Tuesday, June 2, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 19


BAB 19

Mazlina menarik Bella mengikutinya hingga ke taman. Tangan Bella dilepaskan dengan kasar. Renungan anak mata tepat ke arah Bella yang berdiri di hadapannya. “ Auntie dah pesan kan! Dah banyak kali Auntie pesan Bella, jangan kacau Adi. Bella degil. Bella tepat buat jugak. Auntie tak sangka Bella sanggup buat kerja terkutuk ni.” Marah Mazlina. Sebaik saja selesai solat Isyak dia mendapat panggilan Bella, kata Bella ada cara untuk Adi setuju kahwin dengannya.  Hampir tersentap jantung aku bila dapat tahu plan Bella. Aku tak sangka Bella sanggup bertindak ke tahap ini.

“Kerja terkutuk!” Bella meninggikan suaranya. “Auntie, Bella tak salah. Auntie jangan lupa, Auntie pun sama macam Bella. Kerja terkutuk macam tu, Auntie pun pernah buat kan! Auntie dah lupa ke? Kalau tak, macam mana Auntie boleh berkahwin dengan Uncle Azlan?” sindir Bella.

Buat seketika Mazlina terkejut. Dia mengetap bibir. “Ya, memang dulu Auntie jahat. Selfish! Tapi sekarang Auntie dah berubah. Auntie tak nak Bella jadi seperti Auntie. Hancurkan kehidupan orang lain semata-mata kerana ingin kejar cinta dan kemewahan. Masa depan Bella masih cerah lagi. Ada ramai lelaki di luar sana sesuai untuk Bella. Zaquan? Bukan ke Bella couple dengan Zaquan sekarang ni? “

“Kami keluar beberapa kali, Auntie dah assume kami couple. Zaquan tu pilot je. Tak sesuai dengan Bella. Hanya Abang Adi sesuai dengan Bella. Kenapa? Apa kurangnya Bella? Kenapa Bella tak sesuai dengan Abang Adi? Kami secocok! Sepatutnya Auntie tolong Bella, Bella anak saudara Auntie.”

“Tapi Adi tak sukakan Bella. Cukuplah. Plan Bella dah susahkan ramai orang.  Tak pasal-pasal Adi kena tangkap khalwat dengan Villa. Villa tak salah. Kenapa mesti Villa terlibat sama? “ nasihat Mazlina. Dia terkejut bila mendapat tahu Villa yang kena tangkap khalwat bersama Adi bukannya Bella. Walaupun aku hanya kenal Villa beberapa hari, aku tahu Villa budak baik. Semasa Villa bekerja di sini, Villa sering berbual dengan aku. Sikapnya yang peramah menjadi pengubat kesunyian aku di sini.

“Auntie! Kenapa Auntie asyik sebelahkan orang lain? Bella ni anak saudara Auntie! Auntie dah lupa ke?” marah Bella. Sakit hati bila dirinya tidak dipedulikan.

“Auntie tak pernah lupa, Bella. Sebab itulah Auntie selalu nasihatkan Bella. Yang mana betul dan yang mana salah! Bella ingat bila Bella dan Adi kena tangkap khalwat bersama, Adi akan kahwin dengan Bella. Semuanya itu takkan terjadi. Please, Bella! Berubahlah! Kalau Adi tahu semua ni kerja Bella, Auntie tak tahu apa dia akan buat. Bella tak serik lagi ke !” Mazlina memegang lembut tangan anak saudaranya.

Bella menepis. Wajahnya berona merah. “Tak payahlah nak tunjuk baik . Kalau tak disebabkan kereta Bella rosak malam tu, dah tentu Bella yang kena tangkap khalwat dengan Abang Adi.  Plan Bella sepatutnya success But it’s okey, Abang Adi takkan kahwin dengan perempuan tu. Huh, tukang kebun tu tak layak.” 

“ Siapa kata dia tak layak!” Tiba-tiba Raja Awwadi muncul. Dia telah dengar segala-galanya. Kebetulan dia baru saja balik dari rumah Villa. Dia tak sangka semua ni rancangan Bella.  Selama ini aku sangkaan ini plan bunga kertas tu, rupanya tidak. Dia pun mangsa keadaan seperti aku. Malangnya, dia ada di tempat dan masa yang salah.  “I rasa dia yang lebih layak kahwin dengan I berbanding dengan you.” Berjalan mendekati Mazlina dan Bella.

