Tuesday, August 9, 2016

Foto Cinta Bab 2


BAB 2


Dua tahun kemudian …..


            Nana membuka pintu rumahnya sambil tersenyum. “Home sweet home! Hari ni aku nak tidur puas-puas!” Itulah rancangannya hari ni. Dah semalaman dia bekerja di hospital. Nana terkejut bila terlanggar sesuatu. Hampir saja dia terjatuh.  Suasana gelap gelita.

            Suis lampu ditekan. Nana mengetap bibir melihat barang bersepah di lantai. Kasut, stoking, baju dan beg. Kerja siapa lagi kalau bukan teman serumahnya. Maknanya JJ dah balik dari India. “JJ!” jerit Nana. Dia pantang melihat rumahnya bersepah. Sebelum pergi kerja, dia dah kemas semuanya. Semua teratur dan tersusun kemas. Sedap mata memandang. Tapi sekarang ni ….. memang menyakitkan hati aku. Pantas Nana berjalan hampiri JJ yang nyenyak tidur di sofa.

            “JJ! JJ! Wake up.” Tubuh JJ digoncang beberapa kali tapi masih tiada reaksi. “Eeee… kalau tidur memang liat nak bangun. Lantaklah bom pun, jangan haraplah nak bangun.” Nana mencekak pinggang.

            “JJ! Bangunlah! Eee… tak boleh jadi ni.” Dia ligat berfikir mencari idea. Dia tersengih. Kali ini tubuh JJ digoncang dengan kuat. “Bangun! Masalah besar ni! JJ! Bangun! Datuk kau datang. JJ! Datuk kau datang. Tan Sri Isa datang!” Suara sengaja ditinggikan.

            Seperti kena kejutan elektrik , JJ terus bangun. Mata terbuka luas. Dia melihat keadaan sekeliling. Datuk aku datang! Jantung berdegup kencang bila nama Tan Sri Isa disebut. Tak ada pun! Di ruang tamu tak ada sesiapa pun. Air muka berubah bila dengar Nana ketawa. “Kau ni suka buat aku terkejut. Kau ingat lawak. Kalau masin mulut kau, mati aku”

            Dia tak dapat menahan ketawa melihat reaksi JJ tadi. “Iyalah.. tidur mampus! Puas aku kejut tak bangun-bangun pun. Terpaksalah aku guna taktik terbaru aku.”

            “Aku penatlah! Aku baru sampai. Bagi chance aku tidur, lima jam pun jadilah.” JJ ingin terbaring semula di sofa tetapi lengan kanannya sempat dipegang oleh Nana.

            “No! No! No more sleep! Aku nak kau angkat barang-barang kau masuk bilik. Lepas tu tidur dalam bilik kau. Kau nak terbungkang tidur pun aku tak kacau. “

            “Nana! Aku penat! Tengok dah pukul empat pagi! Aku bangun nanti terus aku kemas.”JJ menggaru kepala sehingga rambutnya berserabut.

            “Tak nak! Sekarang! Right now! Kau tahu aku tak suka rumah bersepah, nanti aku yang tak boleh tidur. Ok! Kalau kau tak nak jugak, aku call Uncle Zakaria dan beritahu yang selama ini kau tinggal dengan aku. Kau yang suruh aku bagitau yang kau dah pindah. Kau suruh aku tipu.“  Telefon bimbit dikeluarkan dari poket baju uniformnya.

            “Okey! Okey! Aku buat! Eee… Clean freak! Apa salahnya sesekali bersepah. Seni namanya! Kebelakangan ni, sikit-sikit nak ugut aku.” JJ terus mengutip barangnya satu persatu sambil membebel tak puas hati. Dia masuk terus ke dalam biliknya.

            Nana tersenyum melihat ruang tamu kembali bersih.

            Beberapa saat kemudian, JJ keluar. “Nana! Aku lapar!” Perut diusap beberapa kali.

            “Eee… kau ni! Manja betul!”

