Wednesday, September 16, 2015

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 2


          BAB 2

  Liya membetulkan posisi duduk agar lebih lebih selesa sebaik sahaja melabuhkan punggung di pelantar kayu. Sawah padi yang terbentang luas menghijau membuat Liya kagum dengan anugerah kurniaan dari Nya. Setiap kali balik dari kandang lembu aku akan singgah di sini dulu. Dia tersenyum melihat beberapa orang kanak-kanak kampung yang sedang bermain layang-layang. Hatinya terhibur memerhati gelagat mereka.

            “Woi!”

            Liya mengurut dada beberapa kali dan menoleh ke arah tuan punya suara yang menyergah secara tiba-tiba.

            Zaiton ketawa terbahak-bahak.

            “Ang tak reti beri salam ka? Perangai macam budak-budak. Ang kena ingat ang tu dah jadi mak budak pun. Dah nak masuk tiga. Nasib baik jantung aku ni masih kuat kalau tak … dah lama ting tong.”

            Zaiton hanya tersenyum mendengar bebelan sahabat baiknya. “Bukan selalu pun, aku tengok ang khusyuk sangat. Itulah ada orang nak kahwin dengan ang, ang lari. Kalau tak, tahun ni kita sama-sama dapat anak. Aaa…. Mesti best.”

            “Eee…. Excuse me, aku ni masih muda lagi. Banyak lagi benda aku nak buat. Aku nak jadi usahawan kampung yang berjaya. Aku nak luaskan empayer perniagaan aku.”

            “Perniagaan apa? Lembu ang tu? Kambing ang tu? Boleh luas ke?” Zaiton menggelengkan kepala seraya duduk di pangkin kayu.

            “Eeee…. Tak baik hina tahu tak? Ang jangan lupa, Ton! Laki ang kerja dengan aku. Lembu kambing tu sumber mata percarian keluarga ang. Kalau empayer perniagaan aku bertambah, ang jugak tumpang senang. Aku up gaji laki ang. Bertambah gelang emas ang tu. Boleh beli rumah baru, tak payah ang nak dok rumah mak mertua ang lagi. Tu … kereta viva ang tu, boleh tukar kereta baru. Vios? Honda Civic? Betul tak?” Liya tersengih melihat telatah Zaiton yang menganggukkan kepala tanda setuju.

            “Betui jugak cakap ang tu, Liya!” Zaiton mula tersenyum. Dia dah mula pasang angan-angan. Tiba-tiba Zaiton teringat sesuatu. “Cakap pasal laki aku, mana sepupu kesayangan ang tu? Kenapa tak balik lagi? Dah nak senja tapi tak balik-balik lagi.”

            Giliran Liya pula yang tersenyum. Teringat pula zaman sekolah dulu-dulu, Ghani dan Zaiton memang musuh ketat. Tak boleh bertemu langsung, asyik bertekak saja. Itulah kalau benci sangat pun bahaya, alih-alih jatuh cinta pulak lepas tu. Dah kahwin pun, anak dah nak masuk tiga. Dah jodoh. “ Tak payah bimbang, tadi masa aku balik …. Ghani dan mamat tengah masukkan kambing-kambing dalam kandang. Jap lagi, baliklah tu. Tak boleh nak renggang langsung, malam nanti ang berkepit dengan laki ang tu 24 jam.”

            “Jealous ka?”

            “Tak kuasa aku nak jealous! Bazir ja.”

            “Liya!” Tiba-tiba suara Zaiton berubah serius. Anak mata Liya direnung. “Ang masih tak dapat lupakan Muaz ke? Takkan lelaki tak guna macam tu ang dok suka lagi? Sebab dia ka ang tolak semua jodoh pilihan mak ang?”

            “Kenapa tiba-tiba ang sebut nama tu? Ang tau kan aku tak suka dengar nama lelaki tak guna tu! Kisah antara aku dan dia dah lama terkubur.” Air muka Liya berubah apabila nama Muaz disebut. Liya takkan lupa apa yang Muaz telah buat.

            “Aku minta maaf, Liya! Aku pun tak sangka, aku ingatkan orangnya baik. Iyelah muka tu nampak macam lurus bendul saja. Kat sekolah dulu, hampa berdua kan famous couple. Aku ingat bila hampa berdua study kat Australia, dia boleh tolong ang bila ang susah. Aku betul-betul tak sangka dia sanggup tinggal ang macam tu saja.  Lepas tu boleh pulak canang satu kampung pasal ang, eeeee… geram aku! Kalau aku jumpa dia, aku nak ganyang mulut dia. Geram!” Zaiton mengetap bibir.

