Monday, January 20, 2020

Jujur Hatiku Hanya Untukmu Bab 13


Bab 13
           
Fatini berjalan ke arah pintu apabila loceng berbunyi. Didekatkan telinga di pintu terlebih dahulu. Dia bimbang jugak kalau Alif muncul lagi. Lagipun Fatihah dan Fawz balik ke rumah sekejap.

“Fatini! Aku la , Intan!”

Dengan segera, Fatini buka pintu. Dia tersenyum melihat kedatangan pasangan suami isteri itu.

Sebaik saja pintu dibuka, Intan terus pegang wajah Fatini. Mata terbuka luas melihat bekas lebam di wajah Fatini. “ Kurang ajar betul Alif ni! Dia ingat muka kau ni punch bag ke? Kalaulah dia ada depan mata aku sekarang ni, dah lama makan penumbuk aku ni. Mentang-mentanglah kau ni baik … lemah lembut … sesuka hati saja dia nak tampar kau.” Marah Intan. Dia cukup pantang kalau lelaki gunakan kekerasan pada wanita.

“Hish…. Masuklah dulu.” Tegur Zahid. Ditolak tubuh isterinya agar segera masuk. Faham sangat dengan perangai Intan bila marah, tak pernah tengok tempat dulu. Main marah saja.  Pintu bilik ditutup rapat. “ Nak marah pun, agak-agaklah.”

“ Abang! Macam mana saya tak marah? Ini bukan first time. Dah banyak kali.”

“Nak buat macam mana? Dah macam-macam cara kita cuba kan.”

“Eh, korang ni! Takkan nak bergaduh kat sini kot. Releks! Aku okey saja. Setakat tampar ni, dah perkara biasa bagi aku. Lebih teruk dari ni , aku dah pernah kena.” Fatini cuba tersenyum. Senyuman tak ikhlas. Mustahil dia pernah lupa , semua itu. Penampar! Penumbuk! Pukul! Sepak terajang! Dia pernah kena, setiap kali dia tak ikut cakap Alif.

“Jangan cakap macam tu. Sedih aku dengar! Mana adik-adik kau?” tanya Intan. Dia hairan apabila suasana dalam bilik itu sunyi sepi.

“Balik rumah! Packing baju! Mereka berdua akan ikut aku balik Zurich. Alang-alang mereka baru lepas exam SPM kan. Dari duduk rumah tak buat apa-apa, better teman aku. Abah pun dah bagi permission bawak kembar dua orang tu.”

“Eloklah macam tu. Ada jugak peneman. Aaa… Baiduri mana?” tanya Zahid.

“Tidur! Jemputlah duduk! Takkanlah kita nak berdiri kat sini.”

“Aaaa… Macam mana boleh lupa? Ni…. Pisang goreng. Kami beli.” Bag plastic berwarna merah dihulur pada Fatini.

“Terima kasih! Duduk dulu. Sekejap aku buatkan air.”

“Tak payah la. Kami dah minum tadi. Pisang goreng tu untuk korang.” Intan sempat mencelah. Dia terus duduk di sofa. “Meh sini sekejap.”

Zahid duduk di sebelah isterinya.

“Kau yakin ke bapa saudara Anas yang nak jumpa kau di sini? Bukannya aku tak nak percaya tetapi sekarang ni scam macam-macam.”

“Ya. PA dia nama Farid call aku. Mereka tak tahu yang Anas dah kahwin.”

“Biar betul? Bapa saudara sendiri tak tahu anak saudara kahwin? Pelik ni! Kau percaya ke?” Intan mula rasa was-was.

“Bapa saudara Anas ni busy. Kena uruskan hotel dan resort di seluruh dunia. Jadi dia memang jarang jumpa Anas. Aku dah call jiran kami, Mrs Lauren. Dia cerita ada dua orang lelaki datang rumah di Zurich. Bila Mrs Lauren cakap Anas dah kahwin dan ada anak, mereka memang terkejut.”

“Ya ke? Habis tu kau dah bersedia ke nak bagi balik Baiduri kat ayah dia. Kau kan dah sayang Baiduri tu macam anak kandung sendiri.” Tanya Intan.

