Monday, March 11, 2019

Dia Helena Isabella Ep 10



BAB 10

            Bau nasi lemak dari dapur menyebabkan langkah Faliq bertambah laju. Menu sarapan pagi hari ini dah tentu nasi lemak. Bagi Faliq, nasi lemak yang dimasak Mak Tok Aishah adalah yang paling sedap. Sejak duduk sini, makanan kegemaran memang nasi lemak.

            “Wah… Nasi lemak!”  Faliq hampiri Mak Tok Aishah yang sedang masak sambal ikan bilis. “Banyaknya. Ini mesti nak bagi rumah sebelah.”

            “ Nina suka makan nasi lemak ni. Aku  masakkan lebih untuk depa. Iyalah , semalam kasihan kat Nina. Mesti Nina sedih dapat suami macam tu. Patutnya mai sebab nak pujuk, ini tak diangkutnya sekali skandal dia datang sini. Suami jenis apa …..” Mak Tok Aishah menggeleng kepala beberapa kali. Dia nampak apa yang terjadi petang semalam. Maklumlah suara mereka memang dengar jelas. Mak Tok Aishah memasukkan sedikit gula dan garam kemudian dikacau semula.

“Faliq, bila kahwin nanti jangan buat isteri Faliq macam tu. Tak baik tahu tak. Layan isteri baik-baik. Sayang dan cinta dia sepenuh jiwa dan raga. Yang penting sekali setia. Ingat tu.” Nasihat Mak Tok Aishah.

            “Insya Allah, Mak Tok. Saya hanya setia pada yang satu.  Itu pun kalau saya jumpa wanita yang berjaya buat saya fikirkan dia dua puluh empat jam.”

            “Ala susah-susah sangat pilih saja salah seorang orang sebelah tu. Habis cerita. Rupa ada. Pangkat ada. Pendidikan ada. Berbudi perketi lagi cuma bab masak ni aku no komen la. No body prefect. Alah… memasak tu boleh belajar. ”

            Diorang nak ke?” Faliq tersengih.

            “Tak tanya macam mana nak tahu! Mak Tok rasa Helena sesuai dengan Faliq. Sepadan! Secocok. Helena tu Melayu Spain” Giliran Mak Tok Aishah tersengih.

            “Patutlah nampak macam dia mix. Ala mexico pun ada.” Faliq teringat. Mula-mula jumpa Helena pun, dia tak pasti Helena ni orang Melayu atau tak.

            “Kalau hampa berdua kahwin mesti comel anak-anak hampa nanti.” Usik Mak Tok Aishah.

            Wajah Faliq berona merah kerana malu diusik seperti itu. “Mak Tok ni ada-ada sajalah”

            Mak Tok Aishah ketawa kecil melihat gelagat Faliq. Walaupun malu nak mengaku tapi nampak sangat yang Faliq mula berminat dengan Helena. “Dah… Pergi panggil Tok Wan cepat. Kita dah nak makan .”suruh Mak Tok Aishah.

            “Yes, Madam!” Faliq membuat tabik hormat seraya tersenyum lebar sebelum berlalu pergi memanggil Tok Wan Daud.

                                                ***************************
            Helena yang sedang memandu menoleh apabila mendengar Miza sendawa sekali lagi. “Itulah …. Makan terlebih sangat. Orang makan sikit-sikit, ini tak kau bedal sampai habis. Kau tahu tak berapa kalori nasi lemak? 390 kalori. Itu tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Kalau tambah semua tu, lebih kurang 450 hingga 500 kalori. Beringatlah sikit. Jaga kesihatan tu. Kita ni bukan makin muda makin tua lagi adalah. Nasi lemak tu salah satu makanan yang boleh menggemukkan.” Bebel Helena.

            “Kau ni ….. Hello! Nasi lemak tu salah satu national food Malaysia. Makanan nenek moyang kita. Makanan tradisi kita. Kita orang Malaysia sejati okey! Nasi lemak tu wajib makan. Orang luar kalau mai sini mesti try nasi lemak Malaysia. Sebab apa? Sebab sedap tahu tak! Ini tak, kau tak abis-abis cakap pasal kalori. Memang la kalori tinggi tapi sesekali makan takkan tak boleh kut.  Nasi lemak Mak Tok sedap sangat- sangat. Sambil ikan bilis Mak Tok memang ada class la. Rugi tau .Sayang kalau tak habiskan. Membazir tu berdosa kan …”

            Bibir Helena sedikit senget ke tepi. “Menyampah aku cakap dengan kau. Berat kau naik nanti, jangan kau merengek kat aku. Jangan harap aku nak teman kau jogging.” Ada saja jawapan. Helana malas nak melayan.

