Monday, March 13, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 2

 

Bab 2

 

            AWAL-AWAL pagi sebegini, sudah tentu lif sentiasa penuh. Semua orang tergesa-gesa nak pergi kerja. Umie melihat keadaan lif yang padat. Dalam hati, dia mengeluh. Semasa nak masuk lif tadi pun, dia terpaksa berebut. Maklum la dia tinggal di tingkat 10 kondominium ini. Kalau tak disebabkan dia kena pergi ke market, dia takkan keluar rumah seawal begini. Barang-barang rumah dah habis terpaksa la dia keluar beli. Dia menarik nafas lega apabila lif tiba di tingkat parking.

            Pintu lif terbuka. Umie membiarkan orang-orang yang ada di hadapan dia keluar terlebih dahulu.

            Tiba-tiba mata Umie terpandang lelaki yang baru melintas di hadapan lif.

            Emiir!” Tercetus nama itu di bibir Umie. Dia tak percaya dengan apa yang dia lihat sebentar tadi.

            Umie ingin keluar mengejar tetapi terpaksa mengalah apabila melihat masih ada orang keluar dari lif itu. Dia terpaksa menunggu giliran dia. Takkan pulak dia nak tolak orang kat dalam lif itu! Apa pulak orang cakap nanti.

            Sebaik saja dapat keluar dari perut lif, mata Umie meliar mencari kelibat Emiir. Dia berlari anak-anak mencari di setiap tempat kereta di tingkat itu namun kelibat Emiir tetap jugak tak kelihatan.

            Aku salah orang ke? Atau mata aku ni nampak orang yang seakan-akan Emiir?” Umie bercakap seorang diri dengan dahi berkerut. Wajah jelas hampa.

 

                                                            *************************

            UMIE tersenyum seraya melihat bahan-bahan yang sudah ada di atas meja. Kek yang sering saja laris terjual di bakeri iaitu brownies kedut. Cara membuatnya memang mudah. Dia memang pakar dalam buat brownies. Pejam mata saja pun boleh buat, ewah cakap besar la pulak. Tangannya pantas membuat kerja.

            Sekejap saja adunan sudah siap. Umie segera mengeluarkan acuan bersaiz 10 x 10.

            Selepas letak baking paper, Umie oleskan dengan butter. Dia terus tuang adunan browines ke dalam acuan tadi.

            Acuan tadi segera dimasukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.

            Umie menyandarkan diri di meja seraya menunggu keknya masak dalam tempoh 30 minit.

            Sambil itu, Umie berfikir kek apa yang dia buat selepas ini. Tadi Ena dan Iza dah buat kek kastard pandan, kek red velvet dan kek pisang. Mereka berdua merupakan chef pastry yang mula-mula bekerja dengan dia sehingga sekarang.

            Tiba-tiba saja Mina masuk ke ruang dapur bakeri.

            Kak Umie! Kak Umie! Kak Umie! Berita baik!” kata Mina. Dia terus mendekati Umie.

            Ena dan Iza yang ada di dapur terkejut dengan suara Mina.

            Suara perlahan la sikit! Apa halnya, Mina?” soal Umie dan memandang gadis yang berusia 20 tahun itu. Mina merupakan salah seorang service krew di bakeri.

            Kak Umie kan pesan kalau abang-abang lawyer yang selamatkan kita hari tu datang, cepat-cepat roger kat Kak Umie kan!”

            Kenapa? Dia orang datang ke?” tanya Umie dengan mata terbeliak besar.

            Mina segera menjawab dengan menganggukkan kepala.

            Umie tersenyum. Dia segera menanggalkan apron yang dipakai.

            Macam mana? Tudung Kak Umie okey tak?” tanya Umie pada Mina mengenai penampilan dirinya. Sepatutnya dia letak cermin kat dapur ini.

            Cun!” jawab Mina dengan suara riang.

            Okey!” Umie terus berjalan laju keluar dari dapur. Manakala Mina mengekori Umie dari belakang.

            Sebaik saja keluar, pandangan Umie tepat ke arah Emiir dan Aariz yang sedang membuat pesanan.

            Assalammualaikum. Encik Emiir! Encik Aariz! ” Umie tersenyun dan mendekati mereka berdua. Pandangan mata Umie sudah tentu pada Emiir. Hari ini Emiir nampak handsome dan bergaya.

            Waalaikumussalam!” jawab Emiir dan Aariz serentak.

            Dah oder ke?”

            Dah! Tiba-tiba saja teringin nak makan kek. Sambil-sambil tu oder coffee sekali.” jawab Aariz yang begitu peramah.

            Emiir hanya mendiamkan diri seperti selalu.

            Oder la lagi. On the house!” kata Umie. Dia masih tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya. Sesekali Umie mencuri pandang ke arah Emiir.

            Betul ke? Eh, Emiir! Kau nak apa lagi? Tambah la? Kau suka makan browines kat sini kan! Bukan selalu Cik Umie nak belanja.” Aariz pandang Emiir.

