Sunday, July 21, 2013

Satu Dua TIga 2013

 BAB 22


            Aleya memberi  segelas susu yang dibancuhnya di dapur pada ibunya yang sedang duduk beristirehat di luar. Langit yang kelihatan mendung menyebabkan Aleya membetulkan baju sejuk yang dipakainya apabila merasakan angin dingin bertiup mengenai dirinya. Suasana malam di London tak sama seperti suasana di Malaysia.
            “Terima kasih!” Munirah terus minum sambil matanya melihat langit yang mendung itu. Malam ini tiada bintang yang menghiasinya. Hanya kedinginan malam yang dirasainya. Munirah meletakkan gelas itu di tepi
            “Sejuknya! Nak hujan ke?”
            Munirah tersenyum. “Along masih berasa kekok lagi ke berada di sini?”
            “Tak la! Home sweet home, right.”
            “Along suka tinggal di sini?”
            “Suka! Ini kampung halaman, Along! Tanah air kita. I love my country.” Aleya tersengih.
            “Is it okey if I decide to stay in Malaysia?” tanya Munirah.
            “I’ve no objection about that as long as you not reconcile with him.” Nada suara berubah tegas pada akhir percakapannya.
            “No! Keputusan ibu takkan berubah. Ini untuk kebaikkan semua pihak. Selepas urusan Along selesai, kita pulang ke London. Urusakan segala-galanya sebelum kita pulang ke sini.”
            Aleya hanya menganggukkan kepalanya. Aleya tahu sebenarnya ibunya rindu akan kampung halamannya. Dia tidak kisah tinggal di Malaysia walaupun sudah 25 tahun dia membesar di London.
            “Angah dah tiba di London ke?” MUnirah tiba-tiba teringatkan anak keduanya.
            “Sudah.” Ringkas jawapan Aleya. Dia melihat ke arah ibunya. “Are you still thinking about him?” Aleya tiba-tiba bersuara. Ruat wajah ibunya dapat dibaca.
            Munirah terkejut dengan pertanyaan Aleya.
            “Semua ini bukan salah ibu. He has heart attack. That’s all.” Aleya berterus-terang. Dia sebenarnya memahami situasi ibunya sekarang.
            “If you want to see him, I will take you to hospital tomorrow.” Kata Aleya secara tiba-tiba. Walaupun dia tak suka pada lelaki itu tetapi demi ibu, dia sanggup bertolak ansur.
            Munirah merenung anaknya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Aku bermimpi ke?
            “Ibu, tak bermimpi la! Along serius.”
            “Along tak kisah ke? Along tak marah ke?” Munirah inginkan kepastian. Pelik pulak dengan perangai anak aku hari ini.
            “Tak! Asalkan tujuan ibu hanya untuk melawat orang sakit dan bukannya menpunyai agenda tertentu.” Ujarnya lagi. Apa salahnya jika aku bertolak ansur dengan ibu …
            “Agenda tertentu!” Dahi Munirah berkerut.
            “Mana nak tahu kalau cinta nak bertaut kembali.” Aleya membuat mimic muka.
            “Bertuah budak ni! Ke situ pulak! Ibu hanya nak melawat saja. Melawat.” Tegas Munirah menggelengkan kepalanya Dia tahu walaupun Aleya kelihatan tegas, degil dan kasar namun kadang-kadang Aleya juga seorang bertimbangrasa.
            Aleya hanya tersengih. Tiba-tiba telefon bimbit Aleya berbunyi, pantas menyeluk poket seluarnya dan menjawab panggilan tersebut.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam! Ooo…Tengku dah tengok draf yang saya email pada Tengku petang tadi?” jawab Aleya. Dia tahu siapa pemanggilnya. Dia melirik matanya pada arah ibunya yang sedang memerhati.
            “Sudah! Ada beberapa yang perlu diubah. Saya nak jumpa awak esok di Indah Café di Ampang!” beritahu Iskandar sambil berjalan menuju ke balkoni biliknya.
            “Tengku beritahu saya apa yang perlu diubah. Selepas diubah saya akan email pada Tengku “
            “Saya nak jumpa awak. Saya tak selesa bercakap di telefon. Ada banyak perkara yang ingin saya cakapkan dengan awak.”
            “Cakap di telefon boleh.”
            “Saya client awak, jadi awak perlu ikut kehendak saya. Jumpa esok di Indah Café pukul 10.00 pagi.” Iskandar terus meletakkan telefon. Iskandar tersengih. Mesti dia tengah bengang kat aku.
            “Hello….Helloo.” Aleya meninggikan suaranya. Dia mengetap bibir menahan geram bila sedar panggilan itu dimatikan Suka hati dia saja! Aleya menoleh ke arah ibunya. “Ibu, boleh tak Along ajar  anak Auntie Maria?” kata Aleya secara tiba-tiba.
            Terkebil-kebil mata Munirah melihak anaknya. Apa pulak masalah mereka berdua ni? Macam anjing dan kucing.
                                                *******************************

            “Ibu!”
            Munirah berpaling. Dia terkejut apabila dipanggil. “Along tak tidur lagi ke?” soal Munirah hairan. Selepas menerima panggilan dari Iskandar, Aleya masuk ke dalam rumah. Katanya ada kerja yang masih belum siap lagi.
            “Belum! Ibu, ada video call dari Auntie Khaty …” Aleya menghulurkan telefon bimbit pada ibunya.
            ‘Khaty!” Dahinya sedikit berkerut. Dia mengambil telefon bimbit itu dan diletakkan berhadapan dengannya. “Assalammualikum…..”
            “Waalaikumusssalam…..” jawab Khatijah.
            Aleya terus masuk ke dalam rumah. Ada banyak kerja yang perlu disiapkan.
            “Aku tahu kenapa kau call aku …”
            “Kalau begitu, baguslah. Aku dah tak payah nak tanya lagi. Aku nak dengar.”  Khatijah memandang tepat pada skrin telefon bimbitnya. Dia sedang menanti.
            “Khaty! Kau kenal aku kan? Aku tak tergamak nak pergi begitu saja selepas apa yang terjadi.”
            “Itulah kau, Munirah. Terlalu lembut hati. Sekarang ni, suami kau macam mana?”
            “Dia dah selamat.”
            “So …apa lagi, kau baliklah esok. Kau balik dulu.Munirah, kau dengar cakap aku ni! Kalau kau tinggal di sana pun, kau tak boleh buat apa-apa. Hati kau saja yang sakit. Kau kena ingat dia dah ada isteri. Isteri yang bersamanya sejak 26 tahun.”
            “Aku tahu semua itu, Khaty. Jika nak dibandingkan antara aku dan Kartika, aku ni tiada apa-apa peranan. Aku hanya isteri atas kertas saja.”
            “Aku mahu kau balik ke sini segera. Selepas apa yang terjadi pada kau dan Lisa, aku asyik risau sahaja. Makan pun tak lalu. Tidur pun tak lena, Mandi pun tak basah. Dah kira penyakit aku ni mengalahkan orang bercinta. Setiap masa aku risaukan kau dan anak-anak kau di sana. Baliklah, Munirah.” Pujuk Khatijah. Aku tak mahu Munirah disakit lagi. Cukuplah dengan apa yang ditanggung oleh Munirah selama ini.
            Senyuman terukir di bibir Munirah. Dia tahu Khatijah sentiasa mengambil berat tentang dirinya. “Aku minta maaf, Khaty.  Aku janji aku tak akan buat kau risau. Aku akan balik bersama Aleya. Kerja Aleya di sini dah nak siap. Lagipun aku pun tak mahu tinggal di sini dengan lebih lama.”
            Khatijah mengeluh. Dia kenal dengan sikap Munirah. Jika dah buat keputusan, jangan haraplah boleh berubah. “Baguslah. Jaga diri baik-baik. Kalau isteri suami kau datang cari pasal dengan kau, kau beritahu aku. Serta merta aku akan datang ke Malaysia, biar aku ajar dia cukup-cukup.”
            “Kau ni dah macam gangster.” Munirah ketawa.
            “Kau tiada rahsiakan apa-apa dari aku kan?” tanya Khatijah secara tiba-tiba.
            Munirah berhenti ketawa secara tiba-tiba. “Tiadalah. Kau ni suka sangat serkap jarang kat aku. Think positive, okey! Esok aku call kau pula. Selamat malam.”
            “Selamat malam. Assalammualaikum ….”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Munirah sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Munirah menarik nafas lega. Kalaulah Khaty tahu apa yang terjadi di hospital, pasti esok pagi, Khaty dah ada di sini. Betul ke dengan tindakkan aku untuk melawat Dato’ Kadir esok. Munirah resah.
           
