Bab
4
TIBANYA di shopping mall,
tempat wajib singgah sudah tentunya kedai mainan. Bukan main seronoknya Eiyad.
Mata Eiyad bersinar-sinar melihat mainan yang ada di situ. Dina dan Darina
mengekori Eiyad dari belakang.
“Pantang nampak mainan!” Dina
bersuara.
“ Biasa la budak-budak.” Darina
tersenyum.
“Kita saja tempat dia menumpang
kasih pun, nak harapkan ibu kandung sendiri. Spesis ibu tak guna.” Nada suara
Dina perlahan agar tak didengari oleh Eiyad. Masa umur Eiyad 6 bulan, bekas
isteri abangnya itu minta diceraikan.
“Shiss…. Jangan cakap kuat-kuat
sangat.” Tegur Darina. Bimbang jika Eiyad terdengar. Lagipun kebelakangan ini
Eiyad asyik bertanya mana ibunya. Terpaksa la tipu cakap yang ibu Eiyad sambung
belajar kat luar negara. Maklum la sudah
pergi tadika, semestinya Eiyad nampak kawan-kawan Eiyad ada ibu.
Eiyad berlari ke arah mereka berdua
membawa dua barang mainan.
“Eiyad nak dua boleh?” tanya Eiyad.
Tersenyum manja agar kedua-dua ibu saudaranya setuju.
“No! Dah janji kan, beli satu
saja. Pilih yang mana Eiyad paling suka.” Darina bersuara lembut.
“ Tapi Eiyad suka dua-dua.” Jawab
Eiyad. Bibir terus muncung. Dia memeluk erat dua barang mainan itu.
“Tak boleh, papa Eiyad dah pesan kat
kami. Kalau pergi kedai mainan, boleh beli satu saja.” Dina bersuara. Teringat
pesanan abangnya supaya jangan manjakan Eiyad sangat. Bilik Eiyad sudah penuh
dengan mainan.
“Mak Ngah! Mak Lang! Jangan la
beritahu papa.” Jawab Eiyad lagi.
“Amboi dia mengajar kita pulak.”
Dina menggelengkan kepala. Kecik-kecik dah pandai ajak bersubahat.
“Mak Ngah nak Eiyad pilih satu saja.
Bulan depan kita datang lagi yer, Mak Ngah belikan satu lagi. Boleh kan?” Pujuk
Darina. Dia tersenyum.
“Mak Ngah janji kan?” kata Eiyad
lagi.
“Janji!” jawab Darina.
Wajah Eiyad yang masa tadi kembali
ceria. Dia berlari semula meletakkan barang mainan yang satu lagi.
“Seronok la tu!” Dina menggelengkan
kepala dengan gelagat Eiyad.
*****************
DARINA keluar dari tandas.
Sambil berjalan dia membelek bag tangannya yang terkena air di singki. Dilap
dengan tisu beberapa kali.
Tiba-tiba Darina terlanggar
seseorang.
“Maaf! Saya betul-betul maaf. Salah
saya!” kata Darina pada lelaki yang dia baru saja terlanggar tadi. Dia segera
mengambil spek mata hitam lelaki itu yang terpelanting ke lantai. Resah jika
spek itu rosak. Dia membelek spek mata hitam itu, nasib baik la elok lagi.
Darina hampiri lelaki itu dengan
rasa bersalah. Ini berpunca dari kecuaian diri sendiri. Berjalan tak tengok
depan.
“Encik ini spek encik! Saya minta
maaf banyak-banyak.” Ucap Darina lagi Dia menghulurkan spek itu pada pemilik
spek itu semula.
Lelaki yang berkemeja putih dan
seluar jeans itu masih berdiri memandang Darina.
Dahi Darina berkerut melihat reaksi
lelaki itu.
“Encik! Encik! Encik!” Suara Darina
terus tinggi.
Lelaki itu terkejut dan mengambil
spek mata hitam itu dari tangan Darina.
“It’s okey! It’s okey!”
Akhirnya lelaki itu bersuara.
“Saya minta maaf sebab terlanggar
encik tadi. Saya gerak dulu.” Darina terus beredar dari situ tanpa mempedulikan
pandangan lelaki itu.
Darina berjalan laju. Teringatkan
Dina dan Eiyad yang tengah tunggu dia di kedai makan. Langkah Darina terhenti
setelah bertembung dengan wanita yang sangat dikenali.
Wanita bersama budak perempuan
berusia dua tahun itu turut sama terkejut melihat Darina.
Wajah Darina serius dan hampiri
wanita itu.
“ Darina! Long time no see! You
apa khabar?” Wanita itu bersuara. Dia cuba hilang rasa kekok antara mereka
berdua.
“Baik! Bila you balik
Malaysia?” tanya Darina.
“Minggu lepas.” Jawab wanita itu.
Dia cuba tersenyum.
“Bila nak balik London?” tanya
Darina lagi.
“I dah habis study. So I
balik Malaysia terus. Aaa….. Eiyad dan Erjaz sihat?”
“ Sihat alhamdulillah. Berdua saja,
mana husband you?”
