Friday, November 27, 2015

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 7


Bab 7



            “Assalammualaikum …..”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Liya dengan suara kasar. Anak mata sempat mengerling melihat pemilik suara yang memberi salam tadi. Tangan masih lagi memegang senduk.

            “Amboi! Garangnya! Awal-awal pagi dah makan cabai ke? Berapa biji? Dah macam singa lapar aku tengok, sapa buat hang marah-marah ni.” Tanpa dijemput, langkah Zaiton terus masuk ke dapur . Tupperware yang dibawa tadi diletakkan di atas meja makan dapur.

            “Sapa lagi kalau bukan abang aku! Eeee…. Geram betul! Aku penat-penat goreng kuih nak bawa makan kat ladang, suka hati dia balun kuih aku. Bukan nak minta permission aku dulu, terus saja bawa kat kawan dia. Makan tak ingat dunia pulak tu. Kalau nak, beritahu la boleh aku goreng lebih sikit. Ini tak  …suka hati samun makanan orang. Ini ke perangai seorang pensyarah? Tak ada etika langsung.” Senduk digenggam dengan erat. Lepas bersiap, dia terus keluar bilik nak ke kandang. Dia terkejut bila Tupperware ringan, bila dibuka kosong. Terkejut beruk aku! Mendidih darah aku time tu, yang pasti ini kerja abang aku. Siapa lagi?

            “Dari kecik sampai dah besaq panjang, tak abis-abis bergaduh. Tak cemuih ka? Aku yang dengar ni pun, dah tak larat nak dengar. Dah jemu.” Komplen Zaiton.

            “Kalau hang tak mau dengaq, baik hang diam. Hati aku tengah mendidih ni. Nanti tak pasai-pasai aku goreng hang dalam kuali ni.”

            “Amboi….. Muat ka hang nak goreng aku? Bukan aku saja, anak aku sekali” Zaiton menunjuk perutnya. Dia usap perutnya beberapa kali.

            Air muka Liya berubah. “Sorry…….” Liya terus mendekati Zaiton. Perut Zaiton diusap. “Sorry! Mak cik tak sengaja. Aaaa... dia gerak la.”  Liya tersenyum bila dapat rasa pergerakkan dalam perut Zaiton.

            “Aaa… Rasa tak? Anak aku terkejut bila kau nak goreng dia sekali. Cakap main sedap mulut saja.”

            “Ala… sorry! Biasa la mulut aku ni, straight to the point.” Liya tersengih. Dia rasa bersalah pulak. “Nak karipap? Sedap tau” Sebiji karipap dihulurkan pada Zaiton, konon nak ambil hati.

            Zaiton terus makan karipap itu dengan lahap. “Permohonan maaf diterima. Tahu-tahu saja, aku lapar. Kat luar tu, …..”

            “Itulah kawan abang aku a.k.a penyewa baru rumah tu.” Liya terus mencelah.

            “Ooooo…. Tapi awat dia macam tu? Baru keluar dari bertapa ka?” tanya Zaiton.

            “Itu aku tak tahu. Hang pi tanya dia! Hang bawa apa?” Matanya tepat melihat Tupperware hijau yang dibawa Zaiton.

            “Ni ha…. Mak mertua aku buat kuih lapis, dia suruh bagi sikit kat kau.”

            “Kuih lapis mak mertua hang memang the best. Sedap! Aku bawa sikit la.” Liya terus memasukkan beberapa biji kuih lapis ke dalam Tupperware untuk dibawa bersama.

            “Liya, hang nak pi ladang kan?” soal Zaiton.

            “Habis tu, hang ingat aku nak pi bercuti ke awal-awal pagi ni. Memang confirm la aku pergi ladang. Ini mesti hang nak ikut aku kan! Kenapa hang tak ikut laki hang tadi? Confirm Ghani tak bagi hang ikut, betul tak? Hang tu dah pregnent, duduklah kat rumah.”

            Tiba-tiba air muka Zaiton sebak, dah mula keroh. Air mata dah mula berlinangan di kelopak mata. “Hang dengan abang Ghani sama saja.  Suka kecikkan hati aku. Aaa…. Aku bukannya apa, aku nak ikut saja. Salah ka? Aku bosan tau dok kat rumah. Aku tau la, aku ni beban hangpa berdua.” nada suara mula bergetar.

