Day 2
Next destination
… USS (Universal Studios Singapore). Disebabkan tidur awal, pukul 5 pagi kami
dah bangun. Lepas sembahyang subuh, kami
terus siap. Tepat pukul 7 pagi, kami dah turun sarapan di kedai bawah. Kedai
sama kami tapau nasi goreng semalam. Syukur sangat-sangat sebab kedai ini dekat
saja… Adik makan roti canai. Saya dan
mak cik makan karipap . 3 ketul karipap (SGD 2). Rasa pun sedap. Besar pulak
tu. Besar dari karipap Malaysia. Adik cakap roti canai pun sedap. Pukul 7.15, kami dah gerak ke MRT Paya
Lebar.
Kami naik MRT ke
Harbour Front. Kebetulan waktu tu orang pergi kerja. Memang ramai orang. Saya
dan adik berdiri. Memang padat. Hahaha…. Bayangkanlah hampir sejam kami
berdiri. Lebih kurang 13 station, MRT tu stop. Pukul 8.50 pagi kami tiba di
Harbour Front/ Vivo City. Nampak kedai roti …. Hmm Tak ingat nama dia … Ala-ala macam Bread History …Belok kiri dan
naik escalator sampai Level 3.
Tiba kat Sentosa
Express Station, kami terus beli ticket. Ada mesin ticket. Kos pergi balik
hanya SGD 4. Kat sini kalau tak ada duit kecik pun tak apa, nanti balance bagi
balik. Kami pun naik train tu, memang ramai orang. Tak ada tempat duduk, semua kena berdiri.
Alaaaa…. Sekejap ja pun. Ada empat station iaitu Sentosa Station, Waterfront
Station, Imbiah Station dan Beach Station. Nak pi USS, kena turun kat
Waterfront Station.
Nak pi Sentosa
Island, ada banyak cara. Pertama naik train Sentosa Express. Yang Kedua,
naik cable car. Harga mahai sikit kalau
tak silap … SGD 29. Kalau nak tengok view, boleh la naik cable car. Yang
ketiga, nak nak teksi pun boleh … entry masuk kalau tak silap antara SGD 2
hingga SG 7. Siapa yang rajin berjalan … boleh jugak jalan melalui Sentosa
Broadwalk. Kena bayar SG 1. So ikut suka la yer…
Kami terus jalan …. Sekejap saja dah jumpa
USS. Tak ramai lagi orang lagi. Kami bergambar kat globe USS. Line memang clear. Disebabkan kami sampai
awai, kami lepak kat area situ. USS buka pukul
10 pagi. Tapi dah ada orang tunggu depan entrance. Pukul 9.30 pagi, main gate depa buka. Kami
pun beratur. Jangan bimbang …. Banyak lane depa buka. Time ni jugak la security
guard akan check bag. Nasib la siapa yang terpilih.
Kami beli ticket
USS dari agency. Dengan harga SGD 77 without express lane. Selepas beberapa minit, mula la dengar music
…. Ada seorang lelaki keluar dan meraikan kedatangan kami semua. Dia memang
berceloteh panjang. Selepas itu keluarlah mascot pussycats dari filem
Shrek. Memang comeiiiiiii…. Semua orang
menjerit bila dia keluar. Pukul 10 pagi
tepat-tepat , depa buka. Lepas scan ticket saya terus ambil pamphlets dan kertas show attraction
untuk hari ini. Kertas show attraction ini untuk kita punya info, Nak tahu show
kat USS start pukul berapa. Kena alert tau , terlepas nanti rugi.
Oklah, saya
sambung cerita balik. Saya toleh belakang, terkejut tengok mak cik still kat
tmpt scan ticket. Rupanya ticket ada problem. Adik pun mesej agent. Nasib baik
agent tu cepat email ticket baru. Fuh… nasib baik. Masa kami pun, ada Jurassic
Park. Maklumlah … tahun ni kan keluar film Jurassic Park. Saya dah tengok film dia. Tak best! Rugi
duit.
First thing
first, kami pergi ke Transformers 4D ride kat Sci Fi City Section. Wajib pi
sini dulu. Takut ramai. Ada jugak orang
berlari semata-mata nak naik tu dulu. Kami pun masuk la. Memang ramai. Kami
beratur lebih kurang 20 minit, Ambil
cermin mata 4D, lepas tu naik kereta. Memang best la. Bergoyang sana sini macam kita ada
betui-betui ada dalam badan Transformer. Hahaha… Rasa macam lima minit saja
ride dia tapi kami puas hati. Kami pun letak balik cermin mata tu dan keluar.
Kami keluar betul-betul dalam
Transformers gift shop. Banyak jugak kedai menarik di situ.
Nak ambil gambar rollercoaster sebenarnya ... terlepas la pulak. |
Kami naik pulak
Acceleratop Cup. Dekat jer … Sebelah dengan
Transformers tadi. Mak Cik tak
nak. So saya dan adik naik. Memang pusing sakan…. Saya gelak saja sebab laju
cup tu pusing. Duration pun 5 minit.
Kami turun dan terus cari Mak Cik. Dia
duduk betul-betul bawah rollercoaster Battlestar Galactica . Kami tengok laju betul rollercoaster tu ….
Telan air liur saja. Memang tak berani naik. Dengar orang jerit dari atas pun,
kami dah cuwak. Hahaha….
