Friday, January 31, 2020

Duniaku Ada Kamu - Bab 2


Bab 2

            Dahi Omar berkerut apabila panggilannya tak dijawab. Gelisah . Dia terkejut apabila mendapat mesej dari Badrul. Majlis pertunangan ditunda ke sebelah malam. Kata Badrul, ada lagi saudara mara yang masih belum sampai lagi .Betul ke? Omar mula tak sedap hati lebih-lebih lagi apabila Husna tak menjawab panggilan dia.

            “Bertunang jer kut, takkan la nak kena tunggu sampai semua saudara mara ada! Logiklah sikit. Ibu tak percaya, mesti ada benda dah jadi. Entah-entah Husna tu buat hal.” Puan Nabila bersuara.

            “Ibu! Kenapa ibu prejudis sangat kat Husna? Husna tu baik orangnya. Lagipun Husna kan anak kawan baik ibu.”

            “Hidayah tu memang kawan baik ibu tapi ibu langsung tak berkenanan dengan perangai Husna tu. Kurang ajar! Kamu sendiri tengok kan, bila ibu suruh dia cari kerja …. Dia terus bangun macam tu saja. Tak boleh tegur langsung.” Setiap kali ingatkan perangai Husna, mendidih darah jadinya.

            “Perangai tu boleh diubah.”

            “Kalau boleh diubah, dah lama Husna tu berubah. Dia dan Mariam memang jauh berbeza. Macam langit dan bumi.”

            “ Ibu! Husna memang ada banyak kekurangannya. Please la, ibu! Jangan la selalu bandingkan Husna dengan Mariam.”

            “Itulah kamu, Omar. Tak habis-habis nak sebelahkan Si Husna tu. Mariam tu berjuta-juta kali lebih baik dari Husna. Mariam tu baik, hormat orang tua, pandai masak yang penting kerja cikgu. Terjamin masa depan kamu nanti.” Sejak dulu lagi Puan Nabila sukakan Mariam untuk dijadikan menantu tetapi Husna pula yang jadi pilihan anaknya.

            “Ibu …..” Mata Omar terbuka luas. Sejak dulu lagi ibunya tak pernah berhenti bandingkan Husna dan Mariam. Dia dan Mariam hanya kawan baik saja.

            “Ibu! Omar! Sudah la, jangan bergaduh. Malu sikit kat saudara mara kita.” Osman bersuara. Dia sudah tak dapat tahan lagi mendengar ibu dan adiknya bergaduh.  Saudara mara mereka yang ada di situ hanya diamkan diri. Mereka tak berani masuk campur.    

            Puan Nabila dan Omar terdiam.

            “Sekarang ni kita tunggu Mona balik.” Tambah Osman lagi. Sekarang ini isterinya pergi ke rumah Puan Hidayah untuk mengetahui apa yang berlaku. Mujurlah taman rumah mereka bersebelah dengan taman rumah Puan Hidayah.

            “Abang! Abang!” Mona berlari masuk ke dalam rumah dengan wajah pucat lesi. Dia baru saja balik dari rumah Puan Hidayah. Dia terus dekati suaminya.

            “Kak Mona! Macam mana?” Omar dekati kakak iparnya. Dia tak sabar nak tahu apa yang terjadi.

            “Omar! Husna dah lari!” beritahu Mona. Kebetulan dia terdengar perbualan saudara mara Puan Hidayah yang berbual di luar rumah. Mujurlah mereka tak sedar kehadiran dia di situ.

            Omar tergamam. Berita itu buatkan dunia yang diimpikan bersama Husna hancur.

            Mona kasihan melihat wajah Omar. “ Husna lari awal pagi tadi. Badrul, Basri, Mariam dan Auntie Harissa keluar cari Husna tapi sampai sekarang mereka tak balik lagi.” Beritahu Mona lagi.

            “Itulah ibu dah cakap kan …. Husna tu ….”

            “Ibu! Ini bukan masanya kita nak salahkan orang lain.” Osman mencelah. Dia tak mahu ibunya serabutkan lagi masalah di kepala Omar.

            “Tapi …..”

            Tanpa buang masa, Omar terus keluar. Laju dia melangkah keluar ke kereta. Panggilan Puan Nabila tak diendahkan langsung tak dipedulikan. Fikirannya hanya ada Husna sekarang ini. Dia masih cuba hubungi Husna! Apa pun yang terjadi, dia kena cari Husna sampai dapat. Pertunangan hari ini tetap akan diteruskan juga.  Sebaik saja masuk ke dalam perut kereta, enjin terus dihidupkan.

