BAB
18
“Tak!
Saya tak setuju. Saya tak setuju!” jerit Vill terus terjaga dari tidur. Matanya
meliar melihat keadaan sekeliling. Villa mengurut dada beberapa kali. “Astaghfirullahalazim.
Mimpi rupanya. Macam aku boleh mimpi sampai ke situ. Kena tangkap khalwat lepas
tu kena paksa kahwin dengan mamat Audi tu. Eeeee… tak ada benda lain ke aku nak
mimpi.” Villa membetulkan rambut yang menutupi separuh wajanhya. Pandangan
tepat ke arah jam dinding. Dah pukul 6.30 . Waktu Subuh dah masuk. Villa
bergegas bangun dan berjalan menuju ke bilik air.
Selesai
solat Subuh, Villa melipat kain telekung dan diletakkan di dalam almari. Langkahnya
diatur menuju ke katil dan terus melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Kenapa
aku rasa yang semua tu bukan mimpi?” Dahi sedikit berkerut memikirkan sesuatu.
Dia cuba mengingati kembali apa yang berlaku semalam. Sedikit demi sedikit
Villa mengingati apa yang berlaku. Berkali-kali Villa meraut wajahnya. Tanpa
disedari butiran air matanya mengalir . Tangisan Villa semakin kuat. Hatinya
sebak. Apa aku dah buat ni? Mana aku nak letak muka aku selepas ni ? Kalau anak
saudara aku tahu, aku nak cakap apa?Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan pada
hambaMu kali ini? Semakin laju air matanya mengalir .
Pintu
bilik diketuk. Dengan pantas Villa mengesat air matanya.
“Villa,
boleh Kak Fatimah masuk?”
“Masuklah!”
Suara Villa serak. Villa cuba berlagak seperti biasa. Selepas dia dan Raja
Awwadi ditangkap khalwat , mereka dibawa ke balai polis. Hampir 5 jam, mereka
berdua di situ. Mereka berdua dilepaskan
selepas diikat jamin. Waktu tu, dia sudah tiada sesiapa untuk dihubungi selain
Kak Fatimah. Kak Fatimah datang bersama suaminya untuk menjadi penjamin. Pada
waktu tu, dia tak tahu bagaimana nak bersemuka dengan Kak Fatimah. Malu!
Fatimah
masuk dan duduk di sebelah Villa. Dia memeluk Villa secara tiba-tiba. Dia
memeluk Villa dengan erat. Dari luar lagi, dia dapat dengar Villa sedang
menangis. Villa suka pendam perasaannya sendiri. “Menangislah! Jangan tahan
lagi. Lepaskan.” Belakang Villa diurut perlahan-lahan. Dia faham dengan apa
yang sedang dilalui Villa sekarang. Dia percaya Villa takkan buat kerja
terkutuk ni. Dia masak benar dengan
sikap Villa. Berpegang teguh pada agama. Apa yang berlaku adalah fitnah. Ada
orang cuba kenakan Villa.
“Kak
Fatimah, Villa malu. Kalau anak saudara Villla tahu, macam mana Villa nak
berhadapan dengan mereka? Sepatutnya Villa jadi contoh yang baik untuk mereka
tapi apa yang berlaku sekarang ni ….. Villa tak tahu, Kak Fatimah.” Villa
menangis sekuat hati,
“Villa
tak salah. Kak Fatimah tahu. Dengar sini,Mereka berempat anak saudara Villa.
Villa yang besarkan mereka. Mereka kenal siapa Villa. Kak Fatimah yakin
mereka akan sentiasa berpihak pada
Villa.”
“Villa
tak nak kahwin, Kak Fatimah. Walauapapun terjadi, Villa takkan kahwin dengan
Raja Awwadi. Villa tak bersalah. Villa tak nak.” Villa memandang wajah Fatimah.
Baginya Fatimah tak ubah seperti kakak kandungnya.
“Hal
ni kita boleh bawa berbincang lagi. “ Fatimah cuba memujuk Villa. Sebenarnya
dia juga terkejut dengan keputusan Puan Sri Raja Khalida. Tiba-tiba saja mahu
kahwinkan Raja Awwadi dan Villa. Kelam kabut jadinya. Iyelah, mereka berdua
baru saja diikat jamin lepas tu nak suruh kahwin pulak. Memang tak nak ler…
“Tapi
Puan Sri …..”
“Pasal
Puan Sri, jangan risau. Kak Fatimah akan bercakap bagi pihak Villa. Ada ke
patut dia suruh Villa kahwin dengan cucu dia. Memanglah Raja Awwadi tu
handsome! Kaya! Tapi kalau dah sombong, siapa yang nak , Cakap tu Ikut sedap
mulut dia cakap yang Villa rancang semua ni. Lelaki macam tu tak sesuai jadi
suami Villa. Makan hati nanti. Kak Fatimah ada. Kalau Puan Sri suruh Villa
kahwin jugak dengan Raja Awwadi, Kak Fatimah akan tentang habis-habisan.” Tegas
Fatimah. Hanya lelaki yang baik yang layak untuk Villa.