“Aku ni hanya pegang amanah orang, Intan. Sedih memang la sedih. Tetapi orang yang Baiduri perlukan sekarang ni ayah dia. Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah Taala pinjamkan Baiduri untuk aku walaupun sekejap saja.”  Fatini mengawal senyumannya. Hatinya memang berat untuk lepaskan Baiduri. Kehadiran Baiduri sedikit sebanyak ceriakan dunianya yang selama ini gelap gelita.

“Nak buat macam mana kan? Baiduri bukan anak kandung kau. Kau jangan bimbang. Aku sentiasa doakan kau bertemu jodoh kau. Biarlah dia seorang lelaki yang baik dan penyayang. Yang penting selalu, dia mampu lindungi kau dari Alif otak merang tu. Lepas tu, kau lahirkan anak-anak yang comel. Lebih comel dari Baiduri. ”

Fatini tersenyum mendengar kata-kata Intan. “Merepeklah kau ni. Ada ke lelaki yang macam kau cakap tu? Kau ingat aku ni Cinderella… ? Snow white? Nak kena tunggu prince charming datang selamatkan aku. Oh please! Semua tu fairytale.”

“Eh, Fatini. Aku ada kemusykilan sikit.  Anas mana? Mana dia pergi selama ini?” Zahid bersuara.

“Aaaa… aaa… betullah!”

Fatini pandang Intan dan Zahid. “ Farid cakap mereka akan cerita semuanya pasal Anas bila aku sampai Zurich nanti.”

“Aiii…. Lain macam jer bunyinya.” Intan membuat mimic muka.

“Sebab itu malam ni jugak, kami bertolak. Aku nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.” Fatini luahkan rasa resahnya. Sebenarnya dia mula rasa tak sedap hati. Entah-entah ada sesuatu terjadi kat Anas. Hish…. Ada fikir macam tu pulak. Patutnya dia fikir benda baik-baik. Harap sangat Anas tak apa-apa.

“Suspen la pulak. Apa-apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar.” Kata Zahid.

“Nanti kau call aku tau. Kau mesti cerita apa yang berlaku kat Anas. Always keep me update.” Intan ingatkan Fatini.

“Penyibuk betul!” kata Zahid dengan nada suara perlahan.

Intan menoleh ke arah Zahid dengan mata tercegil besar. “ Apa!”

“Tak cakap-apa pun. Sayang salah dengar ni.” Zahid cuba menidakkan katanya tadi.

“Jelas tahu tak? Salah dengar konon.” Intan mengetap bibir.

Fatini tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Intan dan Zahid. Marah-marah sayang. Mereka nampak gembira dan bahagia.  Disebaliknya, Fatini cemburu. Bila dia nak rasa seperti itu? Ada ke lelaki di luar sana yang dapat bahagiakan dirinya? Terus terang cakap, dia sudah tak harapkan semua itu. Yang penting,  dia sendiri tak tahu apa yang berlaku padanya selepas ini.

                        ***********************************

Puan Rokiah bergegas keluar dari kereta sebaik saja diparkir di garaj. Dia terkejut melihat suaminya yang berdiri di luar rumah. Sepatutnya pada waktu begini, suaminya masih ada di falkulti. Dia rasa pelik pulak.

“ Awal abang balik hari ni?”

“Ada hal sikit tadi. Lagipun esok abang kena pergi Sarawak.”

“Abang! Tadi Kiah nampak Fatihah dan Fawz dalam kereta Fadlan. Mereka nak ke mana tu?” tanya Puan Rokiah. Semasa dia nak masuk simpang rumah, dia nampak Fatihah dan Fawz melambai ke arahnya dari dalam kereta Fadlan.

“Tadi mereka balik sekejap, packing baju. Fatihah dan Fawz akan teman Along pergi Zurich. Malam ni flight mereka. Angah tolong hantar mereka ke airport.”

“Zurich lagi? Ini mesti nak lari dari Alif lagi.”

“Kiah! Tak baik prasangka buruk kat anak sendiri. Along balik Zurich sebab family Anas contact Along. Family Anas nak jumpa Along dan Baiduri.” Cerita Dr. Abu Talib.  Dia sendiri tak faham dengan perangai isterinya. Tak habis-habis nak bersangka buruk dengan anak sendiri.

