Sunday, June 28, 2015

Namaku Bougainvillea Bab 20

BAB 20


            Kunci kereta dicapai. Villa melangkah keluar dari bilik ofis. Dia mendekat Suzie dan Kak Fatimah yang sedang mengubah bunga  yang ditempah. “ Villa nak pergi mana? Nak jumpa isteri Malik ke?” tanya Kak Fatimah.

            “Taklah. Villa ada hal dengan Sumaiyah.”

            “Oooo… ya ke? Aaaaa…. Dah dapat no telefon isteri Malik? Bila nak jumpa?” soal Fatimah ingin tahu. Berani betul Villa nak jumpa! Eee… Tak takut ke, tak pasal-pasal nanti makan penampar. Iyelah, time sekarang ni rumahtangga diorang sedang berangin. Memang confirm hati tengah panas.

            Keluhan kuat dilepaskan “Villa call dia pagi tadi. Bila Villa beritahu nama jer, terus dia diam. Lepas tu Villa beritahu nak jumpa  … terus dia letak. Villa call banyak kali tapi dia tak angkat.  SMS pun Villa send tapi dia tak reply pun. Semakin berat kepala ni!” Kepalanya digoncang beberapa kali.

            “Villa kena ingat sesuatu, bagi dia …. Villa adalah punca rumahtangga dia bergolak sekarang ni.  Nak jumpa Villa, isu sensitive  tahu tak? “

            Suziela menoleh. Dia berhenti membuat kerjanya.

            “Villa tahu, Kak Fatimah. Sebab tu, Villa nak jumpa dia dan settle semua ni. Villa rasa tak sedap hati. “ Villa meluahkan perasaannya. Masalah Raja Awwadi tak selesai lagi. Dan sekarang ni ditambah pulak dengan masalah isteri Malik. Aduh, kenapa semua masalah timpa aku pada masa yang sama.

            “Sabar jer, Kak Villa. Nak buat macam mana? Darah Kak Villa tengah manis sekarang ni.” Tiba-tiba Suziela mencelah seraya tersengih.

            “Hish, budak ni! Tahu menyampuk jer. Tu …. Dah siap gubah ke? Pukul 2 nanti Abang Halim nak pergi hantar. Cepat sikit.” Fatimah menoleh.

            “Yelah! Tengah buat ni. Sikit lagi nak siap.” Bibir Suziela sudah muncung ke depan. Dah macam itik. Dia menyambung semula kerja.

            “Villa pergi dulu. Bye!” Villa tersengih. Kakinya mula melangkah keluar dari kedai. Sebaik saja mendekati kereta kancil, ada seorang wanita yang sedang menanti di situ. Dahi Villa berkerut.

            “You Villa kan!” soal wanita yang berambut ikal mayang melepasi bahu. Wajahnya serius merenung Villa.

            “Ya, saya! Can I help you?” dahinya sedikit berkerut. Berfikir !Siapa wanita ni?  Dia mengamati wajah wanita itu.

            “Sekarang ni, I dah ada di sini. So beritahu I, kenapa you nak jumpa I? Atau you nak tunjuk yang you berjaya memiliki Malik semula.” Tengku Kamalia merenung wanita yang bertakhta di hati suaminya. Pesaing cinta aku. Dia terkejut mendapat panggilan telefon dari wanita ni. Katanya nak jumpa aku. Hampir gugur jantung aku  mendengar pemintaan wanita bernama Villa namun aku kuatkan semangat untuk jumpa. Aku tak salah, kenapa perlu aku takut? Suka atau tak, satu hari nanti aku pasti akan bersemuka.

            “Tengku Kamalia!”  Mata Villa terkebil-kebil melihat Tengku Kamalia.

            “Ya!”

            Villa tersenyum. Dia melihat wajah Tengku Kamalia. Mata Tengku Kamalia bengkak mungkin baru lepas menangis. Terbit perasaan kasihan di hatinya. “I rasa lebih baik kita cakap di dalam kedai I.”  

