Bab 7
“Assalammualaikum …..”
“Waalaikumussalam.” Jawab Liya dengan
suara kasar. Anak mata sempat mengerling melihat pemilik suara yang memberi
salam tadi. Tangan masih lagi memegang senduk.
“Amboi! Garangnya! Awal-awal pagi
dah makan cabai ke? Berapa biji? Dah macam singa lapar aku tengok, sapa buat
hang marah-marah ni.” Tanpa dijemput, langkah Zaiton terus masuk ke dapur .
Tupperware yang dibawa tadi diletakkan di atas meja makan dapur.
“Sapa lagi kalau bukan abang aku!
Eeee…. Geram betul! Aku penat-penat goreng kuih nak bawa makan kat ladang, suka
hati dia balun kuih aku. Bukan nak minta permission aku dulu, terus saja bawa
kat kawan dia. Makan tak ingat dunia pulak tu. Kalau nak, beritahu la boleh aku
goreng lebih sikit. Ini tak …suka hati
samun makanan orang. Ini ke perangai seorang pensyarah? Tak ada etika langsung.”
Senduk digenggam dengan erat. Lepas bersiap, dia terus keluar bilik nak ke
kandang. Dia terkejut bila Tupperware ringan, bila dibuka kosong. Terkejut
beruk aku! Mendidih darah aku time tu, yang pasti ini kerja abang aku. Siapa
lagi?
“Dari kecik sampai dah besaq
panjang, tak abis-abis bergaduh. Tak cemuih ka? Aku yang dengar ni pun, dah tak
larat nak dengar. Dah jemu.” Komplen Zaiton.
“Kalau hang tak mau dengaq, baik
hang diam. Hati aku tengah mendidih ni. Nanti tak pasai-pasai aku goreng hang
dalam kuali ni.”
“Amboi….. Muat ka hang nak goreng
aku? Bukan aku saja, anak aku sekali” Zaiton menunjuk perutnya. Dia usap
perutnya beberapa kali.
Air muka Liya berubah. “Sorry…….”
Liya terus mendekati Zaiton. Perut Zaiton diusap. “Sorry! Mak cik tak
sengaja. Aaaa... dia gerak la.” Liya tersenyum bila dapat rasa
pergerakkan dalam perut Zaiton.
“Aaa… Rasa tak? Anak aku terkejut
bila kau nak goreng dia sekali. Cakap main sedap mulut saja.”
“Ala… sorry! Biasa la mulut aku ni,
straight to the point.” Liya tersengih. Dia rasa bersalah pulak. “Nak karipap?
Sedap tau” Sebiji karipap dihulurkan pada Zaiton, konon nak ambil hati.
Zaiton terus makan karipap itu
dengan lahap. “Permohonan maaf diterima. Tahu-tahu saja, aku lapar. Kat luar
tu, …..”
“Itulah kawan abang aku a.k.a
penyewa baru rumah tu.” Liya terus mencelah.
“Ooooo…. Tapi awat dia macam tu?
Baru keluar dari bertapa ka?” tanya Zaiton.
“Itu aku tak tahu. Hang pi tanya
dia! Hang bawa apa?” Matanya tepat melihat Tupperware hijau yang dibawa Zaiton.
“Ni ha…. Mak mertua aku buat kuih
lapis, dia suruh bagi sikit kat kau.”
“Kuih lapis mak mertua hang memang
the best. Sedap! Aku bawa sikit la.” Liya terus memasukkan beberapa biji kuih
lapis ke dalam Tupperware untuk dibawa bersama.
“Liya, hang nak pi ladang kan?” soal
Zaiton.
“Habis tu, hang ingat aku nak pi
bercuti ke awal-awal pagi ni. Memang confirm la aku pergi ladang. Ini mesti
hang nak ikut aku kan! Kenapa hang tak ikut laki hang tadi? Confirm Ghani tak
bagi hang ikut, betul tak? Hang tu dah pregnent, duduklah kat rumah.”
Tiba-tiba air muka Zaiton sebak, dah
mula keroh. Air mata dah mula berlinangan di kelopak mata. “Hang dengan abang
Ghani sama saja. Suka kecikkan hati aku.
