Thursday, February 15, 2018

Novelku Yang Ke 4 - Biar Betul Nama Dia Bougainvillea



Assalammualaikum ....

Rasanya nak dekat dua tahun tak jenguk blog ni. Rindu rasanya ... Mulai tahun 2018 ni, saya akan post sambungan Foto Cinta dan karya terbaru saya ..... Dia Helena Isabella. Nantikan yer .... He he he ...

Sebelum itu, saya nak beritahu yang novel ke-4 saya  - Biar Betul Nama Dia Bougainvillea telah diterbitkan pada bulan Julai 2017 keluaran Anaasa Publication dengan harga RM26. Boleh beli di kedai buku yang berhampiran dan boleh beli terus dari Anaasa Publication ( www.anaasapublication.com.my) . Sekarang ini anaasa ada buat sale, boleh layari laman web anaasa seperti yang tertera di atas. Selain novel saya, ada banyak lagi novel-novel dari penulis yang berbakat. Semua novel best-best. Beli yer ... He he he .... Tengah sale ni, nanti rugi. Kalau ada apa-apa masalah , boleh contact saya di FB. Sesiapa yang dah beli tu, terima kasih banyak-banyak dan saya harap anda semua terhibur membacanya. 


“Nama penuh dia… Bougainvillea.” – Raja Khalida
“What?! Seriously! Biar betul? Nama dia Bougainvillea!” – Raja Awwadi
“Bunga kertas! Nama dia bunga kertas. Kelakarnya. Bapak dia tak reti nak letak nama lain ke? Mesti bapak dia mat bunga. Bougainvillea!” – Raja Awwadi
Nama dia Bougainvillea. Biarpun  digelar bunga kertas oleh Raja Awwadi, namun dia langsung tak kisah. Pertemuan pertama tidak seindah mana bila Villa memperlekehkan dia dengan beberapa keping wang RM50. Dia bukan taraf murahan! Dia CEO GB Group yang tersohor. Dia punya duit berjuta!
Bagi Villa, siapa pun Raja Awwadi, dia anggap sama sahaja dengan orang biasa. Dia tak takut atau gentar dengan lelaki itu. Setiap kata lelaki itu hanya menjadi angin lalu bagi Villa. Akhirnya bermulalah amarah Raja Awwadi.
“Aaa… Apa yang encik nak dari saya?” – Bougainvillea
“Okey! Kalau you dah lupa, biar I ingatkan sekali lagi. Listen, I nak you dengar baik-baik. Buka telinga you luas-luas. I takkan ulang banyak kali. I tak suka you kerja di sini. Sejak awal I dah warning you. Tapi you degil. You tetap kerja di sini juga.” – Raja Awwadi
Saat hilangnya Villa dari mata, raja Awwadi gembira. Hidupnya kembali kepada rutin biasa. Begitu juga Villa. Hidupnya kembali berbunga. Sehinggalah satu peristiwa yang mematikan segala keindahan hidup mereka.
Berkahwin!

“I peduli apa you nak percaya atau tak? Hakikatnya I akan kahwin dengan Villa. I love her. Dia seorang wanita yang baik. Dia wanita yang sesuai untuk menjadi permaisuri hidup I. Don’t worry! I akan hantar kad jemputan kat you. You boleh jumpa Villa di sana,” – Raja Awwadi
Betul ke dia akan kahwin dengan Villa? Mati segala saraf dia bila itu yang diungkapkan.
Dan Villa, boleh pula bersetuju dengan lamaran dia hanya kerana satu perkara. Segalanya huru hara tetapi ia menjadi nyata.
Dia mampu menutup segala hinaan orang hanya dengan rahsianya namun dia memilih untuk kekal berahsia. Dia mampu menawan hati lelaki tetapi dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Dan dia adalah Bougainvillea.

“She’s not an ordinary woman,” – Raja Awwadi

Salam Sayang 
Azimah Lily 


1 comment:

Diana Ismail said...

Suka watak Villa dlm Novel nie. Sis nk tanya, kenapa jln cerita xsama dngan cerita diblog yg sis post?

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...