Friday, March 27, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 18

BAB 18

            “Tak! Saya tak setuju. Saya tak setuju!” jerit Vill terus terjaga dari tidur. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Villa mengurut dada beberapa kali. “Astaghfirullahalazim. Mimpi rupanya. Macam aku boleh mimpi sampai ke situ. Kena tangkap khalwat lepas tu kena paksa kahwin dengan mamat Audi tu. Eeeee… tak ada benda lain ke aku nak mimpi.” Villa membetulkan rambut yang menutupi separuh wajanhya. Pandangan tepat ke arah jam dinding. Dah pukul 6.30 . Waktu Subuh dah masuk. Villa bergegas bangun dan berjalan menuju ke bilik air.

            Selesai solat Subuh, Villa melipat kain telekung dan diletakkan di dalam almari. Langkahnya diatur menuju ke katil dan terus melabuhkan punggungnya di birai katil.

            “Kenapa aku rasa yang semua tu bukan mimpi?” Dahi sedikit berkerut memikirkan sesuatu. Dia cuba mengingati kembali apa yang berlaku semalam. Sedikit demi sedikit Villa mengingati apa yang berlaku. Berkali-kali Villa meraut wajahnya. Tanpa disedari butiran air matanya mengalir . Tangisan Villa semakin kuat. Hatinya sebak. Apa aku dah buat ni? Mana aku nak letak muka aku selepas ni ? Kalau anak saudara aku tahu, aku nak cakap apa?Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan pada hambaMu kali ini? Semakin laju air matanya mengalir .

            Pintu bilik diketuk. Dengan pantas Villa mengesat air matanya.

            “Villa, boleh Kak Fatimah masuk?”

            “Masuklah!” Suara Villa serak. Villa cuba berlagak seperti biasa. Selepas dia dan Raja Awwadi ditangkap khalwat , mereka dibawa ke balai polis. Hampir 5 jam, mereka berdua di situ.  Mereka berdua dilepaskan selepas diikat jamin. Waktu tu, dia sudah tiada sesiapa untuk dihubungi selain Kak Fatimah. Kak Fatimah datang bersama suaminya untuk menjadi penjamin. Pada waktu tu, dia tak tahu bagaimana nak bersemuka dengan Kak Fatimah. Malu!

            Fatimah masuk dan duduk di sebelah Villa. Dia memeluk Villa secara tiba-tiba. Dia memeluk Villa dengan erat. Dari luar lagi, dia dapat dengar Villa sedang menangis. Villa suka pendam perasaannya sendiri. “Menangislah! Jangan tahan lagi. Lepaskan.” Belakang Villa diurut perlahan-lahan. Dia faham dengan apa yang sedang dilalui Villa sekarang. Dia percaya Villa takkan buat kerja terkutuk ni.  Dia masak benar dengan sikap Villa. Berpegang teguh pada agama. Apa yang berlaku adalah fitnah. Ada orang cuba kenakan Villa.

            “Kak Fatimah, Villa malu. Kalau anak saudara Villla tahu, macam mana Villa nak berhadapan dengan mereka? Sepatutnya Villa jadi contoh yang baik untuk mereka tapi apa yang berlaku sekarang ni ….. Villa tak tahu, Kak Fatimah.” Villa menangis sekuat hati,

            “Villa tak salah. Kak Fatimah tahu. Dengar sini,Mereka berempat anak saudara Villa. Villa yang besarkan mereka. Mereka kenal siapa Villa. Kak Fatimah yakin mereka  akan sentiasa berpihak pada Villa.”

            “Villa tak nak kahwin, Kak Fatimah. Walauapapun terjadi, Villa takkan kahwin dengan Raja Awwadi. Villa tak bersalah. Villa tak nak.” Villa memandang wajah Fatimah. Baginya Fatimah tak ubah seperti kakak kandungnya.

            “Hal ni kita boleh bawa berbincang lagi. “ Fatimah cuba memujuk Villa. Sebenarnya dia juga terkejut dengan keputusan Puan Sri Raja Khalida. Tiba-tiba saja mahu kahwinkan Raja Awwadi dan Villa. Kelam kabut jadinya. Iyelah, mereka berdua baru saja diikat jamin lepas tu nak suruh kahwin pulak. Memang tak nak ler…

            “Tapi Puan Sri …..”

            “Pasal Puan Sri, jangan risau. Kak Fatimah akan bercakap bagi pihak Villa. Ada ke patut dia suruh Villa kahwin dengan cucu dia. Memanglah Raja Awwadi tu handsome! Kaya! Tapi kalau dah sombong, siapa yang nak , Cakap tu Ikut sedap mulut dia cakap yang Villa rancang semua ni. Lelaki macam tu tak sesuai jadi suami Villa. Makan hati nanti. Kak Fatimah ada. Kalau Puan Sri suruh Villa kahwin jugak dengan Raja Awwadi, Kak Fatimah akan tentang habis-habisan.” Tegas Fatimah. Hanya lelaki yang baik yang layak untuk Villa.

