Sunday, May 25, 2025

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

 

𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧.

Kami kumpulkan karya-karya cerpen dari penulis-penulis terbaik Karyaseni. Selamat membaca dan semoga terhibur.

• Fatinilam Sari Ahmad - Bintang Subuh
• PyNat Mouri - Hujan Rindu
• Hana Ilhami - Rendang Burung Buat Siti
• Umi Kalsom - Pengantin Ganti
• Weeda Airiza - First Love
• E-Man Sufi - Mendamai Takdir
• Azimah Lily - Cinta Sehala
• Syamnuriezmil - Hari Untuk Menikmati
Hidup
• Rehan Makhtar - Jejak Ke Syurga
• Umie Nadzimah - Bukan Gadis Buangan
• Norzailina Nordin - Terukir Untukmu

𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐁𝐀𝐊𝐋. 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐬𝐭𝐨𝐤 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2025 DI WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR

KEJUTAN DEMI KEJUTAN AKAN KAMI BERIKAN.. TERUSKAN BERSAMA KARYASENI

Jumpa anda sekali lagi tahun ini 2025 di Pesta Buku Antarabangsa 2025 - World Trade Centre Kuala Lumpur.

Pasti lebih meriah dan lebih terbaik. Kami berada di tempat baru yang lebih luas dan selesa.





CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 5)

 


Dua minggu berlalu…..

            Aiman memandang ke arah Emma yang sedang rancak berbual dengan Janna dan geng di dalam kelas.  Dahinya sedikit berkerut. Memang pelik perangai Emma sejak dua minggu yang lalu. Emma tak datang langsung menegur Rauf. Kalau tak, awal-awal lagi Emma sudah ada di sebelah Rauf.

            “Kau gaduh dengan Emma ke?” tanya Aiman.

            Rauf yang sedang membaca nota terus menoleh melihat Aiman.

            “Tak la.” Jawab Rauf

            “Habis tu kenapa Emma tak datang dekat dengan kau langsung?” Aiman hairan.

            “Mana aku tahu, kau tanyalah dia.” Jawab Rauf lagi. Wajah jelas selamba.

            “Kau ni cakap macam tak ada perasaan, macamlah Emma tu orang luar. Emma tu cinta gila-gila dekat kau, kau tak rasa pelik ke bila Emma berubah macam ini? Hari itu last aku jumpa Emma, Emma excited sangat nak jumpa kau, siap suruh aku kirim salam lagi dekat kau. Emma ada mesej atau call kau tak masa cuti hari itu?” Aiman menggelengkan kepala.

            “Ada tapi aku tak jawab dan tak balas pun mesej dia.” Jawab Rauf. Dia kembali membaca nota dia.

            “Pelik! Memang pelik.” Kata Aiman. Dia memandang Emma sekilas pandang sebelum melihat ke arah telefon pintarnya semula.

            Rauf mengangkat wajahnya perlahan-lahan dan melirikkan matanya ke arah Emma supaya tidak disedari oleh Aiman yang duduk di sebelah dia.

            Aiman menyedari kelakuan Rauf. Ada sedikit senyuman di bibir Aiman.  


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 4)

 


    Tibanya di rumah sewa, Emma masuk ke dalam bilik tidurnya yang dikongsi dengan Janna. Bag galas diletakkan di atas meja study dan dia melihat semula jadual kelas untuk esok.

            Emma menoleh setelah menyedari Janna masuk.

            “Macam mana? Perut dah okey ke?” tanya Emma. Sebaik saja sampai ke rumah, Janna terus berlari ke tandas.

            “ Fuh lega dah lepas, nasib baik perut meragam masa sampai rumah.” Janna terus duduk di katil dia selepas menutup pintu bilik.

            “Kau macam mana dah okey ke?” Janna bertanya pula.

            Emma tersentak dengan soalan Janna.

            “ Cuba cerita apa dah jadi sebenarnya? Share dengan aku. Hari ini seharian kau tak sebut nama Rauf, kat kelas pun kau tak dekat langsung dengan Rauf. Selama ini, kau selalu berkepit dengan Rauf. Duduk sebelah Rauf, lunch dengan Rauf, bercakap dengan Rauf tapi hari ini kau langsung tak buat semua tu. Semua orang pelik dengan perangai kau hari ini. Pagi tadi sebelum pergi kuliah, kau happy sangat sebab nak jumpa Rauf. Tiba-tiba sekelip mata kau berubah, kenapa? Rauf ada cakap something kat kau? Rauf sakitkan hati kau?” tanya Janna bertubi-tubi. Dia risau sebenarnya.