            “Biarlah, Ton! Aku bersyukur sekurang-kurangnya apa yang terjadi kat aku time tu, aku tahu siapa sebenarnya yang ikhlas berkawan dengan aku. Aku tak rugi apa-apa pun. At least aku ada kau dan Lah.” Tangan Zaiton dipegang dengan erat. Semakin meleret senyuman Liya. Tak mungkin aku dapat lupa kisah hitam dalam hidup aku. Sekelip mata aku hilang semuanya. Kemalangan ngeri itu meragut nyawa ketiga-tiga orang sahabat karibnya. Hanya dia seorang yang terselamat kerana tercampak keluar dari kereta namun dia cedera parah dan terpaksa berada di hospital hampir 6 bulan untuk menerima rawatan.

            “Betul tu! Aku dan Lah akan selalu ada untuk ang, Liya. Ada masalah saja, roger kat aku. Aku akan tolong.” Kata Zaiton bersungguh-sungguh.

            “Aku tahu. Ang memang sahabat aku dunia dan akhirat.”

            “Touching tahu tak?” Zaiton membuat mimic muka sedih. Rasa kembang kempis hidung bila dipuji seperti itu. “Aaaa…. Pasal lelaki yang selamatkan ang hari tu, ang masih cari sapa dia ?”

            “Ya.”

            “Macam mana ang nak cari? Muka tak tahu macam mana? Nama pun tak tahu? Dah lapan tahun, Liya! Ang masih nak cari ke?”

            “Aku terhutang budi kat dia, Ton! Kalau dia tak nampak aku  dalam belukar time tu, aku dah jadi arwah dah. Tak dapat ang nak duduk sebelah aku macam ni. Hutang budi dibawa mati, ang tahu kan! At least, aku nak ucapkan terima kasih.” Liya masih ingat apa yang berlaku malam tu.
“Aku tahu! Nak cari kat mana? Ang pasti ka dia tu orang Malaysia?”

       “Aku dengar dia cakap, Ton! Kalau boleh aku nak cari dia sampai jumpa. Aku nak ucapkan terima kasih. Aku ada di sini disebabkan dia. Walaupun dia tak kenal aku tapi dia stay dengan aku sehingga ambulans sampai. Dia ikut aku masuk dalam ambulans hinggalah sampai hospital. Dia cakap dengan aku time tu dan beri kata-kata semangat kat aku. Waktu tu aku rasa macam nak mati saja, sakitnya hanya Dia saja yang tahu. Muka aku penuh dengan darah . Separuh wajah aku hampir hancur. Kau tahu kan! Kalau tak disebabkan plastic surgery mesti orang takut tengok muka aku ni. ” Nada suara Liya mula bergetar . Liya memegang wajahnya.  Dia mengimbau kembali apa yang berlaku.Titik hitam dalam sejarah hidupnya.” Time tu tangan dan kaki aku langsung tak boleh bergerak. Aku tak rasa apa-apa pun. Bila aku dengar Karen, Yana dan Zetty dah tak ada, aku rasa nak mati saja. Kalau kami tak pergi Melbourne hari tu, semua ni takkan terjadi. Mereka bertiga mesti hidup lagi, Ton!” Kelopak mata Liya mula berair. Rasa sebak mengenangkan apa yang berlaku.

    Zaiton mula gelisah melihat kelakuan Liya. Tangan terus dipegang. Sejuk! Dia tahu Liya masih trauma dengan apa yang berlaku walaupun dah lapan tahun ia berlalu. “Liya! Liya! Bawa mengucap. Jangan ikutkan perasaan. Liya!” Semakin erat genggaman Zaiton. Tubuh Liya digoncang agar Liya sedar dari lamunannya. “Liya!” jerkah Zaiton sekuat hati.

   Liya terkejut dan tersedar. Wajah Zaiton dipandang kosong. Tiba-tiba Liya teringat sesuatu. Pantas air mata diseka. “Aaa… Ton, sorry! Aku terbawa-bawa perasaan aku tadi.” Liya menundukkan kepala dan terus bangun. Liya rasa malu nak bersemuka dengan Zaiton selepas apa yang berlaku tadi.

“Liya!”

  “Aku …. Aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi.” Langkah diatur laju menuju ke arah motor Yamaha yang diparkir di sebelah pangkin kayu. Liya masih menundukkan kepala. Enjin motor dihidupkan dan terus berlalu pergi tanpa menoleh semula pada Zaiton.

   Zaiton menampar mulut beberapa kali. Rasa bersalah! “Eeee… mulut aku ni! Yang kau gatal sebut nama Muaz tak guna tu buat apa? Tak pasal-pasal Liya ingat pasal kemalangan tu.”  Anak mata Zaiton masih memerhati motor yang dibawa Liya yang membelok kanan. Terbit rasa kasihan di hati Zaiton.





4 comments:

Cinta eija said...

Apa yg blaku sbnarnya.. Kcian kt lia..


Kak lily pls sbug cpt

salmi fasliena said...

Kak...sambung lg...

salmi fasliena said...

Kak...sambung lg...

Kim said...

Lama tunggu sambungan. Best sambung lagi ye.

Post a Comment