Tuesday, May 1, 2018

Foto Cinta Bab 5


BAB 5

            Bazli duduk termenung di Café Ria. Muk berisi air latte masih tidak di minumnya. Dia tak peduli orang keluar masuk di situ. Fikirannya masih memikirkan Jasmin. Ibu jari digigit.

            “Wei …. Malu la, dah tua  pun nak hisap jari lagi.” Ikwan yang baru saja sampai terus menarik tangan Bazli. “Kau ni dah kenapa?”

                                                                       -   Ikwan -

            “Sorry! Kau bila sampai?”

            “Baru jer sampai! Kau ni ada masalah ke? Kalau kau gigit jari, mesti ada masalah besar. Citer la kat aku! Maybe aku boleh tolong.”Ikwan faham sangat dengan perangai Bazli kalau ada masalah. Kalau ada masalah besar, mesti gigit ibu jari. Dah macam budak-budak lima tahun.

            Bazli memandang muka Ikwan dulu sebelum mengeluh.

            “Cakaplah!”

            “Tak boleh!”

            “Eh ..bila pulak kau pandai berahsia dengan aku ni. Beritahulah, aku nak dengar ni.” Pujuk Ikwan.

            “Bukan aku tak nak beritahu kau tapi ni amanah orang. Ikutkan hati memang aku nak bagitau kau tapi …. Memang tak boleh. Ini amanah Tok Ayah.” Jelas Bazli. Ikwan cucu angkat Tan Sri Isa. Sepatutnya Ikwan patut tahu pasal Jasmin. Dia memang berhak. Lepas tiba dari KLIA, aku dan ayah terus berjumpa Tok Ayah. Aku beritahu semuanya tapi Tok Ayah tetap juga berkeras suruh aku bawa pulang Jasmin. Bila aku tanya sebabnya, Tok Ayah cakap ini arahan. Sakit kepala aku memikirkannya. Sekarang tanggung jawab ayah dah jatuh ke tangan aku. Aku ditugaskan bawa Jasmin balik ke Malaysia dengan apa-apa cara sekalipun. Takkanlah aku nak culik Jasmin tu …. Memang kerja gila. Tak pasal-pasal nanti aku masuk lokap.

            “Tok Ayah!” Tiba-tiba Ikwan tersenyum. “Ini pasti pasal Jasmin kan!”

            “Kau tahu?” Air muka Bazli terkejut.

            “Dah lama aku tahu. Kau ingat aku ni jenis minum, makan , tido! Of course aku tahu, Bazli. Cuma aku tak tahu kisah antara Jasmin dan Tok Ayah. Aku pernah tanya Mak Bedah. Mak Bedah cakap Tok Ayah tak suka nama Jasmin disebut. Mak Bedah cakap dia tak boleh citer. Kalau nak tahu, dia suruh aku tanya Tok Ayah sendiri.”

            “Kau tanya tak?” soal Bazli.

            “Tak! Dah Tok Ayah tak nak citer, aku malas nak tanya. So .. alang-alang kita dah masuk bab ni kan, apa kata kau saja yang citer kat aku.” Ikwan tersengih. Sebenarnya dia tahu pasal Jasmin bila dia terdengar perbualan Tok Ayah dengan Uncle Zakaria sepuluh tahun yang lalu. Dia terkejut jugak bila dapat tahu Tok Ayah ada cucu.  Iyalah sepanjang tinggal di situ, tiada siapa pernah sebut pasal Jasmin.  Foto Jasmin pun tak ada.

            “Hmmm….. mulut aku tiba-tiba rasa gatal.”  Bazli menggaru mulut secara tiba-tiba. Serba salah jadinya.

            “Nampak tu! Mulut kau dah bagi hint.  Citerlah …. “

            “Yelah. Aku beritahu sebab kau ni berhak tahu pasal Jasmin.” Bazli membetulkan kedudukkannya seraya anak mata memandang ke kiri dan kanan. “Kisah pasal Uncle Musa dan Auntie Halimation, ibu aku yang citer. Sejak kecil lagi, Tok ayah dah plan segala-galanya untuk Uncle Musa.  Semuanya ditentukan untuk Uncle Musa. Suka atau tak, kena ikut. Nasib baiklah Uncle Musa bukan jenis melawan, apa saja cakap Tok ayah … Uncle Musa ikut. Maklumlah Uncle akan warisi empayer dia satu hari nanti. Sehinggalah satu hari …..”

