Monday, October 26, 2015

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 5


Bab 5



            “Assalammualaikum, Mak Jah!” tegur Liya. Dia tersenyum melihat Mak Jah yang sedang sibuk memasak mee goreng di dapur warung.

            “Waalaikumussalam. Hish… Liya, awat mai kot dapur! Tu hah… pintu depan kan ada. ” Mak Jah tersenyum melihat Liya. Dia memasukkan cucur udang yang dipotong ke dalam mee untuk digoreng.

            “Shortcut! Mak Jah, Liya nak order mee ni?” Liya memberitahu tujuannya. Teringat pesanan mak tadi sebelum keluar. Ada tetamu nak datang ke rumah. Siapa lagi kalau bukan kawan abang yang dari KL tu? Kawan abang tapi aku jugak yang nak beli makanan. Tak patut betul!

            “Boleh! Boleh!” Mee goreng yang telah siap diletakkan di atas dua pinggan kosong. “Kalau nak order, meh ikut Mak Jah. Kalau main cakap saja, Mak Jah tak ingat. Maklumlah sejak dah senja ni, daya ingatan dah kurang fungsi.” Mak Jah berseloroh. Dua pinggan mee goreng diangkat untuk dibawa ke kaunter. “Mat, meja  no. 5.” Beritahu Mak Jah pada pekerjanya.

            Liya mengekori dari belakang. “Dah senja, hish… mana ada! Liya tengok Mak Jah masih bergetah lagi. Kalah Cik Ta!”

            Mak Jah menampar lembut bahu Liya. Malu dengan usikan Liya. “Jangan hang nak merapu yang bukan-bukan, Liya. Nak order apa?” Pen sudah ada di tangan.

            “Mee goreng lima! Cucur udang lebih.” Pesan Liya. Itu memang sudah menjadi kebiasaan. Cucur Mak Jah memang sedap. Terbaik punya! Mee goreng dan mee kuah Mak Jah memang sedap, sekali rasa nak lagi. Kalau boleh, naik saja aku syorkan kat Jalan Jalan Cari Makan TV3. Biaq depa rasa makanan orang utara pulak!

            “Lima! Selalu empat saja.” Mak Jah terkejut. Tiba-tiba saja terlebih satu. “ Ada tetamu ke? Aaaa… Mak Jah tahu mesti marka Liya? Dalam diam dia ada marka.” Giliran Mak Jah pula tersengih.

            Sebelum sempat Liya menjawab, terlebih dulu ada suara yang menyelit.

            “Marka? Siapa yang nak kat dia, Mak lang! Dia kan perempuan plastik! Muka tu bukan muka asal pun. Kalau tak muka tu hodoh nak mampus. Kalau dia tak buat plastic surgery, dah tentu orang kampung dah pulau dia. Entah-entah dah lama kena halau orang kampung.” Perli Lah. Dia tersenyum ke arah Rahman yang turut sama tersengih.

            Liya hanya mendiamkan diri. Kepala ditundukkan ke bawah.  Air muka Liya berubah.

            “Lah, hang ni pasal pa hah? Suka sangat sakitkan hati Liya. Setahu Mak lang, Liya tak pernah sakitkan hati hang. Apa masalah hang ni? orang kampung tak ada pun masalah dengan Liya. Hang tu yang selalu ada masalah dengan orang kampung. Kerja merayau saja, suruh kerja tak mau. Penyegan nak mampus” Mak Jah bersuara.

            Tiba-tiba Lah bangun. Dia menghentak tangan di meja. Bengang! “Jangan sikit mulut Mak Lang tu! Lah ni anak saudara Mak lang, patutnya Mak Lang sebelahkan Lah bukan perempuan plastic tu.” Jerkah Lah. Dia sudah tak pedulikan orang yang sedang makan di warung tu. Dia terus berjalan ke arah motor yang dipakir di hadapan kedai. Rahman mengekori dari belakang.

            “Tu .. Tu… Nak pi mana? Minum tak bayar lagi.”

