Friday, February 16, 2018

Foto Cinta Bab 3


BAB 3

            Bazli menoleh bila bahunya disentuh. Dia tersenyum. “Kau ada operasi ke?”

            “Ya. Biasalah. Sorry, Bro! Kerja aku ni tak kira masa. Berkhidmat untuk negara. Macamlah kau tak tahu skop kerja aku macam mana.” Ikwan terus duduk di sebelah Bazli tanpa dipelawa. Selepas habis operasi dia terus bergegas datang berjumpa sahabat baiknya. Rasa bersalah pulak bila Bazli terpaksa tunggu sejam kat sini.

                                                         Tempat Lepak Bazli & Ikwan

            “Of course, aku faham. Kalau tak faham, dah lama aku blah.” Bazli bergurau.

            Pelayan  datang mengambil order Ikwan dan kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

            “Kau dengan Wilma macam mana?”

            “Macam mana? Aku tak faham. Tiba-tiba kau sebut pasal Wilma dah kenapa?” Ikwan membuat mimik muka kurang senang bila nama bekas kekasihnya disebut.

            “Aku dengar Wilma nak baik semula dengan kau!” kata Bazli “Aku tak faham dengan Wilma. Sekejap baik, sekejap breakup!” Kepala digeleng beberapa kali memikirkan hubungan Ikwan dan Wilma. Asyik on off saja.

            “Kalau kau tak faham, aku sendiri tak faham. Sekarang ni tergedik-gedik nak baik dengan aku. Dia yang minta breakup dengan aku dulu. Kononnya aku lebih pentingkan kerja aku dari dia. Hello …. Dia sepatutnya faham dengan kerja aku macam mana. Kalau dulu boleh terima, kenapa sekarang tak boleh? Tak habis-habis suruh aku berhenti kerja lepas tu suruh aku kerja kat DB Group. Aku tak suka orang atur hidup aku, kau tahu kan. Dah tiga tahun hidup aku aman damai selepas break up dengan Wilma, sekarang ni Wilma datang baik. Eee…. Serabut kepala aku.”

            Bazli ketawa secara tiba-tiba.

            “Kau dah kenapa?” Berkerut dahi Ikwan bila Bazli ketawa. Aku serius ni. Ingat benda lawak ke?

            “Tapi lepas ni, kau baik semula dengan Wilma kan! Sekarang ni memanglah kau marah, lepas Wilma pujuk terus kau cair. Macamlah aku kenal kau sehari dua.”

            “Aku serius, Bazli! Aku takkan berbaik semula dengan Wilma. Aku dah tawar hati.”

            “Harap-harap begitulah! Dari masa sekolah menengah lagi, aku dah cakap jangan layan Wilma tu. Tapi kau degil jugak. Sepuluh tahun kau bercinta dengan Wilma, apa kau dapat? Cuba kau bagitau kat aku.” Kata Bazli. Awal-awal lagi aku dah warning, perangai Wilma tu tak ada siapa boleh tahan. Dah la manja, tergedik-gedik pulak tu. Kalau tak dapat apa dia nak, merengek macam budak kecil. Menyampah aku dibuatnya. Walaupun kami besar bersama-sama, kami memang tak rapat sangat. Aku lebih rapat dengan Jasmin walaupun kami baru saja kenal dua bulan.

            “Dapat apa lagi! Sakit hati jawabnya.”

            Ikwan dan Bazli sama-sama ketawa.

            “Oh ya! Esok aku pergi Auckland, ada hal kat sana.”

                                                    (Auckland, New Zealand - Mencari Jasmin)

            “Berapa lama?”

            “Empat hari saja.”

            “Buat apa kat sana?” tanya Ikwan.

            “Secret!” jawab Bazli sambil tersengih. Kalaulah aku bawa balik Jasmin, mesti Ikwan terkejut. Iyalah, Ikwan memang tak tahu langsung pasal kewujudan Jasmin. Nama Jasmin pun tak pernah disebut langsung, Itu arahan Tok ayah. Tak ada sesiapa pun berani sebut nama Jasmin selepas hari itu. Kalaulah Jasmin tengok layanan Tok ayah kat Ikwan pasti Jasmin kecik hati. Walaupun Ikwan hanya cucu angkat Tok ayah sejak 15 tahun yang lalu, Ikwan diberi penuh perhatian dan kasih sayang. Memang jauh berbeza dari Jasmin. Bagai langit dan bumi.

            “Beritahulah ….” Pujuk Ikwan.

            “One day, aku akan beritahu kau jugak.”

            “Okey! Aku tunggu. Mana makanan aku ni. Laparlah.” Matanya mula melilau mencari kelibat pelayan restaurant. Perut digosok perlahan-lahan menahan lapar.

