Saturday, March 18, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 4

Bab 4

 

            MINA menyusan satu persatu croissant di dalam rak secara teratur. Croissant ini baru saja keluar dari oven. Bau ini saja dah buat dia terliur. Makan dengan air kopi mesti sedap. Dikerling ke arah jam dinding, sudah pukul 9.55 pagi. Tinggal lima minit lagi sebelum bakeri ini dibuka.

            Kemudian mata melihat ke arah Bob yang sedang menyapu sampah. Tak sangka budak baru yang menggantikan Ahmed, orangnya rajin membuat kerja.

            Mina segera mendekati Bob yang baru saja menjadi service krew macam dia. Ada perkara yang dia belum beritahu Bob.

            Bob, kerja kau dah nak siap ke?” Mina bersuara.

            Dah siap dah.” jawab Bob. Dia selesai menyapu.

            Kau baru seminggu kerja kan! Pagi ini akan ada dua orang tetamu datang. Mereka berdua  BFF Kak Umie. Dalam sebulan, dua atau tiga kali mereka datang ke sini. Kalau mereka berdua datang, kau terus buka pintu bagi mereka berdua masuk ke ofis Kak Umie. Aku nak keluar beli barang Kak Ena pesan.” beritahu Mina dengan panjang lebar.

            Tapi macam mana saya nak kenal mereka berdua.”

            Ya tak ya jugak! Raja Jazlin peramah orangnya. Sentiasa senyum. Dia akan tegur semua orang dalam bakeri ini lepas tu tiap kali datang dia mesti bawa bakul bunga rose dan letak atas kaunter. Tengku Rubina pulak, orangnya tak banyak cakap. Memang susah nak senyum kat orang. Kalau dia masuk saja, dia akan tanya Kak Umie ada ke tak? Ala.. kalau kau ingat apa aku cakap tadi, kau mesti dapat tahu mereka berdua. Ok la, aku dah nak keluar ni!” kata Mina. Dia terus bawa bakul yang dipegangnya tadi ke dapur bakeri.

            Beberapa minit kemudian, Mina keluar dengan membawa halmet.

            Jaga kaunter. Aku dah nak keluar ini. Papan tanda open, aku bawa keluar sekali. Aku keluar sekejap saja.” pesan Mina. Dia terus bawa keluar papan tanda open dan diletakkan di luar bakeri. Dia bergegas ke motor milik dia yang diparkir berdekatan bakeri.

                                                            ******************

            BOB menarik nafas lega selepas pelanggan terakhir keluar. Dia tak menang tangan apabila pelanggan tak henti-henti keluar masuk bakeri sebaik saja dibuka. Tuala kecil di atas kaunter digunakan untuk lap kaunter.

            Bob, nak iced latte tak?” Rani bersuara. Dia tersenyum. Baru sekarang mereka berdua ada masa untuk berehat.

            Boleh jugak.” jawab Bob.

            Ena keluar membawa dulang yang penuh dengan kaya bun.

            Bob ingin membantu Ena tetapi Ena memberitahu dia supaya mengambil egg tart yang baru saja siap masak di dapur bakeri. Baru setapak Bob ingin melangkah ke dapur. Kedengaran pintu bakeri dibuka.

            Good morning, everyone!”

            Bob melihat tepat ke arah pelanggan yang baru masuk itu. Ada bakul bunga di tangannya.Mata Bob terbuka luas apabila melihat wanita berbaju kurung moden berwarna ungu dan digayakan dengan rantai mutiara di leher. Nampak kasual .Ini mesti Raja Jazlin.

            Good morning, Rani! Good morning, Ena!” tegur Jazlin. Meletakkan bakul bunga dekat atas kaunter.

            Rani dan Ena turut sama menyapa Jazlin.

            Jazlin mendekati Bob.

            You must be Bob, right? Hi, nice meeting you! Panggil saja saya, Kak Jazlin. Umie ada kat ofis kan!”

            Laju saja Bob menganggukkan kepala. Dia terus pergi ke sliding door dan membuka pintu untuk Jazlin.

            Thank you!” ucap Jazlin. Dia terus masuk ke dalam dan sempat lagi berhenti di sebalik dinding kaca dapur bakeri dan menegur Iza sebelum mendaki anak tangga ke ofis Umie.

