Tuesday, March 19, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untukmu Bab 2


Bab 2

Fatini menggengam erat kedua-dua tangannya. Dia perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan ayahnya. Suasana tegang dapat dirasai, Mujurlah Baiduri masih tidur dalam bilik tadi.

            “Sekarang ini, abah nak Along cerita dari mula apa yang berlaku.” Kata Dr. Abu Talib dengan wajah serius.

            “Kiah dah cerita kan! Kenapa nak tanya lagi?” Puan Rokiah bersuara.

            “Abang tanya Along  kan!” tegas Dr. Abu Talib. Dia mahu dengar sendiri cerita Fatini.

            Puan Rokiah terdiam. Dia masak benar sikap tegas suaminya.

            “Along kenal Laila masa study kat U. Kami pernah jadi housemates. Laila ni …. Mak dia orang Swiss, ayah dia pulak orang Melayu. Dia anak tunggal. Masa dia umur 16 tahun, mak ayah dia meninggal dalam accident. Dia tak ada saudara mara yang lain. Tamat belajar, Laila kerja sebagai guru di Berns. Dia jumpa Anas dan mereka berkahwin. Setahun kemudian, Baiduri lahir. Awal tahun ni, Anas dapat panggilan dari Malaysia  dan terus segera pulang. Lepas  6 bulan, Anas tetap tak pulang. Dia langsung tak dapat hubungi Anas . Laila nak cari Anas di Malaysia tapi dia tak tahu nak cari di mana sebab sepanjang hidup dia tak pernah sampai Malaysia lagi.” Cerita Fatini dengan panjang lebar. Mata masih memerhati ayahnya.

            “Pertama kalinya, Along terserempak dengan Laila di Rosenhof Market, Zurich.  Kami berborak lepas tu Laila cerita pasal suaminya, Anas. Laila ajak Along tinggal di rumah dia sebab waktu tu Along tengah cari rumah sewa yang baru. Laila baik sangat. Dia anggap Along macam keluarga dia. Ikut plan kami, lepas Along graduate, Laila dan Baiduri ikut Along pulang ke Malaysia. Kami sama-sama akan cari Anas di sini tetapi …. Tetapi …. Tetapi ….” Fatini cuba kawal rasa sebak.

            “Tetapi  bulan lepas, Laila meninggal sebab accident. Sebelum hembus nafas yang terakhir, Laila pesan supaya Along jaga Baiduri dan temukan Baiduri dengan ayah dia.  Along kena tunaikan amanah Laila. Apa cara sekali pun, Along tetap kena cari Anas.” Fatini memandang ke arah ibu bapanya. Dia berharap sangat keputusan dia ini disokong sepenuhnya.

            “Kalau dah jumpa, bapak budak ni tak mau kat anak dia. Along nak buat apa?” Puan Rokiah mencelah.

            “Jawapan Along tetap sama ibu, Along tetap akan jaga Baiduri.”

            “Eee….. Ibu tak faham dengan perangai Along ni, hah! Budak tu anak orang bukan anak Along  pun. Yang sibuk sangat nak jaga anak orang buat apa? Susahkan diri sendiri saja.”

            “Ibu! Tak baik ibu cakap macam tu.  Baiduri tu Along dah anggap  macam anak sendiri ibu.  Tak pernah sekali pun, Along fikir yang Baiduri tu susahkan Along.”

            Puan Rokiah cuba bersuara tetapi  Dr. Abu Talib mencelah terlebih dahulu.

            “Kiah! Jangan menyampuk boleh tak?”

            Puan Rokiah terdiam melihat wajah Dr Abu Talib yang bertukar bengis.

            Dr. Abu Talib pandang semula Fatini.  “So apa plan Along selepas ni? Dah tahu mana nak cari bapa budak tu?”

            “Along akan pergi ke alamat  yang tertulis di kad pengenalan. Itu saja info yang Along tahu.”

            “Alamat kat kad pengenalan!” Puan Rokiah mendengus kasar.  “Belum tentu, dia still tinggal kat alamat tu lagi. “

            Dr. Abu Talib mengetap bibir menahan sabar dengan kerenah isterinya.

            “Ibu rasa kawan Along tu dah kena tipu. Berkahwin bertahun-tahun tapi sikit pun tak tahu latarbelakang family suami dia. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kononnya anak yatim piatu, tiada family kat Malaysia …. Tetapi hakikat sebenarnya dah kahwin …. Ada isteri dan anak lagi. Bila isteri dah tahu, terus dia tinggalkan kawan Along tu.  Habis madu, sepah dibuang.”

            Fatini mengeluh. Itulah tengok drama banyak sangat. Mulalah nak buat plot cerita sendiri. “Ibu! Semua itu hanya terjadi dalam drama saja. Must be something happened to him. Kita tak tahu kan.  Last phone call dari Anas, Anas cakap yang dia dah siap packing dan akan bertolak balik ke Zurich malam tu jugak. Lepas malam tu, terus tiada khabar berita. Pelik kan!” cerita Fatini. Dia mula rasa ada sesuatu yang terjadi kat Anas di Malaysia. Apa sebenarnya terjadi? Laila cakap Anas anak yatim piatu. Tapi panggilan dari siapa yang buat Anas tergesa-gesa balik Malaysia? Dahi berkerut sedikit berfikir.

