Tuesday, July 24, 2018

Trip To Singapore 2018 (Day 1)


Day 1

Assalammualaikum … Semua
Hari ini saya nak share pengalaman saya pergi ke Singapore.  Saya dan adik plan dari tahun lepas. Tiket murah time tu …. Tiket pergi balik tak sampai RM 500. Berbaloi kan. Lagipun direct flight dari Penang … Memang senang kami nak pi.

Asalnya kami plan nak pergi berdua tapi tiba-tiba mak cik nak ikut sekali. Kami pun okey saja. Lagi ramai lagi meriah kannn….  Kami pergi sana selama 4 hari 3 malam. Kami pergi awal bulan Julai 2018.
Bye Bye Penang ...

Selepas subuh kami bertolak, kami  tiba di Penang Airport pukul 7.30 pagi. Nasib baik Jambatan Pulau Pinang tak jam. Kami sampai awai jugak. Kami terus check in. Tak ramai orang dkt Gate kami duduk. Kami pun makan roti lapik perut. Pukul 8 lebih, orang dah mula ramai.  Pukul 8.50 pagi, gate pun buka. Macam biasa la cari seat lepas tu duduk. Seat saya tepi tingkap dekat sayap. Hahaha… spoil betul!  Tak nampak apa-apa pun, nampak sayap saja.  Pukul 9 lebih kami dah bertolak. Cuaca cerah hari ini. Alhamdulillah… Seperti biasa pramugara/pramugari akan explain pasal safety. Lepas tu pramugari/pramugari akan edarkan immigration form.  Wajib isi tau. Alamat dan no tel hotel kat Singapore pun kena isi tau. Sedia siap-siap.

Hello, Singapore

Pukul 10 lebih kami tiba di Changi Airport. Sekejap tau flight dia. Tak sempat nak tidur. Hahaha… Keluar dari flight saja, terus saya …WOW…. Cantiknya Changi Airport. Patut la Changi Airport terpilih sebagai Airport yang paling cantik di dunia.  Kami berhenti sekejap , isi air dalam botol. Kat situ banyak tempat drinking water. Free! Kami terus jalan. Kami ikut orang jer. Hahaha… Kami tiba di Immigration kaunter. Releks … Jangan takut. Depa tanya kita jawab saja. Bagi passport dan immigration form kat depa. Dia akan tanya berapa hari kita kat situ? Dengan siapa? Itu ja.  Letak ibu jari tangan kiri dan kanan lepas itu , okey pass! Boleh jalan.

Prepaid Simcard


Kami keluar dari Arrival Hall (Terminal 4). Kami terus cari tempat nak beli prepaid sim card. Kami nampak ada booth money changer lepas tu nampak poster simcard. Kami terus beli dengan  SGD 18 untuk 5 hari. Internet jer. Ada banyak pakej lagi. Depa akan minta passport kita dan tolong setting phone kita. Depa fasih bahasa Melayu so jangan risau.  Saya terus mesej ayah beritahu yang kami dah sampai.  Sejauh mana kita pergi, jangan lupa roger mak bapak yer …. Hehehe…



Okey! Phone dah settle. Kami terus cari shuttle bus ke Terminal 2. Terminal 4 baru saja dibuka tahun lepas so memang tak ada Train ke City.  Train hanya ada dekat Terminal 2.  Keluar saja dari Arrival Hall (Level 1) terus belok kanan. Akan ada sign tulis Bus To T2 & MRT.  Kalau nampak restaurant Ma Mum, dah nak dekat tu. Akan ada ruang menunggu. Bus akan mai setiap 15 minit.  Kami sampai saja bus dah penuh. Kami pun tunggu trip seterusnya.  Free yer…  Jangan bayar pulak.  Akan ada skrin tulis bila bas seterusnya akan tiba.  Kami tengok ada orang dah beratur, kami pun beratur jugak. Tak sampai 2 minit, Shuttle Bus sampai. Laju jugak driver bus ni bawak.  Hehehe Menyenget kami , nasib baik tak lama. Lebih kurang 5 minit kami sampai di Terminal 2.