                                    ************************************

            Kereta BMW yang dipandu Harissa berhenti sebaik saja mereka tiba diperkarangan rumah Puan Hidayah. Dia dan Mariam keluar dari perut kereta. Wajah mereka nampak keletihan. Seharian hari ini mereka mencari Husna. Selepas KL Central, mereka pergi ke KLIA pula mencari Husna di sana. Mustahil Badrul dan Basri dapat cover semua area di KLIA. Berjam-jam mereka berempat mencari Husna namun tak jumpa juga.

            Harissa dan Mariam menunggu Basri dan Badrul yang baru saja keluar dari kereta.

            “Abang Long! Abang Ngah! Kita nak cakap apa kat mak?” Mariam risau bila fikirkan ibu mereka.

            “Cakap apa lagi, beritahu jer hal sebenar!” Harissa menyampuk. Sakit hati apabila fikirkan perangai Husna. Penat betul dia hari ini. Asyik berlari saja. Nak terkeluar lutut pun ada.

            “Tapi Mak Su, mak ada darah tinggi. Kalau mak dapat tahu , mesti mak susah hati. Dibuatnya tekanan darah tinggi mak naik, macam mana?” tambah Mariam lagi. Bagi Mariam, dia hanya bimbangkan kesihatan ibu angkatnya saja.

            “Husna ni kan dari kecik sampai besar tak pernah bagi hidup kita senang. Dia tergedik-gedik nak bertunang Omar lepas tu boleh pulak dia lari hari. Kalaulah Abang Long jumpa Husna nanti, Abang Long botakkan kepala dia. Biar dia malu nak keluar rumah.” Kata Badrul dengan wajah merah padam.

            “Benda dah nak jadi, Abang Long. Nak ke tak nak ke, kita kena hadap jugak. Masalah sekarang ni apa kita nak cakap dekat family Omar.”

            “Nak cakap apa lagi, macam Mak Su cakap tadi …. Kita cerita jer hal sebenar.” Jawab Badrul.

            “Betul tu!” Harissa menyampuk.

            Mariam hanya terdiam.

            Basri mengeluh. Dipandang ke arah Mariam. Matanya tepat melihat benjolan di dahi Mariam. “ Sakit lagi ke?” tanya Basri. Ini bukan pertama kali Husna berkasar dengan Mariam. Pernah sekali itu, Husna tolak Mariam jatuh tangga depan mata dia sendiri. Mujurlah hanya kaki Mariam terseliuh. Husna pula tak mengaku langsung salah dia malah tuduh Mariam jatuh sendiri. Mariam pula baik, iyakan saja cakap Husna. Apa pun Husna buat, Mariam hanya diamkan saja.

            Mariam pegang benjolan di dahinya. Sakit! “Dah kurang sikit rasa sakit dia.” Bohong Mariam. Dia cuba tersenyum untuk sembunyikan rasa sakitnya.

            “Badrul! Basri! Harissa! Mariam! Buat apa kat situ? Masuk!”

            Mereka berempat menoleh. Puan Hani berdiri di muka pintu rumah dan memberi isyarat supaya masuk.

            Sebaik saja mereka berempat masuk, wajah mereka terus berubah apabila terpandang kehadiran Puan Nabila dan ahli keluarganya di ruang tamu bersama Puan Hidayah.

            “Dah jumpa Husna? Mana Husna?” tanya Puan Hidayah. Dia terus bangun mencari Husna.

            “Mak! Kami jumpa Husna tapi Husna tetap larikan diri ….. lepas tu …. Lepas tu ada lelaki tunggu dia di luar KL Central. Husna masuk dalam kereta lelaki tu dan terus pergi. Kami cari kat KLIa tapi tak jumpa mereka.” Beritahu Badrul. Dia nampak wajah ibunya berubah keruh. Dipegang tangan ibunya. Sejuk!

            “Husna!” Mata Puan Hidayah mula berkaca. Kepala pula sudah berdenyut-denyut.

            “Auntie dah agak dah. Husna tu mesti ada lelaki lain kan!” Puan Nabila bersuara. Dia tak terkejut pun kalau Husna ada lelaki lain tetapi bila dia ingatkan Husna permainkan perasaan anak bongsunya, dia mula rasa marah. “ Sekarang ni macam mana? Hidayah, kali ini anak kau betul-betul dah melampau. Tergamak dia permainkan perasaan anak aku. Omar sayang sangat kat Husna tapi ini balasan yang Omar dapat. Hidayah, kau dan aku dah lama berkawan tapi kali ini aku tak dapat maafkan apa anak kau dah buat kat Omar dan family aku. Anak kau dah jatuhkan maruah keluarga aku. Lepas tu boleh pulak anak kau lari dengan lelaki lain. Macam mana kau didik anak kau, Hidayah?” marah Puan Nabila.