            “No! I lebih suka di sini. Cakaplah cepat. “ tegas Tengku Kamalia. Jantungnya berdegup kencang. Fikirannya sedang bermain teka-teki. Apa tujuan dia nak jumpa aku? Nak aku restu hubungan mereka ke? Atau dia nak aku bercerai dengan Abang Malik?  Dia cuba mengawal perasaannya.

            “I dan Malik tak ada apa-apa hubungan pun. Kisah kami dah lama berakhir sejak 8 tahun yang lalu. I tak faham, kenapa Datin Yuzailila kata yang I nak rampas Malik dari you? Nonsense!”

            “Tak payah nak tipu I, Villa. Straight to the point! I sedar siapa diri I di hati Malik. Walapun dah 6 tahun I kahwin dengan Malik, Malik tetap cintai you. Kalau satu hari nanti, dia nak berbaik semula dengan you, I tak terkejut. ”  Wajah Tengku Kamalia berubah suram. Kelopak matanya mula berkaca.

            “Tengku Kamalia! I tak ada apa-apa perasaan kat Malik. Percayalah. Kami tak pernah keluar bersama pun. Untuk pengetahuan you, Malik benci I.  Malik suruh I buat pilihan time tu, antara anak-anak saudara I atau Malik? ”

            “Apa maksud you, Villla>” Kelihatan Tengku Kamalia terkejut.

            Villa terkejut dengan reaksi Tengku Kamalia. “Malik tak cerita kat you kenapa kami break up?” soal Villa.

            “You tinggalkan dia disebabkan lelaki lain.” Jawab Tengku Kamalia. Itulah cerita yang aku dengar dari mama. 

            “What!” Villa meninggikan suaranya. Topi yang dipakainya ditanggalkan. Unbelievable ! Huh, berani dia buat cerita macam tu!  Kalau aku jumpa Malik, siap aku kerjakan dia. Ooooo….. . Tangannya digenggam erat. Aku mesti betulkan kenyataan Malik.  “Kami break up bukan disebabkan lelaki lain. You mesti tahu I anak yatim piatu kan! I dibesarkan oleh kakak I.”

            Tengku Kamalia menganggukkan kepala. Mama ada cerita. Mama tak suka Villa sebab keluarga Villa hanya orang biasa. Tak setaraf!

            “8 tahun yang lalu, kakak I dan abang ipar I accident. Mereka berdua meninggal dunia. Time tu, anak-anak saudara I masih kecil lagi. Tiada sesiapa untuk jaga mereka berempat kecuali I. Sebab tu, I buat keputusan berhenti belajar dan pulang ke Malaysia untuk jaga mereka. Keputusan I ditentang Malik. Buat pertama kalinya kami bergaduh besar. Malik suruh I buat pilihan. Pilih dia atau anak-anak saudara I? You rasa siapa yang I pilih?”  Villa memandang tepat anak mata Tengku Kamalia.

            “Anak-anak saudara you!” jawab Tengku Kamalia. Rasa sayu hati mendengarnya.

            Villa cuba tersenyum. “Until now, I tak pernah menyesal dengan pilihan I. Keluarga I lebih penting. You ada anak kan! You pasti tak nak anak-anak you membesar di rumah anak-anak yatim, betul tak?  Itu perasaan I ketika itu. Pasal Malik, mustahil! Kenapa pulak I nak berbaik semula dengan Malik? Dia dah ada you dan anak-anak. I tak suka orang salah faham kat I. Malik hanya nak balas dendam kat I, itu saja!”

            “Itu hanya alasan, Villa. Dia masih cintakan you.”

            “But I don’t love him, Tengku Kamalia. Believe me! I akan settle hal ini denga Malik. Keadaan akan pulih seperti biasa. I akan pastikan Malik akan pulang ke pangkuan you dan anak-anak you. Jangan risau.  Ini janji I kat you. Tapi you kena janji kat sesuatu, you mesti pertahankan keluarga you. Ingat tu.”  Villa memegang tangan Tengku Kamalia secara tiba-tiba.

