Sunday, March 1, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 17


BAB 17



            Villa memeluk tubuh Zarina dengan erat. Begitu cepat masa berlalu. Begitu sukar aku nak lepaskan Zarina seorang diri di negara orang. Di mata aku Zarina masih lagi kanak-kanak kecil. Semakin kejap pelukan Villa. Air matanya deras mengalir.


            “Mak Su! Orang tengok. Malulah.” Zarina cuba meloloskan diri. Banyak mata yang sedang memerhati ke arah mereka. Rasa malu.

            Villa meleraikan pelukannya. Dengan pantas dia mengesat air matanya, wajahnya merah akibat menangis.

            “Hish, Mak Su! Control sikit. Malulah orang tengok. Kak Long pergi belajar kat UK bukannya pergi berperang. Lepas 5 tahun, baliklah. Kami relaks saja” Zubir menggeleng kepala beberapa kali. Pelik melihat perangai Mak SU, terlebih emosional.

            “Sebab Abang Zubir tak sayang Kak Long.  Zain sayang Kak Long. Kami sedih…” Zain terus memeluk Zarina.

            Zarina tersenyum. Dia mengusap rambut Zain perlahan-lahan. Sebenarnya dia sayang nak tinggalkan Mak Su dan adik-adiknya. Untuk membawa pulang segulung ijazah, ini salah satu perjuangan untuk aku tempohi. Aku dah banyak kali hampakan Mak Su, aku akan buat Mak Su bangga dengan aku. AKu takkan sia-siakan pengorbanan Mak Su.

            “Amboi, budak kecik ni! Balik nanti siap.” Zubir mengetap bibir. Sengaja nak sakitkan hati aku.

            “Zubir! Jangan buli Zain. Kalau Kak Long dapat tahu, siap Zubir nanti.” Zarina memberi amaran. Wajahnya serius dan beberapa saat kemudian senyuman terukir di bibir Zarina. Dia menggosok rambut Zubir yang disikat rapi menjadi serabut.

            “Kak Long!” Zain membuat mimic muka seraya membetulkan semula rambutnya.

            “Don’t worry about him. Zack akan pantau Zubir 24 jam.” Zakri mencelah. Perlahan dia berjalan dan memeluk kakaknya. “Jaga diri baik-baik.” Pesan Zakri. Inilah pertama kali mereka berempat berpisah.

            “You too, Zack! Call me, okey!” Zarina cuba menahan sebak. Hakikatnya dia juga rasa berat nak tinggalkan adik-adiknya. Zarina menoleh ke arah Zubir yang masih berdiri di sebelah Zakri. “Zubir! Hug!” Zarina tersengih.

            “Nak peluk? Malu tahu tak? Zubir ni lelaki. Tak elok peluk perempuan.” Bebel Zubir. Nak aku peluk Kak Long? Biar betul. Selama ni tak pernah pun tiba-tiba jer nak peluk aku. Dah buang tabiat ke? Eeee… sorry.

            “Habis tu, tadi Zack peluk Kak Long boleh jer. Kenapa Zubir tak boleh pulak? Kak Long kan kakak Zubir. Hish, budak ni!” Villa melihat ke arah Zubir. Ada-ada saja alasannya.

            “Ya, Kak Long kakak Zubir! Tapi Mak Su, sama ada Zubir nak peluk Kak Long atak tak, itu hak Zubir kan.” Zubir tersengih.

            Mulut Villa sedikit melopong. Terkebil-kebil matanya melihat Zubir. Speechless! Betul ke budak ni umur 14 tahun? Cara dia bercakap mengalahkan aku. Kadang kala tu aku sendiri terkejut dengan jawapan Zubir. Terlebih matang.

            “Biarlah, Mak Su! Tapi …..” Dengan pantas Zarina memeluk  Zubir dan menghadiahkan ciuman di pipi Zubir. “Kak Long nak jugak peluk adik Kak Long.” Zarina ketawa kecil.

            Zubir terkejut dengan tindakan Zarina. “Kak Long! Eeeee…. Gelinya!” Zubir mengetap bibir seraya mengelap bekas ciuman Zarina di pipi kanan. Sakit hati!

            “Kalau tak puas hati, report polis!” Zarina menjelirkan lidahnya. Selepas ni pasti aku rindu nak gaduh dengan Zubir, iyelah selama ni Zubir teman aku nak gaduh. Kadang-kadang tu hak kecik pun kami gaduh. Zarina tersengih.