           
                                                ******************************
            Suziela mendekati ibunya yang kelihatan pelik. Sejak balik tadi ibu asyik kurung dalam bilik sahaja. Makan malam pun belum lagi. Kakak pulak hilang entah ke mana. “Mama!” panggil Suziela.
            “Ada apa? Kan mama beritahu yang mama tak mahu diganggu.” Suara Kartika kasar. Sekarang ni dia mahu tenangkan fikiran.
            “Mama, ada masalah ke?” Soal Suziela lagi. Amaran ibunya tidak diendahkan. Risau melihat kelakuan ibunya seperti itu.
            “Su tak faham ke? Mama tak mahu diganggu. Keluar! Keluar!” jerit Kartika. Sekarang ni fikirannya tengah kusut memikirkan tentang rakaman yang dikatakan oleh Alina. Runsing.
            “Mama! Kenapa mama marah Su pulak? Su tak buat apa-apa pun kat mama. Kenapa mama nak lepaskan kemarahan mama pada Su? Su susah hati melihat mama macam ni.” Nada suara Suziela bergetar menahan sebak di dadanya akibat dimarahi oleh ibunya.
            Kartika berpaling ke arah anak bongsunya. Terbit perasaan bersalah di hatinya. “Maaf, fikiran mama tengah kusut ni! Mama tak tahu nak buat apa. Pengorbanan mama selama ini adalah sia-sia.” Kartika mengeluh. Apa yang dirancangnya selama ini tiada hasilnya.
            “Maksud ibu?”  Suziela hairan.
            “Munirah dan anaknya masih ada di sini.”
            “Apa! Bukan ke mereka sudah balik ke negara asal mereka.” Suziela meninggikan suaranya.
            “Itu yang buat mama sakit hati ini. Ini semua sebab papa kamu. Sayang sangat dengan isteri dia sehingga lupa mama sebagai isteri dia yang hidup bersama dia selama 26 tahun.”
            “Kita tak boleh biarkan ini terjadi, mama! Kita perlu halang papa berbaik semula dengan perempuan tu.” Suziela mengetap bibir menahan geram. Kehadiran Alina pasti akan mengganggu hubungannya bersama Abang Nazri.
            “Nak buat apa lagi, Su! Mereka ada bukti untuk heret kita ke balai polis kalau kita ganggu mereka lagi. Mama kena duduk dalam lokap. Mama tak nak!” Wajah Kartika berubah apabila memikirkan perkara itu.
            “Mama nampak ke bukti tu?” tanya Suziela secara tiba-tiba.
            Kartika terdiam seketika. Dia berfikir dan menggelengkan kepalanya beberapa minit kemudian.
            “Mama tak nampak kan! Kenapa mama nak takut? Entah-entah mereka nak gertak mama saja supaya jangan ganggu mereka.”
            “Tapi…tapi Tengku Ismail mengiyakan cakap Alina pagi tadi. Dia kata salinan rakaman itu ada di tangan dia.”
            “Mama, mereka tu boleh bersubahat. Tengku Ismail kan suami Auntie Maria, ala tak mustahil la kalau mereka bersubahat.  Selagi mama tak nampak bukti tu, mama tak boleh takut.” Ujar Suziela. Nampaknya mereka sengaja nak kenakan mama. Siap la kau, Alina! Tahu la aku macam mana nak ajar kau!
            Wajah Kartika kembali ceria, senyuman terpancar di bibir Kartika. Kata Su memang betul, mereka sengaja nak gertak aku. Baiklah, aku dah beri amaran banyak kali pada kau tapi kau berdegil jugak, Munirah. Di sini tiada ruang untuk kau, hanya aku! Aku!

                                           ******************************

            “You’re late!” Iskandar bersuara apabila sedar akan kehadiran Aleya di sisinya. Hampir sejam dia menunggu Aleya di situ
            “Of course I’m late! Do you know how long that I need to find this place?” Aleya menarik dengan kasar. Selepas menghantar ibunya ke hospital, dia terus memandu ke sini. Yang malangnya beberapa kali dia sesat kerana dia tak biasa dengan keadaan di sini. Banyak sangat kereta. Jalan pun banyak. Simpang sana sini. GPS ada tapi aku malas nak guna. So ini akibatnya.
            Iskandar terus minum air Orange yang dipesannya apabila mendengar kata-kata Aleya. Dia terlupa yang Aleya baru saja pulang ke sini jadi pasti dia tidak familiar dengan keadaan di sini.
            Aleya mengeluarkan lukisan bangunan yang telah dilukisnya. “So, apa yang Tengku tidak puas hati?”
            “Awak pesan dulu minuman?” kata Iskadanr.
            “No need! Let’s begin.” Aleya terus mengeluarkan pensil dan bersedia untuk mendengar.
            “You need to drink. Nanti ada pulak orang kata saya dera pekerja.”
            Aleya merenung lelaki ini. Aku nak cepat la. Kalau habis cepat boleh la, aku pergi ambil ibu awal. Ee…mendidih darah aku bila dengan lelaki ini. “No! Let’s us proceed, can we?” Aleta mengetap bibirnya.
            “Is!” tegur seseorang. Serentak mereka berdua menoleh. Iskandar bangun apabila melihat ayahnya yang menghampiri mereka berdua.
            Wajah Aleya berubah melihat kehadiran Tengku Ismail. Aleya serba salah.
Habis la aku kali ini. Rahsia aku pasti terbongkar.Aleya menundukkan kepalanya. Macam mana ni?
            “Abah, apa buat kat sini? Breakfast ke?” Iskandar tersenyum melihat ayahnya.
            “Aaa…ya! Sekejap lagi kawan abah datang.” Pandangannya dialihkan pada wanita yang bersama anaknya. Tengku Ismail mengamati wajah wanita yang rambutnya diikat satu. Alina! Iskandar dah berkenalan dengan Alina ke?
            Iskandar sedar ayahnya sedang melihat Aleya. “Abah, Is kenalkan! Aleya, arkitek yang Is import khas dari London untuk projek hotel 5 bintang kita di Langkawi.”
            “Aleya!” Tengku Ismail terkejut. Dia melihat wanita itu. Matanya tidak berkelip. Aleya! Bukan ke ini Alina. Eh, tapi Alina tu doctor. Ini…Arketik. Tengku Ismail kebingungan. Dia ingin bersuara tetapi terasa seolah-olah ada benda melekat di kerongkongnya.
            Tiba-tiba telefon bimbit itu Iskandar berbunyi, Iskandar terus menjawab. “Excuse me!” Iskandar memberi isyarat pada ayahnya yang dia ingin menjawab panggilan itu di luar. Tengku Ismail hanya mengganggukkan kepalanya. Dia melihat ke arah Aleya.
            “Uncle!.” Aleya tersenyum. Suka atau tak? Aku kena berterus-terang. Rahsia aku dah terbongkar.
            “Aleya…Eh tidak, Alina! Aduh, Uncle tak faham la apa yang berlaku. Bukan ke Alina seorang doctor ? Macam mana pulak boleh jadi Arkitek pulak ni?” Tengku Ismail terus duduk tanpa dipelawa. Dia perlukan penjelasan.
            “Memang betul Alina seorang doctor. Saya Aleya, seorang Arkitek.”
            “Kamu jangan buat Uncle pening. Uncle tak faham.”
            “Alina adik saya. Saya Aleya. Kembar Alina.” Aleya masih tersenyum.
            “Kembar!” Tengku Ismail tergamam. “Semalam! Semalam, Alina ke?”Tengku Ismail teringat peristiwa semalam.
            “Bukan! Semalam adalah Leya. Alina terpaksa pulang ke London kerana pesakitnya sedang tenat di sana. Sebelum ni Alisa yang ganti tempat Alina.”
            “Alisa?”
            “Adik Leya! Kami triplet! Kembar tiga seiras.”
            “Ti…Tiga!” Bibirnya terketar Tengku Ismail terkejut bila mendengar penjelasan Aleya. Biar betul kembar tiga! Seiras pulak tu. “Jadi tiada siapa tahu yang Alina ada kembar! Maksudnya Kadir juga tak tahu.”
            Aleya hanya mengganggukan kepalanya.
            ‘Kenapa?”
            “Kami ada sebab kami sendiri, uncle! Leya harap Uncle faham. Hmm…Leya ada sedikit permintaan….boleh tak Uncle jangan beritahu sesiapa tentang kami? Kami tak mahu keadaan lebih kusut.” Aleya melihat ke arah Tengku Ismail. Aleya yakin Tengku Ismail orang yang boleh dipercayai.
            “Jika itu permintaan Leya,  Uncle turuti saja.” Tengku Ismail tersengih. Matanya masih tidak lepas merenung Aleya. Tiga orang! Biar betul. Kalau Kartika tahu pasal hal ini, pasti dia pengsan. Senyuman Ismail makin lebar.
            “Kenapa Uncle?” Aleya hairan.
            “Alisa…Alisa kerja apa?”
            “Lawyer!”
            “Lawyer!...” Tengku Ismail menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Sikap Alisa seperti Aleya ke?”
            “Sikap kami sama kecuali Alina. Dia terlalu baik hati macam ibu.” Aleya tersenyum. Dia faham di sebalik soalan Tengku Ismail tadi.
            “Uncle sebenarnya…sebenarnya masih tidak percaya, macam bermimpi pulak.” Tengku Ismail membetulkan kedudukan cermin mata yang dipakainya.
            “Abah tak percaya apa?” Iskandar tiba-tiba berada di situ. Dia hairan melihat ayahnya dan Aleya rancak berbual secara tiba-tiba. Baru kenal terus dah mesra.
            “Ooo….Abah tak percaya yang Aleya ni 25 tahun membesar di luar negara.” Tengku Ismail berbohong. Tengku Ismail membuat mimic muka pada Aleya. Dia mesti berlagak seperti biasa agar Iskandar tidak mensyaki sesuatu.
            Aleya hanya tersenyum. Sikap Tengku Ismail berlainan dari anaknya. Aleya menjeling ke arah Iskandar bila Iskandar menarik kerusi di sebelah Aleya dan terus duduk. “Jadi abah dah berkenalan dengan Arkitek import dari London ni!”
            “Aleya namanya. Kamu ni tak elok panggil orang macam tu.” Tengku Ismail menegur anaknya bila sedar tiada senyuman di bibir Aleya.
            Iskandar ketawa. “Itu kenyatannya, abah!” Ketawanya semakin kuat. Arkitek import! Akhirnya ada nickname pada Aleya ni. Boleh la aku usik dia nanti.
            Tiba-tiba Aleya memegang fail yang berada di atas meja, Iskandar tiba-tiba diam. Iskandar melihat kea rah Aleya yang sedang merenung tajam ke arahnya. Iskadanr takut diketuk kepala sekali lagi.
Tengku Ismail hairan bila anak tunggalnya itu tiba-tiba terdiam. Tadi bukan main lagi rancak ketawa. Tengku Ismail mengalih pandangannya pada Aleya. Tengku Ismail tersenyum. Aleya bukan sebarangan orang. Akhirnya Kartika sudah bertemu dengan lawannya.
           