Tiba di Terminal 2, kami terus cari MRT. Tengok signboard jer.  Kami belok sebelah kiri sebab nampak sign MRT.  Kami turun ikut escalator .  Lepas tu kami nampak MRT, akhirnya jumpa jugak.  Kat sini kena beli Tourist Pass. Senang nak naik bas atau MRT nanti. Beli dekat Transitlink Ticket Office. Ofis dia tersorok sikit, kadang-kadang tak perasaan. Turun escalator  lepas tu belok kiri. Saya ambil 3 days punya Tourist Pass. Total termasuk rental deposit SGD 30. Jangan risau. Kita boleh refund balik. Nanti dpt SGD 10 balik. 

Kami terus naik MRT ke Tanah Merah Station.  Kat sini, kami kena transit naik MRT ke Paya Lebar station. Mula-mula itu memang turun naik jugak sebab tak faham lagi depa punya MRT map.  Disebabkan kami sampai awai …. Kami tak boleh check in lagi, kami terus pergi ke Garden By The Bay.  Dari Paya Lebar Station, kami naik MRT ke Marina Bay.  MRT Singapore memang bersih.  Waktu kami naik memang tak ada orang sebab baru pukul 11.15 pagi. Station terdekat dengan Garden By The Bay ialah Bayfront Station.  Sampai saja Bayfront Station, kami turun, Naik escalator  dan kami nampak signboard Garden By The Bay. Ikut jer signboard tu. Dekat jer. Jln lebih kurang lima minit, akan jumpa anak tangga dan lif.  Disebabkan bag kami bawak ni berat, kami pun naik lif.  Keluar saja lif …. Jeng jeng jeng … Garden By The Bay.




Kami terus tengok map yang terpacak kat depan lif. Mak Oiiii…. Panas teriknya.  Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik transport/shuttle  yang mereka sediakan. Berbayor yer… SGD 3. Tapi kami buat keputusan nak jalan …. Jalan sikit jer dah nampak OCBC Skyway dan Singapore Flyer.  Kami jalan merentasi Malay Garden dan Chinese Garden. Kami duduk sekejap. Rehat.  Bahu ni rasa nak tercabut. Maklumlah bawa bag seberat 6kg. Rasa packing baju sikit jer.. Hehehe … Ada banyak kerusi kat situ. Lagipun tak ada orang. Sepuluh minit rehat baru sedar yang tempat kaki duduk tu berlatarbelakang kan Marina Bay Sands Hotel. Memang dekat. Nampak jelas.

Cantik kan. Rasa macam kat China pun ada.


Lepak sekejap...


Kami teruskan perjalanan ke Flower Dome.  Tak sampai 5 minit kami pun sampai. Kami cari locker. Bag yang kami galas memang tak boleh bawa masuk. Locker tu dekat saja dengan  ATM.  Mahal jugak.  Per entry  SGD 4. Nak pulak duit SGD 2x2. Duit lain tak mau terima. Adik pun dah masukkan beg dia dalam locker tu. Hanya beg dia saja muat.  Disebabkan saya dan mak cik ada duit besar, kami pun tukar kat gift shop. Bila dah dapat tukar, locker dah full.  Aduiii….. Locker besar hanya ada 8 saja. Saya dan mak cik pun pergi tempat locker lain.  Tempat locker ada dua tempat , Flower Dome dan Golden Garden.  Kat Golden Garden, locker hanya ada empat saja. Of course la full!. Kami pun duduk sekejap nak fikir nak buat macam mana…. Jam dah pukul 12.30 tgh, perut dah lapar. Kami nampak MCD. Kat situ, MCD memang halal.  Tempat duduk MCD memang penuh. Nak order pun smpi beratur kat luar pintu. Kami makan just lapik perut jer…..  Kami makan kat luar  sambil-sambil tengok permandangan kat Golden Garden. Lepas makan kami pi tengok locker, still jugak full.  Adik bawa keluar bag dia. Kasihan kat dia, melayang SGD 4. Kami buat keputusan datang ke Garden By The Bay hari seterusnya. Kami pun jalan ke Bayfront Station.



Kami ambil MRT ke Paya Lebar station sebab hotel kami dekat situ saja. Turun saja Paya Lebar station, kami terus lost. Hahaha… Tercengang-cengang.  GMap pulak buat hal. Asyik hang ja. Kami pun main agak saja sebab hotel  81 Tristar jaraknya 1KM dari Paya Lebar station. Travel sendiri ni memang mencabar sikit.  Kami belok sana sini. Rasa macam lost pun ada. Lebih kurang 15 minit kami ternampak jejantas. Mungkin kalau kami naik jejantas tu kami akan nampak hotel tu, nampak signboard pun jadilah. Naik jejantas saja, terus kami nampak hotel tu. Betul-betul dekat dengan jejantas tu … rasanya lebih kurang 300 meter.  Memang seronok tak terkata. Kami pun cepat-cepat turun jejantas. Bawah hotel tu ada ada kedai makan melayu dan convenience store . Lega rasanya.  Dapat masuk bilik saja terus lega. Kami sembahyang dulu sebelum keluar pergi Merlion Park.