            Villa, Zakri dan Zain turut sama ketawa melihat gelagat Zubir.

            Tiba-tiba mereka berempat berhenti ketawa apabila mendengar pengumaman flight yang akan dinaiki Zarina.

            “Passport! Ticket! Check cepat?” Villa mula gelabah. Bimbang jika ada yang tertinggal.

            Zarina menunjukkan passport dan ticket flight di tangannya. “Releks, Mak Su! Everthing under control.”

            “Mak Su hanya nak remind saja. Aaaa… serunding yang Mak Su buat tu kalau dah habis beritahu, Mak Su akan hantar lagi. Aaaa….. ikan bilis masak merah tu …….”

            “Mak Su! Dah banyak kali Mak Su pesan, Ina tahu. It’s time to go.” Zarina mencelah. Jika aku layan Mak Su, terlepas flight aku nanti. Dari rumah lagi, tak abis-abis Mak Su pesan aku.  Kakinya mula melangkah meninggalkan keluarganya. Zarina menahan perasaan sebaknya. Kelopak mata mula berair.

            “Dah sampai call Mak Su, okey! Tak kisah pukul berapa pun, call Mak Su. Mak Su tunggu.” Jerit Villa. Air matanya deras mengalir. Rasa sedih seolah-olah sebahagian nyawanya hilang bersama Zarina. Pandangannya masih tidak berganjak dari memandang Zarina memasuki balai berlepas.

            Zarina menoleh dan melihat keluarganya untuk kali terakhir. Dia melambai ke arah keluarganya sambil tersenyum. Sebutir air mata gugur di pipi dan dengan pantas

            “Bye, Kak Long!” jerit Zain sambil melambai tangan.

            Zakri tersenyum. Zubir hanya memerhati.

            “Jaga diri baik-baik! Makan 3 kali sehari.  Jangan diet, okey! Yang penting, sembahyang, jangan tinggal.” Jerit Villa lagi. Dia tak mahu Ina lupa semua tu.

            “Mak Su, udah ler! Malulah. Mana ada orang jerit macam tu? Ini airport bukan pasar malam. Lagipun Kak Long dah besar, tahulah dia nak jaga diri. Lagipun hari raya nanti, Kak Long balik. Tak payah nak risau. Zaman dah maju, Mak Su. Boleh call, boleh email, boleh FB, boleh Instagram! Kalau nak tengok sangat Kak Long, video call saja. Abis cerita. ” Tegur Zubir. Dia sedar banyak mata yang sedang memerhati mereka berdua. Mak Su ni dah macam hilang anak. Over pulak tu.

            Villa melepaskan keluhan dengan kuat. Air matanya diseka. Dia memandang Zubir. Lidahnya kelu beberapa saat. “Mak Su tahu. Jomlah balik!” Villa mengajak mereka balik. Malas nak layan kerenah Zubir. Tangan Zain dipegang agar berjalan seiringan. Sebelum melangkah pergi, sekilas Villa menoleh ke arah pintu masuk balai berlepas. Kini, hanya tinggal mereka berempat saja. Dia berharap Zarina dapat sesuaikan diri. Dia akan sentiasa doakan keselamatan Zarina.

           
                        ****************************************************

            Syed Malik memerhati budak lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Dia menggengam erat tangan sambil mengetap bibir. Kerana budak ni, Villa buang aku. Kerana budak ni, cinta kami hancur. Kerana budak ni, hidup aku merana. Ini semua salah mereka, kalau tak aku mesti hidup bahagia bersama Villa. Ini semua salah mereka! Matanya masih tak berkelip merenung Zain.

            “Uncle kata Mak Su nak datang ambil Zain di sini, kenapa Mak Su tak datang lagi. Ala….kalau Mak Su lambat, Zain terlepas nak tengok kartun upin ipin. Huh, ruginya! “ Zain mencebik bibir. Matanya masih tak berganjak dari memerhati pintu masuk restaurant itu. Menanti kedatangan ibu saudaranya. Zain mengalih pandangannya semula ke arah Raja Malik. “Uncle, kenapa Zain tak pernah jumpa Uncle sebelum ni? Uncle kawan Mak Su masa di US ke? Kenapa Mak Su tak pernah cakap pasal Uncle pun. “ soal Zain bertubi-tubi. Zain hairan melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri. Pelik. Semasa dia sedang menunggu Mak Su di bus-stop, dia terkejut apabila lelaki ini beritahu yang Mak Su ada hal dan Mak Su menyuruh lelaki ini mengambil dia balik. Pada mulanya dia tak percaya tetapi bila lelaki tu tunjuk gambar lelaki tu bersama Mak Su, akhirnya dia setuju.  “Uncle! Boleh Zain pesan jus oren? Zain dahaga. Tengok! Bekas air Zain dah kosong.” Mulutnya masih petah bercakap.  Zain menunjukkan bekas air Upin Ipin yang kosong. Sejak masuk ke sini, mereka tak order apa-apa pun.