            “Aku minta maaf, Nabila. Aku minta maaf sangat-sangat.” Sambil menangis Puan Hidayah meminta maaf. Dia pun turut sama malu dengan perangai Husna.

            Mariam dekati Puan Hidayah dan memegang erat lengan ibunya. Dia bimbang dengan kesihatan ibu angkatnya. “ Auntie! Kami sekeluarga minta maaf banyak-banyak atas apa yang berlaku. Kami tak jangka semua ni akan terjadi. Kami akan cari Husna dapat.” Mariam bersuara.

            “ Kamu nak cari dia buat apa? Dia dah berseronok dengan lelaki lain lepas tu kamu nak bawa dia balik. Kamu ingat Auntie nak terima dia lagi ke? Eeee…. Auntie tak nak la adik kamu tu jadi menantu Auntie. Entah-entah dah ditebuk tupai.”

            “Auntie!” Mariam terkejut dengan kata-kata Puan Nabila.

            Semua orang yang ada di rumah itu memandang ke arah Puan Nabila.

            “Ibu! Tak baik cakap macam tu!” tegur Osman. Dia sendiri terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut ibunya.

            “Auntie! Cakap tu jangan main sedap mulut saja. Jangan nak buat cerita yang bukan-bukan!” Badrul bersuara. Dia sudah hilang sabar dengan kata-kata Puan Nabila.

            “Husna! Husna! Husna!” Terdengar suara orang memanggil nama Husna dari luar rumah.

            Omar muncul. Mata meliar mencari Husna di antara orang yang ada di ruang tamu itu.

            “Mariam! Mana Husna?” Omar terus dekati Mariam.

            Mariam terdiam. Serba salah jadinya untuk menjawab pertanyaan Omar itu. Yang pasti jawapannya hanya akan mengecewakan Omar.

            “Mana lagi ? Dia lari tinggalkan kamu dengan lelaki lain.” jawab Puan Nabila.

            Wajah Omar terkejut. “ Ibu cakap apa ni?”

            “Husna tu dah lari dengan lelaki lain. Dia curang, kamu dengar tak?”

            Omar tak percaya dan menoleh melihat Mariam. “ Mariam, betul ke apa ibu aku cakap tu?”

            Pandangan mata mereka bertemu. “Omar, aku cuba halang Husna tapi dia berkeras jugak nak pergi. Aku minta maaf, Omar!” kata Mariam.

            Wajah Omar berubah merah. “ Kau sengaja kan! Sengaja lepaskan Husna pergi sebab kau tak nak kami bertunang kan!” tuduh Omar secara tiba-tiba. Dia masih ingat lagi cakap Husna yang Mariam tak suka mereka bertunang. Nafasnya turun naik melihat Mariam.

            Mariam terkejut dengan tuduhan Omar. Lidahnya kelu.

            Harissa tolak tubuh Omar dengan kasar. “ Hey! Kenapa pulak kau nak salahkan Mariam dalam ni, hah! Yang larikan diri sekarang ni, Husna! Husna!” Harissa terus tinggikan suaranya. “ Kau nampak benjol kat dahi Mariam tu. Itu kerja Husna, kau tahu. Sebab Mariam cuba halang Husna la, Husna tolak dia sampai dia jatuh kat lantai KL Central.”

            Puan Nabila menarik Omar. “ Dah jadi macam ni, kamu still nak sebelahkan Husna tu. Omar, kamu bukalah mata kamu tu. Husna tak sayangkan kamu pun. Sedarlah!”

            “Ibu, Husna sayangkan Omar! Mesti ada sebab lain Husna buat macam ni. Omar akan cari Husna sampai dapat.”

            “Omar!” jerkah Puan Nabila. Dia sudah hilang sabar dengan perangai anak bongsunya. Apa pun yang terjadi, dia takkan terima Husna semula. Sampai mati pun dia takkan restu hubungan Omar dan Husna. Pandangan Puan Nabila berubah ke arah Mariam.

            Puan Nabila terus berjalan hampiri Mariam. Dikeluarkan kotak cincin yang ada dalam bag tangannya. Cincin emas dikeluarkan dan tangannya terus mencapai tangan Mariam. Disarungkan cincin emas itu di jari manis Mariam.

            “Sekarang ni Mariam tunang kamu, Omar! Hujung tahuni , kamu berdua kahwin. Keputusan ibu muktamad.” Tegas Puan Nabila.

