Saturday, June 2, 2018

Trip To Krabi, Thailand (2018) - Day 2


Day 2



          Selepas sembahyang subuh, kami berdua terus bersiap untuk boat hopping. Kami pakai  baju biasa saja. Ala baju nak pi jogging pun okey jer. Tak payah beli baju mandi muslimah, mahal. Dan baju salin pun, tak payah bawak sebab automatic baju akan kering sendiri. Hahaha... Disebabkan caj boat hopping termasuk sekali dalam  pakej,  kenalah ikut pakej mereka (4 Islands). Sebenarnya, ada macam-macam pakej lain.  Kalau nak pakej lain, kenalah tambah duit.


          Pakej yang famous antaranya Phi Phi Island.  Ini naik speed boat sebab jauh.  Mahal la pakej dia.  Pulau-pulau dia memang cantik dan mengambil masa lama. Ambil masa sehari jugak. Pakej lain pulak – Hong Islands. Boleh pilih nak naik speed boat atau long tail boat.  Pakej ini boleh tahan jugak harganya.  Saya pernah google  .... pulau dan pantai dia memang cantik.  Next time , nak pergi sini pulak. Insya Allah ...


        Nak dijadikan cerita, adik saya terlupa nak bawa bag kalis air. Nak pi pantai, penting tau bawa bag kalis air. Iyalah nak letak passport lagi, dompet lagi... macam-macamlah nak letak. Nak beli lain, mahal. Better beli online jer, kat Krabi ... harganya memang mahal. Nasiblah kawan sepupu ada bag kalis air tu, so kami tumpang letak. Hehehe...  Nak ingatkan ... wajib pakai sunblock. Nanti hitam pulak muka nanti. Adik sepupu dan kawannya buat lawak, dah sampai pulau baru kalut nak pakai sunblock. Hahahah... Eloklah dah berkilat muka .


        So kami berkumpul pukul 7 pagi jam Thailand.  Sementara menunggu semua orang turun, saya pun round satu resort tu. Dekat dengan pantai, cantik jugak. Sebelum boat hopping ,wajib isi perut dulu. Kami breakfast kat area resort tu jugak. Kedai makan tu dekat roundabout sebelah dengan 7 eleven. Hahaha... Turun saja, kami terkejut sebab kedai penuh dengan orang. Patut la ada rombongan , naik bas pulak tu. Memang penuh. Tapi owner kedai makan tu, bawa keluar meja dan kerusi untuk kami. Baiknya hati dia.... Ada yang  makan nasi lemak dan ada yang makan roti canai. Oooo... terlupa pulak nak bagitau, owner kedai ni pun orang patani. Cakap  melayu lagi. Saya makan roti canai ja. Roti canai memang lembut dan kuah dia pulak kuah ayam ... rasa macam rendang ayam. Sedap. Lincin saya makan. Sementara yang lain-lain tengah bayar, saya dan adik masuk 7 eleven . Kami beli banana milik lagi... Hahaha...

Pemandangan awal pagi di resort

Roti canai gulai ayam


        Kami tiba di Nang Ann Travel pkl 8 pagi.  Tempatnya tepi  sungai besar. Yang kelakarnya , kami sampai saja baru dua orang perkerja dia sampai. Kami orang mula-mula sampai kat situ. Bila sepupu tanya our guide, kenapa orang tak ada ada? Our guide cakap kita datang awal sebab mereka buka pukul 9.30 pag. Hahahha.... Jenuh jugak kami tunggu. Nasib baik mereka ada sediakan tempat duduk, boleh lepak jugak.  Sambil-sambil tu, kami round area situ. Tengok boat lalu lalang lepas tu borak kosong. Tandas kat situ pun bersih. Lepas pukul 9.30 pagi, orang semakin ramai. Kami pun dah daftar dan diberikan gelang berwarna orange untuk dipakai. Setiap pakej yang lain dipakai dengan gelang colour lain. Pukul 10.15 baru, turn kami. Mereka akan jerit warna gelang kami pakai dan lepas tu berkumpul di satu tempat. Mereka akan panggil nama dan suruh kami ke boat.




