Wednesday, October 1, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 9

BAB 9

            Langkah diatur dengan berhati-hati. Hish ….mana dapur ni? Besar betul istana ni. Dari tadi aku cari, tak jumpa lagi. Rumah besar tapi penghuni hanya beberapa orang saja. Tak rasa sunyi ke? Tak rasa rugi ke buat rumah besar macam ni. Kalaulah aku tinggal di sini, boleh jadi orang gila. Iyelah, nak kemas rumah mesti ambil masa sebulan. Nak sapu lagi, boleh patah pinggang aku. Nasib baiklah rumah aku kecil saja. Biar kecil tapi hati senang.

            “Cik Villa.” Tegur Tuti. Tiba-tiba ada di belakang Villa.

            “Tuti! Terkejut saya.” Villa tersenyum melihat Tuti. Dia menarik nafas lega.

            “Cik Villa cari apa?” soal Tuti.

            “Ada tali raffia tak? Saya ada bawa tapi tak cukup. “

            “Ada. “ Tuti bergerak ke dapur diekori oleh Villa. Kakinya kaku sebaik sahaja melangkah masuk di dapur. Besarnya. Lebih besar dari dapur aku. Agaknya 4 kali ganda lebih besar. Dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan  dapur. Peti sejuk pun ada tiga. Wah, memang besar giler. Bersih dan teratur. Atau lebih tepat lagi …. Mewah dan elegan. Kabinet yang menggunakan material kaca 4Gpula dipasang dari atas hingga bawah. Konsep dapur moden memang sesuai dengan struktur rumah ini. Dengan adanya simbahan down light di sekeliling dapur nampak lebih menarik lagi. Villa masih lagi terpegun.



            “Cik Villa. Ini tali rafia.”

            Villa terkejut. “Terima kasih. Nanti saya ganti balik. Tuti, panggil Kak Villa saja, Tak payah nak cik-cik dengan saya. “

            Tuti hanya tersenyum.

            “Tuti, takkanlah awak seorang saja bekerja di sini?” soal Villa. Sejak dia datang sini, dia tak nampak orang gaji lain selain Tuti. Pelik.

            “Sebenarnya ada 3 orang tapi dah berhenti. Bulan depan, baru orang gaji baru datang.”

            “Berhenti. Saya tahu, ini mesti sebab tak tahan dengan perangai putera raja tu, betul tak? Demand lebih. Siapa nak tahan? Mulut tu bila buka saja, boleh bernanah telinga kita ni. Asyik nak cari salah orang saja. Kalau saya, saya pun tak tahan. Sehari kerja, esok terus packing baju.” Sempat lagi Villa mengata. Bukannya aku sengaja reka cerita tetapi memang hakikat.

            Tuti ketawa kecil. Kata-kata Villa mencuit hati.

            “Saya respect kat awak, Tuti. Masih lagi kerja di sini . Dah lama kerja di sini?”

            “Dah 6 tahun.” Jawab Tuti.

            “Lama tu. Patutlah cara Tuti cakap dah macam orang sini.”

            “Tuti!”  Raja Awwadi muncul secara tiba-tiba di dapur. Dia terkejut melihat Villa ada di situ.

            “Ya, Tuan.”

            “Nenek I panggil. Di bilik tidur. Cepat.” Beritahu Raja Awwadi dengan nada tegas.

            Bergegas Tuti meninggalkan mereka berdua.

            Villa menelan air liur. Kelat! Rasa seram sejuk bila mamat Audi ni ada.  Dia tak pergi kerja ke? Hish …..tunggu apa lagi, baik aku blah. Baru setapak melangkah.

            “You buat apa di sini?” soal Raja Awwadi dengan kasar. Matanya tak lepas merenung Villa.

            “Aaaa….I pinjam tali rafia.” Villa menunjukkan tali rafia yang ada di tangan sebagai bukti.

            “Betul ke? Atau you sibuk gossip dengan Tuti. Maklumlah, perempuan bila jumpa hanya tahu gossip saja. Nak tahu itu ini. Mulalah nak mengumpat. Tahu tambah dosa saja.” Perli Raja Awwadi.

            Villa tersenyum. Aku dah agak. Mamat Audi ni dah mula start nak smash aku.  Nampak aku saja, ada saja tak kena. Tahu-tahu saja, aku mengata dia tadi. Mamat ni telinga lintah ke? Meremang bulu roma aku. Villa teringat pesanan Kak Liza. Jangan cari pasal dengan Raja Awwadi. Buat tak tahu saja.

            “Yang you tersengih, kenapa?”

            “No comment.” Jawab Villa masih tersenyum.

            Raja Awwadi mengetap bibir.  Rasa mendidih darah dengar jawapan dari Villa. Last-last aku juga yang sakit hati.

            “I have to go. “ kata Villa. Kalau aku duduk lama di sini,  lebih teruk aku kena smack down.

            “Nak ke mana?”

            “Sambung kerja.” Jawab Villa hairan.

            “I nak you buat coffee untuk I.” kata Raja Awwadi. Dalam hati, dia tersenyum.



            “Me! Why?” Villa masih terpinga-pinga. Dia nak aku buat air? Aku ni orang gaji dia ke? suka hati dia nak arah orang.

            “You nampak ada orang lain di sini ke? So you kena buat air untuk I. Cepat. ” Raja Awwadi memberi arahan. Dia menarik kerusi dan terus duduk.

            “Tuti ada. Tunggulah sekejap. “

            “I dah lewat, you tahu tak. Cepat buat. I tak ada masa nak tunggu.”  Tiba-tiba Raja Awwadi menghentak meja dengan tangannya. Matanya bulat memandang Villa.

            Villa terkejut. Hampir saja jantungnya tersentap keluar . Villa, kau buat jerlah. Kau kena ingat pesanan Kak Liza. Sabar! Walauapapun kena sabar, 3 minggu jer. Lepas ni kau tak payah jumpa mamat Audi ni lagi. Sabar Villa, sabar itu separuh dari iman. Ingat tu.  Tanpa banyak soal, Villa mengambil mug. Satu persatu laci di dapur dibuka. “Aaa….You tahu tak, mana gula?” soal Villa.

            “I owner rumah ni bukannya orang gaji. You ada mata kan. Cari sajalah. Sepatutnya orang perempuan tahu mana barang-barang dapur disimpan. You tak pernah masuk dapur ke?” Dia masih memerhati gelagat Villa.