Tergoda tak? Hehehe



Pukul 4.20 petang kami bertolak ke Merlion Park.  Kami ambil MRT ke Tuas Link dan akan turun di Raffles Place Station.  Masa kami tiba, memang time orang balik kerja.  Kami pun keluar dari station tu  dan berjalan sedikit dan nampak Singapore River. GMaps buat hal lagi. Hmmm… kami buat keputusan follow jer orang ramai. Confirm mereka nak pi tgk Merlion Park jugak. Masa jalan tu, nampak la bot-bot lalu lalang. Kami jumpa The Fullerton Hotel dan Cavenagh Bridge. Apa lagi, bergambor ler. Walaupun panas terik, bedal jer!  Kami ada nampak satu tangga ni, kami pun turun ikut tangga ni. Tak sangka kami boleh jumpa Merlion Park. Hahaha…. Main redah saja. Ramai giler orang kat situ. Kalau bergambar, confirm ada muka orang lain. Lantaklah … asalkan ada gambar saya dan patung singa tu. Bukti kita mai Singapore ...Hehehe….



Helix Bridge ...

Kami pun teruskan perjalanan. Kami jalan melalui Esplande Bridge. Sebenarnya  nak cari tempat duduk. Nak rehat sekejap.  Kami pun lepak la dekat Waterfront Promenade sambil hayati pemandangan kat situ. Ramai betul orang beriadah kat situ.  Kami nak pergi Helix bridge sebenarnya tapi  jalan nak ke Helix Bridge ditutup.  Ada event. Sebenarnya kami nak ke Marina Bay Sands … Nak tengok Light and Water show(Spectra). Spectra Show ni memang free. Showtimes dia ikut jadual. Kalau hari Ahad hingga Khamis hanya ada dua kali saja … Pukul 8 mlm dan 9 mlm. Kalau hari Jumaat dan Sabtu, ada tiga kali iaitu pukul 8 mlm, 9 mlm dan 10 mlm. Kalau tak silap, hanya 15 minit saja show dia.  Adik cakap duduk saja kat sini , nampak jugak nanti show tu. Masing-masing dah tak larat nak jalan. Seharian kami berjalan hari ini. Ramai jugak orang kat Waterfront tu. Kat situ memang cantik. Serius pi sana. Sekelip mata bila malam, pemandang kat situ memang cantik. Memang buat orang terpukau. Kami tunggulah sampai pukul 8 malam.




 Jeng Jeng Jeng ….. biasalah apa yang kita rancang tak semestinya menjadi kan. Kat tempat kami duduk tu, memang tak nampak Spectra show. Tak ada rezeki. Hahahah…. Memang lawak betui.  But it’s okey, the bright side kami dapat tgk night view of Singapore. 

Tips betul-betul kalau nak tgk Spectra Show …. Naik MRT , turun dekat Bayfront Station. Akan ada signboard ke Marina Bay Sands(The Shopee). Masuk jer …  Belok sebelah kiri … Akan nampak entrance masuk ke situ.

Dah puas lepak kat situ, kami pun gerak balik. Memang penat sangat-sangat!  Kami tak balik ikut Raffles Place station …. Jauh… So kami pun cari MRT Station yang terdekat, Esplanade Station.  Pukul 9.30 malam, kami tiba di hotel. Sebelum balik hotel, kami singgah kat kedai makan. Tapau jer … Lagipun kedai tu nampak macam nak tutup dah. Order nasi goreng Pattaya (SGD 6), cuba darab dengan 3. Mahaiiiii….. Hahaha… Tapi sedap. Ada sotong besar-besar, udang pun besar-besar. Kami pun tidur awai sebab esok nak ke USS pulak.