          Disebabkan kami naik long tail boat, nak naik boat tu kami kena panjat tangga. Pekerja Nang An akan tolong. Terkial-kial jugak nak panjat. Kami pun duduk dan terus pakai life jacket. Sebelum bertolak, guide kami bernama Ann. Dia tak berapa fasih bahasa English. Hehehe .... Susah jugak kami nak komunikasi dengan dia. Masa nak bertolak, enjin boat pulak tak boleh start.  Banyak kali dia cuba start tapi tak boleh jugak lepas tu dia apa entah dengan perkerja Nang An. Confirm kami tak faham sebab cakap dalam Thai. Bila dia sebut jumper, kami semua terus faham.  Cubaaan kali ketiga, baru enjin boat boleh start. Alhamdullillah ... lega rasanya.


        Long tail boat ni memang lambat. Bila ada speed boat lalu, boat kami akan berhenti sekejap.  Bergoyang jugak boat kami. Hahahah.... Lebih kurang 25 minit, kami sampai di Phra Nang Island. Dari jauh dah nampak, pulau ni memang cantik. Sebelum turun, Ann ada beri penerangan. Memang kami tak faham. Tercengang-cengang kami. Kami jer dari Malaysia. Yang lain, semuanya orang Thai. Sepupu buat isyarat tangan dan tunjuk jam. Ann faham dan tunjuk jarinya. Tiga ... Kosong. Maksudnya 30 minit, kami stop kat situ. Masa nak turun memang seksa,  boat kami memang tinggi. Boat pulak asyik bergerak. Bila kaki turun saja kat pantai, ombak tolak. Nasib baik, saya dapat imbang badan. Kalau tak, dah tersungkur kat situ. Heheheh...  Kami berjalan ramai-ramai  menyusuri pantai. Ya Allah, pulau ni memang cantik. Pantainya putih bersih. Pasir dia pulak sehalus tepung. Pijak pun tak rasa apa-apa pun. Saya pun buang selipar. Baru ada feel jalan tepi pantai. Pemandangan di sini memang cantik. Memang terpegun dengan keindahan dia. Kat sini ada gua, gua ni memang famous. Jauh jugak kami jalan nak sampai . Rupanya boat kami parking jauh. Penat jugat kami jalan.  Bila kami nak dekat gua tu, mak oiii.... ramainya orang. Sesak! So kami buat keputusan patah balik, jalan datang sini dah ambil masa 15 minit .... nak patah balik confirm 15 minit jugak kan. Aduh .... Nak naik boat pulak, nak naik confirm seksa jugak. Hahahah.... Masa nak naik tu, boat bergerak sebab ombak. Saya pegang kuat-kuat tangga besi tu. Kalau jatuh, naya. Apabila semua orang dah naik, Ann pun kira kami semua. Kang tertinggal, menangis tak berlagu.





         Pulau ke dua ialah chicken island. Pulau ini memang berbentuk ayam. Tak boleh turun, just tangkap gambar saja. Dia bagi masa sepuluh minit.  Selepas itu dalam jarak 500 meter, boat berhenti. Ann cakap boleh snorkelling kat sini. Dia bagi kami masa 30 minit.  Saya tak join mereka lain snorkelling . Tak berani sebenarnya.   Hahahaha...Tengok dari boat pun dah nampak batu karang. Air  laut memang jernih. Ikan memang nampak jelas. Comel betul ...



          Selepas itu, kami bergerak ke Poda Island.  Perut dah mula berbunyi. Patut la dah pukul 12.40 tengahhari. Lapar .... Pakej yang kami ambil ni termasuk sekali dengan lunch dan yang penting sekali halal.  Turun saja dari boat. Ann mula panggil kami dan suruh berkumpul di satu tempat sementara mereka sediakan makanan untuk kami.  Ramai orang kat Poda Island ni. Poda Island dah kira macam R & R. Semua boat berhenti di sini. Kat sini, ramai orang putih bersantai.  Bila makanan dah siap tersedia, Ann panggil kami semua makan. Ada tiga lauk. Tom yam, sayur kubis dan ayam goreng.  Ayam goreng dia memang sedap. Kat sini , tak disediakan tempat duduk. Duduk jer atas pasir. Baju ngan seluar memang confirm penuh dengan pasir selepas itu. Kalau boleh, bawa la tikar . Tak la kotor nanti. Kat sini kami berhenti  lama sikit. Saya pun apa lagi, mula la  menghayati keindahan pulau ni. Cantik memang cantik. Rugi kalau tak jejakkan kaki kat sini



.


