Monday, September 3, 2018

Foto Cinta Bab 6


Bab 6

            Ikwan melangkah masuk ke ruang dapur dan melihat beberapa pembantu rumah lain sedang sibuk siapkan sarapan. Dia baru saja bangun tidur. Rambut dibiarkan berserabut. Mata masih belum dibuka sepenuhnya.  “Mak Bedah! Masak apa hari ni?”

            “Nasi lemak!” jawab Mak Bedah yang dah hampir tiga puluh tahun berkerja di rumah Tan Sri Isa.

            “Hmm… sedapnya! Tak sabar nak makan.” Bibir digigit beberapa kali. Perut diusap sebagai isyarat lapar. Masakkan Mak Bedah memang sedap. Tak ada siapa dapat lawan masakan Mak Bedah.

            “Ikwan pergi tidur dulu, dah masak nanti Mak Bedah kejutkan. Subuh tadi baru Ikwan balik kan?” Selepas sembahyang subuh, dia dengar Ikwan balik. Mesti ada operasi malam tadi.

            “Tak boleh. Lepas makan baru Ikwan boleh tidur. Ikwan sanggup tunggu.” Ikwan tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang putih teratur.

            “Sayang …….”

            Air muka Ikwan berubah mendengar suara Wilma. Wajah diraup dengan kasar.

            “Sayang … Kat sini you rupanya. Jom breakfast! I lapar la. I baru balik dari Paris terus I datang sini. I miss you so much sayang ….” Dia terus memegang lengan Ikwan tanpa segan silu dengan kehadiran Mak Bedah dan  dua orang pembantu rumah yang ada di situ.

            Ikwan menepis tangan Wilma. “Apa sayang-sayang! Wilma, kita dah breakup. You minta putus kan! So tak payah nak panggil I sayang! Geli I dengar. Kalau nak bersayang sangat, tu ah … mana model Itali yang you tergila-gila sangat tu? Pergilah bersayang dengan dia.” Wajah Ikwan serius. Dia betul-betul malas nak layan kerenah Wilma. Selama aku berkawan dengan Wilma, aku banyak beralah. Apa dia nak aku ikut? Tapi apa aku dapat? Selalu sangat Wilma berlaku curang di belakang aku. Bila dia bosan dengan boyfriend baru dia, dia akan balik semula dengan aku. Kali ini jangan haraplah.

            “Sayang! Janganlah macam tu! I’m so sorry okey! Lepas ini I takkan buat lagi. I akan setia dengan you seorang. Promise. I love you, you know that!” Wilma tersenyum manja. Dia cuba dekati Ikwan.

            Ikwan sempat mengelak. “Setia! You tahu ke nak setia?  Selama ini I sabar dengan perangai you sebab tok ayah tapi sekarang ini tak lagi. You cari saja lelaki lain. Sebab sekarang ni I dah ada girlfriend. I hanya cintakan dia seorang saja.  So lebih baik you balik.”

            “Sayang! You tak boleh buat I macam ni. Siapa girlfriend baru you tu? Tell me?” Wilma mula naik angin. Dia terkejut bila Ikwan mengaku yang dia sudah ada girlfriend.

            “Suka hati I lah … Baik you balik, Wilma. I tak larat nak layan perangai you. Baik I naik atas, tidur balik.” Ikwan mula melangkah tinggalkan dapur. Rasa lapar terus hilang bila tengok muka Wilma.

            “Ikwan!” Wilma cuba kejar tapi dihalang oleh Mak Bedah.

            “Cik Wilma! Ikwan baru saja balik pagi tadi. Lagipun Ikwan tak tidur lagi. Mak Bedah rasa lebih baik Cik Wilma balik dulu, esok Cik Wilma datang lagi.” Nasihat Mak Bedah. Dia tak mahu Wilma buat kecoh di sini lebih-lebih lagi Tan Sri Isa ada di atas.

            “Mak Bedah! Jangan nak masuk campur. Mak Bedah kena ingat Mak Bedah tu orang gaji kat sini.” Marah Wilma. Matanya bulat merenung Mak Bedah.

