Thursday, November 16, 2023

PANAHAN MATAMU - BAB 6


Bab 6

            SELEPAS selesai membuat rondaan wad, perut Darina mula berbunyi. Sempat dia melirik mata pada jam tangannya. Patut la lapar, dah masuk waktu makan tengahhari.

            Darina bergerak ke kafeteria. Tak sabar nak makan. Tiap kali memikirkan makanan, dia gembira.

            Langkah terhenti dan Darina terkejut melihat wanita yang dia terserempak di koridor. Mata terbeliak luas melihat Rozie yang memakai berkot putih seperti dia.

            Rozie tersenyum dan melangkah mendekati Darina.

            “ What a pleasant surprise to see you here, Darina!” kata Rozie.

            “ You buat apa kat sini?” tanya Darina dengan nada tak suka. Takkanlah…..

            “I kerja kat sini. Mulai hari ini I kerja kat sini. Boleh la kita jumpa selalu kan. Oh ya, I kena gerak dulu. Banyak kerja la tak siap. Bye! Next time kita lunch sama-sama yer.” Jawab Rozie sebelum berlalu pergi meninggalkan Darina.

            “Kata kerja kat Penang! Kenapa kerja hospital sama dengan aku? Arghh….Stress! Stress! Kalau jumpa dengan Dina macam mana?” Dahi Darina berkerut. Mahu lari dari masalah, datang pula masalah. Dia kena beritahu abangnya pasal hal ini. Telefon pintar segera dikeluarkan dari kot putih.

            Darina terkejut apabila mendapat panggilan dari Dina. Dia mengetap bibir. Kenapa masa begini Dina nak hubungi dia?

            “Hello! Waalaikumussalam! Tak busy. Baru on the way nak pergi kafeteria. Apa! Dina ada kat sini? Eiman suruh hantarkan makanan. Mana? Kat mana sekarang ini.” Jawab Darina. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari adiknya. Kedatangan Dina mengundang malapetaka. Hati ini dia tak putus-putus berdoa supaya Dina tak terserempak dengan Rozie. Langkah Darina semakin laju.

            Sebaik saja tiba tempat letak kenderaan, Darina menarik nafas lega.

            “Kak Darina!” Dina tersenyum. Dia membawa Eiyad keluar dari keretanya.

            Darina terperanjat melihat kehadiran Eiyad.

            Eiyad terus memeluk Darina.

            Darina tersenyum.

            “ Eiyad masak nasi ayam. Dia suruh hantarkan. Kak Darina nanti oncall kan!” Dina menunjukkan bag kertas yang berisi makanan. Ada macam-macam lagi. Buah-buahan la. Apple pie la. Terlebih rajin pulak Eiyad masak selepas tutup kedai. Selepas saja dia ambil Eiyad tadika, dia terus datang ke hospital yang Darina bertugas. Mujurlah hanya 10 minit perjalanan dari klinik dia.

            “ Ya. Dah hantar, pergi balik cepat!” Darina mengambil bag kertas itu dan terus membuka pintu untuk Eiyad masuk seraya melihat persekitaran dia.

            “Kami sampai tak sampai lima minit tapi dah suruh balik.”tanya Dina. Rasa pelik dengan telatah kakaknya. Seolah-olah kedatangan dia dan Eiyad tak dialu-alukan. Siap bukakan pintu untuk dia dan Eiyad masuk ke dalam kereta.

            “Kak Darina busy! Jumpa kat rumah nanti. Terima kasih sebab hantar. Bye! Bye!” jawab Darina.

            Sebaik saja kereta Suzuki Vitara itu berlalu pergi, Darina menarik nafas lega. Barulah dia boleh bernafas dengan sempurna. Rozie pun satu, banyak hospital kat KL ini, kenapa mesti kerja kat sini. Tiba-tiba Darina baru teringat sesuatu, dia segera hubungi abangnya.

 

                                    **************************************

            PETI sejuk dibuka. Eiman memasukkan sayur-sayuran yang dibelinya tadi ke dalam peti sejuk kedai. Ditutup peti sejuk itu semula. Dia menoleh ke belakang dan terkejut apabila Dina tersengih ke arahnya.

            “Kak Dina ni! Suka sangat buat orang terkejut la.” Eiman memegang dada. Tak ada bunyi, tak ada suara, tiba-tiba ada.

            “Sapa suruh tak kunci pintu belakang? Kak Dina dah pesan kan!” balas Dina. Semasa dia tutup klinik tadi, dia nampak kereta Toyota Hilux milik Eiman ada di sebelah keretanya.

            “ Eiyad dengan ibu ke?” tanya Eiman.

            “Ya. Kak Dina ajak Eiyad duduk kat klinik tapi ibu tak bagi. Maklum la cucu seorang.” Jawab Dina. Selalunya Eiman yang jaga Eiyad tapi hari ini Eiman pergi membeli barang-barang untuk kedai makan.

            “ Okey! Dah settle, jom balik!” ajak Eiman.

            Dina mengekori Eiman keluar seraya menunggu Eiman mengunci pintu kedai. Dia berjalan ke arah lot kedai sebelah yang sedang dalam proses ubahsuai menjadi klinik gigi. Masih ada pekerja di dalam. Dia menjengok kepala melihat keadaan dalam klinik itu.

            “Dina! Eiman!”

            Dina menoleh setelah namanya dipanggil.