            “Tak ada benda yang pelik pun. Orang kalau dah tak suka, faham-faham sendirilah. Kalau dia dah nak balik, dah lama balik.” Sindir Puan Rokiah.

            Giliran Fatini pula mengetap bibir.

            “Abang rasa better Kiah masuk dalam bilik. Biar abang jer cakap dengan Along.”

            “Tapi abang ….”

            “Masuk!” Suara Dr. Abu Talib terus tinggi ditambah pulak dengan wajah yang serius. Dari tadi, dia tak ada kesempatan langsung nak bercakap dengan Fatini.

            Puan Rokiah terkejut. Wajah terus masam bila dijerkah suaminya. Dia terus bangun dan tinggalkan suami dan anaknya di ruang tamu.

            Dr. Abu Talib pandang semula ke arah Fatini.

            “Abah! Along nak minta kebenaran abah supaya benarkan Baiduri tinggal bersama kita sementara Along pergi cari ayah Baiduri. Baiduri dah tak ada sesiapa selain Along, abah!  Along tak ada niat pun nak malukan keluarga kita cuma Baiduri dah tanggungjawab Along sekarang ni.  Along harap sangat Abah faham.” Cakap Fatini dengan penuh berhati-hati. Dia harap sangat ayahnya faham dan sokong keputusan dia.

            “So … apa pun yang terjadi, Along tetap nak jaga budak tu?”

            “Ya, abah!” jawab Fatini dengan penuh keyakinan.

            “Kalau macam, Along kena hormat dengan keputusan abah jugak.” Suara Dr Abu Talib serius.  “Abah tak benarkan budak tu tinggal di sini. Abah tak mahu nama keluarga kita jadi bualan orang di sini. Abah harap Along faham. Yang penting sekali, Abah nak Along jadi nama baik ibu dan abah.” Tegas Dr Abu Talib sebelum bangun tinggalkan Fatini seorang diri.

            Keluhan dilepaskan dengan kuat. Dia sudah agak mustahil ayahnya akan setuju.  Fatini bangun. Dia patut kemaskan barangnya sekarang ini.

                                                ******************************

            Puan Rokiah mencekak pinggang sebaik saja suaminya keluar dari bilik air. Dia memang tak puas hati dengan cara suaminya . “ Abang! Patutnya abang pressure Along sampai Along hantar budak tu balik Switzerland.  Ini tak, abang tak benarkan budak tu tinggal  sini lepas tu pulak suruh Along keluar dari sini.  Cara abang ni salah tahu tak? Buatnya bapak budak tu tak nak budak tu balik, Along pulak nak ambil budak tu jadi anak angkat dia ….. Macam mana? Along tu anak dara. Tak kahwin lagi. Nanti ada ke lelaki nak kahwin dengan Along …”

            “Kiah! Itu masalah Along. Biar dia sendiri selesaikan.”  Dr. Abu Talib baru saja selesai ambil wuduk.

            “Abang! Kalau kita biarkan Along selesaikan sendiri, memang confirm akan ada masalah timbul. Macamlah abang tak kenal anak abang seorang tu.”

            “Kiah! Along dah besar. Pandai-pandailah, dia selesaikan.” Sejadah diambil dan dibentangkan ke arah kiblat.

            “Abang selalu ambil ringan pasal hal anak-anak kan! Nanti kalau Arif tahu pasal budak tu, apa Kiah nak jawab. Bertahun-tahun Arif tu Along ….  Kalau … Kalau Puan Sri Jelita tahu, mana Kiah nak letak muka ni.”  Puan Rokiah meraup wajah berulang kali memikirkan apa reaksi Alif dan Puan Sri Jelita nanti. Kalaulah mereka anggap budak tu anak Fatini, macam mana? Lepaslah peluang dia nak berbesan dengan Puan Sri Jelita.

            “Kiah!” Nada suara Dr Abu Talib berubah tegas dengan wajah tanpa senyuman. 

            Puan Rokiah terkejut.

            “Abang takkan ulang lagi. Kiah, dengar baik-baik! Biar Along sendiri selesaikan masalah dia. Kalau abang dapat tahu Kiah pandai-pandai campurtangan dalam hal ni,  siaplah Kiah nanti.”  Dr Abu Talib memberi amaran.  Sejadah yang dihampar tadi, diangkat dan dibawa keluar bersamanya. Dengan kehadiran isterinya, mustahil dia dapat sembahyang dengan khusyuk. Langkah diatur ke bilik Fadlan.

            Puan Rokiah mengetap bibir.  “ Susah betul kalau kahwin dengan professor ni! Asyik kita jer ikut cakap dia.”  Wajah Puan Rokiah masam.



No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...