Tuesday, January 7, 2020

Calon Menantu Cikgu Hawa - Bab 1


Bab 1

            Langkah Talia terhenti apabila tiba di depan pintu masuk rumah. Ditoleh ke arah garaj kereta. Kereta Toyota Camary berwarna putih diparkir di situ. Itu bermakna ayahnya sudah pulang dari kereja.

            Fail yang ada di dadanya dipeluk dengan erat. Dia sudah apa yang akan menantinya sebaik saja dia melangkah masuk. Ditarik nafas dalam-dalam, dihembus dengan perlahan-lahan.

            Tombol pintu dipulas. “Assalammualaikum.” Talia memberi salam apabila melangkah masuk.

            “Waalaikumussalam.”

            Talia menoleh. Seperti yang dijangka, ayahnya sedang duduk membaca majalah di ruang tamu.

            “Aaaa…… Macam mana dengan interview? confirm ke dapat kerja kali ni?” tanya Encik Wahid apabila pandangan matanya bertemu dengan anak bongsunya itu.

            “ Insya Allah, ayah! Kalau ada rezeki Talia kat situ, dapatlah!” Talia cuba tersenyum.

            “Asyik-asyik jawapan yang sama. Dah 6 bulan graduated, interview sana sini tapi kerja tak dapat jugak. Itulah cakap ayah tak nak dengar, ambil law tapi degil ….. Tetapi jugak nak ambil course engineering. Course tu untuk orang lelaki, orang perempuan macam kau tak sesuai. Kalau awal-awal lagi ambil course law, senang nak cari kerja.  Talia boleh kerja kat firma guaman awak, senang kan!” bebel Encik Wahid dengan panjang berjela.

            Talia diam membisu. Ini bukan pertama kali, dia dengar ayahnya membebel. Asyik cakap perkara yang sama saja. Ayah dia mahukan dia ambil course law tapi dalam diam, dia ambil course lain. Ayah dia nak semua anak-anaknya jadi peguam ikut jejak langkahnya. Bila ayah dia dapat tahu dia ambil course engineering, ayah dia marah sangat-sangat. Beberapa bulan jugaklah, ayah dia tak cakap dengan dia.

            “ Abang ni, Talia tu baru saja balik! Bagi la Talia tu berehat dulu. Ini tak, asyik nak serbu orang saja.” Puan Eton muncul di ruang tamu. Dia baru selesai masak makan petang di dapur tadi.

            “ Abang ni ayah dia, salah ke abang nak bagi nasihat. Eton pun satu, tak habis-habis sebelahkan anak. Tengok, dia jadi macam ni sebab Eton la.” Pandangan Encik Wahid tepat ke arah isterinya.

            “ Dah nama anak, dah tentu la Eton kena sebelahkan anak sendiri. Abang, berhentilah ungkit benda-benda yang lepas. Talia dah selamat graduated pun, sepatutnya abang doakan supaya Talia ni cepat-cepat dapat kerja bukannya patahkan semangat Talia nak cari kerja.”

            Encik Wahid mengetap bibir. Setiap kali bercakap dengan isterinya, dia pasti kalah.  Biarpun dia lawyer, kata-kata yang keluar dari Puan Eton pasti buat lidahnya kelu untuk bersuara. Dah nama guru kaunseling, memang dia tak mampu lawan kata-kata isterinya. “ Hujung minggu ni Tok Ma nak datang. Stay sini dua hari. Ada benda nak bincang.” Beritahu Encik Wahid secara tiba-tiba. Dia baru saja terima panggilan dari ibunya yang tinggal di Alor Setar, Kedah.

            “Mama nak datang?” Puan Eton terkejut.

            “Ya!” kata Encik Wahid. Dia berpaling ke arah Talia. “ Hujung minggu ni jangan nak jumpa kawan-kawan Talia yang tak berjenis tu. Stay jer kat rumah. Teman Tok Ma.” Pesan Encik Wahid sebelum berlalu pergi tinggalkan Puan Eton dan Talia.

            Selepas Encik Wahid berlalu pergi, Talia dekati ibunya. “ Mak, kenapa ayah benci sangat Mona dan Meera? Mereka berdua tak pernah buat salah pun kat ayah.”

            Puan Eton masih kaku berdiri. Fikirannya kini ada di tempat lain.

            “Mak! Mak!” panggil Talia. Rasa pelik dengan ibunya. Termenung jauh. “ Mak!” Kali ini suara Talia lebih kuat.

            Puan Eton terkejut. “ Aaaa… Apa?” Puan Eton masih tercenggang.

            Talia tersenyum. “ Mental breakdown ke, mak?” usik Talia.

            Puan Eton terus buat mimik muka sedih. “ Dua hari umpama dua ratus tahun. Orang lain mak boleh handle tapi Tok Ma Talia seorang tu …. Mak tak boleh handle langsung.” Kata Puan Eton. Kedatangan ibu mentuanya itu pasti buat hidupnya porak peranda. Walaupun dah kahwin selama 30 tahun, dia masih rasa janggal dengan ibu mentuanya itu.