            Air muka Emma berubah keruh dan kemudian dia terus menangis.

            Janna terkejut. Dia mendekati Emma.

            Emma memeluk Janna dan terus menangis.

            “Menangis sampai hati kau puas, Emma!” Janna mengusap bahu sahabat baiknya itu.

            Selepas lima minit, Emma berhenti menangis dan bertenang. Dia merungkai pelukkan mereka berdua.

            “Citer kat aku, apa dah jadi ni?” tanya Janna lagi.

            Emma menceritakan apa yang berlaku pagi ini dekat Janna.

            “Masa itu buat aku terfikir, Rauf tak pernah pun senyum dan ketawa bila dengan aku. Kenapa? Sebab Rauf tak pernah suka aku. Aku usaha macam mana pun, kalau orang dah tak suka, sampai bila-bila takkan suka. Saat itu sekelip mata, mata aku terbuka, hati aku terbuka, aaaa…. Cinta aku ini cinta sehala, Rauf takkan toleh ke belakang tengok aku pun, aku saja yang asyik pandang dari belakang. Aku pentingkan diri sendiri dan abaikan perasaan Rauf. Mesti Rauf rimas kan, aku asyik ikut dia ke mana-mana saja. Aku dah fikir masak-masak, Janna. Aku akan lepaskan Rauf, memang hati ini sakit dan sedih tapi demi kegembiraan Rauf, aku mengalah. Cinta tak semestinya untuk dimiliki, aku reda, first love is one you never forget.” Emma meluahkan perasaan dia. Baki air mata yang mengalir dikesat dengan jarinya.

            Janna menahan diri dari bersedih selepas mendengar cerita Emma.

            “So aku tekad tahun ini, aku nak fokus belajar saja. Dah tahun ketiga kan, tak boleh main-main lagi. Perlahan-lahan aku cuba lupakan Rauf, masa yang akan jadi penentu segala-galanya kan!”  tambah Emma lagi. Dia cuba tersenyum kelat.

            “ Tepat sekali. Kau jangan fikir pasal Rauf, Rauf yang rugi sebab tak tahu hargai kau. So malam ini kita makan sate, aku belanja kau sempena kau nak mulakan hidup baru.” Janna tersenyum. Dia cuba memujuk hati Emma.

            “Wow, sate! Memang favourite aku tu.” Emma ketawa kecil. Dalam hati, dia mengucapkan selamat tinggal dekat Rauf.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 3)

 



      Setelah Puan Arini keluar, Emma mengemas barang-barang dia dan dimasukkan ke dalam bag galasnya.

            “So girls, kita nak lunch kat mana?” tanya Emma. Perut dia mula berkeroncong lapar. Dia melihat ke arah Janna, Zaleha, Pamela dan Wani yang merupakan teman sekelas dan jugak teman serumah dia.

            Janna terus bangun.

            Zaleha, Pamela dan Wani turut sama terkejut.

            “Kau tak sihat ke hari ini? Tak pernah-pernah kau nak lunch dengan kami, selalunya kau ikut Rauf dengan Aiman pergi lunch.” Tanya Janna. Dia rasa pelik dengan perangai Emma.

            “Sekali sekali aku nak jugak lunch dengan korang, lagipun kelas ini bukan ramai pun geng perempuan.” Jawab Emma. Tak mustahil kalau mereka rasa dia pelik sebabnya selama ini, dia selalu lunch dengan Rauf dan Aiman. Dia akan mengikut ke mana saja Rauf dan Aiman pergi sepanjang berada di universiti.

            “Kau gaduh dengan Rauf ke?” tanya Pamela dengan dahi berkerut.

            “Mana ada gaduh pun, jom makan! Aku lapar la, breakfast tadi aku makan roti saja.” Emma bangun dan menggosok perutnya beberapa kali. Tanpa mempedulikan pandangan kawan-kawannya, Emma mengatur langkah keluar.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 2)

 



     Selepas memparkir keretanya, Emma mempercepatkan langkah menyusuri koridor menuju ke dewan kuliah pagi ini. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan Rauf, hatinya berbunga-bunga apabila memikirkan pujaan hatinya.

            Langkah Emma tiba-tiba terhenti, pandangan tepat ke arah Rauf yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di koridor. Hatinya tersentak apabila melihat Rauf tersenyum dan ketawa. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu, sepanjang dua tahun Rauf tak pernah pun senyum dan ketawa sebegitu dekat dia.