                                   

            

Monday, July 8, 2013

Satu Dua TIga 2013

Bab 21


            Aleya menggengam erat tangan ibunya. Sejuk malah tangan ibunya juga terketar-ketar. Aleya tahu apa yang sedang bermain di fikiran ibunya. Pasti ibu akan menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang berlaku. “He’ll be fine. Don’t worry!” Genggamnya lebih erat. Aleya tersenyum.
            Munirah menganggukkan kepalanya. Dia cuba tersenyum namun kerisauan di hatinya masih lagi belum hilang. Munirah tahu Aleya cuba menyedapkan hatinya. Di dalam hati, dia tidak putus-putus berdoa agar suaminya itu selamat. Sudah 2 jam, suaminya berada di dalam unit kecemasan.
            Maria mendekati Munirah. “Banyakkan bersabar, Kak Munirah! Abang Kadir akan selamat.!” Maria membuat mimic muka apabila melihat Kartika dan Sofea menghampiri mereka.
            Langkah Kartika terhenti bila sedar akan kehadiran Munirah dan Alina di situ. Matanya merenung tepat pada Munirah yang sedang memandangnya. “Apa kau buat di sini, hah? Bukan ke kau dah berambus balik ke London hari ini?” jerit Kartika tanpa mempedulikan di mana dia berada  sekarang ni.
            Aleya terkejut bila wanita itu tiba-tiba bercakap kasar pada ibunya. Pasti ini Datin Kartika. Aleya melihat ke arah Sofea yang berdiri di sebelah ibunya.
            Zahari dan Tengku Ismail hanya memerhati. Raut wajah mereka berubah bila mendengar kata-kata Kartika.
            “Hey, Kartika! Kak Munirah masih isteri Abang Kadir. Jadi dia ada hak berada di sini. Sepatutnya kau sedar diri sikit status kau sebagai isteri kedua.” Maria geram.
            “Ini hal aku dengan madu aku! Kau jangan nak masuk campur. Rumahtangga sendiri pun tak reti nak jaga, ada hati jaga tepi kain rumah tangga orang.”marah Kartika. Sudah lama dia bersabar dengan kerenah Maria yang suka mencari kesalahan dirinya. Kartika mengalih pandangannya pada Munirah.
“Sepatutnya perempuan macam kau, aku tak boleh percaya. Kau memang suka aku bercerai dengan Abang Kadir kan! Kau kata nak balik ke London tetapi semua itu hanya lakonan semata-mata kan! Kau nak rampas Abang Kadir dari aku. Perempuan macam perlu diajar supaya tidak lupa diri.” Kartika mengangkat tangannya untuk menampar Munirah tetapi tangannya dipegang oleh Aleya secara tiba-tiba. Aleya menggenggam erat tangan Datin Kartika.
            Mereka yang berada di situ terkejut dengan tindakbalas Alina yang tiba-tiba memegang tangan Kartika. Dahi Kartika berkerut menahan sakit. Genggaman itu semakin kuat. “Lepaskan!” Kartika meronta agar tangannya dilepaskan.
            Aleya melepaskan tangan Kartika dan menolaknya dengan kasar. Kakinya berundur beberapa langkah akibat ditolak oleh Alina. Kartika melihat pergelangan tangan kanannya yang kemerah-merahan dan sakit akibat dipegang oleh Alina. Kartika tergamam.
            “Sekali lagi kau cuba tampar ibu aku, aku tidak akan teragak-agak patahkan tangan kau!” Aleya memberi amaran. Dia takkan benarkan sesiapa menyentuh ibunya.
            “Berani kau berkasar dengan mama aku!” marah Sofea. Dia terus mendekati Alina dan ingin menampar tetapi langkahnya terhenti bila mengingatkan peristiwa hari itu.
            “Kalau kau nak tampar aku, tamparlah! Kenapa teragak-agak pulak?”
            “Alina!” Munirah memegang tangan anaknya. Dia bimbang jika Aleya bertindak di luar batasan.
            “Dari kau salahkan ibu aku baik kau cermin dulu diri kau! Kau tanya diri kau sendiri kenapa suami kau nak ceraikan kau! Kesalahan sendiri tak nampak, kesalahan orang lain kau nampak!”
            “Anak kau ni memang kurang ajar, Munirah! Tak hormat orang tua langsung.”
Kartika merenung wanita yang rambutnya diikat dan berbaju t-shirt merah.
            “Ooo..sedar diri pun yang diri tu dah tua. Dengar sini baik-baik, orang tua macam kau tidak tersenarai dalam senarai orang tua yang perlu aku hormat.”Aleya merenung mereka berdua.
            “Alina!” tegas Munirah.
            “Ibu, perempuan tua macam ini tidak boleh diberi muka jika tidak dia akan pijak kepala kita. Kita kena ajar dia sikit baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Asyik dia saja betul!” Aleya berpaling kea rah Munirah.
            Munirah terdiam. Aleya menoleh pula pada Kartika.
“Selepas apa yang kau buat pada kami, kau ingat aku akan berdiam diri begitu saja. Sesiapa yang cuba mengapa-apakan keluarga aku, aku takkan lepaskan mereka begitu. Mereka harus terima balasannya.” Aleya menggenggam erat tangannya. Jika ikutkan hati, mahu saja dia penampar perempuan tua itu.
            Maria yang berada di sisi Munirah terkejut melihat Alina. Sewaktu dia mula mengenai Alina, perangai Alina saling tidak tumpah seperti Kak Munirah tetapi yang berdiri di hadapannya sekarang ni berlainan personalitinya.
            “Hey, kau tu budak mentah lagi. Jangan nak berlagak dengan aku!” Kartika mula bengang. Berani budak mentah ini memperlekehkan dirinya.
            “Siapa kata aku berlagak, hah! Jika kau tak mahu meringkuk dalam penjara, baik kau jaga sikit mulut dan perangai kau.Kau mesti ingat pengakuan yang kau pernah buat di hospital sewaktu kau dan anak kau datang berjumpa ibu kan! Untuk pengetahuan kau, pengakuan kau tu aku rakam. Kalau kau tak mahu rakaman itu sampai ke tangan pihak polis, baik kau jaga sikit tingkahlaku kau itu.”
            “Kau bohong! Kau sengaja nak takutkan aku kan!” Kartika mengetap bibir menahan geram. Biar betul, dia rakam percakapan aku hari tu. Itu semua helah dia saja.
            “Itu terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Kalau dah teringin sangat nak bermalam di dalam penjara, cubalah.” Aleya tersengih.
            Kartika terdiam.
            “Mama!” Sofea menoleh pada ibunya yang tiba-tiba berdiam diri. Sofea takut.
            Tengku Ismail datang menghampiri mereka. “Alina ada beri aku salinan rakaman itu. Jadi aku nasihatkan kau, jangan ganggu mereka berdua lagi. Jika sesuatu terjadi pada mereka berdua, salinan rakaman itu akan sampai ke tangan pihak polis.”
            Aleya terkejut. Bila pulak aku beri salinan rakaman itu pada Tan Sri Tengku Ismail. Aleya masih berwajah selamba.
            “Kamu semua 2 X 5 saja.” Jerit Kartika sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka. Sofea mengekori ibunya.
            “Abang, betul ke abang ada salinan tu?” soal Maria ingin tahu.
            Tengku Ismail tersenyum. “Abang tipu saja!”
            “Apa!” Maria terkejut. Zahari hanya tersenyum dari jauh.
            “Orang macam Kartika tu, kita kena tipu sikit untuk takutkan dia supaya tidak kacau Munirah dan Alina lagi.” Terang Tengku Ismail. Jika dia tidak masuk campur tadi, pasti keadaan di sini kecoh dibuatnya.
            “Thank you, Uncle!” Aleya tersenyum.
            Tengku Ismail hanya tersenyum. Yang dia pelik, Maria pernah beritahunya yang sikap Alina seperti Munirah tetapi Alina yang berdiri di hadapannya sekarang ni sikapnya bertentangan dari apa yang diceritakan oleh isterinya.
            Pintu bilik kecemasan tiba-tiba terbuka, Dr. Nazri keluar. Zahari segera menghampiri sahabatnya. “Bagaimana dengan keadaan Uncle?”
            “Alhamdulilah, Sekarang ni Uncle sudah stabil.” Dr. Nazri mengalihkan pandangannya pada Alina yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
            Dahi Aleya berkerut. Kenapa pulak dengan mamat ni? Asyik pandang aku lain macam saja. Aleya menoleh pada ibunya.
            “Syukur, Alhamdulilah.” Munirah menarik nafas lega. Segala kebimbangan dan kegusaran di hatinya sudah reda.
            “Jom, ibu! Kita balik!” ajak Aleya. Dia bimbang jika ibunya menerima kembali lelaki itu dalam hidupnya. Selepas apa yang berlaku, Aleya yakin ibunya masih mencintai lelaki yang pernah menghina ibunya.
            Perlahan-lahan Munirah menganggukkan kepalanya. Dia sedar tempatnya bukan di sisi Dato’ Kadir. Dia perlu beredar dari sini.