            Lah menoleh. “Argh …. Dengan anak saudara sendiri pun nak berkira. Minta saja kat ayah.” Lah terus menghidupkan enjin motor dan sengaja press minyak motor dengan kuat sebelum berlalu pergi.

            “Eeeee…. geramnya aku! Kalau la 10 orang anak saudara aku perangai macam Lah ni, bankrupt kedai aku. Asyik makan free saja. Dah besaq pun harap duit bapak lagi.” Marah Mak Jah sambil mencekak pinggang.

            “Dah la tu, Mak Jah. Sat gi naik pulak darah tinggi tu.” Liya usap belakang Mak Jah perlahan-lahan.

            Mak Jah menaik nafas dan dihembus perlahan-lahan. Dia baru sedar yang banyak mata sedang memerhati ke arahnya. Kerana marahkan Lah, terlupa pulak pelanggan yang makan kat situ. “Minta maaf naa…..” Mak Jah tersenyum. Dia menoleh dan memegang tangan Liya. “Mak Jah minta maaf Liya. Mulut Lah tu mulut celupar. Jangan ambil hati.”

            “Alah… kenapa Mak Jah nak minta maaf, Liya tak ambil hati pun. Apa yang Lah cakap tu benda betul pun! Liya tak kisah.” Liya cuba tersenyum walaupun hakikatnya dia terasa sikit. “ Aaaa…. Mak Jah, bila mee goreng nak siap ni? Tak pasai-pasai pulak, tetamu kat rumah tu minum air saja.” Liya berselorah. Dia ketawa. Cuba mengubah topic perbualan.

            “Ya lah! Sat naa…… Mak Jah pi buat.” Bergegas Mak Jah berjalan ke dapur.

            Liya sedar masih ada mata yang sedang melihat ke arahnya. Liya cepat-cepat berjalan mengekori Mak Jah ke dapur. Kisah aku satu kampung dah tahu, aku tak sangka sanggup Muaz buat aku macam ni. Satu kampung dicanangnya. Aku malu nak berhadapan dengan kampung. Setahun aku tak berani keluar rumah. Mulut orang kampung memang menakutkan. Yang pasti wajah aku memang berbeza dari yang sebelumnya. Itu kenyataan yang aku patut terima.




                                    ***********************************

            Enjin motor dimatikan. Liya turun dari motor dan menoleh ke arah kereta Volkswagen Polo berwarna hitam yang dipakir di halaman rumah. “Kawan abang dah sampai.” Liya mengambil beg plastic mee goreng dan bergegas masuk ke dapur.

            “Mak! Dah lama kawan abang sampai ?” tanya Liya melihat Hajah Salmiah yang sedang membancuh air. Kata nak datang lusa, tup tup saja nak datang hari ni. Kelam kabut jadinya. Tak sempat nak beli barang rumah, dalam peti ais tu kosong. Apa pun tak ada. Nasib baik kedai Mak Jah buka hari ni, kalau tak aku rebus saja ubi kayu kat belakang tu. Biaq dia rasa, datang ikut suka hati.

            “Baru ja sepuluh minit. Cepat hidangkan makanan tu.”

            Dengan pantas Liya mengeluarkan pinggan kosong dan kemudian membuka bungkusan mee goreng agar mudah dihidangkan. Setelah siap, Liya mengekori Hajah Salmiah membawa makanan dan minuman ke ruang dapur.

Liya terkejut melihat lelaki yang duduk di sebelah abangnya. Mak oiii….. Ini manusia ke jembalang. Panjangnya rambut dia, kalah rambut aku. Berjambang pulak tu, eee…. Tak rimas ke? Nanti nak makan macam mana? Nampak ke mulut tu. Takkanlah makan sekali ... Wek…… nak termuntah aku.

            “Maaflah, lambat sikit. Mak cik ingatkan Adli datang esok, tak sempat mak cik nak masak. Ini saja yang ada. Itu pun mak cik suruh Liya pergi beli.”