            Emma mengubah laluan dan berjalan ke arah tandas perempuan. Mujurlah tiada orang, dia melihat dirinya di cermin. Dia berfikir seketika dengan wajah serius.

            “Selama ini sikit pun Rauf tak pernah senyum dan ketawa dekat aku. Bila aku cakap, Rauf hanya cakap sepatah lepas itu terus diam. Aku ada sebelah pun, Rauf buat macam aku tak wujud pun. Entah-entah selama ini Rauf rimas dengan aku sebab itu Rauf tak pernah senyum dan ketawa. Aku ke penyebabnya?” Emma bercakap seorang diri. Bila difikirkan dia hanya memikirkan dirinya saja tanpa memikirkan pasal Rauf.

            Emma terkejut apabila telefon pintarnya berbunyi. Dia segera menjawab.

            “Waalaikumssalam. Ya, Janna. Aku dah sampai, aku kat toilet. Jap gi aku masuk.” Jawab Emma. Dia melihat jam tangannya sudah pukul 8.30 pagi. Alamak, kelas dah nak bermula. Selepas menamatkan panggilan Janna, Emma berlari anak-anak memasuki dewan kuliah itu.

            Emma melihat tempat duduk kosong di belakang Janna. Dia terus duduk di situ.

            “Fuh, nasib baik aku sempat sebelum Puan Arini datang.” Kata Emma.

            Janna menoleh ke belakang dengan wajah terpingga-pingga.

            “Apa hal pulak kau duduk di sini?” tanya Janna dengan wajah terkejut.

            “Aku duduk kat sini sebab aku nak belajar la.” Jawab Emma tanpa menyedari yang semua orang di dalam dewan kuliah itu melihat ke arahnya.

            “Selalunya kau …..” Belum sempat Janna menghabiskan ayatnya bertanya, dia terkejut mendengar suara pensyarah mereka. Dia cepat-cepat memandang ke hadapan.

            Emma mengeluarkan buku nota dan pencil case dari bag galasnya. Tumpuan dia ke arah Puan Arini yang berdiri di hadapan mereka.


Thursday, May 22, 2025

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 1)

 

         


       Emma membasuh kereta Perodua Viva miliknya dengan bersungguh-sungguh. Dia memastikan tiada kotoran di kereta itu. Maklumlah petang ini, dia akan pulang ke rumah sewanya di Pulau Pinang. Dua hari lagi bermulalah kehidupan dia sebagai pelajar tahun ketiga di USM Nibong Tebal dalam jurusan kejuruteraan awam.

            “Oi… Orang sebelah basuh kereta ke?”

            Emma menoleh ke rumah sebelah dan melihat Aiman yang tersengih.

            “Tak la aku tengah basuh lori tanah.” Jawab Emma dengan wajah selamba.

            “Suka sangat loyar buruk dengan aku!” Aiman menggelengkan kepala. Dia dan Emma sama-sama belajar di universiti yang sama malah dalam jurusan yang sama.

            “Dah soalan kau tak masuk akal langsung, kau nampak kan aku tengah basuh kereta kan! Aaa…. Bila kau nak balik rumah sewa kau?” soal Emma.

            “Esok pagi, ni mesti kau nak tanya bila Rauf balik sana kan?” jawab Aiman dan kemudian ketawa. Dia tahu Emma memang tergila-gilakan kawan baiknya, Rauf.

            “ Baguslah kalau kau faham. Hmm… Cinta hati aku balik bila?” tanya Emma. Pertama kali jumpa dengan Rauf, dia terus jatuh cinta. Lelaki tinggi lampai berkulit kuning langsat itu adalah cinta pertama dia. Rauf seorang yang pendiam dan bijak. Bagi dia, Rauf adalah lelaki idaman yang dia cari-cari selama ini namun sayang cintanya berkali-kali ditolak oleh Rauf tetapi dia tetap tidak berputus asa untuk memiliki cinta Rauf selagi hati Rauf masih belum berpunya.

            “Sama aku jugak, esok pagi. Kau bila balik pulak?”

            “Aku balik petang ini sebab housemates aku semuanya balik petang ini, esok kami nak bersihkan rumah sewa kami, dah tinggal lama kan, mesti berhabuk dengan kotor. Nanti jumpa Rauf, kirim salam sayang aku dekat dia.” Jawab Emma. Dia tersenyum meleret.