       Last sekali Tup Island. Sebenarnya ada dua pulau. Pulau ini bersambung sebenarnya.  Kalau air surut, ada jalan antara kedua-dua pulau ni.  Nak dijadikan cerita, saya tinggalkan seliper di atas boat, Malas nak pakai sebab setiap kali turun boat saja seliper mesti dibawa lari ... hahaha dibawa lari ombak. Jenuh kena kejar.  Hehehe... Tapi pasir pantai kat pulau ni kasar sikit.  Saya pun follow cousin dari belakang, mereka nak jalan ke pulau satu lagi. Air pulak surut so ramai orang jalan ke pulau itu mengharungi air laut. Paras air tak tinggi pun, paras bawah lutut saja. Well, saya pun teringin ke pulau itu jugak. Pijak jer pasir pantai tu terus  dahi berkerut. Sakitnya kaki. Rupa-rupanya banyak kulit siput kat situ. Macam-macam jenis kulit siput ada. Kalau terpijak yang tajam, melompat jawabnya. Semakin saya jalan, semakin banyak kulit siput saya pijak. Aduiiii.... sakit. Mak Cik dan adik saya pun sama, berkerut dahi mereka menahan sakit. Mereka berdua pun sama macam saya ... berkaki ayam. Hahahaha.... Tak tahan punya pasal, kami bertiga patah balik. Better beli water shoes, baru berbaloi kalau pergi boat hopping. Lagipun kami stop kat Tup Island hanya selama 20 minit saja.  Kami bertiga pun duduk bersantai kat tepi pantai.  Ambil angin sambil-sambil menghayati pemandangan sekitar Tup Island.  Jam dah tepat pukul dua, kami pun bergegas ke boat. Maklumlah panas terik kat sini. Sini tak ada banyak pokok macam dekat Poda Island. Naik saja boat, dah terhidang buah nenas dan buat tembikai. Tunggu apa lagi, kami pun melantak tak ingat dunia. Hahahaha....




                Tepat pukul 3.00 petang, kami tiba di pangkalan Nang Ann. Kami pun tinggalkan tips untuk guide dan pemandu boat.  Ada bekas putih tergantung atas boat. Tak kisah nak bagi berapa pun, asalkan ikhlas. Pihak Nang Ann Travel akan sediakan kenderaan untuk kami dibawa pulang ke hotel. Kami naik Tuk Tuk.... Lebih kurang 15 minit, kami tiba di resort. Memang letih  sangat-sangat. Cousin and the geng nak mandi dalam kolam renang dulu sebelum masuk ke dalam bilik. Saya dan adik tak join sebab rasa letih sangat-sangat. Nak berehat jer dalam bilik. Mata ni dah tak larat nak buka lagipun pukul lima petang jam Thailand, kami dah nak turun. Next stop, Krabi Town!


                Kami bertolak ke Krabi Town tepat pukul 5 petang jam Thailand.  Selepas mandi dan rehat, badan ni dah rasa segar. Tapi perut pulak lapar. Hahaha.... Destinasi kami seterusnya  ialah nak tangkap gambar di Black Crab Replica di tengah-tengah Krabi Town.  Kalau datang di Krabi Town wajib ambil gambar kat sini. Ramai orang jugak, ikut giliran. Yang bestnya, ada polis Thailand tolong ambilkan gambar untuk semua yang ingin bergambar dengan Black Crab tu. Replica Helang pun ada. Rasa macam kat Langkawi pun ada. Tapi yang  Langkawi besar lagi. Lebih kurang 10 minit saja, kami bergambar di sini lagipun cuaca semakin gelap. Plus perut kami semua pun lapar.