Monday, July 23, 2018

Dia Helena Isabella BAB 2


Bab 2

            Helena memulas tombol pintu. Tak berkunci pulak tu. Keluhan kuat dilepaskan. Pintu dibuka luas. Helena menoleh segenap ruang tamu. Kosong! Tak ada orang. “Patutlah bagi salam, tak ada orang jawab. Mana pulak Miza ni? Suka sangat keluar rumah tak kunci pintu. Kalau masuk pencuri, tak ke naya! Ini mesti ada kat rumah Mak Tok Aishah.” Helena cakap sendirian. Dia masak benar dengan perangai teman serumah dia.  Hampir lima bulan mereka menetap di rumah sewa milik suami Mak Tok Aishah.

            Helena berjalan ke bilik dan meletakkan bagasi. Badan rasa melekit. Baik aku mandi dulu lepas tu baru badan rasa cergas. Getah rambut ditanggalkan. Rambut yang diikatkan dileraikan. Tuala dicapai.

            “Weiii….. kau dah balik!”

            Dada diusap beberapa kali. Dia terkejut dengan suara nyaring milik Miza. “Hey, kau ni ! Volume suara kau tu boleh slow tak? Nak luruh jantung aku ni.” Tegur Helena. Dah banyak kali tegur tapi tak dengar langsung. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

            “Sorry! Ala…. Dah habit aku. Mana ole-ole dari Singapore kat aku?” Mata Miza sudah meliar mencari hadiah dari Singapore.

            “Tak reti-reti nak sabar. Aku balik tak sampai lima minit, kau dah minta souvenir.” Bebel Helena seraya menyelongkar beg galas.

            Miza sudah menadah tangan. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang Helena beli untuknya. Tersenyum lebar bila Helena letakkan sesuatu di tapak tangan. Air muka Miza berubah. “Fridge magnet?”

sekadar hiasan ...

            “Made in Singapore. Dah kira sourvenir, okey.”

            “Ini dah berlambak kat fridge tu.” Komplen Miza.

            “Hello! Kau ingat barang-barang kat Singapore tu murah. Berlipat kali ganda duit kita tahu tak. Aku pergi sana kerja. Tak ada masa pun nak round Singapore. Cik Miza oiiii….. belajor bersyukur. Dah kira besar rahmat tau aku beli kat kau.”

            “Anyway, thanks. Wei… aku ada berita hangat nak share dengan kau.” Miza dudukd di birai katil.

            “Eeeiii…. Apa yang hangatnya ni? Baru seminggu aku tak ada.” Helena yang pada mulanya nak mandi, terpaksa tangguhkan dulu niatnya. Dia duduk di sebelah Miza.

            “Kau tahu tak, consultant ada staff baru.  Assistant resident engineer baru!  Staff tu handsome giler. Kalau macam nilah, setiap minggu aku sanggup attend meeting consultant. Aku dah tak kisah kalau Mr Lee tanya aku macam-macam. Asalkan A.R.E baru tu ada, aku sanggup redah lautan api demi dia. Esok kalau kau tengok dia, kau mesti agree dengan aku. Handsome…. Memang handsome. “

            “Tak ada kerja lain. Asyik nak cari calon bakal suami kerjanya.”

            “Of course la, tahun ni umur kita dah 30 tahun. Dah masuk kategori anak dara tua, tahu tak. Takkan nak membujang sampai ke tua kut. Aku teringin jugak nak ada suami ….. nak ada anak-anak. Semua tu pelengkap hidup, kau tahu tak.”

            “Alah…. Title saja. Yang kau nak takut, kenapa? Takkanlah kau ni desperate sangat . Jodoh tu di tangan Allah Taala. Mungkin jodoh kita lambat sampai. Kita tak tahu kan.”

            “Kalau dok tunggu saja tanpa usaha, mana jodoh nak datang. Cik Helena oiii… umur kita ni makin lama makin naik. Masa tak tunggu kita, kau sedar tak?”

            “Suka hati kaulah ….. Aku no komen. Sekarang ini aku mandi. Malas nak layan kau kalau bab-bab jodoh ni.” Helena terus bangun.

            “Cakap sikit lari. Itu kerja kau. Lepas mandi sembahyang, kau datang rumah Mak Tok Aishah. Menu minum petang hari ini, ubi kayu goreng cecah gula dengan air kopi. Memang meletup kaboom…..”

            “Really! Sat na, aku mandi sekejap ja.” Terus saja Helena tukar dialek utara. Dengar saja dah meleleh air liur ni. Masakkan Mak Tok Aishah memang sedap. Semua sedap-sedap belaka lebih-lebih lagi kalau kuih tradisional. Helena bergegas masuk ke dalam bilik air.