            “Kak Fatimah!” Villa rasa terharu dengan kata-kata Fatimah. Baginya, dia sudah tiada sesiapa lagi. Tiada tempat untuk bergantung dan bercerita. Mujurlah ada Kak Fatimah.

            “Dah! Jangan menangis lagi. Mata tu dah bengkak macam bola golf. “ Fatimah menyeka sisa-sisa air mata Villa. Tak habis-habis masalah datang menimpa. Dari satu masalah ke satu masalah.

                       
                                                            *******************

            Raja Khatijah memandang tepat wajah kakaknya. “Kak Long serius ke Nak kahwinkan Adi dengan Villa?”

            “Kenapa? Kau ingat aku main-main ke?”

            “Kak Long! Mereka tu macam anjing dan kucing. Jumpa saja nak gaduh. Boleh ke diorang berdua jadi suami isteri? Macamlah Kak Long tak kenal perangai cucu Kak Long tu.” Raja Khatijah tak setuju dengan tindakan kakaknya.Nanti orang kata kita buat anaiya anak orang pulak.

            “Jangan risau. Walauapa pun yang terjadi, mereka berdua mesti kahwin. Keputusan Kak Long muktamad. “ tegas Raja Khalida. Ini saja peluang yang aku nampak. Dah ada depan mata, tak mungkin aku lepaskan. Di mata aku hanya Villa wanita yang sesuai menjadi isteri Raja Awwadi. Apa yang terjadi ada hikmahnya.  Aku tak nak Bella atau Zaharah jadi isteri Adi. Mereka berdua tak layak.

            “Adi tak setuju. Adi takkan kahwin dengan bunga kertas tu.  Kenapa dengan nenek ni?” Tiba-tiba Raja Awwadi mencelah. Kebetulan ingin keluar dan terdengar perbualan neneknya.

            “Kenapa? Kamu berdua ditangkap khalwat lepas tu Adi boleh tanya lagi kenapa ….. Kalau satu Malaysia tahu hal ni, mana nenek nak letak muka nenek ni.  Bagi nenek, kahwin adalah jalan terbaik untuk kami berdua”

            “Nenek! Adi tak faham kenapa nenek beriya-iya nak kahwinkan  Adi dengan bunga kertas. Nenek tahu tak, dia yang rancang semua ni. Dia yang plan supaya Adi kena tangkap khalwat dengan dia. Nenek nampak tak?” tegas Raja Awwadi. Aku takkan kahwin. Aku akan tentang habis-habisan. Ini hidup aku. Aku takkan biarkan nenek atur hidup aku. Lebih-lebih lagi nak kahwinkan aku dengan bunga kertas tu. Zaman dah berubah. Kita yang akan cari jodoh kita sendiri. Dah tak yah guna khidmat orang tua lagi.

            “Jangan nak salahkan Villa dalam hal ni. Nenek dah pesan kan! Jangan pergi penthouse nenek di Bangi tapi Adi pergi jugak. Sekarang ni nak salahkan Villa pulak.”  

            “Tapi kenapa nenek tak berterus-terang dengan Adi?  Kalau nenek beritahu awal-awal lagi, Adi takkan pergi ke situ.”

            “Ya ke?” Raja Khalida membuat mimic muka tanda tak percaya. Kalau aku beritahu, entah apa Adi akan buat kali ni supaya Villa berhenti lagi. Aku kenal siapa cucu aku.

            “Nenek tak percaya Adi ke?”

            “Percaya! Tentulah nenek percaya sebab tu nenek tak beritahu Adi.” Nada suara Raja Khalida sinis.

            “Nenek!” Raja Awwadu mengetap bibir. Di sebalik nada suara neneknya, dia tahu nenek tak percaya.

            “Sekarang ni nasi dah jadi bubur. Siapa yang salah, itu dah tak penting lagi.  Perkara yang penting sekarang ni, Adi dan Villa kena kahwin.”

            “No! Adi takkan kahwin dengan bunga kertas tu.  Nenek tak boleh paksa Adi. Perempuan bunga kertas tu tak layak berdiri  di sebelah Adi. Dasar tukang kebun.”

            “Jangan nak hina maruah orang, Adi. Nenek tak pernah ajar. Suka atau tak, Adi kena kahwin dengan Villa. Ini arahan dari nenek.” Tegas Raja Khalida. Dia merenung Raja Awwadi.  Dia sedang menahan kemarahan yang semakin mengeledak di hati.