“Dah contact! Baguslah macam tu!” Ada senyuman di bibir Puan Rokiah. “Lepas budak tu dah berambus, Along takkan ada alasan lagi nak tolak lamaran Alif.”

“Astagfirullahazim, Kiah! Jangan paksa Along, boleh tak? Hal kahwin ni bukan benda main-main. Kalaulah Along tu sukakan Alif, awal-awal lagi Along dah terima pinangan Alif.” Tegur Dr. Abu Talib.

“Abang! Kiah ni ibu kandung Along. Kiah tahu apa yang terbaik untuk anak Kiah sendiri. Kiah nak hidup Along senang lenang. Biar Along hidup selesa. Ada rumah besar! Ada kereta besar! Ada suami kaya lepas tu minta apa saja mesti dapat. Nak barang berjenema ke, confirm Alif kasi. Iyalah, Alif kan sayang giler dengan Along. Cuma …. Cuma Along tu tak pernah fikir panjang.”

“Jangan samakan Along dengan Kiah.” Wajah Dr Abu Talib serius. Dipandang wajah Puan Rokiah .

“Abang!”

“Along tak pandang semua itu. Along bukan mata duitan macam Kiah.”

“Abang! Abang sindir Kiah ke? Sampai hati abang cakap Kiah macam tu. Kiah ni isteri abang.” Wajah Puan Rokiah terus sedih.

“Memang pun Kiah mata duitan. Betul kan! Alif tu hadiah jer barang-barang berjenama terus Kiah butakan mata. Asyik backing Alif tu. Hakikatnya kita berdua pernah nampak Alif berpelukkan dengan wanita lain.”

“Abang! Hari tu, Alif dah jelaskan semuanya. Wanita tu kawan dia masa study kat oversea. Peluk macam tu dah kira biasalah bagi mereka.”

“Biasa!” Nada suara Dr Abu Talib terus tinggi. Digeleng kepala beberapa kali. “ Kiah cakap biasa. Pegang pinggang perempuan tu bukan main mesra lagi, lepas tu pulak kepala perempuan tu elok saja melekat kat bahu Alif tu. Itu Kiah cakap biasa lagi. Abang pelik dengan perangai Kiah ni. Anak orang lain bukan main lagi Kiah backing tapi anak sendiri …. Asyik nampak salah anak saja. Siapa sebenarnya anak Kiah sekarang ni? Alif ke Along?”

“Abang! Along tu anak Kiah. Kiah mengandungkan dia, Kiah lahirkan dia, Kiah besarkan dia! Kiah kenal sangat dengan perangai Along tu. Abang tu bukan tahu sangat perangai anak-anak macam mana. Asyik dengan kerja saja. Lebihkan kerja dari family sendiri.”

“Sekarang ni Kiah nak cari salah abang pulak ke? Ya, memang abang sibuk dengan kerja. Abang tahu silap abang tetapi abang still tahu apa yang berlaku dalam rumah ni. Abang tahu apa anak-anak nak. Kalau Along tak suka Alif , abang seratus kali tak suka Alif tu. Kiah kena ingat, kuasa wali di tangan abang.” Dr Abu Talib memberi amaran pada isterinya sendiri. Wajahnya merah menyala kerana sedang menahan marah. Langkah terus diatur masuk.

“Anak dengan bapak sama saja. Emas dah ada depan mata, kena la rebut peluang ni. “ Puan Rokiah mendengus kasar “Hmmm… better call Alif. Dia mesti tahu pasal hal ni.” Dikeluarkan segera telefon pintar miliknya.

                                    ***********************

Pandangan mata bertemu dengan wanita yang sedang memaut lengannya.  Hampir setahun wanita bernama Jelena menjadi teman wanitanya.  Setiap kali Alif ada masalah, pasti Jelena tahu bagaimana cara nak pujuk dan gembirakan hatinya.

“Bi,  nanti jangan lupa beli gift kat I!” Jelena memegang erat tangan Alif. Kepala dilentok sedikit di bahu Alif.

“Of course, I takkan lupa. Anything for you, darling.” Alif tersenyum. Dicuit dagu Jelena dengan manja.

“ Bi, nampak macam kawan I la. Sekejap I nak jumpa dia. Tunggu, okey!” pesan Jelena. Dia berlari anak-anak ke arah kawannya yang sedang melambai ke arahnya.