            Syed Malik masih mendiamkan diri dan tak mempedulikan kehadiran Zain.

            “Zain!”

            Zain berpaling, Dia tersenyum melihat Villa yang sedang berjalan pantas menghampirinya. “Mak Su!” jerit Zain terus bangun dan berlari ke arah Villa.

            “Are you okey?” Villa menarik nafas lega melihat Zain. Villa memeluk Zain beberapa saat. Hampir luruh jantungnya apabila mendapat tahu Zain tak ada di sekolah. Sepatutnya aku ambil Zain hari ini tapi disebabkan aku ada hal dengan Summaiyah, aku lewat sedikit.  Aku terkejut bila mendapat sms bergambar dari Syed Malik dengan segera aku datang ke sini.

            ‘Zain okey, Mak Su!” Zain tersengih. “Mak Su, kawan Mak Su pelik la? Betul ke Uncle tu kawan Mak Su?” bisik Zain sambil anak matanya melihat Syed Malik.

            Villa turut sama melihat Syed Malik. Villa mengetap bibir.  “Zain ikut Auntie Sumaiyah dulu, sekejap lagi Mak Su ikut.”

            “Zain! Jom, Auntie belanja Zain makan ice cream!” Sumaiyah tersenyum. Tangan kecil Zain dipegang lembut.

            “Yeay….. Ice cream!” sorak Zain gembira. Dia mengikut Sumaiyah keluar.

            Sebaik sahaja melihat kelibat mereka berdua hilang, dengan pantas Villa menghampiri Syed Malik dan menarik kerusi dengan kasar. Villa duduk berhadapan dengan Raja Malik. “What are you trying to do, Malik?” tegas Villa. Anak matanya membesar merenung Villa. Dia dapat rasakan Syed Malik ada niat tak baik terhadap anak saudaranya.

            Syed Malik ketawa. “Apa I dah buat, Villa? I tak buat apa-apa pun.” Wajahnya masih bersahaja.  Senyuman sinis di bibir Syed Malik.

            “Malik! Stop it, ok! Ini hal kita berdua, jangan libatkan anak saudara I dalam hal ini. Mereka tak ada apa-apa kaitan pun.”

            “Tak ada kaitan!” Tiba-tiba Syed Malik meninggikan suaranya. Hatinya panas. Dia akui dia sebenarnya cemburu apabila Villa lebih menyayangi anak saudaranya.  Dirinya seolah-olah tiada nilai. Di mata Villa hanya anak-anak saudaranya. “Disebabkan mereka, kita berpisah. You dah lupa ke, Villa?”

            “You suruh I buat pilihan, Malik! You yang paksa I, you dah lupa ke? Mereka tak ada kaitan pun. Waktu tu  I minta you support decision I tapi tak , you hanya pentingkan diri you saja. How could you told me to abandon them? Mereka berempat anak saudara I! Anak kakak I! Darah daging I! Mereka amanah dari arwah kakak I.  Mustahil I akan biarkan mereka begitu saja. I beri last warning untuk you, Malik! Jangan kacau I dan anak saudara I lagi. “ Giliran Villa meninggikan suara. Matanya masih tak berganjak memandang Syed Malik. “Hubungan kita dah lama tamat. Apa faedah you dapat bila you buat semua ni? Please, move on! You dah ada isteri dan anak-anak.  Hargai mereka! Masih belum terlambat. Forget about me!” kata Villa sebelum bangun meninggalkan Syed Malik.

            Syed Malik mengetap bibir dan menghentak tangan di atas meja dengan kuat.  “Villa!” jerit Syed Malik sekuat hati. Dia tak mempedulikan pelanggan di restaurant itu.  Gengagaman semaki erat.