            “Whatever!” Raja Awwadi mendengus kuat dan berlalu meninggalkan Raja Khalida dan Raja Khatijah.  Langkah diatur pantas keluar .

            “Raja Awwadi.” Jerit Raja Khalida. Terkejut dengan tingkah laku Raja Awwadi. Bibir digigit rapat. Setiap hari kesabarannya diuji dengan perangai Raja Awwadi. Raja Khalida menoleh ke arah Raja Khatijah yang hanya mendiamkan diri. “Dengar tak? Eeee….Budak ni semakin melampau.” Wajahnya merah.

            “Sabar, Kak Long! Hal macam ni kita kena take it slowy. Jangan rushing. Yang kita nak tahu sekarang ni, siapa yang buat report ? Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin, betul tak?”  Teka teki yang perlu mereka selesaikan. Persoalannya siapa?

            Wajahnya sedikit berkerut memikirkannya. Betul cakap, Tijah. Sekarang ni aku nak tahu, siapa punya angkara. Kalau aku dapat tahu, teruk aku kerjakan.


                                                **************************

            Zubir mendekati Zakri yang sedang berdiri di tingkap. Sejak dari tadi Zakri berdiri di situ. Zubir hairan. “Abang Ngah! Tengok apa?”

            “Mak Su!” jawab Zakri dengan suara perlahan.  Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan ibu saudaranya. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin disorokkan.

            “Mak Su ada masalah ke?” soal Zubir.

            “Tak tahu.” Jawab Zakri.

            “Kali ni masalah apa pula? Kalau dulu, masalah Kak Long. Sekarang ni, masalah apa pulak?” Pandangannya tertumpu ke arah ibu saudaranya yang sedang menyemai pokok bunga di luar. Jika ada masalah, itu rutin harian ibu saudaranya.

            “Zubir!” tegur Zakri. Kenapa Mak Cik Fatimah bermalam di sini? Pelik! Sebelum ni tak pernah pun. Yang lebih pelik lagi bila Mak Cik Fatimah yang siapkan sarapan. Perangai Mak Su pun pelik. Walaupun Mak Su cuba berlagak seperti biasa tapi mata Mak Su kelihatan sedih. Apa yang berlaku sebenarnya?

            “ Pelik! Business Mak Su ada masalah ke? Iyelah, keadaan ekonomi sekarang tak menentu. Harga barang naik. Pelanggan semaking kurang. Banyak syarikat dan kedai gulung tikar. Ekonomi dunia sedang dilanda krisis. Tengok sekarang ni, harga minyak mentah jatuh mendadak. Ekonomi Malaysia yang akan teruk kena tempias. Dunia bersin kita demam, betul tak Abang Ngah? Zubir rasa business kedai bunga Mak Su semakin merosot.Mak Su kena buka business lain. Rasanya business apa yang sesuai ? Kalau kita nak buka business kena mesti survey dulu yang penting kehendak pelanggan. ” tanya Zubir. Dia berfikir.

            Zakri menoleh ke arah adiknya.  Betul ke adik aku ni umur 14 tahun? Berfikir mengalahkan aku. Kadang kala dia speechless.

            “Abang Long!” jerit Zain secara tiba-tiba. Dia berlari menghampiri abangnya. “Kak Long call.” Zain memberikan telefon pada Zakri.

            “Terima kasih” Ucap Zakri sambil tersenyum. Pandangannya dialih semula ke arah ibu saudaranya.

                                                *************************

            Villa berdiri di luar pintu pagar rumah. Dia terkejut mendapat panggilan dari RajaAwwadi. Tiba-tiba saja Raja Awwadi ingin berjumpa dengannya. Ada perkara yang nak dibincangkan. Villa gelisah.

            Villa menoleh dan terkejut melihat sebuah kereta bergerak laju ke arahnya.  Semakin laju. Semakin dekat. Villa cuba mengelak tapi kaki berat untuk melangkah. Villa jatuh terduduk apabila kereta itu brek secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya pucat lesi. Dia mengurut dada berulang kali.

            Raja Awwadi keluar dari perut kereta BMW Z4 miliknya.  Pintu kereta ditutup dengan kasar. “Bangun! You ingat I nak tolong you ke? Perempuan macam you tak layak dapat simpati dari I.” kata Raja Awwadi dengan kasar.

            Perlahan-lahan Villa bangun dan berdiri di hadapan Raja Awwadi.  Dia tak sangka begitu sekali perangai Raja Awwadi. Tergamak dia buat aku macam tu. Kalaulah tadi dia langgar aku, agaknya dia blah macam tu saja.  Keras betul hati mamat Audi ni. “You nak apa lagi dari I?” soal Villa dengan kasar.