Aaa…. Aku bukannya apa, aku nak ikut saja. Salah ka? Aku bosan tau dok kat
rumah. Aku tau la, aku ni beban hangpa berdua.” nada suara mula bergetar.
Liya menggaru kepala beberapa kali
sehingga senget tudung yang dipakainya. Aduh, parah aku macam ni! Dah nak mula
tu, tak boleh bangkang sikit mulalah nak menangis. Hati perempuan mengandung
memang sensitif. “ Iyelah…. Ikut la.”
Liya mengalah.
“Betul ka?” Nada suara Zaiton
kembali ceria.
“Yaaa… Cepat! Aku dah lambat ni.”
Api dapur ditutup. Kunci motor di atas peti sejuk dicapai sebelum keluar.
Zaiton mengekori Liya dari belakang sambil tersenyum.
**********************************
Mata Adil terkebil-kebil melihat
vespa yang dipakir di hadapan matanya.
“Biar betul kita nak naik vespa ni?”
“Iyalah. Kenapa?”
“Cuba kau tengok, mampu ke vespa kau
ni bawa kita? Tak pasal-pasal semput tengah jalan nanti.” Mata Adli masih tak
berganjak merenung vespa berwarna kuning air yang kelihatan usang.
“Eh…… Kau jangan cakap macam tu,
nanti kalau dia merajuk aku jugak yang susah nak pujuk.” Hazri mengusap vespa
milik arwah atuk perlahan-lahan. “Don’t listen to him. Walauapapun abang tetap
sayang, Miah.” Ucap Hazri.
“Miah! Kau namakan vespa ni Miah. ”
Adli meninggikan suara kerana terkejut. Betul ke tak betul kawan aku ni.
“Ya. Salah ke? Ada ke law yang tak
benarkan aku namakan vespa aku? Ada ke?”
“Kau ni …..”
“Tak payah banyak songeh, naik saja.
Cepat!Kalau tak aku tinggal kau.” Adli terus menghidupkan enjin vespa.
“Yalah!”
Perlahan-lahan vespa bergerak
meninggalkan perkarangan rumah Haji Razali dan memasuki jalan utama. Hazri
menunjukkan tempat-tempat yang menarik manakala mulutnya tak henti-henti
bercoleteh bercerita tentang kampungnya.
Adli hanya tersenyum mendengar . Hakikatnya dia sendiri akui
telah jatuh cinta dengan kedamaian kampung Hazri. Tenang dan damai. Berbeza
dengan suasana di Kuala Lumpur.
Adli menghentikan vespa di hadapan warung kecil yang
terletak di sebelah sawah padi. “Ini warung Mak Jah. Ala… mee goreng yang kau
makan semalam tu, ini la warung dia. Mee goreng Mak Jah memang tip top, mee
kuah pun sama. Tengah tidur pun boleh mimpi mee goreng Mak Jah. Tapi jangan kau
tersangkut kat Mak Jah sudah la ….” Hazri berselorah.
“Ada-ada saja kau ni!” Adli menampar lembut bahu Hazri yang
tak habis-habis buat lawak bodoh. Tiba-tiba telefon Adli berbunyi, telefon
dikeluarkan dari poket seluar. Adli mengeluh melihat nama yang tertera di
skrin. Ingatkan Rita tapi bukan.
“Kenapa tak jawab? Siapa call? Rita?” tanya Hazri. Dia tahu
mesti Adli sedang tunggu panggilan dari Rita. Dia tahu Adli masih lagi
mengharap.
“Bukan. Cousin aku, Zalika.”
“La … cousin kau, apa salahnya angkat. Tu dia call lagi.
Jawab la.” Telefon Hazri berbunyi lagi.
“Nantilah aku angkat. Jom jalan.” Hazri cuba mengelak.
Kalau aku angkat, confirm Zalika akan berleter dekat aku pasal Rita. Aku tak ada
mood nak dengar.