            Villa mengetap bibir. Ewah….Ewah….jawapan mamat ni boleh berasap telinga aku. Ini first time aku jejakkan kaki di sini. Manalah aku tahu mana Tuti simpan gula. Argh ….geramnya. Sabar Villa! Sabar! Akhirnya Villa jumpa balang gula, dengan segera Villa membancuh.

            “Ini coffee you. ” Villa meletakkan mug di hadapan Raja Awwadi. “Kalau tak ada apa-apa lagi, I gerak dulu.”

            “Wait. I nak rasa dulu.” Raja Awwadi terus minum. Air mukanya berubah. “Hey bunga kertas, you nak I kena kencing manis ke? Berapa sudu gula you letak, hah? Buat sekali lagi.” Marah Raja Awwadi.

            Villa terkejut. “Manis! Saya letak gula sikit saja. Tadi saya rasa okey saja.” Jawab Villa hairan. Sikit saja aku letak gula tapi macam mana boleh manis pulak.

            “Atau you yang ada penyakit kencing manis. Buat sekali lagi. Cepat.”

            Villa membetulkan cermin mata berbingkai hitam miliknya. Sekali lagi, dia buat air coffee untuk Raja Awwadi.

            “Kenapa tak rasa apa-apa? You tak letak gula ke? You nak I minum pahit macam ni ke? Buat sekali lagi.” Tegas Raja Awwadi. Dia merenung Villa seolah-olah ingin ditelan hidup-hidup. Mug diletak dengan kasar.

            Air muka Villa berubah. Bibir diketap rapat.  Villa merenung air coffee yang ada dihadapanya. Rasanya dah 10 kali aku buat air kat mamat ni. Ada saja tak kena. Terlebih letak coffee la, air sejuk la, air terlebih panas ler, creamer kena bubuh banyak, air letak sedikit saja la. Banyak cekadak betul mamat ni. Aku tahu dia sengaja nak kenakan aku. Sabarlah Villa, kalau kau lawan …..teruk akibatnya.

            “Ini airnya.” Villa tersenyum.

            Raja Awwadi minum air coffee dan reaksi Raja Awwadi masih sama seperti tadi. “You buat air apa ni? Kenapa rasa lain? Betul ke ini coffee …. You tahu ke tak buat coffee?” Marah Raja Awwadi. Hatinya gembira melihat Villa kena marah. Baru dia tahu siapa aku sebenarnya.

            Villa masih kaku berdiri di situ. Memang confirm aku kena buat sekali lagi. Walau beribu kali aku buat, mesti ada tak kena. Hish…pening kepala aku. Bila dia nak blah?Dia tak pergi kerja ke? Tadi cakap dah lewat nak pergi kerja, tapi sekarang ni releks saja. Villa mengambil mug itu.

            “Adi, kenapa Adi suruh Villa buat air untuk Adi? Villa bukan orang gaji. Kalau nak apa-apa, minta saja kat Tuti.” Tegur Raja Khalida. Kebetulan dia melangkah masuk ke dapur diekori oleh Raja Khatijah dan Tuti. Dari jauh, dia sudah dengar suara cucu tunggalnya.

            Raja Awwadi terdiam.

            “Villa beri mug tu kat Tuti. Pergi sambung kerja sekarang.” Raja Khalida memberi arahan.

            Villa senyum meleret. Kalau ikutkan hati, mahu aku lompat . Nasib baik Puan Sri ada, nasib aku terbela jugak. “Terima kasih, Puan Sri. You’re the best.” Kata Villa dengan suara riang. Dia melangkah laju meninggalkan dapur sebelum itu dia sempat mengenyitkan mata pada Raja Awwadi. Mesti mamat ni kena marah! Sukanya …..

            Raja Awwadi mengetap bibir. Geram. Sekarang ni, bolehlah kau lari. Mustahil aku akan lepaskan kau.

            “Kenapa Adi buat Villa macam tu? Takkanlah disebabkan Villa terlanggar kereta Adi hari tu, Adi dendam dengan Villa. Kos repair …..Villa dah bayar. Kenapa Adi masih tak puas hati?” Kisah antara Raja Awwadi dan Villa , dia tahu.

            “Nenek, jangan terpedaya dengan tipu helah perempuan tu. Dia berlakon saja. Pura-pura baik di depan kita tetapi dia ada niat lain sebenarnya. Adi akan buktikan pada nenek, instinct Adi selalu tepat. “

            “Sudah-sudahlah dengan instinct Adi tu. Nenek tengok Villa tak kacau Adi pun. Dari pagi hingga petang, dia buat kerja dia saja. Nenek tengok Adi yang kacau dia.” Raja Khalida menggeleng kepala. Semakin menjadi-jadi perangai Adi. Teruk Villa dibuli.

            “Entah-entah …..dalam diam, Adi suka Villa ….betul tak? Sebab tu, Adi suka kacau dia.” Raja Khatijah mencelah. Dia tersengih.

            “Me! Like her? You must be joking, right.  Nenek Tijah tengok penampilan dia kan! Selekeh. Kami macam langit dan bumi. Layak ke dia berdiri di sebelah Adi? Dia tu siapa? Hanya kerja florist plus tukang kebun. “

            “Penampilan boleh diubah, Adi.” Tegur Raja Khatijah.

            “Adi, tak baik buruk sangka dengan orang. Boleh timbul fitnah, tahu tak?” masihat Raja Khalida. Dia sudah mati akal melayan kerenah Raja Awwadi. Tak habis-habis prasangka buruk dengan perempuan.

            “Nenek, Adi dah lewat. Ada meeting sekejap lagi.” Raja Awwadi mengubah topic. Dia terus bersalam dengan Raja Khalida dan Raja Khatijah sebelum melangkah pergi.

            “Apa nak jadi dengan Adi ni? Semakin menjadi-jadi. Kalau kita tak datang tadi, entah apa dia buat kat Villa tu.” Raja Khalida mengeleng kepala beberapa kali.

            Raja Khatijah hanya mampu melepaskan keluhan. Dia sudah tak tahu nak kata apa-apa lagi.

                                    *******************************************

            Langkah Villa terhenti. Matanya terkebil-kebil melihat kereta perodua kancil yang diblok dengan beberapa buah kereta. Villa menggenggam erat tangannya. Macam mana aku nak balik ni? Mamat Audi ni dah melampau. Ada ke patut dia blok kereta aku. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku. Argh …tension aku dengan mamat ni!

            Raub dan kawan-kawannya cuba menolak kereta Range Rover Evoque tetapi gagal.



            “Kak Villa, dia tarik hand brek. Kalau dia tak tarik, boleh kami tolak. Rasanya kita kena minta kunci dari Tuti? Mungkin dia ada spare key.” Kata Raub. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Bukan saja belakang kena blok. Kiri dan kanan kena blok jugak.