                Our guide bawa kami makan kat satu tempat ini. Restaurant  ni memang cantik. Terletak betul-betul atas tasik kecil . Tak ingat nama tempat tu. Time kami sampai orang tak ramai. Yang penting sekali, pekerja di sini tahu cakap Melayu.  Order jer terus. Saya ambil tom yam campur, nasi putih dan telur bistik seafood.  Saya share dengan adik dan cousin sebab portion memang besar.  Disebabkan saya tengok meja sebelah order fresh orange, saya pun order jugak. Siapa order juice apa-apa pun , akan ada bunga orkid kat gelas tu. Wow... so sweetnya. Boleh ambil gambar nanti. Lama jugak menunggu, makanan still jugak tak sampai-sampai lagi. Nak kata ramai orang tak makan lagi, cuma meja kami saja yang tak dapat makanan lagi. Selepas 30 minit menunggu, sampai jugak makanan kami tapi ..... air kami tak sampai lagi.  Lapar punya pasal, kami makan terus. Tom yam dia memang sedap siap ada isi ikan lagi. Lincin kami makan tapi .... air kami pun tak sampai lagi, Fuhhh.... air apa mereka buat sampai lama macam ni, Bukan kami bertiga tak dapat, semua orang tak dapat lagi. Bila ditanya, sekejap lagi sampai. Aduh.... menguji betul.  Lepas sepuluh minit, air pun sampai.  Kecewa betul bila tengok gelas tak ada bunga orkid pun. Tak aci betul!  Dah la service lambat, mahal pulak tu.   



                Selepas perut dah diisi , kami pergi ke Krabi Town Night Market. Kami sampai dalam pukul 7.45 malam jam Thailand.  Parking penuh so van kami parking jauh sikit. Anggap saja senaman selepas makan. Hahaha.... Melangkah masuk saja dah dengar irama muzik, sekumpulan budak-budak  yang umur lebih kurang 10 tahun bermain alat muzik. Mereka buat persembahan ni disebabkan nak kutip dana untuk yuran pengajian mereka.  Rasa terharu. Disebabkan mereka  ada semangat nak belajar, mereka sanggup cari pendapatan sendiri. Respect!!!!!  So sambung balik cerita, ada macam –macam gerai kat sini. Tempat memang crowded. Kena jalan straight ja, jangan berhenti. Kalau kita berhenti terus jam, kasihan kat orang belakang. So saya dan adik teringin nak makan lobster. Cari punya cari , seekor pun tak jumpa. Hahaha ... Mungkin bukan musim dia kot. Kecewa la jugak tapi kami dapat jugak rasa banana pancake.  Hmmm.... mahal jugak. 50 baht. Rasa biasa ja.  Well, kami nampak pulak pulut mangga. Terus beli,  wahhh.... rasanya memang sedap. Wajib makan. Pulutnya lembut sangat-sangat lepas tu manga memang manis. Rugi kalau tak cuba. Sepatutnya sejam kami jalan-jalan kat sini tapi kami keluar awal sebab terlalu ramai orang. Sebelum balik, saya dan adik singgah kat 7 Eleven. Nak beli banana milk lagi tapi sayang dah habis.  Hahaha...


                Disebabkan masih awal lagi, kami pergi ke Ao Nang Beach sekali lagi. Semalam kan kami tak sempat nak round. Lagipun cousin dan lain-lain nak mengurut.  Kat sini banyak tempat urut, pandai-pandailah cari yang murah.   Kalau tak silap, ambil masa 40 hingga 45 minit.  Sepupu cakap murah jugak, hanya 200 baht. Okey, sementara sepupu and the geng berurut. Kami yang lain-lain pun jalan di sekitar Ao Nang Beach.  Pantainya memang panjang. Semasa jalan, ada sebuah kedai ini baunya wangi sangat-sangat.  Kedainya memang cantik. Kedai jual sabun bunga dan buah. Cantik-cantik ukiran sabun dia. Patah balik nanti saya nak singgah beli.  Kami jalan lagi sehinggalah kami berhenti dan duduk berehat sebentar.  Rasa macam dah tak larart nak teruskan lagi ... So kami pun patah balik. Alamak ... kedai sabun tu dah tutup. Rugi betul.  Moral of the story, kalau nampak benda dah berkenanan ... terus jer beli.  Kalau tak menyesal tak sudah.  Kami janji berkumpul di MCD Ao Nang.  Bersebelahan MCD tu ada 7 Eleven, tunggu apa lagi saya pun beli lagi banana milk.  Dah jadi hantu banana milk sebab murah jer , 17 baht. Pukul 11.50 malam, kami bergerak pulang ke resort. Kemas itulah, kemas inilah. Esok kan dah nak balik, cepat betul masa berlalu  kan.  Pukul 1 pagi baru kami tidur. Esok pukul 7 pagi jam Thailand kami akan bertolak ke Emarald Pool.


Bersambung .....



No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...