            “Ibu!” Omar sendiri terkejut dengan tindakkan Puan Nabila.
            “Hidayah! Aku harap kau terima keputusan aku ni.” Kata Puan Nabila melihat Puan Hidayah.

            Tanpa berfikir panjang, Puan Hidayah hanya angguk kepala tanda setuju.

            Puan Nabila terus berlalu pergi. Beberapa orang ahli keluarganya yang lain turut sama keluar.

            “Ibu! Ibu! Ibu tak boleh buat macam ni!” Omar panik. Dia terus keluar mengejar ibunya.

            Mariam kaku. Dia sendiri tergamam dengan apa yang terjadi tadi. Cincin yang ada di jari manisnya direnung. Sekelip mata saja dia menjadi tunang Omar.

                                    ***************************************

            Mariam tutup pintu bilik ibunya perlahan-lahan. Dipandang ke arah pintu. Dia mengeluh.

            “Kak Long dah tidur ke?” tanya Harissa. Dia hampiri anak saudaranya.

            “Baru jer tidur lepas makan ubat.”

            “Tekanan darah dah okey ke?”

            “Dah turun sikit berbanding petang tadi.”  Jawab Harissa. Selepas apa yang terjadi tadi, tekanan darah ibunya naik. Diajak pergi hospital,  ada saja alasan yang diberi. Mujurlah lepas makan ubat, tekanan darah kembali okey.

            “Mariam, Mak Su ada hal nak cakap sikit. Jom kita cakap kat luar.”

            Mariam angguk kepala dan ekori Harissa dari belakang.

            Mereka berdua keluar dari rumah dan terus duduk di kerusi batu yang terletak di luar rumah.

            “Mak Su nak cakap apa?”

            Pandangan Harissa tepat pada jari manis milik Mariam. “ Mana cincin tunang tadi?”

            Mariam tersenyum tawar. “ Cincin tu bukan milik saya pun. Tak guna pun saya pakai, Mak Su! Esok saya akan beritahu mak dan Auntie Nabila supaya batalkan pertunangan ni. Keputusan mereka yang mereka buat tu terburu-buru. Langsung tak tanya pendapat saya dan Omar.”

            “Tapi dari dulu lagi Mariam sukakan Omar ke? Lebih dari seorang kawan.”

            Wajah Mariam terkejut. Dia cuba kawal air mukanya. “ Aaa… Apa Mak Su cakap ni?” Nada suara Omar sedikit bergetar “ Saya dan Omar BFF la. Tak lebih dari tu.”

            “ Mariam, jangan nak tipu Mak Su! Dari dulu lagi Mariam ada hati kat Omar kan! Disebabkan Husna, Mariam pendamkan perasaan tu kan?”

            “Mak Su!” Wajah terus bertukar merah. Bertahun-tahun dia simpan rahsia ini, dia tak sangka ada juga orang tahu perasaan sebenar dia terhadap Omar.

            “ Mariam membesar depan mata Mak Su plus antara semua anak saudara Mak Su, Mariam jer yang paling rapat dengan Mak Su. Apa Mariam suka… Apa Mariam tak suka …. Semua Mak Su tahu. Mak Su tahu sampai sekarang Mariam still ada hati kat Omar lagi kan? Sekarang ni, Husna dah tinggalkan Omar. Inilah peluang Mariam nak dapatkan Omar.”

            Dipandang wajah wanita berambut panjang melepasi bahu yang duduk di sebelahnya. “ Tapi cinta saya terhadap Omar tak mampu untuk melawan cinta Omar pada Husna. Mustahil saya dapat menawan hati Omar. Dan lagi mustahil untuk saya buat Omar lupakan Husna.” Kata Mariam. Dia sudah tahu dari awal lagi peluangnya memang tipis.

            “ Come on, Mariam! Takkan belum cuba lagi dah cepat nak mengalah. Sekarang ini peluang dah ada depan mata, you should grab it.”

            “Kalau Husna balik macam mana?”

            Harissa mengeluh. “ Husna tu takkan balik semula dengan Omar. Mak Su berani kerat jari la. Lelaki hari tu …. Nampak macam orang kaya kan! Kereta mewah pulak tu. Handsome! Taste Husna kan macam tu. Mariam, jangan risau! Sekarang ni Mariam pilihan  Kak Nabila, apa pun yang terjadi Omar kena ikut cakap ibu dia jugak.” Pujuk Harissa.

            Mariam terdiam. Dia sendiri tak tahu hala tuju yang dia patut pilih.

           

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...