            Bob teringat pesanan Ena. Dia segera masuk ke dalam dapur bakeri dan mengambil dulang yang penuh dengan egg tart. Sebaik saja keluar, Ena mengambil dulang itu dan menyuruh Bob menjaga kaunter semula.

            Pintu bakeri dibuka sekali lagi. Ada seorang wanita masuk dan menuju ke arah Bob dan Ena.

            Umie ada tak?” tanya Rubina tanpa sedikit senyuman. Rambut disanggul rapi dan kemas.  Lengkap dengan pakaian sut. Tampil bergaya dan berkarisma untuk wanita korporat.

            Ada! Kak Umie ada kat ofis, Kak Jazlin pun dah ada.” Jawab Ena dengan segera. Dalam masa yang sama Ena memberi isyarat mata Bob supaya membuka pintu untuk Rubina.

            Bob segera membuka pintu pada Rubina.

            Tanpa sepatah kata, Rubina teruss masuk ke dalam.

            Bob! Ambil air ni hantar ke ofis Kak umie! Iced americano untuk Kak Jazlin! Hot latte ni pulak untuk Cik Rubina.” panggil Rani. Dia memberi dulang yang mengandungi minuman untuk tetamu yang baru datang tadi.

            Cepatnya siap!” Bob terkejut.

            Terus buat masa Kak Jazlin datang, dah tahu kalau Kak Jazlin datang mesti Cik Rubina datang kemudian. Pergi hantar kat ofis Kak Umie. Aaa…Iced latte ni untuk Kak Umie tau. Yang iced latte! ” Rani sempat lagi pesan. Kemudian dia letak satu gelas iced latte di kaunter.

            Air ni untuk Bob. Lepas hantar, minum ni!” kata Rani.

            Bob tersengih dan terus bergerak dari situ.

                                                            *********************

            UMIE tersenyum apabila Bob datang ke ofis seraya menghantar minuman.

            Thank you, Bob!” ucap Umie.

            Sama-sama, Kak Umie.” Bob membalas senyuman dan segera keluar.

            Umie minum dulu air kegemaran dia sebelum memandang Jazlin dan Rubina. “Pagi ini tak ada meeting ke? Awal pulak datang.”

            Kami clear schedule kami pagi ni semata-mata nak lepak dengan kau.  Lagipun bulan lepas , kami tak jumpa kau langsung.” jawab Jazlin.

            Oooo…. Ini mesti rindu giler kat aku kan!” Umie tersengih.

            Rubina menggelengkan kepala dan terus minum. Malas dia melayan kerenah Umie.

            Perasaan lebih. Kami datang sebab kasihkan kau. Kau mana ada kawan selain kami.” Mulut Jazlin terus senget.

            Umie, abang-abang kau tahu tak, kau kena rompak baru-baru ni?” Rubina bertanya.

            Dah tentu la tak tahu. Kalau dia orang tahu, dah tentu bakeri aku ni dah tutup.” kata Umie. Semestinya dia rahsiakan pasal rompakkan kat bakeri dia hari itu. Dia kenal sangat perangai dua orang abangnya itu lebih-lebih lagi perangai abang keduanya yang terlebih protective itu.

            Oh ya, aku terlupa nak beritahu korang yang Emiir tinggal satu kondominum dengan aku. Wah, tak sangka jodoh kami begitu dekat sekali. Lepas ni boleh la aku jumpa dia hari-hari. Tapi Emiir tu lain sikit la, tak peramah langsung. Susah giler nak dekat.” beritahu Umie malah dalam masa yang sama dia mengadu pasal perangai Emiir.

            Itu tandanya dia memang tak suka kau! Signal dah bagi tapi kau tu yang tak reti bahasa.” Rubina menyampuk.

            Itu pendapat kau tapi bagi aku mesti Emiir tu berhati-hati nak dekat dengan perempuan. Mana nak tahu mungkin hati dia pernah terluka sebab perempuan. Sebab itulah dia takut nak dekat dengan perempuan.” Jazlin menyangkal kata-kata Rubina.

             Aku sokong cakap Jazlin seratus peratus.” sokong Umie.

            Korang tak kenal dia lagi tapi dah back up macam dah lama kenal. Ya, cinta tu memang indah. Tetapi kesannya akan ada dua kesimpulan. Gembira atau sedih. Kau, Jazlin! Dah lupa ke apa Uzir buat kat kau?”  Wajah Rubina begitu serius sekali.