            Liya menggaru kepala beberapa kali sehingga senget tudung yang dipakainya. Aduh, parah aku macam ni! Dah nak mula tu, tak boleh bangkang sikit mulalah nak menangis. Hati perempuan mengandung memang sensitif. “ Iyelah…. Ikut la.”  Liya mengalah.

            “Betul ka?” Nada suara Zaiton kembali ceria.

            “Yaaa… Cepat! Aku dah lambat ni.” Api dapur ditutup. Kunci motor di atas peti sejuk dicapai sebelum keluar. Zaiton mengekori Liya dari belakang sambil tersenyum.

                       
                                                **********************************

            Mata Adil terkebil-kebil melihat vespa yang dipakir di hadapan matanya.  “Biar betul kita nak naik vespa ni?”

            “Iyalah. Kenapa?”

            “Cuba kau tengok, mampu ke vespa kau ni bawa kita? Tak pasal-pasal semput tengah jalan nanti.” Mata Adli masih tak berganjak merenung vespa berwarna kuning air yang kelihatan usang.

            “Eh…… Kau jangan cakap macam tu, nanti kalau dia merajuk aku jugak yang susah nak pujuk.” Hazri mengusap vespa milik arwah atuk perlahan-lahan. “Don’t listen to him. Walauapapun abang tetap sayang, Miah.” Ucap Hazri.

            “Miah! Kau namakan vespa ni Miah. ” Adli meninggikan suara kerana terkejut. Betul ke tak betul kawan aku ni.

            “Ya. Salah ke? Ada ke law yang tak benarkan aku namakan vespa aku? Ada ke?”

            “Kau ni …..”

            “Tak payah banyak songeh, naik saja. Cepat!Kalau tak aku tinggal kau.” Adli terus menghidupkan enjin vespa.

            “Yalah!”

            Perlahan-lahan vespa bergerak meninggalkan perkarangan rumah Haji Razali dan memasuki jalan utama. Hazri menunjukkan tempat-tempat yang menarik manakala mulutnya tak henti-henti bercoleteh bercerita tentang kampungnya.

Adli hanya tersenyum mendengar . Hakikatnya dia sendiri akui telah jatuh cinta dengan kedamaian kampung Hazri. Tenang dan damai. Berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur.

Adli menghentikan vespa di hadapan warung kecil yang terletak di sebelah sawah padi. “Ini warung Mak Jah. Ala… mee goreng yang kau makan semalam tu, ini la warung dia. Mee goreng Mak Jah memang tip top, mee kuah pun sama. Tengah tidur pun boleh mimpi mee goreng Mak Jah. Tapi jangan kau tersangkut kat Mak Jah sudah la ….” Hazri berselorah.

“Ada-ada saja kau ni!” Adli menampar lembut bahu Hazri yang tak habis-habis buat lawak bodoh. Tiba-tiba telefon Adli berbunyi, telefon dikeluarkan dari poket seluar. Adli mengeluh melihat nama yang tertera di skrin. Ingatkan Rita tapi bukan.

“Kenapa tak jawab? Siapa call? Rita?” tanya Hazri. Dia tahu mesti Adli sedang tunggu panggilan dari Rita. Dia tahu Adli masih lagi mengharap.

“Bukan. Cousin aku, Zalika.”

“La … cousin kau, apa salahnya angkat. Tu dia call lagi. Jawab la.” Telefon Hazri berbunyi lagi.

“Nantilah aku angkat. Jom jalan.” Hazri cuba mengelak. Kalau aku angkat, confirm Zalika akan berleter dekat aku pasal Rita. Aku tak ada mood nak dengar.

Hazri akur. “Ok! Next stop ladang adik aku. “Mereka bergerak menyusuri jalan kecil yang sekelilinginya sawah padi. Hazri mengeluh melihat beberapa orang lelaki yang sedang berdiri di tengah jalan. Hazri memperlahankan vespa sebelum berhenti apabila mereka bertiga tidak berganjak memberi laluan.  Hish…. Time ni jugak aku jumpa makhluk tiga ekor ni! Dah tak ada tempat lain nak lepak ke?

