Thursday, March 21, 2019

Trip ke Zoo Taiping (Jan 2019)




Akhirnya hajat anak-anak saudara ke Zoo Taiping sampai jugak. Asalnya plan tahun lepas lagi tetapi macam-macam hal jadi so bulan Januari 2019 detik kami sekeluarga ke Zoo Taiping, Perak.  Taiping dengan Penang dekat jer. Naik highway, sejam kemudian kami sampai. Keluar saja Plaza Tol Taiping, terus jer ....nampak Tasek Taiping. Itu maknanya dah sampai.

Orang Utan tunggu kami mai ... Heheheh



                Alhamdulillah cuaca hari tu elok saja..... Pasal parking kereta, jangan risau. Ada banyak tempat parking kat sini. Kami parking kereta dekat dengan entrance Zoo Taiping. Bayar RM3.  Zoo Taiping dibuka pukul 8.30 pagi hingga 11 malam.  Turun kereta jer, anak-anak saudara memang excited giler. Seorang nak tengok gajah la! Seorang nak tengok harimau la! Seorang nak tengok zirafah la.  Ada tiga orang anak saudara. Atul! Arip! Aira! Pening kepala jadinya.

                Well, sebelum nak masuk kena beli tiket la dulu. Dewasa RM 16.  Warga Emas RM 8 . Kanak-kanak RM 8.  Kali ini my sister belanja. Hahaha.... Thank you so much, Nani! Semoga murah rezeki ... gaji bertambah lagi .... hahahah...

Tapi sebelum masuk kena bagi upah dulu, biasalah bawa budak-budak kan! Masuk kedai gift kat luar entrance dulu, beli topi binatang kat situ .... Dah dapat apa mereka nak , terus tersenyum lebar bila pakai. Hahaha.... Kalau tak silap harga topi binatang tu bawah RM10. Kira okey la.  Oh ya, tandas  ada kat area situ. Kalau rasa nak terbuang tu, buanglah awal-awal sebab Zoo Taiping ni memang luas.

Habis duit parents kalau mai sini ...hahaha


                Dah masuk, memang wajib kena ambik gambar sama-sama. Tiga empat kali jugalah bergambar. Dah selesai sesi bergambar kami pun mula bergerak. Kat sini ada disediakan Zoo Mini Train. Free jer. Kalau tak larat nak jalan,  naik train ni .



                Kami mulakan perjalanan. Mula-mula memang tak menarik sangat.  Banyak pokok kat sini so tak la panas sangat. Nampak burung, kijang, landak .... Macam-macam la. Ada juga kandang  yang kosong.  Kat sini macam-macam buaya ada.  Yang tak pernah tengok pun ada.  Ada seekor buaya ni, kalau tak salah ...spesis buaya Julong. Mulut  nganga luas masa kat darat. Sesetengah info cakap, buaya buka mula sebab sedang beristirehat . Hehehe... Tapi masih tak lupa, masa buaya tu tutup mulut. Terkejut kami semua. Bunyi tutup mulut macam tutup pintu kereta. Hahahah




                Sesiapa tak larat nak jalan, boleh duduk sebentar kat pondok kecil yang pihak Zoo Taiping sediakan. Banyak pondok so jangan risau.  Kami pun berhenti banyak kali sebab penat berjalan.  Next ... kami jumpa rusa, kancil lepas tu buaya lagi. Banyak jugak jenis buaya kat sini. Macam-macam bentuk dan saiz pun ada.

                Kami berhenti di tempat orang utan.  Alaaa.... yang masuk Majalah 3 hari tu. Tapi tak tahu yang mana satu sebab nampak sama ja... Kat sini burung dan monyet dilepaskan macam tu saja. Macam-macam bunyi boleh dengaq. Boleh jadi lagu ... hehehe... Tengah kami asyik tengok mawas kat atas pokok. Tiba-tiba ada dua ekor burung ni, tak tahu spesis apa .... Cantik macam burung merak.  Memang jinak. Jalan selamba saja.  Tak takut orang. Anak-anak saudara yang takut.