Bella tergamam. Wajahnya pucat lesi.

“Adi!” Mazlina turut sama terkejut.

“I tak sangka rupa-rupanya ini kerja you, Bella.” Raja Awwadi memegang tangan Bella dengan kasar. “You sedar tak dengan siapa sedang bermain apa sekarang ni, hah!” jerkah Raja Awwadi.

“Abang Adi, lepaslah! Sakit.” Bella merayu. Tangannya digenggam dengan erat. Sakit!

“Sakit! Oooo…. Tahu sakit! You malukan I, you rasa I tak sakit ke? You jatuhkan maruah dan nama baik I semata-mata nak kahwin dengan I. ”  Raja Awwadi tak dapat mengawal kemarahannya lagi.  Dia tak mahu kehilangan segala-galanya.  Di mana aku berdiri sekarang ni, semuanya datangnya dari usaha aku.  Pangkat! Harta! Duit! Begitu penting! Jika hal ni diketahui, aku boleh hilang semuanya sekelip saja.  Usaha aku sia-sia.

“Adi, biar auntie explain!” Mazlina bersuara. Dia bimbang jika sesuatu terjadi pada Bella.

“You diam! I dah dengar semuanya.“ Raja Awwadi berpaling ke arah MAzlina . “Mak saudara dan anak saudara sama saja. Gold diggers! Hey, you berjaya perangkap abah I sebelum ni but now you suruh Bella perangkap I pulak. Nampaknya you turunkan ilmu you kat Bella pula. Goda lelak kaya lepas tu perangkap mereka supaya kahwin dengan you . “ jerkah Raja Awwadi. Dia melepaskan tangan Bella dengan kasar sehingga tubuh badan Bella terduduk di lantai.

Mazlina terus mendapatkan Bella. Dia terkejut dengan tindakan kasar Raja Awwadi.  “Bella!”

“Auntie!” Bella menangis. Badannya rasa sakit. Dia tak sangka Raja Awwadi akan berkasar dengannya.

“You ingat I akan simpati kat you ke? Walau you menangis air mata darah sekali pun, I takkan maafkan you.  Sampai mati I takkan lupa.”

“Adi! Auntie tahu apa yang Bella telah buat memang salah. Auntie minta maaf sebab tak didik Bella dengan baik. Selepas ni, Auntie janji Bella takkan ganggu Adi lagi. Please, maafkan Bella!” Mazlina merayu. Dia kenal dengan perangai Raja Adi. Seorang pendendam! Tiada istilah maaf bagi Raja Awwadi.  

“Abang Adi, Bella minta maaf. I’m sorry!” Bella minta maaf. Air matanya masih mengalir. Rasa takut melihat Raja Awwadi.

Tiba Raja Awwadi ketawa sinis. “Maaf! You fikir dengan perkataan maaf dapat lupakan apa you dah buat kat I. Hal khalwat tu hal kecil ke, hah! “ tengking Raja Awwadi.  Dia merenung mereka berdua seolah-olah ingin ditelan hidup-hidup.

“I takkan maafkan you. I akan buat hidup you merana, Bella! I akan pastikan kau terima balasannya.  Yang pasti, karier you sebagai model akan berakhir. Takkan ada agensi yang akan ambil you. I akan pastikan you tak ada job.  Ini akibatnya jika you cemarkan maruah I, Bella.”

Bella tergamam. Nafasnya seolah-olah tersekat.  Modeling adalah impian aku selama ni. Takkanlah sekelip masa saja musnah. Disebabkan kes di Langkawi hari tu, aku tak ada job selama sebulan.  Hampir gila aku dibuatnya. Aku yakin ini kerja Abang Adi.

“Adi!” Mazlina turut sama terkejut. Dia berpaling melihat Bella. Dah agak ini akan terjadi. Aku dah pesan banyak kali tapi Bella tak dengar. Inilah padahnya jika bangunkan singa yang sedang tidur.

Bella bangun dan terus mendekati Raja Awwadi. “Abang Adi, Bella janji! Bella takkan buat lagi. Sumpah!” Bella merayu. Dia tak sanggup kehilangan  karier yang selama ini dia ceburi. Karier yang dia banggakan selama ni. Dia memegang tangan RajaAwwadi.