            “Biar saya pergi minta kat Tuti.” Kata Aiman.

            “Thank you, Aiman.” Villa tersenyum.

            “Kak Villa, saya tanya sikit boleh tak?”

            “Tanya apa?”

            “Apa masalah Kak Villa dengan cucu Puan Sri? Kami semua nampak cara dia cakap dengan Kak Villa. Macam nak cari gaduh saja. Tengok sekarang ni, dia sengaja blok kereta Kak Villa. Kak Villa memang kenal  dengan Raja Awwadi tu ke?”

            “Taklah kena sangat. Hari tu akak terlanggar kereta dia. Mungkin dia masih marah dengan akak kot.  Akak dah bayar kos repair. Minta maaf pun dah. Akak tak tahu apa dia nak lagi dari akak.”

            Tuti dan Aiman mengatur langkah mendekati mereka.

            “Aiman ada tak?” soal Raub.

            “Tak ada, Raub. Kunci kereta Mazda CX-5 dan Volkswagen Golf pun tak ada.” Beritahu Aiman.



            “Rasanya Tuan Adi bawa sekali dengan dia. Nak saya call Tuan Adi ke?” Tuti mencelah.



            Villa melepaskan keluhan dengan kuat. “Tak payah, Tuti. Mustahil dia akan bagi kunci kereta tu. Saya balik naik teksi sajalah.” Villa masih lagi tersenyum. Anggap saja dugaan hidup.

            “Kami boleh hantar Kak Villa. Van tu masih boleh muat seorang lagi.” Kata Raub. Kasihan pulak dengan Kak Villa. Takkanlah nak biarkan Kak Villa balik naik teksi seorang diri.

            “It’s okey, Raub. Akak boleh balik sendiri. Lagipun rumah akak tu jauh tambah pulak dengan traffic jam, entah pukul berapa nak sampai.”

            “Tapi Kak Villa ….”

            “No need. Akak boleh balik dengan teksi saja.” Tegah Villa. Dia tak nak susahkan mereka semua.

            “Villa, ini kunci kereta. Villa boleh balik guna kereta ni.”

            Serentak mereka berpaling dan terkejut dengan kehadiran Raja Khalida dan Raja Khatijah.

            “Kereta! Tak apa, Puan Sri. Saya boleh naik teksi saja.”

            “Ambilah, Villa. Lagipun,  semua ni berpunca dari Adi kan.” Pujuk Raja Khatijah.

            “Tak apa, Datin. Hal kecil saja. “ Villa masih menolak pertolongan mereka berdua.

            “Ini arahan dari saya, Villa. Ambil kunci ni.” Raja Khalida menarik tangan Villa dan meletakkan kunci kereta BMW M4 dalam genggaman Villa. “Take it and  go home.” Tegas Raja Khalida.  Wajahnya serius.



            “Ok. Thank you, Puan Sri. Esok saya pulangkan balik.” Villa tersenyum. Mampuslah aku selepas ni. Kalau Puan Sri tahu, pasti mamat Audi tu kena marah nanti. Lepas tu makin bertambah dendam mamat Audi tu kat aku, bertambah lagi masalah aku selepas ni. Entah apa mamat Audi tu nak buat kat aku.Rasa macam nak nangis saja. Dia masih berlagak seperti biasa. Di dalam hatinya, perasaan gelisah mula menguasa jiwanya.Villa masih cuba tersenyum.

                                                *******************************

           

            Raja Awwadi melangkah keluar dari High Club yang merupakan kelab kegemarannya. Sekilas mata melirik ke jam tangan. Baru pukul 12.30 tengahmalam. Selalunya selagi jam tak pukul 4.00 pagi, jangan haraplah dia nak balik. Setiap malam dia akan berhibur di sini. Cara yang terbaik lepaskan tension. Tetapi malam ni, dia tak mood untuk berhibur dengan rakan-rakannya. Raja Awwadi melihat sekeliling. Masih ada kereta yang lalu lalang di situ. Dia mendongak ke langit. Gelap. Tiba-tiba senyuman lebar menghiasi wajah Raja Awwadi. Macam mana kau balik tadi, bunga kertas? Padan muka!Dia sengaja blok kereta Villa. Kunci kereta diambilnya supaya mereka tak dapat ubah kereta. Biar dia tahu, akibatnya kalau nak lawan dengan aku. Ini Raja Awwadi.

            “Bos, kenapa hari ni bos asyik senyum saja? Pelik saya tengok.” Fairuz hairan dengan sikap Raja Awwadi. Selalunya setiap kali datang sini, beberapa gelas minum keras diminumnya sehingga terpaksa aku tegah tetapi hari ni pelik betul perangai bos aku. Sebiji gelas tak disentuhnya. Sejak dari tadi, dia hanya tersenyum seorang diri. Lepas tu, tiba-tiba nak balik. Kalau tak, jangan haraplah. Tapi, aku hairan.

            “Salah ke?” soal RajaAwwadi. Dia merenung  Fairuz.

            “Memang tak salah bos tapi you look different. Mesti ada perkara menarik yang berlaku hari ni, betul tak bos.” Teka Fairuz.

            “Ya. Tapi I tak boleh beritahu you sekarang, nanti I cerita. Hari ni I nak balik awal.  See you on Monday, Fairuz.”  Raja Awwadi tersenyum . Dia membuka pintu kereta Lamborghini Huracan berwarna biru miliknya. Enjin kereta mewah itu dihidupkan. Kereta Lamborghini Huracan bergerak laju meninggalkan kelab.

            Fairuz menggaru kepala yang tak gatal beberapa kali. “Pelik! Memang pelik!” Matanya masih memerhati kereta mewah Raja Awwadi hilang dari penglihatannya.

           
                                                ************************

            Kereta Lamborghini Huracan bergerak perlahan dan berhenti . Cermin kereta diturunkan. Raja Awwadi tersenyum melihat kereta Perodua Kancil yang masih ada di situ.  Dia gembira. Kemenangan berpihak dengannya hari ini.


            Raja Awwadi mempakirkan kereta di dalam garaj. Dia bersiul seraya berjalan masuk ke dalam rumah.

            “Raja Awwadi Mukriz.”

            Langkah Raja Awwadi terhenti. Dia berpaling.  Air muka berubah. Selalunya kalau nenek panggil aku dengan nama penuh itu tandanya nenek tengah marah kat aku. Apa halnya? Aku balik awal hari ini. Mabuk pun tak.