            “Yalah! Tak habis-habis aku jadi posmen karat kau. Tahun ini dah masuk tahun ketiga, kau still lagi nak mengorat Rauf lagi ke? Sudah-sudahlah tu, cinta kau rasanya dah kali keberapa Rauf tolak? Dah lebih seratus kan?” kata Aiman. Walaupun beberapa kali ditolak oleh Rauf, Emma tetap tidak putus asa malah cuba mendekati Rauf. Memang keras kepala betul anak sulung Pak Cik Umar dan Mak Cik Hidayah. Dia memandang wanita kecil molek dan bertudung litup di hadapannya.

            “Eh… tolong sikit, cinta aku baru 95 kali ditolak Rauf. Kau jangan nak sebar berita palsu pulak. Cinta aku dekat Rauf tulus dan sejati, aku ini jenis setia pada yang satu. Datanglah lelaki handsome macam Chris Evans nak mengorat aku, hati aku takkan berubah seinci pun. Hanya Rauf di hati aku dan sentiasa abadi sehingga ke nafas yang terakhir.” Emma membetulkan kata-kata Aiman.

            “Wek… Nak termuntah aku dengar, suka hati kau lah. Aku masuk dulu.” Kata Aiman. Dia terus meninggalkan Emma.

            “Ingat tau, kirim salam aku dekat Rauf.” Pesan Emma sebelum Aiman masuk ke dalam rumah.

            “Ya…” sahut Aiman dengan kuat.

            Emma tersenyum gembira dan kembali menyambung kerjanya membasuh kereta pada pagi ini. Dia sudah tak sabar mahu memulakan sesi kuliah yang baru tahun ini. Yang paling penting, dia sudah tidak sabar berjumpa Rauf. Walaupun orang mengata dia terhegeh-hegeh dekat Rauf, dia sikit pun tak peduli asalkan dia ikhlas menyukai Rauf.

Friday, April 11, 2025

DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 10

 


Bab 10

            PAK WALID yang baru saja melangkah masuk ke ruang dapur tercengang melihat Widad bergegas keluar rumah dengan membawa sesuatu di tangan. Tertanya-tanya ke mana anak perempuannya pergi awal-awal pagi sebegini. Sebenarnya dia datang kerana mahu bertanya pasal barang-barang milik Widad yang ingin dibawa esok ke Kuala Lumpur.

            “Laju nak ke mana tu?” tanya Pak Walid kepada isterinya.

            “ Macam la abang tak tahu ke mana anak perempuan kita pergi setiap hari! Rumah sebelah la.” Jawab Mak Esah. Dia sedang membancuh air kopi di dalam teko.

            “Atan lagi.” Pak Walid mengeluh. Mulanya dia nak buat tak tahu saja tapi bila dibiarkan semakin menjadi-jadi la pulak.

            “Biarlah, abang! Kita larang bukannya Widad nak dengar. Esok Widad dah nak pergi KL, hari ini biar saja Widad tu nak buat apa.” Mak Esah sudah malas nak menegur dan masuk campur. Cakap dekat Widad seperti mencurah air di daun keladi.

            “Widad ini, ada-ada saja. Sebenarnya abang nak tanya pasal barang-barang Widad yang nak dibawa ke KL nanti. Widad nak bawa semua kotak-kotak tu ke? Ala kotak-kotak yang Widad pos dari London tu.” Kata Pak Walid. Ada tiga buah kotak di ruang tamu, sikit pun Widad tak sentuh. Sebulan sebelum pulang ke Malaysia, Widad mengirim barang-barangnya dulu. Tak sangka begitu sikit barang-barang Widad. Kata Widad, kebanyakkan barang-barang dan perabot rumah diberikan kepada kawan-kawannya yang tinggal di sana.

            “Oooo….. Kotak-kotak tu ke? Hari tu saya ada tanya, dia cakap dia memang nak bawa semua kotak-kotak tu. Tapi lebih baik abang tanya dia sekali lagi.”

            “Yalah! Sarapan pagi ini masak apa?” tanya Pak Walid. Dia pun sudah lapar.

            Mak Esah tersenyum dan terus membuka tudung salji.

            “Apa! Sandwich saja!” Pak Walid terkejut dan memandang isterinya.

            “Ala sekali sekala makan breakfast sandwich, takkan tak boleh kot. Jangan nak komen macam-macam, anak kesayangan abang yang buat sandwich ni.” Balas Mak Esah.