Kami pun pi ke
Ancient Egypt Section. Dah panas terik
time tu. Memang dahaga air. Kat USS ada tempat drinking water, boleh ambil air
kat situ. Kat sini juga ada tempat makan
halal … Nasi Briyani SGD 15. Kata orang wajib cuba. Mula-mula ingat nak makan
dulu tapi awal lagi. Kami berhenti kat Revenge of The Mummy Ride … aaa… Yang
rollercoaster tu…. Nak naik ke tak nak … Adik memang awai-awai lagi cakap tak
mau naik. Mak Cik pun tak mau naik. Jadi kami pun tak nak. Kami ni memang penakut
naik rollercoasters …. Hahaha…
Lepas itu kami
jalan-jalan kat area The Lost World. Tempat dia sejuk sikit sebab ada banyak
pokok. Kat sini ada Canopy Flyer, Water
Live show dan Jurassic Park Rapid Adventures … Next kami naik Jurassic Park
Rapids Adventure …. Hahaha… Nak masuk di
sini, barang-barang berharga kena simpan dalam locker sebab takut terkena
air. Locker di sini berbayor. Tapi kalau
bawa bag kalis air, tak simpan dalam locker pun tak apa ….. Well, macam biasa
beratur. Ramai orang. Kalau tak mau basah baju, bawalah baju hujan. Masa
beratur, ada mesin jual baju hujan … Ada chop USS lagi. Tapi mahal …. Kalau nak buat kenangan, belilah … Hahaha ….
Kami beratur lebih kurang 35 minit…. Nak dekat turn kami, cepat-cepat kami pakai
baju hujan. Satu boat ada 9 seat. Kami
pun naik …. Kami naik dengan family dari Indonesia. Mula-mula smooth saja
perjalanan dia …. Lepas itu mulalah … air masuk kiri kanan. Saya pun angkat
kaki. Hahaha. Tak mau kasut basah …. Lepas tu boat masuk satu gua ni … Gelap …. Takut jugak … Kot-kot
la …terkeluar T-rex , tak ke naya …. Hahaha… Boat kami tiba-tiba berhenti.
Suspens jugak …. Tak ada jalan.
Tiba-tiba boat kami diangkat naik macam lif. Menjerit semua orang. Lepas
tu atas kepala kami betul-betul ada T-rex. Hahahah….. Pintu terbuka. Dari situ
boat kami jatuh dari paras tinggi, memang menjeritlah kami…… Kat situlah …. Air
terkena kami …. Nasib baiklah kami pakai baju hujan. Tapi
kasihan kat family Indonesia tu, habis basah kuyup. Macam baru lepas mandi. Tapi jangan bimbang … kat luar nanti ada
tempat untuk keringkan baju. Berbayor
yer…. Ala, cuaca kat sana panas terik … Jalan-jalan terus jer kering. Jimat duit.
Kami pun patah
balik ke Ancient Egypt , perut dah lapar ni. Terkejut kami bila tempat penuh.
Nak beli pun sampai beratur panjang ke luar.
Mak Oii…. Ramai betul orang nak makan nasi biryani. Hahaha… Kami pun lepak sekejap. Bincang nak
buat apa…. Kami buat keputusan nak pi beli keychain atau fridge magnet. Gift shop memang menarik. Barang-barang
macam-macam. Semua comel-comel belaka tapiiiii…. Bila tengok harga, letak
balik. Heheheh…. Beli jer apa yang patut. Ikut nafsu, memang semua nak beli. Saya beli USS keychain jer. Bukti yang saya
dah sampai di sini. Hahaha…
Lepas tu kami
jalan-jalan di Hollywood Walk of Fame … Jumpa Bumblee Transformers, jumpa
Minion tapi tak tahu nama dia apa hahaha….. Jumpa Blue raptor … Nak bergambar
kena ikut turn yer …. Kami curi-curi ambil gambar. Hahaha…. Sebenarnya ada
banyak nak cerita tapi kalau tulis semuanya , jenuh la panjang berjela. Semua
kami naik kecuali Revenge of The Mummy rollercoaster, Battlestar Galatica
rollercoaster dan sayang betul kami tak sempat tengok Shrek 4-D Adventure 4D show. Orang terlalu ramai
waktu tu … Sebab beratur keluar…. Itulah kalau ada duit lebih sikit, beli la
Express Lane. Cepat dan tak payah beratur panjang. Tak sampai 5 minit tunggu.
Baby Shark Doo ...Doo... Doo |
Kami pun keluar
dari USS dan pergi ke S.E.A Aquarium., tutup pukul 7 malam. Entrance masuk SGD 29 . Dekat saja dengan USS. Ingatkan USS jer ramai, sini pun ramai. Kami
pun masuk dan turun escalator. Kami
jumpa ikan jerung … Hahaha… Macam-macam jenis ikan jerung pun ada. Nak jalan susah sebab terlalu crowded. Kami pun
teruskan . Kami masuk Live Coral Habitat. Memang cantik tempat dia. Nak tangkap gambar boleh tapi offkan dulu flash camera. Dah ada warning sign kat situ but still
orang ambil gambar dengan Flash. Sebab itu saya tak banyak gambar di sini. Lepas tu kami tiba di Ocean Dome. Macam2 jenis
ikan ada. Ikan kecik ikan besar, semua ada la.
Diorang cakap dolphin ada tapi saya tak nampak pulak dolphin . Kami teruskan jalan lepas tu jumpa Gift Shop. Saya pun belilah fridge
magnet. Tak sampai sejam, kami dah
keluar. Hahahah… Pendapat saya kan, hmmm…. Better pi USS lagi. Heheheh…
Tips Penting –
Nak jalan mana2, bawa la cookies ka biscuit ka. Jangan jadi macam kami berlapar
seharian. Hahaha…
NEXT DAY ….
GARDEN BY THE BAY