Raja Awwadi mendekati Raja Khalida dan Raja Khatijah  yang sedang duduk di ruang tamu. “Adi tak mabuk hari ni, nenek.” Beritahu Raja Awwadi.



            “Nenek tahu. Sekarang ni nenek nak tahu, kenapa Adi blok kereta Villa?” Tepat anak matanya merenung Raja Awwadi.

            Raja Awwadi terkejut. Macam mana nenek boleh tahu? Ini mesti kerja perempuan tu.  Berani dia beritahu nenek. Raja Awwadi mengetap bibir.

            “Apa masalah Adi sebenarnya? Kenapa Adi buli Villa?” soal Raja Khalida. Dia tak suka Raja Awwadi kacau Villa.

            “Nenek! Adi ni cucu nenek. Kenapa nenek backing sangat bunga kertas tu?” Raja Awwadi tak puas hati.

            “Sebab Adi yang salah kali ni. Nenek beri last warning, jangan kacau Villa. Faham tak? “

            “Nenek!” Raja Awwadi tercengang. Kenapa dengan nenek ni? Tiba-tiba backing bunga kertas tu. Apa bunga kertas tu dah buat sampai nenek backing  dia dari aku? Aku cucu nenek.

            “Last warning, Adi! Remember! Sekarang, Nenek nak Adi alihkan kereta  Adi. Kalau tak, nenek akan beri kereta kesayangan Adi tu kat Villa. “ ugut Raja Khalida.

            Raja Khatijah hanya mendiamkan diri.

            “What! Itu kereta Adi. Nenek tak boleh bagi kat orang sesuka hati. That’s my car.” Membulat anak mata Raja Awwadi. Kereta Ferarri F12 adalah kereta kesayangannya. Tiada siapa yang boleh sentuh selain aku.



            “Tapi nenek yang beri sempena birthday Adi kan. So nenek berhak ambil balik.  Itu duit nenek.” Tegas  Raja Khalida. Dia sengaja menggunakan kelemahan cucunya.

            “Nenek tahu tak, itu buruk siku namanya.”

            “Itu hanya simpulan bahasa saja. I don’t care.  Sekarang ni Adi nak dengar cakap nenek atau tak?”  Nada suara Raja Khalida tinggi. Wajahnya serius. Dia sedang menanti jawapan dari Raja Awwadi.

            Beberapa saat, Raja Awwadi berfikir. “Ok, Fine!” jawab Raja Awwadi. Takkanlah aku nak biarkan bunga kertas tu dapat kereta aku. Argh, jangan haraplah. Dari pakai kereta buruk tu tiba-tiba pakai kereta Ferrari , nanti bertambah lemak bunga kertas tu. Baiklah, aku mengalah demi kereta kesayangan aku.

            “Good! Itu jawapan yang nenek nak dengar. Sekarang, alihkan kereta Adi.”

            “Ya.” Raja Awwadi membuat mimic muka. Masih tak puas hati.  Walaupun berat untuk melangkah tetapi dia terpaksa. Jika ikutkan hati, tak ingin aku nak alihkan kereta aku. Biar reput kereta buruk tu di situ. Jadi besi buruk. Tak apa,tunggulah nasib kau esok. Tahulah aku ajar kau esok. Tak sabar aku nak tunggu esok.

            “Kak Long, Tijah rasa Adi takkan biarkan Villa begitu saja. Entah apa dia nak kenakan Villa esok. ” Raja Khatijah bersuara selepas Raja Awwadi meninggalkan mereka berdua sendirian.

            “Kak Long tahu. “ jawab Raja Khalida. Dia kenal perangai cucunya.  Dari kecil, dia jaga Adi. Sudah tentu dia tahu sikap cucu kesayangannya.Pendendam!


                                                *************************

            Villa mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik Zubir dan Zain. Senyuman terukir di bibirnya.



            “Mak Su.” Zubir menoleh. Buku latihan Matematik ditutup. Dia baru saja siapkan kerja sekolah.

            Zain terus turun dari kerusi seraya memegang buku cerita kanak-kanak . “Mak Su.” Zain mendekati Villa.

            “Tak tidur lagi?” soal Villa. Kebetulan dia ternampak cahaya lampu di bilik  Zubir dan Zain.

            “Siapkan homework, Mak Su. Zain pulak, tengah baca buku cerita.” Jawab Zubir. Walaupun esok hujung minggu, dia lebih suka siapkan kerja sekolah awal. Taklah kelam kabut nanti.

            “Zain baca buku apa?” tanya Villa.

            “Tentang nabi, Mak Su. Tadi Zain baca cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman ni boleh cakap dengan haiwan. Apa-apa jenis haiwan pun, dia boleh cakap, Mak Su” Beritahu Zain.

            “Zain dah habis baca ke?” soal Villa lagi.

            “Belum. Hmmm……..Ada lagi 3  nak habis.” Zain membelek buku cerita yang dibaca tadi.

            “Esoklah sambung. Dah lewat ni. Esok Zain baca lepas tu citer kat  Mak Su. Mak Su nak dengar. Boleh?”

            “Boleh. “ Semakin lebar senyuman Zain.

            “Dah. Tidur. Biar Mak Su simpan buku ni.” Villa meletakkan buku di atas meja. “Zubir, esoklah buat homework tu. Esok kan cuti.” Villa menoleh ke Zubir yang sedang menyusun buku di atas meja tulis.

            “Dah siap pun. Sekejap Zubir nak masukkan buku dalam beg.”  Dengan pantas Zubir memasukkan buku ke dalam beg sekolahnya.

            Villa menarik selimut Zain agar menutupi tubuh Zain. “Mak Su! Esok Mak Su nak masak apa?” soal Zain. Dia mengambil patung Doremon  yang menjadi peneman tidurnya selama ini. Dipeluk erat.



            “Hmmm…Sandwich telur. Favourite  Zain kan. “

            “Sandwich jer ke?” Zain mencebek mulut.



            “Mmmmm…..pancake. Mak Su masak pancake , boleh. Sandwich telur dan pancake, okey?”

            “Okey!” Zain tersengih.

            “Nak tidur pun, fikir nak makan lagi.  Badan tu dah penuh dengan lemak sana sini. Tak lama lagi badan tu dah jadi macam Doraemon. Bulat! Kembang dari atas hingga bawah. ”  Zubir menyampuk seraya menarik selimut menutupi tubuhnya. Gelak tawanya semakin kuat. Dia suka menyakat adiknya

            “Mak Su, tengok Abang Zubir tu.” Air muka Zain mula redup.