                                                     *******************************
Khatijah melihat jam tangannya beberapa kali. Dia sudah terlambat untuk berjumpa Puan Sri Halimah. Ahhh….dah lambat. Tangannya pantas mencapai beg tangan, telefon bimbit dan kot baju sejuk. Dia bergegas menuruni tangga. Langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
            “Siapa pula yang telefon ni? Aku dah lewat.” Bebel Khatijah seorang diri tanpa melihat skrin telefon bimbitnya. “Hello!”
            “Assalamualaikum, Khaty?”
            Khatijah terkejut apabila mendengar suara Munirah. “Waalaikumussalam.” Jawab Khatijah. Sekilas pandang, dia melihat skrin telefon bimbit miliknya. Dahi Khatijah berkerut. Kenapa Munirah masih guna no telefon ni lagi? Takkanlah….. “Munirah, kau kat mana skrg ni? Don’t tell me that you still in Malaysia.” Nada suara Khatijah separuh meninggi.
            “Ya. Aku masih lagi di Malaysia.”
            “What!” Khatijah meninggikan suaranya.
            “Semasa aku di airport, dia datang jumpa aku. Kemudian dia tiba-tiba sahaja kena serangan jantung.” Jelas Munirah.
            “So sebab itu kau tak jadi pulang? Kau dah buat keputusan, so kau harus kuatkan hati kau. Never turn back.” nada suara Khatijah tegas. Dia geram dengan sikap Muniah. Terlalu baik hati.
            “Khaty, what do you expect me to do? Leave him like that.” Munirah tahu Khatijah tak akan bersetuju dengan tindakannya.
            Khatijah mengeluh kuat. Dia sudah bingung. Mati akal. Khatijah diam seketika.
            “Khaty, kau jangan risau. Aku tetap akan balik. Hati aku takkan berubah. Aku akan balik kerana kaulah satu-satunya keluarga yang aku ada. Aku hanya ada kau dan anak-anak aku.” Ujur Munirah dengan lembut.
            Khatijah menarik nafas panjang. Hatinya sayu mendengar kata-kata Munirah. “Bila kau akan balik?”
            “Aku akan balik bersama Aleya setelah kerjanya selesai. Aaa…Alisa! Dia balik dulu. Rasanya dia dah sampai kot. Kau tolong tengokkan mereka berdua ye. Maaf kerana menyusahkan kau, Khaty.”
            “Kau ni! No problem. Aku akan tengokkan dua orang anak dara kau tu. Oklah, aku ada appointment ni. Malam ni, aku call kau. Aku masih belum habis cakap lagi dengan kau. Take care!”  Khatijah menjeling kea rah jam tangan guess miliknya. Alamak, dah lewat ni!
            “Baiklah. Assalammualaikum….”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Khatijah sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Segera Khatijah mencapai kunci rumah dan bergegas keluar.
            
                                                            ***************************
            Alisa menoleh apabila mendengar pintu rumah ditutup. Segera dia keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke ruang tamu.
            “Angah!” Alina gembira melihat kakaknya sudah pulang. Baju sejuk yang dipakainya ditanggalkan. Sekarang ni musim sejuk sudah tiba. Keadaan di luar sangat sejuk sehingga beberapa baju yang dipakainya masih belum lagi dapat menghalang kesejukkan di luar sana.
            “Patient Acu dah stabil ke? Dah sedarkan diri ke?” soal Angah.
            “Sudah! Semakin sihat.” Alina tersenyum. Matanya melirik ke pelbagai sudut di rumahnya mencari kelibat ibunya. Mana ibu? “Angah, ibu mana?”
            “Something happens! Ibu tak dapat balik. Boleh tak kalau apply cuti lagi?”
            “Apa!” Alina terkejut. Nak minta cuti lagi ke? Aku baru sahaja masuk kerja.
            “Kita perlu balik ke Malaysia esok!” beritahu Alisa. Dia perlu selesaikan urusannya di sini sebelum pergi Malaysia.
            “Apa halnya, Angah?” Alina hairan. Kenapa kakaknya tergesa-gesa untuk pulang sedangkan selama ini Alisa berdegil tidak mahu menjejakkan kakinya di Malaysia. Sikap Angah benar-benar pelik.
            “Kita tak boleh tinggalkan ibu dan Along sendirian di sana! Angah tak mahu sesuatu terjadi pada mereka jadi esok kita perlu balik ke Malaysia.” Alisa resah. Semalam dia hairan kenapa ibunya masih belum masuk lagi ke dalam balai lepas sedangkan pesawat akan berlepas tidak lama lagi malah pramugari yang bertugas di situ menyuruhnya masuk kerana pesawat akan berlepas. Kemudian dia menerima sms dari kakaknya yang memberitahu ada sesuatu terjadi dan menyuruhnya menaiki pesawat itu dulu. Katanya lagi, dia akan pulang bersama ibu selepas urusannya selesai. Bila memikirkan ibu dan kakaknya di sana, Alisa resah. Bimbang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
            “Angah, do you hiding something from me?” soal Alina. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang dirahsiakan
            “Lelaki itu tiba-tiba jatuh sakit sebab itu ibu tidak dapat balik.” Berat mulut Alisa untuk memberitahu Alina apa yang terjadi.
            “Abah sakit!” Alina terkejut. Jantungnya berdegup kencang. “Se..Sekarang ni abah ni macam mana?” soal Alina ingin tahu.
            “Angah tak tahu!” tegas Alisa. Matanya bulat merenung adiknya yang begitu mengambil berat tentang lelaki itu.
            “Angah, dia tetap ayah kandung kita walau apa yang terjadi. Setebal mana benci Angah pada abah, darah yang mengalir dalam diri kita adalah darah abah. Tak boleh ke Along dan Angah memaafkan Abah. Jika ibu boleh memaafkan Abah, kenapa kita sebagai anak tidak boleh memaafkan Abah!”
            “Acu, itu hak Along dan Angah sama ada ingin memaafkan lelaki itu atau tidak. Acu tak payah nak nasihatkan kami. Apa yang penting sekarang ni, nyawa ibu dan Along dalam bahaya.” Alisa merenung Alina.
            “Apa maksud Angah?”
            “Beberapa hari yang lalu, ada orang cuba langgar Angah. Nasib baik Angah sempat mengelak, kalau tidak tak tahulah apa yang terjadi. Acu nak tahu tak siapa yang upah orang untuk langgar Angah? Datin Kartika.” Beritahu Alisa.
            Alina tergamam.
            “Because that we have to go back to Malaysia. Jika dia pernah cuba membunuh ibu dan Angah tidak mustahil jika dia mencuba lagi. Angah tak mahu terjadi apa-apa pada Along dan ibu. We have to hurry.”  
            “Baiklah. Acu call supervisor Acu dulu. Acu try.” Alina terus menelefon Dr. Andrew. Alina mula gelisah. Alina tahu orang seperti Datin Kartika sanggup buat apa sahaja.
                                   