            Perlahan-lahan Tengku Kamalia menganggukkan kepala. Dia dapat rasakan kata-kata Villa adalah ikhlas. Apa yang mama cerita tentang Villa tak sama, jauh panggang dari api.

            “Lia”

            Tengku Kamalia menoleh dan terkejut melihat Syed Malik yang sedang berjalan mendekati mereka berdua. “Abang” suara Tengku Kamalia bergetar. Tubuhnya mula mengeletar. Takut melihat wajah suaminya.

            “Kau buat apa kat sini, hah! Kenapa kau jumpa Villa?” jerkah Syed Malik.  Dia merenung isterinya seperti musuhnya.

            Sebelum sempat Tengku Kamalia menjawab, satu tamparan hinggap di pipi Tengku Kamalia.

            Villa terkejut besar. Dia tak sangka ini perangai Syed Malik. Bukankah dulu Malik seorang gentlemen.  Dia tak pernah berkasar dengan aku. Tapi kali ni,Syed  Malik dah berubah.   Tergamak dia tampar isterinya sendiri.  Villa mengetap bibir.  Aku tak suka jika kaum wanita dilayan seperti ini. Seorang suami sepertinya menjaga maruah isteri.  Itu tanggungjawab mereka. Villa menarik tangan Tengku Kamalia agar berdiri di belakangnya. “You dah gila ke, Malik? Tampar isteri you sesuka hati.” Marah Villa. Wajah berona merah.

            Syed Malik terkejut.

            “I yang nak jumpa isteri you! So what? Sekarang ni you nak tampar I pulak ke?” Renungan Villa masih pada Syed Malik.

            “Kenapa you nak jumpa Lia? You nak cerita apa kat Lia?” Nada suara Syed Malik bergetar.  Dia bimbang jika rahsianya terbongkar.

            “Kenapa? You takut ke? Atau you ada rahsia yang you takut orang tahu?”

            Serta merta wajah Syed Malik berubah pecat.  “Lia, balik!”

            Tengku Kamalia menggeleng kepala beberapa kali. Dia takut jika suaminya sedang marah.  Bekas pedih masih terasa. Air matanya mula mengalir. Badannya mengeletar mendengar suara Syed Malik.

            “Lia! Balik!” jerkah Syed Malik. Dia cuba memegang tangan Tengku Kamalia tapi ditepis oleh Villa. Syed Malik terkejut dengan reaksi Villa yang seolah-olah melindungi Tengku Kamalia.

            Tengku Kamalia berdiri di belakang Villa.  Dia tak berani bertentangan mata dengan suaminya.

            “Boleh tak you cakap baik-baik dengan Kamalia? You kena ingat dia isteri dan ibu pada anak-anak you.  Dia patut terima layanan yang baik dari you.”

            “Villa, ini masalah keluarga I. You jangan nak masuk campur.”

            “ Ya, memang I orang luar. Tapi apa yang you buat tapi menjatuhkan maruah seorang wanita. You tampar dia di tempat public. Unfair! You ingat I akan biarkan begitu saja. I paling benci lelaki yang suka pukul perempuan.” Marah Villa. Walaupun aku baru kenal Tengku Kamalia tapi aku takkan diamkan saja apabila ketidakadilan berlaku di depan mata.

            “Villa!”  Nafasnya turun naik. Renungan mata masih pada Villa.

            “What’s is going on here, Villa?”

            Villa menoleh. Dia terkejut kehadiran Raja Awwadi di situ. Wajahnya pucat lesi. Aduh, apa mamat ni buat kat sini pulak? Time ni jugak dia nak muncul.

            “You siapa?” soal Syed Malik. Kurang senang dengan kehadiran lelaki itu di situ. Api cemburu terpancar di mata Syed Malik.