            Miza buat mimik muka. “Tu Fuad kan! Awat dok lambai macam tu.” Miza melihat Fuad berhenti di tepi jalan seolah-olah sedang menunggu mereka berdua.

            Helena menekan break dan berhenti betul-betul di tempat Fuad berdiri. Tingkap kereta diturunkan. “Awat, Fuad? Pasal pa?”

            “Bos! Ada tetamu kat ofis.” Beritahu Fuad. Kebetulan Fuad dari pejabat . Masa keluar tadi Saloma ada pesan kalau terserempak Helena beritahu yang Helena ada tetamu.

            “Siapa? Setahu aku, aku tak ada appointment.”

            “Adik ipar , bos!”

            Helena dan Miza saling berpandangan antara satu sama lain.

            “Oklah, bos! Saya nak cepat ni, nanti Mr Lai marah pulak kalau saya lambat.” Kata Fuad . Dia terus berlalu dari situ dengan motor.

            “Kau ada berapa adik ipar?” tanya Miza hairan.

            Dahi Helena turut sama berkerut. “Si Nina tu jer adik ipar aku. Bila pulak aku ada adik ipar lain?” Helena turut sama tertanya-tanya.

            “Tadi Nina ada kat dalam kan.” Kata Miza. Mereka berdua nampak Nina berbual dengan Mr Lee kat site tadi.

            Helena angguk kepala tanda setuju. Tiba-tiba Helena teringat Damien. Takkanlah ….. Damien kahwin satu lagi. Ini tak boleh jadi. Pedal minyak ditekan. Kereta Toyata Hilux bergerak laju menuju ke site ofis.

            Sebaik saja keluar dari kereta, langkah Helena laju masuk ke dalam ofis. Saloma terus tunjuk ke arah bilik meeting .

            Miza ekori dari belakang. Dia nak tahu jugak siapa adik ipar Helena.

            Pintu bilik ditolak kasar. Langkah Helena terhenti seraya pandangan mata tepat merenung wanita yang sedang duduk di kerusi. Dia kenal wanita itu. “Kau buat apa kat sini?” nada suara Helena berubah kasar.

            Miza turut sama terkejut. Eh … eh.. berani perempuan ni datang sini! Memang tak malu betul. Mengaku adik ipar konon.

            Izza bangun dan wajah tersenyum. Dia dekati Helena dan cuba salam tetapi tangannya ditepis oleh Helena. Izza masih cuba kawal wajah manis. Tak nak salam sudah. Macamlah dia nak salam sangat. Nasib baik kakak Damien, kalau tak dah lama makan penampar. Sabar, Izza. Nakkan Damien, kena sabar sikit. “Sorry! I tak tahu you ada hal kat luar.”

            “ Hey, perempuan! Baik kau blah dari ofis aku sebelum aku naik hantu.” Wajah Helena berubah garang.

            Look! You tak kenal I? Belum apa-apa you dah judge I macam-macam. Tak adil bagi I!”

            “Hey! Aku tak ingin kenal kau pun. Kau dengar sini, adik ipar aku cuma Nina seorang saja. Jangan harap aku nak terima kau dalam family aku.  Mama Papa aku pun takkan terima kau.”

            “Kenapa semua orang nak salahkan I seorang? I bukan perempuan jahat. Bukan I yang mulakan semua ini. Damien mulakan dulu. Damien yang tergila-gilakan I. Perasaan tu tak boleh diduga. Cinta dan sayang tu datang. Salah ke kalau I cintakan Damien?” Izza tak puas hati dengan layanan Helena.

            “ Kau dengan Damien sama saja. Gila! Cinta konon. Kerana cinta, kau rampas suami orang! Kau cuba hancurkan rumahtangga mereka but still kau rasa tak bersalah. Kau ni ada otak ke tak?” jerkah Helena. Rasa marah tengah membara waktu ini.

            But still Damien loves me! Damien pilih I. I akan jadi sebahagian dari family you.”

            In your dreams! Kalau Damien dah pilih kau, buat apa jumpa aku. Nak dapat restu dari aku? Pergi jahanam la. Now, I want you get out from my office. Now! Get out!” jerkah Helena. Dia sudah hilang sabar. Memang nak kena ajar jugak perempuan ni. Kerana perempuan ni, hati Nina terluka. Kerana perempuan ni, hidup Nina sengsara.  Dia cuba dekati Izza tetapi sempat dihalang oleh Miza.

            Izza tergamam dan undur langkah beberapa tapak.