***************************************
            Dato’ Syed Mohd Kadir membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih pudar. Dia memejamkan matanya sekali lagi.  Dia membuka matanya sekali lagi.
            “Abang Kadir! Syukur alhamdulilah …” Maria menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Dato Syed Mohd Kadir sedar. Maria menggenggam erat tangan abang sepupunya.
            “Maria!” nada suara Dato’ Syed Kadir masih lemah.
            “Syukurlah, kau dah selamat.” Tengku Ismail bersuara. Dia membantu Dato’ syed Mohd Kadir bangun.
            “Di mana aku sekarang ni.” Dato’ Syed Mohd Kadir memegang dadanya yang masih sakit.
            “Hospital, Uncle.” Jawab Iskandar. Sebaik sahaja menerima panggilan dari ayahnya, dia segera datang ke hospital.
            “Munirah! Mana Munirah? Lina …mana Lina? Mereka dah balik ke London ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Dia mula ingat apa yang terjadi sebelum ini.
            “Tak! Selepas apa yang terjadi, mereka berdua tak jadi balik ke London.” Beritahu Maria.
            Dato’ Syed Mohd Kadir menarik nafas lega selepas mendengarnya. “Tapi mereka di mana sekarang ni?” Dia melihat di setiap sudut bilik namun kelibat Munirah dan Alina tiada di situ.
            Maria mengeluh kuat. “What do you expect? Abang Kadir mahu singa betina tu serang mereka berdua ke?” Maria merenung sepupunya. Selepas apa yang terjadi, perasaan bencinya terhadap Kartika semakin menebal. Ada hati nak tampar Kak Munirah? Apa hak dia? Eee…geramnya aku.
            Tengku Ismail memegang tangan isterinya secara tiba-tiba. Dia menegah Maria bercakap apa yang berlaku tadi.
            “Uncle, Auntie Munirah dan Alina ada di rumah sewa mereka. Esok mereka berdua akan datang melawat Uncle.” Iskandar tiba-tiba mencelah.  Dia tak mahu Uncle Kadir dapat menghidu sesuatu.
            “Tapi …Maria, ada sesuatu yang berlaku ke?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Tak adalah. Kadir, kau ni macam tak kenal dengan isteri aku ni. Dia kan suka membebel. Ada saja yang tak kena.” Giliran Tengku Ismail mencelah. Dia memegang erat tangan isterinya agar menyatakan sesuatu.
            “Ya.  Abang Kadir berehatlah. Esok kami datang lagi.”
            Maria mengatur langkah meninggalkan mereka bertiga. Dia tak mahu Dato’ Syed Mohd Kadir bertanya lagi. Ikut hati, mahu saja aku ceritakan apa yang berlaku tetapi aku kena juga fikir kesihatan Abang Kadir.
            “Kami balik dulu.” Tengku Ismali tersenyum dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum mengekori jejak langkah isterinya.
            “Is balik dulu, Uncle. Esok Is akan datang visit Uncle.”  Giliran Iskandar menghulurkan tangan dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Bawa kereta baik-baik ye.” Pesan Dato Syed Mohd Kadir.
            “Baiklah, Uncle.” Kata Iskandar sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
            Dato’ Syed Mohd Kadir melihat di sekelilingnya. Sunyi. Dia memandang sofa yang terletak tidak jauh dari katilnya. Kosong. Sepatutnya ada ahli keluarga aku yang akan menemani aku …tetapi tiada sesiapa di sisi aku. Hatinya tiba-tiba berasa sedih. Nak harapkan Kartika dan anak-anaknya, jangan haraplah. Mereka hanya bersama aku jika aku dalam keadaan senang. Sekarang ni, batang hidung pun aku tak nampak. Ini ke wanita yang aku pilih untuk dijadikan isteri aku. Memang padan muka aku. Dato’ Syed Mohd Kadir mengeluh dengan kuat.
             

****************************************

            “Zahari, apa kena dengan member kita yang seorang ni. Termenung macam baru lepas putus cinta saja.” Iskandar terus menarik kerusi yang bersebelahan dengan Zahari dan duduk tanpa dipelawa oleh sahabatnya itu.
            “Aku pun tak tahu, Is! Dari tadi asyik diam saja, rimas aku.” Zahari merunggut. Tadi beriya-iya sangat ajak dia keluar selepas itu asyik termenung saja.
            “Sekarang ni otak aku tengah bercelaru!”
            “Aii….jadi doctor pun, otak boleh bercelaru! Ini kes berat.” Iskandar bergurau namun tiada apa-apa reaksi daripada kedua-dua sahabatnya itu. Wajah mereka serius. “Aku bergurau saja. Apa masalah kau ni, Nazri?”
            “Perangai Alina dah banyak berubah. Maksud aku, tidak seperti Alina yang aku mula-mula jumpa. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa tetapi Alina sekarang ni lain jauh berbeza. Garang, kasar dan bercakap ikut sedap mulut saja.”Dr. Nazri mengeluh.
            “Nampaknya ciri-ciri wanita idaman pada Alina sudah tiada la.Musnah la harapan kau” Iskandar katwa.
            Zahari menjeling pada Iskandar. Waktu ni jugak la dia buat lawak. Nanti tak pasal-pasal penumbuk hinggap di muka Iskandar.
            “Aku serius, Iskandar. Kalau kau tak percaya kau tanya Zahari!”
            Iskandar menoleh ke arah Zahari. Wajah Zahari serius lebih serius dari Nazri. “Sikap dia berubah 100%. Masa dia bertengkar dengan Auntie Kartika, aku rasa pelik sebab percakapannya yang lantang dan tindakan dia menghalang Auntie Kartika dari menampar Auntie Munirah. “Zahari mengingatkan kembali sewaktu pertama kali berjumpa dengan Alina di KLIA kemudian di hospital. Sikapnya berbeza malah sikap Alina sekarang jauh berbeza dari Alina yang dikenalinya. Kasar. Zahari memegang pipinya yang masih sakit akibat tumbukan Alina hari itu.
            “Memang patut pun Alina tu berubah, sampai bila dia nak biarkan Auntie Kartika buli Auntie Munirah. Kalau orang buat begitu pada ibu kita, mesti kita jugak marah. Mungkin Alina sedar dia tak boleh mendiamkan diri seperti dulu lagi. Jika dia tidak menentang, entah apa lagi Auntie Kartika akan buat. She’s need to be strong.”
            ”Kau belum jumpa Alina lagi jadi kau tak rasa pelik seperti yang kami berdua rasa. Perubahan dia terlalu drastic seolah-olah mereka bukan orang yang sama.”Dr. Nazri meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
            “Maksud kau, kembar! Kau jangan buat lawak, Nazri! Kalau betul la, Alina ada kembar, pasti awal lagi Auntie Munirah dah beritahu. Tak munasabah langsung.” Iskandar menggelengkan kepalanya.
            Zahari mengeluh kuat. Susah betul kalau bercakap dengan Iskandar ni. Zahari menoleh ke arah Dr. Nazri yang membuat mimic muka apabila mendengar kata-kata Iskandar.