            “Weiiii…. Jangan mandi express pulak. Busuk nanti.” Jerit Miza. Dia tertawa sendiri.

                                    *************************************

            Cawan berisi air kopi diteguk perlahan-lahan. Gulp! Memang terbaik punya. Sedap. Tak ada siapa dapat lawan air kopi Mak Tok Aishah. Minum sekali nak minum berkali-kali lagi. “Mak Tok! Cayalah….. Antara semua kopi kat dunia ni, kopi Mak Tok paling sedap. “ puji Helena. Air kopi ini buat matanya segar. “Mak Tok, ada plan nak buat business café tak? Kita jadi share partner.” Helena mengenyit mata.

            “Aku ni dah tua. Malas nak buat business nanti kena pikiq banyak.” Mak Tok Aishah tersenyum. Dia senang hati dengan kehadiran Helena dan Miza. Sekurang-kurangnya tak la rasa sunyi. Celoteh Helena dan Miza buat hidupnya terhibur. “Makan cepat ubi kayu tu. Dah sejuk nanti tak sedap.”

            “Tok Wan mana?” tanya Helena. Tercari-cari kelibat Tok Wan Daud.

            “Ada kat masjid.”

            Helena makan perlahan-lahan. Walaupun hanya ubi kayu goreng cicah gula saja tapi sedap. Sekali rasa nak berulang kali. Tiba-tiba bahu Helena dicuit beberapa kali. Dipandang melihat Miza.

Sekadar Hiasan - Ubi goreng

            “Tu… musuh ketat kita dah datang.” Mulut dijuih ke arah jalan besar. Ada seorang wanita berjalan dengan membawa payung merah.

            “Hish… time ni jugak dia nak datang. Petang-petang macam ni tak reti dok rumah ke? Laki dia tak marah ke? Merayap saja kerja dia.” Helena meluahkan rasa tak puas hati. Hilang terus selera makan.

            Mak Tok Aishah tersengih.

            “Assalammualaikum…..” Joyah memberi salam. Dia dekati mereka bertiga yang sedang duduk di beranda.

            “Waalaikumussalam.” Jawab mereka bertiga serentak.

            “Nampaknya langkah kanan hari ini. Memang rezeki.” Tanpa dipelawa Joyah terus duduk di kerusi. “ Waktu ni makan ubi kayu goreng panas-panas memang sedap.”

            “ Joyah dari mana?” tanya Miza.

            Helena buat tak reti. Dia hanya makan saja.

            “Tu aaa… dari kedai Pak Abu. Beli sayur ni aaaa…. Malam ni ingat nak goreng mee. Kalau tak masak, berlapar laki aku nanti. Maklumlah ada laki. Tak macam hampa berdua bujang, makan kat luar saja. Makan kat rumah orang pun tak kisah. Dapur hampa kalau tak berasap, tak ada orang bising.”

            “Eeehhh…. Joyah, jangan pandang kami sebelah mata tau. Dapur kami berasap jugak. Tengok ni. Sandwich tuna ni kami buat.” Miza bersuara. Dia tak boleh biar Joyah tembak tepat kat muka mereka berdua.

            “Alah… setakat makanan orang putih ni buat apa! Ambik roti letak salad letak tuna dalam tin tu lepas tu bubuh sos. Dah siap. Budak darjah satu pun tahu buat.” Joyah menambah lagi.

            Bibir Miza sedikit bergerak. Panas telinga mendengarnya. Rasa geram sehinggakan lidah terkunci.

            “Hang ni Joyah, pasal pa hang suka sangat perli depa?” Mak Tok Aishah bersuara. Walaupun tak ditujukan kat dia tapi rasa jugak panas hati bila dengar. Cakap Joyah tu kadang-kadang melampau jugak.

            “Bukan perli, Mak Tok! Nasihat! Hanya nasihat. Kalau tak cakap, belum tentu depa dengaq. Mengajilah sampai oversea pun, kalau tak reti masak buat apa …. “

            Helena buat-buat tak dengar dan menoleh ke arah lain. Itulah kerja dia, Suka sangat jaga tepi kain orang. Kalau datang mesti ada saja nak sakitkan hati orang. Ingat dia tu perfect sangat ke? Aku menyampah betul orang macam ni. Eee… stress aku!

