Thursday, February 21, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untukmu Bab 1


Bab 1

            Puan Rokiah mendekati meja solek untuk melihat penampilan diri buat kali terakhir sebelum keluar jumpa kawan-kawan persatuannya.  Dia menoleh apabila pintu bilik diketuk.

            “Ada apa, Fatin? “ tanya Puan Rokiah pada anak bongsunya.

            “Along dah balik.”
           
            “Dah balik?” Wajah Rokiah terkejut. “Bukan ke minggu depan baru Along balik?”

            Fatin terdiam seketika. Tak tahu bagaimana nak sampaikan hal sebenar pada ibunya.

            “Mama dah plan nak buat surprise kat Along.  Catering dah tempah. Kawan-kawan pun dah panggil. Kalau dia balik, surprise party tu macam mana? Along pun satu. Suka buat benda sesuka hati. Langsung tak nak bincang dengan kita dulu.” Bebel Puan Rokiah. Nampaknya apa yang dirancang tak menjadi. Dia sengaja buat surprise party untuk menyambut kepulangan  Fatini  yang baru tamat PHD di Switzerland.

            “ Mama! There is something that you need to know ….. Along …. Along bukan balik seorang.”

            “Maksud Fatin …. Dia bawa balik siapa?”  Dada mula berdebar-debar.  Takkan dia bawa balik teman lelaki nak kenalkan pada keluarga?  Alif macam mana? Apa nak dijawab nanti. Bertahun-tahun Alif tunggu Fatini.

            “Anak!”
           
            “Anak!” jeritan Puan Rokiah bergema dalam bilik. Mata terbuntang luas.

            “Ya, mama! Anak!”  Fatin mengetap bibir.

            Tanpa membuang masa Puan Rokiah bergegas keluar dari biliknya. Dituruni anak tangga dengan laju. Dia mahu lihat dengan mata sendiri. Takkanlah Fatini kahwin di sana tanpa pengtahuan keluarga dan lahirkan anak.

            Fatin ekori dari belakang. Dia dapat rasakan pasti  huru-hara rumah lepas ini.

            Langkah Puan Rokiah terhenti melihat budak perempuan dua tahun yang sedang bermain dengan Fawz. Jantung mula berdegup laju. Dia harap sangat di tengah bermimpi sekarang ini. Budak perempuan ini hanya ilusi semata-mata. Tak wujud!

            “Mama!”  tegur Fatini. Tadi dia pergi ke dapur , ambil air untuk Baiduri.
            Sebaik saja pandangan mereka berdua bertaut, Puan Rokiah sedar ini buat mimpi tetapi kenyataan yang dia akan hadap selepas ini.  Pandangan Puan Rokiah terus gelap . Tubuh rebah di lantai.

            “Mama!” jerit Fatini dan terus berlari dapatkan ibunya yang tidak sedarkan diri.

                                                ***********************

            Fatini dekati Fatin yang baru saja melangkah keluar dari bilik tidur ibu mereka.

            “Mama still tak nak makan?” tanya Fatini. Risau.

            Fatin geleng kepala. Dia mengeluh.  Dulang yang ada air dan makanan ditatap,, tak disentuh langsung. Selepas sedar dari pengsan, asyik berkurung dalam bilik saja. Nampak sangat tengah marah selepas Fatini terangkan semuanya. “Along pergilah jumpa mama. Pujuk mama.”

            “Baiklah! Fatin tolong tengokkan Baiduri yer. Dulang tu bagi kat Along. Nanti Along pujuk ibu makan.”

            Dulang sudah bertukar tuan.

            “Baiklah!”

            Fatini masih berdiri di luar pintu bilik. Hati masih berdebar-debar. Otak begitu ligat mengatur ayat pujuk ibunya. Dikumpul semangat yang ada sebelum melangkah masuk.

            Pintu diketuk terlebih dahulu. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.

            “Mama!”

            Puan Rokiah menoleh dan wajah terus masam. Dia tak sangka anak sulungnya itu conteng arang di mukanya.

            “Mama! Makanlah sikit, nanti perut masuk angin kan susah. Ini bihun goreng kegemaran mama. Penat Along masak tadi. Dah lama mama tak rasa masakan Along kan”  pujuk Fatini. Dia duduk di katil.

            “Mama tak lapar!”

            “Jangan macam tu mama! Takkanlah sebab marahkan Along, mama nak seksa perut mama. Makanlah sikit.”  Pujuk Fatini . Dia tak nak disebabkan dirinya, ibunya sakit.

            Diangkat pinggan berisi bihun goreng dekat dengan Puan Rokiah. Mungkin bila bau bihun goreng ni, hati Puan Rokiah lembut.

            “Mama cakap tak nak makan! Tak nak makan la!” marah Puan Rokiah seraya menepis pinggan bihun goreng sehingga jatuh pecah ke lantai. Pang!

            “Mama!” Fatini terkejut dengan reaksi Puan Rokiah. Dilihat pinggan pecah dan bihun yang bertaburan di lantai. Dipandang semula Puan Rokiah.

            “Kalau Along masih anggap mama ni  ibu Along, Along hantar budak tu balik Switzerland.” Merah menyala mata Puan Rokiah.

            “Mama! Baiduri tak ada sesiapa pun di sana.  Along bawa balik pun sebab nak  cari ayah kandung dia kat sini.”