“Kak
Fatimah!” Villa rasa terharu dengan kata-kata Fatimah. Baginya, dia sudah tiada
sesiapa lagi. Tiada tempat untuk bergantung dan bercerita. Mujurlah ada Kak
Fatimah.
“Dah!
Jangan menangis lagi. Mata tu dah bengkak macam bola golf. “ Fatimah menyeka
sisa-sisa air mata Villa. Tak habis-habis masalah datang menimpa. Dari satu
masalah ke satu masalah.
*******************
Raja
Khatijah memandang tepat wajah kakaknya. “Kak Long serius ke Nak kahwinkan Adi
dengan Villa?”
“Kenapa?
Kau ingat aku main-main ke?”
“Kak
Long! Mereka tu macam anjing dan kucing. Jumpa saja nak gaduh. Boleh ke diorang
berdua jadi suami isteri? Macamlah Kak Long tak kenal perangai cucu Kak Long
tu.” Raja Khatijah tak setuju dengan tindakan kakaknya.Nanti orang kata kita buat anaiya
anak orang pulak.
“Jangan
risau. Walauapa pun yang terjadi, mereka berdua mesti kahwin. Keputusan Kak
Long muktamad. “ tegas Raja Khalida. Ini saja peluang yang aku nampak. Dah ada
depan mata, tak mungkin aku lepaskan. Di mata aku hanya Villa wanita yang
sesuai menjadi isteri Raja Awwadi. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Aku tak nak Bella atau Zaharah jadi isteri
Adi. Mereka berdua tak layak.
“Adi
tak setuju. Adi takkan kahwin dengan bunga kertas tu. Kenapa dengan nenek ni?” Tiba-tiba Raja Awwadi
mencelah. Kebetulan ingin keluar dan terdengar perbualan neneknya.
“Kenapa?
Kamu berdua ditangkap khalwat lepas tu Adi boleh tanya lagi kenapa ….. Kalau
satu Malaysia tahu hal ni, mana nenek nak letak muka nenek ni. Bagi nenek, kahwin adalah jalan terbaik untuk
kami berdua”
“Nenek!
Adi tak faham kenapa nenek beriya-iya nak kahwinkan Adi dengan bunga kertas. Nenek tahu tak, dia
yang rancang semua ni. Dia yang plan supaya Adi kena tangkap khalwat dengan
dia. Nenek nampak tak?” tegas Raja Awwadi. Aku takkan kahwin. Aku akan tentang
habis-habisan. Ini hidup aku. Aku takkan biarkan nenek atur hidup aku.
Lebih-lebih lagi nak kahwinkan aku dengan bunga kertas tu. Zaman dah berubah. Kita
yang akan cari jodoh kita sendiri. Dah tak yah guna khidmat orang tua lagi.
“Jangan
nak salahkan Villa dalam hal ni. Nenek dah pesan kan! Jangan pergi penthouse
nenek di Bangi tapi Adi pergi jugak. Sekarang ni nak salahkan Villa pulak.”
“Tapi
kenapa nenek tak berterus-terang dengan Adi?
Kalau nenek beritahu awal-awal lagi, Adi takkan pergi ke situ.”
“Ya
ke?” Raja Khalida membuat mimic muka tanda tak percaya. Kalau aku beritahu,
entah apa Adi akan buat kali ni supaya Villa berhenti lagi. Aku kenal siapa
cucu aku.
“Nenek
tak percaya Adi ke?”
“Percaya!
Tentulah nenek percaya sebab tu nenek tak beritahu Adi.” Nada suara Raja
Khalida sinis.
“Nenek!”
Raja Awwadu mengetap bibir. Di sebalik nada suara neneknya, dia tahu nenek tak
percaya.
“Sekarang
ni nasi dah jadi bubur. Siapa yang salah, itu dah tak penting lagi. Perkara yang penting sekarang ni, Adi dan
Villa kena kahwin.”
“No!
Adi takkan kahwin dengan bunga kertas tu.
Nenek tak boleh paksa Adi. Perempuan bunga kertas tu tak layak
berdiri di sebelah Adi. Dasar tukang
kebun.”
“Jangan
nak hina maruah orang, Adi. Nenek tak pernah ajar. Suka atau tak, Adi kena
kahwin dengan Villa. Ini arahan dari nenek.” Tegas Raja Khalida. Dia merenung
Raja Awwadi. Dia sedang menahan
kemarahan yang semakin mengeledak di hati.
“Whatever!”