            “Siapa yang bising-bising pagi ni?”  Tan Sri Isa melangkah masuk dengan wajah serius. Pandangannya tepat ke arah Wilma. Dari jauh dia dapat dengar suara Wilma.

            “Tok ayah! Ada ke patut Mak Bedah halau Wilma balik?” Wilma terus dekati Tan Sri Isa dan mengadu. Pasti Mak Bedah kena marah nanti. Siapa suruh cari pasal dengan aku?

            “Wilma! Pagi-pagi buta kamu datang sini buat apa? Kamu tak ada rumah ke? Pergi balik cepat!”

            Wilma terkejut besar bila Tan Sri Isa cakap seperti itu. “Tok ayah!” Bulat biji mata Wilma.

            “Wilma! Kamu datang sini nak pujuk Ikwan baik semula dengan kamu kan, tak payahlah. Tok ayah tak setuju. Kali ni dah kali berapa kamu berdua break up. Tok ayah tak mahu tengok Ikwan bersedih lagi. Kamu ingat Ikwan tak ada perasaan ke?” tegur Tan Sri Isa. Dia tak boleh biarkan Wilma buat sesuka hati kat Ikwan. Nak kena tegur jugak anak tunggal Khalid ni! Dia merajuk ke nanti, biarlah. Nak jaga hati dia sampai bila?

            “Tok ayah! Sampai hati tok ayah cakap macam tu kat Wilma.” Mata Wilma mula berair. Belum pernah Tok ayah cakap begini kat aku! “Tok ayah memang tak sayang kat Wilma lagi.” Kata Wilma sebelum berlalu pergi seraya menangis.

            “Tan Sri tak apa ke?” Mak Bedah bersuara. Dari tadi dia hanya diamkan diri saja dan memerhati. Dia terkejut jugak bila Tan Sri Isa tegur Wilma sedangkan selama ini apa Wilma buat dibiarkan saja. Wilma tu dah dianggap seperti cucu sendiri. Cucu sendiri pula dibuang jauh-jauh. Tiba-tiba Mak Bedah teringatkan Jasmin. Apa Jasmin buat sekarang ni? Dalam hati, Mak Bedah mengeluh.

            “Biarlah! Suka hati dia nak merajuk sampai bila. Malas aku nak layan. Bedah, aku akan pergi Jakarta tiga hari. Hari tu kamu cakap nak pergi rumah anak kamu kat JB kan. Aku bagi kamu cuti seminggu. Pergilah sana. Lagipun dah lama kamu tak cuti kan.” Kata Tan Sri Isa. Dia bagi kebenaran untuk Mak Bedah bercuti. Hampir 30 tahun, Mak Bedah bekerja di sini. Prestasi kerja memang bagus.

            “Terima kasih, Tan Sri!” ucap Mak Bedah. Dia tersenyum lebar.

            “Hari ini aku nak breakfast kat taman. Kamu bawa makanan kat sana nanti.” Beritahu Tan Sri Isa sebelum berlalu pergi dengan membawa suratkhabar bersamanya.


                                                ************************

            “Mama ….. “ jerit Wilma sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah. Sepanjang perjalanan tadi Wilma tak henti-henti menangis. “Mama!” jerit Wilma sekali lagi dengan lebih kuat.

            “What! Apa halnya ni?” Datin Riza yang tadi ada di dapur terus bergegas ke ruang tamu bila mendengar suara anak tunggal kesayangannya. Dia sedang siapkan breakfast bersama orang gaji di dapur “Wilma, kenapa ni?” tanya Datin Riza. Dia terus memegang tangan Wilma. Risau melihat Wilma yang menangis teresak-esak.

            “Tok ayah!” Wilma mula mengadu. Perangai tak ubah seperti budak kecil. Wilma mengesat air mata dan masih ada sisa-sia tangisan di hujung suara. “ Tok ayah! Tok ayah tak bagi Wilma baik semula dengan Ikwan.”

