinggalkan Abang Adi macam barang. But now, suami you dah ceraikan you…. You nak dapatkan Abang Adi semula, hah? Dengar sini, Abang Adi milik I. Selepas you tinggalkan Abang Adi, I sentiasa berada di sisi Abang Adi. Kami saling mencintai, so you tiada peluang lagi. You dah kalah, Ara.” Bella tersenyum puas. Sekarang giliran aku sakitkan hati kau.  Baru puas!

            Tiba-tiba Zaharah ketawa kecil. Geli hati mendengarnya. “ I belum kalah lagi, Bella. Selagi Adi masih belum kahwin lagi, I masih ada peluang. Hmmm… kalau dia dah kahwin pun, I ada peluang lagi. ” Ucapnya sebelum meninggalkan Bella.

            Bella menggenggam erat tangannya. Sakit hati! Selepas 10 tahun, kau masih tak berubah. Kau masih suka merampas hak orang lain. Aku takkan kalah di tangan kau lagi, Ara. Kau tengoklah apa aku akan buat selepas ni. Aku akan buat kau putih mata! Bella berjalan mendaki anak tangga dan menuju ke bilik ibu saudaranya. Sebaik saja tiba, tombol pintu dipulas dengan kasar.  Pintu bilik Mazlina ditutup dengan kuat. Wajahnya masam.

            Mazlina mengurut dadanya beberapa kali. Terkejut! “ Dah banyak kali auntie beritahu Bella, kalau nak masuk ketuk dulu jangan main redah saja. Ini bilik auntie. You should respect my privacy.” Tegur Mazlina. Susah betul nak ajar Si Bella ni! Cakap aku langsung tak dengar.Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

            “Auntie, perempuan tu dah balik! Dah balik.” Jerit Bella. Dia meluahkan perasaan marahnya.

            “Siapa balik?” Muka Mazlina berkerut. Apa hal pulak ni? Tiba-tiba saja Bella ni naik hantu.

            “Ara!”

            “Ara!” Mazlina terkejut besar. Mustahil, aku dapat lupakan wanita yang memberi luka besar di hati Raja Awwadi.

            “Berani dia tunjuk muka dia sini. Guess what? Perempuan tu nak balik semula ke pangkuan Abang Adi. Dia ingat dia siapa? Bella takkan biarkan perempuan tu menang lagi. Kita tengoklah nanti siapa yang akan menang.” Bella tersenyum sinis. Dia sudah dapat idea. Otaknya ligat mengatur plan.

            Air muka Mazlina berubah keruh.  Dia mula susah hati. Dia dapat rasakan Bella sedang merancang sesuatu. Masih tak serik lagi. Selepas peristiwa hari tu, Bella kehilangan banyak job.  Hampir sebulan, Bella menggangur. Dah tentu, kerja Raja Awwadi.  Ini tanda amaran tetapi Bella masih tak nak mengalah. Keluhan dilepaskan dengan kuat.        

           

          

7 comments:

paujiah said...

Lamanya menunggu..plot cerita yg menarik

paujiah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

yesssss....ada juga akhirnya. Lama betul tggu n3 baru ni. Best sangat - sangat.

eija said...

zaharah nie btul2 tak malu.. Ish geramnya.. Cpt2 lah villa n raja awadi bcinta..

Unknown said...

best 3x.

Unknown said...

Sy amat meminati karya sis, setiap keluaran sy beli. X sabar tunggu yg NB jd versi cetak.

Unknown said...

seronokknye n3 kli nie...tak saba nk tau ape jd bile villa and zahara face to face...btw, cpt2 lah wroter bg n3 bru..😍😍

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...