Tuesday, August 9, 2022

PA Aku Ratu Sejuk Beku Bab 5

 

Bab 5

 

            USAI sembahyang Subuh, Datin Ida mula mengemas katilnya sendiri. Walaupun dia ada orang gaji sendiri namun dia lebih selesa membuat kerja sendiri.

            Pintu bilik tidur dibuka secara tiba-tiba.

            Datin Ida mengurut dada kerana terkejut. Hampir nak gugur jantung ini. Tajam renungan Datin Ida ke arah Aziz.

            Mummy! Aziz tak setuju! Keputusan mummy nak lantik Diana tu jadi PA Aziz, Aziz tetap tak setuju.” Aziz menerjah masuk ke dalam bilik tidur ibunya. Semalaman dia tak tidur semata-mata kerana fikirkan pasal Diana. Dengan rambut berserabut, Aziz bertentang mata dengan Datin Ida. PA! Diana nak jadi PA dia! Langkah mayat dia dulu. Sukar untuk dia membayangkan Diana yang dingin dan muka ketat itu ikut dia ke mana-mana. Takkan 24 jam nak hadap muka Diana tu. Nanti tak pasal-pasal dia yang jadi gila.

            Aziz! You need Diana whether you like it or not! She’s a good PA. Trust me!”

            Trust you? Really?”

            Datin Ida mengetap bibir apabila Aziz mengejek cakapnya.

            Aziz! Diana akan jadi PA dan mentor hang. Diana tahu selok belok pasal AB Group. She will guide and teach you everything.” tegas Datin Ida. Dia yakin dengan keputusan dia. Apa yang dia buat ini terbaik untuk Aziz. Dia tahu, hari pertama Aziz jejakkan kaki di AB Group, Aziz akan jadi buruan.

            Aziz tak suka dia, mummy! Muka dia pun, Aziz meluat nak tengok. Inikan pula nak hadap hari-hari! Lagi stress tahu tak! Kalau Mummy nak Aziz kerja kat AB Group, mummy tukar orang lain jadi PA Aziz!” ugut Aziz. Apa-apa pun dia menentang keras pasal hal ini. Direnung wajah Datin Ida dengan serius.

            Datin Ida mendengus kuat.

            Hang tak layak nak negotiate dengan mummy! Kali ini giliran hang ikut cakap mummy, Aziz! Hang kena ingat hang pewaris tunggal AB Group, itu dah jadi tanggungjawab hang ambil alih AB Group.”

            Tak habis-habis cakap benda yang sama! Pewaris! Tak habis-habis dengan pewaris. Telinga ni dah tak larat nak dengar. Ini salah mummy dengan daddy! Patutnya mummy dengan daddy usaha lebih sikit supaya ada anak ramai. Dah jadi macam ni, semua benda nak letak kat kepala Aziz. It’s not fair for me!” Nada Aziz tinggi. Dia sudah hilang sabar. Tanpa buang masa, Aziz terus menapak keluar bilik ibunya dengan wajah bengang.

 

            Aziz!” jerit Datin Ida begitu kuat sekali. Dia terkejut apabila Aziz cakap macam itu.

            Budah bertuah ni! Dia salahkan kita pulak! Umur dah 30 tapi fikiran tak matang langsung!”   

            Datin Ida mencekak pinggang. Terasa bahang di wajahnya. Agaknya kalau badannya boleh mengeluarkan api, dah terbakar bilik ini dibuatnya. Perangai Aziz betul-betul menguji kesabaran.

                                    *********************************************

            PAGI-PAGI lagi, Aziz melangkah laju masuk ke ruang dapur. Tiba-tiba tekak rasa dahaga selepas bertikam lidah dengan ibunya.

            Aziz berhenti melangkah.

            Mak Eton dan Diana ada di situ.

            Bertambah masam wajah Aziz dengan kehadiran Diana.

            Kat sini pun dia ada jugak! Menyampah betul!” Aziz bersuara.

            Mak Eton yang sedang basuh sayur sawi di sinki menoleh.

            Aziz cakap apa tadi, Mak Eton tak dengaq!  Awai hang bangun ! Nak Mak Eton bancuh kopi ka?” Mak Eton bersuara. Aziz seperti cakap sesuatu tapi dia tak dengar tadi.

            Tak apa, Mak Eton. Aziz nak minum air masak ja.” jawab Aziz.

            Mata Aziz lihat ke arah Diana yang sedang mengupas kulit bawang merah di meja makan dapur tanpa pedulikan kehadiran Aziz di situ.

            Aziz menghampiri peti sejuk dan membawa keluar jug air sejuk. Dia sengaja letak jug air sejuk di atas meja dengan kuat.

            Ekor mata Mak Eton melihat ke arah Aziz dan Diana. Dia mula tak sedap hati. Apa la Aziz cuba buat itu? Tengok cara Aziz ,macam nak cari pasal dengan Diana saja!