Raja Awwadi mendengus kuat dan berlalu meninggalkan Raja Khalida dan Raja
Khatijah. Langkah diatur pantas keluar .
“Raja
Awwadi.” Jerit Raja Khalida. Terkejut dengan tingkah laku Raja Awwadi. Bibir
digigit rapat. Setiap hari kesabarannya diuji dengan perangai Raja Awwadi. Raja
Khalida menoleh ke arah Raja Khatijah yang hanya mendiamkan diri. “Dengar tak?
Eeee….Budak ni semakin melampau.” Wajahnya merah.
“Sabar,
Kak Long! Hal macam ni kita kena take it slowy. Jangan rushing. Yang kita nak
tahu sekarang ni, siapa yang buat report ? Pokok takkan bergoyang kalau tak ada
angin, betul tak?” Teka teki yang perlu
mereka selesaikan. Persoalannya siapa?
Wajahnya
sedikit berkerut memikirkannya. Betul cakap, Tijah. Sekarang ni aku nak tahu,
siapa punya angkara. Kalau aku dapat tahu, teruk aku kerjakan.
**************************
Zubir
mendekati Zakri yang sedang berdiri di tingkap. Sejak dari tadi Zakri berdiri
di situ. Zubir hairan. “Abang Ngah! Tengok apa?”
“Mak
Su!” jawab Zakri dengan suara perlahan.
Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan ibu saudaranya.
Seolah-olah ada sesuatu yang ingin disorokkan.
“Mak
Su ada masalah ke?” soal Zubir.
“Tak
tahu.” Jawab Zakri.
“Kali
ni masalah apa pula? Kalau dulu, masalah Kak Long. Sekarang ni, masalah apa
pulak?” Pandangannya tertumpu ke arah ibu saudaranya yang sedang menyemai pokok
bunga di luar. Jika ada masalah, itu rutin harian ibu saudaranya.
“Zubir!”
tegur Zakri. Kenapa Mak Cik Fatimah bermalam di sini? Pelik! Sebelum ni tak
pernah pun. Yang lebih pelik lagi bila Mak Cik Fatimah yang siapkan sarapan. Perangai
Mak Su pun pelik. Walaupun Mak Su cuba berlagak seperti biasa tapi mata Mak Su
kelihatan sedih. Apa yang berlaku sebenarnya?
“
Pelik! Business Mak Su ada masalah ke? Iyelah, keadaan ekonomi sekarang tak menentu.
Harga barang naik. Pelanggan semaking kurang. Banyak syarikat dan kedai gulung
tikar. Ekonomi dunia sedang dilanda krisis. Tengok sekarang ni, harga minyak
mentah jatuh mendadak. Ekonomi Malaysia yang akan teruk kena tempias. Dunia bersin
kita demam, betul tak Abang Ngah? Zubir rasa business kedai bunga Mak Su
semakin merosot.Mak Su kena buka business lain. Rasanya business apa yang
sesuai ? Kalau kita nak buka business kena mesti survey dulu yang penting
kehendak pelanggan. ” tanya Zubir. Dia berfikir.
Zakri
menoleh ke arah adiknya. Betul ke adik
aku ni umur 14 tahun? Berfikir mengalahkan aku. Kadang kala dia speechless.
“Abang
Long!” jerit Zain secara tiba-tiba. Dia berlari menghampiri abangnya. “Kak Long
call.” Zain memberikan telefon pada Zakri.
“Terima
kasih” Ucap Zakri sambil tersenyum. Pandangannya dialih semula ke arah ibu saudaranya.
*************************
Villa
berdiri di luar pintu pagar rumah. Dia terkejut mendapat panggilan dari
RajaAwwadi. Tiba-tiba saja Raja Awwadi ingin berjumpa dengannya. Ada perkara
yang nak dibincangkan. Villa gelisah.
Villa
menoleh dan terkejut melihat sebuah kereta bergerak laju ke arahnya. Semakin laju. Semakin dekat. Villa cuba
mengelak tapi kaki berat untuk melangkah. Villa jatuh terduduk apabila kereta
itu brek secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya pucat lesi. Dia
mengurut dada berulang kali.
Raja
Awwadi keluar dari perut kereta BMW Z4 miliknya. Pintu kereta ditutup dengan kasar. “Bangun!
You ingat I nak tolong you ke? Perempuan macam you tak layak dapat simpati dari
I.” kata Raja Awwadi dengan kasar.
Perlahan-lahan
Villa bangun dan berdiri di hadapan Raja Awwadi. Dia tak sangka begitu sekali perangai Raja
Awwadi. Tergamak dia buat aku macam tu. Kalaulah tadi dia langgar aku, agaknya
dia blah macam tu saja. Keras betul hati
mamat Audi ni. “You nak apa lagi dari I?” soal Villa dengan kasar.
