Friday, March 17, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 3

 

Bab 3

 

            PAGI ini, Emiir begitu serius membaca fail-fail yang ada di atas mejanya. Esoknya, dia ada pembicaraan di mahkamah. Dia mesti bersiap sedia untuk esok.

            Pintu bilik diketuk.

            Aariz tersenyum dan terus membuka pintu.

            Good morning!” tegur Aariz.

            Morning!” jawab Emiir. Tumpuan dia kembali pada kerjanya.

            Kau ni pagi-pagi lagi muka dah masam. Breakfast tadi makan lemon ke?” kata Aariz diakhiri dengan ketawa.

            Emiir terus merenung kawan baik dan jugak kawan sekerjanya itu.

            Okey! Okey! Aku bergurau saja la. Aku tahu la kau ada kes penting esok. Tapi itu tak bermakna kau kena serius memanjang.” Aariz berhenti ketawa apabila direnung sebegitu.

            Aku bukan kau! Tersengih macam kerang busuk! Tegur orang sana sini! Benda tak lawak pun, kau ketawa! Kau kau, aku aku! Faham!” Wajah Emiir serius.

            Okey! Seratus peratus aku faham! Malang betul siapa kahwin dengan kau nanti!”

            Sekali lagi Emiir merenung Aariz memberi amaran.

            Okey! Aku diam lima saat!” balas Aariz.

            Emiir hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai Aariz.

            Dah pukul 10 pagi, mesti Herma Bakery Cafe mesti dah buka. Jom kita pergi sana! Aku nak beli iced americano dengan apple pie.” ajak Aariz.

            Kau pergi la. Aku malas! Banyak kerja!” jawab Emiir.

            Laa…. Sekejap ja. Jalan tak sampai lima minit, dah sampai! Jom la!” ajak Aariz lagi.

            Tak nak la! Lagipun aku malas jumpa owner bakery tu! Tengok aku lain macam lepas tu asyik tanya aku macam-macam! Rimas la, aku tak suka!” Emiir meluahkan apa dia rasa setiap kali bersemuka dengan pemilik bakerri itu. Pandangan mata Umie membuatkan dia rasa tak selesa.

            Kau ni sensitif sangat la. Cik Umie tu peramah orangnya. Semua orang dia tegur. Kau ni suka sangat prasangka buruk kat perempuan. Oklah! Kalau kau tak nak pergi, aku pergi seorang. Betul ni tak nak oder apa-apa!”

            Iced latte! Dua brownies!” begitu pantas Emiir memesan.

            Aariz menggelengkan kepala sebelum keluar. Makanan nak, tuan punya kedai tak suka! Apa nak jadi dengan Emiir ni!

            Emir menyambung semula kerjanya.

                                    *******************************************

            KEDATANGAN Aariz disambut baik oleh pekerja-pekerja Herma Bakery Cafe. Aariz membalas senyuman mereka. Dia melihat keadaan sekeliling. Nampaknya semakin ramai customer. Dia segera mengambil dulang plastik dan penyepit. Rak roti dikelilingi mencari mana satu yang berkenanan di hati.

            Encik Aariz! Seorang saja ke? Mana Encik Emiir?” Tiba-tiba ada suara menegur. Umie tersenyum seraya membawa dulang yang penuh dengan roti sosej.

            Pagi ni seorang saja. Emiir banyak kerja kat ofis.” jawab Aariz. Dalam masa yang sama Aariz nampak perubahan wajah Umie. Takkan la firasat Emiir betul? Tertanya-tanya sama ada pemilik bakeri ini sukakan Emiir.

            Ooo…Oh ya, Apple pie tinggal lagi dua minit nak masak. Encik Aariz boleh tunggu kan! Sekejap ya, saya kena letak roti ni dulu.” kata Umie sebelum menyambung semula kerjanya. Selepas meletakkan roti di atas rak, Umie segera masuk ke dapur.

            Tangan Aariz mengambil satu persatu roti yang ingin dia makan nanti. Setelah itu, dia segera beratur untuk membayar.

            Encik Aariz, apa khabar? Sihat?” tegur Mina sebaik saja Aariz tiba di kaunter pembayaran.

            Sihat!” jawab Aariz.

            Encik Emiir mana? Selalunya asyik datang dua orang. Dah macam kembar siam.” tanya Mina lagi.

            Kerja! Esok ada kes kat mahkamah.”