            Aziz berjalan dan ambil mug dekat almari. Dia terus menarik kerusi dengan kasar agar tindakkannya menarik perhatian Diana.

            Manakala Diana buat tak tahu saja, dia tetap teruskan mengupas bawang merah untuk dibuat bawang goreng.

            Bibir Aziz digigit rapat apabila Diana tetap tak peduli kehadiran dia di hadapan Diana. Tercabar diri ini apabila Diana buat dek saja.

            Tiba-tiba Aziz mendapat idea.

            Dengan sengajanya, jug air dituang di atas meja. Air dari jug mengalir ke arah Diana. Habis basah tempat Diana duduk.

            Diana terus berhenti mengupas. Kini baju dan seluarnya habis basah. Dia melihat ke arah Aziz yang turut sama memandang ke arahnya.

            Now I get your attention!” Aziz tersenyum sinis.

            Ya Allah, Aziz! Apa hang buat ni?” kata Mak Eton. Dia terkejut melihat apa yang berlaku di depan mata.

            Pisau di tangan Diana digenggam erat.

            Awak yang plan semua ni kan! Awak cadang kat mummy supaya awak jadi PA saya kan! Kenapa? Awak seronok nak tengok saya terseksa kerja kat AB Group kan!” tuduh Aziz.

            Grow up and stop being childish!” Diana bersuara. Renungan tajam tepat pada Aziz.

            Apa!”

            Diana terus bangun. Dia melihat lantai turut sama basah dengan air. Sepantas kilat mata Diana bergerak merenung Aziz semula.

            Tak habis-habis nak menyalak bila ada benda tak kena!” tambah Diana lagi.

            Aaaa…. Apa! Menyalak! Awak kata saya anjing?” Bulat terus mata Aziz. Rasa tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Diana. Terus berdesing telinga ini dengar. Dia turut sama bangun.

            Rasanya anjing jauh lebih baik dari you. Sekurang-kurangnya anjing setia dan hargai orang yang bagi makan minum dan tempat tinggal kat dia. Tak macam you, sikit pun tak hargai dan berterima kasih kat Auntie Ida yang besarkan you. Dah besar panjang tapi otak sikit pun tak guna. Tak ada guna pun belajar sampai graduate universiti kalau dengan mak sendiri pun nak berkira. Salah ke kalau you sebagai anak berkorban demi mak you sendiri? Dah bertahun-tahun Auntie Ida berkorban demi you, you tak nampak ke? Atau you jenis anak yang tak ada hati perut langsung!”

            Aziz terdiam apabila kata-kata dari Diana itu bagaikan tamparan hebat di mukanya.

            Air ni , you yang tumpah kan! So you better lap semua ni sebelum I datang balik. Kalau tak, tahulah nasib you nanti!” Diana memberi amaran. Pisau yang ada di tangannya tadi, ditikam kuat di meja makan kayu itu. Dia terus berlalu pergi. Gara-gara perangai Aziz tadi, dia terpaksa tukar baju lain.

            Tubuh Aziz masih kaku. Dalam masa yang sama, dia terkejut lihat pisau yang tercacak di atas meja makan. Ditelan air liur, terus rasa kelat.

            Baik hang lap cepat-cepat sebelum Diana turun. Nanti tak pasal-pasal pisau tu tercacak atas kepala hang pulak!” kata Mak Eton. Dia cuba menahan diri dari ketawa. Mana taknya, kini wajah Aziz terus pucat lesi. Mula-mula tadi bukan main berani lagi bagaikan Raja Rimba, sekarang ni terus bertukar jadi tikus. Mak Eton menyambung semula kerjanya. Tak sabar nak cerita apa yang berlaku tadi pada Datin Ida.

            Tanpa buang masa, Aziz segera mencapai kain lap. Meremang bulu roma apabila tengok pisau itu sekali lagi. Dia perlu cepat-cepat lap sebelum Diana turun.

                                                            ***********************

            DULANG yang siap dengan sarapan pagi dihulurkan pada Azhar.

            Nah! Ambil ni! Bawa kat bilik Aziz!” kata Mak Eton.

            Takkan la Abang Aziz tak nak turun makan langsung.” kata Azhar. Masa sarapan pagi, Azhar tak join mereka semua di dapur. Hanya Datin Ida dan Diana saja yang makan sama-sama. Lagipun maknya dah cerita apa yang terjadi pagi tadi.

            Lepas apa dah jadi tadi, mesti Aziz tu dah fobia nak masuk dapuq. Itulah cari pasal tak kena gaya. Nak sembuq orang, last-last orang yang dia nak sembuq itu bukan dalam kategori singa tapi naga. Berapi! Nasib baik pisau tu tercacak kat meja, kalau terpacak kat tempat lain. Naya jadinya!”

            Azhar menggelengkan kepala apabila mengingatkan perangai Aziz.