            Raja Awwadi mendengus kasar.  “ I rasa I yang patut tuju soalan tu kat you. Apa yang you nak dari I? Harta I? Duit I? Status I? ”

            “I tak nak apa-apa dari you, you faham tak!”

            “You tak nak apa-apa dari I, tapi you perangkap I. “ Nada suara Raja Awwadi separuh menyindir.

            “I dah explain banyak kali kat you. I tak perangkap you. Bukan I yang report. “ Sekali Villa cuba membela dirinya. Kenapa? Kenapa aku yang harus dipersalahkan? Aku pun mangsa keadaan.

            “ You ingat I percaya ke, hah? Perempuan mata duitan macam you sanggup buat apa saja asalkan impian you tercapai. You ingat dengan cara ni I akan kahwin dengan you, jangan haraplah. You dengan I, macam langit dan bumi. You sedar diri dulu, layak ke you nak kahwin dengan I!”

            “ I sedar siapa diri I. You tak payah nak ingatkan I.  For you information, I takkan kahwin dengan you.  I tak peduli apa yang nenek you cakap.” Tegas Villa

            “Baguslah.  Itu yang I nak dengar. I harap you pegang kata you hari ni.  Jangan pulak you cakap lain depan nenek I.  Ingat tu! “

            “Don’t worry!  I pegang janji I. I harap selepas ni kita takkan jumpa lagi. “

            “Kenapa you tak nak jumpa I lagi? Takut?”

            “Kenapa pulak I nak takut? I tak pernah buat salah kat you.” 

            “Betul ke you tak pernah buat salah,hah! Iyelah, kali ni plan you gagal. Entah lelaki mana yang akan jadi mangsa you selepas ni. Perempuan mata duitan seperti you takkan pernah puas dengan seorang lelaki.” Perli Raja Awwadi.

            “You tak kenal siapa I sebenarnya, you tak hak nak tuduh I. I boleh saman you.” Bibir digigit rapat. Apa! Perempuan mata duitan! Kenapa dengan mamat ni? Asyik tuduh aku mata duitan saja. Apa masalah dia sebenarnya?

            Raja Awwadi ketawa. “Kau nak saman aku? Kau ada duit ke nak upah lawyer?”  Dia tersenyum sinis. Dia memandang Villa dari atas hingga bawah melihat t-shirt biru, seluar jeans lusuh dan seliper jepun yang dipakai Villa. Baju sendiri pun tak mampu beli, inikan pula nak upah lawyer.  

            Villa mengecilkan anak mata. Bagaikan ada halilintar berdentum di telinga.  Aku tak ada duit? Wah, ikut sedap mulut kau mengata aku! Macam mana kau tahu aku tak ada duit, hah?  Kau check akaun bank aku ke? Kalau aku nak, aku boleh beli company kau. Huh,  aku pun ada duit.

            “Sebelum you upah lawyer, lebih baik you beli baju untuk you. Kasihan! Dah macam pengemis aku tengok. Macam ni nak jadi isteri I, buat malu aje.” Pandangannya sinis ke  arah Villa. Ketawanya kuat. “ Oh ya, I pun berharap selepas ni … kita takkan berjumpa lagi. And I wish you good luck, semoga you dapat jumpa lelaki kaya yang dapat you kikis semua hartanya.” Raja Awwadi mengorak langkah dan berhenti. Dia berpaling  ke belakang. “Huh, semua perempuan sama saja, gold diggers! Bertaubatlah. Malu sikit dengan anak-anak saudara you” kata Raja Awwadi sebelum memasuki perut kereta.

            Bulat anak mata Villa sebaik sahaja mendengar kata-kata yang berbau sindiran dari Raja Awwadi. Dia menggenggam erat tangannya. Menahan marah. Kenapa dengan mamat ni? Apa masalah dia? Agaknya semua wanita di dunia ni dianggap musuh. Semuanya gold digger bagi dia. Apa! Dia ingat semua wanita ni nakkan duit dia ke? Wah, nampaknya dia dah isytihar perang dengan kaum wanita. Kalau aku post kat FB, confirm ramai melenting. Biar dia kena blacklist, padan muka. Mamat Audi ni nak jadi laki aku, no way! Over my dead body! Kalau aku kahwin jugak dengan mamat ni, aku memang ada masalah mental. Pandangannya masih melekat ke arah kereta mewah milik yang meluncur laju meninggalkan rumah Villa.
           

          

           

           

           
                       

3 comments:

Unknown said...

Cian kt villa kne maki dgn raja awwadi.. SapA lah yg buat repot 2.. Ntah2 zaharah kot

My Beadz World said...

Eee nak tenyeh tenyeh si RA perasan bagus sangat....ni mesti kes silap kena perangkap lain yg plan lain yg jadi!

wanee said...

bila nak update baru????

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...