            “Uncle Musa jumpa Auntie Halimation.” Ikwan mencelah.

            Bazli mengangguk perlahan-lahan.

            “Tok ayah nak kahwin Uncle Musa dengan anak kenalan Tok ayah. Orangnya setaraf dengan Uncle Musa. Dari segi nama, keluarga, kekayaan dan pangkat. Berbeza dengan Halimaton. Hanya seorang pelukis malah anak yatim piatu. Macam-macam Tok ayah buat untuk pisahkan mereka berdua sehinggalah Uncle Musa buat keputusan untuk kahwini Auntie Halimaton secara senyap. Bila Tok  ayah dapat tahu terus Tok ayah halau Uncle Musa.  Uncle Musa keluar rumah sehelai sepinggang. Tapi Uncle Musa tak menyesal dengan pilihan dia malah dia bahagia hidup bersama Auntie Halimaton walaupun mereka hidup susah. Sebenarnya dalam diam, Tok Ma jumpa Uncle Musa. Seorang ibu tak tergamak nak biarkan anaknya hidup susah. Tok Ma bagi rumah pusaka keluarga Tok Ma kat mereka berdua tinggal sehinggalah satu hari Tok Ma kemalangan semasa perjalanan pulang dari melawat Uncle Musa. Tok Ma meninggal dunia sebaik saja tiba di hospital. Bila Tok ayah dapat tahu, Tok ayah naik angin. Dia kata Auntie Halimation bawa sial dalam keluarga dia. Dia tuduh Auntie Halimaton penyebab Tok Ma kemalangan. Kami sendiri tak tahu macam mana tok ayah boleh fikir macam tu.” Cerita Bazli.

            Dahi Ikwan berkerut.

            “Selepas tu pulak, Uncle Musa dengan Auntie Halimaton accident. Waktu tu mereka berdua one the way nak ambil Jasmin kat Kedah. Ada program kem khemah ibadat kat sana. Kali ini  tok ayah kata Jasmin bawa sial. Waktu tu Jasmin kecik lagi, dia baru saja kehilangan mak ayah.  Tak abis-abis perkataan sial yang tok ayah akan cakap setiap kali nampak Jasmin. Bila Tok ayah nak hantar Jasmin study kat boarding school  kat UK, nasib baiklah time tu Uncle Jeff balik. Uncle Jeff tentang keputusan tok ayah. Uncle Jeff sendiri yang akan jaga Jasmin. Tapi Allah Taala lebih sayangkan Uncle Jeff, selepas beberapa bulan pemergian Uncle Musa … Uncle Jeff terlibat dalam kemalangan. Tok ayah sedih sangat-sangat. Dalam tahun yang sama, tok ayah kehilangan kedua-dua anaknya. Tok ayah salahkan Jasmin dalam hal ini.  Dia terus hantar Jasmin study di UK.” Bazli mengeluh. Peristiwa lapan belas tahun yang lalu masih segar di ingatannya.

            “Masa nak hantar Jasmin ke airport, aku ada time tu. Jasmin menangis. Dia merayu kat tok ayah supaya jangan hantar dia kat UK . Dia kata dia lebih rela dihantar di rumah anak-anak yatim. Bayangkanlah budak sepuluh tahun cakap macam tu. Tapi tok ayah berkeras hantar dia jugak. Ayah aku bagitau masa dalam flight,  Jasmin tak henti-henti menangis. Dia mesti sedih. Satu-satunya saudara terdekat dia … malah darah dagingnya sendiri halau dia macam tu saja. Masa dia kat UK, tok ayah tak lawat Jasmin langsung.”

            “Sekali pun tak pernah?”

            Bazli geleng kepala beberapa kali.

            “Kalau cuti sekolah ?…. Aaaa… kalau hari raya?”

            “Asrama tulah rumah Jasmin sehinggalah dia habis belajar. Ayah dan ibu aku ada nak pergi lawat Jasmin kat sana tapi ditegah oleh tok ayah. Setiap kali hari raya, ayah aku mesti duduk termenung. Aku tahu dia fikirkan Jasmin kat sana tapi apa boleh buat. Kalau ayah aku pergi lawat Jasmin, tok ayah cakap dia akan hantar Jasmin jauh tanpa pengetahuan ayah aku. So apa ayah aku boleh buat!”

            “Takkan tak ada rasa simpati langsung. Sikit pun jadilah. Hakikatnya Jasmin tu satu-satunya darah daging dia. Pewaris dia! Cucu tok ayah.” Ikwan rasa tak percaya dengan apa yang di dengarnya. Tok ayah yang aku kenal selama ini tak sama sepertimana yang Bazli cerita.