“Wah…..seronok nampak? Tak pi kerja ka? Ada masa pulak jalan-jalan dengan vespa buruk ni. Tak takut ke orang kata hang ni kutu rayau?” perli Ali.

“Hish… hang jangan takut aku takkan ambil title kutu rayau hang tu. Hang masih raja kutu rayau kampung ni.” Senyuman masih kekal di bibir Hazri.

Adli mendiamkan diri dan memerhati. Siapa mereka ni? Tak macam kawan Hazri pun. Cara macam nak cari gaduh saja.

Dua orang kawan Ali cuba untuk dekati Hazri tetapi dihalang Ali. Langkah diatur mendekati Hazri. Ali cuba tersenyum walaupun hati tengah membara sekarang ini. Dia masih mengawal perasaan marah.  Matanya terhenti melihat lelaki yang duduk di belakang Hazri. Tak pernah nampak pun. “Siapa ni? Makhluk apa kat belakang hang, Hazri? Monyet? Orang Utan? Atau big foot? Oooo… aku tahu ini mesti bakal adik ipar hang. Bakal suami Liya. Memang sesuai pun.” Ali mendekati Adli dan melihat dari atas hingga bawah sambil tersengih. Kawan-kawan Ali ketawa.

Dahi Adli berkerut. Dia tak faham apa yang mereka cakapkan.

Tiba-tiba saja Adli menepuk tangan. “Wow…. Hebat! Macam mana hang boleh tahu? Hang patut jadi nujum Pak Belalang. Buka kedai. Dapat jugak income. Dari hang habiskan dulu mak bapak hang, kan bagus hang bekerja. Sejuk hati mak bapak hang. Maklumlah selama ini hang selalu cekek darah mak bapa hang, nak beli spender pun minta kat mak bapak lagi. Malu …. Aku tumpang gembira. Akhirnya hang berubah jugak. Doa orang-orang kampung termakbul jugak. Amin!“ Walaupun cara Adli bercakap lembut tetapi sebenarnya menyakitkan hati.

“Hang ….. “ Ali menundingkan jari hampir di wajah Hazri.

“Boleh aku lalu sekarang?” nada suara Hazri terus berubah serius.

Ali mengenggam erat tangannya sebelum memberi laluan untuk Hazri. Ikut hati aku memang nak ajar Hazri tetapi aku belum lupa lagi yang Hazri ni guru silat di kampung ni. Nak cari nahas? Tak pasal-pasal teruk aku dibelasah. Ali menahan marah. Matanya tepat memerhati vespa Hazri yang dah mula bergerak meninggalkan mereka bertiga.

Adli hanya mendiamkan diri. Dia sedar ada sesuatu yang tak kena. Siapa lelaki itu? Mood Hazri terus berubah. Tak lagi berceloteh malah diam membisu sejak dari tadi. Kalau tak, dari tadi tak henti-henti bercerita tentang kampung dia. Ada saja kisah dia cerita tapi sekarang sunyi sepi. “Hazri ….” Adli memberanikan diri untuk bersuara.

“Aaaa…. Dah sampai.” Hazri terus menghentikan vespa.

Adli terus turun. “Aaaa…. Hazri, tadi tu siapa? Tak nampak macam kawan kau pun.”

“Mamat tu? Ala… nanti kau akan kenal dengan dia jugak. Dia famous kat kampung ni. Tak payah aku introduce kat kau.” Jawab Hazri acuh tak acuh. So …. Apa pendapat kau? Aaa… ini ladang ternakan lembu dan kambing adik aku. Tapi kau tak ada penyakit allergic lembu dan kambing kan?”  Dengan cepat Hazri menukar topic perbualan.

“Ke situ pulak? Ini ladang adik kau? Besarnya.” Adli tergamam seketika melihat ladang yang luas itu. Terbentang luas menghijau.

“Dulu kecik saja tapi sikit-sikit dia beli tanah kat kampung ni. Tup-tup dah luas macam ni. Jom, aku tunjuk kat kau.” Hazri berjalan. Adli mengekori dari belakang.  Mulut Hazri tak henti-henti bercerita tentang ladang Liya.

“Hazri!”

“Yo, bro!” Hazri tersengih melihat sepupunya berlari ke arah mereka.

