Friday, May 25, 2018

Trip To Krabi, Thailand (2018) - Day 1



Day 1

      Assalammualaikum semua .... Saya nak cerita sedikit pasal pengalaman pergi ke Krabi awal bulan May 2018. Saya pergi bersama adik, mak cik, sepupu & the geng (seramai 9 orang)

     Hmm... Hmmm... Asalnya trip ni kami plan tahun lepas lagi. Mula-mula nak naik flight , bila kira-kira balik mahal jugak kosnya. Iyalah nak kena naik kat KLIA, Air Asia tak ada direct flight dr Penang ke Krabi so kami cari jalan lain.  Nasib baiklah, sepupu ada kawan yang keje part time jadi tour guide. Mujurlah agensi travel dia, ada trip ke Krabi. Tengok itinerary nampak okey. Trip ke Krabi 3H 2M , seorang RM430. Okey kan termasuk dengan hotel sekali. Lagipun sepupu saya memang pandai tawar menawar .... Heheheh....  

     Kami bertolak hari Jumaat. Berkumpul di rumah sepupu. Lagipun driver/guide datang ambil kami kat situ. So saya dan adik tidur di rumah Mak Cik. Sebelah jer pun dengan rumah sepupu. Van datang pukul 4.30 pagi . Excited nak pergi krabi punya pasal pukul 3 pagi, saya dah bangun. Hahahah.... Hujan dari semalam still tak henti-henti. Risau jugak. Sebelum pukul 4.30 pagi, kami semua dah siap. Maklumlah kami semua jenis on time.

    Kami tunggu ... tunggu .. tunggu.... Van still tak sampai jugak.Hujan pulak makin rancak turun. Sepupu pun apa lagi terus la contact kawan dia tu. Rupa-rupanya baru on the way, dia tak terjaga katanya. Pukul 5 lebih baru kami bertolak. Kami sampai kat R & R Gurun pukul 6.30 pagi, cepat-cepat kami pergi sembahyang Subuh. Ramai betul orang kat surau. Maybe destinasi mereka pun sama macam kami. Hehehe. Lepas sudah sembahyang, kami terus bertolak ke Bukit Kayu Hitam.

    Van berhenti secara tiba-tiba, saya ingatkan dah sampai. Maklumlah terlelap sekejap. Sepupu cakap siapa nak pi tandas, pergi cepat nanti dah tak singgah dah. Lebih kurung 20 minit jugak kami kat Free Duty Shop, tandas kat situ berbayar. 30sen ... mahai! GST  sekali kot.

Ramai jugak org berhenti kat sini.


    Kami tiba di Immigration Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pukul 8.20 pagi. Kereta tak banyak lagi time tu. Yang banyak bas. Berderet-deret dengan bas saja. Kami pun turun check passport kat Immigration Malaysia. Semuanya lepas. Alhamdulillah .... Lepas tu kami pergi pulak kat Immigration Thailand, mak oiiii..... banyaknya kereta. Bersusun-susun! Kaunter 4 atau lima, saya tak ingat sangat. Kat sini, jangan lupa letak borang putih a.k.a arrival/departure form yang dah siap diisi dalam passport. Wajib selit RM2. Kalau tak bagi, duduklah kat situ. Jangan harap depa nak stamp passport kita. Sampai saja kat kaunter, cepat-cepat turun dari van. Iyalah, kat belakang tu banyak lagi kereta beratur. Yang geram tu, ada jugak dari kaunter lain mai kat kaunter kami. Siap potong line. Wah ... memang tak aci ni. Kami pun apa lagi, suruh diorang beratur.  Main shortcut pulak.

   Bersusun-susun

Lepas urusan kami selesai, our guide parking van kat tepi. Dia cakap dia kena declare van dulu kat immigration Thailand. Nasib baik sekejap saja. Lepas tu guide kami berhenti lagi, singgah kat Danok. Katanya tak tukar duit Thai lagi. Danok dekat sempadan saja. Well, first time masuk Thailand .... excited jugak. Semua benda saya tengok , hahaha... Struktur kedai di Danok tak sama macam tempat kita. Memang lain. Tiang elektrik di sana memang klasik. Hehehe ....