                                    **************************************


            

Friday, July 5, 2013

Satu Dua Tiga

BAB 20


            Senyuman terukir di bibir Alisa sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka. Kehadiran wanita ini menghilangkan sedikit rasa kebimbangan yang berada di hatinya. “Along!”
            “Yeah, it’s me!” kata Aleya terus masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa oleh adik. Langkah terus diatur menuju ke sofa yang berada di ruang tamu. Aleya meletakkan beg pakaiannya sebelum duduk di sofa. Akhirnya sampai juga, letih betul!
            “Pandai Along cari rumah! Ingatkan Along dah sesat.” Alisa terus melabuhkan punggungnya di sisi kakak kembarnya. Aleya kelihatan keletihan.
            “Along jumpa kawan Along masa di airport. She send me home.”
            “Who?”
            “Mary!” jawab Aleya sambil matanya melirik ke kiri dan kanan. Mana ibu ni?
            “Mary Lee!” ujar Alisa. Mary Lee merupakan salah seorang teman baik Aleya sewaktu belajar di London.
            “Ya. Mana ibu?”
            “sembahyang!”
            “Ooo…so what’s going on here?” Aleya membetulkan keduduknya. Matanya melihat tepat pada adiknya. Dia ingin tahu kenapa tiba-tiba ibu membuat keputusan untuk pulang sedangkan selama ini ibu bertegas untuk tinggal di sini.
            “She’s try to kill me, Along!” beritahu Alisa.
            Aleya terkejut.”Who? Perempuan tua tu ke?”marah Aleya.
            Perlahan-lahan Alisa menganggukkan kepalanya.
            “Ini sudah melampau! Dia ingat dia siapa nak tentukan hidup mati kita! Sepatutnya tadi Along tampar muka anak dia sampai lebam lepas itu Along cabut rambut dia biar botak.” Marah Aleya mengingatkan insiden pagi tadi. Menyesal pulak tadi!
            “Apa!Along jumpa siapa?” soalnya ingin tahu
            “Anak sulong perempuan tu di Langkawi.”
            “Sofea!”
            “Ya. Mereka anak-beranak tu ada masalah mental ke? Perempuan itu ingat Along ni Acu. Ikut sedap mulut dia saja tuduh Along nak rampas Iskandar dari dia. I think she’s like him.”
            “Iskandar!” berkerut dahi Alisa. Rasanya macam pernah dengar nama itu. Alisa berfikir.
            “Anak Auntie Maria!”
            “ooo….Now I’m remember! Angah belum jumpa Iskandar lagi, handsome tak?” soal Alisa ingin tahu.
            “Huh, handsome memang la handsome tetapi perangai dia menyakitkan hati. Busybody. Apa la yang Si sofea tu nampak pada lelaki itu. Obsess sangat! Dia ingat Along ni suka pada lelaki tu. No way, sis! Sakit hati Along bila dia penampar Along.”
            “Dia tampar Along!” Bulat mata Alisa mendengar kata-kata Aleya tetapi senyuman terukir di bibirnya beberapa saat kemudian. “Berapa kali pula Along penampar dia pula.” Alisa kenal sangat dengan perangai kakaknya.
            “4 kali!” Aleya tersengih.
            Alisa ketawa bila mendengar jawapan kakaknya. “Malam ni pasti Si Sofea tu tak tidur malam.” Ketawa Alisa semakin kuat.
            “Apa yang lucu sangat ini sampai dari dalam bilik lagi ibu dengar kamu berdua ketawa? Siapa pulak yang kamu berdua kenakan ni?” sapa Munirah yang tiba-tiba berada di situ. Senyuman terukir di bibirnya melihat kehadiran anak sulungnya. Aleya pantas bangun dan mendekati ibunya. Dia memeluk ibunya dengan erat untuk melepaskan kerinduan yang menebal di dalam hatinya. Munirah menepuk lembut belakang anaknya. Sebenarnya dia juga sangat rindu pada Aleya. Hanya mereka saudara yang dia ada sekarang. Walauapa yang terjadi, dia akan melindungi anaknya.

                                                ***************************
            “Kau nak balik esok!” Khatijah terkejut. Pen yang dipegang tiba-tiba terhenti. Dia berjalan keluar dari stor makanan. Pada waktu itu dia sedang memeriksa stok makanan. Keputusan Munirah benar-benar di luar jangkaan. “Kau dah berbincang dengan dia ke? Cepatnya! Kenapa? Dia tetap tak nak bercerai dengan kau ke? Kan aku dah cakap, mustahi dia akan ceraikan kau.” Bebel Khatijah dengan panjang lebar.
            “Khaty, aku belum lagi berjumpa dengan dia.” Munirah mencelah.  Aku belum habis cakap lagi.  Dia dah menyampuk.
            “Habis tu, kenapa kau nak balik esok?” Dahi Khatijah bekerut hairan. Ada sesuatu yang berlaku di sana ke? Jika tak, tak mungkin Munirah akan membuat keputusan untuk pulang ke London dengan tergesa-gesa.
            “Perempuan tu …..Kartika! Dia upah orang untuk langgar Alisa.” Terang Munirah. Dia geram.
            “Apa! Memang dah melampau perempuan tu.”
            “Khaty, aku tak kisah apa yang dia buat kat aku tetapi jika perkara ini melibatkan nyawa anak aku. Aku tak boleh biarkan begitu saja.”
            “ Kan senang jika dari dulu kau report kat polis. Ini tidak, kau biarkan sahaja perempuan tu buat apa saja.”
            “Ya, memang salah aku. Sebab itu aku buat keputusan untuk pulang ke London esok. Tentang penceraian aku tu, aku biarkan lawyer aku uruskan. Aku dah suruh dia update kat aku jika ada apa-apa perkembangan.”
            “Baguslah. Sepatutnya dari awal lagi, kau dah balik ke sini. So, suami kau dah tahu kau nak balik ke sini.” Soal Khatijah.
            “Tak tahu! Aku tak beritahu dia pun. Biarlah.” Munirah sudah malas untuk memikirkan tentang suaminya
            “Tapi jika kau balik ke sini, bagaimana pula dengan Leya?” soal Khatijah. Tiba-tiba teringat tentang Aleya. Kan dia baru saja tiba di Malaysia.
            “Leya akan balik kemudian setelah kerjanya di sini selesai. Kemungkinan dia akan balik minggu depan.” Beritahu Munirah.
            “Baguslah kalau macam tu. Lagi cepat kat balik ke sini, lebih baik.” Khatijah menarik nafas lega.
            “Oklah! Esok aku call kau lagi sebelum nak berlepas.”
            “Ok!” Khatijah tersenyum.
           