            Hazri mengambil dulang dari tangan Hajah Salmiah dan diletakkan di meja kecil di hadapan mereka berdua. Tanpa disuruh, Hazri menuang air di dalam cawan.

            Lelaki itu berdehem beberapa kali sebelum memulakan bicaranya. “It’s okey, Mak cik. Saya yang datang awal, maklumlah dah tak sabar nak tinggal sini. Dah jemu dengan suasana bandar. ” Suaranya serak-serak basah. Dia batuk secara tiba-tiba. “Maaf! “

            “Dah lama batuk?” tanya Hj Razali.

            “Dah dua minggu, pak cik. Dah tak larat nak makan ubat lagi, tak baik pun.”

            “Laa….. Tak pa, sat gi mak cik buatkan air madu untuk hilangkan batuk. Insya Allah nanti baik.” Hajah Salmiah menyampuk. Risau melihat anak muda itu batuk.

            “Tak payahlah, susahkan mak cik pulak. Tadi saya dah beli ubat kat farmasi. Dah minta ubat batuk kuat sikit, esok baiklah.”

            “Bro, jangan takut. Aku berani jamin, batuk kau akan hilang. Tengoklah. Ini ubat cara orang kampung. Confirm baik. Tak payah keluar duit langsung. Dalam erti kata lain, mak aku ni doktor tak berlesen. Biasalah masa kecik nak jadi doktor, tup tup … jadi cikgu. ”Hazri menepuk bahu sahabat baiknya.

            “Hish… budak ni.”  Hajah Salmiah menjeling.

            “Terima kasih, mak cik!” ucapnya dengan penuh sopan.

            “sama-sama” Hajah Salmiah tersenyum.

            “Aaaa….. sebelum pak cik terlupa, ini Liya. Anak bongsu pak cik.”

            Pandangan lelaki itu berubah ke arah Liya yang berdiri di sebelah Hajah Salmiah. Lelaki itu tersenyum. “ Hi, saya Shahrul Adli. Just panggil saja Abang Adli.”

            “Kenapa pulak adik aku nak panggil kau,abang!” Hazri menyampuk dengan wajah terkejut.

            “Iyelah! Adik kau kan muda dari aku!” jawab Adli yang kelihatan terpinga-pinga.

            Tiba-tiba saja Hazri ketawa terbahak-bahak. Geli hati! Dia baru teringat sesuatu.  “Muda? Cuba kau tengok betul-betul, muka adik aku tu dah berkerut. First time orang tengok,  mesti teka umur dia around 40 tahun. Antara aku dan Liya, orang selalu kata aku nampak muda. Awet muda katakan.”

            Dahi Adli berkerut. Aku tak faham.

            “Liya ni sebaya dengan kamu, Adli! Dia kembar Hazri. Kamu tak tahu ke? Atau …. Hazri tak pernah cerita ke?” tanya Haji Razali. Renungan terus dihala pada Hazri yang masih ketawa.

            “Kembar?” Adli terkejut.

            “Hish… Hish…. Budak bertuah ni!” Hajah Salmiah mengeleng kepala beberapa kali.

            “Muda tiga minit saja “ Adli kembali menyambung ketawanya. Rasa lucu. Adli baru teringat tadi. Sepanjang aku kawan dengan Adli, aku tak pernah cerita pun yang aku ada kembar. Aku cakap aku ada adik saja. Tapi memang betul pun, Liya adik aku.

            Liya mengetap bibir melihat perangai abangnya. Menyampah aku! “Mak! Ayah! Liya nak keluar, jumpa Tok Imam. Sakit telinga nak dengar badut circus gelak.” Beritahu Liya sebelum berlalu keluar dari rumah. Liya sempat menoleh. Masih kedengaran sisa-sisa ketawa dari Hazri. Geram! Liya terus hidupkan enjin motor. Dia sengaja press minyak motor dengan kuat sebelum berlalu pergi.