Tengok... Jinak betul burung ni.

                 Next ... kami jumpa beruang, singa, harimau dan kijang, ular, burung apa entah , bangau ... dan biawak.  Hehehe .... Tiba-tiba saja biawak tu keluar dari tasik kecil kat situ. Terkejuzzz.... kami, ingatkan buaya. Hahaha.... Besar betul biawak tu.



                Akan ada satu dataran kecil kat sini.  Semua train akan berhenti di sini turunkan penumpang.  Ada kedai kat sini. Kalau dahaga atau lapar, boleh beli kat sini.  Nak berehat pun boleh. Waktu ini cuaca dah mula panas.  Dah puas berehat, kami sambung perjalanan kami. Dari situ, kami dah mula dengar gajah berbunyi.  Dari jauh, dah nampak dua ekor Zirafah.  



                Dekat area sini, banyak binatang besaq.  Gajah ada, zirafah ada, badak air ada, zebra ada, seladang ada, badak sumbu ada, swan ada, kangaroo ada, harimau bintang ada .... macam-macam.  Kat sini pun monyet ada. Siapa yang tengah bawa makanan, kena jaga-jaga sebab monyet akan datang. Sepantas kilat monyet ambik. Hati-hati tau.



                Peristiwa yang kami tak dapat nak lupakan bila seladang nak lawan dengan traktor.  Hahaha ... Seladang tu memang besar giler, kulit berkilat-kilat lagi. Kebetulan pekerja zoo guna traktor untuk   ratakan tanah akibat pokok tumbang kat tempat seladang tu. Seladang yang lain-lain dah lari tapi yang seekor ini siap bunyi lagi nak lawan traktor. Sampai melompat-lompat. Kami yang tengok ni pulak yang takut, iyalah nanti seladang tu tanduk pekerja zoo macam mana.  Tapi pekerja zoo tu rileks jer.... Tak hairan pun ..... Memang kami tabik hormat habis kat pekerja zoo tu.

                Semasa kami tengah tunggu mak berehat kat pondok kat area Zirafah. Saya dan adik tengah berdiri tengok badak berendam dalam air. Kami berborak la pasal badak tu sambil pegang tangan Arip dan kakaknya Atul. 

                Nani : Besarnya badak sumbu tu .....
                Saya:  Aaahh.... la ,berat badak sumbu ni mesti lebih 100 kilo.
                Arip :  Badak air la. (Tiba-tiba ada suara menyampuk)

                Kami berdua tercengang sekejap , lepas tu kami terus gelak kuat. Iyalah ... kami baru disekolahkan dengan budak umur 5 tahun. Hahahah ..... Memang tak dapat lupakan peristiwa tu ..  Last binatang , kami jumpa parrot. Dibiarkan bebas macam tu. Dari situ dah nampak exit. Kami pun keluar la.... Hampir dua jam, kami kat situ.  Perhentian yang terakhir, nak beli gambar untuk kenangan ke tak?  Adik saya (Syifa)  beli. Mahal .....  Sekeping jer pun dah berpuluh-puluh ringgit. 

                Akhirnya dah keluar, tunggu apa lagi. Kenalah bawa anak-anak saudara makan dulu. Dah penat berjalan, confirm mereka bertiga lapar. Kat situ ada Marrybrown tapi kecik. Ada juga restaurant melayu kat sebelah Marrybrown. Ada nasi dan lauk. Sandwich pun ada. Kuih pun ada. Tak nak makan fast food, boleh makan kat situ.

                So selesai sudah trip kami ke ZooTaiping. Berbaloi pergi tau. Zoo Taiping ini bukan untuk kanak-kanak saja tapi orang dewasa macam kita pun boleh sama-sama tahu tentang haiwan yang ada di sini. Lebih tepat lagi, boleh habiskan masa bersama-sama dengan family. Sesekali datang ke Zoo,  tak ada salahnya kan ....

 Next Insya Allah kalau ada rezeki nak ke Bukit Tambun Lost World pulak.  XOXO ....




No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...