            Masam terus wajah Pak Walid. Makan sandwich saja, mana nak kenyang. Nampaknya sekejap lagi, dia kena singgah kat kedai kopi Mahmood sebelum pergi kebun. Diambil sandwich telur itu dan dikunyah perlahan-lahan.

                                                **************************

            Atan berjalan menuju ke pintu rumahnya. Dia sudah bersiap sedia pergi ke kebun. Apabila pintu rumah dibuka, dia terkejut melihat Widad ada di depan pintu.

            “Assalammualaikum… Good morning!” Widad tersenyum.

            Atan terdiam beberapa saat sebelum menjawab salam dari Widad.

            “Waalaikumussalam. Aaaa…. Ada apa datang rumah orang pagi-pagi ini.” Air muka Atan sudah menunjukkan rasa tak selesa dengan kehadiran Widad. Bagi dirinya, tak manis jika mereka berdua-duaan sebegini.

            “ Nak minta tolong boleh?” Widad masih tersenyum. Buat dek saja walaupun tahu kedatangan dia tak dialu-alukan oleh Atan. Tebalkan saja muka!

            “Tolong apa?” Dahi Atan berkerut. Jantung berdegup laju di saat ini. Berdebar-debar mendengar pertolongan apa yang Widad mahu dari diri dia.

            “Mak cakap awak buat sambal garing ikan bilis tempe sedap, so boleh awak buat dekat saya. Saya teringin nak rasa. Nah, ambil bag plastik ni! Saya dah sediakan semua bahan. Ikan bilis ada, tempe ada dan cili kering pun ada.” Tanpa segan silu, Widad memberitahu niatnya. Semalam semasa dalam kereta, ibunya ada beritahu yang sambal garing ikan bilis tempe yang dibuat oleh Atan memang sedap. Tiba-tiba dia dapat idea dan terus membeli barang-barang di Tanjung Dawai. Maklum la Tanjung Dawai terkenal dengan ikan bilis dan ikan kering.

            Sekali lagi Atan terkejut, tambahan pula sekelip mata ada bag plastik di tangannya. Dia belum setuju pun dengan permintaan Widad.

            “ Diam tandanya setuju, betul tak?” Widad tersengih.

            “Tapi ……”

            “ Ala ….. Esok saya dah balik KL, boleh la.” Pujuk Widad dengan wajah comel.

            “Hmm….. baiklah.” Akhirnya Atan terpaksa setuju. Setakat nak masak untuk Widad apalah sangat. Lagipun dia memang suka memasak.

            “Thank you. Awak memang sweet. Siapa kahwin dengan awak memang bertuah.” Puji Widad dengan penuh makna. Maklum la ada udang di sebalik batu.

            Kata-kata Widad menyebabkan mata Atan bertaut dengan mata Widad beberapa saat. Jantungnya semakin berdegup kencang. Dengan cepat, Atan memandang ke arah lain.

            “Awak tahu kan esok saya dah pergi KL.”

            Atan hanya mengganggukkan kepala. Masih belum berani bertentang mata dengan Widad.

            “ Ayah, mak dengan Wafiy pun ikut sama sebab banyak barang yang nak kena bawak nanti. Barang-barang nak bawa ke KL banyak sangat-sangat. Ayah dengan mak mana nak larat sangat bawa barang-barang itu. Boleh tak awak ikut sama pergi KL tolong saya angkat barang-barang?” tambah Widad lagi. Dia sengaja meraih simpati. Jika Atan boleh menolong Chempaka berpindah, sudah tentu Atan boleh menolong dia. Wah, memang bijak dia mengatur plan. Bergeliga betul otak dia.

            Pandangan Atan beralih ke arah Widad.

            “ Hari itu tiga kotak saja kan barang-barang awak yang sampai dari London. Saya sendiri angkat. Mana banyak pun barang-barang awak. Wafiy boleh saja angkat seorang kan. Lagipun saya kena jaga homestay, minggu ni full. Selepas solat jumaat nanti, dah ada guests nak check in.” Dengan jujurnya, Atan menjawab.

            Sedikit demi sedikit wajah, Widad berubah. Bukan ini jawapan dia nak dengar dari mulut Atan.

            “Yalah! Siapa la saya jika nak bandingkan dengan Chempaka kan! Dengan Chempaka boleh pulak awak tolong dia pindah rumah tapi dengan saya berkira sangat-sangat. Memang awak ni berat sebelah.” Marah Widad. Nada suara terus tinggi. Dengan hati yang membara, dia terus meninggalkan Atan. Mulut dia terkumit-kumit bercakap seorang diri menuju pulang ke rumah.