Raja Awwadi menepis tangan Bella. Dia menolak Bella ke dinding. Kepala Bella terhantuk di bucu dinding.

“Adi!” Jerkah Raja Khalida. Dia terkejut melihat Raja Awwadi menolak Bella. Dia tak sangka begini cara cucunya melayan wanita. Sepatutnya Adi bersikap gentleman terhadap wanita. Walaupun Bella yang bersalah, dia tak seharusnya dilayan seperti itu. Sebenarnya sejak dari mula lagi dia ada di situ bersama Raja Khatijah. Dia dengar segala-galanya.

“Bella” Mazlina berlari mendapatkan Bella yang sedang memegang dahinya yang berdarah.

Raja Awwadi berpaling. Bibir diketap rapat. Raja Awwadi terus berlalu keluar meninggalkan mereka.

“Adi! Adi!” panggil Raja Khalida. Rasa geram bila panggilannya tidak diendahkan.
“Tak ada gunanya, Kak Long. “ Raja Khatijah menggeleng kepala beberapa kali. Kemudian matanya beralih ke arah Mazlina dan Bella. Keluhan dilepaskan dengan kuat. Inilah padahya kalau cari pasal dengan Adi.


                        ***************************************

Villa memegang pipi yang masih sakit akibat ditampar. Dia tergamam melihat kehadiran wanita di situ.  Dia kenal siapa wanita itu. Itulah Datin Yuzalila. Ibu Syed Malik. “Datin Yuzalila!”

“Baguslah, kau masih ingat siapa aku!”

“Kenapa Datin tiba-tiba …… “ Villa terkejut apabila ditampar secara tiba-tiba. ketika itu dia sedang buka kedai, Rasa pedih masih terasa.

“Kau tak payah nak berlagak baik depan aku! Kau tahu tujuan aku di sini kan! Dari mula lagi, aku tak sukakan kau!  Aku tahu kau tak dapat bahagiakan Malik.  Perempuan kampong macam kau tak layak berkawan dengan anak aku. Disebabkan kau, Malik sanggup putuskan hubungan kami. Lepas kau tinggalkan Malik, hidup Malik musnah. Nasib baik, ada Lia.  Dan sekarang ni, kau nak porak-peranda rumahtangga mereka berdua.  Hey, aku tak tahu kau ni perempuan jenis apa, hah! Kau tinggalkan anak aku dan sekarang nak dia balik, hah?” marah Datin Yuzalila.  Dia terkejut mendapat tahu yang rumahtangga Malik dan Lia mula goyah. Kata Lia, Malik ada perempuan lain. Tak sangka selepas disiasat perempuan tu ialah Villa.  Berani betul perempuan ni ganggu Malik lagi!

“Datin, semua ni salah faham. Saya dan Malik tak ada apa-apa hubungan pun. Hubungan kami dah berakhir lapan tahun yang lalu.Dan Datin perlu  tahu sesuatu, I’m not homewrecker.  Saya tak pernah terfikir pun untuk kembali semula pada Malik, Datin. “

“Kau masih tak nak mengaku lagi! Dah jelas, kau yang ganggu rumahtangga Malik dan Lia.” Semakin tinggi nada suara Datin Yuzalila.

“Saya tak ganggu Malik, Datin. Malik yang ganggu saya. “ tegas Villa. Dia perlu membela dirinya sendiri. Aku bukan pemusnah rumahtangga orang. Aku masih waras. Ada akal untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk. Tak pernah terlintas di fikiran aku nak kembali semula ke pangkuan Malik.

“Maksud kau, Malik yang tergila-gilakan kau!” Mata Datin Yuzailila bulat. Suaranya mula menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.

“Datin, cukuplah. Saya ada banyak masalah sekarang ni. Yang ada dah cukuplah, jangan ditambah lagi. Pasal Malik, lebih baik Datin nasihatkan anak Datin ……  kalau dia ganggu saya dan anak-anak saudara lagi, saya akan buat report polis.” Tegas Villa.  Jika dibiarkan perkara ini akan berlarut.

“What! Perempuan macam kau memang nak kena ajar.” Datin Yuzailila mendengus kuat. Berasap telinganya sebaik sahaja mendengar kata-kata Villa. Berani dia salahkan anak aku dalam hal! Kau memang nak rasa penampar aku lagi. Tangan kanannya diangkat tinggi. Sasarannya ialah wajah Villa. DIa terkejut apabila ada flash yang ganggu matanya.