                        ****************************************************

            Aleya menyiram pokok bunga yang berada di halaman rumah sambil mendengar lagu kegemarannya melalui mp3 player. Aleya tidak sedar ada dua orang lelaki berdiri di luar pintu pagar rumahnya. Sudah beberapa kali salam diberi namun tidak didengari oleh Aleya yang begitu asyik mendengar lagu One Nation Emcees, Apa Aku Kisah.
            “Uncle, kita masuk dulu.” Kata Zahari terus membuka pintu pagar yang tidak berkunci. Dato’ Syed Mohd Kadir hanya mengikuti Zahari. Sebenarnya dia masih belum sembuh sepenuhnya tetapi dia kuatkan juga untuk berjumpa Munirah dan memujuknya untuk tinggal di Malaysia.
            “Alina!’ Zahari terus memegang bahu Aleya.
            Aleya terkejut apabila bahunya dipegang dengan pantas satu tumbukan hinggap di muka Zahari. Zahari jatuh terduduk dan memegang muka yang masih terasa sakit akibat tumbukan dari Alina. Zahari tergamam.
            “Alina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dan terus berada di sisi Zahari.
            Aleya melihat mereka berdua. Siapa mereka ni?
            Zahari bangun sambil dibantu oleh Dato’ Syed Mohd Kadir. “What’s wrong with you, Lina?”
            “Kau yang masuk rumah aku tanpa beri salam selepas itu nak marah aku pulak! Hey, kau tahu tak kau dah ceroboh masuk rumah aku!”
            “Dah banyak kali aku beri salam tapi kau buat tak tahu saja.”
            Aleya terus memasukkan mp3 player ke dalam poket seluarnya. “Ada apa?” Aleya masih berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Siapa mereka ni?
            “Ibu kamu mana, Lina! Abah nak jumpa. Abah nak cakap sesuatu dengan ibu kamu.” Dato’ Syed Mohd Kadir bersuara.
            Abah! Aleya merenung lelaki tua itu. Dia bahasakan dirinya abah, jadi dia sebenarnya…..Paip air yang dipegangnya dibaling dengan kasar. “What  do you want again? You don’t have right to talk to my mother?” marah Aleya.
            Dato’ Syed Mohd Kadir dan Zahari terkejut dengan reaksi Aleya yang tiba-tiba naik angin. 
            “Lina, tujuan abah datang….”
            “Shut up!” jerit Aleya. Tiada langsung perasaan hormatnya pada lelaki itu.
            Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Nampaknya Alina benar-benar membenci dirinya. Sikap Alina berubah sama sekali.
            “Alina, kau jangan jadi anak kurang ajar. Kau sedar sikit siapa yang berdiri di hadapan kau sekarang ni! Ini ayah kau.” Zahari geram apabila Alina meninggikan suara pada Uncle Kadir. Sikap Alina sudah berubah. Semakin hari, dia semakin kurang ajar dengan Uncle Kadir.
            “Kau orang luar! Baik kau diam. Ayah! Aku tak ada ayah. Aku hanya ada ibu. Sejak aku lahir, hanya ibu yang menjaga aku! Dia tak layak nak mengaku dirinya seorang ayah.” Aleya menunding jarinya ke arah lelaki yang masih mendiamkan diri. Selepas apa yang terjadi pada ibu dan Angah, aku lebih membenci lelaki ini. Dia cuba bersabar tetapi kemarahan yang tersimpan di dalam hatinya tidak dapat ditahan lagi.
            “Alina! Kau sudah melampau!” marah Zahari.
            “Melampau! Kau kata aku melampau! Isteri kesayangan dia lagi melampau. Ibu kemalangan disebabkan dia. Aku hampir dilanggar disebabkan dia. Kalau kami mati, baru kamu semua puas hati kan!Keluar! Aku nak kau berdua berambus dari sini” Kemarahannya semakin membuak-buka.
            “Alina!” Aleya terkejut bila mendengar suara di belakangnya. Aleya menoleh ke belakang. Badannya tiba-tiba menjadi kaku. Ibu!
            Munirah perlahan-lahan berjalan mendekati mereka bertiga .“Alina, ibu tak pernah ajar kamu kurang ajar pada orang tua lebih-lebih lagi pada ayah kamu.”
            “Ibu, Lina takkan lupa apa yang mereka pernah buat kepada kita. Ibu dah lupa kea pa yang lelaki in pernah buat pada ibu. Bagaiman dia melayan ibu  dulu? Kata-kata kesat yang pernah dilemparkan pada ibu? Ibu dah lupa ke semua itu.”
            “Alina, itu kisah lama ibu. Kamu tak ada kena mengena langsung. Ini hal kami.” Munirah tahu Aleya berdendam dengan ayah kandungnya sendiri.
            “I’m your daughter! Sudah pasti Lina ada kena-mengena dalam hal ini.”
            “Lina! Let me talk!” Suara Munirah berubah tegas.
            Aleya terdiam.
            “Ada apa lagi?” Munirah bersuara sebaik sahaja berhadapan dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Betul ke Munirah akan balik ke London esok?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir dengan lembut.
            “Ya.” Ujar Munirah dengan ringkas.
            “Why?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir masih tidak berpuas hati. Mata wanita itu direnungnya.
            “Awak tahu kan kenapa Munirah kena pergi dari sini.”
            “Munirah, abang janji! Abang takkan benarkan Kartika mengganggu Munirah dan Alina lagi. Abang janji , abang akan lindungi Munirah dan anak kita dengan nyawa abang.” Dato’ Syed Mohd Kadir cuba menyakinkan Munirah. Dia tidak mahu kehilangan Munirah dan Alina sekali lagi. Cukuplah 26 tahun mereka berpisah.
            “Boleh percaya ke?” Aleya mencelah. Munirah memegang tangan Aleya dengan erat. Aleya menoleh apabila tangannya digenggam erat. Aleya faham kenapa ibunya memang tangannya secara tiba-tiba.
            “Lina mesti percaya pada abah! Abah sayangkan ibu Lina dan Lina sepenuh jiwa abah. Abah tak boleh hidup tanpa kamu berdua. Di dunia ini hanya Munirah dan Alina sahaja keluarga abang.”
            Aleya tersenyum sinis. Dia hendak bersuara tetapi niatnya terhalang apabila tangannya digenggam erat oleh ibunya.
            “Awak! Berilah peluang pada Kartika. Mungkin selepas ini dia akan berubah. Sebagai suami, awak sepatutnya membimbing Kartika ke jalan yang benar. Apa sahaja kesalahan dia, awak maafkan sahaja. Kita sebagai manusia di muka bumi ni, tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Berilah peluang pada Kartika untuk menjadi isteri yang baik dan sempurna.” Nasihat Munirah. Hubungan dia dan Dato’ Syed Mohd Kadir takkan berhasil. Dia sedar siapa dirinya. Dia tidak pernah pun mengimpikan hidup bersama Dato’ Syed Mohd Kadir lagi walaupun dia akui dia masih mencintai lelaki itu selepas apa yang pernah Dato’ Syed Mohd Kadir lakukan pada dirinya.
            “Munirah, kenapa kamu mesti fikirkan pada Kartika? Kenapa? Awak tahu kan hubungan abang dengan Kartika macam mana! Susah sangat ke Munirah beri peluang pada abang untuk tebus semua kesilapan abang selama ini. Munirah kan sudah maafkan abang, kenapa abang tak boleh beri peluang pada abang?”
            “Memang betul Munirah sudah maafkan abang tetapi itu tidak bermaksud Munirah akan terima abang kembali. Hubungan kita sudah berakhir sejak 26 tahun yang lalu. Munirah bukan wanita pilihan awak. 26 tahun yang lalu, awak sudah membuat pilihan. Pilihan awak adalah Kartika bukan Munirah. Apa yang berlaku Munirah terima dengan hati yang terbuka!” ujarnya dengan lembut. Munirah merenung lelaki itu.
            “Awak! Munirah takkan halang awak berjumpa dengan Alina. Munirah nak selesaikan semuanya dengan baik. Selepas kami pulang ke London, peguam Munirah akan selesaikan proses penceraian kita. Perkahwinan kita dahulu adalah kesilapan jika Munirah turut sama membantah rancangan keluarga kita untuk menjodohkan kita pasti semua ini takkan terjadi tetapi semua ini telah berlaku. Kita tidak boleh patah balik lagi. Kita perlu pandang ke hadapan dan meneruskan kehidupan kita tanpa penyesalan dan jadikan ia sebagai pengajaran. Baliklah awak! Balik ke sisi, Kartika. Wanita yang telah awak pilih untuk dijadikan isteri awak seumur hidup awak.” Munirah tersenyum. Aleya melihat ke arah ibunya. Aleya yakin ibunya masih mencintai lelaki ini. Sayu hatinya mendengar kata-kata ibunya.
            “Lina! Jom masuk! Tutup air tu dulu.” Kata Munirah melihat air yang mengalir keluar dari paip air yang digunakan oleh Aleya untuk menyiram pokok bungannya. Perlahan-lahan Munirah melangkah masuk ke dalam rumah. Pantas Aleya menutup paip air mengalir sebelum membantu ibunya masuk ke dalam rumahnya. Dia tidak mempedulikan Dato’ Syed Mohd Kadir dan Zahari yang masih berdiri di situ.
            “Uncle!” Zahari memegang lembut bahu Uncle Kadir. Dia simpati melihat nasib Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Uncle Kadir.
            Tiada apa-apa reaksi dari Dato’ Syed Mohd Kadir, matanya masih melihat kelibat isteri dan anaknya masuk ke dalam rumah. Dia tahu dia telah lukai hati Munirah sebab itu dia ingin memulakan hidup baru bersama Munirah dan menebus kembali kesalahan yang pernah dia lakukan pada Munirah.