            “Biarlah. Abang Zubir tu jelous kat Zain.  Mak Su masak untuk Zain seorang saja. Abang Zubir tak payah makan.” Villa memujuk Zain. Dia memberi isyarat pada Zubir agar tidak menyakat Zain lagi. “Tapi sebelum tidur, kena ……..”

            “Baca doa tidur.” Jawab Zain.

            “Baca doa tidur sekarang. Mak Su nak dengar.” Kata Villa.Zain menadah tangan dan membaca doa tidur.

            “Ok. Dah boleh tidur. Good night.” Villa tersenyum.  Villa mendekati katil Zubir dan membetulkan selimut Zubir.

            “Good night, Mak Su.” Ucap Zubir.


            “Good night.” Balas Villa. Dia menekan suis lampu sebelum keluar dari bilik. Langkah diatur kemas menuju ke bilik Zarina. Villa memulas symbol pintu. Berkunci. Villa mengeluh dengan kuat. Setiap hari Zarina semakin jauh darinya. Balik saja dari kelas, Zarina terus masuk balik. Dia lebih suka mengurung diri di dalam balik. Setiap kali aku nak cakap, Zarina terus saja elakkan diri dari aku. Fikiran Villa buntu lebih-lebih lagi apabila Datin Yusni sering menelefon. Aku dah tak tahu nak jawab apa lagi. Setiap kali selepas sembahyang, dia sentiasa berdoa agar Zarina berubah dan membetulkan kesalahannya.  Dia tak putus-putus berdoa pada Nya.  Dia berharap Zarina berubah. Perlahan-lahan Villa meletakkan tangan kanan di muka pintu bilik Zarina.

Tuesday, September 16, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 8

BAB 8


            Fairuz meletakkan fail laporan kewangan GB hotel cawangan negeri Johor di atas meja Raja Awwadi. Sedikit dahinya berkerut. Kenapa dengan bos aku ni? Dah dua hari asyik termenung saja. Ada masalah ke? Jarang bos aku termenung macam ni. Entah-entah bos aku dah ada girlfriend. Yalah, dah dua hari bos aku balik awal. Selalunya selagi tak terbenam matahari, jangan harap nak balik rumah. Pelik tu! “Bos! Bos!” Masih tiada reaksi. Fairuz menggaru kepala yang tak gatal. “Bos! “ Fairuz meninggikan suara sehingga menyebabkan Raja Awwadi terkejut.

            “Fairuz, I belum pekak lagi. Apa halnya?” Raja Awwadi merenung Fairuz dengan wajah serius.

            “Sorry, bos. Dah banyak kali saya panggil bos tadi. Bos ada masalah ke?”

            “Hmmm….bukan masalah. Fairuz, you ingat tak dengan budak lelaki yang I selamatkan di GB Mall hari tu?”

            “Zain ke?” Fairuz masih ingat nama budak lelaki itu.

            “Ya. Mak Cik dia pekerja Puan Haliza.” Beritahu Raja Awwadi. Dah dua hari, dia tak jumpa perempuan tu. Kata pekerja dia, dia balik awal sebab ada hal. Takkanlah tiap-tiap hari balik awal. Aku tahu dia nak elakkan diri dari aku.

            “Pekerja Kak Liza. Wah …kecil betul KL ni, bos. Siapa nama dia? Dah lama ke dia bekerja dengan Kak Liza?”

            “Fairuz, you ingat I berminat nak tahu semua tu ke? “ Raja Awwadi naik angin.

            “Maaf, bos!”

            “Perempuan macam tu tak boleh percaya.I nak tahu kenapa dia kerja dengan Puan Haliza? Dia ada kedai bunga sendiri, kenapa mesti dia kerja dengan orang lagi? I yakin dia sedang rancang sesuatu. Dia mesti ada niat tak baik kat nenek I. Apa yang berlaku sebelum ini, mesti dia yang rancang. Dia pura-pura langgar kereta I lepas tu dia upah lelaki tu berlakon …pura-pura nak pukul anak saudara dia sendiri.  Dia mesti tahu I nak datang ke GB Mall hari tu.Wah, hebat betul lakonan perempuan tu. Sekarang ni, dia bekerja dengan Puan Haliza pula. I mesti siasat tujuan dia yang sebenarnya.” Tekad Raja Awwadi.

            Dahi Fairuz sedikit berkerut seraya memerhati gelagat majikannya. Bukan ke tadi kata tak berminat nak tahu tentang Mak Cik Zain tetapi macam mana boleh tahu yang Mak Cik Zain ada kedai bunga. Sekarang ni pulak, syak Mak Cik Zain ada niat tak baik kat nenek bos. Hish …suka sangat prasangka buruk kat orang lain terutamanya kaum hawa. Bagi bos, semua wanita di dunia ni ada niat jahat terhadap dia. Kerana nila setitik habis susu sebelanga, ini semua gara-gara Zaharah, bekas girlfriend bos. Kerana terluka,hati bos dah tertutup untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya. Di mata bos, semua wanita jahat.

            “Fairuz, I balik rumah time lunch nanti. I nak jumpa perempuan tu. I nak tahu niat dia yang sebenarnya.” Tegas Raja Awwadi. Dia takkan biarkan perempuan itu terlepas lagi.

            Fairuz memandang dengan pandangan yang pelik. Agaknya penyakit anti perempuan bos aku ni dah teruk. Kasihan bos.

                                    *************************************

            “Ni nasi tambah.  Ayam masak merah pun akak ada ambil lebih beberapa ketul. Habiskan. Jangan malu-malu” Beritahu Villa kepada beberapa orang pekerjanya.

            “Terima kasih, Kak Villa.” Raub tersengih. Dia mengambil seketul ayam lagi. Hampir meleleh air liur  lihat ayam masak merah. Dia dah tak sabar nak makan.

            “Raub, baca doa makan dulu.” Villa bersuara.

            Raub terkejut. Tangannya sedang memegang peha ayam.

            “Nampak peha ayam saja terus lupa nak baca doa makan. Hish ….mengalahkan Upin dan Ipin.” Villa mengeleng kepala. Beberapa pekerja yang ada di situ ketawa.

            “Sorry, Kak Villa. Tak sengaja.” Raub tersengih. Selepas doa makan dibaca, mereka makan nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar timun nenas. Di bibir mereka  asyik memuji nasi tomato yang dibeli oleh Villa.

            Villa tersenyum melihat gelagat mereka makan. Bekas nasi tomato dibuka.  Bau saja dah mengugat jiwa. Nasi tomato Kak Zainab memang power. Sedap! Makan sekali, berkali-kali nak makan lagi.