            Datin Riza mengeluh dengan perlahan-lahan. Tangan anaknya dilepaskan. Kepala digeleng beberapa kali. “Hmm… Mama ingatkan apalah tadi. Bagus jugaklah Wilma tak baik semula dengan Ikwan. Lagipun mama tak berkenaan langsung Ikwan tu. Inspektor polis jer! Mampu ke dia nak tanggung Wilma nanti. Cukup ke gaji Ikwan tu. Entah-entah handbag LV Wilma tu lebih mahal dari gaji Ikwan.” Sejak dari dulu lagi Datin Riza memang tak suka dengan Ikwan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi. Ikwan memang tak sesuai dengan anak aku. Malu aku nak kenalkan kat kawan aku nanti. Entah apa yang Wilma suka sangat dekat Ikwan tu aku pun tak tahu.

            “Mama! Mama sama saja dengan Tok ayah!” Tangisan yang hampir reda kembali kuat.

            “Kali ini apa pulak, Wilma? Pagi-pagi dah dengar suara, kenapa menangis ni?” Dato’ Khalid menuruni anak tangga satu persatu. Kot baju dibetulkan. Dari atas lagi dah dengar suara Wilma. Dia terkejut melihat wajah Wilma yang comot disebabkan make up yang dipakainya. Dah macam panda jadinya.

            “Abang tengoklah anak kesayangan abang ni. Macamlah dah tak ada orang lain kat Malaysia ni nak dibuat boyfriend. Desperate sangat nak dekat Ikwan tu! Entah dari mana asal usul dia pun, kita tak tahu.”

            “Mama! Ikwan tu cucu angkat tok ayah. Semua harta tok ayah termasuk syarikat akan jatuh di tangan Ikwan. “ Wilma cuba pertahankan Ikwan. Mama memang dari dulu lagi tak sukakan Ikwan. Ada saja salah Ikwan dicarinya. Mama suka kalau aku breakup dengan Ikwan. Dialah orang yang paling gembira.

            “Cucu angkat saja bukan cucu kandung pun. Kalau Si Jasmin tu balik, pasti semuanya akan jadi milik dia.” Kata Datin Riza.

            Dato Khalid ketawa dengan kuat. “Jasmin! Dah lama tak dengar nama tu. Budak sial tu takkan balik. Kalau balik pun, Uncle akan halau dia ke luar negara. Dia kan bawa sial dalam family uncle. Kalau dia nak balik, dah lama dia balik. Budak sial tu takkan jejakkan kaki di Malaysia lagi. Dan … semua harta dan DB Group akan jadi milik abang satu hari nanti sebab abang yang bangunkan syarikat bersama-sama dengan uncle selama ini. Banyak jasa abang dalam syarikat tu.”

            Datin Riza mengeluh. Sikap suaminya tak pernah berubah. Masih mengharapkan yang harta dan syarikat Uncle Isa.

            Wilma mengetap bibir memerhati gelagat bapanya.  Sakit hati bila dirinya tak dipedulikan. “ Papa! Tak habis-habis dengan DB Group. Anak sendiri ada masalah buat tak tahu saja. Mama Papa sama saja dengan Tok ayah , tak sayangkan Wilma.” Wilma merajuk dan terus mendaki anak tangga sambil kaki dihentak kuat tanda marah.

            “Tengok tu! Aii… apa nak jadi dengan budak ni?”  kata Datin Riza. Semakin menjadi-jadi perangai Wilma, langsung tak hormat mereka berdua.

            “Biarlah, sayang! Nanti eloklah. Macamlah sayang tak kenal perangai Wilma tu. Dah jumpa lelaki lain, dia lupalah Ikwan tu nanti. Jom makan! Abang dah lapar.”  Ajak Dato Khalid. Tangannya melingkari pinggang Datin Riza yang dah 27 tahun menjadi isterinya. Mereka berdua berjalan ke dapur sambil berbual dan diiringi dengan ketawa.



No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...