            “Aaa… Helena! Khusyuk makan. Orang sembang boleh buat tak tahu saja.” Tegur Joyah melihat Helena.

            “Mama aku pesan kalau tengah makan tak elok bercakap. Tak baik! Tak ada adab. Nanti orang kata kurang ajar pulak.” Perli Helena.

            Joyah berdehem beberapa kali sebelum sambung semula kunyah ubi kayu. Dia tahu ayat ditujukan padanya.

            “Baru sampai ka? Hang pi Singapura kan! Pi sana takkan tak jumpa lelaki nak buat suami. Lelaki Singapura kan kaya-kaya. Untung hang nanti. Hidup senang. Tak payah kerja, duduk rumah saja. Confirm dia boleh tanggung hang.”

            Helena mengetap bibir. “Joyah, aku pergi sana atas urusan kerja. Tak ada masa nak menggatal. Lagipun dapat laki kaya belum tentu rumahtangga bahagia. Sekarang ini zaman moden, kaum wanita tak perlu lagi bergantung kat suami. Dah boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kalau ada duit dan kerja, itu bonus namanya. Iyalah kalau bergantung sangat dengan laki nanti kita juga rugi. Maklumlah masa depan kita tak tahu, buat laki kahwin lain tinggalkan kita. Aaaa… siapa yang rugi. Kita jugak kan. Time tu baru nak menyesal. Kalau tak kerja… tak ada duit…. Nak makan apa? Nak hidup macam mana? Sendiri mahu ingat ler.” Perli Helena. Aaaaa… ambik kau. Kau yang mulakan dulu kan. Aku ni kalau dah bersuara jangan harap nak tekan brek… Lantaklah kau nak sentap ke kecik hati ke, aku peduli apa. Kau sendiri jolok sarang tebuan kan. Sekarang ni makanlah sengat dia.

            Air muka Joyah berubah keruh. Muka macam nak menangis. Kata-kata Helena tadi memang makan dalam.

            Miza menahan diri dari ketawa. Nak tergelak tengok muka Joyah. Pucat lesi abis. Padan muka. Siapa yang mulakan dulu. Siapa rasa cili dia rasa pedasnya.

            Bunyi hon motor mengejutkan suasana yang sunyi sepi.

            “Joyah…. Kat sini hang rupanya. Kata nak beli sekejap saja.” Kata Fuad. Dia sudah agak isterinya pasti ada di sini. “Boss! Bila balik?” tanya Fuad melihat Helena.

            “Baru sampai petang tadi.” Jawab Helena. Kebetulan pula, Fuad general worker kat tapak projek empangan di tempat dia bekerja. Perangai Fuad dan Joyah jauh berbeza. Macam mana Fuad boleh berkenanan dengan Joyah ni? Mulut Joyah macam puaka. Hmm…. Kalau dah jodoh, nak buat macam mana kan. Nasib badan.
            “Mak Tok, balik dulu!” Joyah terus bangun. Tangan dihulurkan untuk bersalam sebelum pergi dengan wajah masam mencuka. Helena dan Miza memang dia tak salam. Laju jalan menuju ke motor suaminya.

            Sebaik saja motor Fuad berlalu pergi, Helena bersuara. “Sendiri cari pasal, sendiri jugak sentap.”

            “Ayat kau memang power. Aku tabik abis kat kau.” Miza tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putih.

            “Mak Tok, betul ke Joyah tu cucu saudara Mak Tok? Macam bukan saja. Iyalah mulut tu tahu nak cari pasal dengan orang saja. Smash orang kerja dia. Di mata dia, kami ni ada saja tak kena. Kenapa dia tak puas hati dengan kami? Rasanya sejak kami tinggal kat sini, kami tak pernah cari pasal dengan dia pun.”

            “Agaknya masa mengandung dia, mak dia makan cili api banyak sangat kut. Tu pasal jadi macam tu.” Miza mencelah.

            “Dah perangai dia macam tu nak buat macam mana. Mungkin Joyah tu jelous kat hampa berdua. Apa Joyah cakap tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Buat tak tahu saja.Aaa… makan ubi kayu tu. Sejuk nanti tak sedap.” Kata Mak Tok Aishah. Perangai Joyah memang satu kampung kenal. Orang –orang kampung pun dah lali dengan perangai Joyah tu. Suka sibuk hal orang. Ada saja cerita, satu kampung dijajanya. Mulut Joyah memang bahaya. “Makanlah. Sandwich ni biaq Mak Tok rasa.” Sekeping sandiwich diambil dan dikunyah perlahan-lahan.