            Ooo… Kalau macam tu, oder macam biasa ke? One iced americano, one iced latte!” kata Mina. Dia sudah ingat minuman kegemaran mereka berdua. Asyik oder air yang sama saja.

            Ya.” Aariz tersenyum lebar.

            Laju saja tangan Mina menekan oder. Kemudian Mina terus memasukkan roti-roti ke dalam bag kertas.

            Apple pie dengan browinies sekejap lagi siap. Air, saya hantar nanti. Encik Aariz boleh tunggu kat sana yer.” kata Mina. Diberikan bag kertas itu pada Aariz.

            Berapa semuanya?” tanya Aariz dan menyambut bag kertas itu.

            On the house!”

            On the house lagi! Mana boleh macam tu! Rugi nanti. It’s okey, saya bayar.” Aariz terkejut dan memberikan kad kredit pada Mina.

            Kak Umie dah pesan! Apa saja Encik Aariz dan Encik Emiir makan atau minum, semuanya free selama setahun. Lagipun bakeri ni takkan rugi pun, Kak Umie banyak duit.” jawab Mina dan terus tersengih.

            Ishh… Budak ni! Suka sangat bergurau!” Umie muncul di belakang Mina dan sempat menepuk lembut bahu Mina. Bag kertas yang mengandungi apple pie dan brownies dihulurkan pada Aariz.

            Rani! Air untuk Encik Aariz dah siap ke?” tanya Umie pada barista yang bernama Rani.

            Dah siap, Kak Umie!” Gadis berketurunan India itu tersenyum dan meletakkan minuman di atas kaunter.

            Okey! Semua dah siap, Encik Aariz!” Umie tersenyum.

            Segan la macam ni kalau semuanya asyik free!” kata Aariz.

            Tak payah nak segan-segan Encik Aariz, kami semua terhutang budi kat Encik Aariz dan Encik Emiir. Ini saja cara kami nak balas balik budi baik encik-encik berdua.” kata Umie lagi.

            Betul cakap, Kak Umie tu! Ala … Free hanya untuk setahun saja, bukan selama-lamanya pun. ” sokong Mina.

            Yalah! Yalah! Thank you. Saya gerak dulu.” Aariz mengalah. Dalam masa yang sama, dia melihat ada orang beratur di belakang dia. Dia segera mengambil bag kertas dan minuman di atas kaunter. Dia bergerak keluar dari Herma Bakery Cafe.

                                                            ***********************

            KEDENGARAN pintu diketuk, Emiir mendongakkan kepala.

            Aariz terus masuk ke dalam bilik Emiir dengan membawa makanan dan minuman dari Herma Bakery Cafe.

            Jom makan! Tengah panas lagi ni!” ajak Aariz. Dia segera hampiri meja kecil yang terletak di hujung sudut bilik Emiir. Kerusi ditarik dan terus duduk. Dia sudah tak sabar nak makan apple pie.

            Emiir segera bangun dan hampiri Aariz. Ditinggalkan kerja dia. Tanpa buang masa, dia terus duduk dan mengambil minuman yang dipesan tadi. Lega tekak ini apabila dibasahi dengan minuman kegemaran dia.

            Aariz terus buka kotak kecil yang mengandungi apple pie.

            Wah! Ada empat apple pie.” Mata Aariz bersinar-sinar. Boleh dia simpan sampai malam ni.

            Giliran Emiir pula membuka kotak kecil mengandungi brownies . Dia tak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila melihat 4 slice brownies di dalamnya.

            Cik Umie ni pemurah hati! Dah la tak bagi bayar lepas tu bagi lebih pulak tu. Semoga Allah murahkan rezeki Cik Umie berlipat kali ganda.” kata Aariz.

            Apa! Tak bagi bayar!” Emiir terkejut.

            Ya. Selama setahun! Sebab kita tolong mereka hari tu. Kau tak payah risau la, Cik Umie tak ada simpan apa-apa perasaan kat kau pun. Cik Umie tu baik hati dan peramah oranganya. Rugi kau tak pergi tadi, banyak roti, pastri dengan kek baru. Lain kali jangan perasaan lebih sangat.” kata Aariz lagi. Tahu la muka Emiir nak persis pelakon turkish Can Yaman, handsome dan macho. Memang ramai perempuan di luar sana gila-gilakan Emiir tetapi sikit pun Emiir tak layan.

            Emiir terus terdiam. Agaknya dia tersalah tafsir kot.

