Monday, March 25, 2019

Jujur Hatiku Untukmu Bab 3


Bab 3

            Fatini menoleh apabila dipanggil. Dia tersenyum melihat Baiduri berlari anak-anak ke arahnya dengan membawa botol susu.

            “Umi! Umi! Nak gi? Nak gi? Nak gi?” Baiduri tunjuk botol susu yang sudah kosong.

            Senyuman Fatini semakin lebar. Walaupun  berusia dua tahun lebih, Baiduri memang petah bercakap. Lebih comel apabila cakap berulang kali. Mujurlah Baiduri tak buat perangai malam tadi. Dia takut jugak kalau Baiduri tak selesa tinggal di hotel. Keluar saja dari rumah, dia terus datang ke hotel sementara mencari rumah sewa.

            “Ya! Umi buat!” Diambil botol susu yang kosong dari tangan Baiduri.

            “Yeay!” Baiduri lompat dengan gembira seraya tepuk tangan.

            Tiba-tiba terdengar ketukan pintu. “Sekejap!” jerit Fatini seraya bergegas ke pintu. Dia sudah tahu siapa yang datang. Pintu dibuka.

            Fatini tersengih melihat Fatin dan Fawz . “Masuk! Masuk!” ajak Fatini.

            “Along! Next time sebelum buka pintu, tanya dulu siapa. Ini tak, terus jer buka. Kalau orang jahat macam mana …..” Fawz membebel sebaik saja melangkah masuk.

            “ Alaa….. Tadi kan Fawz dah mesej nak datang.”

            “Along ni mudah sangat fikir. Kalau tadi yang muncul bukan kami tapi Abang Arif …… Along nak buat apa?” Giliran Fatin pula membebal. Ditutup semula pintu dan kunci.

            “Hish… Jangan sebut nama tu boleh tak? Seram!” Fatini gelang kepala beberapa kali. Dia tak dapat bayangkan jika kata-kata Fatin benar-benar terjadi.

            “Uncle!” jerit Baiduri berlari. Dia terus peluk kaki Fawz.

            “Tak habis-habis dengan Uncle dia. Auntie ni tak nak panggil ke? Look, Auntie bawa KFC.” Fatin tunjuk bag plastik yang dijinjing dari tadi.

            “Yeay! Yeay! KFC! KFC! Auntie! Auntie!” Baiduri terus peluk kaki Fatin dan mendongak kepala melihat Fatin. Dia tersengih.

            Fatini tersengih. Dalam masa yang singkat saja, Baiduri cepat mesra dengan Fatin dan Fawz.

            “Susu ni ! Nak Umi buat ke tak?” Botol susu yang ada di tangan ditunjuk ke arah Baiduri.

            “Tak nak! Tak nak!” Baiduri geleng kepala berulang kali apabila ditanya. “Auntie! Nak KFC! Nak KFC!” jerit Baiduri. Dia tak sabar nak makan KFC yang dibawa Fatin.

            “Sabar!” Fatini geleng kepala. Pertama kali, Baiduri makan KFC di KLIA. Biaduri terus suka dan hari-hari minta KFC.  Penting kepala dibuatnya.

                                                *************************

            Tisu diambil dan lap mulut Baiduri yang comot selepas makan mashed potato.

            Baiduri marah apabila mulutnya dilap. Dia belum lagi habis makan.

            “Amboi garangnya!” Fawz ketawa.

            “Cukup marah kalau orang kacau dia makan.” Fatini tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Baiduri.  Marah-marah pun nampak comel.

            “Along! Sejak Along balik sini, Abang Arif ada call tak?” tanya Fatin.

            “Ada juga beberapa no yang Along tak kenal call , Along terus blok. Malas nak layan.” Jawab Fatini. Dia memang rimas dengan perangai Arif.  Tak henti-henti ganggu dirinya. “Masa Along tak ada, dia still datang rumah jumpa ibu ke?”

            “Mestilah datang!” Fawz menyampuk.

            “Lepas balik fly dari mana-mana jer, terus datang jumpa ibu. Ada saja barang berjenama dia bagi kat ibu.  Bag la! Perfume la! Baju la! Barang kosmetik la! Kasut la! Semua barang mahal-mahal.” Cerita Fatin dengan penuh perasaan.

            “Ibu pun apa lagi, senyum sampai ke telinga.” Tambah Fawz lagi.

            “Orang kalau ada udang sebalik batu, macam tu lah ….” Fatini mengeluh. Dah nak dekat 20 tahun tapi Arif  tetap kejar cintanya.  Berkali-kali lamaran Arif  ditolak tapi Arif masih tak berputus asa. Dia rimas dengan perangai Arif.

            “Kerja saja pilot tapi tak faham bahasa. Orang dah tak suka, tak sukalah.  Cinta konon tapi belakang Along ….. perempuan keliling pinggang.  Cinta tahi kucing.”

            “Bukan cinta tapi obsess. Fawz perhatikan Abang Arif tu bukannya cinta kat Along pun. Dia obsess sebenarnya. “

            “Betul tu!  Abang Arif anggap Along macam trophi yang perlu dimenangi.  Sebab tu, asyik datang rumah . kononnya nak ambil hati ibu supaya ibu pujuk Along terima lamaran dia. Macamlah Fatin tak tahu taktik dia.”