            “I?” Raja Awwadi menunding jari  ke arah dirinya. Senyuman terukir di bibir Raja Awwadi. Dia terus memeluk Villa dan menarik tubuh Villa dekat dengannya. “ I bakal suami Villa. Kami akan berkahwin tak lama lagi. Betul tak, my love!” Raja Awwadi memandang wajah Villa.

            Bulat mata Villa melihat Raja Awwadi. Mulutnya sedikit terbuka. Hampir tersentap jantungnya. Kahwin! What! Jerit hati Villa. Kelopak mata tak berkelip. Pandangannya masih pada Raja Awwadi.

            Tengku Kamalia dan Syed Malik turut sama terkejut. Mata mereka masih tidak berganjak melihat Villa dan Raja Awwadi.

                                                *****************************

            Villa mendekati motorsikal Ducati yang dipakir  di sebelah kereta Myvi Zarina. Dia mencekak pinggang seraya membuat mimic muka. “Siapa punya motor ni, hah?  Suka hati dia parking tempat aku. Tak pasal-pasal aku parking kat luar. Ni, sebelah Myvi  boleh parking. Kat sini jugak nak parking. Kawan Zack ke? Tapi ini motor mahal …. “ dahinya sedikit berkerut. Berfikir. Mampu ke student pakai motor macam ni?

            “Mak Su! Pak Su datang!” beritahu Zain yang berdiri di muka pintu menyambut kepulangan ibu saudaranya.

            “Pak Su!” Berlipat dahi  Villa. Pak Su! Maksudnya ini motor mamat Audi ni. Air muka Villa berubah.

            Zain mendekati Villa dan menarik tangan Villa agar mengekori masuk ke dalam rumah. “Cepatlah. Dah lama Pak Su tunggu Mak Su.”

            Zain melepaskan tangan Villa sebaik sahaja tiba di ruang tamu. “Pak Su! Mak Su dah balik.” Zain terus duduk di sebelah Raja Awwadi. Zakri dan Zubir turut sama ada di situ.

            Raja Awwadi tersenyum. Tangannya mengusap perlahan rambut Zain. Pandangannya bertukar ke arah Villa. Dia tahu Villa kurang senang dengan kehadiran dia di situ.

            “Zack! Zubir! Zain! Mak Su ada hal nak cakap dengan Raja Awwadi. “ Suara Villa berbunyi tegas. Sekarang ni dah berani masuk ke rumah aku, selepas ni apa pulak?

            “Cakap jerlah.” Jawab Zubir.

            Zack terus bangun. Dia faham maksud di sebalik kata-kata ibu saudaranya. “ Bangun cepat! Jangan nak menyibuk, Zubir.  Ada hal Mak Su nak cakap dengan Pak Su. Berdua!“ Dia menarik tangan Zubir dan Zain yang masih liat untuk bangun.

            “Zain! Zakri!” Villa meninggikan sedikit suaranya sebagai tanda amaran.

            Akhirnya Zain dan Zubir akur dan mengekori langkah Zakri menaiki tangga ke tingkat atas.

            Villa melabuhkan punggungnya dengan kasar.

            “Apa you nak lagi dari I, hah? Kalau datang sini nak cakap bab kahwin, I tak nak dengar! I tak ingin kahwin dengan you, you tahu tak?” tegas Villa. Keputusan aku takkan berubah. Pelik betul perangai mamat ni. Sebelum ni dialah orang paling kuat tentang hal ini tapi sekarang ni dia beriya-iya ajak aku kahwin. Dah kenapa? Buang tabiat ke? Aku tak faham.

            Raja Awwadi tersenyum sinis. “Betul ke you tak nak kahwin dengan I? Atau you jual mahal sekarang.”

            “Keputusan I muktamad. Tak ada talian hayat. Listen here, I don’t want to marry you. Walaupun you lelaki terakhir di planet ni, I tetap takkan kahwin dengan you.”  Air muka dia serius. Villa cuba mengawal nada suaranya. Bimbang jika perbualan mereka berdua didengari.