            “Orang kalau dah dikuasai dengan perasaan benci dan marah,  semua tu dia dah lupa. Sebab itu masa tok ayah ambil kau jadi cucu angkat , kami terkejut. Malah dia jaga dan layan kau dengan penuh kasih sayang tapi Jasmin dibuang jauh dari hidup dia. Selepas enam belas tahun, tiba-tiba saja tok ayah suruh ayah aku cari Jasmin. Kami tak tahu kenapa tiba-tiba saja sebut nama Jasmin. Bila ditanya, ini arahan.”

            “Maksud kau. … selama ini Uncle Zakaria pergi New Zealand sebab Jasmin ada di sana.”  Tiba-tiba Ikwan teringat yang Bazli ada beritahu yang Uncle Zakaria kerap pergi sana.

            “Yup!”

            “Jumpa?”

            Bazli melihat tepat wajah Ikwan. “Kalau jumpa, dah lama ayah aku bawa Jasmin balik!. First time ayah aku jumpa roommate Jasmin di Auckland, Jasmin tak ada. Seminggu kemudian ayah aku pergi lagi, roommate Jasmin … Miss Nana cakap yang Jasmin dah pindah selepas dapat tahu kedatangan ayah aku.”

            “So dia lari ….”

            “Yup! Dalam masa dua tahun, ayah aku cari tapi tak jumpa. Yang ada hanya gallery dia saja di Auckland.  Staff dia juga cakap, Jasmin jarang datang ke situ. Dia suka travel satu dunia.  So  no clue where is she right now! … sekarang  ini tanggungjawab ayah aku diberikan kat aku. So turn aku pulak cari Jasmin. Yang masalahnya sekarang, satu-satunya orang yang tahu di mana Jasmin sekarang ni tak nak beritahu aku. Geram betul aku dengan Miss Nana tu. Argh …..”

            “Miss Nana, housemate Jasmin tu.”

            “Kalau kau nak tahu, selama ini dia tipu ayah aku hidup-hidup. Pandai betul berlakon kononnya tak pernah jumpa Jasmin. Hakikatnya mereka berdua berhubung sehinggalah sekarang.”

            “So kau nak buat apa? Jangan cepat putus asa. Aku rasa Tok ayah dah insaf.  Dia dah tua sekarang ni. Mungkin tok ayah nak minta maaf kat Jasmin. Kau tahu kan ego tok ayah tu tinggi. Nak dengar tok ayah minta maaf memang jarang. Kau mesti cari Jasmin dan bawa dia balik jumpa tok ayah.” Ikwan memberi semangat. Dah tiba Jasmin balik. Aku tak nak Tok ayah tatap lagi foto lama tu dan termenung sendiri. Aku tahu tok ayah menyesal. Bak kata pepatah air dicincang takkan putus. Walauapa yang terjadi, Jasmin satu-satunya cucu tunggal dan darah daging dia di dunia ni.

            “Itulah .. aku tengah fikir macam mana cara dia!” Bazli mengetap bibir dan wajah bertukar serius. Tiba-tiba wajah sahabat baiknya dipandang. “Kau!”

            “Apa!” Ikwan hairan .

            “setiap kali ada kes, macam mana kau settle kes kau?”

            “Apa kaitan kes aku dengan kau? Aku tak faham” Ikwan masih tertanya-tanya.

            “Maksud aku, kau ada suspek! Tapi suspek tu sembunyikan diri so kau tak dapat cari dia. Macam mana cara kau buat supaya suspek tu keluar dari tempat persembunyian dia?”

            “Hmmm… Senang saja. Aku trick suspek tu. Umpan suspek tu keluar! “

            “That’s it!” Bazli bangun secara tiba-tiba. Dia ketawa sekuat hati tanpa hiraukan orang ramai yang dah ada di situ. Aku dah dapat idea.

            “Kau nak trick Jasmin balik sini? Hello! Jasmin tu bukan penjenayah, okey! Kau ingat senang-senang dia percaya!” Kepala digeleng beberapa kali. Dia dah faham maksud di sebalik soalan Bazli tadi.

            Bazli terus duduk. “Hello, Bro! Ini Bazli. Kau tengok apa aku akan buat nanti.  Wait and see!”  Bazli tersengih.