            Emiir memberi jelingan tajam pada Aariz.

            Encik Emiir suka browines ke? Kalau macam tu, tunggu sekejap. Saya baru saja buat browines tadi. Ada dalam oven. Tinggal lagi 20 minit. Baru lepas masak lagi sedap makan.” Suara Umie begitu riang apabila dapat tahu yang Emiir sukakan browines yang dia buat.

            No! No! Tak payah susah-susah. I tak suka makan kek panas-panas. Apa yang ada sekarang ni dah cukup. Lagipun kami tak boleh lama-lama kat sini, kami kena balik ofis. Banyak kerja nak buat.” Dengan dinginnya, Emiir menolak.

            Umie terus terdiam.

            Aariz menyedari perubahan air muka Umie malah pekerja-pekerja Umie kat bakeri  memandang ke arah Emiir.

            Ha ha ha! Emiir ni memang macam ni! Mahu tapi malu. Ha ha ha!” Aariz menyampuk. Dia menepuk perlahan bahu Emiir.

            Sekali lagi Emiir menjeling pada Aariz.

            Umie hanya mampu tersenyum. Dia dapat merasakan lelaki seperti Emiir ini sukar untuk didekati. Tetapi dia takkan berputus asa, apa yang dia ingin selama ini, pasti dia dapat. Dalam hatinya, dia bertekad akan memburu cinta Emiir. Dia akan buat apa saja supaya Emiir jatuh cinta dengan dia.

 

                                                ********************************

            SUDAH dua jam, Umie menunggu di luar bangunan firma guaman Emiir bekerja. Dia bertekad untuk tahu di mana Emiir tinggal. Ini salah satu cara untuk mendekati Emiir lebih dekat. Kalau orang cakap dia stalker, dia tak heran.

            Umie mengetap bibir. Mula resah. Pandangan mata tepat ke arah entrance keluar parking bangunan itu. Dia tak nampak lagi kereta Volvo XC90 milik Emiir keluar. No plat kereta Emiir pun dia ingat semasa dekat balai polis hari itu. Suka punya pasal, apa saja yang berkaitan pasal Emiir pasti dia ingat. Umir menjeling ke arah jam keretanya. Sudah pukul 6.30 petang.

            Takkan la Emiir balik awal? Hmm…. Tunggu la 10 minit lagi. Kalau tak ada, balik la. It’s okey! Ada banyak masa lagi. Gagal sekali, bukan bermakna gagal selama-lamanya.” Umie bercakap seorang diri. Dia tersenyum kelat.

            Air muka Umie berubah apabila kereta yang dinanti-nanti muncul.

            Yes! Nasib menyebelahi aku!” Kata Umie dengan suara riang. Dia terus mengekori kereta Volvo XC90.

            Kereta Volvo XC90 itu membelok ke kanan. Kereta Myvi berwarna merah milik Umie turut sama membelok ke kanan. Umie memastikan jarak keretanya tak begitu rapat dengan kereta Emiir.

            Air muka Umie mula berubah. Sambil memandu, Umie melihat sana sani. Dia rasa familiar dengan keadaan sekelilingnya.

            Ini bukan ke jalan nak balik rumah aku!” Umie bersuara.

            Kereta Volvo XC90 membelok ke jalan kondominium yang berwarna biru muda itu.

            Umie masih mengekori dari belakang.

            Apabila Volvo XC90 memasuki parking basement kondominum blok A, Umie tersenyum lebar. Ini bermakna apa yang dia nampak pagi memang betul la Emiir.

            Umie menekan brek kereta apabila ada kereta Honda Civic keluar dari parking secara tiba-tiba.

            Main keluar saja, bukan nak tengok ada kereta lain ke tak?” Umie berleter. Dalam masa yang sama Umie melihat kereta volvo XC90 mula hilang dari pandangan dia. Semakin resah dibuatnya.

            Sebaik saja kereta Honda Civic itu berlalu pergi, Umie menekan pedal minyak dan mula mencari kereta milik Emiir. Mata bagaikan helang mencari segenap pelusuk tempat letak kereta.

            Umie terus menekan brek apabila nampak kelibat Emiir berjalan masuk ke dalam lif.

            Selepas kelibat Emiir hilang, kereta Myvi bergerak mendekati kereta Volvo XC90.

            Tingkap kereta diturunkan. Umie menjenguk kepala dan melihat no rumah yang tertulis di tempat parking.

            Aaa…. Rumah Emiir kat tingkat 15. Blok A.” Senyuman Umie meleret. Tak sangka jodoh dia dan Emiir begitu kuat. Ini petanda yang Emiir memang jodoh dia. Tingkap kereta dinaikkan semula.

            Kereta Myvi bergerak meninggalkan tempat itu dan bergerak ke tempat letak kereta miliknya yang terletak jauh dari kereta Emiir. Sambil memegang stereng kereta Umie masih tersenyum. Otaknya mula memikirkan cara untuk mendekati Emiir.