            Puan Hajar menghampiri anak-anak Puan Dariah. Dia tersenyum.

            “ Dah nak balik ke?” tanya Puan Hajar.

            “Ya. Mak cik Hajar tak balik lagi ke?” jawab Eiman.

            “ Sekejap lagi balik. Aaa…. Tak lama lagi korang ada jiran la. Doktor gigi! Handsome orangnya. Hari itu mak cik ada jumpa dia. Single lagi. Kalau tak silap sebaya kamu, Dina.” Jawab Puan Hajar dan kemudian bercerita pasal pemilik klinik gigi ini.

            “Ooo… Ya ke? Dah handsome orangnya! Doktor gigi! Mustahil tak ada girlfriend. Atau something wrong somewhere. Iyalah zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Setiap orang ada rahsia! Rahsia gelap!” balas Dina. Dah tentu tak berminat.Baru jumpa sekali, dah tahu macam-macam. Mak cik Hajar ini memang mulut bergerak. Jenis busybody kata kan!

            “Tak la! Tak baik cakap macam tu! Fitnah! Nanti Dina juga dapat dosa jugak. Oh ya! Ibu kamu ada beritahu tak yang lot kedai kosong sebelah kedai runcit auntie tu akan jadi cawangan baru farmasi ibu kamu.”

            “Apa!” kata Dina dan Eiman serentak. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

 

                                                *************************

            DENGAN langkah longlai, Dina dan Eiman berjalan menuju ke pintu rumah. Berita yang disampaikan oleh Puan Hajah melemahkan semangat mereka berdua.

            Suara orang bergaduh mengejutkan mereka berdua, suara seperti ibu dan abang mereka. Kaki laju melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka melihat Puan Dariah dan Erjaz sedang bergaduh di ruang tamu. Tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Abang mereka jarang bergaduh dengan ibunya.

            Dina dan Eiman berdiri di ruang tamu.

            “ Sudah sudah la, ibu! Sampai bila ibu nak control hidup kami? Eiyad tak perlukan ibu tiri. Jangan gunakan Eiyad untuk kepentingan ibu.” Tegas Erjaz. Dia baru saja pulang kerja tiba-tiba Puan Dariah tanya bila dia cuti. Puan Dariah terus cakap ada wanita sesuai untuk jadi isteri dan ibu untuk mereka berdua. Dia penat balik kerja alih-alih terpaksa hadap perkara yang paling dia tak suka dalam hidup. Paling benci berjumpa dengan wanita yang diatur oleh ibunya.

            “Apa? Kepentingan ibu? Ibu buat semua ini demi Erjaz dan Eiyad. Sampai bila kamu nak hidup menduda?” Puan Dariah terkejut apabila dituduh sebegitu.

            “Biar Erjaz teka, perempuan dalam gambar tu mesti doktor kan?” tanya Erjaz.

            Puan Dariah terdiam.

            “ Betul kan tekaan Erjaz! Ibu ni dah kenapa, hah? Obsess sangat dengan doktor. Tak cukup lagi ke suami dengan anak-anak jadi doktor? Apa lagi yang ibu nak hah? Pasal Rozie? Pasal Joe? Menantu pilihan yang ibu sanjung sangat-sangat tu, ibu dah lupa ke apa mereka berdua buat kat Erjaz dengan Darina? Ibu dah lupa ke? Keputusan Erjaz muktamad, Erjaz hanya nak jadi ayah yang terbaik untuk Eiyad. Erjaz tak nak cakap lagi pasal hal ini.” Erjaz memberi kata putus dan terus meninggalkan Puan Dariah.

            “Erjaz nak ke mana tu? Ibu tak habis lagi.” Panggil Puan Dariah.

            “Ibu! Apa masalah ibu sebenarnya? Hari itu Kak Darina, sekarang ni Abang Erjaz pulak.” Dina bersuara.

            “Kamu apa tahu? Ibu buat semua demi anak-anak ibu tapi seorang pun tak hargai.” Wajah Puan Dariah jelas kecewa.

            “Abang Erjaz dengan Eiyad dah selesa dengan kehidupan mereka sekarang ini. Biarkan saja dia orang nak buat apa.” Eiman menyampuk.

            “ Apa? Biarkan? Kalau Rozie tu nak baik balik dengan Erjaz macam mana? Ibu dapat tahu yang Rozie tu sudah bercerai dengan suami dia kat London tu. Bila-bila masa Rozie tu boleh balik sini.” Jelas Puan Dariah. Selepas dapat tahu Rozie sudah bercerai, Puan Dariah takut Rozie akan kembali semula pada Erjaz.

            Eiman terkejut dan wajah berubah pucat. Tadi dia baru dapat tahu yang Rozie bekerja di hospital yang sama dengan kakaknya. Nampaknya ibunya masih tak tahu yang Rozie sudah pulang ke Malaysia.

            “Kalau perempuan tu berani nak dekat dengan Abang Erjaz dengan Eiyad, silakan. Tapi dia kena berdepan dengan Dina dulu.” Begitu lantang suara Dina. Dia bencikan wanita bernama Rozie tu.

            Puan Dariah terdiam.

            Eiman terus menggigit bibir bawahnya. Mampus la kalau Dina tahu perkara yang sebenarnya. Dirinya sudah tak tentu arah. Berahsia ni akhirnya jiwa sendiri yang terseksa.

 

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...