          

           

Friday, July 20, 2018

Trip To Krabi, Thailand 2018 (Day 3)



DAY 3



Kami bergerak ke Krabi Town tepat pukul 7 pagi jam Thailand untuk breakfast selepas check out .  Kedai makan itu terletak berhampiran dengan  Black Crab Replica . Ada nasi kerabu dan roti canai. Macam biasa saya makan roti canai, nak cepat makan.  Pukul  8 lebih, kami bertolak ke Emarlad Pool.  Perjalanan ke Emarlad Pool mengambil masa selama sejam.


Entrance masuk Emerald Pool


                Tepat pukul 9.35 pagi, kami tiba di Emerald Pool. Waktu ini memang tak ramai orang lagi. Our guide cakap siapa nak mandi pun boleh kat atas sana. Bawa baju siap-siap. Selepas itu dia suruh kami  pakai seliper saja sebab takut nanti sport shoes kami basah.  So entrance fee 200 baht. Dari tempat parking, kami jalan lebih kurang 3 minit  sebelum jumpa pintu masuk. Di situ, kiri kanan ada banyak kedai. Kalau terlupa nak bawa pelampung , boleh beli kat situ. Kalau nak makan, pun ada kedai makan. Yang penting, Halal.  Oh ya, terlupa nak beritahu. Nak masuk sini, tak boleh bawa air atau makanan.  Kalau ada diorang rampas dan gantung air kita di pintu masuk.  Banyak juga minuman tergantung kat situ. Hehehe.. Jangan risau, kat sana ada kedai runcit. Minuman dijual kat situ.






                So kami pun melangkah masuk, mereka terpegun melihat keindahan air terjun kat situ, Airnya jernih sangat-sangat. Rasa macam tak percaya, ada air sejernih ni. Bersih airnya.  Ada dua jalan nak pergi ke Emarlard Pool, ada jalan dekat dan ada jalan jauh. Confirm kami pilih jalan dekat. Hahaha.... Macam nak daki bukit pun ada. Mula-mula tu mulut kami memang tak henti-henti bercakap. Selepas 5 minit, masing-masing dah terdiam. Iyalah .... penat sampai berpeluh. Dah ler air tak boleh bawa masuk. Telan air liur ler jawabnya. Selepas 20minit, kami tiba di atas.... Kami rehat sekejap sebab ada antara kami nak ke tandas.  Tandas kat sini free. Tapi kalau tandas kat luar kena bayar.  Better guna benda free kan. Hahaha...



               







Sampai saja ke Emarlad Pool, kami terus ke Blue Pool. Kata orang, Blue Pool jauh lebih cantik dari Emarlard Pool. Kami pun mendaki lagi. Cuaca dah mula panas terik. Berpeluh jugak kami.  Tak sampai 5 minit, kami dah sampai di Blue Pool. Di sini tak boleh mandi, just bergambar jer.  Hahahah.... Ada notis kat entrance masuk Blue Pool. Rupa-rupanya dari bulan May hingga Oktober 2018, Blue Pool ditutup untuk kerja-kerja kebersihan .... Oooo... ruginya. Memang rugi. Tapi nak buat macam mana kan, tak ada rezek kan. Kami turun semula ke Emarlard Pool . Orang semakin ramai. Mulanya saya nak pergi dekat dengan Emarlard Pool tapi disebabkan kawasaan disekeliling tu ada air, saya just duduk di pondok kecil yang berhanpiran.  Sepanjang saya duduk, dah nak dekat 8 orang terjatuh kat area situ.  Tanah kat situ memang berair ... lincin pulak tu.  Sesiapa yang mandi kat situ , jangan bimbang sebab ada tiga orang ranger yang perhatikan tempat tu. Memang selamat. Pukul 11 pagi, kami bergerak turun.   Orang dah mula ramai memenuhi Emarlard Pool.


floating market


                Destinasinya seterusnya ialah floating market, Hatyai. Sebelum itu kami singgah sembahyang di R & R  yang mula kami singgah first day kami datang sini.  Hampir sejam, kami berhenti kat sini. Kami makan Maggie sup. Sedap Cuma pedas sedikit. Cafeteria ni memang halal. Ada lauk campur jugak. Tapi ada air kosong saja but free. Heheheh.... Disebabkan ada masa lagi, kami ronda kat kedai kek di situ. Macam-macam kek ada. Halal tau. Kami singgah kat taste booth. Semua jenis kek kami rasa. Sedap jugak. Ingatkan nak beli bawa balik tapi fikirkan semula tak ada lagi ruang nak letak kek tu , saya tak jadi beli. Van memang penuh ... dah sarat dengan barang-barang kami beli di Krabi. Hahaha...