Hazri akur. “Ok! Next stop ladang adik aku. “Mereka bergerak
menyusuri jalan kecil yang sekelilinginya sawah padi. Hazri mengeluh melihat
beberapa orang lelaki yang sedang berdiri di tengah jalan. Hazri memperlahankan
vespa sebelum berhenti apabila mereka bertiga tidak berganjak memberi laluan. Hish…. Time ni jugak aku jumpa makhluk tiga
ekor ni! Dah tak ada tempat lain nak lepak ke?
“Wah…..seronok nampak? Tak pi kerja ka? Ada masa pulak
jalan-jalan dengan vespa buruk ni. Tak takut ke orang kata hang ni kutu rayau?”
perli Ali.
“Hish… hang jangan takut aku takkan ambil title kutu rayau hang
tu. Hang masih raja kutu rayau kampung ni.” Senyuman masih kekal di bibir
Hazri.
Adli mendiamkan diri dan memerhati. Siapa mereka ni? Tak
macam kawan Hazri pun. Cara macam nak cari gaduh saja.
Dua orang kawan Ali cuba untuk dekati Hazri tetapi dihalang
Ali. Langkah diatur mendekati Hazri. Ali cuba tersenyum walaupun hati tengah
membara sekarang ini. Dia masih mengawal perasaan marah. Matanya terhenti melihat lelaki yang duduk di
belakang Hazri. Tak pernah nampak pun. “Siapa ni? Makhluk apa kat belakang
hang, Hazri? Monyet? Orang Utan? Atau big foot? Oooo… aku tahu ini mesti bakal
adik ipar hang. Bakal suami Liya. Memang sesuai pun.” Ali mendekati Adli dan
melihat dari atas hingga bawah sambil tersengih. Kawan-kawan Ali ketawa.
Dahi Adli berkerut. Dia tak faham apa yang mereka cakapkan.
Tiba-tiba saja Adli menepuk tangan. “Wow…. Hebat! Macam mana
hang boleh tahu? Hang patut jadi nujum Pak Belalang. Buka kedai. Dapat jugak
income. Dari hang habiskan dulu mak bapak hang, kan bagus hang bekerja. Sejuk
hati mak bapak hang. Maklumlah selama ini hang selalu cekek darah mak bapa
hang, nak beli spender pun minta kat mak bapak lagi. Malu …. Aku tumpang
gembira. Akhirnya hang berubah jugak. Doa orang-orang kampung termakbul jugak.
Amin!“ Walaupun cara Adli bercakap lembut tetapi sebenarnya menyakitkan hati.
“Hang ….. “ Ali menundingkan jari hampir di wajah Hazri.
“Boleh aku lalu sekarang?” nada suara Hazri terus berubah
serius.
Ali mengenggam erat tangannya sebelum memberi laluan untuk
Hazri. Ikut hati aku memang nak ajar Hazri tetapi aku belum lupa lagi yang
Hazri ni guru silat di kampung ni. Nak cari nahas? Tak pasal-pasal teruk aku
dibelasah. Ali menahan marah. Matanya tepat memerhati vespa Hazri yang dah mula
bergerak meninggalkan mereka bertiga.
Adli hanya mendiamkan diri. Dia sedar ada sesuatu yang tak
kena. Siapa lelaki itu? Mood Hazri terus berubah. Tak lagi berceloteh malah
diam membisu sejak dari tadi. Kalau tak, dari tadi tak henti-henti bercerita
tentang kampung dia. Ada saja kisah dia cerita tapi sekarang sunyi sepi. “Hazri
….” Adli memberanikan diri untuk bersuara.
“Aaaa…. Dah sampai.” Hazri terus menghentikan vespa.
Adli terus turun. “Aaaa…. Hazri, tadi tu siapa? Tak nampak
macam kawan kau pun.”
“Mamat tu? Ala… nanti kau akan kenal dengan dia jugak. Dia
famous kat kampung ni. Tak payah aku introduce kat kau.” Jawab Hazri acuh tak
acuh. So …. Apa pendapat kau? Aaa… ini ladang ternakan lembu dan kambing adik
aku. Tapi kau tak ada penyakit allergic lembu dan kambing kan?” Dengan cepat Hazri menukar topic perbualan.
“Ke situ pulak? Ini ladang adik kau? Besarnya.” Adli
tergamam seketika melihat ladang yang luas itu. Terbentang luas menghijau.
