BAB 3
“Liya masak apa pagi ni?” tanya Hajah Salmiah seraya
berjalan mendekati meja makan yang sudah dipenuhi dengan makanan. Dia baru saja
keluar dari bilik untuk sediakan makan pagi. Rupa-rupanya dah pun siap. Liya
memang pandai masak. Bab memasak memang terror. Nak makan apa, cakap saja. Dah
boleh kahwin pun tapi sayang semua pilihan aku langsung dia tak berkenan. Entah
siapa dia tunggu aku pun tak tahu. Nasib baiklah, anak perempuan seorang saja.
Liya
tersenyum. “Nasi lemak ada! Bihun goreng ada! Cucur jagung pun ada. Mak
duduklah. Dah siap ni. Sekejap Liya panggil ayah dan abang.” Teko air kopi yang baru dibancuh diletakkan
di atas meja.
“Biar mak
panggilkan! Siapkan cepat. Kalau tak siap, ayah ang bising pulak” Hajah Salmiah
mencelah dan berjalan meninggalkan ruang dapur. Beberapa minit kemudian, Haji
Razali dan Hazri berjalan memasuki ruang makan mengekori Hajah Salmiah.
Hazri terus
menarik kerusi dan menghidu bau nasi lemak yang sudah menerjah masuk ke dalam
rongga hidungnya. Perut terus berkeroncong. “Wow… banyaknya makanan! Semalam
mimpi apa? Tiba-tiba murah hati nak masak semua ni. Hmmm….. abang tahu, mesti
semalam Liya mimpi jadi isteri orang! Sapa laki Liya, citer la! Abang nak tahu!
Itulah ada orang ajak Liya kahwin, Liya jual mahal.” Wajah adik kembarnya direnung.
Liya
mengetap bibir. Ini seorang lagi, sengaja sebut bab kahwin. Kalut sangat kalau
bab aku ni! Sengaja tu nak bagi point kat mak, sat gi mak start tazkirah bab kahwin akulah mangsanya. Tiba-tiba
senduk nasi dihala ke arah Hazri. “Abang memang sengaja nak naikkan darah Liya
kan! Kalau macam tu, tak payah makan.” Liya terus mengambil pinggan yang berisi
nasi di hadapan Hazri.
“Eh … Eh….
“ Hazri terkejut dan air muka terus berubah masam. Tak boleh nak cuit sikit
terus melenting. Dia menarik semula
pinggan dari tangan Liya.
Hajah
Salmiah hanya mendiamkan diri dan terus menarik kerusi. Dia duduk di sebelah
Liya. Dia sudah masak dengan perangai anak-anaknya. Setiap hari ada saja benda
nak gaduh. Kecil-kecil dulu sampai sekarang tak habis-habis nak bergaduh. Aku
malas nak cakap apa-apa. Kalau aku tegur, mereka kata aku ni kuat berleter pulak. Hajah Salmiah menuang air kopi di dalam cawan
suaminya.
“Hish ….
Hampa berdua ni dah besar panjang pun nak bergaduh lagi. Sudah-sudahlah. Ni
rezeki kat depat mata, tak eloklah bergaduh macam tu. Lekas, baca doa cepat.
Ayah dah lapar ni.” Tegur Haji Razali sebelum mengangkat kedua-dua tangan untuk
membaca doa.
Liya dan
Hazri terus mendiamkan diri dan menuruti saja kata-kata ayah mereka. Liya
sempat menjeling ke arah Hazri. Selepas saja doa makan dibaca, masing-masing
menjamu selera.
“Aaa…
sebelum ayah terlupa, kunci rumah sewa tu
…. Ayah dah letak kunci di atas almari kat depan. Hazri tengok dulu dan
bersih yang mana patut. Confirm banyak habuk. Check suis lampu, tengok nyala ke
tak! Lepas tu paip air pun kena check, takut-taku pulak kalau ada terbocor.
Ayah tak mau la nanti ada benda rosak kat rumah sewa tu. Tak eloklah macam tu.”
Kata Haji Razali panjang lebar.
“Baik,
ayah! Lepas makan nanti, Hazri pi tengok.”
“Kawan
Hazri tu dah kahwin ke belum?” tanya Hajah Salmiah. Hati tiba-tiba terdetik nak
tahu.
Gulp!