            Yang confirm sukakan kau, tu yang tu….” Aariz bersuara dan menjuih bibir ke arah wanita yang berdiri di hadapan pintu bilik Emiir.

            Air muka Emiir berubah melihat peguam pelatih yang baru bekerja di firma guaman mereka beberapa bulan yang lalu.

            Baru nak breakfast ke?” kata Rose sebaik saja melangkah masuk. Dia hampiri mereka berdua dengan membawa beberapa fail.

            Ya!” jawab Aariz.

            Ada apa, Rose?” tanya Emiir.

            Puan Zaleha pesan beri fail ni kat Encik Emiir.” jawab Rose dengan senyuman meleret.

            Letak saja atas meja tu!” arah Emiir dengan suara dingin. Dia terus makan browines.

            Rose meletakkan fail itu di atas meja kemudian menghamipiri Aariz dan Emiir semula.

            Encik Emiir suka makan brownies ke? I pun suka brownies. I selalu jugak buat brownies. Next time , I bawa bagi Encik Emiir rasa.” kata Rose. Renungan mata tepat pada pujaan hatinya. Di saat diperkenalkan dengan Emiir di hari pertama bekerja, dia terus jatuh cinta.

            Kalau tak ada apa-apa, you boleh keluar sekarang.” tegas Emiir.

            Rosa hanya mampu tersenyum kelat. Dia terus keluar.

            Kau ni kecil hati Rose tu bila kau layan dia macam tu.” tegur Aariz.

            Emiir tak peduli langsung cakap Aariz dan menyambung semula makan. Dia malas nak melayan cakap Aariz. Lagipun dia memang tak suka cara Rose memandang dia.  Dia benci pandangan sebegitu. Dia benci dengan perempuan. Semua perempuan sama saja seperti ibu dia.

                                                ******************************

            EMIIR mengeluh perlahan seraya menunggu lif tiba di parking basement. Kedengaran azan maghrib sudah berkumandang. Tak sangka pulak tadi traffic jam sebab ada accident. Kalau tidak, dia sudah sampai rumah sebelum maghrib.

            Pintu lif terbuka.  Emiir segera masuk.

            Sebaik saja pintu lif nak ditutup, kedengaran ada suara menjerit.

            Tunggu!” Ada tangan menghalang pintu lif itu. Pintu lif kembali terbuka.

            Encik Emiir!” tegur Umie dengan wajah riang.

            Emiir terdiam. Teguran Umie tak diendah langsung.

            Encik Emiir tinggal kat sini jugak ke? Saya pun tinggal kat sini jugak. Rumah saya kat tingkat 10.” Umie tetap bersuara walaupun kehadirannya tak diendahkan Emiir.

            Hormat sikit! Kan tengah azan kat luar tu!” Emiir bersuara. Perempuan ni langsung tak reti hormat azan.  Geram betul!

            Sorry!” Nada suara Umie perlahan. Rasa malu pun ada. Dia terus menekan butang tutup dan kemudian menekan butang no 10.

            Suasana sunyi sepi antara mereka berdua.

            Emiir berharap sangat lif tiba di tingkat 10 secepat mungkin. Nak sangat Umie keluar. Dia rimas berdua-duaan dengan Umie. Tak sangka hari ini dia terserempak dengan Umie. Malang betul nasib dia. Lebih serabut kepala otak ini apabila satu tempat tinggal dengan Umie. Life is messy!

            Baru saja Umie ingin bersuara, pintu lif terus terbuka apabila tiba di tingkat 10. Dia teragak-agak nak keluar.

            Tunggu apa lagi! Dah tingkat sepuluh kan! Keluar la!” Emiir bersuara. Semestinya dia halau!

            Dengan wajah suram, Umie keluar dengan hati tak rela.

            Selepas Umie keluar, Emiir segera menekan butang tutup. Dia malas nak melayan kerenah Umie. Dah la kat ofis, dia kena hadap perangai Rose yang tergedik-gedik. Takkan la kat rumah, dia kena hadap perangai Umie pula. Semua perempuan sama saja, asyik nak menyusahkan hidup dia. Naluri dia kuat mengatakan Umie sama saja macam Rosa.

            Pintu lif ditutup, Emiir terus mendengus kuat. Dia berharap sangat selepas ini dia tak dapat jumpa Umie lagi. Kalau boleh, dia cuba sedaya elakkan diri dari Umie.




No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...