                                                ******************************

            JAM tepat menunjukkan 11 malam, Umie duduk di kerusi meja solek. Disapu krim malam pada wajahnya dengan lembut untuk mengelakkan kulit kering. Umur sudah nak dekat 30 tahun jadi kena la jaga muka awal-awal lagi.

            Telefon pintar Umie berbunyi, Umie segera bangun dan menuju ke katil. Dia tersenyum lebar apabila pemanggil itu ialah Jazlin.

            Assalammualaikum, Jazlin! Akhirnya selepas dua minggu, baru dapat dengar suara kau.” jawab Umie.

            Waalaikumussalam! Kau pun sama dengan Rubina. Call salah, tak call pun salah. Ini dah kira baik aku call korang balik.”

            Aku bergurau saja. Kau kat mana sekarang ni? Austria?” Umie masih ingat plan Jazlin yang ingin bercuti di eropah selama dua minggu. Dalam masa yang sama, Jazlin ingin melawat adik lelakinya yang belajar di Vienna.

            Terdengar keluhan Jazlin.

            Aku sekarang ni ada kat New York.” beritahu Jazlin.

            New York! Kau pergi jumpa Uzir ke?” Suara Umie jelas terkejut. Sudah dua tahun Raja Uzir menetap di sana kerana menguruskan business keluarga dia.

            Ya. Masa aku kat Sweden, Uzir call aku. Dia nak tangguh lagi wedding kami hujung tahun ni. Ini dah kali ke 3, Uzir tangguh. Alasan macam selalu la, busy dengan kerja dia. Ada projek baru la. Semua tu lebih penting dari aku. Geram punya pasal, aku terus fly ke New York.” cerita Jazlin.

            Mesti korang berdua bergaduh kan!” teka Umie.

            Beberapa saat talian sunyi sepi.

            Aku bengang sangat-sangat, Umie! Cara Uzir macam tak serius nak kahwin dengan aku.  Aku pun kerja macam dia. Aku macam dia jugak, general manager kat Teguh Holding. Aku pun busy. Tahun depan umur aku dah 28 tahun, aku ni makin tua bukannya makin muda. Kalau Uzir tak mahu kahwin dengan aku, berterus-terang saja la. Tak payah buat aku ni tertunggu-tunggu. Masalah sekarang ini apa aku nak cakap dengan mama papa aku. Saudara mara aku pun dah mula bising.” Jazlin meluahkan perasan.

            Takkan la kau nak cancel wedding kau dengan Uzir. Korang bercinta masa sekolah menengah lagi. Sekarang kau tengah marah, apa kata kau bertenang dulu dan lepas tu fikir masak-masak.” nasihat Umie. Dia tak mahu Jazlin bertindak melulu-lulu.

            Aku dah tak tahu nak buat apa, Umie! Aku dapat rasa yang Uzir dah tak sayangkan aku.” Kedengaran suara Jazlin sedih.

            Jazlin! Jangan ikutkan perasaan tu. Apa kata kau pergi shopping, rileks dan tenangkan fikiran lepas tu kau jumpa Uzir dan bincang baik-baik.” tambah Umie lagi.

            Aku dah ada kat airport, Umie! Pagi ini aku fly balik Malaysia. Buat masa sekarang ini, kami perlukan masa untuk berfikir.  Ok, stop talking about me and Uzir. Aku call kau sebab nak cakap benda lain. Alih-alih kita cakap masalah aku. Tahniah, Umie! Akhirnya kau dapat jugak jumpa Mr Mystery kau tu. Sorry la sebab lambat baca mesej kau.”

            It’s okey la! Lagipun aku dengan Rubina faham. Kau tu kalau bercuti, kau tak nak diganggu. Tapi kalau Uzir call dan mesej kau, laju saja kau balas. Maklum la level kami berdua ni  tak sama level dengan Uzir.” usik Umie. Senyuman meleret.

            Sempat lagi sindir aku! Okey la. Mulai hari ini level korang berdua lebih tinggi dari Uzir.”  kata Jazlin diakhiri dengan gelak ketawa.

`           Kedengaran boarding announcement di talian.

            Umie, aku dah nak boarding ni. Nanti kita jumpa yer. Okey! Bye!” beritahu Jazlin.

            Bye!” balas Umie sebelum menamatkan talian mereka berdua. Dia berharap Jazlin tak buat keputusan terburu-buru dan berharap hubungan Jazlin dan Raja Uzir pulih seperti sediakala. Ini bukan pertama kali Jazlin dan Raja Uzir bergaduh. Setiap kali bergaduh, mereka berdua akan berbaik semula. Dah lumrah kehidupan, dalam sesebuah hubungan itu ada pasang dan surutnya.

            Umie terus bangun dan menutup lampu. Hanya lampu tidur saja dibiarkan bercahaya. Dirinya tak sabar nak menunggu esok.


Gambar Hiasan


No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...