            “Excuse me, I need to talk to you, Miss Bougainvillea.” Raja Awwadi berdiri di belakang Villa.

            Air muka Villa berubah. Matanya masih merenung nasi tamato di hadapannya. Mamat Audi ni, apa lagi dia nak dari aku? Sekarang ni time lunch, dah la aku lapar. Kacau daun betul.  Nasi tomato aku …… Sesuap aku tak rasa lagi

            “Miss Bougainvillea.” Raja Awwadi meninggikan suara.

            Mereka yang ada situ terdiam dan pandang ke arah Villa. Villa berpaling. “Boleh tak kita cakap selepas I makan? Nasi ….kalau dah sejuk, tak sedap makan. ” soal Villa.

            “Right now.” Semakin tinggi tone suara Raja Awwadi.

            “Fine!” Villa bingkas bangun. Dia mengekori Raja Awwadi yang terlebih dahulu berjalan menuju ke ruang tamu di sayap kiri kediaman itu.

            “Ok. Cakap cepat. I tak boleh lama di sini. Ada apa-apa yang I boleh bantu?”  Villa merenung lelaki yang berdiri di hadapannya.

            “I nak tahu motif you.”

            “Motif? Motif apa?” Villa tercengang. Matanya terkebil-kebil.

            “Jangan nak berlakon di depan I, bunga kertas. I tahu you ada motif datang ke sini. “

            “I datang sini nak kerja. Motif apa yang you cakapkan ni. I tak faham dan tak tahu. Cuba you terangkan. Tak payah nak berkias dengan I. Stright to the point, kan senang.” Dia memegang perut. Lapar!

            “Baiklah. Bougainvillea Florist milik you, betul tak?”

            Villa sedikit terkejut. Eh, macam mana dia tahu? Mamat ni siasat background aku ke? “Ya.”

            “You dah ada kedai, tetapi kenapa you nak kerja dengan Puan Haliza?” soal Raja Awwadi.

            “I rasa tak ada apa-apa masalah pun. Memang I ada kedai sendiri. Tak salah kalau I nak cari pengalaman dalam bidang ni kan. I nak belajar dan cari pengalaman. Tak salah rasanya.”

            “Ya, memang tak salah tetapi you ada niat tak baik dengan keluarga I. Plan you ada dalam genggaman I. I dah tahu semuanya. Hari tu you sengaja langgar kereta I. Selepas tu, you suruh anak saudara you berlakon di depan I. Sekarang ni you bekerja dengan Puan Haliza pula. Sejak mula lagi, you tahu siapa I sebenarnya kan. Semua ni bukan kebetulan, betul tak?” Anak mata tepat merenung Villa yang masih tergamam. Dalam hati, Raja Awwadi  tersenyum. Mesti kau terkejut kan! Pecah tembelang kau. “Now tell me, apa sebenarnya you nak dari family? Duit? Tanah? Cakap cepat.” Jerkah Raja Awwadi.

            Perlahan-lahan Villa mengeleng kepalanya. Tinggi betul imaginasi mamat Audi ni. Melampau-lampau imaginasi dia. Ini mesti kes tengok drama terlebih.  Tak pasal-pasal aku jugak yang jadi pelakonnya. Tiba-tiba Villa tersenyum “Wah, hebat betul plot cerita you. Kalau bikin drama pasti hit. Meletop! You ada bakat jadi script writer.”

            “You ingat I buat lawak ke?” marah Raja Awwadi. Dia geram melihat reaksi Villa.

            Villa masih tersenyum lagi. “Beginilah …..I tahu you takkan percaya cakap I walau beribu kali I explain kat you .Selagi mindset you kat I tak berubah, selagi itulah you akan kata I ada niat tak baik kat nenek you, betul tak? Sekarang ni, I tak kisah you nak tuduh I apa-apa pun. Yang pasti hanya I dan Dia saja yang tahu niat I yang sebenarnya.  I tak sekaya you, Raja Awwadi. Di mata you, duit tak ubah seperti air……mengalir tak berhenti-henti. Tak hairanlah jika you pandang rendah terhadap orang miskin seperti I.  Tulang empat kerat inilah yang bantu I cari rezeki. Bagi I duit takkan jatuh bergolak di depan I tanpa bekerja.  I hanya jalankan amanah yang diberi oleh Kak Liza.  Selepas 3 minggu, Taman Malaysia akan siap. Selepas tu, you takkan jumpa I  lagi. Sebab tu I nak minta jasa baik you, dalam tempoh 3 minggu , I harap tiada masalah yang timbul antara kita. Anggap saja kita tak pernah jumpa. Boleh kan?“ kata Villa dengan panjang lebar.

            Raja Awwadi masih kaku mendiamkan diri.

            “Orang tua-tua kata, diam tu tanya setuju. I anggap you setuju ye. Oklah, I minta diri dulu.  Assalammualaikum …..” Dengan laju, Villa mengatur langkah meninggalkan Raja Awwadi yang masih terpinga-pinga. Di fikirannya hanya nasi tomato dan ayam masak merah. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Aduh, laparnya. Villa menggosok perut beberapa kali.

            “Eh, bila masa aku setuju.  Ikut suka hati dia saja. Eeee…perempuan bunga kertas ni.” Akhirnya Raja Awwadi bersuara selepas Villa pergi. Dia mengetap bibir. Cepat betul kau lari, aku tak habis cakap lagi dengan kau. Bukan ke dia yang sepatutnya dengar apa yang aku nak cakap? Liciknya macam belut. Tapi tadi, kenapa aku ada perasaan simpati kat perempuan tu. Hish….apa kena dengan aku ni? Mukanya digosok kasar beberapa kali. “Argh …..malas aku nak fikir.” Jerit Raja Awwadi terus melangkah keluar. Tanpa disedari, percakapan mereka berdua tadi didengari oleh Raja Khalida dan Raja Khatijah yang berada di tingkat 1.

            “Sejak kebelakangan ni, perangai Adi semakin pelik. Betul tak, Kak Long?” Raja Khatijah bersuara.

            Raja Khalida hanya mendiamkan diri. Dia hanya memerhati sejak dari tadi. Yang pasti, sekarang ni Adi dah mula tunjukkan minat terhadap kaum wanita terutamanya wanita yang bernama Bougainvillea. Inilah wanita yang aku tunggu selama ini. Wanita yang mampu cairkan hati Adi yang beku itu. Segaris senyuman di bibir Raja Khalida.


                                                *********************

            Fatimah dan Suzie terkejut melihat Villa yang sedang menyapu sampah.