Raja
Awwadi mendengus kasar. “ I rasa I yang
patut tuju soalan tu kat you. Apa yang you nak dari I? Harta I? Duit I? Status
I? ”
“I
tak nak apa-apa dari you, you faham tak!”
“You
tak nak apa-apa dari I, tapi you perangkap I. “ Nada suara Raja Awwadi separuh
menyindir.
“I
dah explain banyak kali kat you. I tak perangkap you. Bukan I yang report. “
Sekali Villa cuba membela dirinya. Kenapa? Kenapa aku yang harus dipersalahkan?
Aku pun mangsa keadaan.
“
You ingat I percaya ke, hah? Perempuan mata duitan macam you sanggup buat apa
saja asalkan impian you tercapai. You ingat dengan cara ni I akan kahwin dengan
you, jangan haraplah. You dengan I, macam langit dan bumi. You sedar diri dulu,
layak ke you nak kahwin dengan I!”
“
I sedar siapa diri I. You tak payah nak ingatkan I. For you information, I takkan kahwin dengan
you. I tak peduli apa yang nenek you
cakap.” Tegas Villa
“Baguslah. Itu yang I nak dengar. I harap you pegang
kata you hari ni. Jangan pulak you cakap
lain depan nenek I. Ingat tu! “
“Don’t
worry! I pegang janji I. I harap selepas
ni kita takkan jumpa lagi. “
“Kenapa
you tak nak jumpa I lagi? Takut?”
“Kenapa
pulak I nak takut? I tak pernah buat salah kat you.”
“Betul
ke you tak pernah buat salah,hah! Iyelah, kali ni plan you gagal. Entah lelaki
mana yang akan jadi mangsa you selepas ni. Perempuan mata duitan seperti you
takkan pernah puas dengan seorang lelaki.” Perli Raja Awwadi.
“You
tak kenal siapa I sebenarnya, you tak hak nak tuduh I. I boleh saman you.”
Bibir digigit rapat. Apa! Perempuan mata duitan! Kenapa dengan mamat ni? Asyik
tuduh aku mata duitan saja. Apa masalah dia sebenarnya?
Raja
Awwadi ketawa. “Kau nak saman aku? Kau ada duit ke nak upah lawyer?” Dia tersenyum sinis. Dia memandang Villa dari
atas hingga bawah melihat t-shirt biru, seluar jeans lusuh dan seliper jepun
yang dipakai Villa. Baju sendiri pun tak mampu beli, inikan pula nak upah
lawyer.
Villa
mengecilkan anak mata. Bagaikan ada halilintar berdentum di telinga. Aku tak ada duit? Wah, ikut sedap mulut kau
mengata aku! Macam mana kau tahu aku tak ada duit, hah? Kau check akaun bank aku ke? Kalau aku nak,
aku boleh beli company kau. Huh, aku pun
ada duit.
“Sebelum
you upah lawyer, lebih baik you beli baju untuk you. Kasihan! Dah macam
pengemis aku tengok. Macam ni nak jadi isteri I, buat malu aje.” Pandangannya
sinis ke arah Villa. Ketawanya kuat. “ Oh
ya, I pun berharap selepas ni … kita takkan berjumpa lagi. And I wish you good
luck, semoga you dapat jumpa lelaki kaya yang dapat you kikis semua hartanya.” Raja
Awwadi mengorak langkah dan berhenti. Dia berpaling ke belakang. “Huh, semua perempuan sama saja,
gold diggers! Bertaubatlah. Malu sikit dengan anak-anak saudara you” kata Raja
Awwadi sebelum memasuki perut kereta.
Bulat
anak mata Villa sebaik sahaja mendengar kata-kata yang berbau sindiran dari
Raja Awwadi. Dia menggenggam erat tangannya. Menahan marah. Kenapa dengan mamat
ni? Apa masalah dia? Agaknya semua wanita di dunia ni dianggap musuh. Semuanya
gold digger bagi dia. Apa! Dia ingat semua wanita ni nakkan duit dia ke? Wah,
nampaknya dia dah isytihar perang dengan kaum wanita. Kalau aku post kat FB,
confirm ramai melenting. Biar dia kena blacklist, padan muka. Mamat Audi ni nak
jadi laki aku, no way! Over my dead body! Kalau aku kahwin jugak dengan mamat
ni, aku memang ada masalah mental. Pandangannya masih melekat ke arah kereta
mewah milik yang meluncur laju meninggalkan rumah Villa.
3 comments:
Cian kt villa kne maki dgn raja awwadi.. SapA lah yg buat repot 2.. Ntah2 zaharah kot
Eee nak tenyeh tenyeh si RA perasan bagus sangat....ni mesti kes silap kena perangkap lain yg plan lain yg jadi!
bila nak update baru????
Post a Comment