                                    ************************************

           
            Adli mengeluh. Sekilas anak mata bergerak melihat telefon bimbit yang masih tak henti-henti berbunyi sejak tadi. Adli malas nak jawab lebih-lebih lagi panggilan itu dari Zalika.

            Pandangan dihala melihat suasana sawah padi yang terbentang luas. Adli tersenyum. Dia kagum dengan keindahan malam di sini. Sangat cantik. Belum pernah aku lihat keindahan seperti ini. Berbeza dengan suasana di KL. Kehadiran bulan dan bintang penyeri suasana yang gelap gelita. Lebih-lebih lagi suasana sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi cengkerik seolah-olah irama muzik yang sedang berkumandang. Jiwanya terasa tenang. Lupa seketika masalah yang berserabut di kepala.

            “Assalammualaikum…..” ucap Hazri dengan nada seperti budak tadika memberi salam.

            Adli menoleh. “Waalaikumussalam.” Adli tersenyum dengan kedatangan sahabat baiknya yang dikenali sejak belajar di MCKK.

            Hazri melangkah masuk dan terus duduk di bangku kayu yang diletakkan di luar rumah sewa. “So macam mana? Selesa tak?”

            “So far, aku suka kampung kau. Tenang! Nyaman! Damai.”

            “Itulah…. Dulu lagi aku ajak kau ikut aku balik kampung tapi kau tak nak. Macam-macam alasan kau bagi kat aku. Sekarang ni siapa yang rugi.”

            “Look! I’m here now!”

            Hazri tersengih. Mug di tangan dihulurkan pada Adli “Mak aku buatkan minuman untuk hilangkan sakit tekak dan batuk kau. Minum cepat. Time tengah suam ni.”

            “Air apa?” Kelihatan Adli seperti was-was.

            “Air madu. Madu asli! Sedap. Rasalah. Eee… macam budak-budak. Kalau kau tak minum, kecik hati mak aku nanti.”

            “Perangai kau dari dulu sampai sekarang masih tak berubah. Tahu saja buat orang ikut cakap kau.” Mug terus diambil dan air madu diteguk hingga habis.  “Ucap terima kasih kat mak kau. “

            “Ala …. Benda kacang saja.”

            “Pasal kembar kau tu, kenapa kau tak pernah citer kat aku? Kalau aku tak datang sini, agaknya aku still tak tahu kau ada kembar. Patutlah bila aku tanya lebih-lebih pasal adik kau, kau tahu nak elak saja. Tapi kenapa muka kau tak sama macam Liya?”
           
            Hazri terkedu beberapa saat.  “Eh, dah tentulah tak sama. Aku lelaki, Liya perempuan. Kami ni kembar tak seiras. Kenapa kau dah falling in love kat adik aku ke? Aaaaa…. Kau jangan cari pasal! Aku tak nak Rita serang adik aku. Aku tak nak.”

            “Bab tu kau jangan risau, aku single sekarang ni.” Adli terus mengeluh. Nada suara begitu lemah.

            “What?”  Hazri terkejut besar. “Kau biar betul, Adli! Hari tu aku jumpa korang berdua, okey saja.”

            “Itu lima bulan lepas. Kami dah break up.”
           
            “Sebab apa? Cuba kau citer kat aku. ” Hazri rasa tak percaya. Seingat aku, mereka berdua couple sejak kecil lagi.  Saling menyayangi, saling mempercayai dan  saling memahami antara satu sama lain. Tapi kenapa tiba-tiba saja break, pelik tu. Mesti ada sesuatu yang berlaku.

            “Rita yang minta break.” Nada suara Adli mula bergetar. Dia dah tiada tempat untuk mengadu masalah itu. “Rita akan bertunang dengan abang aku tahun ni. Maybe they get marry next year.”

            “Abang kau? Kenapa abang kau pulak? Eh, bukan ke abang kau tahu kau bercinta dengan Rita? Apasal pulak abang kau potong line? Aku tak faham.” Tiba-tiba Hazri teringat Razman, abang Adli.  Bapa sama tapi berlainan ibu. First time aku jumpa Razman, aku dapat rasa hubungan Adli dan Razman tak baik.  Dingin saja. Malah Adli jarang bercerita tentang abang dan keluarganya. Kalau ada sikit-sikit saja.