            “Betul ke? You takkan menyesal. Lombong emas dah ada depan mata you sekarang ni,  betul ke you tak nak?” Wajah Raja Awwadi bersahaja. Dia sedar wajah Villa berubah merah. Mungkin sedang menahan marah.

            “Tak nak! Lombong emas ke! Lombong Berlian le? Lombong Permata ke? I tak nak. Faham tak?” Villa membuat mimic muka. Meluat dengan perangai Raja Awwadi. Lombong emas! Oh please, jangan nak perasaan. Kau tu lombong batu. Keras! Kasar! Kalau terkena, sakit! Nak samakan diri dengan emas. Cermin diri tu dulu.

            “You sedar tak? Hal tangkap khalwat bukannya perkara mudah. Kalau orang tahu, you yang teruk sebab you perempuan. Kalau I, I tak ada masalah sebab lelaki.  Takkan ada mana-mana lelaki yang akan kahwin dengan you, you nak ke jadi anak dara tua?”

            “Kalau I nak jadi anak dara tu pun, itu bukan masalah you. My life!”

            “ Itulah perempuan! Berfikiran cetek. Bila I cakap lebih-lebih, you kata I nak jatuhkan maruah perempuan.”

            Semakin membesar anak mata Villa merenung Raja Awwadi.

            “ Tiada rahsia yang dapat disimpan selama-lamanya kan. Kalau orang tahu, maksud I …..  anak-anak saudara you tahu hal kita,  apa you nak buat?”

            “I tak takut. I tak bersalah. Kalau anak saudara I tahu, I akan cerita segala-galanya pada mereka. Mereka akan percaya cakap I.”

            “Ok! Fine! Anak-anak saudara you percayakan you tapi pandangan masyarakat terhadap you,  you fikir tak?”
            “ I tak kisah. Apa saja mereka nak fikir tentang diri I, lantak dioranglah. Yang penting, kebenarannya hanya I dan Allah S.W.T yang tahu.” Tegas Villa. Dia tak peduli semua tu.

            Wajah Raja Awwadi sedikit berubah. Kenapa susah sangat perempuan ni nak setuju kahwin dengan aku? Kalaulah perempuan lain, dah lama setuju. Degil betul perempuan ni. Kalau tak disebabkan ugutan nenek, jangan haraplah aku nak kahwin dengan kau.  Argh, aku kena cari jalan lagi. Otaknya ligat berfikir. “Anak saudara you! You tak fikir ke tentang mereka? Tempiasnya pasti kena pada jugak kan!” Senyuman lebar di wajahnya.  Akhirnya jerat dah mengena. Rupa-rupanya ini kelemahan bunga kertas tu.

            Air muka Villa berubah serta-merta. Wajah Villa pucat lesi. Betul jugak cakap mamat ni. Kalau pihak sekolah dapat tahu, macam mana Zack, Zubir & Zain nak belajar? Zack pulak nak ambil SPM tahun ni. Aku tak nak disebabkan aku, mereka dipulaukan oleh masyarakat. Villa mula susah hati.

            “Pandangan masyarakat sangat menakutkan, betul tak? Sekelip mata kehidupan orang tu boleh berubah, sehinggakan ada sanggup bunuh diri sebab tak tahan. You tak takut ke? Maksud I, anak-anak saudara you …. Mereka dapat ke lalui semua tu? Mereka masih kecil lagi terutama Zain.” Tambah Raja Awwadi lagi. 

            Semakin berkerut dahi Villa.

            “Offer I masih terbuka. I buka 24/7 untuk you. Take your time, bunga kertas.” Dalam diam, hati Raja Awwadi berbunga riang.  Aku yakin plan aku akan berjaya. Kalau bab ugut orang, serah jer kat aku. Aku memang pakar.

            Villa masih diam membisu. Kata-kata Raja Awwadi tak dipedulikan.