Ghani terus bersalaman dengan mereka berdua. “Kenapa hang tak beritahu aku nak mai? Liya tak cakap apa-apa pun.” Dahi Ghani sedikit berkerut. Pelik!

“Aku bawa kawan aku round satu kampung, dah alang-alang aku bawa la mai sini.  Oh ya…. Ghani, ini kawan aku dari KL. Adli. Ini pulak Ghani, sepupu aku merangkap manager ladang ni. Aaa…. PA Liya pun boleh jadi jugak.” Hazri memperkenalkan mereka berdua.

“Pandai hang nak kenakan aku, Hazri.” Ghani ketawa.

“Liya mana?” tanya Hazri. Dari tadi mata meliar mencari kelibat Liya. Tak nampak bayang pun.

“Pi jumpa Tok Imam. Nak bincang pasal berapa ekor lembu nak tumbang hari raya haji nanti. Tak tahu bila balik. Lama kot. Jom kita duduk sembang kat pangkin tu. Zaiton ada tu kat sana.” Bibir dijuih panjang ke arah Zaiton yang melambai ke arah mereka bertiga.

“Hang bawa Zaiton mai sini?” soal Hazri dengan wajah terkejut.

“Bukan aku yang bawa, adik hang yang bawa. Tak pasal-pasal aku nak layan kerenah dia. Penat tau. Kat rumah aku kena layan dia, kat sini pulak aku kena jaga dia. Ada saja tak kena. Sensitive pulak tu.” Ghani merunggut.

“No komen. Bini hang! Nak sangat kahwin muda, rasalah.” Hazri ketawa terbahak-bahak.

“Gelaklah. Nanti turn hang pulak, entah-entah mulut bini hang tu 5 kali ganda lancang dari mulut bini aku. Padan muka hang”

Air muka Hazri terus berubah masam. “Sedapnya mulut hang kata kau aku. Cakap hang tu umpama doa tau dak. “

“Amin!” Ghani terus menadah tangan

Adli turut sama ketawa melihat telatah Hazri dan Ghani.

“Oklah. Aku tak boleh sembang lama-lama, aku ada kerja. Aku nak buka kandang. Tengok tu lembu-lembu dah tak sabaq nak keluar. Sat gi aku sambung sembang.  Hazri , hang bawa la Adli jalan-jalan. Kalau nak, ambik Peah dan Mat. Taklah penat nanti.”

“Peah? Mat? Siapa tu?” Adli hairan. Tertanya-tanya siapa orang yang Ghani cakapkan.

Giliran Ghani dan Adli ketawa melihat Adli yang terpinga-pinga.

“Kalau nak tahu, meh ikut aku. Aku kenalkan kau dengan gadis yang paling cantik di kampung. Nama dia Peah.Kot-kot kau berkenanan nanti, boleh jadi penganti Rita.”

“Dengarlah cakap Hazri tu. Peah tu kuda kesayangan Liya. Mat pulak kuda kesayangan Hazri. Tak baik kenakan orang.  Dah, aku kena pergi sekarang.” Ghani meminta diri menyambung kerjanya.

“Jom! Kau tak pernah naik kuda kan. Meh, aku ajarkan. Aku kenal kau dengan Peah. Tapi jangan terjatuh cinta pulak, jealous adik aku nanti.” Usik Hazri

“Kau sukakan kenakan aku….” Adli mengeleng kepala beberapa kali. Dirinya tak habis-habis menjadi mangsa usikan Hazri. Adli ekori Hazri. Dia terkejut melihat kandang-kandang yang ada di situ. Rasanya hampir 20 buah kandang. Bersih pulak tu. Dia kagum melihat system pengurusan ladang itu.


6 comments:

Lily said...

Atas permintaan Salmi, Kim dan Eija..... akak upload panjang sikit. Terima kasih sebab membaca. Harap anda semua terhibur .... :)

Lily said...
This comment has been removed by the author.
eija said...

Tq akak untuk n3..

salmi fasliena said...

Thanks akak...nak lagi...nak lagi...

salmi fasliena said...

Thanks akak...nak lagi...nak lagi...

Kim said...

thank you ubtuk bab 7. Please sambung ye.

Post a Comment