            “Ala ….Sebulan aku tak rasa masakan kau. Rindu tahu tak? Kat sana aku makan tosei ja. Memang la sedap tapi kau dah selalu tekak ni dah rasa lain. Boleh la …. Please! Masak Maggie pun jadilah.” JJ merengek seperti budak kecil. Dia terus memeluk tubuh Nana. Hubungan mereka memang rapat. Dah macam adik beradik.

            “Eee… bau apa ni!Busuk!” Nana terus menolak tubuh JJ. Dia memandang JJ dari atas hingga bawah. “Kat sana tak mandi ke?”

            JJ tersengih. “Mandi tapi masa nak balik tadi tak sempat.”

            “Kalau macam tu pergi mandi dulu, eee…. Busuk betul! Cepat pergi mandi! Mandi bersih. Sabun betul-betul. Aku pun nak kena mandi dulu. Melekit. Lepas mandi, aku masak Maggie.”

            “Okey! Madam!” JJ memberi tabik hormat pada Nana sebelum berlari masuk ke dalam bilik.

            Setelah selesai mandi, Nana terus masuk ke dapur dan masak Maggie untuk mereka berdua.

            “Hmmm… baunya dah buat perutnya berkeroncong.” Tiba-tiba JJ muncul dengan memakai seluar jeans dan t-shirt putih.

            “Pakai cantik-cantik ni nak pergi mana?” tanya Nana sambil meletakkan Maggie yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk.

            “Studio! Tiba-tiba dapat ilham nak lukis. Lagipun, aku ada exhibition awal tahun depan” Beritahu JJ.

            “Tadi kata nak tidur ….”
            “Rasa tak mengantuk pulak. Kaulah gerak aku tadi. Terus hilang mengantuk aku.”

            “Aku jugak yang salah.” Mangkuk yang penuh dengan Maggie kuah diletakkan di meja kayu untuk dua orang.

            Tanpa dipelawa JJ terus duduk dan menadah tangan membaca doa makan. Tak sabar rasanya nak rasa masakkan Nana. Banyak betul sayur Nana letak. Memang jaga kesihatan betul Si Nana ni. Paling sedap bila makan nasi lemak yang Nana masak. Memang sedap giler. Makan sekali dah nak kena tambah berkali-kali.

            Tiba-tiba Nana teringat sesuatu. Panggilan yang dia terima beberapa hari yang lalu. Wajah JJ dipandang. “Uncle Zakaria call aku lagi. Kasihan pulak! Dah dua tahun, Sweetie! Uncle Zakaria masih cari kau. Entah-entah datuk kau sakit tenat.”

            “Kalau dia sakit, dah kecoh dunia ni.” Jawab JJ endah tak endah. Dia malas nak ambil tahu.

            “Eee… kau ni! Maybe datuk kau nak baik semula dengan kau.” Ujur Nana. Hari tu aku ada google nama datuk JJ di internet, wah tak sangka Tan Sri Isa tu orang ternama kat Malaysia. Jutawan pulak tu. Memang kaya!

            “Tak ada maknanya, Nana! Aku kenal dia. Sekali dah benci, sampai mati dia benci. Dah lapan belas tahun, Nana! Kalau dia nak baik semula dengan aku, dari dulu lagi dia dah cari aku. Aku ni satu-satunya cucu kandung dia tapi di mata dia … aku ni musuh ketat dia, kau tahu tak! Nak pandang aku jangan haraplah. Kalau boleh aku tak nak jumpa dia lagi. Apa-apa hal berkaitan pasal dia, aku tak ada kena mengena langsung. Period!” jelas JJ. Air muka JJ berubah keruh. Aku ingat lagi selepas arwah ayah, ibu dan Uncle Jeff tak ada, aku terus dihantar bersekolah di UK. Ketika itu usia aku baru mencecah 11 tahun. Bayangkanlah aku kecik lagi time tu, aku hidup seorang diri di sana. Baru kehilangan mak ayah. Aku sedih lagi time tu. Nak tak nak aku tetap pergi belajar di sana. Nak speaking pun belum pandai lagi. Dah macam ayam dengan itik time tu. Setiap malam aku menangis seorang diri. Aku harap semua ni mimpi ngeri . Aku harap dia akan ambil aku balik tapi semua tu harapan yang sia-sia. Siang malam aku tunggu, tiada siapa datang pun sehinggalah aku sedar siapa aku sebenarnya. I’m just nobody. Nobody! I’m alone! Aku kecewa sangat-sangat. Sehinggalah aku buat keputusan untuk berhenti menunggu. Aku kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup ini.