                                                *************************

            Raja Awwadi menyandarkan tubuhnya di sofa. Fikirannya masih berada di restaurant Sri Melaka . Dahinya sedikit berkerut.  Siapa lelaki tu? Boyfriend dia ke? Tapi nampak macam ex-boyfriend saja. Kebetulan waktu tu dia dan Fairuz lunch di situ. Tak sangka pulak yang mereka akan melihat adegan drama di situ. Yang jelas, suara mereka menarik perhatian di situ.

            “Bos! Saya rasa lelaki tu ex-boyfriend Cik Villa. Saya rasa lelaki tu masih ganggu Cik Villa sebab tu Cik Villa marah. Iyelah, dah ada isteri dan anak … Siapa nak, betul tak boss? ” Fairuz cuba membuat kesimpulan di atas apa yang terjadi tadi.

            Raja Awwadi melirik matanya ke arah Fairuz yang berdiri tak jauh darinya. Bila pulak mamat ni masuk? Aku tak dengar pun. Hish, kenapa pulak aku nak kusutkan otak aku dengan bunga kertas tu? Lantaklah!  “Fairuz, I bayar gaji you untuk buat kerja bukannya nak sibuk hal orang. “Raja Awwadi bingkas bangun dari sofa, malas nak layan perangai Fairuz. Asyik pot pet-pot pet kerjanya. Tangannya mencapai ipad di atas meja.

            Fairuz terdiam seketika. Opsss….aku dah buat Raja Rimba naik angin, eee …mulut aku ni! Perlahan-lahan Fairuz mendekati Raja Awwadi. Takut pun ada, kalau aku sampaikan berita ni, confirm aku kena punya. “Boss!”

            “Apa lagi, Fairuz? You nak I potong gaji you ke?” Raja Awwadi meninggi suara. Mulut tak pernah diam seminit pun, asyik nak cakap saja.

            “Bukan macam tu, bos! Aaaa… tadi Encik Yahya, ketua security call .. Aaaa… ada masalah sikit. Sekejap bos, better bos tengok.” Segera Fairuz mengambil remote TV menukar channel pada rakaman CCTV. Rakaman itu menunjukkan seorang wanita yang sedang menunggu di luar bangunan GB Group.

            Raja Awwadi menyilang kedua tangannya di dada bidang miliknya. Dia tahu siapa wanita itu.   Raja Awwadi tersenyum sinis. Dah sebulan, dia masih belum putus asa. Aku kenal siapa kau Ara! Apa kau nak mesti kau dapat tapi kali ni tidak mungkin akan terjadi. Aku takkan biarkan diri aku diperbodohkan lagi. Cinta konon, semua tu palsu.

            “Bos, dah hampir sebulan! Tiap-tiap hari Cik Zaharah tunggu bos! Kan lebih baik kalau bos jumpa Cik Zaharah, cuba bawa berbincang!” terang Fairuz. Rasa kasihan pulak. Sekarang ni dah macam-macam gossip hangat didengarnya. Aku dengar pun, dah sakit hati. Kalau bos dapat tahu, alamatnya habis staff ofis ni dipecatnya. Ada ke patut mereka kata Cik Zaharah perempuan simpanan bos lepas tu pulak mereka kata Cik Zaharah mengandung bos tak mengaku. Nonsense! Nonsense! Kalaulah aku dapat tahu siapa yang mula sebar gossip ni, siaplah.

            Raja Awwadi menoleh. “Fairuz, I rasa I tak ambil you kerja untuk jadi counselor I.  Atau you nak I buat job description yang baru untuk you?” Nada suara Raja Awwadi berbau ugutan.

            Fairuz membuat isyarat zip mulutnya. Tanda dia takkan bercakap lagi.

            “Malam ni, you akan bertolak ke Melbourne kan? Pastikan you dapat tender tu, Fairuz! Kalau you berjaya, I akan naikkan gaji you tahun depan.”

            Fairuz membuat isyarat ok menggunakan tangannya. Naik gaji? Ini yang aku nak dengar. Tender tu kacang jer, confirm dapat. Fairuz tersengih.

            “Kalau tak ada apa-apa lagi, you boleh sambung kerja.” Dahinya berkerut melihat isyarat tangan yang digunakan oleh Fairuz. Ada-ada saja Si Fairuz. Fairuz berlalu keluar. Matanya beralih semula ke kaca TV. Wajahnya serius melihat Zaharah yang masih tidak berganjak dari situ.