Telefon pintar milik Alif berbunyi secara tiba-tiba. Dikeluarkan dengan segera dari poket seluar. Wajah Alif berubah melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.  “Hish… Perempuan tua ni lagi. Tahu-tahu saja aku nak fly ke Tokyo. Ini mesti ada benda nak pesan lagi. Mata duitan betul. Malas aku nak layan.” Kata Alif. Dibiarkan saja telefon pintar itu berbunyi.

Mata Alif kaku melihat kelibat Fatini yang ada di situ. “Fatini! Apa dia buat kat airport ni? Takkanlah …. Dia nak lari lagi.” Alif terus resah. Dia bergegas ekori Fatini yang tak sedar dirinya diekori Alif.

Sebaik saja hampiri Fatini, Alif terus pegang tangan Fatini.

Fatini terkejut apabila dirinya ditarik secara tiba-tiba. Air muka bertukar pucat lesi melihat Alif. Dia cuba meronta tetapi pegangan Alif begitu kuat sekali. Ingin saja dia menjerit tetapi bimbang jika masalah bertambah besar lagipun ramai orang yang ada di situ.

Alif terus menolak tubuh Fatini ke dinding dengan kasar apabila mereka berdua tiba di satu tempat yang jauh dari mata orang  ramai.

Fatini pegang tubuhnya yang terasa sakit kerana ditolak Alif. Dipandang ke arah Alif. “ Kau nak apa lagi, Alif?”  tanya Fatini. Ada getaran di suaranya.  Rasa takut mula ada. Dia bimbang jika Alif mula pukul dirinya lebih-lebih lagi hanya ada mereka berdua saja di situ. Perangai Alif tak ubah seperti bom jangka. Bila-bila masa boleh meletup. Tak musthil jika tubuhnya itu akan menjadi mangsa kaki tangan Alif.

“You nak pergi mana, Fatini? Nak larikan diri dari I lagi ke? Kali ni negara mana pulak you nak lari, hah? Mentang-mentanglah you tahu I sayangkan you, you memang sengaja nak uji kesabaran I kan!” marah Alif. Dia dekati Fatini.

Kerana takut diapa-apakan oleh Alif. Fatini cuba larikan diri tetapi gagal. Tangan Alif begitu pantas sekali paut lengan kanan Fatini. Dia menjerit kesakitan.

Semakin erat genggam tangan Alif pada Fatini . Sebelah tangan lagi, mencengkam wajah Fatini dengan kuat. “You ni memang selalu buat I hilang sabar, Fatini! Kenapa susah sangat nak terima lamaran I, hah?  I really really love you so much, Fatini. Tiada wanita lain dalam hati I selain you. Pertama kali I nampak you ,  I dah tahu you akan jadi isteri I dan juga ibu pada anak-anak I. Bertahun-tahun I kejar cinta you. I ikhlas nak peristerikan you, Fatini. Kalau you terima I, hidup you akan senang lenang. Apa you nak, semua I bagi.  I akan jadikan you permaisuri dalam hidup I. You patut bersyukur sebab I pilih you di antara semua wanita kat luar sana.”

Kelopak mata Fatini mula berair. Cengkaman tangan Alif di wajahnya benar-benar menyakitkan.

“Bi, what are you doing?”

Alif menoleh. Dia terkejut dengan kehadiran Jelena di situ. Dia terus lepaskan tangan dan wajah Fatini. Wajah berubah pucat. “ I…. I…..”

Tanpa membuang masa, Fatini terus melarikan diri. Dia berlari sekuat hati tinggalkan Alif. Ini saja peluang yang dia ada.

Alif mengetap bibir apabila Fatini larikan diri. Sekelip mata, Fatini hilang dari pandangan matanya.

“Bi, siapa perempuan tu? You ada perempuan lain ke?” tanya Jelena. Jelas ada wajah cemburu.

“This is your fault, Jelena!” jerkah Alif. Dia terus tinggalkan Jelena. Wajah merah menahan marah. Panggilan Jelena tak diendahkan. Digenggam erat tangannya. “ I takkan lepaskan you, Fatini. Tak kira di mana you menyorok, I tetap akan cari you.”


No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...