            “Sweetie!”

            “Now! This is my life. Aku bangga dengan pencapaian aku selama ini. Aku bangga jadi humanitarian photographer and painter. At least, aku boleh tolong orang selagi aku mampu.  So …. Dah abis kan! Jom makan!” JJ terus makan dan tak nak ingat lagi kisah silamnya. “Sedap! Very delicious!” puji JJ. Dia makan penuh berselera.

            “Makan tu jangan gelojoh sangat.” Tegur Nana sambil tersenyum. Nasib kita memang sama, JJ. Kita sama-sama dibuang keluarga.Mungkin ini sebab takdir temukan kita berdua. Mereka bertemu buat pertama kali di Iraq. Ketika itu mereka berdua volunteer di sana. Dan hanya kami saja orang Malaysia dan kami terus rapat hingga sekarang. Semakin lebar senyuman Nana melihat gelagat JJ makan.

                                                **********************

            Bazli mendekati ayahnya yang sedang berehat di taman. “Baru balik ke ayah? New Zealand lagi ke?” tanya Bazli terus melabuh punggun di kerusi. Dia tahu sejak dua tahun ni, ayahnya sering ulang alik ke New Zealand. Entah ada apa kat sana. Bila ditanya, ada saja alasannya. Macam ada rahsia besar.

            “Ya.” Ringkas jawapan Zakaria seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

            “Ayah tahu tak mak sekarang ni syak yang ayah ada pasang bini seorang lagi kat New Zealand. Ayah kerap sangat pergi sana! Betul ke?” Bazli terus bertanya tanpa berselindung lagi.

            Zakaria terkejut besar. “Hish…. Ke situ pulak budak ni! Ayah ada hal kat sana.”

            “Hal apa?” Bazli cuba korek rahsia ayahnya.

            Zakaria mengeluh. Dia dah janji. Hal ini antara dia dan Tan Sri Isa tahu. “Hal kerja, Bazli. Ini amanah orang.”

            “Bazli faham, ayah! Tapi Bazli tengok setiap kali balik New Zealand, ayah mesti muram. Cuba beritahu Bazli kot kot la Bazli boleh tolong.”

            “Ayah betul-betul minta maaf, Bazli. Ayah tak boleh beritahu. Tan Sri Is ……” Zakaria terdiam. Dia dah terlepas cakap. Matanya bertaut dengan anak mata Bazli.

            “Tok ayah! Kenapa dengan Tok ayah?” Bazli dapat tangkap apa yang berlaku sekarang ini. Tujuan ayah pergi sana mesti ada kaitan dengan Tok Ayah. “Tok Ayah ada anak lain ke?” teka Bazli.

            “Bukan!”

            “Habis tu siapa?”

            “Jasmin” jawab Zakaria tanpa berfikir panjang.

            “Jasmin! Macam pernah dengar saja nama tu ….” Otaknya ligat berfikir. Rasa macam aku pernah dengar nama tu sebelum ini. Kat mana ya!

            Zakaria mengeluh sekali lagi. Eee… Mulut aku ni ringan betul. Yang aku bagitau Bazli buat apa? Kalau Uncle tahu, teruk aku nanti.

            Tiba-tiba mulut Bazli melopong luas. Dia dah ingat. “Jasmin Junaidah! Anak Uncle Musa. Cucu Tok Ayah!” Bazli masih ingat lagi budak perempuan yang selalu menangis di belakang rumah banglo Tok Ayah. “Tapi…. Kenapa tiba-tiba cari Jasmin?” tanya Bazli. Dia masih ingat apa yang berlaku. Kasihan Jasmin! Seorang diri di negara orang sedangkan waktu tu Jasmin baru berusia 11 tahun.