            Bazli tersenyum melihat gelagat Ikwan. Kalau kau tahu pasal Jasmin, kau pasti tak kisah. Kita bertiga pasti akan jadi kawan baik. Semangat Bazli mula berkobar-kobar mencari Jasmin.

                                    ********************************

            Bazli membaca setiap helaian demi helaian laporan dari Private Investigator yang diupah ayahnya.  Sebaik tiba saja di lapangan terbang Auckland, dia sewa kereta dan terus datang ke rumah sewa Nana. Sambil menunggu kepulangan Nana, Bazli membaca laporan sambil mencatat sesuatu di atas kertas. Wajahnya serius.

                                                                          (Rumah Nana)

            “Something fishing about her. Enam tahun mereka tinggal bersama, mustahil dia tak tahu mana Jasmin sekarang ni. Kau mesti tahu sesuatu… Aku yakin. Dengan ayah aku kau boleh tipu but not me, Miss Nana” Cakap Bazli sambil memegang gambar Nana.

                                                                             (Nana)

            Hampir 30 minit Bazli tunggu, akhirnya orang yang ditunggu-tunggu muncul juga. Dengan pantas, Bazli keluar dari kereta dan hampiri Nana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangan.

            “Assalammualaikum…”

            “Waalaikumussalam” jawab Nana. Dia menoleh ke belakang. Dahi berkerut. Siapa lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Dia baru saja habis shift malam.

            “Cik Nana kan!”

            “Yup! So who are you?”

            “I’m Bazli. You know my father, Zakaria!”

            Air muka Nana terus berubah.  Pandangannya kaku melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Alamak! Tak sangka dia hantar anak dia pulak. Ingatkan dah settle sebab dah sebulan tak call aku. Nana, calm down. Kau boleh handle mamat ni. “Oooo… Uncle Zakaria. Yeah, of course I know him. Kenapa yer? Pasal JJ ke? Sorry, I betul-betul dah lost contact dengan JJ. Honestly, I tak tahu JJ kat mana. Kalau I tahu, dah lama I beritahu Uncle Zakaria.” Nana menjawab dengan penuh panjang lebar. Dah bermula sesi berlakon aku dengan mamat ni.

            “Betul ke you tak tahu? Come on, enam you all tinggal sama-sama. Mustahil hubungan you all sekadar teman serumah saja. You all mesti rapat kan! Bestfriend!”

            “Memang betul enam tahun kami tinggal bersama tapi we just housemate .. Not more than that. Kerja I tak kira masa. Shift I selalu bertukar-tukar. I tak ada masa nak tahu hal JJ. Lagipun JJ pula humanitarian photographer, dia banyak travel overseas.  Dia pergi mana pun I tak tahu.”

            “I tak percaya.”

            Nana mengetap bibir. Eeee… mamat ni tak faham bahasa betul. Menyampah aku! Orang kata tak tahu, tak tahu la. “Betul! I tak bohong! Dah dua tahun I lost contact dengan JJ selepas dia pindah rumah.” Bersungguh-sunggu Nana cuba yakinkan Bazli.

            “Dengan ayah I, you boleh tipu. I percaya you tahu di mana Jasmin sekarang ni. “

            Air muka Nana berubah pucat. “Suka hatilah, you nak percaya atau tak. Bukan masalah I pun. Malas nak layan orang yang tak faham bahasa macam you.” Nana terus memulakan langkah meninggalkan  Bazli. Di bibir Nana tak henti terkumit-kumit menyumpah.

            Bazli tersengih. Tengok! Dah kantoi. Orang kalau ada rahsia, macam inilah. Lari nak lepaskan diri. Memang aku tahu kau tahu mana  Jasmin sembunyi. Kau tu sebenarnya bestfriend Jasmin. Nak berlakon dengan aku, jangan haraplah aku nak percaya.  “Miss Nana! I akan cari Jasmin sampai jumpa. Ini janji I. Selagi I tak jumpa Jasmin, I takkan balik Malaysia.” laung Bazli dengan nada kuat .

            Sebaik saja pintu dibuka, Nana terus masuk dan menutup pintu. Badan disandar di muka pintu. Keluhan dilepaskan dengan kuat. Nafasnya turun naik seolah-olah seperti baru lepas berlari. “Matilah kau kali ni, JJ!” Nana bergerak ke tingkap dan langsir tingkap diselak. Nana terkejut bila Bazli melambai ke arahnya dan terus langsir ditutup semula. “Eee…. Tak balik lagi! Balik sajalah. Eee… geramnya aku! Aku kena call JJ bagitahu hal ini.” Telefon bimbit terus keluar dari poket baju cardigan yang dipakainya.
           

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...