Thursday, February 21, 2019

Dia Helena Isabella Bab 9


BAB 9
           
            Pintu bilik dibuka dengan kasar. Safety vest dibuka dan dilempar manakala safety helmet dibuka dengan kasar dan diletakkan di atas meja. Rambutnya berserabut dan diselak dengan kasar. Bilik rasa panas. Bukan bilik yang panas tapi hatinya yang tengah panas sekarang ni. Dia baru saja balik dari site.

            Pintu diketuk tiga kali sebelum Miza terpacak di muka pintu. “Budak-budak bagi tahu kau perang sakan dengan Jack kat site hari ini.” Miza terus masuk tanpa menunggu pelawaan Helena. Kecoh office pasal Helena bergaduh dengan boss sub con.

            “Cepat betul mereka sampaikan kat kau.” Helena sempat menjeling ke luar melihat staff supervisor yang ada di situ. Masing-masing memandang ke arah lain.

            “Gossip kau kan hangat.”

            “Gossip apa bendanya! Hati aku tengah panas ni. Marah aku belum reda lagi, kau tahu tak. Eeeeee….. geramnya aku . Jack tu suka sangat buat kerja ikut suka hati dia. Aku dah pesan banyak kali. Pasal site clearing sebelum nak clear, pastikan tanah tu tanah kita. Ini tak, dia pergi langgar tanah orang. Tuan tanah mengamuk la. Habis pokoknya ditebang. Yang kini maki hamun, aku ni hah…” Helena masih tak berpuas hati.

            “Sabar! Sabar! Bawa mengucap. Marah-marah tak elok, nanti naik darah tinggi kau. “ Miza cuba menenangkan keadaan.

            “Aku tak ada darah tinggi la. Eee…. Kau ni, memang nak aku ni ada darah tinggi ke?”

            “Eee… kau ni asyik sentap saja. Jomlah balik. Kita pi makan ais kacang Kak Melur kat hujung kampung ni. Biar reda api marah kau tu, aku belanja.”

            “Cantik!!!! Ini yang aku nak dengar. Give me five minutes, aku nak kemas barang aku. Lepas tu, kau tengokkan adik ipar aku tu. Rajin terlebih sangat. Cakap kat dia, kita dah nak balik. Dah pukul enam petang ni.” Pesan Helena. Mata sempat menjeling ke arah bilik Nina. Sudah seminggu Nina berkerja dengannya.

            “Baik,boss!” Miza tersengih sebelum berlalu keluar.

            Safety vest diambil dan disangkut di kerusi manakala safety helmet diletakkan di atas rak. Kertas-kertas yang berselerak di atas meja dikemaskan. Komputer ditutup dan dicabut suisnya. Jaket jeans diambil dan dipakai.

Bunyi deringan telefon pintar tidak dihiraukan. Dibiarkan saja berbunyi. Dia tahu siapa sebab itu dia buat tak tahu. Biar Damien rasa. Kalau call, maknanya Damien dah ada kat Malaysia. Mesti tengah gila meroyan cari Nina. Argh.. lantaklah. Sendiri cari masalah. Ada isteri punyalah baik, cantik pulak tu. Langsung tak nak appreciate, yang dicari perempuan tak cukup kain kat luar sana tu. Lelaki … memang tak pernah puas. Bibir dijuih panjang. Helena terus tukar mod silent. Dia tak mahu Nina dengar.

                                    ****************************
             Miza dan Nina sudah masuk ke dalam rumah. Dah kenyang makan ais kacang Kak Melur. Bukan semangkuk, bermangkuk-mangkuk dilahapnya. Kembung perut dibuatnya.

Langkah Helena terhenti. Helena terus mencari penyapu di belakang rumah. Ada daun-daun kering di depan rumah. Daun-daun kering itu disapu dan dikumpulkan ke tepi untuk dibakar nanti. Tiba-tiba Helena berhenti menyapu dan badan berdiri tegak. Helena memandang sekeliling. Rasa pelik. Seolah-olah ada orang memerhati gerak-gerinya.

            “Kenapa aku rasa macam ni?” Dahi Helena berkerut. Rasa tak sedap hati pun ada. Rasa seram sejuk pun ada. Helena memandang sekeliling sekali lagi. Pandangannya terhenti melihat tingkap atas rumah Tok Wan Daud. Faliq tersenyum ke arahnya.
            “Apa tengok-tengok?” Helena menunjukkan penumbuknya. Hish…  Tak suka betul orang macam ni. Tengok orang diam-diam. Macam stalker pulak. Patutlah seram sejuk tadi.