            Zakaria memandang wajah anak sulungnya. “ Ayah pun tak tahu, Bazli. Bila ayah tanya, ini arahan! So ayah nak buat apa lagi. Ayah sendiri tertanya-tanya , selepas berbelas-belas tahun kenapa sekarang nak cari Jasmin? Memang pelik.”

            “So maknanya Jasmin ada di New Zealand.”

            “Ya. Uncle Isa suruh ayah cari Jasmin dan bawa balik ke Malaysia. Dah dua tahun tapi masih tak jumpa. Entah mana Jasmin sembunyi seolah-olah dia tak nak ada apa-apa kaitan dengan Uncle Isa lagi. Kalau ayah di tempat Jasmin pun, ayah pun tak nak jumpa Uncle Isa. Apa Jasmin lalui selama ini kita sendiri tak tahu. Cukup makan minum ke? Tinggal di mana? Selesa tak? Ada kawan tak? Masa hari raya, raya dengan siapa? Kita tak tahu. Duit elaun yang tiap-tiap bulan Uncle Isa bagi, langsung tak diambilnya.” Zakaria mengeluh. Dia menyesal sebab ikut arahan Uncle Isa ketika itu. Kalaulah aku tetap berdegil lawat Jasmin di UK, mesti aku takkan lost contact dengan Jasmin. At least aku tahu keadaan Jasmin. Zakaria, kau nak menyesal pun dah tak guna. Musa, maafkan aku. Aku tak jaga anak kau dengan baik. Zakaria rasa bersalah dengan Musa.

            “Langsung tak ambil!” Bazli terkejut besar. “Habis tu macam mana Jasmin survive selama ni?”

            “Dia humanitarian photographer. Dia banyak terlibat dengan NGO. Dia travel banyak tempat sebab itu ayah susah nak cari dia.”

            “Rumah dia? Mustahillah dia tak balik rumah langsung.”

            “Dah pindah pun. Roomate dia beritahu ayah , selepas dapat tahu ayah datang cari dia. Terus Jasmin pindah. Dah dua tahun , Jasmin tak contact dia langsung. Ayah dah mati akal. Uncle Isa pula asyik pressure ayah.”

            “Hmmm… pasal hal ini, ayah jangan bimbang. Biar Bazli uruskan!”

            “Tapi ….. “

            “Dah dua tahun ayah guna cara ayah cari Jasmin tapi still tak jumpa jugak kan. So kali ini biar guna cara Bazli pulak. Don’t worry ayah, biar Bazli settle. “

            “Tapi ayah dah janji dengan Uncle Isa pasal hal ini.”
            “Ayah tak beritahu macam mana tok ayah nak tahu kan. So ….Bazli akan beres semua. Bazli akan bawa Jasmin balik.” Tegas Bazli. Dia yakin yang dia akan dapat cari Jasmin.

            “Kerja macam mana?”

            “Itu biar Bazli uruskan. Ayah jangan risau apa-apa pun, okey!”

            “Baiklah tapi jangan beritahu Ikwan pasal hal ini. Uncle Isa tak nak Ikwan tahu.”

            “Tok ayah ni tak habis-habis nak berahsia. Kenapa pulak Ikwan tak boleh tahu pasal Jasmin? Pelik betul.” Kepala digeleng beberapa kali. Sampai sekarang Ikwan masih tak tahu kewujudan Jasmin.

            “Biarlah! Satu hari Ikwan tahu jugak. Ayah percaya Bazli seratus peratus ni, jangan hampakan ayah. Cari Jasmin sampai dapat.”

            “Yes, Sir!” Bazli terus bangun dan memberi tabik hormat seperti askar seraya tersengih. Tanggungjawab yang diberikan padanya memang besar.

           
             

6 comments:

Amira Mohd Nor said...

Assalam... Sis sambung laa lg dan lagi... Rindu nak baca :)

Amira Mohd Nor said...

Assalam... Sis sambung laa lg dan lagi... Rindu nak baca :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Nur Sabrina said...

Cite ni best sgt.Tapi lama sgt nak tunggu bab baru keluar.

Nur Sabrina said...
This comment has been removed by the author.
wanee said...

sis smbg lagi

Post a Comment