    Dari sempadan nak ke Krabi mengambil masa 4 jam, lebuh raya kat sana pun lain dari kita. Memang berbeza. Naik motor siap tak pakai helmet lagi. Releks saja. Kalau kat Malaysia, memang dah kena saman. Di Thailand, wajib penumpang pakai seat belt. Kalau tak, kena saman. Guide kami cakap, polis Thai memang suka tahan kereta Malaysia.  Jaga-jaga! Wajib pakai seat belt tau.

    Tiba-tiba saja van berhenti kat satu kedai tepi jalan, Kedai makan Kak Piah. Orang Patani, pandai cakap melayu.  Yang penting, halal. Guide kami cakap kedai ni famous dengan sup daging. Tapi saya tak order  pun, lagipun adik saya dah order .... nanti saya tapau dia jer. Hahaha ..... Well, lauk-lauk kat Thai ..... tak sama  macam kat Malaysia. Saya dan mak cik sama-sama tersengih  sebab kami tak tahu nak ambil lauk apa. Finally, saya ambik kerabu ayam.  Mak Oiii..... pedasnya terus saya minum teh o ais  .... Mak Oiii..... manisnya. Fuh.... boleh kena kencing manis macam ni. Adik saya gelak sebab dia tahu saya tak tahan pedas. Dia suruh rasa sup daging  dia. Wahhh... memang sedap . Thumbs up! Daging memang lembut.  Wajib cuba. Ramai jugak orang berhenti kat sini.  

 Tak sempat nak snap gambar sup daging, dah habis kami makan. Ini sejenis ulaman kat sana. Bila ditanya ulam apa,  mereka sendiri tak tahu nama ulam ni. Hahaha..


    Sejam lebih kami sambung perjalanan, van kami berhenti lagi. Macam R & R jugak. Ada tempat makan (Halal), ada tandas, ada surau. Our guide bagi kami masa 30 minit untuk sembahyang Zohur. Bila tengok jam, terkejut jugak baru pukul 1 lebih. Baru teringat sepupu ada cakap, waktu di Thai lewat sejam dari kita. Surau dia okey! Selesa ! Besar. Tapi tempat ambik wuduk memang open, boleh tengok kereta lalu lalang lagi. Heheheh...  Kat situ, wajib beli pelam potong. Memang sedap. Rugi kalau tak rasa.

    Kami sambung perjalanan semula. Lagi dua jam kami akan sampai, nasib baiklah cuaca baik. Cerah saja. Sepanjang perjalanan kami, banyak betul motor –motor besar dari Malaysia. Laju ja potong kami. Dah nama motor besar, kenalah bawa laju ... betul tak?

Kami berhenti di destinasi kami yang pertama, Trang Andaman Gateway. A very nice stop. Kat situ sesi tangkap gambar bersama-sama. Wajib ambil gambar kat situ.Ambillah banyak mana pun, free!  Ada replica gajah. Banyak  tau gajahnya. Orang pun ramai. Cuaca memang panas terik, maklumlah pukul 2.35 petang. Our guide bagi kami tangkap gambar puas-puas. Tapi kalau rasa nak terbuang, janganlah pergi tandas kat situ.  Tandas memang banyak tapi banyak rosak. Bau tu jangan cakaplah.... Terlebih wangi .... Faham-faham sendirilah yer ....