“Dulu kecik saja tapi sikit-sikit dia beli tanah kat
kampung ni. Tup-tup dah luas macam ni. Jom, aku tunjuk kat kau.” Hazri
berjalan. Adli mengekori dari belakang. Mulut
Hazri tak henti-henti bercerita tentang ladang Liya.
“Hazri!”
“Yo, bro!” Hazri tersengih melihat sepupunya berlari ke
arah mereka.
Ghani terus bersalaman dengan mereka berdua. “Kenapa hang
tak beritahu aku nak mai? Liya tak cakap apa-apa pun.” Dahi Ghani sedikit
berkerut. Pelik!
“Aku bawa kawan aku round satu kampung, dah alang-alang aku
bawa la mai sini. Oh ya…. Ghani, ini
kawan aku dari KL. Adli. Ini pulak Ghani, sepupu aku merangkap manager ladang
ni. Aaa…. PA Liya pun boleh jadi jugak.” Hazri memperkenalkan mereka berdua.
“Pandai hang nak kenakan aku, Hazri.” Ghani ketawa.
“Liya mana?” tanya Hazri. Dari tadi mata meliar mencari
kelibat Liya. Tak nampak bayang pun.
“Pi jumpa Tok Imam. Nak bincang pasal berapa ekor lembu nak
tumbang hari raya haji nanti. Tak tahu bila balik. Lama kot. Jom kita duduk
sembang kat pangkin tu. Zaiton ada tu kat sana.” Bibir dijuih panjang ke arah
Zaiton yang melambai ke arah mereka bertiga.
“Hang bawa Zaiton mai sini?” soal Hazri dengan wajah
terkejut.
“Bukan aku yang bawa, adik hang yang bawa. Tak pasal-pasal
aku nak layan kerenah dia. Penat tau. Kat rumah aku kena layan dia, kat sini
pulak aku kena jaga dia. Ada saja tak kena. Sensitive pulak tu.” Ghani
merunggut.
“No komen. Bini hang! Nak sangat kahwin muda, rasalah.”
Hazri ketawa terbahak-bahak.
“Gelaklah. Nanti turn hang pulak, entah-entah mulut bini
hang tu 5 kali ganda lancang dari mulut bini aku. Padan muka hang”
Air muka Hazri terus berubah masam. “Sedapnya mulut hang
kata kau aku. Cakap hang tu umpama doa tau dak. “
“Amin!” Ghani terus menadah tangan
Adli turut sama ketawa melihat telatah Hazri dan Ghani.
“Oklah. Aku tak boleh sembang lama-lama, aku ada kerja. Aku
nak buka kandang. Tengok tu lembu-lembu dah tak sabaq nak keluar. Sat gi aku
sambung sembang. Hazri , hang bawa la
Adli jalan-jalan. Kalau nak, ambik Peah dan Mat. Taklah penat nanti.”
“Peah? Mat? Siapa tu?” Adli hairan. Tertanya-tanya siapa
orang yang Ghani cakapkan.
Giliran Ghani dan Adli ketawa melihat Adli yang
terpinga-pinga.
“Kalau nak tahu, meh ikut aku. Aku kenalkan kau dengan
gadis yang paling cantik di kampung. Nama dia Peah.Kot-kot kau berkenanan
nanti, boleh jadi penganti Rita.”
“Dengarlah cakap Hazri tu. Peah tu kuda kesayangan Liya.
Mat pulak kuda kesayangan Hazri. Tak baik kenakan orang. Dah, aku kena pergi sekarang.” Ghani meminta
diri menyambung kerjanya.
“Jom! Kau tak pernah naik kuda kan. Meh, aku ajarkan. Aku kenal
kau dengan Peah. Tapi jangan terjatuh cinta pulak, jealous adik aku nanti.”
Usik Hazri
“Kau sukakan kenakan aku….” Adli mengeleng kepala beberapa
kali. Dirinya tak habis-habis menjadi mangsa usikan Hazri. Adli ekori Hazri.
Dia terkejut melihat kandang-kandang yang ada di situ. Rasanya hampir 20 buah
kandang. Bersih pulak tu. Dia kagum melihat system pengurusan ladang itu.