            Mata Atan masih terbeliak luas. Tak sangka dimarahi oleh Widad secara tiba-tiba.

            “Wah, nasib baik tak pecah gegendang telinga aku ni. Kuat betul suara mengalahkan speaker.” Atan membuka mulut dan melihat kelibat Widad sudah pun masuk ke dalam rumah Pak Walid. Terkejut jugak, iyalah pertama kali Widad meninggikan suara dekat dia. Tertanya-tanya jugak bagaimana Widad tahu pasal dia menolong Chempaka pindah. Timbul rasa bersalah.  Dia melihat bag plastik yang ada di tangannya.

                                                ******************************

            Selepas balik dari kebun, Wafiy bergegas membersihkan diri dan menukar pakaian untuk menunaikan solat Jumaat. Dia mencapai kopiah putih dan dipakainya di kepala.Langkah diatur pantas keluar dari biliknya.

            Langkah terhenti apabila melintasi bilik kakaknya. Terdengar seperti ada orang bercakap. Wafiy menolak perlahan-lahan pintu bilik Widad yang sedikit terbuka.

            “ Apa tengok-tengok!” marah Widad apabila menyedari kehadiran adiknya. Mata terbeliak luas.

            “ Wah! Ini bilik manusia ke bilik dragon?” balas Wafiy. Belum bersuara lagi, dah kena marah. Nampak sangat mood kakaknya tak elok.

            “ Argh… Nak apa? Nampak tak, tengah busy nak packing barang.” Sambil mulut muncung, Widad memasukkan pakaiannya ke dalam bag. Dia tak ada mood nak bergaduh dengan Wafiy. Rasa marahnya dekat Atan masih belum hilang. Sakit hati menusuk kalbu.

            “ Siapa la yang buat Kak Widad marah-marah macam ini? Abang Atan ke?” teka Wafiy.

            “Ya, Atan.” jawab Widad dengan mata terbeliak luas.

            Wafiy tersenyum tawar. Apa pula kali ini?

            “Nak tanya sikit, apa hubungan Atan dengan Chempaka? Dia orang tu memang rapat ke?” Widad mengambil peluang untuk bertanya.

            “Hubungan apa? Abang Atan dengan Kak Chempaka ke?” Wafiy terkejut dengan pertanyaan Widad.

            “Hari itu aku nampak mereka berborak sakan tepi jalan. Nampak rapat dengan mesra pulak tu.” Cerita Widad dengan wajah tak puas hati.

            “ Setakat berborak tepi jalan, apa salahnya. Lagipun Abang Atan selalu saja borak dengan orang kampung kalau jumpa. Abang Atan kan peramah.” Wafiy membela Atan.

            “Apa! Peramah? Bila dengan aku, sebutir suara pun susah nak dengar.” Widad mengetap bibir. Bertambah-tambah rasa sakit hatinya dengan perangai Atan.

            “Macam mana Abang Atan nak cakap kalau Kak Widad cakap tak henti-henti! Dah lupa ke?” jawab Wafiy.

            Bibir Widad terus senget ke kiri.

            “So Atan dengan Chempaka tak ada apa-apa yang special la?” tanya Widad sekali lagi untuk kepastian.

            “Tak ada la Itu mesti borak kosong saja.” jawab Wafiy dengan memerhatikan wajah Widad. Wajah kakaknya yang bengis tadi bertukar lembut. Ada sedikit senyuman di bibir Widad. Semudah itu saja kemarahan Widad hilang.

            Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Wafiy, perasaan Widad yang dilanda ribut sebentar tadi kembali tenang. Perasaan insecure terus lesap.

            “Kenapa? Cemburu ke?”

            “Tak salah kan kalau cemburu.” balas Widad. Bagi dia rasa cemburu itu adalah permulaan.

            Wafiy hanya menggelengkan kepala.

            “Wafiy! Cepat, nanti lewat sampai masjid.” Kedengaran suara Pak Walid memanggil dari luar rumah.

            “Ya.” Wafiy menyahut. Dia berlari anak-anak keluar dari bilik kakaknya. Dia menuruni anak tangga satu persatu. Itulah berborak dengan Widad sehinggakan hampir terlupa tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Semakin laju dia melangkah ke luar rumah. Pak Walid sudah pun menunggu di atas motor.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...