            Faliq hanya ketawa. Kadang-kadang tu dia sendiri hairan kenapa dia suka tengok Helena. Apa yang Helena buat nampak comel walaupun waktu dia tengah marah. Dia sendiri hairan dengan perasaannya.

            “Dia gelak pulak. Eee… Sah ada masalah mental.” Helena mengetap bibir. Cuba dikawal rasa marahnya. Helena terkejut dengan bunyi hon kereta beberapa kali. Hampir tercampak penyapu dari tangannya. Kereta Mazda berwarna hitam berhenti tak jauh dari Helena berdiri.

            “Mana Nina? Aku tahu Nina ada di sini. Don’t hide her from me, Gaby.” Sebaik saja keluar dari perut kereta, Damien terus dekati Helena dengan wajah bengis. Memang betul selama ini Nina bersama Helena.

            “Eh, Damien! Boleh cakap elok-elok tak? Aku ni kakak kau.”

            “Kakak! Hey, Seorang kakak takkan sorokkan isteri adik dia sendiri. Minggu lepas, kau dan Nina ada datang rumah aku kan. Aku dah tengok rakaman CCTV . Selama ini memang Nina ada dengan kau, betul tak!”

            “Ya. Memang Nina ada dengan aku. So what?”

            “Hey, Gaby. Nina tu isteri aku. Tempat seorang isteri di sisi suami. Dia patut tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia tak boleh tinggalkan suami dia tanpa keizinan suami dia. Itu nusyuz namanya.”

            “Wah…. Hebat betul kau. Tahu pulak apa tanggungjawab isteri. Habis tu kau sedar tak tanggungjawab kau sebagai seorang suami apa! Cuba kau cakap sikit kat aku. Aku nak dengar. “

            Damien terus telan air liur. Rasa pahit. Mampus! Bibir sedikit bergetar. Lidah kelu teruskan kata-kata. Yang pasti, tempiaskan akan kena pada diri dia jugak. Maklumlah Helena memang suka putar belit. Yang salah memang dirinya pun.

            Kehadiran kereta Mini cooper berwarna merah yang pakir di sebelah kereta Damien menjadi perhatian Helena. Seorang wanita bergaun ketat berwarna purple keluar dari perut kereta. Wajah wanita itu berubah garang apabila melihat Helena.

            “Izza!” Damien terkejut. Apa Izza buat kat sini? Macam mana Izza tahu? Entah-entah Izza ikut dari belakang.

            “Damien! Patutlah you tinggalkan I hari tu, rupa-rupanya you nak jumpa dengan perempuan ini.” Jari telunjuk tepat ke arah Helena. Izza masih ingat wajah wanita yang simbah air hari itu. Bertambah bengang apabila Damien datang berjumpa wanita.

“ Hey, perempuan! Tak ada laki lain kau nak rampas , hah! Boyfriend orang pun kau nak caras. You ni perempuan jenis apa, hah!” marah Izza bertubi-tubi. Dia tak suka orang kacau kekasihnya.

            “Apa kau merepek ni, Izza?” Bulat mata Damien.

            “Ini skandal baru you kan.” Jerit Izza. Wajah sudah merah menyala. Dia ingatkan bila isteri Damien sudah tiada, dia takkan ada siangan lagi. Rupanya dia silap.

            “Woi, perempuan!” Penyapu yang ada di tangan dicampak ke tanah. Hampir saja terkena kaki Damien dan Izza. Melompat mereka berdua kerana terkejut. Helena terus mencekak pinggang. Nafas sudah turun naik. “Dah datang rumah aku lepas tu tuduh-tuduh aku macam-macam pulak tu. Sebelum aku naik hantu, baik kau bawa perempuan ni balik, Damien. Ikutkan hati aku, nak saja aku belasah cukup-cukup.  Better kau bawa dia balik. Balik! ”

            “Tapi ….”Damien tak puas hati.

            “Hey! I  tak suka you jerkah Damien macam tu. I nak you minta maaf .” Izza mencelah.

            “Kau ni kan….. kecik besar kecik besar aku tengok. Selagi kau tak kena, kau memang tak serik kan.” Helena mula melipat lengan bajunya.

            You ingat I takut ke?” Izza pun sama saja.