Tiba-tiba rasa ada benda terlekat, Liya melirik mata ke arah ibunya. Dah ku
agak!
“Belum.”
Ringkas jawapan Hazri. Dia sempat melihat reaksi adiknya.
“Maksudnya,
kawan Hazri tu single lagi. Tak ada isteri.” Suara Hajah Salmiah ceria secara
tiba-tiba.
“Ya! Memang
single! Tak ada isteri!”
Bibir Villa
digigit rapat menahan marah. Sudu digenggam erat. Dia masih tak lepas merenung
Hazri. Memang sengaja cari nahas, sukalah tu. Nanti siaplah, aku tahulah cara
nak ajar kau nanti. Tunggulah.
“But ….
hati dia dah ada bunga, mak! Adli dah nak tunang tahun ni. Sorry la, mak!”
Hazri berterus-terang.
Hajah
Salmiah mengeluh kuat tanda hampa. Ingatkan kawan Hazri tu jodoh Liya, aiii…
nampaknya lambat lagi orang kampung nak merasa nasi minyak Liya. Sebiji cucur
jagung diambil dan dikunyah perlahan-lahan.
Fuh! Lega
rasanya. Selamat aku! Liya mengurat dadanya beberapa kali. Dia menyambung
semula makan yang terbantut tadi. Rasa berselera sekarang ni.
“Tapi ….
Kadang-kadang tu bertunang pun boleh putus. Jodoh orang kita tak boleh nak
jangka” Hazri sengaja menokok tambah ayatnya. Dia suka sangat mengusik adiknya,
Hasliya!
Sudu
diletak dengan kasar di atas meja. “Abang!” jerkah Liya. Dia bengang bila Hazri
cuba menarik minat ibu mereka. Eee…. Sakitnya hati aku! Mak dah give up , mulut
tu sengaja nak beri idea yang bukan-bukan kat mak. Main tarik tali denga mak
pulak.
Haji Razali
yang sedang meneguk air kopi, tersedak kerana terkejut dengan suara Liya .
“Ayah!”
Hazri menoleh dan mengurut belakang ayahnya.
“Ayah!”
Liya rasa bersalah melihatnya.
“Tengok apa
Liya dah buat! “ marah Hazri seraya memberi tisu pada ayahnya.
Haji Razali
menampar belakang Hazri dengan kuat. “Dah la. Tak habis-habis nak usik Liya. “
tegur Haji Razali. Walaupun dia hanya mendiamkan diri sebenarnya dia faham apa
yang berlaku.
“Sakit!
Ayah ni!” Hazri mengurut belakangnya. Pedih!
“Hampa berdua
ni tak pernah bagi ayah dan mak makan dengan aman. Ada saja nak kelahi. Umur tu
dah 28 tahun tapi perangai tak matang langsung. Mak dah pesan banyak kali kan!
Jangan bergaduh depan rezeki. Tak baik.” Tegur Hajah Salmiah. Bihun goreng
dicedok ke dalam pinggan.
“Tapi mak
yang mulakan dulu.” Jawab Hazri.
“Hish budak
ni! Dia tolak salah dia kat kita pulak.”
“Dah la tu.
Cepat makan! Lepas ni, Hazri nak bersihkan rumah sewa pulak.”
“Ya, ayah!”
jawab Hazri tanda akur dengan arahan Haji Razali. Tiba-tiba Hazri tersengih di
hadapan Liya yang duduk bertentangan di meja makan. “Liya!” tiba-tiba suara
Hazri berubah menjadi manja. Dia membuat muka cute seolah-olah ingin minta
sesuatu. “Liya!”
Liya
berpura-pura tak dengar. Dia memandang ke arah lain. Ini mesti ada benda nak
minta kat aku. Suara tu manja semacam ja. Bila nak minta tolong, mulalah buat
baik kat aku. Menyampah aku! Confirm nak aku tolong dia bersihkan rumah sewa
tu. Sorry, tak ingin aku nak tolong. Buatlah sendiri. Aku busy. Daripada aku
bersihkan rumah tu lebih baik aku bersihkan kandang lembu dan kambing aku.
Berbaloi! Liya terus makan tanpa mempedulikan panggilan Hazri.
2 comments:
Haha saja jer azti bg lia agin..
thank you so much upload bab baru.
Post a Comment