            Rubina! Cinta ni macam business jugak. Ada untung, ada rugi. Aku mengaku hubungan aku dengan Uzir selalu ada masalah tapi itu dah lumrah kehidupan. Ada turun dan naik! Kadang kala gembira, kadang kala sedih. Pagi tadi Uzir call aku dan minta maaf. Kami dah berbaik semula. Perkahwinan kami takkan tangguh lagi selepas ini. Kami berdua dah setuju nikah awal Januari tahun depan. Muktamad! ” Jazlin tersenyum meleret. Dia gembira sangat-sangat.

            Ya ke? Gembiranya aku dengar berita ini. Yeay… akhirnya impian kau tercapai jugak.” jerit Umie dengan gembiranya. Dia terus bangun dan memeluk Jazlin.

            Good for you.” kata Rubina dengan nada rendah. Hakikatnya dia tak suka dengan Raja Uzir. Dia dapat merasakan yang Raja Uzir tak ikhlas pun berkawan dengan Jazlin.

            Rubina, kau macam tak suka saja dengar berita baik ni?” Jazlin sedar dengan air muka Rubina. Pandangan mata tepat ke arah Rubina yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Reaksi Rubina berlainan dengan Umie.

            Aku gembira la. Kau nak aku gembira macam mana? Macam Umie ni? Terjerit-jerit macam monyet. Sorry, not my style.” jawab Rubina. Dia menjeling pada Umie.

            Apa! Monyet!” Kelopak mata Umie terus besar.

            Okey! Okey! Jangan bergaduh. Oh ya, Umie! Jangan lupa datang ke majlis amal family aku hujung minggu nanti. Mama aku tak sabar nak jumpa kau. Aaa…. Rubina, kau kena datang jugak.” Jazlin teringat pesanan ibunya sebelum dia keluar rumah tadi.

            Sorry! Hujung minggu aku ada hal. Abang aku suruh aku ke rumah dia. Dia orang buat kenduri kecil-kecilan.” jawab Rubina. Dia sudah ada plan.

            Abang kau yang tinggal kat Perth tu ke? Aaa…. Mesti mama aku frust tak dapat jumpa kau lagi. Maklum la, kau memang susah nak jumpa.”

            Kirim saja salam aku kat auntie. Nanti aku suruh PA aku hantar cek kat auntie.” kata Rubina.

            Cek! Confirm mama aku seronok bila dengar.” Jazlin tersengih. Ibu dia pengerusi persatuan amal yang membantu anak-anak yatim dan keluarga susah. Sudah dua puluh tahun, ibu dia menjadi pengerusi.

            Kat luar sana, ramai lagi orang susah. Niat auntie memang baik. Dah tentu aku dengan Rubina ikhlas nak tolong. Semoga bantuan kami dapat mengurangkan beban orang yang lebih memerlukan.” kata Umie.

            Rubina menganggukkan kepala.

            Tapi jumlah yang kau bagi tahun lepas, hampir buat mama aku pengsan.” Jazlin masih lagi ingat apa yang berlaku pada majlis amal yang dianjurkan tahun lepas. Bila ibunya buka sampul surat yang mengandungi cek dari Umie, ibunya terus kaku. Dia turut sama terkejut dengan ibunya apabila melihat jumlah yang tertera di cek itu. Tak sangka Umie begitu murah hati. Sebenarnya antara mereka bertiga, Umie paling kaya. Sebut saja pasal keluarga Umie, pasti semua orang tahu. Umie memang jarang muncul di khalayak ramai. Umie lebih suka hidup sederhana.

            Berapa? Berapa Umie bagi?” Rubina bersuara. Dia ingin tahu jugak.

            Jazlin terus bisik di telinga Rubina.

            Mulut Rubina terus ternganga mendengar jumlah yang dibisik oleh Jazlin. Dia terus menepuk tangan secara tiba-tiba.

            Wah, you have my respect!” kata Rubina.

            Yang kau beritahu Rubina buat apa? Aku ikhlas nak tolong. Habiskan air cepat. Nak shopping kan lepas kita tu lunch kat hotel Rubina. Aku dah buat tempahan semalam.” kata Umie. Dia terus habiskan minuman dia.

            Jazlin dan Rubina tersenyum. Mereka berdua turut sama habiskan minuman mereka.

                                                           

 


No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...