                                    *******************************************

            Villa tersenyum lebar melihat hasil kerjanya. “Alhamdulillah! Akhirnya dah siap. “ Dia rasa gembira melihat taman yang dihasilnya telah siap. Tak sangka begitu cepat masa berlalu.  Hampir sebulan dia berulang alik datang ke penthouse kadang kala tu takut jugak kalau terserempak dengan mamat Audi tu. Setiap kali ingin melangkah masuk ke sini, jantungnya berdebar-debar, tak putus-putus aku berdoa agar mamat  Audi tu tak ada di situ. Kalau dia ada, mampus aku nak jawab. Hari ni hari terakhir aku datang sini, kerja dah siap. Selepas ni duit masuk, rezeki aku agaknya. Villa mendongak kepalanya. Kelihatan langit hitam terbentang luas tanpa sempadan. Bulan dan bintang adalah teman setia yang akan sentiasa menghiasi dunia malam. Buat seketika dia kagum dengan ciptaan yang Maha Esa.

            “Ok! Last check!”  Matanya memerhati setiap inci taman mini yang berkonsepkan desa tropika. Takut-takut kalau ada yang tertinggal. Villa sempat lagi menjeling  jam tangan miliknya. Dah pukul 10.30 malam. Dah lewat ni! Teringat pula pada anak saudaranya di rumah.  Apa mereka tengah buat sekarang ni? Aku tak ada ni, pasti mereka merdeka. Villa menguntum senyuman seorang diri.

            “Who are you? What are you doing here?”

            Villa terkejut. Beberapa kali dia mengurut-urut dadanya apabila disergah seperti itu. Villa menoleh. Seketika, Villa kaku melihat lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Dengan serta merta, air mukanya berubah. Pucat habis. Dapat rasakan darahnya seolah-olah berhenti mengalir di tubuhnya. Mampus aku kali ni? Apa mamat Audi buat kat sini?

            Raja Awwadi turut sama terkejut melihat Villa. Selepas saja habis meeting dengan Tan Sri Wahid, dia terus datang ke penthouse milik neneknya dengan tujuan untuk berehat. Dia malas nak balik ke rumah. Sekali sekali nak jugak bersendirian. Privacy! Sampai saja terus tidur, hampir 5 jam tertidur. Bangun jer dah pun malam.  Tiba-tiba rasa lapar, dia terdengar sesuatu masa ingin ke dapur.Ada bayangan seseorang di luar.  “Hey, bunga kertas! Apa you buat di sini? Macam mana you boleh masuk ke sini, hah?” marah Raja Awwadi.

            “dengar dulu! Sebenarnya Puan Sri Khalida …. “ Villa cuba menerangkan keadaan sebenar.

            “Sebenarnya apa? You jangan nak kaitkan nenek I . Dari mula lagi, I dah agak you ada niat tak baik kat nenek I. I tak sangka you pencuri professional.  Rupa-rupanya ini kerja part time you. “ Raja Awwadi mendekati Villa dan terus memegang tangan kanan Villa dengan kasar.

            “Biar I terangkan ! Actually ….” Villa terkejut apabila dikasari seperti itu.

            “Terangkan apa? You ingat I akan percaya setiap perkataan yang keluar dari mulut you. You ingat I bodoh! I takka biarkan you terlepas kali ini. You kena ikut I ke balai polis sekarag.” Raja Awwadi mencelah. Dengan kasar dia menarik Villa agar mengekorinya. Wajahnya serius. Aku takkan lepaskan kau kali ini. Aku akan buktikan pada Nenek dan Nenek Tijah, telahan aku betul selama ni.

            “Lepaskan saya. Sakitlah.” Jerit Villa seraya meronta agar tangannya dilepaskan. Gelisah! Terkejut mendengar perkataan balai polis. Genggaman Raja Awwadi begitu erat. Sukar untuk meloloskan diri.  “Please! Let me go! “ Villa masih merayu . Dengan harapan Raja Awwadi akan melepaskan tangannya. Wajahnya pucat lesi.

            “Pencuri macam you mesti diajar. Hey, mak bapak you tak ajar ke? Mencuri tu salah, hah!” Jerkah Raja Awwadi. Tiada perasaan belas kasihan di hatinya.