            “Aku rasa better kau blah cepat-cepat. Nanti ada pulak anggota badan kau tercabut.” Nasihat Miza pada Izza. Dengan sekuat tenaga yang ada, Miza menahan Helena dari menyerang Izza.  Bimbang jika Helena bertindak sesuatu di luar kawalan.

            Izza mencapai bag tangan dan bergegas keluar. Wajahnya pucat lesi. Takut teramat sangat. Kalaulah tadi tak ada orang , memang dah teruk kena belasah. Tujuan dia datang sini sebab nak raih simpati. Dia akan reka cerita. Apa-apa saja cerita yang dapat buat Helena berpihak padanya. Tak sangka pulak plan tak menjadi. Patut la Damien takut pada Helena. Garang mengalahkan singa. Tak boleh jadi, dia kena plan lain. Keluar saja dari bilik meeting, Dia sedar pekerja-pekerja di situ memandang ke arahnya. Dia buat muka tak peduli dan terus keluar.
                                    ***************************************

            Mak Tok Aishah memerhati gelagat Helena yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Selalunya mulut tak berhenti-henti berceloteh. Kuih keria langsung tak disentuh. Rasa hairan. Suasana sunyi sepi.Pandangan Mak Tok Aishah beralih melihat Miza.

            “Abaikan saja, Mak Tok! Marah tak hilang lagi.” Miza faham disebalik isyarat mata Mak Tok Aishah. Mujurlah Nina dah masuk ke dalam rumah. Dia, Helena  dan Mak Tok Aishah masih duduk di beranda sambil minum petang.

            Helena menjeling. Mulalah Miza nak bergosip.

            “Pasal pa?” tanya Mak Tok Aishah ingin tahu.

            “Skandal adik dia mai ofis. Kononnya nak minta restu. Senang cerita , dia ingat Helena akan simpati lepas tu terima dia. Belum sempat, nak bercerita …Dia ni dah tukar jadi singa.” Miza tunjuk ke arah Helena dan kemudian ketawa. Rasa lucu pulak bila ingat semula. Lintang pukang perempuan tu lari keluar. Tahu kecut perut!

            Helena buat tak tahu dan terus mencapai keria. Dia makan perlahan-lahan. Dia rasa tak ada mood nak menyampuk.

            “Hish… berani betul! Sampai ofis hang pun dia pi.” Mak Tok Aishah menggeleng kepala beberapa kali.

            “Nampak sangat desperate, Mak Tok. Tak tahulah apa nak jadi perempuan zaman sekarang ini. Memang tak tahu malu. Muka macam tak bersalah langsung.”

            “Nak buat macam mana! Peredaran zaman!”

            “Tok Wan mana?” tiba-tiba Helena bersuara. Dia sengaja ubah topik.

            “Keluar dengan Faliq. Nak cari barang. Esok dia nak bawa Faliq pi pancing kat hujung kampong tu. Dah ada cucu baru sekarang ini, Mak Tok terus dah lupa dah.” Ada nada suara merajuk.

            “Alah … Mak Tok! Kami bertiga kan cucu baru Mak Tok. Biarlah kat depa. Mak Tok nak pi mana, cakap ja kami bawa. Langkawi? Penang? Boleh ja.”

            “Betul tu!” Miza sokong.

            Mak Tok Aishah tersenyum. Betul jugak. Cucu angkat dia lagi banyak.

            Mereka berdua dikejutkan dengan bunyi kereta. Sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah berhenti tak jauh dari mereka. Seorang wanita keluar dengan penuh bergaya. Gaya berjalan seolah-olah seperti model. “Hola!” Wanita itu melambai ke arah mereka bertiga.

            Sapa mai tu ?” tanya Mak Tok Aishah sambil membetulkan cermin mata.

            Bulat anak mata Helena melihat kehadiran tetamu yang tak diundang itu. Mulut sedikit ternganga.

            “Mak Oii… Macam Penelope Cruz! Wei, Helena! Bakal adik ipar kau lagi ke? Pandai betul Damien cari.” Miza menoleh. Satu persatu teman wanita Damien datang. Bertambah hot Helena sekarang ini.

            “Bukan la! Itu adik aku, Emma Maria.” Helena terus bangun. Hish…. Apalah nasib. Seorang demi seorang adik datang. Memang tak aman hidup selepas ini. Macamlah dia tak kenal perangai Emma macam mana! Kalaulah Emma tahu apa terjadi sekarang ni bertambah hura-hara. Dengan lemah, Helena menyambut kedatangan adiknya. Mereka memeluk erat.

            Miza dan Mak Tok Aishah berpandangan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...