            “ Itu pun kalau ayah dia nakkan dia balik. Kalau betullah ayah dia nakkan dia balik, dah lama dia balik cari anak dia. Kalau ayah dia tak nak, Along nak buat apa? Nak jaga budak tu?”

            “Kalau betullah ayah dia tak nak, Along tak kisah pun kalau Baiduri jadi anak Along.” Jawab Fatini dengan lembut. Memang pun selama ini Baiduri sudah dianggap sebagai anak sendiri.

            “Along!” Suara Puan Rokiah terus tinggi.  “Along! Along memang sengaja nak malukan keluarga kita kan?  Malukan mama! Malukan abah!  Sedarlah sikit, along tu masih anak dara! Tak kahwin lagi, Tiba-tiba saja ada anak. Apa orang sekeliling cakap nanti?  Boleh ke mereka percaya yang  budak tu anak angkat Along?  Entah-entah orang ingat Along ada anak luar nikah. Mana mama nak letak muka mama ni?”

            “Mama! Kenapa kita nak takut? Kenapa pulak kita nak malu? Hakikatnya Baiduri bukan anak luar nikah Along.  Kalau orang tak percaya, lantaklah! Mama… Mama seorang ibu kan. Pasti mama lebih faham perasaan arwah Laila kan! Along hanya memenuhi permintaan terakhir arwah supaya temukan Laila dengan ayah kandung dia.  Mama tak kasihan ke kat Baiduri? Baru umur 2 tahun tapi hilang kasih sayang seorang mama. Dia kecil lagi …. Langsung tak faham apa yang terjadi sekarang ini.” Fatini masih tak berputus asa pujuk ibunya.

            Puan Rokiah terdiam. Dia menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Wajah Fatini ditatap. “Alif, macam mana?”

            “Kenapa tiba-tiba kaitkan nama Alif pulak dalam hal ni?” Fatini kurang senang apabila nama Alif disebut. Kalau boleh, dia tak nak dengar nama lelaki itu.

            “Along! Along tak kasihan ke kat Alif. Dah bertahun-tahun dia tunggu Along.  Berkali-kali Along tolak lamaran dia, tapi dia tetap tunggu Along.  Alif tu baik! Penyayang! Setia! Memahami! Bertolak ansur! Hormat orang tua! Yang penting, pilot pulak tu!  Mana Along nak cari lelaki macam Alif tu lagi? Sedarlah umur tu dah masuk 32 tahun. Lagipun mama dah janji dengan Alif yang akan tunangkan kamu berdua selepas kamu balik dari Switzerland.  ” Giliran Puan Rokiah pujuk Fatini. Dia hairan kenapa begitu keras hati anak sulungnya itu tak nak terima Alif dalam hidupnya.  Di matanya, mereka berdua memang pasangan secocok.

            “Mama! Do we have to talk about this right now?” Nada suara Fatini berubah.

            “Seriously, yes! Kehadiran budak tu akan effect hubungan Along dengan Alif.”

            “Mama! Along tak ada apa-apa pun hubungan dengan Alif.  Kenapa mama suka sangat paksa Along terima Alif? I don’t like him, mama! Susah sangat ke mama nak faham!”

            “Ya! Memang mama susah nak faham perangai Along ni! Degil! Suka sangat lawan cakap mama. ” Puan Rokiah bangun. Dia malas nak bergaduh dengan Fatini. “Pandai-pandailah Along explain kat abah nanti.” Puan Rokiah terus berlalu keluar tinggalkan Fatini seorang diri.

            Tubuh Fatini terus mengeras . Ditelan air liur, rasa pahit. Dia tak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan ayahnya nanti.

                                                **********************

            Sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik, Fatini tersenyum lihat Baiduri begitu nyenyak tidur di atas katil bersama Fawz. Mungkin penat seharian bermain dengan Fawz. Maklumlah Fawz memang suka layan kanak-kanak. Selimut yang membaluti tubuh Baiduri dibetulkan. Diusap rambut Keluhan dilepaskan. Dia takut sebenarnya. Takut dengan apa yang bakal terjadi keesokkan harinya.

            “Along!” tegur Fatin apabila keluar dari bilik air.

            Fatini menoleh.

            “Mama macam mana?”

            “Still the same.”

            “Kadang-kadang tu Fatin tak faham betul dengan perangai mama.”

            “Apa-apa pun mama tetap ibu kita, Fatin. Baik buruk dia, kita terima seadanya.”

            Fatin mengeluh. Dipandang wajah kakak sulungnya. Tetap tenang. “Abah akan sampai esok so Along dah prepare ke?”

            Fatini cuba tersenyum. “ Apa pun yang terjadi, Along tetap dengan pendirian Along . Apa saja keputusan abah dan ibu, Along takkan tinggalkan Baiduri.  Sekarang ni , Baiduri hanya Along seorang.”

            “Jangan bimbang, Along! Apa pun yang terjadi Fatin dan Fawz tetap sokong Along! Angah pun sama.” Fatin terus peluk Fatini.

            “Thank you so much….” Fatini tepuk belakang adik bongsunya. Dia cuba sembunyikan hati yang sedang bergolak sekarang ini. Dia tak tahu bagaimana nak berdepan dengan Prof. Madya Ir Dr Abu Talib a.k.a general dalam rumah ini.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...