        Destinasi seterusnya ialah Le Khaokob Cave, Trang.  Dalam pukul 3.20 petang kami sampai kat sini. Orang tak ramai kat situ. Tempatnya sejuk saja. Hijau ..... Aktiviti kat sini naik sampan masuk gua melalui sungai kecil.  Caj masuk 100 baht. Semua orang masuk kecuali saya dan kawan Mak cik. Hehehe ... Sebenarnya saya dah baca pasal tempat ni, nak masuk memang okey tapi nak keluar nanti ... kita kena baring dalam sampan sebab jalan keluar gua tu memang sempit. Dah bagitau kat adik tapi dia still nak naik jugak. It’s okey! Saya pun tunggu mereka kat pondok area itu. Wahhh... anjing-anjing kat situ memang banyak. Besar pulak tu. Masa menunggu, ada la wanita Thai ni datang dekat kami. Dia cerita apa pun kami tak faham. Panjang betul dia bercerita. Cakap bahasa Thai, memang sepatah kami tak faham. Kami berdua tersengih saja, bila saya speaking orang putih ... dia terus diam dan terus bangun. Muka kami macam orang Thai kot .... Heheheh ....Nak dekat setengah jam lebih jugak kami tunggu baru mereka keluar, masing-masing gelak sebab mereka tak sangka yang jalan keluar gua tu memang sempit sangat-sangat. Sikit lagi nak tercalar muka. Adik cakap ada jugak orang belakang mereka yang terjeit-jerit.  Tempatnya memang gelap. Fuh... nasib baik tak naik. Heheheh... Selamat!

Ini tempatnya...

Ini sampan yang nak naik tu ...
Comei kan...


     Sepatutnya destinasi seterusnya elephant trekking tapi kami semua sepakat tak mahu pergi. Sebab kami semua kasihan kat gajah-gajah tu, tak sanggup tengok bintang terseksa macam tu. So kami proceed terus ke Suk Sahoi, Fossil Beach souvenir centre. Tempat tu memang area Krabi. Hujan mula turun renyai-renyai. Kami sampai Krabi dalam pukul 4.10 petang. Disebabkan kami makan tenggahari awal tadi, perut masing-masing mulalah buat hal. Kami makan kat kedai makan area Ao Nang Beach.  Hmm.... tak ingat nama kedai tu. Orang Patani,  boleh cakap melayu. Saya order nasi goreng udang dengan teh o ais. Airnya tetap manis  ....kalau  Teh o ais pun dah manis, teh ais confirm lagi manis. Hmm.... nasi goreng dia boleh la. Macam nasi goreng cina. Saya minta sambal belacan heheheh .....sambal belacan tak rasa pedas pun.  Saya try tom yam dia, sedap. Rasanya kalau kat sana better makan nasi putih dan tom yam. Baru berbaloi. Nasi goreng biasa-biasa saja.  Lepas makan our guide bawa kami jalan-jalan sekitar Ao Nang,  tak turun pun .... Malam nanti baru kami terjah sini.

Teh o' Ais manis...


     Dah kenyang, kami pun pergi ke next destination. Tempat  beli  souvenir. Macam2 ada kat sini. Memang murah. Ada t-shirt , ada bag, ada fridge magnet , key chain, kerongsang, gelang mutiara ... macam-macamlah. Boleh rambang mata. Tempatnya tepi pantai jer . saya tak sempat nak skodeng pantai dia macam mana sebab cuaca dah mula gelap. Sepupu dah mula panggil sebab kami dah  nak kena check in resort. Lagipun kami semua dah penat.

Wajib serbu tempat ni ... Hehehehe


       Tak sampai sepuluh minit kami dah sampai resort kami, dekat rupanya denga fossil beach. Kami stay dua malam di Anyavee Nammao Beach Resort.  Baru buka hujung tahun lepas. Tempat memang baru lagi. Masa ambil nak ambil kunci, our guide beritahu yang ada tiga bilik tingkat atas yang berhadapan dengan pantai dan tiga bilik lagi tingkat bawah berhadapan dengan pool. Pilih nak bilik yang mana satu. Saya cepat-cepat pilih bilik tingkat atas berhadapan dengan pantai. Dah berangan nak tengok sunset nanti. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................... sunset tu tengok dalam mimpi jerlah. Memang la pintu bilik kami berhadapan dengan pantai tapi bertentangan kami ada bilik lain lagi. Hahahah ....Cis... kena tipu.  Yang best tu, our guide pun pilih bilik macam kami jugak. Sama-sama terkena.  Bilik memang luas, selesa dan bersih cuma  ..... kat sini mereka tak provide seterika. So bawa tudung yang tak payah iron.