            “Mak! Talia kan ada. Mak jangan bimbang, Talia kan cucu kesayangan Tok Ma.” Talia tersengih. Antara sepuluh orang cucu, dialah yang paling disayangi neneknya.

            “ Apa-apa pun yang terjadi, backup mak yer! Alamak, bilik tetamu nak kena bersih. Kena vacuum, kena mop lepas tu cadar dan sarung bantal nak kena tukar. Langsir pun nak kena tukar. Talia tahu kan, Tok Ma Talia tu cerewet benar. Mak kena bersihkan bilik tetamu hari ini jugak.” Kata Puan Eton dengan wajah gelisah. Mak mentuanya itu memang cerewet kalau bab-bab kebersihan ni. Langkah terus diatur mendaki anak tangga.

            “Kasihan kat mak!” Talia mengeluh.

                                    *****************************************

            Langkah kaki dipercepatkan selepas nampak kelibat Meera dan Mona. Dia melambai ke arah mereka berdua.

            “ Sorry! Aku betul-betul sorry lambat. Korang mesti dah lama tunggu kan!” Talia tarik kerusi dan duduk di sofa yang sebelah dengan Meera. Dia lewat 30 minit. Mujurlah tak ramai orang kat KFC malam ini. Maklumlah 24 jam buka.

            “Ini mesti roadblock kat rumah kau kan?” teka Meera. Dia kenal Talia sejak bangku sekolah menengah lagi. Begitu juga Mona. Mereka bertiga memang kawan baik sejak dulu lagi. Hubungan mereka tak pernah regang walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing. Ada saja masa, mereka bertiga akan jumpa.

            “ Ayah kau tak bagi jumpa kami ke?” tambah Mona.

            “Pasal ayah aku tu, biarlah kat dia. Kita bukannya pergi clubbing pun. Kita lepak kat KFC jer pun. Lagipun bukan selalu pun kita jumpa, dalam sebulan sekali atau dua kali kita jumpa, itupun kalau korang free. Aku ni bukannya ada ramai kawan pun, korang berdua jer kawan baik aku. Siapa pun kawan aku, ayah aku tak berhak nak halang. Siapa tak bangga kalau ada kawan model dan pelakon. I’m proud of you guys.”

            “Kata-kata kau ni menikam jiwa kami.” Mona tersenyum. Dia betulkan rambutnya yang shaggy yang separas bahu itu.

            “Kau ni bab nak ambil hati orang, memang manis betul mulut kau kan! So interview hari ini macam mana?” Meera geleng kepala. Pandangannya tepat ke arah Talia. Dia sedar ramai orang yang keluar masuk KFC itu pasti melihat ke arahnya namun dibiarkan saja. Ada juga yang curi-curi ambil gambar dia.

            “Hmm…. Tengoklah macam mana. Ada rezeki, adalah. Aku tak nak letak harapan tinggi lagi, tak dapat nanti aku jugak yang sedih. Yang aku tahu, aku dah buat yang terbaik masa interview tu.” Jawab Talia. Dia tersenyum ke arah wanita yang berambut panjang tapi diikat seperti double top knot. “ Mona, aku dengar kau nak join model competition bulan depan, betul ke?” tanya Talia secara tiba-tiba. Dipandang wanita tinggi lampai yang tingginya 176cm itu.

            “Cepat betul kau tahu, aku baru nak beritahu. Kalau aku menang, aku akan dapat global model contract dengan agency modeling yang terkenal kat Asia ni.” Mona tersengih. Dia tak sabar nak tunjuk bakatnya malah dia juga ingin belajar sesuatu yang baru.

            Meera tepuk tangannya berulang kali. “ Aku respect kat kau,Mona! Tak pernah gentar sahut cabaran.”

            “Aku harap kau menang, Mona!” sokong Talia.

            Mona tersenyum sampai ke telinga. Sokongan kawan-kawannya buatkan dia rasa yakin untuk bertanding. “ Thank you. Meera, kau dapat tawaran berlakon filem kan?”

            “Filem?” Talia terkejut dan menoleh melihat Meera. “Filem apa?”

            “Masih dalam discussion lagi.  Dah confirm, aku beritahu kat korang.” Meera ketawa kecil.

            “Eh, takkan nak borak kosong saja! Korang nak makan apa?” tanya Mona. Ditoleh ke arah kaunter KFC. Orang dah tak ramai di situ.

            “Hmm…. Aku nak snack plate. Spicy!” beritahu Meera.

            “Kau, Talia?”

            “Aku ikut kau la. Aku tak tahu nak makan apa lagi. Kau jaga tempat ni, Meera.” Talia terus bangun dan Mona ekori dari belakang.

           

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...