            Dah! Pi cepat hantaq breakfast. Dah pukul 9 lebih, mesti Aziz lapaq.” kata Mak Eton. Sempat lagi ekor mata melihat ke arah jam dinding di dapur.

            Azhar bergegas memanjat anak tangga.

            Pintu bilik diketuk sebaik saja tiba di depan pintu bilik tidur Aziz.

            Abang Aziz! Azhar ni! Boleh Azhar masuk? Azhar bawak breakfast ni.” kata Azhar di sebalik pintu.

            Suasana sunyi sepi.

            Azhar rasa pelik.

            Abang Aziz! Abang Aziz tidur ka?” panggil Azhar lagi.

            Aku dah kenyang!”

            Azhar tersenyum apabila dengar suara Aziz. Ini mesti kes merajuk!

            Dah kenyang makan apa? Takkan makan hati kut!” kata Azhar lagi. Dia cuba tahan ketawa. Tak sangka dah besar panjang, Aziz tetap kuat merajuk lagi. Tetap tak berubah.

            Buka la pintu ini. Mak masak bihun goreng ini. Sedap. Mak letak udang banyak kat pinggan bihun goreng ini. Alaaa…. buka la pintu ini. Atau Abang Aziz nak Kak Diana bawa breakfast kat Abang Aziz.” Azhar sengaja memetik nama Diana.

            Tiba-tiba saja pintu bilik terbuka.

            Aziz berdiri di muka pintu dengan wajah masam.

            Azhar ni kannnn…..” Aziz mengetap bibir seraya mata berlari ke arah bilik Diana yang bertentangan dengannya. Pandai betul Azhar ugut dia dengan nama itu. Dia memang menyampah dengar. Nak sebut huruf D pun, dia tak nak.

            Azhar tersengih. Dia menunjukkan dulang berisi sarapan pagi yang ada di tangannya. Dia sedar Aziz melihat ke arah bilik Diana.

            Kak Diana tak ada. Dia pi memanah. Selalunya pagi Ahad dia pi memanah.” beritahu Azhar.

            Aku tak tanya pasal dia la.” Wajah Aziz berubah. Dia terus berjalan ke sofa bilik. Dia terus duduk. Wajah masih kelat. Ishhh…. Azhar ni, tahu-tahu ja. Confirm Mak Eton dah cerita apa yang terjadi pagi tadi.

            Azhar tersenyum. Dia terus bagi dulang itu pada Aziz.

            Makan! Mesti Abang Aziz dah lapar. Lagi satu! Ini dompet dan phone Abang Aziz, Kak Diana suruh bagi balik. Patutnya Azhar bagi petang semalam tapi terlupa nak bagi. Keluar dating terus lupa nak bagi. Sorry! ” Aziz tersengih. Dompet dan phone dihulurkan pada Aziz. Kerana keluar dating dengan Mawar, dia terus lupa nak bagi.

            Mata Aziz terus bercahaya. Cepat-cepat dia ambil dan belek . Memang betul dia punya.

            Laptop! Camera! Mana?” tanya Aziz. Kenapa hanya dompet dengan phone saja? Mana barang-barang milik dia yang lain?

            Abang Aziz ni, dah dapat phone dengan dompet, patutnya Abang Aziz dah bersyukur. Lepas apa dah jadi kat dapur tadi, rasa-rasa Kak Diana nak bagi ka yang lain-lain?”

            Wajah Aziz terus berubah. Cakap Azhar ada betulnya! Jangan harap la laptop dan kamera nak dapat balik! Dia masih belum lupa di saat Diana tikam meja makan dengan pisau. Berderau darah dia. Ketar lutut pun ada.

            Makanlah cepat! Nanti sejuk tak sedap.”

            Tanpa buang masa, Aziz menjamu selera. Perut yang tadi kosong kini sudah kenyang. Maklumlah dah isi minyak, mood terus berubah.

            Alhamdulillah! Kenyang!” kata Aziz. Perut digosok beberapa kali.

            Aaa…. Tengahhari nanti kita keluaq makan sebab mak ayah dengan mak cik Ida pi makan kenduri. Kita pi makan kat nasi kandar beratur, nak tak? Mesti dah lama abang Aziz teringin makan kat situ.” Ajak Azhar.

            Boleh! Boleh! Dah lama aku tak makan. Azhar cakap macam tu air liur aku ni. Ayam berempah dengan sayur bendi lepas tu banjir dengan kuah kari. Aduh, gerenti berselera. Lepas tu kita makan Mee Sotong Hameed Pata. Ditambah pulak dengan coconut shake, confirm lepas makan aku termimpi-mimpi malam ini” kata Aziz dengan wajah berubah berseri-seri. Seronok apabila dapat keluar.

            Azhar tersenyum. Nak bagi Aziz happy senang saja. Ajak keluar, ajak makan, terus settle. Serta merta mood Aziz akan berubah.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...