            “Villa tak kerja ke hari ni?” soal Fatimah hairan.

            “Kami off hari ni. Nak start kerja tak boleh lagi sebab ada stok pokok yang tak sampai lagi. Esok kami kerja seperti biasa. Dah lama tak jenguk sini, yang penting sekarang ni ….I miss you guys.” Villa tersengih.

            “Kalau macam tu, apa kata Kak Villa berehat saja. Bab menyapu ni biar Suzie yang handle.” Suzie mengambil penyapu dari tangan Villa.

            “Hish ….. sikit saja lagi.”

            “Tak apa, Kak Villa kena releks. Orang dah bagi cuti kan! Kak Villa tengok saja kami buat kerja.”

            “Bosanlah kalau macam tu. “ Villa membuat mimic muka. Dia tak reti duduk diam. Ada saja kerja dia kena buat kalau tak dia cepat bosan.

            “You’re the boss, remember!” Suzie tersengih.

            “Iyelah memanglah akak boss tapi tak bermakna kena goyang kaki. Kerja kena buat jugak.”

            “Biarlah Suzie tu buat kerja sekurang-kurangnya boleh turun berat badan dia. Dah chubby sekarang ni.”

            “Kak Fatimah!” Suzie menarik muka masam apabila diusik oleh Fatimah.

            Villa ketawa. “Orang ada buat hati tentulah hati senang selalu.” Giliran Villa pula mengusik.

            “Dua orang sama saja. Suka usik Suzie. Aaa ….Oh ya, hari tu ada orang nak jumpa Kak Villa. Dah dua kali dia datang . Bila Suzie tanya, siapa dia …..dia tak jawab pun. Dia kata dia akan datang lagi. ” Tiba-tiba Suzie teringat.

            “Siapa? Lelaki ke perempuan?” soal Villa hairan

             “Lelaki tapi handsome giler. Macam model.”

            “Itu jer perkataan yang dia tahu. Sempat lagi nak menggatal.” Fatimah mencelah.

            Villa hanya tersenyum. “Dia tak tinggalkan pesanan ke?”

            “Tak. Mungkin hari ini datang lagi. Maybe kawan lama Villa kot.” Jawab Fatimah. Dia pun tak pernah jumpa lelaki tu. Siapa?

            “Maybe ex-boyfriend, Kak Villa kot.”  Kata Suzie.

            “Hish…ke situ pulak. Dah, buat kerja sekarang. Hari ni kita ada 5 tempahan kan. “ kata Villa. Dia mendekati kaunter dan melihat senarai tempahan untuk pagi ini. Suzie mengekori Villa.
            Loceng pintu kedai berbunyi. Seorang lelaki memasuki kedai itu.  Pandangannya tepat ke arah Villa yang berada di kaunter.

            “Welcome …..” Lidah Villa menjadi kelu secara tiba-tiba. Dia terkejut dengan kedatangan lelaki itu. Tak pernah terlintas di fikiran yang satu hari nanti mereka akan berjumpa lagi.

            “Kak Villa! Lelaki ni yang nak jumpa Kak Villa hari tu.” Bisik Suzie.

            Mata Villa tak berkelip merenung lelaki itu. Lelaki itu masih berdiri mendiamkan diri. Suasana menjadi sunyi seketika. Suzie dan Fatimah hanya memandang antara satu sama lain.

                                                ************************

            Villa mengeluarkan pot kosong yang baru dibelinya dan diatur  sebaris. Keluhan dilepaskan tanpa disedari. Peristiwa tadi masih segar di ingatan. Dia tak pernah menyangka akan berjumpa semula dengan bekas kekasihnya, Syed Malik.

            “ I tak sangka dapat jumpa you di sini. Dah lama kita tak jumpa kan. Rasanya dah 8 tahun. Kata Izat, you dah menetap di Switzerland bersama isteri you.  You sihat? Isteri dan anak-anak you sihat ke? Anak dah berapa orang?” Villa mula bersuara. Cuba memecah kesunyian antara mereka berdua. Dia rasa kaget. Dia dapat rasakan ada jurang yang dalam antara mereka. Selepas apa yang terjadi antara mereka, Villa harap mereka boleh menjadi kawan tetapi nampaknya tidak.

            Syed Malik masih mendiamkan diri dan memerhati Villa disebalik cermin mata hitam. Wajah serius.

            Air muka Villa berubah. Senyumannya hilang. Tiada jawapan dari bibir Syed Malik membuatkan Villa rasa kurang selesa. Kata nak jumpa, sekarang ni buat tak tahu saja. Apa yang dia nak dari aku? Villa memandang keadaan di sekeliling. Orang ramai mula memenuhi restoran nasi kandar. Pelayan di situ mula sibuk mengambil order. Pandangan Villa dihala semula ke arah Syed Malik.
“Tell me! What do you want from me, Malik?”

            “You look miserable, Villa!” Akhirnya Syed Malik bersuara seraya tersenyum sinis.  Dia memandang Villa dari atas hingga ke bawah. Yang hanya memakai t-shirt berwarna kelabu dan seluar jeans lusuh.

            Villa terkejut.

            “Penampilan you tak ubah seperti pengemis. Rupanya ini life you pilih . “ perli Syed Malik. Cermin mata ditanggalkan. Wajah wanita yang pernah dicintai  selama 5 tahun sejak  dibangku sekolah lagi.  Demi dia, aku sanggup lakukan apa saja.  Kerana dia juga, aku sanggup menjadi anak derhaka . Aku putuskan hubungan aku dengan papa dan mama kerana mereka tak suka Villa yang hanya orang biasa. Tak setaraf dengan kami. Tapi apa aku dapat? Pengorbanan aku hanya sia-sia malah tidak dihargai.  Villa tak pilih aku. Katanya anak saudaranya lebih memerlukan dirinya. Hati aku benar-benar sakit. Hancur berderai mahligai yang aku ingin bina bersama Villa. Dia takkan lupa apa yang Villa telah lakukan. Hingga kini, dia berdendam.

            “Dah 8 tahun, Malik. You masih marahkan I lagi ke? I tak salahkan you kalau you benci I. Itu hak you, Malik. Tetapi I harap satu hari nanti, you dapat maafkan I.  I hope we can be friend again. Someday!”

            Syed Malik ketawa kecil.  Wajahnya tiba-tiba serius.“Friend! Senang betul you bercakap, Villa.  You dah hancurkan hati I, tahu tak? Atau lebih tepat sekali, you hancurkan hidup I. I dah banyak berkorban demi you, Villa. I pilih you dari mama dan papa I sendiri. I buang keluarga I sendiri. You tahu tak?” Syed Malik meninggikan suaranya. Dia tidak dapat mengawal perasaannya lagi.