                                    ****************************************

            “Mama!” jerit Sofea sebaik saja masuk ke dalam bilik ibunya. Pintu bilik ditutup dengan kasar. Kartika yang sedang menyikat rambutnya di hadapan meja solek terkejut dengan jeritan Sofea.
            “Kau ni kenapa? Tak boleh ke kalau masuk bilik mama beri salam ke? Ketuk pintu ke? Ini tidak main redah masuk saja.” Bebel kartika.
            “Mama! Mama tengok muka Sofea ini.” Sofea terus mendekati ibunya dan menunjukkan kedua-dua belah pipinya yang lebam akibat ditampar oleh Alina pagi tadi.
            “Kenapa lembam macam ni?”
            “Alina, mama! Alina yang tampar Sofea.” Sofea mengadu. Pasti mama takkan lepas Alina begitu saja.
            “Apa!” Kartika terkejut. Berani anak Munirah penampar muka anak aku!
            “Alina cuba rampas Abang Is dari Sofea, mama!”
            “Apa! Macam mana Sofea tahu Alina cuba rampas Iskandar dari Sofea?” Dahi Kartika berkerut.
            “Sofea dapat tahu Abang Is berjumpa dengan arkitek yang mereka Hotel 5 Bintang di Langkawi. Sofea ikut Abang Is sehingga ke Langkawi, sebaik saja sampai di hotel penginapan Abang Is, Sofea tanya bahagian receptionist , mereka beritahu Abang Is ada di Coffea House yang terletak di seberang jalan. Sofea pergi la dan Sofea terjumpa Alina di luar Coffee House itu. Bila Sofea tanya Abang Is di mana? Dia cakap tak tahu. Itu yang buat Sofea geram dan terus penampar Alina tetapi dia balas balik. Dia tampar Sofea sebanyak 4 kali, mama! Tengok muka Sofea dah jadi macam mana!”
            “Jadi Sofea nampak Alina bersama Iskandar?”
            “Taklah. Sofea yakin sebab apa Alina berada di Langkawi! Dia cuba nak merampas Iskandar dari Sofea selepas dia gagal merampas Dr. Nazri dari Su.”
            Kartika menggelengkan kepalanya beberapa kali. Memang patut pun Sofea ni kena penampar. Buat telahan ikut suka hati dia saja. “Untuk pengetahuan Sofea, Alina tak ada apa-apa hubungan dengan Iskandar sebabnya mereka tidak pernah berjumpa lagi. Macam mana mereka nak menjalinkan hubungan sedangkan mereka belum berjumpa lagi.”
            “Macam mana mama tahu semua ni?” Sofea masih tidak percaya.
            “Mama tahu la. Mama ada sumber mama sendiri. Sofea tak payah kusutkan kepala pasal semua ini.”yakin Kartika.
            “Tapi kenapa Alina ada di Langkawi?”
            Wajah Kartika berubah apabila mendengar pertanyaan anaknya. Ya, kenapa Alina berada Langkawi? Sanggup pula dia tinggalkan ibunya yang sakit. Dahi Kartika berkerut.
            “Tetapi mama, Sofea masih tidak berpuas hati. Sofea tidak boleh biarkan dia tampar Sofea dengan percuma.”
            “Sofea! Dengar sini, esok mereka dua beranak akan balik ke London. Mama tak mahu Sofea gagalkan rancangan mama. Jika mereka berdua balik ke London, Sofea tak payah risau tentang Iskandar. Tiada siapa akan merampas Iskandar dari Sofea.” Kartika tersenyum.
            Sofea menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia tersenyum lebar. Kata-kata ibunya sebentar tadi menggurangkan sedikit gusar di dalam hatinya.

                                                ****************************

            “Angah, masuk dulu! Ibu ada hal nak cakap dengan Along.” Beritahu Munirah. Dia menyuruh Alisa masuk dulu. Alisa hanya menganggukkan kepala.
            “Take care, sis!” Alisa melambai ke arah kakaknya sebelum melangkah masuk ke balai berlepas. Dia akan menunggu ibunya di dalam.
            “Along, ibu nak Along berhati-hati semasa berada di sini. Along faham kan!”
            Aleya menganggukkan kepalanya. Sekejap saja dia berjumpa dengan ibunya, sekarang ini ibunya akan balik ke London. Hatinya sedih.
            “Jaga makan minum baik-baik! Jangan tidur lewat. Selepas urusan di sini selesai, Along mesti pulang segera ke London ye!” kata Munirah. Sebenarnya dia bimbang untuk meninggalkan Aleya seorang diri di sini tetapi jika dia tinggal di sini, keadaan akan bertambah buruk. Dia berharap tiada apa-apa akan terjadi pada anaknya.
            “I know! Don’t worry about me! Bila dah sampai London, ibu call Along ye!” Munirah terus memeluk Aleya dengan erat. Beberapa saat kemudian Munirah melepaskan anaknya dari pelukannya.
            “Munirah!” Serentak mereka berdua berpaling. Munirah dan Aleya terkejut dengan kehadiran Dato’ Syed Mohd Kadir di situ. Dato’ Syed Mohd Kadir melangkah laju menghampiri Munirah dan terus memegang tangan Munirah. Dia menggengam erat tangan Munirah. Munirah tergamam. “Abang merayu Munirah jangan tinggalkan abang. Semalaman puas abang berfikir, abang takkan berpisah dengan Munirah lagi. Abang akan ikut Munirah ke London. Kita mulakan hidup baru di sana.”
            Bulat mata Aleya mendengar keputusan lelaki yang sedang memegang tangan ibunya. Bibir Aleya terketar-ketar menahan geram. Pantas Aleya menepis tangan Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang memegang tangan ibunya. Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dengan tindakan Aleya. Zahari dan Dr. Nazri juga tergamam melihat reaksi Aleya.
            “Ikut ibu pulang ke London! Are you crazy?” marah Aleya. Dia terus berdiri di hadapan ibunya.
            “Lina, abah hanya mahu mulakan hidup baru bersama ibu Lina dan Lina. Itu saja yang abah pinta.”
            “Sudah terlambat!” marah Aleya. Dia merenung lelaki yang berbaju t-shirt biru itu. Bencinya pada lelaki ini semakin menebal. Aku tak boleh biarkan ibu terluka lagi. Cukuplah …
            “Awak! Cuba bertenang! Berfikir secara rasional, jangan ikutkan hati sangat! Antara kita takkan ada apa-apa. Munirah tak kisah jika kita berkawan tetapi untuk hidup bersama, itu takkan berlaku.” Kata Munirah dengan lembut.
            “Munirah, tolonglah! Beri abang peluang. Abang sanggup buat apa saja asalkan Munirah dapat menerima abang dalam hidup Munirah. Abang ingin menjadi sebahagian hidup Munirah. Itu saja. Besar sangat ke permintaan abang ni!” pujuk Dato’ Syed Mohd Kadir lagi. Dia sudah bertekad yang dia akan mengikut Munirah ke London.
            Munirah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kenapa suaminya masih berdegil? “Baliklah! Jangan kusutkan lagi keadaan. Tak puas hati lagi ke awak seksa Munirah selama ini? Apa yang awak mahu lagi? Cukuplah, Dato’ Kadir. Baliklah ke sisi Kartika. Tak guna awak berperangai seperti ini.Antara kita tiada masa depan. Terimalah kenyataan.” Mata Munirah sudah mulai berair namun dia cuba menahannya.
            Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Badannya kaku. Dia tak sangka niatnya untuk berbaik semula dengan Munirah disalah ertikan. Dia tak pernah berniat untuk menyeksa Munirah. Apa yang dia mahu adalah untuk membahagiakan Munirah. Dato’ Syed Mohd Kadir merenung Munirah. Pandangan Munirah pada dirinya lain. Dia tak mahu Munirah membencinya. Mungkin aku patut lepas Munirah. Dato’ Syed Mohd Kadir menundukkan kepalanya. Hatinya sedih.
            “Ibu masuk dulu!” kata Aleya menoleh ke arah ibunya. Ibunya perlu pergi sekarang sebelum lelaki itu berubah fikiran.
            Munirah tersenyum dan berjalan-jalan perlahan-lahan meninggalkan mereka. Dia menoleh ke belakang melihat Dato’ Syed Mohd Kadir yang masih tercegat di situ tanpa bergerak walau seinci pun. Selamat tinggal, abang!
            Zahari menghampiri Uncle Kadir. Dia memegang bahu Uncle Kadir untuk memberi semangat. Zahari melihat Aleya yang masih merenung mereka berdua. Renungan wanita ini tidak sama seperti wanita yang dijumpainya beberapa hari yang lepas. Semakin hari perangai Alina semakin pelik.
            Dr. Nazri menghampiri Alina. “Jadi awak sudah buat keputusan untuk balik ke London!”
            Dahi Aleya berkerut. Siapa lelaki ini? “Ya!” tegas Aleya. Matanya dialihkan pada ibunya yang sedang berjalan masuk ke balai berlepas. Aku mesti masuk ke balai berlepas jugak jika tidak mereka akan hairan kenapa aku tak ikut ibu pulang ke London tetapi masalahnya sekarang ni aku mana ada tiket. Aleya mula gelabah.
            “Uncle! Uncle!” jerit Zahari apabila Dato’ Syed Mohd Kadir tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. “Nazri!” panggil Zahari.
            Dr. Nazri  berpaling dan terkejut melihat Dato’ Syed Mohd Kadir yang sudah rebah tidak sedarkan diri. Segera dia mendail no telefon hospitalnya. Pantas dia menghampiri dan memeriksa nadi Dato’ Syed Mohd Kadir. Zahari resah. Aleya tercengang dan dia menoleh ke arah ibunya.

            Langkah Munirah terhenti bila melihat Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang terbaring di lantai. Kakinya tiba-tiba menjadi kaku.

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...