            “Zack! Zubir! Zain! ” panggil Raja Awwadi.  Dia terus bangun. Raja Awwadi tersenyum melihat Zakri, Zubir dan Zain menuruni tangga.

            “Pak Su dah nak balik ke?” soal Zain. Dia memegang lembut tangan Raja Awwadi

            “Pak Su ada hal sikit.  Hari Ahad ni pukul 8.30 pagi, Pak Su datang ambil Zack, Zubir dan Zain?”

            “Tapi kami tak tanya Mak Su lagi.” Anak mata Zakri melirik ke arah Villa.

            “Pak Su dah tanya, Mak Su setuju.” Jawab Raja Awwadi. Pada hakikatnya aku tak tanya pun. Aku cadang nak bawa mereka ke taman tema air yang akan dibuka bulan depan.

            “Betul ke! Yeay…. Bestnya.” Zain bersorak gembira.

            “ Tak sabar nak naik roller coster. “ Zubir tersengih.

            Villa menoleh ke arah anak saudaranya dan kemudian beralih ke arah Raja Awwadi. Dia menghadiahkan jelingan maut pada lelaki yang berdiri tak jauh darinya.  Semakin menyampah aku dengan mamat ni! Pandai betul dia lobi anak saudara aku.  Aku pelik kenapa Zack , Zubir dan Zain sukakan mamat Audi ni. Apa yang mereka nampak kat mamat ni, aku pun tak tahu.

            Raja Awwadi membalas jelingan Villa dengan mengenyit mata ke arah Villa.

            “Mak Su naik dulu.” Beritahu Villa. Kakinya terus mendaki anak tangga. Dalam hatinya tak berhenti-henti menyumpah Raja Awwadi, Masalah datang tanpa henti. Hari tu tak nak kahwin dengan aku, sekarang ni nak kahwin dengan aku pulak. Kenapa mesti aku? Dah tak ada perempuan lain ke? aduh, semakin berat kepala aku sekarang ni!


            Zakri hanya memerhati. Apa masalah antara Pak Su dan Mak Su? Mereka kelihatan dingin.  Aku dapat rasakan ada sesuatu antara mereka berdua.



15 comments:

Lily said...

Assalammualaikum ... Terima kasih pada semua yang membaca Namaku Bougainvillea selama ini. Ini last post utk NB sebab NB akan dihantar untuk dinilai oleh Karya Seni. Doakan agar karya NB berjaya dibukukan .... Amin. Nantikan Karya saya yang terbaru selepas ini ...... Tuk2 Dia Ketuk Pintu Hatiku..... Saya akan pos bulan ini. Terima kasih ...... :) .....

nurul said...

Wahhhhh, harap2 cepat2 la jadi novel...

nurul said...

Wahhhhh, harap2 cepat2 la jadi novel...

Siti Rahmawati said...

Jual versi ebooknya tak sis

My Beadz World said...

Kawin tak kawin.....lama lagi ke nak tunggu?

Kim said...

Thank you thank you utk bab terbaru. Sedih sebab last di blog.

cik baba said...

Lama menanti akhirnya ada juga...... Best...Harap2 cepat2 siap dalam versi cetak.

Di said...

Salam Lily, Namaku Bouganvilla sudah di bukukan?

Joe Jaceper said...

Dah di bukukan ke novel Namaku bougainvillea ni.?

Di said...

Salam Azimah, namaku bougainvillea sudah di bukukan. Tak sabar nak baca cerita seterusnya

maizaki yuuki said...

bila namaku bougainvillea nak keluar ???

Hajzniey said...

NB dah publish ke?

maizaki yuuki said...

Bila nak publish???

maryam as said...

Salam sis lily.. Lama sudah menunggu nya.. Bila novel ni mahu publish sis 😢😭

maryam as said...

Salam sis lily.. Lama sudah menunggu nya.. Bila novel ni mahu publish sis 😢😭

Post a Comment