            Villa memandang di sekeliling.  Suara Syed Malik menarik perhatian orang di situ. “I tahu, Malik. I minta maaf. I tahu keputusan I hari tu telah lukakan hati you.  Mungkin kita tiada jodoh. Jodoh you sebenarnya adalah Zehra, wife you. You dah ada family sendiri, Malik. You should be happy! Lupakan saja kisah kita yang dulu. Semua tu hanya kenangan. Perpisahan  salah satu dari lumrah kehidupan. Di sebalik yang berlaku ada hikmahnya.  “ kata Villa. Apa yang terjadi antara dia dan Malik, dia reda. Tiada jodoh antara mereka berdua. Dia sayangkan Malik. Tetapi apabila Malik suruh buat pilihan, dia pilih anak saudaranya. Mereka lebih memerlukannya lebih-lebih lagi Zain. Walaupun perit, dia harus telan juga. Malik adalah cinta pertamanya. Banyak memori manis antara mereka. Villa tahu Malik pasti kecewa dengan keputusannya tetapi Malik yang memaksanya membuat pilihan ketika itu. Malik menentang keras keputusan aku nak jaga Zarina, Zakri, ZUbir dan Zain. Puas aku pujuk tapi Malik tetap dengan keputusannya.  Mustahil aku akan biarkan darah daging aku dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Kata-kata terakhir arwah Kak Long tak mungkin aku lupa. Hati aku sakit semasa buat pilihan. Hanya Dia tahu perasaan aku ketika itu. Aku takkan lupa air muka Malik selepas dengar keputusan aku. Aku tahu dia marah dan kecewa. Tetapi semua itu dah lama berlalu.

            “You dah lupa ke? You yang putuskan hubungan kita.  Hidup I merana kerana you. Hikmah, mana hikmahnya?”Bulat anak mata  Syed Malik merenung Villa yang masih tenang duduk di hadapannya.

            “So you nak apa dari I, Malik?”

            “I nak  dengar dari mulut you sendiri, yang you menyesal dengan pilihan you .  You tak gembira dengan life you sekarang ni.  Anak-anak saudara you hanya menyusahkan you. I adalah pilihan yang tepat. Itu yang I nak dengar.” Kata Syed Malik. Hampir 8 tahun, dia tunggu tetapi Villa masih tak muncul. Dia berharap Villa akan menyesal dan kembali ke pangkuannya. Ternyata tafsirannya silap. Dia tak sanggup tunggu lagi.  Sebab itulah, dia buat keputusan balik ke Malaysia.

            Villa tergamam. Permintaan Syed Malik di luar jangkaan. “You should accept the truth, Malik.  I  happy.  I tak pernah menyesal dengan pilihan I. Mereka permata dalam hidup I. I sayang mereka, Malik. Jika I diberi pilihan sekali lagi, I tetap akan pilih mereka.  You kena terima. Lupakan I, Malik. Baliklah ke pangkuan family you. Kisah kita dah lama tamat.” Nasihat Villa.

            Kata-kata membuatkan hati Syed Malik bertambah panas. Dia menumbuk meja dengan tangan kanannya secara tiba-tiba.

            Villa terkejut.

            “I takkan lupa apa yang you dah buat pada I, Villa. Sampai mati, I
 tak lupa.” Tegas Syed Malik terus bangun meninggalkan Villa.

            Tanpa disedari, air mata Villa mengalir membasahi pipi. Dia cuba menahan. Semakin ditahan, semakin laju air matanya mengalir. Dia tak sangka begitu dalam dendam Malik terhadap dirinya.

            “Mak Su! Mak Su!” panggil Zakri. Dia hairan melihat Villa. “Mak Su!” sekali lagi Zakri memanggil.

            “Zack!” Villa terkejut. Dengan pantas, dia menyeka air matanya. Bimbang jika Zakri melihatnya.

            “Are you okey, Mak Su?” soal Zakri.

            “Tak ada apa-apa.” Jawab Villa.

            “Betul ke?” Zakri dapat merasakkan ada sesuatu yang telah berlaku. Ada kaitan dengan Kak Long ke?

            “Betul. Zubir dah tidur ke? Zain pulak?” soal Villa.

            “Mereka dah tidur. Sekarang ni dah pukul 12.30 tengahmalam, Mak Su. Banyak lagi ke pokok yang nak kena semai?” soal Zakri.

            “Tinggal sikit saja lagi. Zack masuklah dulu. Pergi tidur dah lewat ni.” Suruh Villa.

            “Biar Zack tolong Mak Su, esok hari Sabtu  ….tak sekolah. Ini pokok apa, Mak Su?”
             
            “Turnera Subulata.”

            “Apa tu? Susahnya nak sebut.” Dahi Zakri sedikit berkerut. Panjangnya nama.

            Villa ketawa. “Atau nama lainnya, bunga Pukul Delapan Putih. Orang Jawa panggil lidah kucing. Daun dan akar boleh buat ubat. Untuk lancarkan aliran darah. Tapi rasanya pahit.” Villa memberi penerangan pada Zakri.

            Zakri tersengih. Itulah Mak Su. Semua jenis pokok dia tahu. Siap sekali dengan khiasatnya, Mak Su tahu. Terlalu obsess dengan pokok. “Mak Su mesti tunggu Kak Long, betul tak?”  Zakri memasukkan anak pokok ke dalam pot.

            “Mak Su sayang semua anak saudara Mak Su. Mak Su hanya nak yang terbaik untuk anak saudara Mak Su. Mak Su tak nak Ina tersalah langkah. Mak Su tak akan berputus asa. “ Villa tersenyum.

            “Zack tahu, Mak Su. Zack akan tolong Mak Su. Kita sama-sama nasihatkan Kak Long.” Zakri tersenyum menampakkan barisan gigi putih teratur. Selaku adik aku tak patut putus asa. Sepatutnya aku contohi sikap Mak Su tak putus-putus nasihatkan Kak Long. Ini tanggungjawab aku juga.


            “Terima kasih, Zack.” Villa tersenyum. Sejuk hatinya melihat Zakri.  Antara Zakri dan Zarina, Zakri lebih mature. Pandai menguruskan dirinya sendiri. Tak banyak kerenah. Sekilas Villa melihat jam tangannya. Mana Zarina ni? Takkanlah tak nak balik lagi. Tak elok anak dara balik lewat malam begini. Villa bimbang.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...