“Kalau you berani apa-apakan Kak Villa, I akan report polis. Bukti ada di tangan I.” tegas Siti Sumaiyah. Telefon bimbit I-phone yang mengandungi gambar tadi ditunjuk.  Kebetulan dia hantar kakak iparnya, Kak Fatimah. Lagipun ada beberapa document yang perlu Kak Villa tandatangani.

Fatimah mendekati  Villa. Dia terkejut melihat kesan merah di pipi Villa. “Kita orang Melayu, ada budi bicara tapi bukan ini caranya.” Fatimah bersuara namun nada suaranya tegas. Dia tak suka bila Villa dibuli sesuka hati. Mentang-mentanglah Villa tu anak yatim piatu, suka hati mereka nak tampar Villa.  Apa! Villa tak ada perasaan ke? Fatimah geram.

Datin Yuzalila mengetap bibir rapat. Siapa pulak mereka berdua ni? Kacau daun!  “ Ada bodyguards rupanya!” Nada suara Datin Yuzalila sinis. Matanya tepat menghala ke arah Villa. “Hal kita belum habis lagi, ingat tu!” Itulah kata-kata terakhir  dari Datin Yuzalila sebelum melangkah pergi.

“Siapa tu, Villa? Pagi-pagi lagi dah buat kecoh.” Soal Fatimah. Ini first time aku  jumpa perempuan ni. Siapa dia?

Tangannya masih mengusap pipinya yang masih pedih. Keluhan dilepaskan dengan kuat. “Datin Yuzalila. Ibu Syed Malik.”

“Apa!”  Wajah mereka berdua terkejut.

Keluhan kuat dilepaskan. Dia memandang wajah Fatimah dan Siti Sumaiyah. “Apa nak jadi sekarang ni? Semakin hari masalah semakin rumit.” Villa tersenyum hambar.  Baginya kedatangan Datin Yuzalila akan mengundang bencana selepas ini. Aku mesti selesaikan segera. “Sumaiyah, tolong dapatkan no tel isteri Syed Malik!” Anak mata tepat ke arah Siti Sumaiyah.

“Nak buat apa?” soal Fatimah hairan.

“Nak jumpa dia. Isteri Malik perlu tahu .” jawab Villa.  Hanya ini jalan penyelesaian yang aku nampak. Sebelum berlarutan, lebih baik aku cegah.

Fatimah mengelengkan kepala bebeberapa kali.

Siti Sumaiyah menganggukan kepala tanda setuju dengan tindakan Villa.

                        ********************************

Langkah Raja Awwadi terhenti. Dia mendengus kasar melihat wanita yang sedang menyandarkan diri di kereta BMW Z4 miliknya. Kunci kereta dikeluarkan. Raja Awwadi berjalan menuju ke tempat memandu tanpa mempedulikan kehadiran wanita itu.

“Adi! Adi! You dengar tak?” Zaharah terkejut apabila Raja Awwadi tidak hiraukan kehadirannya di situ. Seolah-olah dirinya ghaib.  Dah beberapa dia cuba untuk berjumpa Adi tapi gagal.  Akhirnya, dia dapat peluang.  Dia mengekori kereta Adi dari belakang. “Adi! Wait, I have something to tell you.” Zaharah cuba memegang tangan Raja Awwadi tetapi tangannya ditempis dengan kasar. Zaharag terkejut.

Raja Awwadi menoleh. Dirinya rasa jijik apabila disentuh oleh Zaharah. Perempuan kotor seperti Ara tak layak.  Kemarahan yang selama ini dipendam mula menguasai dirinya. “What do you want from me, Ara?” jerkah Raja Awwadi.

Sekali lagi, Zaharah tergamam. Sebelum ni, Adi tak pernah tinggikan suara kat aku.  Kenapa? “ Adi!”

“Hey perempuan, you nak apa lagi dari I! You dah lupa ke, hah! Dulu you cakap, selagi you hidup you tak ingin nak tengok muka I lagi. Atau you ada penyakit amnesia.” Nada suara kasar. Kalau dulu, aku selalu bercakap lembut tapi kali ni tak lagi. Aku bukan naïf seperti dulu.