            “Abang Arif  ada juga beli hadiah kat abah ….. tapi abah tak layan.” Cerita Fawz lagi.

            “Dekat kamu berdua, dia beli ke?”

            “Beli tapi kami tak ambil. Fatin siap cakap lagi …. Amalan rasuah bukan prinsip ahli keluarga kita.  Terus air muka Abang Arif berubah.”

            “Pucat lesi terus.” Tambah Fawz.  Dia terus ketawa.

            “Lepas tu Abang Arif  terus tak beli hadiah kat kami lagi.” Fatin turut sama ketawa apabila ingat semula apa yang terjadi hari tu.

            “Bagus! Bagus! Biar padan muka dia.” Fatini pun sama-sama ketawa. “Lepas makan nanti, teman Along pergi rumah Anas.”

            “Okey!” jawab Fawz dan Fatin serentak. 

            “Finish! Finish! Nak gi ! Nak gi!” Baiduri bersuara. Mulut comot dengan mashed potato KFC yang sudah habis dimakannya.

            Fatini geleng kepala sekali lagi melihat telatah Baiduri. Nampaknya nak kena salin baju lagi. Habis kotor dengan mashed potato. Biasalah budak dua tahun makan. Kalau makan, mesti habis baju.

                                                ***************************

            Kereta Perodua Myvi berwarna merah berhenti apabila tiba di destinasi .

            “Dah sampai!” beritahu Fawz.

            Cermin tingkap diturunkan. Mata Fatini terbuka luas melihat mahligai yang tersergam indah yang berada di depan mata. “Betul ke ini alamat dia?”

            “Betul la, Along! Tengok ni, Waze tunjuk sampai sini.” Fawz tunjuk telefon pintarnya yang menggunakan apps Waze untuk sampai ke alamat yang diberikan oleh Fatini.

            Dahi sedikit berkerut. Biar betul! Memang sah ini rumah orang kaya. Siapa sebenarnya Anas?  Pandangan Fatini beralih lihat Baiduri yang begitu nyenek tidur. 

            “Along! Kalau bapa Baiduri nak ambil dia, Along nak bagi ke? Along kan dah start sayangkan Baiduri.” Tanya Fatin secara tiba-tiba.  Wajah Fatini ditatap menanti jawapan.

            Fatini tersenyum. “ Apa pun terjadi, Anas tetap ayah Baiduri. Darah daging dia sendiri. Satu-satunya ahli keluarga yang Baiduri ada. Di saat Allah Taala temukan Arwah Laila dan Baiduri, Along syukur sangat-sangat. Hidup Along yang kosong tika itu , berserabut dengan masalah …. Mula rasa tenang dan ceria selepas jumpa mereka berdua. Along tak sangka Arwah Laila pergi dulu ….” Fatini mengetap bibir dan cuba kawal rasa sedihnya. Setiap pertemuan akan ada perpisahan.

            “Baiduri amanah arwah Laila. Allah Taala pinjamkan Baiduri sementara waktu untuk Along.  Di saat Along sayangkan Baiduri, Along dah redha. Baiduri bukan milik Along. Satu hari nanti, Baiduri akan pulang pada Anas. Along akan pegang amanah tu sehingga Baiduri bertemu semula dengan ayahnya.” Fatini mengusap pipi gebu Baiduri yang begitu nyenyek tidur. Walaupun berat untuk lepaskan Baiduri tetapi kenyataan tetap kenyataan. Baiduri bukan anak dia.

            “Tunggu sini sekejap. Along pergi tanya.” Beritahu Fatini sebelum keluar dari perut kereta.

            Langkah diatur ke arah pondok pengawal. “Assalammualaikum ….”

            “Waalaikumussalam.” Jawab pengawal itu. “Ya, Cik! Ada apa yang boleh saya bantu?”

            “Nak tanya. Aaaa…. Siapa owner rumah ni?”

            “Datin Nurin.”

            “Dia ada anak tak?”

            “Tak ada.” Jawab pengawal itu. “Kenapa, Cik?”

            Fatini terus keluarkan gambar Anas dan tunjukkan pada pegawal itu. “Aaa… Pernah nampak tak orang ni?”

            “Tak pernah!” Dahi pengawal sedikit berkerut.

            “Pelik!” Giliran dahi Fatini pula berkerut. Dikeluarkan kertas yang tertulis alamat yang tertera di kad pengenalan Anas.  “Ini alamat sini kan?”

            “Ya! Memang betul alamat sini.”

            “Betul ke Datin Nurin tak ada anak?” soal Fatini sekali lagi inginkan kepastian.

            “Ya. Dah tiga tahun saya kerja, Datin Nurin memang tak ada anak.”

            “Kalau macam tu, terima kasih banyak-banyak.” Ucap Fatini sebelum berlalu pergi. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Dilihat kertas yang ada di tangan. “ Ini saja klu yang aku ada nak cari Anas! Takkanlah alamat dalam IC tu alamat lama. Mana aku nak cari Anas ni?” Fatini pejam mata beberapa saat dan dibuka semula. Dia menoleh lihat mahligai mewah tiga tingkat itu sebelum masuk ke dalam perut kereta Myvi miliknya.

            Fatini tak sedar yang dirinya diperhatikan. Seorang wanita memerhati gerak geri Fatini dari tingkat atas mahligai mewah itu.

           

         

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...