“Kami dah bercerai 6 bulan lepas.”
Senyuman wanita itu berubah menjadi kelat.
“Ooo… Ya ke! Okey la, I gerak
dulu.” Balas Darina. Muka macam tiada perasaan.
“ Darina, you datang dengan
Eiyad ke?” tanya wanita itu lagi.
“Ya.” Jawab Darina.
“Boleh I jumpa Eiyad? Dah
lama I tak jumpa Eiyad!”
“Nak jumpa Eiyad? You nak
jumpa Eiyad sebagai siapa, Rozie? Ibu? Rasanya you dah hilang hak itu
selepas you gunakan Eiyad masa minta cerai dengan Abang Erjaz kan? You
dah lupa ke?” jawab Darina. Pandangan tepat ke arah bekas kakak iparnya.
Rozie terdiam.
“ Eiyad bukan anak you lagi.”
Tambah Darina lagi.
“Tapi I yang mengandung dan
lahirkan dia. Walau apa yang terjadi hakikatnya I ibu dia, Darina!”
balas Rozie.
“ Ibu? Ibu jenis apa yang tinggalkan
anak kandung sendiri yang baru berusia 6 bulan, hah? Jangan lupa you dah
sign perjanjian. Perjanjian yang you sendiri cadangkan. Don’t
forget about that. Jaga la anak you yang ni baik-baik. Jangan you
buat benda yang sama kat anak you ni! Jadi seorang ibu yang baik.” Pesan
Darina lagi. Baru setapak melangkah, Darina berhenti dan berpaling.
“Kalau you berani nak jumpa
Eiyad, silakan. Orang pertama yang you akan berhadapan ialah Dina. You
sendiri tahu kan perangai Dina macam mana? I takkan bertanggungjawab
jika sesuatu terjadi kat you. FYI, Dina ada dengan Eiyad sekarang ni.
Harap-harap you tak terserempak dengan Dina kat shopping mall
ni.” Darina terus berlalu pergi. Dia mengetap bibir. Langkah dipercepatkan
untuk mencari Dina dan Eiyad. Seboleh-bolehnya dia mahu keluar dari shopping
mall ini.
********************
SAMBIL memegang tangan Eiyad,
Dina mengekori kakaknya. Dia baru saja nak order makanan tadi, tiba-tiba saja
Darina yang baru balik dari tandas ajak lunch kat tempat lain. Bila
ditanya, kata kakaknya ada tempat makan baru buka berdekatan rumah.
Mereka bertiga berjalan ke tempat
letak kereta.
Langkah Dina terhenti apabila
terdengar pertengkaran. Dia melihat ada pasangan sedang bergaduh. Diamati
dengan dahi berkerut. Macam pernah jumpa saja? Aaaa….. Dia orang la yang
bergaduh depan kedai hari itu.
“Mak Lang!” panggil Eiyad. Hairan
melihat Dina yang berhenti.
Darina berkerut dahi. Dia turut sama
melihat pertengkaran yang berlaku tak jauh dari mereka bertiga. Mula susah hati
jika Dina masuk campur.
Lelaki itu menolak perempuan itu
sehingga terjatuh. Manakala lelaki itu terus memasuki kereta dan bergerak
meninggalkan wanita itu.
Dina mengetap bibir. Memang pantang
tok nenek dia kalau ada lelaki bertindak kasar terhadap wanita.
“Kak Darina pegang tangan Eiyad
sekejap.” Dina memberi tangan Eiyad pada kakaknya. Dia melangkah mendekati
wanita yang masih terduduk di tempat letak kereta seraya menangis.
Baru saja Darina ingin menegah,
tangan Darina ditarik oleh Eiyad. Darina melihat Eiyad.
“Mak Lang nak gaduh lagi ke?” tanya
Eiyad.
“Tak la. Mana ada gaduh. Mak Lang
pergi tolong.” Jawab Darina dengan senyuman. Cuba dikawal rasa terkejut dengan
pertanyaan Eiyad. Tengok budak kecil pun tahu Dina kaki gaduh. Pandangan Darina
beralih semula pada Dina yang membantu wanita itu.
“Cik! Cik okey ke?” tanya Dina
sebaik sahaja hampiri wanita yang masih duduk menangis.
“Aaa…. Okey!” jawab wanita. Dia
bangun dengan dibantu oleh Dina.
“Terima kasih!” ucap wanita itu dan
terus berlalu pergi seraya mengesat air mata.
Dina kembali semula hampiri Darina
dan Eiyad.
“Hari itu Dina nampak dia orang
bergaduh kat depan kedai. Hari ini bergaduh kat sini. Tak guna punya lelaki,
boleh berkasar macam tu dengan perempuan memang lelaki dayus.” Cerita Dina.
“Biarlah! Itu masalah dia orang.
Pokok pangkalnya mesti ada cerita di sebalik apa yang berlaku. Dah, jom pergi
makan!” ajak Darina. Dalam masa yang sama, dia mahu mereka bertiga bergerak
keluar dari sini kerana bimbang Dina akan terserempak dengan Rozie.
No comments:
Post a Comment