            “Abang aku tahu tapi abah aku tak tahu. Kau sendiri tahu hubungan aku dan family aku macam mana!  Ada keluarga tapi hidup macam anak yatim piatu.“

            “Selama ini kau tak pernah citer pasal kau dan Rita kat abah kau ke?” tanya Hazri.

            “Nope!”

            “What!”  Hazri terus bangun dan berdiri di hadapan Adli.

            “Every time aku nak cakap, abah aku pasti akan tanya bila aku nak berhenti mengajar. Kau tahu kan dia tak suka aku jadi pensyarah. Dia mahu aku jadi arkitek macam dia. Kononnya keturunan family dia semuanya jadi arkitek, cuma aku seorang saja yang pilih kerjaya lain. Dia malu.” Adli mengeluh. Kenapa abah benci sangat kat aku? Salahkah aku memilih kerja yang mulia ini? Apa kurangnya kalau aku nak jadi pensyarah? At least, aku nak ikut jejak arwah mama seorang pensyarah. Bagi abah aku ni umpama duri dalam hidupnya.
            “Cuba bincang baik-baik. Yang penting kau mesti berterus-terang.

            “Dah terlambat, Hazri.”

            “Cepatnya kau putus asa. Ini …..” Hazri menunding jari ke arah Adli dari arah atas ke bawah. “ Rambut panjang? Berjambang? Selekeh? Transfer mengajar di UNIMAP? Semua ni sebab impak putus cinta?” Sengaja suara ditinggikan. Dia teringat bila Adli keluar dari kereta, hampir saja dia tak kenal .

            Adli hanya mendiamkan diri.

            “Dulu kau pernah beritahu aku, parent Rita tahu hubungan korang berdua so kenapa diorang boleh terima pinangan Razman.”

            “Sebab aku tak sekaya Razman. Ada kerjaya! Ada syarikat! Ada rumah. Segala-galanya dia ada. Hanya Razman layak jadi menantu mereka. Siapalah aku ni jika nak disbanding dengan calon pilihan mereka.”

            “Come on, bro! Don’t give up. Kau mesti pertahankan mahligai cinta kau. Takkan kau nak biarkan abang kau rampas kebahagian kau? Aku bukan nak burukkan hubungan korang berdua buat abang kau tu dah melampau. Tak habis-habis nak susahkan hidup kau.”

            “Kau nak aku buat apa, Hazri? Semua ini keputusan Rita. Dia dah tak nak aku lagi. Puas aku merayu tapi semua tu sia-sia saja.  Bagi dia cinta kami tiada erti baginya. Sekelip mata saja hati dia berubah menerima orang lain. Aku betul-betul bodoh. Tak tahu langsung menilai. Aku ingatkan dia setia.”Adli cuba menahan sebak di dadanya. Benar-benar menyakitkan. Dirinya dikhanati oleh wanita yang sangat disayangi selama ini.  Tergamak Rita buat aku macam ni!

            “Tapi …. “ Hazri masih tak berpuas hati. Dia tahu betapa pentingnya Rita dalam hidup Adli.

            “Hazri, please. Kita cakap benda lain saja.” Tegas Adli secara tiba-tiba.

            Hazri terdiam beberapa saat.. Dia menghormati pemintaan Adli. “Baiklah. Esok pagi, aku bawa kau round satu kampung aku ni. Kau pasti jatuh cinta dengan kampung aku ni.” Kata Hazri. Dia tersenyum.

            “Aaaaa….. Itu yang aku tunggu nak dengar.” Adli cuba tersenyum. Walhal hanya Dia saja tahu apa yang sedang bergolak dalam fikirannya.

3 comments:

h risya said...

Awsome

Kim said...

Bestnya. Jalan cerita semakin menarik.

eija said...

Apa sbnar yg blaku pada liya..?

Post a Comment