Friday, February 19, 2021

Novel Ke 9 - DUNIAKU HANYA ADA KAMU

 

DUNIAKU HANYA ADA KAMU



“Cinta bertepuk sebelah tangan, kenapa nasib aku begini? ”

“Abang long! Omar tu milik Husna. Tak ada siapa boleh rampas Omar dari Husna. Orang yang Omar cinta… Husna, bukan Mariam. Anak angkat tak guna tu ada hati
 nak ambik Omar dari Husna. Cermin diri tu dulu.”


Bagi MARIAM, niatkan menggantikan tempat Husna semata-mata ingin menjaga hubungan semua pihak. Biarlah dirinya berkorban berkali-kali walaupun
 pengorbanannya sedikit pun tidak dipandang oleh Husna. Memang diam-diam dia mencintai Omar, tapi apa gunanya kalau hanya bertepuk sebelah tangan?


Akhirnya Mariam merawat lukanya jauh di utara semenanjung Malaysia. Namun tanpa disangka, jantungnya sekali lagi berdegup kencang apabila melihat seorang lelaki. Bertahun-tahun mencintai Omar, yang hairannya, kenapa cepat sangat jantungnya mencari sasaran pengganti?

“Kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung ni degup laju macam ni? Jangan cari pasal,
 cik jantung oiii!” - MARIAM


Perkenalan dengan seorang jejaka bernama Raja Luth mengubah hidup
 Mariam. Kehadiran Raja Luth memberi sinar baru dalam hati Mariam. Mariam yakin Raja Luth turut sama merasai perasaan yang sama. Tingkah laku dan layanan Raja Luth pada Mariam adalah bukti segala-galanya. Kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali, Mariam memberanikan diri meluahkan perasaannya.


“Saya… Saya tahu kita baru kenal tapi saya betul-betul sukakan awak, Luth. Saya nak awak tahu. Aaa… Awak macam mana pulak? Apa jawapan awak?” - MARIAM

“Saya minta maaf, Mariam. Selama ni saya anggap awak sebagai seorang kawan. Itu saja.” – RAJA LUTH

Sekali lagi cinta Mariam bertepuk sebelah tangan. Malu, memang malu! Akhirnya Mariam nekad untuk mengunci hatinya. Namun setelah dia memasang tekad, lain pula yang terjadi. Husna masih lagi menuduhnya setiap kali bergaduh dengan
 Omar. Dan yang paling misteri, setiap pagi dia mendapat kejutan sehingga membuatkan dirinya tidak lena ridur.


Apakah kesudahan hubungan Mariam dan Husna? Adakah kasih sayang dan pengorbanan Mariam mampu melembutkan hati Husna? Dan betulkan cinta Mariam hanya bertepuk sebelah tangan? Akankah ada bahagia untuk Mariam?

Dapatkan novel terbaru saya melalui penerbitan karyaseni dan kedai-kedai buku berhampiran.


 



1 comment:

michelle said...

Izin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...