Tempat berteduh selama dua malam ...


      Lepas berehat, mandi dan sembahyang, saya dan adik keluar sebab sebelum kami naik tadi sepupu dah pesan. Pukul lapan malam jam Malaysia, kami berkumpul kat bawah. Waktu tu memang gelap gelita. Angin memang kuat. Guruh dengan kilat pun ada. Macam nak hujan lebat jer. Risau jugak. Esok kan kami nak pi boat hopping. Kami pun pergi kat Ao Nang Beach.  Van parking betul-betul dekat masjid area Ao Nang Beach. Kat area masjid Ao Nang Beach, ada orang jual macam-macam. Yang penting makanan a.k.a street food. Dah datang sini mesti kena cuba makanan dia kan. Teringat nak rasa banana pancake, ramai orang cakap sedap kan. Baru saja nak pesan, hujan turun ... memang lebat. Our guide panggil kami lepak kat kedai makan dekat situ sementara hujan berhenti. Saya pun order tuna sandwich dengan fresh orange.  Perut still kenyang lagi sebab itu makan ringan-ringan jer. Fresh orange pun sampai, saya minum. Ini bukan bukan buah orange tapi buah mandarin.  Hahahah.... Adik pulak order, nasi putih dengan green curry. Memang hijau. Orang cakap wajib try green curry  Thai. Rasanya macam masak lemak tapi bau rempah memang kuat. Mula-mula rasa memang tak tahu nak describe macam mana, seorang demi seorang kami semua try rasa. Masing-masing kerut dahi. Sedap memang sedap.  Nak rasa macam lodeh pun ada jugak.  Dah habis makan, hujan masih tak henti so kami buat keputusan balik resort terus.  Tapi kami singgah di 7 Eleven sekejap. Kat Ao Nang, 7 Eleven bersepah-sepah kat mana-mana saja. Selang beberapa buat kedai saja, ada 7 Eleven. Sebenarnya kami singgah situ sebab nak beli banana milik yang viral kat internet. Murah jer pun kalau tak silap ,12 baht ja.  Sepupu pun beli sama. Hahahah...

Tuna sandwich ...

My sister punya Green Curry


     Sampai bilik saja, saya dan terus minum air banana milik tu. Ternyata memang sedap. Sebenarnya  ada banyak perisa. Coklat ada, coffee pun ada.  Lepas tu kami rasa pulak air Arabus Latte, memang famous kat Thai. Lepas dah kemas barang, adik tanya kenapa ada touch light tergantung kat dinding. Mula-mula sampai tadi, saya dah nampak . Saya suruh dia ambil touch light tu letak kat katil, mana nak tahu kan nanti blackout. Tak sampai sepuluh minit, terus blackout.Masin betui mulut ni. Memang bising time tu. Semua orang pakat keluar. Kami berdua just tengok kat luar tingkap jer. Mujurlah ada touch light tadi.  Tapi sampai setengah jam, elektrik ada balik. Lega kami ..... Baru jer nak tidur, sekali lagi blackout. Wah menguji keimanan betul. Kami  tekad nak tidur saja tapi bilik semakin panas. Dah 20 minit tapi still tak ada elektrik. Kami pun keluar, lepak kat luar bilik. Di situ ada meja dan kerusi. Ramai jugak orang keluar. Bilik panas kot. Hujan pulak dah berhenti. Kami tengok orang sebelah kami, Mak Cik dan kawan dia. Senyap sunyi saja. Mesti dah tidur. Letih sangat kot sampai tak sedar langsung. Selepas 15 minit, elektrik ada balik. Kami terus masuk dan tidur. Mata memang dah tak larat nak celik lagi. Esok kan nak kena bangun awal lagi ... Next boat hopping ...

Bersambung .......




No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...