                Kami tiba di Floating Market dalam pukul 3.20 petang,  Floating Market ini dibuka pukul 3.00 petang hingga malam. Saya tak ingat sehingga pukul berapa. Parking memang luas. Orang belum ramai lagi,  Ada banyak gerai di situ. Cuaca panas mencari. Saya mulakan misi mencari lobster. Harap-harap ada namun hanya ada ketam, udang dan sotong saja. Sedih betul. Tak tercapai hasrat nak merasa lobster. Saya turun ke arah orang ramai berkumpul. Di sini boat-boat menjual pelbagai jenis makanan tersusun.  Nak makan apa, ada saja. Yang tak pernah jumpa pun ada.  Saya dan ada beli macam-macam kemudian kami share. Ada yang sedap, ada jugak yang tak sedap.  Yang best tu, kami minum air dalam buluh yang dibuat seperti bekas minuman. Ada bunga orkid lagi. Cantik. Dah tak ingat harganya berapa. Hmmm.... Kami cuba ketam lembut goreng. Hahaha.... Keras tau bila makan. Nak mengunyah cukup seksa. Better try udang dia. Nampak macam sedap. Lepas dah makan, kami round pulak kat area pakaian dan cenderhati. Saya beli gelang manik. Cantik jugak. Lepas tu, saya beli bag yang dikait dengan benang. Cantik. Hadiah untuk birthday mak. 350 baht harganya. Lepas tu dia bagi diskaun lagi ... Dapatlah 300 baht.  Hahahaha... Pukul 6 petang kami berkumpul. Kami akan singgah di Danok pulak sebab ada yang nak beli beras pulut. Maklumlah dah nak dekat raya kan .....  Perjalanan mengambil masa sejam.


                Dalam perjalanan, hujan dah mula renyai-renyai ...... Semakin gelap. Tiba di Danok, hujan lebat sangat-sangat. Our guide singgah kat kedai ini. Banyak betul barang kat situ. Di kedai ni, dia terima duit Thai atau duit Malaysia. Sini memang murah sangat-sangat. Bunga api dan mercun pun murah. Hahahaha ... Saya pun beli la beras pulut yang dipesan mak lepas tu kacang cerdik yang dipesan ayah. Ramai giler orang kat kedai tu. Nak bayar sampai beratur. Nak dekat 40 minit kami duduk kat sini.  Ada gerai-gerai kat situ, nak pergi tak boleh sebab hujan semakin lebat.


                Kami bergerak balik dalam pukul 8 lebih malam, Tiba di Immigration Thailand, macam biasa keluar passport dan yang penting keratan putih mesti ada. Nanti mereka nak ambil balik. Beratur panjang lagi, Ramai jugak orang. Sampai turun kami, immigration tu nak RM3 walaupun kami dah bayar RM20. Nak tak nak, kena bayar jugak. Our guide pun bayar jerlah....  Kalau tak bayar, panjang pulak cerita nanti, Kasihan kat kereta belakang pulak. Sampai di immigration Malaysia, rasa lega. Dah sampai Malaysia, hahahaha...  Masa nak keluar, kami kena check dengan kastam. Aaa.... Siapa yang beli bunga api denga mercun banyak-banyak tu kena  jaga-jaga, nanti kena rampas dengan pihak kastam. Nak beli boleh, tapi beli sikit jer ...  Kami bergerak pulang ke Penang dalam pukul 9 lebih.  Masing-masing penat dan semua tidur. Kami tiba di rumah pukul 12.30 tengahmalam. Kemas barang ... kemas itu, kemas inilah. Pukul 1 pagi baru saya tidur. Esok kerja ..... Hahahaha.... Gatal sangat tak nak ambil cuti.  Soooo.... The End. 

Next Trip ....... Singapore ....

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...