            “Good luck!” Ikwan ketawa kecil. “ Bazli! Jasmin tu … Orangnya macam mana?” Tiba-tiba hatinya terdetik ingin tahu.

            Bazli membetulkan posisi duduk agar lebih selesa. Wajah budak perempuan bujur sirih yang selalu duduk di atas buaian di halaman belakang rumah masih segar di ingatannya. Itulah tempat Jasmin setiap kali dimarahi tok ayah. Duduk menangis dan termenung di situ sambil memegang teddy bear kesayangannya.    “Jasmin! Hmm.. orangnya lemah lembut, baik hati, penyabar dan sopan santun. Setiap kali tok ayah marah, Jasmin tak pernah melawan. Kau mesti suka Jasmin kalau jumpa dia. She’s very nice person. Sama seperti Auntie Halimaton.”

            “Tak sabar aku nak jumpa dia.” Kata Ikwan.

                        *****************************************

            Jasmin tersenyum melihat gelagat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain-main. Suara gelak ketawa mereka membuatkan Jasmin terhibur. Dah hampir seminggu Jasmin berkampung di sini. Dia dan beberapa ahli sukarelawan yang lain datang untuk membaiki sekolah di kampung ini yang rosak akibat dilanda ribut bulan lepas. Kehadiran mereka disambut baik oleh ketua kampung di situ. Walaupun mereka hidup serba kekurangan namun mereka kaya dengan budi bahasa.

            “Miss JJ! Good morning!” tegur budak perempuan yang ada di situ.

            “Morning, dear!”  balas Jasmin seraya tersenyum dan melambai ke arah budak perempuan itu. Dia terus berjalan melalui jalan-jalan kecil menuju ke sekolah kecil yang terletak di tengah-tengah perkampungan itu. Dirinya disapa setiap terjumpa orang kampung. Hampir saja orang kampung di situ dikenalinya.  Ada sebuah van putih dipakir di hadapan sekolah itu. Jasmin berlari mendekati van itu. Pasti barang-barang keperluan sekolah itu dah sampai.

                                                                      - Jasmin -

            “Mario! Sorry, I’m late!”  Jasmin minta maaf. Dia tak sedar pagi tadi. Mungkin penat sebab lukis pemandangan di dinding sekolah itu.

            “It’s okey! You know, they like your painting so much.” Mario tersenyum. Dia mengangkat keluar kotak yang ada di dalam van itu. Jasmin turut sama membantu. Beberapa ahli sukarelawan dan penduduk kampung  membantu mereka angkat beberapa buah kotak yang masih banyak di dalam van.

            Jasmin mengeluarkan buku-buku dari kotak tadi dan disusun kemas di atas rak.  Sedikit sebanyak buku ini nanti dapat membantu pelajar-pelajar di sini nanti. Sekolah di kampung ini memang daif. Hanya ada dua kelas saja dan mereka terpaksa berkongsi kelas. Memang kasihan. Rasa sedih melihat mereka belajar di sini. Walaupun serba kekurangan namun keinginan mereka untuk belajar tak pernah pudar. Kekurangan yang ada tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar.

            “Miss JJ! Is it true … you leaving tomorrow?” tiba-tiba ada budak lelaki menegur Jasmin.

            Jasmin tersenyum. “Yes! Why, Ahmed?”

            “Why are you leaving?” nada suara Ahmed kedengaran sedih.

            Jasmin mendekati Ahmed dan memegang tangan Ahmed dengan lembut. “Don’t be sad. I will come again. Don’t worry.  I will bring your favorite chocolate bar next time. A lot of it. “
           
            “Really! Promise!”

            “Promise!” janji Jasmin. “So you must study hard and don’t miss class again. Can you do it for me?”

            Ahmed mengangguk kepala tanda setuju.

            Jasmin memeluk Ahmed. Rambut Ahmed diusap lembut. Rasa sedih untuk tinggalkan Ahmed. Sepanjang aku tinggal di sini, Ahmed selalu ikut aku ke mana saja. Ke mana aku pergi, dia mesti ada. Aku dah anggap Ahmed sekeluarga seperti family aku sendiri. Ayah dan ibu Ahmed pun baik orangnya. “Be a good boy okey!” Pelukan Jasmin semakin erat. Tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi. Terasa berat untuk berpisah dengan Ahmed. Ahmed dah seperti ahli keluarga aku sendiri. Keluarga yang aku tak pernah ada selama ini. Begitu cepat masa berlalu, keesokkan harinya kami semua akan berangkat pulang.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...