            Villa mengetap bibir. RajaAwwadi membuatkan darah Villa mendidih. ‘Waah, mamat audi dah main kasar sekarang ni! Berani dia babitkan arwah mak ayah aku .Eeee.... geramnya aku! Aku tak boleh biarkan mamat Audi ni buat sesuka hati kat aku. Ini dah kira fitnah.’ Dengan sekuat tenaga, Villa menarik tangannya dari cengkaman Raja Awwadi. Wajah merah padam. Villa merenung Raja Awwadi. “Jaga sikit mulut you tu. Tuduh orang sesuka hati. You ingat you siapa, hah! I bukan pencuri. Ini buktinya. “ Villa mengeluarkan kunci rumah yang diberikan oleh Puan Sri  dan ditunjukkan ke arah Raja Awwadi. “Untuk pengetahuan you, Puan Sri beri job baru untuk I. Kalau you tak percaya, you boleh call Puan Sri. “ Matanya masih tepat pada Raja Awwadi. “Puan Sri beri kunci ni pada I supaya senang I siapkan kerja I. Sekarang ni taman mini Puan Sri dah siap, so I takkan datang ke sini lagi. So you jangan risau. “ Villa menoleh ke arah taman mini yang ada di belakangnya.

            Dahinya sedikit berkerut melihat taman yang terletak bersebelahan dengan kolam renang. Bila pulak taman ni ada di sini? Hish …. Nenek ni! Tak abis-abis nak bazirkan duit. Rupa-rupanya dalam diam nenek beri projek baru kat bunga kertas ni.

            “Kalau you masih tak percaya, baiklah!” Villa sedar air muka Raja Awwadi masih tak berubah. Villa terus mengeluarkan semua barang di dalam begnya. Beg yang kosog ditunjukkan ke arah Raja Awwadi sebagai bukti. “You dah tengok, kan! I tak ambil satu pun barang dari rumah ni. Dah puas?” Kemudian Villa memasukkan semula barangnya ke dalam beg. Dia cuba menahan perasaan marah yang membuak-buak . Maruahnya seperti dipijak-pijak. “Ini kunci rumah ni. You ambil balik. I harap selepas ni I takkan jumpa you lagi. ” Tiba-tiba Villa baling kunci rumah ke arah Raja Awwadi.

            Kunci itu disambutkan oleh Raja Awwadi.

            Villa terus melangkah.  Dia ingin keluar dari rumah ini secepat mungkin. Lebih lama aku di sini, boleh makan hati. Tak pasal-pasal pulak aku makan hati mamat ni. Argh … menyampah betul. Orang yang aku tak nak jumpa tu lah yang akan aku jumpa selalu. Fuh, tension! Stress! Langkah diatur pantas menuju pintu.  Tombol pintu dipulas dengan kasar. Villa terkejut melihat 4 orang lelaki bersongkok di luar rumah.

            “Assalamualaikum …..  Kami dari Jabatan Agama Islam.  Kami menerima aduan. Anda berdua didapati berkhalwat.” Salah seorang daripada mereka bersuara.

             Hampir tersentap jantung Villa mendengarnya. Betul kea pa yang aku dengar ni. Kakinya tiba-tiba lemah. Wajahnya pucat lesi. Dia cuba bersuara tapi tekaknya seolah-olah tersekat. Perlahan-lahan Villa menoleh ke belakang.  Raja Awwadi yang berada di belakangnya turut sama terkejut.

           

           


12 comments:

eija said...

aduii cian kt villa siapa plk lah yg buat aduan 2..

My Beadz World said...

Aduiii cepat cepat la sambung.......

hmrisya said...
This comment has been removed by the author.
hmrisya said...

the story is awesome i really like every chapter.its quite impressive .i`m realy your fan i never fail reading every chapter.but something is confusing me chapter 15 you mention syed malik and this chapter you mention raja malik,are they same charater

Azimah Lily said...

h risya .... thank you sebab beritahu saya. He he he he... Kadang-kadang tu confuse jugak. Banyak nama! :) ... Terima kasih sebab baca karya saya ...

hmrisya said...

no problem.sorry if i`m replying in english because i`m a foreigner and i`m learrning bahasa malaysia.it will take some time to reply in bahasa malaysia.

Unknown said...

Hari2 saya buka blog ni..yesss akhirnya ada Tapi kesian Villa...Siapa yg punya angkara ya???

Unknown said...

BEST 3X.

elvythia said...

Lily bila nak bagi ud seterusnya..... tak sabar nak tahu apa nak jadi... Saya dah beli ketiga - tiga novel awak.... bila cerita ini akan dibukukan ????? Tak sabar nak menunggu novel awak seterusnya....

nirfarose said...

wow,makin hotttt....

yam madganu said...

Wow...! Ternanti2 sambunganny

Unknown said...

Hmmm...nenek pye plan

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...