Anak mata Zaharah membesar. Terkejut ! Begitu kasar Adi bercakap denagn aku. “Adi, kenapa dengan you ni? Tiba-tiba cakap macam ni kat i. You dah berubah, Adi!”

“Berubah! Kenapa I tak boleh berubah?  I bukan Raja Awwadi yang dulu! Naif dan bodoh! Sekarang ni, mata dan hati I dah buka. I boleh tahu siapa yang ikhlas di sekeliling I. ” Hujung suaranya tegas.

“Apa maksud you, Adi?”

“You nak apa? Cakap cepat, I ada hal.”

“I dah bercerai. Selama I kahwin, I ingat I akan lupakan you tapi tak. Setiap masa I ingatkan you, kenangan antara kita selama ini I masih simpan dalam hati I. Hadiah you beri kat I, I masih simpan. Selepas I bercerai, I terus balik ke Malaysia. I nak sangat jumpa you.  I miss you, Adi.”  Anak matanya melihat Raja  Awwadi yang berdiri di hadapannya. Senyumannya menggoda. Penampilan Raja Awwadi berbeza dari dulu. Bergaya!

Raja Awwadi tersenyum sinis.

“I masih cintakan you. I harap you beri I peluang. I nak kita jadi seperti dulu.” Zaharah berterus-terang. Dia percaya cinta Raja Awwadi hanya untuknya. Selepas 10 tahun, Adi masih cintakan aku. Dia sanggup tunggu aku. Aku yakin Adi masih tak lupakan aku.

Tiba-tiba Raja Awwadi ketawa. Semakin kuat ketawanya. “Tak sangka begitu mudah you berfikir. Selepas you tinggalkan I sebab lelaki lain, you ingat I akan tunggu you ke?  I ada maruah diri , Ara. I takkan biarkan diri I diperbodohkan sekali lagi.  Cukuplah sekali you tipu I. Cinta? Perempuan mata duitan macam you faham ke dengan istilah cinta, hah!  Bagi you cinta ialah duit kan! So sekarang ni berapa yang you nak dari I? 100 ribu? 200 ribu? Tell me! Selepas ni, I tak nak tengok muka you lagi. Faham tak?”  Wajahnya kembali serius.  Aku ingatkan Ara nak minta maaf kat aku, rupanya tak. Tanpa rasa malu, Ara begitu berani mahu aku beri peluang pada dia. Begitu mudah dia ucapkan cinta pada aku. Aku bukan barang second hand yang kau nak guna. Disebabkan kau, istilah cinta tiada dalam kamus hidup aku. Cinta aku dah lama mati.

“Adi!” wajah Zaharah berubah suram.

“ Listen here, Ara! I don’t want to see you face again.  Kalau you berani datang jumpa I lagi,   I akan ajar you cukup-cukup. ”  Tegas Raja Awwadi. Kata-katanya berbau ugutan. Dia terus masuk ke dalam perut kereta.  Enjin kereta dihidupkan.

“Adi! Adi! Please, jangan buat I macam ni!” Butiran air mata milik Zaharah mula membasahi pipi. Tingkap kereta BMW Z4 diketuk beberapa kali. Namun , Raja Awwadi tak peduli dan kereta BMW Z4 terus berlalu meninggalkan parking lot basement.

“Adi” jerit Zaharah.  Dia mengemam bibirnya. Geram! Sakit hati bila dirinya tak dipedulikan. Kereta BMW Z4  sudah hilang dari pandangnnya. Air muka Zaharah berubah serta merta. Air matanya dikesat dengan kasar. “You silap, Adi! I takkan mengaku kalah.  You target I, Raja Awwadi.” Zaharah tersenyum lebar.








7 comments:

fazairah fauzah said...

bila nk kluar nove nie akak? dh x sbar nk bli

fazairah fauzah said...
This comment has been removed by the author.
wanee said...

lama bau update...bla plak nak keluar novel baru

salmi fasliena said...

lamanya nak tunggu kak azimah update novel ni...sambung lg kak...tak puas baca...

Cinta eija said...

Kak npe lambat sgt update.. Jenuh tgu.. Villa ngn adi sama2 tgh bmslh dgn Ex.. Cpt2 lah dorg kwen

My Beadz World said...

Aduii kenapa la ada makhluk2 perosak ni sian villa be strong girl

awdawd said...

trimakasih infonya,,,
sangat menarik,,,
mantap,,,

Post a Comment