            “Izza! Stop it! She’s my sister.” Jelas Damien.

            What!” Izza memandang Damien dengan wajah tercengang.

            “Dia kakak  I, Helena Isabella Dato Zain Ariffin.” Damien memperkenalkan Helena.

            Seriously?” Izza macam tak percaya dan memandang wajah Helena dan Damien beberapa kali.

            “Kau nak aku tunjuk surat beranak pulak ke?” sindir Helena “ Damien, baik kau bawa perempuan tak cukup kain ni balik. Aku tak nak Nina tengok. Kau dah lukakan hati dia, sekarang kau bawa pulak perempuan ni. Kalau Nina tahu mesti, Nina sedih.” Helena bimbang jika hati Nina lebih terluka lagi. Iyalah bawa skandal datang sini, faham-faham sendiri maksudnya.

            It’s okey, Gaby!” Nina keluar dengan wajah bersahaja. Dari dalam dia dah dengar suara mereka bertiga bertekak.

            “Sayang!” Damien tersenyum dan ingin cuba hampiri tetapi ditarik oleh Izza. “Lepaslah! You dah kenapa?” marah Damien.

            You kan nak ceraikan dia. You dah lupa ke?”
            “Hey! You jangan nak reka-rekakan cerita, Izza. I still sayangkan isteri I.” marah Damien dan terus menolak tangan Izza dengan kasar.

            “Damien! You dah janji nak kahwin dengan I, you dah lupa ke? You kena bertanggungjawab.” Izza terus naik angin. Dia takkan biarkan dirinya dipermainkan. Walauapa yang terjadi, Damien kena kahwin dengan dia.

            Shut up, Izza. You memang ….”  Damien menunding jari ke arah Izza. Tujuan dia datang sebenarnya nak pujuk Nina balik.  Dia tak mahu Izza gagalkan rancangannya.

            “Beginilah… “Nina mencelah dan suara sengaja ditinggikan. “Kalau nak bergaduh, cari tempat lain.”

            “Sayang, abang tak ada apa-apa dengan perempuan ni. Apa dia cakap semua tipu. Dia nak huru harakan hubungan kita.” Damien masih tak berputus asa memujuk Nina.

            What” Izza terus cekak pinggang.

            “Cukuplah. Tak payah nak tambah dosa. Baliklah. Malu kat orang. Sini kawasaan kampung, orang lalu lalang.” Nasihat Nina. Dia dapat lihat orang kampung yang lalu lalang di situ memandang ke arah mereka. Nina tak mahu nama Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah terbabit sama.

Just go home. Better both of you go home. Gaby, jom masuk. Usah dilayan orang macam ni. Kalau mereka tak balik, call saja polis.” Nina memegang tangan Helena dan ditarik masuk. Dia sudah malas nak layan kerenah tetamu yang tak diundang itu. Walaupun hatinya sakit melihat suaminya membawa perempuan lain namun dikuatkan juga semangatnya. Dia perlu cekalkan hati dan takkan biarkan dirinya dilabel perempuan lemah.  Sedaya upaya dia menahan diri dari menitis air mata.

            Pintu rumah ditutup rapat. Walaupun nama Nina dipanggil beberapa kali namun langsung tak dipedulikan. Helena menarik tangan Nina agar berhenti.

            Are you okey?” Dipandang wajah adik iparnya. Helena tahu pasti Nina sedih sekarang ini.

            Positive.” Jawab Nina dengan sedikit senyuman. Dia cuba kekalkan wajahnya yang tenang tetapi apabila cuba dilawan wajahnya sedikit demi sedikit keruh. Air mata mula merembas keluar. Dia sudah tak mampu menahan lagi.

            Helena terus memeluk Nina dengan erat. Dibiarkan Nina menangis sekuat hati. Belakang badan Nina diusap lembut.  If you want to cry, just cry. Crying doesn’t always mean you’re weak, Nina. It just means that you ‘ve been strong for too long. ” Kata Helena.  Dia rasa bersalah kerana Nina kena tempuhi semua ini

            Miza hanya memerhati dari jauh.

2 comments:

misha birdnest said...

Best. Sambung la lagi. Bila nk kluar dlm bentuk versi cetak?

Azimah Lily said...

misha, terima kasih sebab baca Dia Helena Isabella. Akak dah hntr manuskrip kat Karyaseni ... Still lagi dalam penilaian. Insya Allah, kalau ada info lagi ... Akak roger yer....

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...